BALIK KE MUKA UTAMA

Teliti masalah sebenar -- Tsu Koon perlu cari punca isu gilir KM dibangkit – Hishammuddin



 


Oleh: MARZUKI YUSOFF Utusan Malaysia

BESUT 11 Ogos – Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu meneliti persoalan dan permasalahan sebenar yang masih membelenggu orang Melayu di Pulau Pinang jika tidak mahu isu penggiliran jawatan Ketua Menteri negeri itu dibangkitkan lagi oleh Pergerakan Pemuda UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, beliau sendiri sukar berkompromi jika isu-isu yang dicetuskan itu membabitkan kepentingan orang Melayu.

Antara isu besar yang masih membelenggu orang Melayu Pulau Pinang ialah mengenai soal ekonomi dan kebajikan. Orang Melayu di situ dilihat masih terpinggir daripada arus pembangunan pesat negeri itu.

Menurutnya, dua bahagian Pemuda UMNO termasuk Nibong Tebal yang membangkitkan isu tersebut sudah tentu mempunyai alasan tertentu di sebalik cadangan mereka agar jawatan Ketua Menteri perlu digilirkan.

‘‘Pada ketika Pemuda UMNO diminta jangan mengungkit isu tersebut, ada baiknya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menilai dan mencari sebab kenapa Pemuda UMNO negerinya menimbulkan isu itu.

‘‘Pemuda UMNO bahagian terbabit mungkin ada sebab tertentu termasuk mengenai nasib orang Melayu dan jika itu masalahnya, Ketua Menteri perlu beri perhatian,” tegas beliau.

Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini hari ini.

Semalam, Tsu Koon mengingatkan Pemuda UMNO agar berhati-hati dan mengkaji secara mendalam mengenai isu tersebut sebelum dijadikan usul untuk dibangkitkan dalam mesyuarat bahagian.

Menurut Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden Gerakan itu, Pemuda UMNO harus memikirkan adakah tindakan mereka itu tepat pada masanya.

Dalam hubungan ini, Hishammuddin berkata, beliau akan ke Pulau Pinang untuk mendapatkan gambaran sebenar daripada pemimpin Pemuda UMNO di negeri itu berhubung isu tersebut.

‘‘Setakat ini, saya sendiri tidak tahu apa masalah sebenar sehingga isu penggiliran Ketua Menteri itu ditimbulkan oleh Pemuda UMNO bahagian,” katanya.

Baru-baru ini, Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dalam mesyuaratnya meluluskan usul untuk membangkitkan cadangan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada persidangan perwakilannya Ahad ini.

Sebelum itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya tidak menghalang atau menyuruh mana-mana bahagian mengemukakan usul penggiliran tersebut tetapi ia perlu mengikut saluran yang betul.




 

 

Koh Says Unfair To Accuse Him Over Help For Malays Bernama

 

August 12, 2006 21:53 PM




BUKIT MERTAJAM, Aug 12 (Bernama) -- Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said today it was unfair to accuse him of failing to help the Malay community in Penang.

He said those who made the accusation might not have known about the state government's efforts to raise the standard of living of the community in rural areas.

Furthermore, he said, all decisions on development in the state were made collectively by the State Executive Council whose members comprised representatives of the Barisan Nasional (BN) which included Umno.

"This is a BN coalition government which acts collectively," he told reporters after launching the state level Green Earth campaign Saturday.

He said problems of the Malays were referred to the state executive councilors from Umno before the decisions were made.

"I am not ignoring my responsibility but I respect the role of the Umno leaders who understand better the problems of the Malays and can find appropriate ways to overcome the problems," he said.

-- BERNAMA

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762