![]() |
|
|
Adakah apa yang dikatakan oleh Khairy palsu |
|
Adakah apa yang dikatakan oleh Khairy palsu Adakah palsu apa yang diberitakan oleh Khairy Jamaluddin mengenai tuntutan masyarakat Cina yang seakan sinonim dengan kedudukan dan keadaan UMNO. Adakah ianya secara kebetulan tetapi memang, sekiranya UMNO bergolak maka akan ada sahaja tuntutan yang dibuat. Ini adalah hakikat yang sebenarnya berlaku. Pada zaman perpecahan UMNO 1998, konflik antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir, beberapa tuntutan telah dibuat oleh Suqiu , satu gabungan yang diibaratkan sebagai " kumpulan yang memperjuangkan hak Cina". Mereka membuat atas nama rayuan dan hari ini kita cabar ahli - ahli UMNO untuk mengkaji sebanyak mana tuntutan itu telah dilunaskan. Ini bukan kata - kata datang dari UR ( umno-reform) tetapi ini juga kata - kata yang datang dari Ketua Penerangan UMNO yang ada sekarang ini dan beliau pernah menegaskan bahawa hakikat ini sebenarnya berlaku. Kalau kita lihat, mungkin perlunasan desakan dalam tahun 1998 oleh Suqiu adalah salah satu tindakan menghakis hak - hak Melayu yang paling banyak berlaku berbanding dengan sebelum ini. Adakah ini tidak benar? Dalam pada itu juga kita perlu menegaskan kepada Pemuda MCA bahawa ini bukan satu kontrovesi yang dibuat oleh Khairy tetapi masyarakat Melayu keseluruhannya nampak perkara ini seakan berlaku. Ini bukan soal beralah - UMNO harus sentiasa beralah atau Melayu harus beralah - apabila membicarakan mengenai hubungan kaum tetapi MCA sebagai komponen masyarakat Cina dalam Barisan Nasional sepatutunya turut mengambil initiatif memperbetulkan tanggapan masyarakat Cina mengenai Melayu. Apabila masyarakat Cina mempersoalkan hak - hak keistimewaan Melayu , MCA gagal mengambil langkah berkesan untuk menegur dengan keras mengenai tuntutan tersebut. MCA lebih banyak mengambil pendekatan berdiam sekiranya isu - isu hak - hak keistimewaan ini dipersoalkan oleh masyarakat Cina khususnya dari golongan - golongan tertentu. MCA seolah kaku apabila kontrak sosial dipersoalkan khususnya mengenai hak - hak keistimewaan Melayu. Penjelasan seperti melepaskan batuk ditangga adalah pendekatan yang kita nampak jelas diambil oleh MCA. Sebenarnya, Suqiu sewaktu menuntut perkara tersebut sedar bahawa UMNO memerlukan sokongan dari masyarakat Cina lalu rayuan berbentuk desakan itu dibuat bagi kami adalah sebagai satu tindakan peras ugut. Kita perlu ingat sewaktu UMNO bangkit membuat protes dibawah Naib Ketuanya Datuk Aziz Sheikh Fadzil. Beliau bertindak aggresif bila masyarakat Cina dibawah Suqiu mempersoalkan hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu. Bagaimana pun mereka yang mempersoalkan perkara - perkara tersebut hanya diajak berunding sedangkan itu adalah satu kesalahan serius yang cuba membangkitkan kemarahan antara kaum. Kerajaan bertolak ansur sungguhpun kita tahu desakan itu mampu menjadi satu hasutan. Desakan Suqiu itu telah menjadi satu dokumentasi sejarah mengenai tuntutan mereka untuk mengikis hak - hak yang telah dipersetujui dalam syarat memberi mereka kerakyatan negara ini. Ini perlu diperjelaskan oleh MCA dari hanya cuba menyorok sentimen - sentimen yang wujud dan tidak ditangani oleh mereka dengan sempurna. Jangan sorokkan seolah - olah semuanya harmonis Apa yang berlaku di Pulau Pinang harus diteliti oleh seluruh jentera UMNO dan kerajaan yang memerintah. Menyerah kepada Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk mengemukakan bukti adalah satu tindakan sampingan sedangkan kerajaan dengan kekuatan kuasa seharusnya bertindak mengambil dan menyiasat semua keputusan - keputusan yang pernah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lantas menyelidiki samada benar atau tidak wujud diskriminasi terhadap orang - orang Melayu dan kenapa Pemuda UMNO bangkit , sanggup menongkah arus untuk mempersoalkan kedudukan Melayu di Pulau Pinang. Isu - isu sebegini adalah isu besar yang memerlukan kerajaan untuk campur tangan kerana kepayahan Melayu akan melahirkan ketidakpuasan hati mereka dan ini mampu merebak seumpama virus yang mengancam perhubungan antara kaum di Malaysia. MCA sebagai satu komponen besar Barisan Nasional yang mewakili majoriti orang - orang Cina harus bertindak memberi kefahaman kenapa mereka harus akur dengan hak - hak keistimewaan. MCA harus bergerak lebih aggresif dengan menegaskan bahawa Hak keistimewaan orang - orang Melayu bukan satu diskriminasi terhadap bangsa lain. Malah bagi Allahyarham Tun Abdul Razak menyifatkan Hak - Hak Keistimewaan Orang - Orang Melayu adalah asas untuk menjaga keharmonian perhubungan antara kaum dan Dasar Ekonomi Baru adalah perlaksanaan agenda bagi memperbaiki hubungan antara kaum. Kita harus tangani perkara ini dan ini bukan sahaja harus dibebani oleh UMNO malah MCA harus turut memberikan komitment untuk mengikis pra - sangka hak Melayu tersebut. MCA harus juga memainkan peranan agar ahli - ahli mereka amnya dan masyarakat Cina khasnya diberi penerangan semula mengenai kenapa perlunya hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu. Kesimpulan
UR percaya setelah melihat beberapa
senario kedudukan yang ada MCA harus memainkan peranan yang
serius dalam menangai masalah ketidakpuasan hati kaum Cina
mengenai Hak Keistimewaan dan tidak bertindak hanya untuk
menegur UMNO sedangan desakan ini adalah benar dan wujud. Bagi
Khairy Jamaluddin beliau telah memperkatakan apa yang dirasai
oleh kalangan Melayu khususnya dalam UMNO itu sendiri. Bagi kita
, kita harus meneliti tuntutan yang pernah dibuat oleh Suqiu dan
adakah tuntutan itu sebenarnya dilunaskan oleh kepimpinan kita.
Andai benar siapakah yang menggadai hak - hak kita sebagai orang
- orang Melayu?
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|