![]() |
|
|
Apabila kerajaan dihentam maka pasti ada yang akan membela dan itulah pendekatan yang diambil oleh Dato Seri Mohamed Nazri. Beliau bangkit mempertahankan kerajaan dari kritikan Tun Mahathir. Bagi Dato Hj Jamal Nasir, kerajaan harus mempertahankan diri terus dikritikan oleh mantan Perdana Menteri itu. Dato Jamal dalam temu bual dengan wakil www.umno-reform.com melalui telefon mengatakan bahawa tindakan Nazri hanya mahu mempertahankan UMNO dan kerajaan. Kita tidak mahu kredibiliti UMNO terjejas dan tindakan Mahathir itu mampu menjejaskan negara baik dari segi politik orang -orang Melayu dan ekonomi negara. Kalau ini boleh menjejas maka saya klasifikasikan ini sebagai keterlaluan, ujar beliau. Apabila ditanya mengenai Khairy Jamaluddin dan kritikan bukan sahaja oleh Tun Dr Mahathir secara terbuka malah desas - desus dalam pemuda yang terlalu hebat mengkritik beliau, Dato Hj Jamal berkata , "Khairy Jamaluddin naik ikut proses demokrasi. Tidak ada sesiapa yang mencabar beliau di peringkat pemuda. Kenapa hari ini baru mahu komen , sedang dahulu Pemuda diberi peluang untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka mahukan , melalui proses demokrasi dalam UMNO. Dato Jamal turut mengatakan bahawa media seharusnya tidak mengembar - gemburkan perkara ini kerana ini akan menganggu persepsi orang luar terhadap pergolakan politik negara ini. Ini akan menyukarkan ekonomi negara dan beliau turut mencadangkan agar perkara ini ditangan segera. Bagaimana soal kami? Lalu Dato Hj Jamal Nasir berkata ' kita perlu orang tengah bagi menyelesaikan kemelut ini. Beliau mencadangkan Veteran UMNO untuk memainkan peranan bagi menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perkara ini. Harapan Dato Jamal Nasir ialah supaya Bekas Perdana Menteri itu tidak lagi mengkritik secara terbuka khususnya di pentas - pentas pembangkang yang sudah sedia maklum mempunyai agenda tersendiri.
|
|
Komen boleh di buat secara mudah
klik sini untuk borang maklumbalas,
editor1@umno-reform.com
atau hubungi 012-6544762
|