BALIK KE MUKA UTAMA

 


 

Ekuiti Melayu Tak Sepatutnya Disasarkan Pada 30 Peratus Sahaja     


 

 

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan sepatutnya menetapkan sasaran lebih tinggi sehingga 70 peratus, pegangan ekuiti Bumiputera di negara ini, bukannya setakat mencapai matlamat 30 peratus sahaja, kata Wakil Pemuda Umno Pulau Pinang Shahaedan Ayob Hussein.

Beliau berkata sasaran 30 peratus seperti untuk peruntukan perumahan bagi Bumiputera seolah-olah menunjukkan orang Melayu adalah golongan minoriti.

"Apa salahnya (sasaran lebih tinggi) sebab ini negara tanah tumpah darah kita dan kita bukan kaum minoriti," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar ketua pergerakan di Perhimpunan Pemuda Umno di sini Selasa.

Shahaedan Ayob, yang juga Ketua Pemuda Umno Balik Pulau turut menarik perhatian permasalahan orang Melayu di Pulau Pinang yang didakwa terpinggir akibat ketidakprihatinan kerajaan negeri dan mahu kepiminan Umno memandang serius perkara itu.

Beliau juga mendakwa peniaga Melayu di Pulau Pinang sukar mendapat peluang perniagaan sehingga ada yang menyatakan orang Melayu tidak mampu menghadapi tekanan dunia perniagaan.

"Kalau negara, orang Melayu boleh tadbir, takkan kilang pun tak boleh," katanya.

-- BERNAMA
 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762