|
30/10: 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan
memimpin negara - Bahagian 1
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh Ahli Umno Kedah
Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia,
jelas kelihatan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, Perdana Menteri kita yang kelima tidak
menunjukkan kebolehan atau prestasi yang baik untuk
memajukan negara kita dan semua bangsa Malaysia.
Juga dalam tiga tahun yang kesudahan ini kita
melihat Pak Lah bertukar wajah daripada imej “Mr
Clean” menjadi “Mr Very Dirty”.
Bab terkini dalam riwayatnya memperlihatkan Pak Lah
mengaku dengan terang bahawa anak dan ahli
keluarganya boleh menelan kekayaan negara dan hak
rakyat sebab kononnya ‘dulu anak orang lain pun buat
macam itu juga’.
Politik negara sekarang meruncing, ekonomi dalam
keadaan sesak, ketegangan perkauman makin meningkat,
dasar luar negara kabur dan Malaysia dipandang
rendah oleh banyak negara.
“70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara”
telah ditulis oleh seorang Ahli Umno dari negeri
Kedah. Walaupun Menteri Besar Kedah Mahdzir Khalid
berpura-pura menyokong Pak Lah atas alasan menjaga
periuk nasi beriani beliau, maklumbalas daripada
akar umbi di Kedah amat berputus asa dan menyesali
kepimpinan Pak Lah sebagai presiden parti dan
Perdana Menteri.
70 Dalil ini adalah rakaman sedikit sahaja daripada
rintihan ahli Umno bukan sahaja di negeri Kedah
tetapi di seluruh negara. 70 Dalil ini akan
disiarkan dalam sepuluh bahagian. Ini adalah
Bahagian 1.
Penulis amat berterima kasih kepada laman web
Malaysia Today yang sudi menyiarkan ‘70 Dalil’ ini
untuk fahaman umum.
1. Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah
seorang individu yang tidak minat membaca. Kerana
itu pengetahuannya mengenai sebarang isu sangat
terhad. Pak Lah juga menghadapi masalah selalu
terlena sewaktu mesyuarat dan majlis. Mengikut
blogger Sang Kelembai, Pak Lah pernah terlena
sewaktu menghadiri perasmian Tilawah Al Quran
bersama DYMM Yang Di Pertuan Agong.
2. Apabila pengetahuannya terhad maka asas
pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan
kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan
kritikal. Masalah peribadi Perdana Menteri yang
selalu terlena atau tidur sewaktu menjalankan tugas
bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan negara tetapi
juga memaksa para Menteri cari jalan pintas untuk
mendapat perhatian Perdana Menteri. Maka wujudlah
taktik 'getting the PM's signature on his way out'
iaitu meminta Perdana Menteri menandatangani sesuatu
dokumen bila beliau sedang berangkat keluar dari
mesyuarat. Pak Lah sanggup menandatangani dokumen
tanpa membacanya dengan teliti. Contohnya beliau
boleh menandatangani dokumen menyokong syarikat
keluarga sendiri mendapat kontrak 'Oil For Food'
tanpa disedarinya. Beliau kemudian boleh mengaku
tanpa sebarang segan silu bahawa 'saya pernah
menandatangani banyak surat sokongan'.
3. Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apa pun,
beliau terpaksa bergantung kepada nasihat orang yang
beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya.
Di sinilah timbul peranan anak, menantu dan beberapa
orang lain. Masalahnya mereka ini semua tidak
selalunya mementingkan kebaikan negara Malaysia,
orang Melayu atau parti Umno.
4. Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah
terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat yang
terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan
sudah bertukar menjadi urusan keluarga.
5. Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada
kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu Pak Lah
sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat
Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian
Kewangan. Kecuali Penasihat Agama yang telah
mencetuskan idea Islam Hadhari yang tidak bermakna
itu, Pak Lah tidak melantik sebarang Penasihat
Ekonomi, Penasihat Sains, Penasihat Kewangan atau
Penasihat lain yang boleh memberi nasihat secara
rasmi kepada Perdana Menteri untuk membantu beliau
menimbang keputusan penting.
6. Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and
balance’ di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab
menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat
untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu
selaras dengan dasar Kerajaan atau tidak - sebelum
memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana
Menteri.
7. Sebaliknya penasihat 'tidak rasmi' seperti anak,
menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengan
sebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’
seperti ini. Tanpa memegang jawatan rasmi mereka
boleh memberi nasihat tanpa mengambilkira kesannya.
Kerjaya dan jawatan mereka tidak terjejas kerana
mereka bukannya penasihat rasmi kepada Perdana
Menteri. Hasilnya nasihat mereka tidak teratur dan
sering tidak mengambilkira kepentingan negara.
Sebaliknya nasihat mereka lebih mengambilkira
kepentingan keluarga Perdana Menteri dan kroninya.
Inilah antara sebabnya Perdana Menteri membuat
keputusan yang tidak tegas, kontroversi dan boleh
berubah-ubah.
8. Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau
sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti
atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya
ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran
beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat
‘tidak rasmi’ yang tidak mempunyai tanggungjawab
atau 'official responsibility'.
9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan
beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini
sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang
mengundang kontroversi. Ini juga mengakibatkan ‘Poor
ability of judgement’ bagi Pak Lah membuat sebarang
keputusan.
10. ‘Poor ability of judgement’ ini juga menyebabkan
beliau tidak dapat menentukan haluan atau ‘specific
direction’ dalam mentadbir Kerajaan dan kurang
wawasan untuk menentukan dasar yang terbaik bagi
negara.
Akan bersambung.
01/11: 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin
negara - Bahagian 2
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh Ahli Umno Kedah
Jentera Kerajaan hilang kawalan
11. Pak Lak sendiri telah membuat kenyataan bahawa
jika ada perkara penting yang perlu keputusan
segera, mana-mana Kementerian boleh terus mengambil
keputusan sendiri tanpa perlu membawa kepada
Mesyuarat Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau
sebagai Perdana Menteri tidak lagi mengawal atau ada
kawalan ke atas kementerian-kementerian. Keputusan
sesuatu kementerian itu boleh mengikut budi bicara
menterinya sahaja tanpa diketahui oleh Jemaah
Menteri ataupun Perdana Menteri.
12. Ini bermakna ‘check and balance’ dalam sistem
pentadbiran Kementerian Kerajaan terhakis. Apabila
keputusan itu menimbulkan kontroversi dan masalah
kepada negara, beliau hanya dapat menjawab: “Saya
tidak sedar”, “Saya tidak tahu”, “Saya tidak pasti”
dan lain-lain lagi. Walaupun Perdana Menteri -
beliau tidak ada sistem kawalan ‘Hands on’ ke atas
jentera pentadbiran Kerajaan.
13. Para Menteri pula rasa amat senang sebab tidak
ada ketetapan arah atau halatuju yang tertentu untuk
mencapai sesuatu matlamat mengikut dasar yang
terpilih. Menteri berasa cukup bebas membuat
keputusan dan mereka menganggap Pak Lah memang
‘terbuka dan telus’ kerana mereka senang dengan cara
‘non interference’ atau tidak masuk campur oleh
Perdana Menteri itu. Mereka seronok sebab boleh buat
apa saja keputusan tanpa merujuk kepada Perdana
Menteri.
14. Jika mereka rujuk kepada Perdana Menteri pun,
Pak Lah tidak akan memberi keputusan yang jelas. Pak
Lah yang tidak suka membaca akan hanya serahkan
kepada budi bicara mereka sendiri.
15. Akibatnya sudah ada Menteri yang berani membuat
keputusan sendiri tanpa mendapat keputusan Jemaah
Menteri terlebih dahulu. Keputusan itu kemudian
menimbulkan berbagai kontroversi serta implikasi
kepada negara.
Contohnya:
(i) Ada Kementerian yang mengambil keputusan sendiri
memberi AP yang banyak kepada dua orang individu
hingga menjejaskan pasaran Kereta Nasional. Dua
individu ini telah menjadi kaya-raya hasil jualan AP
dan bukan hasil jualan kereta. Salah seorang
individu itu adalah saudara kepada menantu Pak Lah.
Tindakan ini bercanggah dengan dasar Kerajaan
mengenai AP. Apabila pengeluaran AP yang terlalu
banyak menjadi kontroversi, Pak Lah lepas tangan dan
minta Menteri sahaja menjawab.
(ii) ECM Libra menguruskan penjualan saham kumpulan
Hospital Pantai kepada syarikat Singapura. Penjualan
ini menimbulkan kontroversi kerana penjualan itu
seharusnya mendapat kelulusan Kerajaan dahulu.
Bagaimana penjualan ini boleh berlaku hingga
syarikat asing dapat menguasai Hospital Pantai? Ini
bermakna tanpa kawalan, Kementerian berkenaan telah
dengan sewenang-wenangnya meluluskan penjualan
tersebut tanpa merujuk kepada Perdana Menteri atau
menepati dasar Kerajaan. Apabila terjadi kontroversi
lagi barulah Pak Lah hendak siasat.
Dan apakah cara penyelesaianya?
Pak Lah selesaikan isu ini dengan mengarahkan
Khazanah Nasional Berhad menggunakan wang rakyat
sekali lagi untuk membeli balik saham Hospital
Pantai daripada syarikat Singapura itu. Sekali
dengar, tindakan Pak Lah itu memanglah baik tetapi
keputusan itu sebenarnya terpaksa dibayar dengan
wang rakyat yang berlebihan. Sehingga hari ini Pak
Lah tidak mahu umumkan berapa banyakkah wang rakyat
yang digunakan untuk membeli balik saham Hospital
Pantai daripada syarikat Singapura. Anggarannya
adalah disekitar RM100 juta.
Rakyat rugi dua kali apabila banyak wang rakyat
terpaksa digunakan untuk menebus kembali kesilapan
awal. Kita terpaksa membayar dengan harga yang
tinggi dari wang rakyat untuk menutup kesilapan
sistem pentadbiran Pak Lah yang begitu lemah.
Kerugian wang rakyat seperti ini boleh dielak dengan
mudah jika terlebih awal lagi diteliti sebelum
kesilapan boleh berlaku.
GLC pun tidak terkawal dan rugi besar
16. Setelah mengikut nasihat orang tertentu, Pak Lah
buat keputusan gugurkan wakil-wakil Agensi Kerajaan
seperti wakil Kementerian, wakil EPU dan wakil
Perbendaharaan daripada Ahli Lembaga Pengarah
syarikat milik Kerajaan atau GLC. Tempat mereka
telah digantikan dengan orang dari sektor korporat.
Apakah tujuannya?
17. Akibatnya Lembaga Pengarah GLC bebas membuat
keputusan tanpa input daripada Ahli Lembaga Pengarah
yang mewakili Agensi Kerajaan. Juga sebarang
keputusan GLC itu tidak perlu dimaklumkan kepada
Kerajaan melainkan kepada Menteri Kewangan 2 sahaja.
Pak Lah hilang kawalan ke atas GLC dan juga Kerajaan
tidak tahu-menahu keputusan yang dibuat oleh GLC.
GLC sekarang sudah jadi taman mainan peribadi
Menteri Kewangan 2 sahaja. Menteri Kewangan Pertama
pula (iaitu Pak Lah) tidak mahu ambil tahu.
Buktinya: Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan
telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 3hb Julai
2006 yang mengesahkan bahawa pihak GLC beroperasi
tanpa kawalan pihak tertinggi Kerajaan. Jika ada
cadangan dari pihak Kerajaan, Lembaga Pengarah GLC
berkuasa menentukan sama ada untuk menerima atau
menolaknya.
18. Apakah muslihat menggugurkan wakil Agensi
Kerajaan tersebut? Apakah keputusan ini boleh
membaiki lagi pengurusan GLC ataupun ianya boleh
memudahkan kerja manipulasi pengurusan GLC? Sebabnya
ialah ’nawaitu’ penasihat “tidak rasmi”
yang sangat
berpengaruh mempunyai agenda tersendiri. Kita perlu
fikir masak-masak. Wang yang digunakan oleh GLC
adalah wang Kerajaan dan wang rakyat. Tetapi cara
mana GLC belanjakan wang itu, pihak Kerajaan tidak
ada kuasa untuk mengawal atau meneliti terlebih
dahulu. Justeru itu, semua risiko ditanggung oleh
Kerajaan dan rakyat. Jika GLC rugi, penasihat “tidak
rasmi” dan pengurus yang bergaji lumayan akan
terlepas dari sebarang tanggungjawab. Kerajaan dan
rakyat pula yang akan tanggung risiko dan kerugian.
TNB rugi RM200 juta – Kementerian diam saja
Contoh (i) Mengikut laporan Bernama (24/10/06)
apabila TNB mengalami kerugian RM200 juta di
Kalimantan, Indonesia baru-baru ini, Ketua Pegawai
Eksekutifnya Dato Che Khalib Che Noh berkata bahawa
kerugian RM200 juta itu tidak menjadi masalah kerana
pendapatan TNB melebihi RM20 bilion setahun.
Kerugian itu sebenarnya akibat daripada kecuaian TNB
menjalin kontrak. Tetapi bagi TNB kehilangan RM200
juta wang rakyat seolah-olah ‘small change’ atau
duit pecah yang tidak perlu dikhuatirkan! Rakyat
kerugian wang tetapi pengurusan TNB terlepas dari
sebarang pertanggungjawaban. Menteri Kewangan 2 dan
Menteri Tenaga langsung tidak membuat teguran atau
memberi katadua untuk meyakinkan rakyat bahawa
kecuaian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Mereka hanya buat tidak tahu.
Contoh (ii) Khazanah Nasional Bhd membuat keputusan
membeli Lippo Bank di Indonesia, membeli Appolo
Hospital di India dan membeli sebuah Syarikat
Talipon Selular di Singapura. Siapakah yang membuat
kajian sebelum membelinya? Pelaburan ini tidak ada
input dari EPU atau dari Perbendaharaan. Kalau
Kerajaan sudah kehabisan wang, apakah sebabnya
Khazanah Nasional melabur begitu banyak wang rakyat
di luar negara? Dan Kerajaan tidak dimaklumkan
terlebih dahulu sebelum keputusan itu dibuat. Tanpa
wakil Agensi Kerajaan dalam Lembaga Pengarah GLC,
Agensi Kerajaan berkenaan tidak dapat membuat kajian
dan melaporkan kepada Kerajaan untuk membuat
keputusan. Tanpa wakil agensi Kerajaan dalam Lembaga
Pengarah, GLC bebas membuat keputusan. Andainya
berlaku kerugian besar dalam pelaburan itu, apakah
Kerajaan dengan mudah boleh lepas tangan? Siapakah
yang mengawal pengurusan kewangan Khazanah Nasional
Bhd? Berapa jumlah wang yang telah dibawa ke luar
negara untuk tujuan melabur ini? Berapakah jumlah
keuntungan atau kerugian daripada aktiviti pelaburan
di luar negara itu? Tanpa kawalan teliti apapun
boleh berlaku.
Warga Singapura pegang berpuluh bilion wang Rakyat
Contoh (iii) Khazanah Nasional Bhd telah melantik
seorang warganegara Singapura sebagai “Director of
Investment” (Pengarah Pelaburan) dalam Khazanah
Nasional. Kenapa pula warga Singapura? Bagaimanakah
kita hendak ‘check and balance’ ke atas seorang
Pengurus yang diberi tanggungjawab besar menjaga
berpuluh bilion Ringgit wang rakyat jika Pengurus
itu bukan warganegara Malaysia pun?
Tidak adakah rakyat Malaysia untuk memegang jawatan
yang sangat penting itu di Khazanah? Agaknya itulah
sebabnya Khazanah Nasional membuat keputusan jual
saham Telekom Malaysia dan jual saham Proton kepada
Temasek Holding Singapura melalui ECM Libra sebagai
orang tengah. Adakah penjualan saham tersebut telah
dimaklumkan kepada Kerajaan terlebih dahulu? Berapa
banyakkah keuntungan komisen yang telah diraih oleh
‘orang tengah’ ECM Libra di mana menantu Perdana
Menteri adalah pemegang sahamnya?
19. Sebelum tahun 2004, Proton telah untung dan
dapat kumpulkan kelebihan tunai berjumlah RM 4
bilion. Belanja membina Proton City di Tanjung Malim
sebanyak RM 1.8 bilion boleh dibuat tanpa pinjaman
dan bantuan dari Kerajaan. Tetapi tanpa wakil agensi
Kerajaan dalam Lembaga Pengarahnya, Proton mengambil
keputusan tamatkan perkhidmatan CEOnya yang telah
berjaya membawa keuntungan besar kepada Proton.
Sekarang Proton sudah mengalami kerugian RM50 juta.
Kemudian, Proton membuat keputusan menjual saham
kepada Temasek Holdings Singapura. Keputusan itu
dibuat sesudah CEO itu ditamatkan perkhidmatannya.
20. Pak Lah pernah bercakap dalam Perhimpunan Agong
Umno 2005 mengenai cita-citanya hendak membangunkan
‘Melayu Perkasa’ atau ‘The Towering Malays’. Tetapi
kita lihat sahaja ciri ‘Melayu Perkasa’ yang jelas
ada pada bekas CEO Proton itu dibunuh dan
dimusnahkan oleh Pak Lah sendiri. Dalam berita
terkini sebuah syarikat kereta China, Nanjing
Automotive akan menggunakan sehingga 100,000 enjin
kereta jenis 1,800cc, 2,000cc dan 2,200cc dengan
menggunakan enjin hasil usahasama Petronas F1 dan
Sauber. Projek enjin Petronas Sauber ini adalah
hasil kerja Jurutera Perkasa Melayu juga - yang
telah dimulakan menerusi penglibatan Proton.
Tetapi sekarang seorang warganegara Singapura pula
dilantik menjadi ‘Director of Investments’ Khazanah
Nasional Bhd. Apa terjadi dengan “Melayu Perkasa”?
Akan bersambung.
04/11: 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin
negara - Bahagian 3
Category: General Posted by: Raja Petra
Oleh Ahli Umno Kedah
MV Agusta, Petronas Sauber, Lotus dan Teknoloji
Pembuatan Kereta
21. Petronas F1 membeli syarikat Sauber, Proton
membeli Lotus dan MV Agusta untuk mendapatkan
teknologi enjin kereta dan motosikal yang terbukti.
Pelaburan Proton dalam Lotus dan pelaburan Petronas
dalam Sauber telah menguntungkan negara. Lotus masih
boleh bertahan di pasaran dunia dan juga memberi
peluang jurutera Malaysia menerokai teknoloji kereta
Eropah yang terkini. Petronas Sauber telah
menghasilkan enjin kereta baru yang sekarang akan
digunakan oleh syarikat Nanjing Automotive dari
China pula. Tetapi dalam kes ‘lembu punya susu sapi
dapat nama’ Pak Lah seronok bergambar dengan wakil
syarikat kereta China itu yang akan membeli 100,000
enjin daripada Petronas Sauber. Begitu juga Proton
meneroka teknologi MV Agusta untuk meningkatkan lagi
mutu pengeluaran enjin.
Ini adalah pelaburan strategik yang memerlukan
komitmen dan keberanian serta berpandangan jauh.
Perancangan wawasan ini tidak dapat difahami oleh
Pak Lah dan seterusnya oleh pengurusan baru Proton.
Pak Lah tidak tahu apa pun mengenai pelaburan
strategik. Kalau tidak ada peluang untuk mencuri
idea orang lain, beliau sanggup bergambar mencabut
sayur kangkung. Maka keputusan dibuat untuk jual MV
Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.
Apakah ada muslihat di sebalik penjualan MV Agusta
dengan harga yang begitu murah? Apakah ECM Libra
sekali lagi mempunyai peranan dalam penjualan MV
Agusta sebagai orang tengah yang makan komisen –
tanpa ambil peduli harga jualannya?
Sebabnya ialah penjualan MV Agusta tidak dibuat
secara tender untuk mendapat harga yang mencerminkan
nilai sebenar. Tetapi orang tengah tertentu daripada
kalangan ‘penasihat tidak rasmi’meraih keuntungan
kerana menjadi agen komisen untuk menjual saham MV
Agusta. Harta negara dijual untuk menguntungkan
sahabat dan keluarga.
AP di luar kawalan Pak Lah, penjual kereta bungkus
22. Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI)
masih mengeluarkan AP tanpa kawalan kepada dua
individu tertentu – sehingga pasaran kereta tempatan
terjejas. Kemudian pengimpot kereta pula boleh
‘Under declaration’ duti Kastam. Pak Lah pernah
berkata perkara tersebut hendak dikaji semula oleh
National Autimotive Policy atau NAP. Tetapi NAP Pak
Lah itu memberi implikasi buruk kepada semua
pengedar kereta, semuanya bungkus. Persatuan
Pengedar-pengedar Kereta telah kemukakan satu
memorandum kepada Pak Lah. Beliau berjanji akan
membaca memorandum tetapi sebaliknya beliau
tertidur.
23. Kemudian Pak Lah tandatangani Free Trade
Agreement (FTA) dengan Jepun. Pasaran Kereta
Nasional akan terjejas lagi sebab Jepun boleh
eksport kereta ke Malaysia tanpa cukai. Malaysia
pula boleh eksport kangkung ke Jepun tanpa cukai.
Tetapi berapa banyakkah kangkung yang kita boleh
eksport ke Jepun untuk mengimbangkan nilai import
sebiji kereta Toyota?
24. Persaingan daripada Jepun dan lambakan kereta
asing mengancam masa depan Proton. Pak Lah berjanji
akan terus melindungi Proton. Itulah sahaja seruan
yang mampu dibuat. Mulai tahun 2006 Proton telah
mula rugi RM 50 juta.
Gaya pentadbiran YOYO atau FLIP FLOP
25. Dalam membuat keputusan pula Pak Lah mengamalkan
gaya YOYO dan Flip Flop. Contohnya:
(i) Presiden MCA kemukakan memorandum minta
peruntukan membina SRJKC baru di bawah RMK9. Khairy
Jamaludin, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia terus
berkata permohonan itu tidak harus dilayan. Pak Lah
terus bersetuju dengan Naib Ketua Pemuda Umno itu.
Kemudian Presiden MCA menjelaskan tuntutan itu
selaras dengan Dasar Pendidikan Negara di mana
pendidikan Sekolah Rendah China dan Tamil masih
kekal. Dengan penjelasan Presiden MCA itu, Pak Lah
pun berkata ‘OK boleh. No problem. Permohonan
lulus’. Inilah sistem pentadbiran Flip Flop atau
YOYO. Sebenarnya Pak Lah sendiri salah faham apa
ertinya SRJKC itu.
(ii) Apabila Wakil DAP menayangkan klip video di
ruang legar Parlimen mengenai seorang wanita dalam
lokap Polis disuruh buat ketuk ketampi, isu ini
menjadi heboh apabila pihak media melaporkan
kononnya wanita itu adalah warganegara China. Tanpa
usul periksa Pak Lah terus arah seorang Menteri
pergi ke China untuk minta maaf. Pak Lah juga terus
mencadangkan ditubuhkan satu jawatan kuasa penyiasat
untuk memantau salahlaku anggota Polis. Selepas
siasatan dibuat, terbukti bahawa wanita itu
sebenarnya adalah Melayu dan bukan warganegara
China. Walau bagaimanapun Menteri berkenaan sudah
pergi ke China atas arahan Pak Lah. Kemudian
suruhanjaya yang ditubuhkan untuk siasat Polis pula
dibantah oleh semua peringkat pegawai PDRM. Inilah
sistem pentadbiran cara YOYO.
(iii) Rang Undang Undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan (Bill 2005) dipersetujui oleh Jemaah
Menteri yang dipengerusikan oleh Pak Lah supaya
dibentangkan dalam Parlimen. Banyak pihak membuat
bantahan terutama sekali kaum wanita termasuk Wakil
Rakyat Wanita Penyokong Kerajaan mengenai
diskriminasi ke atas kaum wanita jika Rang Undang
Undang itu diluluskan. Pak Lah memberi arahan kepada
semua wakil BN mesti sokong supaya diluluskan.
Setelah undang-undang itu diluluskan Parlimen dan
ditandatangani Yang DiPertuan Agong, Pak Lah
mengarahkan supaya Undang-undang Keluarga Islam yang
telah diluluskan itu tidak dilaksanakan dengan
alasan hendak dikaji semula. Kalau tidak mahu
dilaksanakan kenapa Pak Lah lanyak saja, memberi
arahan semua wakil BN mesti sokong Rang
Undang-undang itu?
(iv Pak Lah tidak sedar Perdana Menteri tidak ada
kuasa untuk melarang mana-mana undang undang yang
telah diluluskan oleh Parlimen supaya tidak
dilaksanakan. Ini adalah kerana kedudukan Parlimen
adalah lebih tinggi dari Jemaah Menteri dan juga
Perdana Menteri. Tetapi Pak Lah tak tahu.
Ya boleh, tak boleh, memang boleh, kita akan buat,
kita tak boleh buat....
(v) Sebelum Pak Lah buat keputusan pada 12 April
2006 membatalkan Projek Jambatan di Tebrau bagi
menggantikan Tambak Johor yang sudah pun bermula
itu, Pak Lah terlebih dahulu membuat kenyataan pada
10 Februari 2006 selepas merasmikan Memorial Tun
Hussein Onn, di Jalan Dato’ Onn Kuala Lumpur seperti
berikut:
“Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita
hendak jambatan baru sama ada bengkok, lurus atau
herot”.
Kemudian kenyataan pada 3 Mac 2006 seperti berikut:
“Pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak
Johor tidak akan menimbulkan sebarang masalah
walaupun Singapura mendakwa ia boleh mendatangkan
implikasi yang serius. Sebaliknya pembinaan jambatan
separuh itu akan menjadikan perhubungan
Malaysia-Singapura lebih baik.”
Demikian kata YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
selepas kempen Buku Hijau Peringkat Kebangsaan di
Taman Seri Nanding, Hulu Langat, Selangor ketika
mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar
Singapura George Yeo di Parlimen Singapura pada 2
Mac 2006.
Kedua-dua kenyataan Pak Lah ini cukup tegas. Rakyat
juga tidak pernah membantah terhadap projek Jambatan
Johor yang sudahpun mula dilaksanakan itu. Malah
rakyat cukup sedar bahawa pembinaan Jambatan itu
akan membawa faedah yang besar kepada negeri Johor
khasnya dan Malaysia amnya.
Tetapi 22 hari selepas kenyataan yang tegas pada 3
Mac 2006 itu, Pak Lah telah buat kenyataan yang
memeranjatkan semua rakyat pada 12 April 2006
seperti berikut:
“Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak
meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan
Tambak Johor. Keputusan ini dibuat setelah
mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia
keseluruhannya terutama sekali berkenaan bekalan
pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat
keputusan untuk memberhentikan semua rundingan
bersabit jambatan tersebut.”
Putrajaya 12 April 2006
Pada hari yang sama juga Pak Lah telah buat satu
lagi kenyataan iaitu:
“Malaysia tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi
menggantikan Tambak Johor kerana implikasi dan
komplikasi undang undang yang akan berbangkit kelak
dan kalau kita teruskan juga, ia akan menjadi projek
yang tidak disenangi rakyat dan selama-lamanya jadi
projek yang dipertikaikan malah kita buat keputusan,
ia keputusan politik. Kita tidak boleh mengenepikan
perasaan rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat
untuk rakyat.”
Pengumuman Pak Lah membatalkan projek jambatan
bengkok pada 12 April 2006 itu bercanggah dengan
pendiriannya pada 10 Februari dan 3 Mac 2006, hanya
22 hari sebelum itu.
Keputusan Pak Lah membatalkan projek jambatan itu
kemudian mengundang berbagai kontroversi terutama
sekali apabila ditegur oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
hingga mencetuskan perbalahan yang berpanjangan
hingga sekarang ini.
Kata Pak Lah, pembatalan jambatan itu adalah untuk
mengelak implikasi dan komplikasi undang-undang yang
boleh timbul. Tetapi sebaliknya pembatalan jambatan
itu kini menimbulkan implikasi kewangan dan
komplikasi yang lain pula.
Pak Lah kata pembatalan projek itu boleh menjimatkan
kos. Ini tidak benar. Kita perlu ambilkira fakta
berikut:
(a) Bayaran ganti rugi kepada Syarikat Gerbang
Perdana.
(b) Tuntutan Kerajaan Negeri Johor ke atas kawasan
tanah yang telah diberi percuma dengan cara
pertukaran atau 'swap’ dengan kawasan Tambak Johor,
tetapi apabila projek itu dibatalkan Kerajaan Negeri
Johor menuntut balik kawasan tanah atau ganti rugi
bagi projek yang tidak jadi itu.
(c) Oleh kerana jambatan sudah batal, maka perlu
pula membina jejambat baru untuk menghubungi pusat
CIQ yang telah siap dibina dengan Tambak Jahor
(jejambat ini tidak perlu jika projek jambatan tidak
dibatalkan). Ini memakan kos yang lebih tinggi.
Tiga perkara ini akan melibatkan kos yang berlipat
ganda lebih tinggi dari kos membina jambatan yang
terbatal.
26. Jejambat baru untuk menghubungi Pusat CIQ dengan
Tambak Johor perlu dibina merentasi kawasan
pembangunan yang padat. Oleh yang demikian, jejambat
baru itu melibatkan bayaran ganti rugi yang sangat
tinggi kepada penduduk dan tuan tanah. Laluan
jejambat baru itu pula terpaksa dibina tinggi dan
sangat curam sehingga tidak dapat diguna oleh
kenderaan berat seperti lori. Maka beberapa
perubahan struktur perlu, untuk merendahkan
ketinggian jejambat termasuk pengambilalihan kawasan
pembangunan padat di bawah laluan jejambat secara
paksa melalui proses ‘Land Acquisition’ dan
menempatkan semula mereka yang menduduki kawasan
yang terlibat. Kemudian semua jenis bangunan di
kawasan itu perlu dirobohkan. Ini melibatkan kos
yang lebih tinggi dari kos projek Jambatan Gerbang
Perdana yang dibatalkan itu.
Sultan Johor membongkar putar-belit Pak Lah
27. Inilah kerugian yang terjadi ekoran dari
pembatalan Projek Jambatan itu termasuk komplikasi
cara mana hendak membina jejambat baru bagi
menghubungi pusat CIQ dengan Tambak Johor. Pak Lah
berpura-pura tidak sedar akan semua kerugian ini.
Pada hari Sabtu, 4hb November 2006, sewaktu
merasmikan South Johor Economic Corridor (SJEC),
DYMM Sultan Johor telah mengejutkan Pak Lah (orang
lain tidak terkejut sedikit pun) apabila Baginda
bertitah bahawa Tambak Johor harus dirobohkan untuk
membuka semula Selat Tebrau untuk "membiarkan airnya
berlalu". Baginda bertitah bahawa pembinaan Tambak
Johor hampir seratus tahun dahulu oleh "Mat Salleh"
adalah untuk menguntungkan Pelabuhan Keppel di
Singapura dan merugikan Johor. Demikianlah titah
Sultan Johor sendiri. Tetapi Pak Lah pula berkata
semua orang Johor tidak mahu jambatan baru dibina!
28. Implikasi ini tidak termasuk kesan positif
jangka panjang ke atas prospek Pelabuhan Pasir
Gudang dan Tanjung Pelepas serta prospek keadaan
persekitaran Bandaraya Johor Bharu dan lain-lain,
jika Tambak Johor dapat diroboh dan laluan Selat
Tebrau dibuka semula.
29. Flip flop Pak Lah juga telah merugikan Malaysia
sebab isu lain dengan Singapura yang belum lagi
selesai dihentikan dan tidak akan dirundingkan lagi.
30. Sebaik sahaja Pak Lah batalkan projek Jambatan
Gerbang Perdana Johor itu, pihak YTL terus kemukakan
cadangan membina sistem keretapi laju dari Kuala
Lumpur ke Singapura yang akan melalui Tambak Johor.
Keretapi laju hingga ke Singapura akan menguntungkan
Lapangan Terbang Singapura berbanding KLIA di
Sepang. Para penumpang dari Malaysia boleh
menggunakan kemudahan keretapi laju ke Singapura
untuk penerbangan ke mana-mana destinasi disebabkan
buat masa ini penerbangan ke destinasi dunia lebih
banyak terdapat di Singapura berbanding KLIA. Projek
keretapi laju cadangan YTL itu akan mengancam
prospek KLIA di Sepang.
Akan bersambung
EPU: Tiang Seri Jabatan Perdana Menteri diabaikan
31. Sebelum Pak Lah jadi PM, kajian bagi setiap
cadangan projek penswastaan akan dibuat oleh EPU
(Economic Planning Unit atau Unit Perancang Ekonomi)
di Jabatan Perdana Menteri. Sebagai Tiang Seri
Jabatan Perdana Menteri, EPU adalah Agensi
Perancangan yang unggul yang mempunyai ramai pakar
berwibawa termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan
dan sebagainya yang telah terbukti kebolehan mereka.
Rekod prestasi EPU dalam merancang dan melaksanakan
projek gergasi dengan sungguh berjaya tiada
tandingnya. Projek lebuhraya, pembinaan sistem LRT,
pembangunan pelabuhan, stesen janakuasa letrik
swasta atau IPP, loji pembersihan air, keretapi laju
ERL ke KLIA, kawasan wilayah persekutuan (Federal
Territories), kawasan Bebas Cukai atau Duty Free
Zones, perancangan lapanganterbang, KLIA, MSC,
Cyberjaya, Putrajaya, KHTP semuanya pernah ditangani
oleh pakar-pakar EPU.
Apakah sebabnya EPU di mana terdapat ramai pakar
termasuk pakar ‘Melayu Perkasa’ yang telah terbukti
berjaya dalam merancang pembangunan negara telah
diketepikan oleh Pak Lah?
Setelah Pak Lah jadi PM peranan EPU hampir padam.
Pakar EPU sekarang tidak ada kerja dan EPU tidak
diberi tugas yang bermakna. Habis siapakah pengganti
EPU?
Jawapannya terletak di ‘Tingkat 4 Pejabat Perdana
Menteri’. Inilah ‘the Fourth Floor’ yang sering
disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai sangat
berpengaruh di Pejabat Perdana Menteri. Perancangan
dan keputusan projek sekarang terletak di ‘Tingkat
empat.’ Tingkat empat pula mempunyai pertalian rapat
dengan syarikat perunding tertentu seperti Ethos
Consulting (yang mempunyai hubungan rapat dengan
Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno),
Binafikir (syarikat kepunyaan Azman Mokhtar yang
juga menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd)
mempunyai peranan luar biasa dalam merancang nasib
25 juta penduduk Malaysia. Kedua-dua syarikat
perunding ini mendapat kontrak lumayan untuk
menyiapkan kajian projek tertentu. Oleh kerana
mereka mempunyai ‘inside information’ maka
faham-faham sajalah.
Sebagai contoh, seluruh konsep dan dasar National
Automotive Policy atau NAP yang sekarang ini sedang
huru-harakan industri kereta Malaysia, bukan hasil
kajian Kementerian Pengangkutan, Jemaah Kabinet atau
sebarang Kementerian yang lain. Sebaliknya,
keseluruhan National Automotive Policy atau NAP
telah dirangka oleh Ethos Consulting. Tetapi Ethos
pula subkan tugas ini kepada sebuah syarikat
perunding British! Kisah Ali Baba lagi).
Siapakah Ethos Consulting? Ethos Consulting adalah
perunding yang ditubuhkan oleh seorang pemuda China
yang menjadi kawan karib Khairy Jamaluddin sewaktu
belajar di Britain dulu. Nama ‘Ethos’ pun sebenarnya
diambil sempena ‘Ethos Magazine’ yang menjadi
majalah Persatuan Pelajar Malaysia di UK dan Ireland
di mana Khairy Jamaluddin pernah menjadi Editornya.
Jadi EPU terkubur. Jika Khairy Jamaluddin boleh
dianggap sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
sebenarnya, Ethos pula adalah timbalannya. Ethos
jauh lebih berpengaruh daripada EPU. Pak Lah pula
boleh ‘slamba saja’.
Satu lagi contoh ialah cadangan keretapi laju YTL
yang diputuskan oleh Pak Lah supaya dikaji oleh
Khazanah Nasional Bhd. Apakah rasionalnya menyuruh
Khazanah Nasional membuat kajian mengenai keretapi
laju? Apakah Khazanah lebih berkemampuan daripada
EPU yang pernah terlibat dalam perancangan keretapi
laju ERL, sistem keretapi LRT, perancangan sistem
LRT Putrajaya dan banyak lagi. Sudah tentu Khazanah
pun akan subkan kajian ini kepada perunding
tertentu. Sudah tentu segala maklumat penting dan
rahsia ‘inside information’ akan dilombong habis
oleh perunding tersebut.
32. Begitu juga dengan projek Pembangunan Ekonomi
Wilayah, Pak Lah telah umumkan semua jenis projek
Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara, Timur, Johor
Selatan SJER, Sabah dan Sarawak akan dikaji oleh
Khazanah dan bukan oleh EPU. Kenapa perubahan
seperti ini? Apa muslihatnya mengenepikan EPU?
Apakah di bawah pentadbiran Pak Lah peranan EPU
sudah tidak ada lagi?
‘Rogues Gallery’ (Galeri Bangsat) Pak Lah
33. Pentadbiran Pak Lah juga memberi tempat kepada
orang yang mempunyai ‘track record’ yang tidak baik
ataupun yang pernah menyalahi undang undang. Mereka
ini menjadi ahli ‘Rogues Gallery’ Pak Lah. Contohnya
ialah perlindungan yang diberi kepada Datuk Zakaria
Deros di Klang, ADUN daripada Jasin di Melaka, yang
terlibat dalam kes import kayu balak secara ‘tutup
sebelah mata’ dan ramai lagi. Begitu juga beberapa
Menteri yang telah terlibat dalam aktiviti yang
mencurigakan, juga diberi tempat oleh Pak Lah. Lebih
mudah bagi Pak Lah mengawal orang seperti ini kerana
mereka sangat terhutang budi kepadanya. Bank Negara
Malaysia pernah mengalami kerugian dalam urusan
pasaran pertukaran wang asing berjumlah RM 17
bilion. Nor Mohd Yakcop yang bertanggungjawab atas
kerugian tersebut kini telah dilantik menjadi
Menteri Kewangan Kedua oleh Pak Lah. Menteri ini
juga sekarang mempunyai kuasa mutlak ke atas semua
GLC dan semua projek penswastaan. Kerugian RM200
juta yang dialami oleh TNB di Indonesia, kerugian
Proton, kerugian MAS dan banyak kerugian lagi adalah
sewaktu Nor Mohd Yakcop menjadi Menteri Kewangan 2.
Nor Mohd Yakcop diberi jawatan Menteri Kewangan 2
kerana beliau mudah di ‘control’ seperti juga
Norwawi Effendi, Rafidah Aziz dan beberapa Menteri
lain yang mempunyai ‘sejarah hitam’. Setiausaha
Politiknya adalah Datuk Mohd Norza Zakaria – sahabat
karib Khairy Jamaluddin. Segala minit mesyuarat dan
dokumen yang bakal dibaca oleh Nor Mohd Yakcop
dibaca oleh Norza Zakaria dulu dan dilaporkan kepada
Khairy. Pak Lah tidak perlu risau apa-apa. Kewangan
negara berada dalam tangan ahli keluarganya
juga.
Kemasukan pengaruh Penasihat pro Singapura
34. The Striats Times Press atau STP, satu ketika
dahulu telah dikuasai oleh Singapura. Dengan usaha
Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia telah dapat kuasai
semula STP dan kemudian ditukar kepada The New
Straits Times Press atau NSTP. Dengan perubahan
kuasa itu NSTP telah berjaya melantik ramai warga
Malaysia terutama sekali orang Melayu memegang
jawatan penting.
Tetapi Pak Lah telah mengubah kedudukan di NSTP. Pak
Lah lantik Kalimullah Hassan yang pernah bertugas
dengan Singapore Straits Time menggantikan tempat
Dato’ Abdullah Ahmad untuk menerajui NSTP. Sejak
itu, ramai rakyat Malaysia yang bertugas dengan NSTP
diganti dengan orang lain. Sekarang ini NSTP masih
dikuasai oleh orang pro Singapura – terutama sekali
adalah Kalimullah sendiri. Dan Kalimullah menjadi
penasihat terdekat yang sangat dipercayai oleh Pak
Lah. Selepas Kalimullah dilantik menerajui NSTP,
berita terkini yang berlaku di Kuala Lumpur sering
dibocorkan kepada media Singapura terutama sekali
kepada Straits Times Singapore. Satu contoh ialah
pengumuman perlantikan Dato Najib Tun Razak sebagai
Timbalan Perdana Menteri.
Akhbar perdana Singapura telah menyiarkan berita itu
sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh Jabatan
Perdana Menteri. Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Anehnya, akhbar NSTP sekarang mengalami kemerosotan
yang begitu teruk dalam bilangan pembacanya
berbanding dengan akhbar lain seperti The Star.
Malahan akhbar ‘nyamuk’ seperti The Sun yang diberi
percuma kepada orangpun sudah mula bersaing hebat
dengan NSTP. Kalimullah dan rakan gagal meningkatkan
prestasi akhbar NSTP.
Penasihat terdekat Pak Lah: Gabungan pro Singapura
dan menantu
35. Setelah menerajui NSTP Kalimullah diberi peluang
menerajui ECM Libra. Kalimullah dan beberapa rakan
Ahli Lembaga Pengarah ECM Libra bersetuju memberi
pinjaman mudah sebanyak RM 9 juta kepada Khairy
Jamaluddin, menantu Pak Lah
untuk membeli saham ECM Libra bagi membolehkan
Khairy dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ECM
Libra. Tujuannya supaya ECM Libra mendapat berbagai
kemudahan serta faedah dari Kerajaan melalui
pengaruh Khairy. Dalam masa yang sama Kalimullah dan
Khairy menjadi penasihat yang sangat berpengaruh
kepada Pak Lah..
Kemudahan pinjaman yang diberikan kepada Khairy itu
merupakan satu bentuk rasuah kerana mereka mendapat
banyak faedah jika Khairy dilantik sebagai Ahli
Lembaga Pengarah ECM Libra.
36. Banyak business deal dengan Kerajaan terutama
sekali Khazanah Nasional Bhd semuanya dibuat melalui
ECM Libra. Urusan jual saham Agensi Kerajaan seperti
EPF juga banyak disalurkan menerusi ECM Libra yang
menghasilkan berjuta ringgit komisen bagi syarikat
kepunyaan Kalimullah dan menantu Pak Lah itu.
37. Permohonan ECM Libra untuk bergabung dengan
syarikat milik Kerajaan iaitu Avenue Capital
diluluskan dengan begitu mudah oleh Menteri Kewangan
2 dan Pak Lah. Apa yang berlaku ialah Pak Lak telah
meluluskan permohonan kepada sebuah syarikat di mana
menantunya menjadi pemegang saham dan Ahli Lembaga
Pengarah.
38. Untuk mengelirukan rakyat yang mempersoalkan isu
gabungan ECM Libra dan Avenue Capital itu, Khairy
telah membuat kenyataan bahawa gabungan itu telah
dibuat mengikut peraturan. Itu memang benar,
sebabnya mana-mana permohonan yang diluluskan oleh
Kementerian Kewangan terbukti telah mengikut
peraturan. Tetapi yang berkuasa meluluskan
permohonan itu ialah Menteri Kewangan. Yang menjadi
Lembaga Pengarah syarikat yang memohon itu pula
ialah menantu Menterinya sendiri.
39. Dalam wawancara dengan TV3 pada 7 Ogos 2006 jam
8.30 malam, Pak Lah berkata, beliau tidak pernah
beri sebarang kontrak kepada Khairy. Itu memanglah
betul. Beliau memang tidak pernah bagi kontrak
tetapi beliau bagi lain dari kontrak dan apa yang
beliau bagi itu lebih besar dari kontrak. Kalau
dapat kontrak sekejap sahaja, kerjapun siap. Tetapi
kelulusan bergabung dengan Avenue Capital yang
diberikan ini boleh beroperasi sampai bila-bila.
40. Bila gabungan ECM Libra/Avenue Capital
dipersoalkan oleh orang – tiba-tiba Khairy umumkan
beliau telah jual sahamnya dalam Avenue Capital
hingga rugi RM 200 ribu. Kalau semuanya dibuat
mengikut peraturan, kenapa terpaksa jual saham dan
terpaksa menanggung rugi? Sebenarnya, beliau perlu
jelaskan, saham yang dijual itu saham miliknya
sendiri atau miliknya menerusi ECM Libra? Khairy
memegang saham ECM Libra, kemudian ECM Libra
bergabung dengan Avenue Capital dan menguasai saham
majoriti. Kalau beliau jual saham kepunyaan
peribadinya dalam Avenue Capital tetapi pegangan
sahamnya menerusi ECM Libra masih kekal, ini
bermakna kepentingannya dalam Avenue Capital melalui
ECM Libra masih kekal. Justeru itu, pengumuman
kononnya penjualan sahamnya dalam Avenue Capital
hanyalah satu helah untuk mengelirukan orang.
Kepentingan beliau dalam Avenue Capital masih kekal.
41. Dalam wawancara TV3 itu juga Pak Lah kata
Syarikat Scomi tidak pernah dapat apa-apa kontrak
dari Kerajaan. Jelas bahawa Perdana Menteri Malaysia
sanggup mengabui mata rakyat untuk menjaga
kepentingan anak dan ahli keluarga sendiri.
Pengakuan Pak Lah ini terbukti palsu dengan begitu
mudah sekali kerana terdapat terlalu banyak fakta
bahawa SCOMI dapat kontrak seperti berikut:
i. Bina 400 buah badan bas untuk Syarikat Prasarana
Negara Bhd milik Kerajaan RM 120 juta.
ii. Kerja-kerja menyelenggara gerabak-gerabak
keretapi milik KTMB selama 5 tahun RM 60 juta.
iii. SCOMI beli 51% saham majoriti Syarikat MTRANS
dari Kerajaan dengan harga murah RM 30 juta saja.
Pembelian ini menjadi persiapan awal untuk
membolehkan SCOMI merebut kontrak monorel RMK9
bernilai RM 9 bilion untuk membekalkan peralatan
monorel di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor
Bharu. Mana-mana syarikat yang mendapat konsesi
Monorel itu sudah pasti akan terpaksa membeli
gerabak dan peralatan monorel dari SCOMI. Syarikat
konsesi untung atau rugi tidak menjadi masalah.
SCOMI tetap untung besar sebagai pembekal gerabak
monorel.
iv. SCOMI Marine Services telah dapat kontrak dari
TNB untuk membawa 500,000 tan arang batu dari
Australia, Indonesia dan Afrika Selatan mulai 1
Oktober 2006.
iv. SCOMI dapat kontrak dari Petronas Carigali
(Turkmenistan) Sdn Bhd bernilai RM 57 juta setahun.
Dalam perkembangan terkini Pak Lah tukar taktik
sikit. Beliau sedar kesilapannya menafikan anaknya
mendapat kontrak kerajaan. No problem. Sekarang Pak
Lah kata ‘tetapi anak orang lain pun dapat kontrak’.
Maksudnya “kalau anak orang lain boleh telan duit
kerajaan, kenapa anak saya tak boleh?” Eloklah tu
Pak Lah. Esok kalau anak orang lain terjun ke dalam
sungai apakah anak kita pula kena terjun ke dalam
laut?
Tetapi semua kontrak ini perlu kelulusan Kementerian
Kewangan. Pak Lahlah Menteri Kewangan. Macamana
Menteri Kewangan boleh naïf dan kata ‘Saya tidak
tahu’? Kemudian untuk membuktikan lagi ‘ketelusan’
pentadbirannya, Pak Lah membuat kenyataan yang
beliau akan siasat mengenai perkara ini. Tetapi
Pelik bin Ganjil - Pak Lah minta laporan daripada
SCOMI pula. Seperti yang boleh disangka SCOMI segera
menyiapkan laporan yang ‘membuktikan’ bahawa mereka
dapat kontrak itu mengikut prosedur yang betul.
Soalannya di manakah hikmahnya menerima sebagai sah
laporan daripada si tertuduh – SCOMI syarikat
kepunyaan anak sendiri – untuk membuktikan
ketidaksalahan sendiri? Kita perlukan penyiasatan
dan laporan bebas dari pihak ketiga dengan cara
telus dan terbuka. Tetapi Pak Lah menjawab
kemusykilan rakyat dengan kemukakan laporan dari
syarikat anaknya sahaja.
Untuk tutup pekung SCOMI warga asing ditahan ISA
42. Satu lagi isu panas yang membabitkan SCOMI: Atas
desakan FBI Amerika, 5 orang Jepun dari Syarikat
Mitutoyo termasuk presidennya telah ditangkap pada
Jun 2006 kerana membekalkan mesin membuat komponen
senjata nuklear kepada SCOMI yang dieksport semula
ke Libya. Perkara ini menjadi isu besar di Amerika.
Seorang rakyat Sri Lanka bernama BSA Tahir pernah
bekerja dengan SCOMI dan banyak tahu mengenai
aktiviti syarikat ini. Untuk mengelak daripada
beliau memecahkan rahsia SCOMI, Hamba Allah ini
dikenakan tahanan ISA – sekarang sudah masuk
pusingan kedua (sudah melebihi dua tahun) atas
alasan pelik beliau boleh mengancam keselamatan
negara. Waran melanjutkan tahanan BSA Tahir selama
dua tahun lagi ditandatangani oleh Pak Lah sebagai
Menteri Dalam Negeri. Apakah warga asing yang
bernama BSA Tahir ini benar-benar mengancam
keselamatan negara Malaysia atau beliau sebenarnya
mengancam keselamatan SCOMI dan keselamatan keluarga
Abdullah Badawi pula?
Sebagai warga asing beliau seharusnya dibuang negeri
sahaja. Seorang warga asing tidak boleh mengancam
‘keselamatan dalam negeri’ kalau beliau tidak berada
dalam negeri kita lagi. Lagipun kilang SCOMI yang
membuat komponen senjata nuklear itu sudah lama
ditutup. Semua mesin pembuat komponen nuklear
telahpun dilelong. Dan semua komponen yang dieksport
ke Libya telahpun dirampas oleh FBI. Jadi di mana
lagi ancaman BSA Tahir terhadap “keselamatan dalam
negeri” kita sehingga tahanan penjara beliau perlu
dilanjutkan lagi? Tetapi sebenarnya Tahir simpan
terlalu banyak rahsia mengenai penglibatan SCOMI,
Syarikat Mitutoyo dan komponen nuklear yang
dieksport ke Libya. Maka beliau dikenakan tahanan
ISA. Tidakkah menganiaya Hamba Allah ini? Dan
tidakkah beliau ini dizalimi oleh Kerajaan Islam
Hadhari Abdullah Ahmad Badawi? Apakah semua ahli
Umno sanggup menyokong perbuatan zalim dan berdosa
ini? Tepuklah dada dan tanyalah iman. Jangan sampai
BSA Tahir dijumpai mati dalam tahanan pula! Ikut
kebiasaan sekarang, tahanan Polis kerap mati dalam
lokap.
Pak Lah dan Skandal ‘Oil For Food’ - Minyak Iraq
masih melekat
43. Nama Pak Lah telah terlibat dengan isu skandal
OIL FOR FOOD Iraq sebanyak 50 juta tong minyak di
mana beliau ada kepentingan dalam dua syarikat dari
Malaysia, Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd.
milik iparnya Noor Asiah Mahmood. Maklumat
terperinci mengenai skandal ini terdapat dalam
laporan rasmi Kerajaan Amerika di bawah ini:
(1) CHARLES DUELFER:- Comprehensive Report of the
Special Adviser to the Director of Cenral
Intelligence on Iraq’s Weapons of Mass Destruction,
dated 30 September 2004.
(2) Paul A. Volcker:- Independent Inquiry Committee
into The United Nations Oil For Food Programme
(Manipulation of the Oil For Food Programme by the
Iraq regime) dated 27 October 2005.
44. Oleh yang demikian di Washington D.C., Pak Lah
berjumpa dengan Presiden Amerika George Bush juga
untuk mendapat ehsan Bush supaya menolak usaha
beberapa Ahli Kongres Amerika yang mahu memaklumkan
kepada rakyat Amerika mengenai dua isu besar
tersebut iaitu isu SCOMI dengan komponen senjata
nuklear dan isu Oil For Food yang boleh memberi
kesan yang serius kepada imej dan ketelusan Pak Lah
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Memang isu ini
sekarang telah menjadi senyap di kalangan ahli
Kongres Amerika Syarikat. Walaupun Amerika Syarikat
sering mengkritik undang-undang ISA kita, mereka
langsung tidak bertanya sedikitpun mengenai BSA
Tahir.
45. Apakah ‘habuan’ yang Pak Lah terpaksa bayar
kepada Bush untuk membeli persetujuan Bush? Lihatlah
sendiri. Malaysia membenarkan kapal nuklear Amerika
yang terlibat dalam pengeboman negara Islam di Timur
Tengah berlabuh di Pelabuhan Malaysia. Untuk apa?
Apakah tujuannya? Ini perlu kita fikirkan sebab ia
melibatkan maruah dan kedaulatan negara. Pak Lah
juga sangat cenderung menandatangani Free Trade
Agreement atau FTA dengan Amerika. Rupanya Pak Lah
sudi bersetuju dengan apa jua permintaan dari Bush
nanti.
Syok betul Mat Badui dapat jumpa Bush
46. Pak Lah rasa seolah ianya satu penghormatan
paling istimewa bagi dirinya bila dapat berjumpa
Bush. Lebih-lebih lagi bila Bush puji beliau sebagai
seorang pemimpin yang baik, mudah berunding, mudah
bertolak ansur dan mudah bersetuju dengan segala
kehendaknya. Pak Lah begitu seronok dan naik syok
sendiri berjumpa dan dipuji oleh Bush, sampai Pak
Lah sendiri mengaku bahawa beliau terlupa bertanya
Bush mengenai nasib dua rakyat Malaysia yang ditahan
secara haram oleh Bush di Penjara Teluk Guantanamo.
Kesian betul al kisah dua orang Mat Guantanamo itu.
Perdana Menteri mereka terlupa bertanyakan khabar
mereka!
Bush sebenarnya melihat Pak Lah sebagai pemimpin
‘clown’ atau badut yang kerdil. Apakah buktinya?
Pandangan rendah Bush terhadap Pak Lah jelas apabila
Bush enggan melawat Pak Lah selepas mesyuarat APEC
yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam tidak lama
lagi. Bush telah bersetuju singgah di Singapura dan
Indonesia selepas bermesyuarat di Hanoi itu.
Walaupun Pak Lah adalah Pengerusi OIC dan juga
Pengerusi NAM (Non Aligned Movement) beliau tidak
dihiraukan sedikitpun oleh Bush. Singapura hanya
pulau kecil. Indonesia pula masih berada dalam
keadaan huru-hara tetapi Bush lebih menghormati
mereka daripada Pak Lah. Rupanya pungguk terpaksa
rindukan bulan lagi!
Nasib malang negara kita
47. Inilah kepimpinan Pak Lah. Tanpa kualiti
kepimpinan dan tahap pengetahuan dan wawasan yang
amat terhad beliau jadi pemimpin yang tidak cukup
kebijaksanaan atau ‘not enough wisdom’ untuk
memimpin negara Malaysia yang bermasyarakat dinamik.
Pak Lah sebenarnya sangat sedar akan kelemahannya.
Maka beliau terpaksa buat seperti ‘penjual ubat’
kaki lima untuk menutup kelemahan dan menonjolkan
diri. Maka tercetuslah berbagai slogan ‘jual ubat’
seperti “Kerja dengan saya, bukan kerja untuk saya”,
“Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”, “Melayu
Perkasa” atau “The Towering Malays”, “Islam Hadhari”
dan lain-lain slogan yang tidak bermakna.
Kami sokong! Entah apa pun kami sokong juga!
48. Beliau juga berusaha giat mencari penyokong yang
sanggup mematuhi dan taatinya. Beliau terpaksa
mengambil pendekatan ‘membeli ketaatan’ atau “To Buy
The Loyalty.” Beliau utamakan orang yang
‘bermasaalah’ untuk diberi kedudukan penting dalam
Parti dan juga Kerajaan. (Sila lihat ‘Rogues
Gallery’ Bah. 4). Dengan cara ini, orang yang
dilantik itu amat patuh dan taat kepadanya.
Contohnya adalah Nazri Aziz yang dilantik menjadi
Menteri Tutup Lampu dan Kipas di bangunan Parlimen –
satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Rafidah Aziz pula perlukan balutan plaster yang
sangat besar untuk menutup pekung AP yang sangat
besar. Menteri lain pula seperti Norwawi Effendi
perlukan wang sebanyak RM50 juta untuk membayar
‘alimony’ kepada bekas isteri.
Jom kita tanam sawi pula!
49. Pada masa yang sama beliau memberi katadua
kepada para Menteri dan para pemimpin Umno supaya
patuh kepada arahannya. Akibatnya tiada Menteri yang
berani menegur atau mengkritik sebarang dasarnya.
Contohnya apabila Pak Lah utamakan Pertanian dan
Industri Asas Tani, semua pihak terima dasar itu
bulat-bulat. Suara yang sering kita dengar ialah
“Kami sokong Pak Lah”, “Kami berdiri teguh di
belakang Pak Lah.” Tidak ada siapapun Ahli Parlimen
Umno yang berani berhujah, mengkritik dan memberi
pendapat akan cara yang terbaik untuk memajukan
Pertanian negara ini. Contohnya setakat ini langsung
tidak ada peruntukan untuk membina Pusat Latihan
Pertanian di bawah RMK9 untuk melatih para petani
dalam bidang pertanian dan industri yang berkaitan.
Tiada usaha memperkasakan organisasi Pertubuhan
Peladang. Tidak ada cadangan untuk mengenalpasti
jenis komodoti pilihan atau memajukan industri
pertanian. Pak Lah sendiri hilang arah dan tidak ada
fokus untuk mencapai matlamat dasar pertanian
beliau. Setelah tiga tahun menjadi Perdana Menteri
tidak ada sebarang hasil daripada dasar Pertanian
Pak Lah. Akhirnya muka depan akhbar pengampu
merakamkan gambar Pak Lah sedang memetik sayur
kangkung. Pak Lah sudah jadi Perdana Menteri
Kangkung. Pi mai pi mai tang tu juga. Petik
kangkung. Apakah gambar berikutnya akan menunjukkan
Pak Lah menanam sawi?
50. Oleh kerana Pak Lah seronok menerima pujian dan
‘feel good’, maka orang di sekeliling beliau jarang
memberi ‘feedback’ yang berupa teguran atau kritikan
terbuka. Tidak ada siapa yang berani menyampaikan
perkara yang tidak enak didengar beliau. Justeru itu
beliau tidak mendapat gambaran sebenar mengenai
situasi semasa. Maka Pak Lah sentiasa berada dalam
keadaan ‘slumber’ atau ‘complacent’. Oleh demikian
apabila beliau terdengar kritikan atau teguran dari
sesiapa pun, beliau mudah tersinggung, mudah rasa
tercabar dan mudah melatah hingga menyebabkan beliau
cepat menolak teguran dan sudi menghukum sesiapa
sahaja yang berani menegur dan mengkritiknya.
Akan bersambung.
Tukang kalut dari Kedah
51. Sewaktu memberi ucapan untuk sabotaj Tun Dr
Mahathir di mesyuarat bahagian Kubang Pasu, Menteri
Besar Kedah Mahdzir Khalid telah menyebut dua cerita
kalut orang Kedah.
Cerita yang pertama melibatkan tiga orang sahabat
yang bergegas ke stesen keretapi. Oleh kerana
keretapi yang akan ke Kuala Lumpur itu masih
menunggu - mereka telah pergi minum kopi dulu.
Kemudian bila wisel bertiup baru mereka turun ke
platfom. Tetapi keretapi sudah mula bergerak. Mereka
pun hambat keretapi itu sepanjang platfom. Akhir
sekali dua daripada tiga orang sahabat itu dapat
juga melompat naik keretapi - sekali dengan beg.
Tetapi sahabat ketiga yang tertinggal itu pula jatuh
tergelak-gelak atas platfom. Apabila stesen master
bertanya kenapa beliau begitu, dia jawab, ‘Yang nak
pi Kuala Lumpur saya – depa dua tu mai hantak saja!’
Cerita kalut kedua pula melibatkan seorang pakcik
tua yang hendak ke Pulau Langkawi. Pakcik itu
membawa beg dan buah tembikai dan menuju ke feri di
Kuala Kedah. Setelah melepasi pengawal tiket pakcik
itu melihat feri sudah tidak rapat lagi dengan jeti.
Macam sahabat yang hambat keretapi tadi, pakcik itu
pun berlari mengejar feri. Beliau juga membuat
keputusan melompat ke atas feri. Akhir sekali pakcik
itu mencapai juga ke atas feri tetapi pakcik itu
terjatuh, buah tembikai pecah, begnya koyak dan juga
luka di kaki. Kemudian budak bot itu datang bertanya
‘Pakcik kenapa pakcik melompat? Bot ini baru sampai
dari Langkawi. Kita bertolak lambat lagi’.
Cerita ini semua mungkin lucu tetapi cuma setakat
situ saja. Tujuan cerita kalut Mahdzir itu adalah
untuk menakutkan ahli Umno Kubang Pasu bahawa
mengundi Tun Dr Mahathir boleh jadi perkara kalut.
Tetapi yang menjadi kalut ialah bahawa seorang
Menteri Besar perlu kepada cerita yang tidak masuk
akal untuk sabotaj seorang negarawan dan pemimpin
terulung yang hanya berniat untuk menyelamatkan
bangsa dan negaranya. Dr Mahathir tidak pernah
kalut. Apabila pemimpin lebih pentingkan duit dan
kedudukan sendiri dan tidak tahu memimpin negara
sudah tentu anak buahnya akan melompat-lompat
mengejar keretapi dan feri. Inilah yang berlaku
dalam barisan pimpinan Umno sekarang.
Yang menjadi lebih kalut ialah duit RM200 yang
dimasukkan ke dalam sampul untuk membeli undi orang
kampong. Maruah perwakilan Kubang Pasu dan
perjuangan parti Umno diletakkan harga RM200 sahaja.
Inilah kekalutan yang sebenarnya. Dan Mahdzir Khalid
telah sudi menjadi ‘tukang kalut’ dari Kedah.
Cerita kalut Mahdzir Khalid dan Johari Baharom
diarah menghadiri mesyuarat MT Umno.
Dan yang terkini ialah pendedahan komplot
‘Dolahgate’ oleh laman ‘Malaysia Today’ (sila lihat
THE CORRIDORS OF POWER Dolahgate dan Operation Deep
Throat) di mana Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu,
Johari Baharom, dan Menteri Besar Kedah, Mahdzir
Khalid, telah diarah menghadiri mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno di mana mereka berdua telah diberi
arahan haram untuk sabotaj pencalonan Tun Dr
Mahathir di pilihan bahagian Umno Kubang Pasu.
Kehadiran Johari Baharom dan Mahdzir Khalid di
mesyuarat itu melanggar peraturan parti sebab mereka
berdua bukan Ahli Majlis Tertinggi. Lagi pun memang
salah dari segi syarat dan perlembagaan Umno bagi
sesiapa pun ahli Umno berkomplot untuk menjatuhkan
seorang lagi ahli parti. Perbuatan ini juga salah
dari segi undang-undang. Tetapi kita hidup dalam
zaman Islam Hadhari.
Dalam zaman Islam Hadhari - lebih kalut sesuatu
perkara maka lebih ramai pemimpin Islam Hadhari yang
akan menyokongnya atau akan buat tidak tahu saja.
Selain daripada keluarga Perdana Menteri yang
songlap duit rakyat secara terbuka, selain daripada
Mahdzir Khalid dan Johari Baharom berkomplot lawan
Dr Mahathir, ADUN pula menipu Kastam dan minta
supaya ‘tutup sebelah mata’. Itu adalah ok di sisi
Islam Hadhari.
Kemudian bila ADUN bina mahligai RM5 juta tanpa
kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, itu pun ok juga.
Kemudian bila Senator dan anaknya jalankan
perniagaan ‘AP klon’ itu pun ok juga. Tidak ada apa
yang akan berlaku kepada mereka. Inilah antara
banyak kekalutan zaman Islam Hadhari. Tiada had
setiap hari.
Berterusanlah kekalutan pentadbiran Pak Lah. Sila
baca sendiri:
The Star - A fruit exporter has lodged a report with
the Anti-Corruption Agency alleging that a deputy
minister was involved in money laundering of up to
RM10mil. Mohamad Tahir Fazal Mohamad lodged the
report on Aug 23 along with supporting documents.
Among them, were certified copies of receipts of
payment to the deputy minister from 2000 up to the
present day, and the general ledger of a company of
which the deputy minister is chairman. “I have gone
to see the ACA four times since filing the report
but nothing has been done,” he said at a press
conference yesterday at the Parti Keadilan Rakyat
office.
Timbalan Menteri pula terlibat dalam rasuah sehingga
RM10 Juta. Sudah empat kali Encik Tahir ini pergi
buat laporan dengan BPR tetapi tidak ada tindakan
yang diambil.
Inilah kekalutan zaman Islam Hadhari.
Berita panas terkini (7/11/06) pula melibatkan Abdul
Razak Baginda – penasihat nombor satu kepada
pemimpin nombor dua Datuk Seri Najib Tun Razak.
Razak Baginda bersama tiga anggota Polis telah
ditahan untuk disoal siasat mengenai pembunuhan
kejam seorang wanita Mongolia yang pernah
dikenalinya. Wanita itu disyaki mati ditembak oleh
dua orang pegawai Polis daripada Unit Tindakan Khas
di mana seorang daripadanya adalah dalam pasukan
pengawal peribadi Perdana Menteri Pak Lah. Setelah
pembunuhan wanita Mongolia tadi, pengawal peribadi
itu terus mengiringi PM dalam lawatannya ke Pakistan
baru ini. Ibupejabat Polis terpaksa mengarahnya
pulang segera dan menahannya apabila tiba di sini.
Jadi macam-macam kekalutan sedang berlaku dalam
negara kita.
Saya tak suka dengar awak cakap, awak diam saja!
52. Apabila Pak Lah ditegur oleh Tun Dr Mahathir,
beliau merasa cukup tercabar dan segera bertindak
menghukum Tun Dr Mahathir sebagai ‘pengacau’ dan
‘mengganggu’ pentadbirannya. Tukang-tukang kalut pun
dikerah untuk membuat cerita kalut melawan Dr
Mahathir. Tetapi oleh kerana bukan semua orang yang
terencat akal macam Mahdzir Khalid, Pak Lah tiada
pilihan melainkan bertindak lebih agresif menyekat
Tun Dr Mahathir berjumpa atau bercakap kepada ahli
Umno. Pak Lah melarang ahli Umno terutama sekali
para pemimpin Umno dari semua peringkat berjumpa Tun
Dr Mahathir.
Pada 2006 Pak Lah telah halang Tun Dr Mahathir
daripada berucap di 14 majlis termasuk yang berikut:
i. Program ‘Jasamu Dikenang’ dengan Pemuda Umno
Selangor. Program dibatalkan.
ii. Upacara Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Padang
Besar. Jemputan dibatalkan.
iii. ‘Wacana Patriotik’ bersama Institut Pemikiran
Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia pada
6/9/06. Program dibatalkan.
iv. Ceramah kepada pegawai PTD dibatalkan.
v. Undangan Khas, Kursus Perkembangan Minda, Lagoon
Resort, Pulau Langkawi. Jemputan dibatalkan.
vi. Program Forum Sejarah Bersama Pemimpin oleh Biro
Kebudayaan, Kesenian & Warisan, Pemuda Umno
Malaysia. Jemputan dibatalkan.
vii. Perjumpaan bersama ahli Mubarak di Kota Bharu.
Program dibatalkan.
viii. Program Perkida di Johor 1hb Nov. 06. Jemputan
dibatalkan.
ix. Program bersama anak miskin di Baling, Kedah.
Program dibatalkan.
Apakah maksudnya pembatalan semua program dan
jemputan tersebut? Maksudnya ialah Abdullah bin
Ahmad - Perdana Menteri kita yang kelima (‘Badawi’
itu bukan nama beliau dalam kad pengenalanpun –
hanya nama glamour datuk beliau, macam Daud Iraqi
atau Sulaiman Palestini) terbukti membohong apabila
dia berkata, “...Saya tidak beri arahan apa-apa.”
(Berita Harian).
Begitu juga Pak Lah telah berbohong sewaktu di
Pakistan bila beliau berkata langsung tidak ada
halangan terhadap Dr Mahathir berucap di manapun
atau berjumpa dengan siapapun.
Mengikut Tun Dr Mahathir, Anuar Musa telah menerima
panggilan telefon terus daripada Pak Lah yang berada
di Perth, Australia pada masa itu, memberi arahan
kepada Anuar Musa supaya memastikan program Mubarak
bersama Tun Dr Mahathir di Kota Bharu dibatalkan.
Inilah kekalutan yang disokong oleh manusia seperti
Mahdzir Khalid. Kekalutan di mana seorang Perdana
Menteri sanggup berbohong bahawa dia tidak membuat
sesuatu apabila semua orang tahu dia memang memberi
arahan menghalang Dr Mahathir daripada berjumpa atau
bercakap dengan ahli Umno.
Dr Mahathir - pemimpin tulen yang tidak berputus asa
53. Sejarah Melayu di masa akan datang akan
melimpahkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir
sebagai seorang pemimpin tulen yang banyak
pengalaman dan berpandangan jauh, yang tidak terasa
kecil hati bila beliau dituduh sebagai ‘pengacau’
dan disekat dari bercakap dan menegur apa jua
perkara yang beliau rasa akan merugikan atau
membantutkan kemajuan orang Melayu dan negara kita.
Kalau Pak Lah tidak beri dia peluang berjumpa dengan
ahli Umno, Dr Mahathir sudi merendahkan diri
mengambil giliran sebagai perwakilan biasa untuk
bercakap kepada parti Umno. Bila Johari Baharom dan
Mahdzir Khalid halang Dr Mahathir daripada menjadi
perwakilan dengan menggunakan duit RM200 dan cerita
kalut - Dr Mahathir masih tidak putus asa. Dia tulis
surat terbuka kepada semua ahli Umno. Cuba kita kaji
sejarah Dr Mahathir. Sejak bilakah beliau berputus
asa terhadap apa pun? Itulah Dr Mahathir Mohamed –
pemimpin kita semua. Dr Mahathir bukan orang yang
kalut.
Singapura dapat lagi “Tanah Melayu” secara precuma
54. Sebenarnya usaha giat yang sedang dilakukan
untuk memperkecil dan mengenepikan segala pencapaian
Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memimpin negara
bertujuan sebagai satu helah atau mengalihkan
perhatian umum. Sambil kita semua disibukkan dengan
perbalahan dengan Dr Mahathir, makhluk lain sedang
merompak dan mencuri harta negara kita. Sekarang
sesiapa pun rakyat asing akan dibenarkan masuk ke
kawasan tertentu di Johor dari Singapura tanpa perlu
kepada paspot. Ini bermaksud orang Singapura boleh
masuk ke kawasan Johor tanpa had. Mereka boleh
membeli rumah dan tinggal di Johor. Tetapi mereka
bukan bayar cukai di Johor. Mereka kerja, berniaga
dan membayar cukai di Singapura kerana mereka
warganegara Singapura. Ini bermaksud bahawa dalam
sekelip mata sahaja Singapura telah dapat lebih
banyak lagi Tanah Melayu tanpa perlu sebarang
perjuangan. Sultan Johor mengeluh bahawa selama
lapan puluh tahun Tambak Johor merugikan Johor dan
menguntungkan Singapura. Sekarang orang Singapura
boleh terus masuk ke kawasan khas di negeri
kepunyaan Sultan Johor – tanpa perlu sebarang sembah
kepada Tuanku. Siapakah pengasas idea yang sungguh
banggang ini? Jawapannya ialah Khazanah Nasional
Berhad dan ‘penasihat tidak rasmi’ yang berada di
sekeliling Pak Lah.
Memang pun banyak peluang pekerjaan akan wujud di
daerah jajahan Singapura yang bakal wujud di negeri
Johor ini tetapi pekerjaan jenis apa? Buruh Indon
akan dikerah membina kondo, kedai dan pejabat. Orang
Bangla pula akan bekerja menjadi pembantu kedai dan
pencuci tandas. Orang Nepal pula akan menjadi
pengawal keselamatan. Anak Melayu mungkin dapat
bekerja di restoran McDonald dan KFC atau menjadi
GRO dan pelayan di kelab.
Satu pembohongan bahawa kerajaan tiada duit
55. Apabila paling ramai kontraktor Bumiputera
gulung tikar sebab kekeringan projek, Pak Lah
membuat alasan banyak wang telah dihabiskan oleh Tun
Dr Mahathir kerana membina banyak projek mega.
Kemudian diikuti pula dengan kritikan Pak Lah bahawa
Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya ‘just for
popularity’ atau untuk mencari populariti. Maksudnya
projek besar hanyalah pembaziran wang.
Tetapi tiba-tiba Dato Najib mengumumkan bahawa tiga
projek gergasi yang melibatkan RM40 bilion akan
dilaksanakan dalam negara kita. Tetapi Pelik bin
Ganjil siapapun tak tahu apakah projek
berbilion-bilion itu. Tanam kangkung ke, buat besi
ke, buat lapangan terbang ke? Siapapun tidak tahu.
Najib pun tidak tahu.
Kemudian Norwawi Effendi (Menteri Second Hand
Tiara), pula mengumumkan bahawa kerajaan akan
belanjakan RM100 bilion untuk majukan lagi 20 projek
gergasi! Maksudnya setiap projek itu puratanya
bernilai RM5 bilion! Tetapi apakah 20 projek gergasi
itu? Siapapun tidak tahu.
Dulu projek mega Lebuhraya Utara Selatan pun tak
sampai RM5.0 bilion. Apakah 20 projek Norwawi
Effendy yang akan menelan duit rakyat RM100 bilion
itu? Kalaulah semua duit Kerajaan sudah habis, macam
mana pula Kerajaan tiba-tiba boleh jumpa duit
beratus bilion ini? Kemudian projek SJER atau South
Johor Economic Region pula memerlukan pelaburan RM50
bilion dalam tempoh lima tahun saja.
Cuba bayangkan. Peruntukan untuk RMK9 selama lima
tahun hanya sebanyak RM220 bilion. Tetapi antara
empat projek gergasi Najib, 20 projek gergasi
Norwawi dan satu projek gergasi SJER sahaja sudah
telan lebih RM190.0 bilion. Dulu kata tidak suka
projek gergasi. Sekarang Pak Lah pula buat projek
gergasi misteri sampai beratus bilion Ringgit.
Siapapun tidak tahu apakah projek-projek gergasi
yang akan menelan duit rakyat sebanyak RM20.0 bilion
setiap satunya.
“Masih kah kau ingat, suatu masa dulu....”
56. Ingat lagi lagu yang berbunyi “Masih kah kau
ingat, suatu masa dulu..” ucapan Pak Lah di Dewan
Rakyat pada September 2005 ketika beliau membentang
Bajet 2006, Pak Lah telah mengumumkan penubuhan
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dengan modal
‘duit kacang putih’ sebanyak RM 2 bilion sahaja?
Memandangkan paling sedikit hartanah komersil yang
dipunyai kaum bumiputera di kawasan strategik Kuala
Lumpur dan kawasan perbandaran lain maka Yayasan ini
dicadangkan untuk membeli dan memegang hartanah
komersil yang boleh disewa ataupun dijual kepada
usahawan bumiputera. Pak Lah juga berkata ‘Maklumat
terperinci mengenai Yayasan Amanah Hartanah
Bumiputera ini akan diumumkan oleh Kementerian
Kewangan dalam tempoh terdekat’. I say man, tempoh
terdekat sekarang sudah jadi dua tahun. Sampai hari
ini maklumat tidak terperinci pun tiada, tidak ada
seorang pun Wakil Rakyat Umno yang telah membawa
usul untuk membincangkan perkara ini di Parlimen.
Tetapi yang selalu kita dengar ialah laungan YB
bahawa ”Kami sokong Pak Lah, kami berdiri teguh di
belakang Pak Lah” dan sebagainya. “Masihkah kau
ingat, masihkah kau ingat ….”
Sebaliknya Pak Lah dan geng hendak padamkan daripada
ingatan kita segala pencapaian Tun Dr Mahathir
sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Pak Lah
tidak mahu kita ingat apapun mengenai Dr Mahathir.
Tidak ada siapa pun, kecuali orang yang terencat
akal seperti Mahdzir Khalid yang boleh sengaja
lupakan pencapaian Tun Dr Mahathir.
“....Aku terbayang kenangan datang, waktu kecil
dulu....”
57. Keseluruhan peristiwa dan perkara seperti ini
mendorong paling ramai rakyat Malaysia dan bukan
saja Tun Dr Mahathir, mempertikaikan kewibawaan dan
kemampuan Pak Lah menjadi pemimpin negara. Jelas Pak
Lah lebih sesuai menjadi pemimpin surau atau
pengarah jabatan agama sahaja. Tidak perlu terlalu
risaukan perjanjian atau persetujuan. Lebih kurang
pun bolehlah. “Saya lebih, awak kurang” pun lagi
eloklah.
Pak Lah minta berjumpa dengan Dr Mahathir pusingan
kedua. Pasukan ‘Boo’ pun sudah ready!
58. Bisikan burung hud hud yang terkini mengatakan
bahawa Mubarak telah didesak geng Pak Lah untuk
mengaturkan perjumpaan kedua di antara Dr Mahathir
dan Pak Lah. Dr Mahathir telah bersetuju dan
perjumpaan itu mungkin akan diadakan sebelum
Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada 13 hb
November ini. Pak Lah minta berjumpa dengan Dr
Mahathir sebab beliau runsing ‘feedback’ daripada
Umno yang kurang meyakinkannya. Pak Lah takut dia
akan di ‘boo’ sewaktu perhimpunan Umno nanti.
Perjumpaan dengan Dr Mahathir pada saat terakhir
sebelum Perhimpunan Agung boleh jadi seperti
‘membeli insuran’ iaitu jika berlaku kemalangan atau
kebakaran, syarikat insuran akan bayar gantirugi.
Jika Pak Lah berjaya bergambar bersalam tangan
dengan Dr Mahathir sambil tersenyum macam kambing,
mungkin penyokong Dr Mahathir tidak akan ‘boo’
sewaktu Perhimpunan Agung.
Bagi Dr Mahathir pula perjumpaan kedua, ketiga atau
keempat tidak akan menjadi masalah. Beliau tetap
dengan pendiriannya. Maruah negara jangan digadai
kepada orang lain. Jangan tukar pejabat Perdana
Menteri jadi ‘family business’. Mungkin kali ini Dr
Mahathir akan lebih berterus-terang dan minta Pak
Lah bersara saja. Resign and go away.
Tetapi geng-geng Pak Lah pun sudah bersedia juga.
Jika perlu, seorang Dato yang pernah terlibat dalam
kes menumbuk orang telah diberi tanggungjawab
menyediakan pasukan ‘boo’ untuk ‘boo’ Dr Mahathir
sekiranya beliau memilih untuk menghadiri
Perhimpunan Agung ini. Menantu Pak Lah - Khairy
Jamaluddin dan macainya Datuk Azeez Mat Rempit telah
ditugaskan menyediakan Mat Rempit di luar dewan
Perhimpunan Agung itu untuk ‘boo’ Dr Mahathir juga.
Maksudnya jika Dr Mahathir memilih untuk menghadiri
Perhimpunan Agung ini, mungkin beliau akan di’boo’
daripada luar sehingga ke dalam dewan. Tujuannya
adalah untuk memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad –
negarawan dan pemimpin Agung kita selama 22 tahun –
yang telah begitu banyak berjasa kepada kita semua.
Begitulah tahap kurang ajar manusia.
59. Gas pemedih mata askar tidak beruniform tidak
dapat menghalang Dr Mahathir daripada berucap di
Kota Bharu. Apakah ‘boo’ Mat Rempit penghisap dadah
dan kaki rogol bergilir (gang rapist) boleh
menakutkan Dr Mahathir pula? Cuba bayangkan. Tun Dr
Mahathir sanggup ketepikan segala protokol kerana
ingin sangat hendak turun ke bawah menjadi Ahli
Perwakilan Bahagian supaya beliau dapat bercakap
dalam Perhimpunan Agung Umno. Beliau lebih takuti
masa depan bangsa dan negara daripada gas pemedih
mata atau ‘boo’ mat rempit dan kaki rogol.
60 Pak Lah rasa tercabar dan tergugat dengan
kritikan Tun Dr Mahathir sebab dia tahu apa yang Dr
Mahathir cakap itu adalah benar belaka. Masalahnya
Pak Lah tidak mampu membetulkan pentadbirannya sebab
beliau tidak tahu macam mana cara untuk
melakukannya. Tambahan lagi Pak Lah di kelilingi
penyangak dan penyamun yang telah memukau fikiran
beliau sehingga melepasi point of no return.
Akan bersambung.
Apakah yang akan terjadi kepada negara kita
61. Memang kelemahan Dr Mahathir yang amat ketara
ialah memilih ‘ahli silat tongkat pendek’ dan badut
menjadi timbalannya. Tetapi Dr Mahathir adalah
seorang manusia yang sangat mengikut prosedur.
Lihatlah bagaimana beliau merendahkan diri
menawarkan diri menjadi calon perwakilan Kubang
Pasu. Semuanya menghormati prosedur. Apabila manusia
tidak bijak Mahdzir Khalid masuk dewan, Tun Dr
Mahathir yang berusia 81 tahun serta isteri Tun Dr
Siti Hasmah berdiri memberi salam hormat kepada
Menteri Besar. Melayu boleh tinggalkan budaya,
semoga budaya tidak tinggalkan Melayu.
Begitu juga sebenarnya bukan Dr Mahathir yang hendak
memilih Pak Lah tetapi itulah kehendak parti Umno.
Dato Najib dianggap masih muda. Begitu juga dulu Dr
Mahathir terpaksa melantik Anwar Ibrahim menjadi
Menteri Kewangan sebab Anwar mendapat undi tertinggi
Naib Presiden parti. Ikut Tan Sri Sanusi Junid, Dr
Mahathir tidak mempunyai pilihan dan terpaksa akur
kehendak parti. Dr Mahathir laksanakan tugas ‘by the
book’. Kepada pasukan psy-war yang membantu beliau
dulu - nasihat Dr Mahathir adalah ‘Don’t break any
laws’. Itulah Dr Mahathir. Semuanya ‘by the book’.
Dato Najib boleh tunggang kuda polo
62. Tetapi apakah yang bakal terjadi kepada negara
kita? Pertama sekali Datuk Seri Najib Tun Razak
boleh membuat persiapan balik ke Pahang dan tunggang
kuda polo saja. Kerjayanya sudah terkubur. Jika Pak
Lah masih berkuasa selama dua tahun lagipun, Khairy
Jamaluddin akan dilantik menjadi Naib Presiden Umno
– dan bukan Ketua Pemuda. Hishamudin Hussein – boleh
kekal sebagai Ketua Pemuda. (Jangan pandai pandai
mahu jadi Naib Presiden? Apa macam hari ini? Keris
panjang ke pendek?) Apabila Khairy menjadi Naib
Presiden beliau sudah dekat dengan kerusi Timbalan
Perdana Menteri. Tidak mungkin Najib akan diberi
peluang menjadi Perdana Menteri.
Kepada Datuk Seri Najib, walaupun kepala ‘think
tank’ Dato sekarang sudah masuk ‘fish tank’ kerana
beliau menggunakan kepala kecil lebih daripada
kepala besarnya, Dato tidak perlu kepada ‘think
tank’ untuk nampak senario ini. Sedikit common sense
pun sudah cukup – sudah tentu Datuk boleh faham.
Tidak mungkin Datuk akan jadi PM jika Pak Lah pegang
takhta lagi dua tahun pun. Tidak mungkin. Jika Datuk
mahu selamatkan masa depan Datuk, kena buka langkah
sekarang juga.
Syaitan suka Anwar jadi YAB (Yang Amat Berbahaya)
63. Pihak syaitan Amerika, Britain, Singapura,
Australia dan syaitan lain masih mengidamkan Anwar
Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bab itu
belum habis lagi. Mereka sangat seronok melihat
perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan Pak Lah
berpanjangan. Perbalahan ini memberi mereka peluang
untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai calon
‘alternative’ menjadi Perdana Menteri. Ini adalah
satu bahaya besar sebab Anwar berpotensi menjadi
Y.A.B atau Yang Amat Berbahaya. Saluran untuk
membawa Anwar masuk balik ke dalam Umno telahpun
disediakan – iaitu menerusi Khairy Jamaluddin –
menantu kesayangan Pak Lah. Sebelum ini Anwar telah
minta bantuan Khairy untuk memujuk ahli Umno
menerimanya balik. Kebanyakan ahli MT Umno serta
Pemuda dan Wanita Umno tidak setuju membenarkan
Anwar kembali masuk Umno.
Oleh itu Anwar telah cuba cara lain. Anwar telah
mencuba sebanyak tiga kali untuk berjumpa dengan Dr
Mahathir. Dalam kiraan Anwar jika dia boleh berjumpa
dengan Dr Mahathir, minta maaf kepadanya dan
mendapat restu Tun Dr Mahathir, maka Umno pun akan
sudi menerimanya kembali. Anwar telah minta Vincent
Tan telefon Dr Mahathir dan pesan untuk bertemu
dengan Dr Mahathir. Apabila percubaan tersebut
gagal, Anwar telah minta Joseph Chong (Sabah
Shipyard) pula berjumpa dengan Dr Mahathir dengan
pesanan yang sama. Pun gagal. Percubaan ketiga juga
gagal. Dr Mahathir berpendapat bahawa Anwar boleh
mengancam keselamatan negara kita. Anwar sangat
disayangi Amerika, CIA, Pentagon dan sebagainya.
Jika Khairy jadi Naib Presiden?
64. Memang bab ini belum tamat lagi. Jika Khairy
jadi Naib Presiden, apakah Anwar akan dibenarkan
masuk balik ke dalam Umno? Jika Anwar masuk kembali
ke Umno, sudah tentu dia boleh gantikan Pak Lah
sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Khairy
akan dipilih jadi timbalannya. Najib boleh balik ke
Pekan dan tunggang kuda polo.
Kalau kita sudah nampak gelagat Anwar Ibrahim
setelah tiga tahun saja jadi Timbalan Perdana
Menteri dan juga gelagat Khairy Jamaluddin setelah
tiga tahun saja Pak Lah jadi Perdana Menteri, cuba
bayangkan apakah yang akan berlaku kepada negara
kita jika kedua-dua ’romeo’ ini menjadi Perdana
Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Apakah setan
akan kencing berlari dalam usaha memadamkan api
neraka?
Bukan Pak Lah seorang saja benci Dr Mahathir
65. Jadi bukan Pak Lah seorang saja yang hendak
menyekat Tun Dr Mahathir daripada bercakap, menegur
dan mengkritik pentadbirannya. Ada ramai syaitan
lain di sekelilingnya yang tidak mahu Dr Mahathir
merosakkan komplot jahat mereka.
Sekarang Dr Mahathir telah jatuh sakit (9/11/06) dan
dimasukkan ke Institut Jantung Negara. Kita berdoa
semoga Ayahanda akan pulih dengan cepat dan
mengambil rehat. Semoga Allah akan memudahkan segala
urusan bagi Dr Mahathir.
Tetapi bukan jambatan bengkok, jambatan lurus,
Proton atau isu jual pasir saja yang termasuk dalam
fikiran Tun Dr Mahathir. Dr Mahathir boleh nampak
bahaya yang lebih besar yang mengancam masa depan
negara kita dan kedudukan orang Melayu jika Khairy,
Kalimullah, Pak Lah atau Anwar Ibrahim memegang
kuasa. Contohnya Kalimullah yang menjadi penasihat
paling akrab kepada Pak Lah pernah ditolak oleh
Special Branch (SB) sebagai tidak sesuai menjadi
setiausaha Tun Ghafar Baba atas alasan ‘security
risk’ atau mengancam keselamatan negara. SB
berpendapat bahawa Kalimullah terlalu akrab dengan
pihak perisikan Singapura. Maka Kalimullah terpaksa
diberhentikan kerja beberapa minggu saja selepas
menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar. Habis pasal
apa Pak Lah lantik dia menjadi penasihat terdekat,
bagi dia jawatan mengurus New Straits Times, bagi
dia lesen ECM Libra dan macam-macam lagi? Kenapa Pak
Lah begitu bodoh?
Dr Mahathir lebih faham bahaya ini daripada sesiapa
pun. Bukan air, pasir, udara atau jambatan bengkok
saja yang merunsingkan fikiran beliau. Apakah Umno
akan menggadai tanah airnya sendiri kepada orang
lain? Fikirlah baik-baik.
Jika tiada Dr Mahathir untuk perjuangkan nasib kita,
negara kita akan habis dijual oleh penyangak dan
penyamun. Sudah pasti kita akan dijajah sekali lagi.
Mengikut cadangan bodoh Khazanah Nasional Berhad,
wilayah Singapura akan ditambahkan sebanyak 4000
hektar lagi secara percuma – di dalam negeri Johor.
Orang Singapura boleh masuk tanpa menunjukkan paspot
ataupun kad pengenalan. Banyak cantiklah tu!
Sejarah tetap berulang - history repeats itself
66. Memang benar bahawa sejarah itu berulang.
History repeats itself. Sejak awal zaman manusia,
orang yang kurang inteligen pun akan cuba manipulasi
orang yang bodoh. Sebelum 1969 pimpinan kita telah
leka dalam menjalankan tugas. Akibatnya pada pilihan
raya 1969 kerajaan Pakatan pada masa itu hampir
kalah dalam pilihan raya. Negara kita dilanda
angkara dan kekecohan. Pada pilihan raya akan datang
sudah tentu Kerajaan BN akan mengalami keruntuhan
besar dalam jumlah pengundian. Ini pasti akan
berlaku. Negeri Kelantan akan tetap berada dalam
genggaman PAS. Terengganu akan hilang sekali lagi ke
tangan PAS. Negeri Kedah dan mungkin satu atau dua
negeri yang lain juga akan hilang ke tangan
Pembangkang. Kemungkinan besar bahawa BN akan
kehilangan majoriti dua pertiga. Mengikut ramalan
seorang bekas YB Umno, mungkin ada calon Umno yang
akan hilang wang deposit pun. Beliau gelak secara
senyap dan hanya tunggu hari pengundian.
Kita boleh nampak dengan begitu jelas (terlalu
jelas) bahawa orang yang bodoh sedang dimanipulasi
oleh orang yang kurang inteligen. Ini adalah bencana
yang hanya menunggu masa untuk menimpa negara kita.
Saudara saudari Umno seperjuangan – sudikah kita
semua duduk diam sahaja dan biarkan perkara ini
berlaku? Sudikah kita – hanya kerana sedikit kontrak
atau kedudukan –melihat masa depan negara kita dan
masa depan waris kita digadai kerana kita takutkan
puak yang tamak, yang bodoh dan yang jahat? Fikirlah
baik-baik.
Umno sedang di ‘cadre’ kan
67. GLC atau Government Linked Companies adalah
istilah yang dipinjam dari Singapura. Khazanah
Nasional Berhad telah melantik syarikat hospital
swasta Parkway Holdings dari Singapura untuk
menyiapkan kajian ‘health tourism’ bagi negeri
Johor. Ini satu perbuatan amat kurang bijak
memandangkan Parkway adalah pesaing (‘competitor’)
kepada sebarang usaha memajukan ‘health tourism’ di
Johor. Cuba kita fikir. Bolehkah kita percaya Keppel
Harbour Singapura membuat kajian bisnes untuk
majukan Pelabuhan Tanjong Pelepas? Habis macam mana
pula kita melantik pesaing kita menyediakan
‘business plan’ kita? Dr Mahathir telah berulang
kali mengatakan bahawa Singapura tidak pernah
sekalipun ambil peduli kebaikan atau kebajikan
negara kita.
Akhbar perdana New Straits Times masih dikongkong
oleh penasihat Pak Lah seperti Kalimullah yang
sangat pro Singapura itu. Kalimullah bukannya ahli
Umno, bukan wakil rakyat dan tidak pernah peduli
nasib orang Melayu. SB tidak benarkan Kalimullah
menjadi setiausaha akhbar Tun Ghafar sebab SB
percaya Kalimullah adalah agen Singapura. Habis
kenapa Pak Lah memilihnya menjadi penasihat
terdekat? Jelas bahawa kehadiran Kalimullah dan
beberapa agen Singapura yang lain sudah mula masuk
Umno dan negara kita. Kanser sudah merebak.
Umno tidak terkecuali
68. Parti Umno memang tidak terkecuali. Parti Umno
sekarang sedang ditukar mengikut sistem ‘cadre’ yang
diamalkan oleh parti komunis PAP atau People’s
Action Party Singapura. Mengikut sistem ‘cadre’ ini
pemimpin dan konco terdekatnya memegang kuasa
mutlak. Mereka amat berpengaruh. Sesiapapun tidak
boleh menyoal kuasa pemimpin. Pemimpin dan
konco-konco pula akan memilih penyokong kuat mereka
menduduki Majlis Tertinggi (Central Working
Committee). Kemudian MT pula akan meletakkan balik
pemimpin di atas takhta. Tidak lama lagi akan
tamatlah tradisi demokrasi dalam parti Umno.
Hanya mereka yang taat kepada Pak Lah dan menantunya
Khairy Jamaluddin akan dibenarkan bertanding dan
menang. Orang yang menentang mereka akan dipecat
atau dihalang. Seperti dinasti PAP di Singapura maka
akan tertubuhlah dinasti Khairy Jamaluddin di
Malaysia.
Jelas Pak Lah tidak kompeten
69. Pak Lah adalah seorang Perdana Menteri yang
tidak kompeten untuk terus memimpin negara.
Kemampuannya yang sangat meragukan ini menjejaskan
kemajuan ekonomi negara dan matalamat kita untuk
mencapai wawasan 2020 juga sangat meragukan. Tetapi
jauh sebelum itu musuh negara kita sudah menyelinap
masuk ke dalam urusan Kerajaan dan negara secara
senyap dan berani. Mereka sekarang sudah berupaya
menentukan hala tuju negara kita.
Keputusan terletak dalam tangan ahli Umno
70. Masa depan negara kita terletak dalam tangan
ahli Umno yang bakal bersidang. Tetapi kebebasan
untuk bersidang secara terbuka dan bebas ini tidak
terjamin. Mungkin ini akan menjadi kali terakhir
ahli Umno dapat menyuarakan hasrat mereka secara
telus dan terbuka. Selepas ini jika Pak Lah masih
berkuasa, Umno akan berubah buat selamanya. Hanya
‘cadre’ yang taat kepada Khairy dan Pak Lah boleh
bersuara. Yang lain boleh telan air liur saja.
Berakhir
|