BALIK KE MUKA UTAMA

49 TAHUN MERDEKA, MELAYU MEREMPAT DI TANAH SENDIRI



Sekali pandang mungkin kita kata mereka ni
a. Degil dan tau nak melawan sahaja.
b. Tak kan lah teruk sangat sampai nak duduk bawah khemah.
c. Jenis orang yang menyusahkan anak isteri sendiri.
d. Tak nak pembangunan.
e. Pengotor
f.  Bodoh

Yup itulah jawapan UMNO, MPAJ dan Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi hakikatnya

a. Mana tak degil kalau mereka disuruh berpindah ke rumah transit dan kemudiannya di suruh mereka membeli PPR yang mana mereka sendiri tak layak dapat pinjaman bank kerana:
i. Banyak lagi yang berkerja menoreh getah di Klang Gate.

ii. Bekerja menjual ubat Direct Selling

iii. Umur dah lanjut, ramai yang berumur 55 tahun ke atas.

iv. Senang cerita tak mampulah katakan. Tapi biasalah orang kita, bila kata setinggan je, ala mereka tu kaya, tengok ada kereta Proton. Pegi duduk dengan dia orang sehari lepas tu baru cerita.

b. Mana tak melawan kalau tanah yang mereka terokai lebih 45 tahun dan cuba memohon tanah itu beberapa kali kemudian keputusannya diberi kepada syarikat kroni. Mereka buat laporan pada BPR tetapi senyap je. Biasale UMNO.

c. Mana nak duduk, bawah khemah le. Nak duduk mana!! Nak sewa rumah. Sapa nak bayar kalau pendapatan pun kais pagi makan pagi. Pegilah tengok berapa kereta Proton yang ada kat sana dan berapa banyak motor yang road tax pun tak ada.

d. Sapa kata mereka tak nak pembangunan, sapa tak nak duduk rumah selesa, sapa yang nak tidur bertemankan nyamuk. Apalah UMNO ni, buta hati sangat ka????

e. Bodoh ke mereka kalau mereka memperjuangkan ekuiti tanah yang mereka terokai tu? Bodoh ke mereka kalau mempertahankan penempatan mereka sekarang daripada ditipu oleh Kerajaan Negeri yang mengatakan mereka mampu beli rumah. Tanya bank mana yang nak bagi pinjaman pada mereka?

f. Satu lagi hakikat, UMNO sekarang sudah tiada agenda membela Melayu. Tak payah panjang, itu aja.

Jangan kata nak membela, menindas lagi adal le. Hari ni khemah yang meneduhkan mereka dan anak-anak mereka pun nak di rampas. Biadap sungguh MPAJ dan Kerajaan Negeri. Mana timbang rasa. Susah sangat ke nak menyelesaikan masaalah mereka ni. Sedangkan tanah yang mereka duduki itu boleh diberi percuma sahaja kepada Triumph City Development Sdn Bhd dgn hanya bayar sedikit premium, apakah salahnya selesaikan masaalah-masaalah sebegini secara bijaksana. Tanah itu seluas 3 ½ ekar dan nilainya RM70/skp..... RM11 juta.... free beb. 49 Tahun Merdeka. Jangan lupa. Merdeka....

 


 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762