BALIK KE MUKA UTAMA

Dua notis dengan tanda tangan berbeza dari Setiausaha Cawangan untuk panggilan mesyuarat UMNO Cawangan Sg Udang

Untuk makluman pihak umno-reform, saya rasa terkejut dengan cara pengisian maklumat yang yang tidak lengkap.Notis mesyuarat tersebut dilampirkan.Selalunya segala maklumat sepatutnya di isi dengan lengkap tarikhnya, ada kepala surat UMNO,tanda tangan S/Usaha juga berlainan.Seperkara lagi notis tersebut di hantar pada waktu malam jam 9.30pm bertarikh 9/4/2005 walhal pada keesokan harinya mesyuarat tersebut akan di jalankan. Protokol manakah yang diikut atau ada perlembagaan yang menyatakan perkara tersebut boleh dipinda - pinda? Saya sebenarnya berasa hairan dengan mereka semua ini kenapa terlalu fanatik /taksub hinggakan perkara tersebut di abaikan.Sayangnya itulah orang Melayu kita terlalu buta dalam perkara ini semua,hanya inginkan nama di persada perjuangan politik hinggakan tidak memikirkan apakah maksud sebenarnya perjuangan. Di sini saya lampirkan 2 notis yang ada perbezaan dan pihak umno-reform boleh membezakannya.Saya sebenarnya bukan mahu berbincang bersama dan jikalau boleh umno-reform mereformkan semua perkara ini kerana Melayu-umno sekarang ini terlalu hanya mementingkan kebendaan dan diri sendiri hingga tidak sedar kesilapan yang mereka lakukan.Kerana ketaksuban dengan sesuatu perkara segalanya diambil mudah dan tidak memikirkan natijah yang akan menimpa mereka. Persoalan saya sekarang ini ialah apakah notis tersebut boleh di anggapkan sah atau tidak? Sekian.Terima Kasih.

 

Fitnah terhadap Khairy - orang yang kecewa dengan Pak Lah
Dr Azizah Ahmad

Padahal orang yang membuat cerita fitnah terhadap Khairy hanyalah beberapa kerat saja, iaitu orang-orang yang kecewa dengan Pak Lah dan  juga beberapa kerat Pemuda yang kecewa tidak dapat projek... mereka yang dua tiga longgok ini telah mengadun cerita tentang Khairy dan  ditaburkan kepada orang ramai

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Laporan polis terhadap Astora Jabat

Bukan itu sahaja, malah sikap dan pandangan terbaru berhubung sokongan  beliau terhadap Dr Amina Wadud yang mengimami sembahyang fardu Jumaat  beberapa minggu lalu amat dikesali. 

"Kerajaan seolah sengaja membiarkan Astora Jabat mengeluarkan pandangan  yang mengelirukan umat Islam. Kenapa tiada tindakan dibuat sedangkan perbuatannya telah lama , " terangnya. 

  • p/s umno bila mahu buat laporan polis terhadap Astora Jabat

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Kebangkitan Islam datang dari Amerika dan Amina Wudud sah mengimamkan solat - Dr Kassim Ahmad

Ia menunjukkan bahawa Islam akan  bangkit semula dari A.S. Bukankah sudah saya katakan bahawa 'Nabi Isa' yang akan 'turun kali kedua' ialah pemimpin revolusioner A.S. Lyndon H. LaRouche? Beliau sedang memainkan suatu peranan yang penting sekarang bukan saja untuk membawa suatu perubahan yang besar di A.S., tetapi juga di seluruh dunia.

KLIKSINIUNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Menjawab Artikel Dr Kassin Ahmad
brotherhood of mankind 

Saya tertarik tentang kenyataan Kassim Ahmad mengenai kebangkitan Islam dan kehadiran Nabi Isa Kedua diAmerika. Adakah Kassim Ahmad Tuhan untuk mengatakan ianya pasti. Islam tidak pernah menjatuhkan martabat wanita malah meletakan wanita pada martabatnya yang sepatutnya. Wanita memang boleh jadi imam tetapi pada jemaah wanita sahaja. Bukankah ini sudah menaikan martabat wanita. Tidak ada paderi wanita dalam Kristian walaupun untuk jemaah wanitanya dan ini jelas bahawa Islam telah letakan wanita pada tahap yang sepatutnya. Allah mencipta makhluknya dalam berbagai bentuk, rupa dan etc supaya dapat kita pelajari antara satu sama lain dan setiap makhluk nya ada peranan masing masing mengikut kelebihan yang Allah anugerahkan. Kalau lelaki pergi berperang maka wanita pula memainkan peranan untuk menjaga dan mengubat mereka mereka yang cedera. Kalau lelaki jadi pemerintah, maka wanita pula yang melahirkan, mendidik dan membentuk pemimpin tersebut.Pembahagian peranan bukan lah suatu penindasan tetapi merupakan suatu sistem untuk melancarkan kehidupan manusia.


Menjawab tulisan Pena Suasa

Apa di harap pada UMNO?
Bekas Peneroka Kota

Kehadiran mereka juga harus di lihat sebagai satu keutamaan - kehadiran peneroka bandar Melayu yang perlu di bela. Bayangkan di kawasan Jinjang Selatan ( tanah setinggan kaum Cina ) di kini di bela oleh MCA dalam usaha untuk mendapatkan TOL sedangkan Menteri seperti Isa Samad mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

"Saya tidak tahu nanti saya periksa, Dalam mesyuarat dengan DBKL saya tidak di maklumkan tetapi pindah dahulu" 

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Nilai Melayu secara adil: Raja Nazrin
Oleh Ridzuan Yop
dipetik dari Berita Harian 

“Sedarlah! Apabila sesuatu bangsa memilih untuk merendahkan bangsanya sendiri, akan terbukalah jendela yang memberanikan bangsa lain untuk menghinanya. Lalu bangsa akan dipandang fakir dan adat budayanya bakal tersingkir.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Sedarlah setinggan itu 'penumpang'
Pena Suasa

Ini satu kesilapan dan keterlaluan. Sepatutnya, sebagai seorang penghuni Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan dunia, janganlah kita yang miskin ini menjadi manusia sombong. Bila kita bersikap sombong, bukan sahaja kita tidak diperdulikan malahan,orang lain tidak akan bersimpati dengan kita.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

Komen bagi artikel Pena Suasa KLIK SINI


Isu Kampung Sq Udang masih belum reda
www.umno-reform.com

Kini Setiausaha Bahagian Segambut menjawab beberapa tuduhan oleh penduduk Kg Sungai Udang yang telah di beri notis berpindah.

Kami juga membuat kompilasi isu ini untuk renungan dan tindakan bersama demi kebaikan.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


 

ulasan pertama - sipnosis seminar

KLIKSINI

Ulasan menyeluruh mengenai komen - komen akan di siapkan dan di siarkan mingu ini.

Kami memohon maaf kerana web log Melayu Dalam Bahaya secara tidak sengaja telah terpadam. Sungguhpun begitu hard copy posting akan di rumuskan oleh Ghazali Mat Dom kelak.


MALAYSIAKINI - berapa banyak kutipan pada hari tersebut?
www.umno-reform.com

Tindakan tersebut kalau di lihat dari satu sudut  hanyalah satu jenaka dan agar sukar untuk di ambil sebarang tindakan kerana pada penghujung rencana mereka mengatakan bahawa itu hanya "April Fool". Sungguh pun begitu apabila di lihat dari satu sudut berbeza - niat mereka mahu mendapatkan keuntungan dengan menipu pelayar. Ini boleh di ambil tindakan.

  • Bayar balik mereka yang telah membayar untuk membaca berita tersebut.

  • Kalau berita itu tidak berbayar bolehlah kami kategorikan sebagai "April Fool"

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


UMNO dan budaya Temasik

Kepada UMNO, ingatlah saudara saudara ku. Mari bersatu segera dan hancurkan budaya Temasik yang ada dalam diri kita. Hadapilah cabaran hari ini (serangan todak todak)dengan satu semangat jihad saolah olah UMNO kini sedang menuntut kemerdekaan 1957 dahulu.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Berita ringkas - email/SMS

  • Sg Udang di ugut oleh DBKL untuk di potong bekalan elektrik dan air tidak lama lagi

  • Penduduk Kg terus di arah untuk mengosongkan kawasan. 

  • UMNO Segambut terus diam dan ini menjadikan penduduk bosan dengan sikap beliau.

  • Presiden Iraq baru menolak perlembagaan yang berlandaskan Syariah dan perundangan Islam dalam pentabiran - 11 Mei 05 laporan CNN  

 

 

Bila laman - laman sampah seperti Mahazalim dan Mahafiraun mati dengan sampah - sampah mereka ada juga laman UMNO yang tidak keluar dari kepompong lama. Persoalan survey mereka sama dan tidak kurang bezanya dengan laman - laman hina reformasi sebelum ini. Bila agaknya mereka mahu berubah! Atau selamanya mereka akan berada di takuk ini. Bangunlah KMU - yang lain telah lama beredar. Yang paling hairan itu adalah satu jawapan mereka - budak hitam tinggi tukang despatch paspot - siapa agaknya?

  • Hitam ? hmmmm

  • Tinggi? hmmmm

  • Despatch Paspot - mahu selesaikan urusan paspot malam itu ? 

Siapa saya?


Suruhanjaya Antara Agama. Seruan Perti Keadilan rakyat saya sahut
Ghazali Mat Dom

Saya telah menyahut seruan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda dengan menyiarkan secara keseluruhan artikel beliau. Namun maklum balas yang kami terima tidak memihak pada beliau. Penegasan agar Suruhanjaya Antara Agama di tolak semakin nyata. 

Baca email yang menolak penerimaan cadangan Suruhan Jaya Antara Agama yang di sokong oleh Parti Keadilan Rakyat klik sini


Perbincangan bukan laporan polis - Baha

Dari hanya mahu membuat laporan polis adalah lebih baik Parti Keadilan Rakyat mengajak editor1 umno-reform, prowaris dan Sekretariat Melayu Muda berbincang untuk kesejahteran Melayu bersama. apakah Melayu sebenarnya tidak boleh duduk bersama? apakah perjuangan Melayu harus terbabit dalam kancah politik sahaja. 

Saya tidak gemarkan apa yang di lakukan oleh Angkatan Muda Keadilan yang pada saya hanya mahu mendapat promosi - sebaiknya kita adalah orang - orang Melayu maka kita bincangkan - berdebatlah  - agar keputusan Melayu dalam Bahaya dapat sama - sama kita persetujui.  


UMNO-REFORM.COM putar belit fakta mengenai Suruhanjaya Antara Agama
Badrul Hisham

Sokongan saya terhadap penubuhan suruhanjaya antara agama ini berdasarkan satu prinsip yang jelas iaitu pemerkasaan anutan agama di kalangan penganut agama masing masing sebagai cara hidup. Kerana saya melihat tidak guna kita membicarakan mengenai perkara  perkara ketakutan yang menjadikan kita sempit
sedangkan kita tenggelam dan ada golongan yang sedang mengambil kesempatan atas slogan slogan yang menenangkan.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

Artikel www.umno-reform.com yang membidas Parti Keadilan Rakyat yang menyokong penubuhan Suruhan Jaya Antara Agama
KLIKSINI


UMNO bahagian Jelutong menolak permohonan MCA untuk tambahan sekolah Cina

Kenyataan Media - klik sini


Tindakan Khairy Jamaluddin relevan - membantah tuntutan MCA mengenai penambahan sekolah Cina
www.umno-reform.com

www.umno-reform.com memandang serius perkara ini kerana sewaktu Jawatankuasa Suqiu menuntut beberapa perkara yang jelas mencabuli hak keistimewaan orang - orang Melayu MCA hanya berpeluk tubuh dan hanya bersuara ibarat melepaskan batuk di tangga. 

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Itu pendapat peribadi Badrul Hisham
azuarnar3418@yahoo.com
Amrul Azuar Mokhtar

Saya berpendapat perkara ini hanya merupakan pandangan peribadi saudara 
Badrul Hisham.

Pesan saya ringkas sahaja, baik pemimpin kerajaan atau pembangkang  jangan memperjudikan nasib masa depan agama islam secara amnya dan umat  islam khususnya demi meraih keuntungan politik. 

Saya berpendapat walaupun penubuhan IRC mempunyai pro dan kontra, namun  saya yakin dan percaya ianya mempunyai agenda tersendiri dan ianya sudah tentu akan menjerat dan menghakis kewibawaan agama dan umat islam
dimasa hadapan. Demi anak cucu kita, janganlah mengambil risiko,  bertolak ansur dan berkrompomi dengan perkara tersebut.

Lihatlah apa yang terjadi sekarang, gejala murtad sedang berkembang  contohnya saudara lihatlah apa yang telah dilakukan oleh saudari Lina Joy (permohonan murtad oleh wanita melayu) dan kewujudan laman web murtad from Malaysia!

Wassalam. 

Parti Keadilan Rakyat setuju penubuhan Suruhanjaya Antara Agama
www.umno-reform.com

Kami tetap beranggapan tindakan penubuhan suruhanjaya ini adalah satu bentuk asimilasi agama yang akhirnya akan meletakan agama Islam itu sebagai bahan perdebatan antara penganut - penganut agama - agama lain khususnya dari sudut hukum.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat semakin lemah
Alfian

Email ini di kirim oleh salah seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat. Mungkin ini boleh membuktikan bahawa laman ini lebih telus dalam menyiarkan berita - berita kami

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


MELAYU LAMA YANG BARU
Kayu  12 Muharram 1426 , 21 Feb 2005

Tapi malangnya sekarang ini, Melayu telah DIMELAYUKAN oleh bangsa lain. Kitalah dia Melayu yang telah DIMELAYUKAN, oleh bangsa Inggeris terdahulu, dan Cina kemudiannya. Yang mengecewakan adalah apabila kita DIMELAYUKAN oleh bangsa Cina dibumi sendiri.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Mendefinisikan Pak Lah siri 1

Antara yang saya perhatikan ialah corak pemerintahan yang mengatakan 'Feel Good atau keselesaan ' yang menjadi tonjolan sebenarnya adalah satu aspek pemerintahan yang agak longgar di bawa oleh Pak Lah. Pak Lah gagal dalam memberi keyakinan kepada orang seperti saya mengenai beberapa isu penting dalam mencapai tahap perubahan yang sepatutnya di harapkan oleh beliau sendiri.

KLIKSINIUNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

EXCO ANGKATAN MUDA, Azwanddin Hamzah - Pak Lah tunduk pada Amerika
Menurut SMS yang di kirim oleh salah seorang Exco Angkatan Muda Keadilan Rakyat, En Azwanmuddin Hamzah, Demo Aman yang membantah perang di Iraq telah di cemari oleh tindakan keras polis ke atas para pembantah di Kedutaan Amerika Jalan Ampang. Tindakan ini jelas menunjukkan pendirian kerajaan yang tunduk kepada Amerika dan amat mengecewakan memandangkan Pak Lah adalah Pengerusi OIC - menurut Azwanddin. Bantahan terhadap Amerika adalah Demonstrasi Aman yang mahu menghantar mesej yang jelas bahawa kita Malaysia membantah Amerika dan menganggap negara itu sebagai negara penceroboh.

Malang tindakan polis amat mengecewakan. Sedang dunia lain bangkit membantah dan mengadakan demo di hadapan Kedutaan Amerika kita pula di sembur dengan gas pemedih mata.

 

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat semakin lemah
Alfian

Email ini di kirim oleh salah seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat. Mungkin ini boleh membuktikan bahawa laman ini lebih telus dalam menyiarkan berita - berita kami

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


MELAYU LAMA YANG BARU
Kayu  12 Muharram 1426 , 21 Feb 2005

Tapi malangnya sekarang ini, Melayu telah DIMELAYUKAN oleh bangsa lain. Kitalah dia Melayu yang telah DIMELAYUKAN, oleh bangsa Inggeris terdahulu, dan Cina kemudiannya. Yang mengecewakan adalah apabila kita DIMELAYUKAN oleh bangsa Cina dibumi sendiri.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Mendefinisikan Pak Lah siri 1

Antara yang saya perhatikan ialah corak pemerintahan yang mengatakan 'Feel Good atau keselesaan ' yang menjadi tonjolan sebenarnya adalah satu aspek pemerintahan yang agak longgar di bawa oleh Pak Lah. Pak Lah gagal dalam memberi keyakinan kepada orang seperti saya mengenai beberapa isu penting dalam mencapai tahap perubahan yang sepatutnya di harapkan oleh beliau sendiri.

KLIKSINIUNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI


Malam Saksi - "Anwar Ibrahim amat jauh dari kita" kata Dinsman 
www.umno-reform.com

Beliau seakan kini mengatakan bahawa tindakan demonstrasi yang pernah di cetus oleh beliau tidak perlu lagi ada. Ini adalah segmen baru dalam perjuangan. Ini akhirnya meletakkan para pejuang reformasi terpegun menerima tetapi tidak dapat mengagak definisi perjuangan baru yang mahu di cetus oleh Anwar Ibrahim.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Projek Bunglo bukan dari duit rakyat - Khir Toyo
Darus

Saya hampir yakin Menteri Besar Selangor ini kurang bijak. Bukan sahaja kurang bijak mentadbir negeri malah kurang bijak menipu rakyat. Jangan rakyat Selangor di perbodohkan dengan kenyataan seperti ini. Menteri Besar harus tahu keuntungan projek penswastaan adalah keuntungan untuk rakyat dan milik rakyat

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI 

Klik Sini Webblog

 

300,000 drug addicts: Time to replace with the Harm Reduction 
approach

dap@malaysia.net
Tuesday, March 08 @ 16:36:49 MYT 


The Government must renew its spirit in fighting the drug problem. And society in general must be aware of the serious problem of drug abuse and change its attitude towards drug users. We must put in more concerted efforts to prevent drug abuse and the spread of HIV and other drug addict-related diseases.


KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI 

 

Tsunami mangsa reformasi - siapa yang membela mereka?

Satu artikel kiriman yang menarik perhatian. Benar, dari maklumat dan kefahaman yang di terima, mereka yang menyertai reformasi gerakan kebangkitan rakyat tahun 1998 masih lagi menjadi mangsa perjuangan mereka. Ironisnya Parti Keadilan Rakyat di katakan membela Aceh dengan jumlah peruntukkan sebanyak 10 juta. Baca kiriman email berikut.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Benarkah ada usaha untuk membawa Anwar Ibrahim kembali dalam UMNO untuk mencatas Datuk Najib?
warga umno-reform.com

Dari satu kenyataan yang di terima - Anwar Ibrahim menegaskan ; dari saya latih Khairy Jamaluddin lebih baik saya latih anggota Parti Keadilan Rakyat kerana Parti itu mempunyai potensi dalam memerintah negara ini. 

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Makluman 

Benarkah Perjanjian Konsesi PLUS dan kerajaan Malaysia tertakluk di bawah OSA. Soalan melalui e-mail kepada Menteri Kerja Raya, Pegawai Perhubungan Awam dan SMS kepada Timbalan Menteri TIDAK DI JAWAB. Sungguhpun begitu www.umno-reform.com terus di maklumkan bahawa memang BENAR perjanjian konsesi tersebut tertakluk di bawah OSA atau Akta Rahsia Rasmi.

Bangsa Melayu Akan Terus Gagal Sehinggalah Mereka Dapat Mengenal Diri Mereka  Sendiri
FERIZ OMAR www.prowaris.org

Editor www.umno-reform.com agak tertarik dalam tulisan mengenai Melayu ini. Memandangkan kami sedang membuka web blog mengenai isu Melayu mungkin artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi pandangan dalam isu Melayu.

KLIKSINI

Web Blog mengenai isu Melayu - untuk beri pendapat melalui webblog  KLIKSINI atau KLIKSINI untuk hantar pesanan melalui email

 

Warga Indonesia bukan Pendatang ke Malaysia!
Farish A. Noor
(sumber: ummahonline.com)

Bagi mereka yang lebih prihatin kepada perkembangan politik dalaman Malaysia, wujudnya istilah pendatang asing ini merupakan tanda pertama bahawa suatu kempen politik akan dilancarkan. Nah, sekarang jelas sekali bahawa kombinasi retorika dan praxis politik telah bersetubuh dan melahirkan suatu kempen politik, untuk menangkap dan menghantar kembali pendatang-pendatang asing yang dikatakan tenaga perkerja tampa izin di Malaysia.

KLIKSINI
UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Benarkah wujud tekanan politik ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)? 

Komuniti On line www.umno-reform.com kami telah mencadangkan perbincangan mengenai topik di atas. Dikatakan wujud tekanan politik terhadap JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Terdapat pelbagai pihak yang mengecam tindakan JAWI namun ada juga yang mengatakan bahawa tindakan JAWI adalah tindakan yang wajar selaras dengan penerapan nilai - nilai Islam. Apakah tindakan JAWI ini selaras dengan konsep Islam Hadhari yang sekarang ini sering kita perkatakan?

untuk berbincang klik sini web blog

 

Tercabarkah Islam, : Asimilasi agama, natijah di sebaliknya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan

Isu Asimilasi Agama telah menerima beberapa maklumbals yang kami pamerkan dalam webblog. Sila KLIKSINI  untuk membaca atau memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan melalui email

 

Perjanjian Konsesi PLUS dan Kerajaan tertakluk di bawah Akta OSA?

Setelah di beritahu mengenai isu ini, meminta penjelasan secara terbuka daripada Dato Seri Samy Vellu mengenai kedudukan perjanjian konsesi tersebut dan penjelasan kebenaran tuduhan bahawa Perjanjian Konsesi tersebut tertakluk di bawah Akta OSA.

KLIKSINI| UNTUK KIRIM  PENDAPAT KLIK SINI

 

Nota:
Diskusi mengenai Reformasi dan Anwar Ibrahim sedang hebat berlaku dalam webblog Ghazali - sila klik sini untuk capaian terus atau klik sini  ke webblog Ghazali untuk membaca komen isu - isu lain

Apa dah jadi dengan Lembaga Disiplin Umno
Oleh Pena Suasa

Apa tidaknya. Jika dulu sesiapa yang dikenakan tindakan disiplin akan turut mengaitkan jawatan-jawatan lain termasuk MT dan Exco Kerajaan Negeri tetapi kini, sesiapa yang dikenakan hukuman, boleh tersenyum simpul kerana MT melindungi mereka.

Satu webblog untuk membicarakan isu ini telah di bentuk. Untuk berbincang mengenai isu ini KLIK SINI

KLIKSINIwebblog KLIKSINI  UNTUK KIRIM  PENDAPAT KLIK SINI

 

  Interaksi atau kirimkan pesanan pada editor www.umno-reform.com
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

Beberapa artikel ini juga boleh di dapati dalam web - blog http://diskusi-umno.blogspot.com  untuk tujuan perbincangan. Sekiranya ia tidak terdapat dalam web-blog maka sebarang komen boleh di buat secara mudah di sana atau klik sini untuk borang maklumbalas atau hubungi 012-6544762