Rayuan bantuan sumbangan
untuk mangsa-mangsa banjir Utara
warga pembaca dan pelayar
www.umno-reform.com di pohon dan dirayu bagi membantu.
Anjuran Pusat Pembangunan Komuniti Merbok/Kedah dan WIRDA (Womens
Institute for Research, Development and Advancement)
Keadaan banjir besar yang sedang berlaku di wilayah Utara
Semenanjung semakin buruk. Pusat-pusat penempatan yang dibuka
bukan sahaja tidak mampu menampung pertambahan mangsa-mangsa
banjir yang semakin meningkat, tetapi juga, usaha penyaluran
bantuan terlalu perlahan untuk menangani pertambahan mangsa.
Untuk membantu menangani masalah ini, Pusat Pembangunan Komuniti
Merbok/Kedah (PENITI) telah membuka sebuah pusat pengumpulan
barangan sumbangan dari rakyat untuk mangsa-mangsa banjir serta
beberapa pusat pengagihan sementara di kawasan-kawasan yang
terlibat. Bantuan yang didapati masih jauh dari memcukupi untuk
membantu mangsa-mangsa yang terlibat, terutamanya mereka yang
tidak berada di pusat-pusat penempatan yang terlalu sesak.
PENITI, dengan kerjasama penuh dari WIRDA dan Biro Kebajikan
Sosial Parti KeADILan Rakyat telah membuka beberapa pusat
pengumpulan barangan sumbangan di Kedah dan sekitar Lembah
Kelang bagi membolehkan orangramai untuk menyumbang terus kepada
mangsa melalui sukarelawan kami. Tempat-tempat dan jenis
sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:
KLIK SINI
SAIFUL IZHAM RAMLI
Pengarah
Pusat Pembangunan Komuniti Merbok/Kedah
|
|
|
|
Pengerusi MAS nafi tuduhan dan akan mengambil
tindakan undang - undang
Petikan dari Bernama mengatakan bahawa Pengerusi MAS
- Datuk Dr Munir Majid menafikan segala tuduhan terhadap beliau dan
akan mengambil tindakan keatas pihak - pihak yang terlibat.
Berikut adalah kenyataan penuh yang di petik dari BERNAMA.
|
KUALA
LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pengerusi Malaysia Airlines
(MAS) Datuk Dr Mohd Munir Abdul Majid menganggap segala
tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sebagai
pembohongan semata-mata serta berikrar akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat dan
menyebarkan tuduhan berkenaan.
"Tuduhan ini tidak betul. Sindiran yang terkandung dalam
tuduhan ini merupakan fitnah terhadap saya dan jelas
bertujuan untuk memusnahkan nama baik saya di mata orang
ramai," katanya dalam kenyataan di sini hari Jumaat.
Munir berkata demikian bagi merujuk kepada tiga tuduhan
khusus -- pengubahsuaian pejabat pengerusi MAS,
pembelian lukisan dan perbuatannya menaiki pesawat
syarikat itu secara percuma.
Katanya tuduhan itu disebarkan kepada orang ramai tanpa
mengambil kira hakikat sebenar mengenainya.
Beliau berkata antara tuduhan yang dilemparkan
terhadapnya ialah beliau telah mengarahkan agar kerja
ubahsuai pejabat pengerusi MAS dilaksanakan sebaik saja
beliau menduduki jawatan itu, tanpa mengambil kira
kedudukan kewangan syarikat berkenaan dan ketika ia
mengalami kerugian bagi tempoh dua suku tahun dalam
tahun kewangan semasa.
"Sebenarnya, keputusan membuat kerja ubah suai itu
diambil sebelum masa saya memegang jawatan. Ia hanya
dilaksanakan semasa saya menjadi pengerusi dan berlaku
antara Disember 2004 dan Januari 2005, iaitu pada tahun
kewangan lepas apabila syarikat mencatat keuntungan dan
sebelum kerugian yang dialami (oleh MAS) dalam tahun
kewangan semasa," katanya.
Beliau berkata, kerja pengubahsuaian itu sebenarnya
melibatkan keseluruhan Tingkat 34 ibu pejabat syarikat
berkenaan dan bukan terhadap pejabat pengerusi sahaja.
Beliau berkata tingkat berkenaan juga mengandungi ruang
depan utama, bilik lembaga pengarah, ruang menunggu,
bilik jamuan korporat, sebuah bilik jamuan dan ruang
dapur.
Katanya lantai korporat juga digunakan bagi mengadakan
majlis dan aktiviti seperti upacara menandatangani
perjanjian, sidang akhbar, taklimat korporat, majlis
berbuka puasa dan pelbagai aktiviti syarikat lain.
"Untuk mendakwa bahawa saya telah mengarahkan kerja
pengubahsuaian itu dilakukan ketika syarikat mengalami
masalah kewangan dan melibatkan pejabat pengerusi sahaja,
adalah tidak benar serta sengaja tidak mengambil kira
fakta," katanya.
Munir berkata satu lagi pembohongan ialah kononnya
syarikat itu telah membeli tiga lukisan semata-mata bagi
memenuhi kehendak peribadi pengerusinya dan dibuat
semasa syarikat itu menghadapi masalah kewangan.
Beliau berkata pembelian tersebut merupakan pelaburan
korporat dalam tiga hasil seni berkualiti tinggi yang
menjadi aset syarikat itu dan ia tidak digantung di
pejabat pengerusi seperti yang didakwa.
Katanya dua daripada lukisan berkenaan menghiasi tingkat
korporat manakala satu lagi digantung di ruang istirehat
kelas satu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
"Laporan yang disiarkan berulang kali bahawa kesemuanya
digantung di pejabat pengerusi adalah tidak benar dan
jelas sekali merupakan suatu fitnah," katanya sambil
menambah bahawa pembelian hasil seni itu diputuskan
semasa berlangsungnya dua pameran di Kuala Lumpur dan
Singapura pada Disember 2004, dalam tahun kewangan lepas,
bukan dalam tempoh syarikat itu mencatat kerugian bagi
suku pertama dan kedua tahun kewangan semasa.
Lagipun, kata beliau, sebagai aset syarikat, hasil seni
itu dimasukkan ke dalam lembaran imbangan dan ia bukan
perbelanjaan yang dimasukkan ke dalam akaun untung dan
rugi.
"Syarikat memiliki lukisan itu dan ia tidak membuang
wang begitu saja," kata beliau.
Munir juga menolak tuduhan bahawa beliau telah
menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi MAS
dengan membuat perjalanan dengan pesawat syarikat itu
secara percuma.
"Ini betul-betul satu pembohongan. Saya sering terbang
dengan pesawat ini atas urusan perniagaan. Apabila saya
membuat perjalanan bagi tujuan lain, saya tidak pernah
melanggar kelayakan yang diberi kepada saya sebagai
pengarah syarikat," katanya.
Munir berkata sindiran lain yang berdasarkan kepada
tuduhan itu akan ditangani dengan sewajarnya melalui
proses undang-undang, sama seperti tuduhan lain.
Munir berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil
tindakan undang-undang terhadap sesiapa jua yang
menyebarkan tuduhan itu.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
Pembersihan Menteri Besar
Isani
Angin tiada - ribut tidak , Syed Razak bin Syed
Zain tiba - tiba meletakkan jawatan setelah berhempas pulas berusaha
untuk meyakinkan kita bahawa beliau sudah beransur - ansur sembuh.
Kenapa tidak kedengaran oleh kita bahawa alasan mutlak Syed Razak
adalah kerana kesihatan? Apakah sekarang ini sudah ada pergerakan
untuk menukar Menteri besar sebagai strategi baru memegang pengaruh
di peringkat negeri.
Di beritakan beberapa Menteir Besar lain juga akan
turut melepaskan jawatan baik secara sukarela ataupun desakan.
Masalah perubahan Menteri Besar ini masalah biasa tetapi yang perlu
dilihat ialah samada ada udang disebalik perubahan Menteri Besar?
Hari ini Syed Razak meletak jawatan - disamping itu
angin juga kuat bertiup bahawa Menteri Besar Perak, Menteri Besar
Johor, Menteri Besar Perlis - turut akan diganti. Beberapa
nama lain juga turut dikatakan berada dalam kerusi panas - Menteri
Besar Selangor. Menurut beberapa sumber, pergerakan mengubah
beberapa Menteri Besar sudah ada. Ada gesaan untuk perubahan itu di
buat. Kita lihat beberapa berita menarik timbul seakan ada usaha
sistematik mahu mendesak menteri - menteri besar tersebut untuk
melepaskan jawatan. Setakat ini MB Johor pernah di saluti kabar
angin mengenai skandal dengan wanita YB, Shahidan Kassim dengan
gempar gempita Bernas dan soal janji Pak Lah pada Zahidi Beseri dan
MB Selangor dengan tindakan pemberian tanah dan kesalahan -
kesalahan pembangunan tanah kerajaan Negeri.
Kalau mahu ubah itu ubah la, tetapi jangan perubahan
itu atas sebab cita - cita politik dan penyebarkan pengaruh dengan
lantikan baru.
|
|
|
|
|
|
www.umno-reform.com menjemput pelayar -
pelayar membahaskan ucapan dasar Ezam Mohd Nor mengenai Reformis
Tulen dan dakwaan bahawa UMNO adalah lebih teruk di bawah
pemerintahan Pak Lah hantarkan pendapat pada
editor1@umno-reform.com
atau klik sini
Borang
makumbalas
Teks Ucapan Dasar
Ezam Mohd Nor

Ezam Mohd Nor
Ketua Angkatan Muda Malaysia
Kongres Angkatan Muda Malaysia
22 Disember 2005
Hotel Istana, K.Lumpur
MEMBINA REFORMIS TULEN
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana
menghimpunkan kita sekali lagi di bawah payung Kongres Parti
Keadilan Rakyat. Saya berbangga melihat kecekalan saudara-saudari
yang terus bersemangat dan terus bertekad dalam memperjuangkan
reformasi dan keadilan. Tebalnya semangat saudara-saudari
menyembuhkan rindu saya terhadap kehangatan perjuangan menegakkan
Reformasi, memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Mungkin ada yang
sedikit keletihan dalam memburu cita-cita mendaulatkan hak rakyat
terhadap pemerintah yang songsang, tetapi saya yakin, lesu itu akan
betah. Kita berkumpul di hari ini pun tidak lain dan tidak bukan
untuk menguatkan lagi azam kita untuk meneruskan perjuangan ini.
Kita berkumpul untuk mengasah minda dan memupuk tenaga demi
menjulang cita-cita perjuangan.
2. Setahun yang lalu kita berhimpun setelah kita melalui episod
penting dalam sejarah perjuangan kita. Episod tersebut ialah
pembebasan Anwar Ibraim, pemimpin perjuangan reformasi negara di
zaman ini. Selama bertahun-tahun, fokus Angkatan Muda ialah kearah
pembebasan reformis ulung ini. Pada perhimpunan lalu kita bertekad
meneruskan perjuangan dengan memberi fokus utama kepada intipati
idealisma perjuangan Anwar Ibrahim itu sendiri. Yakni,
mempertahankan ketinggian nilai-nilai moral dan mencabar kepimpinan
yang rakus dan korup. Justeru, perhimpunan lalu menyaksikan komitmen
kita untuk meneruskan perjuangan, membanting tulang dan berganding
bahu bagi memerangi segala kebobrokan pemerintah di negara kita
khususnya penyalahgunaan kuasa dan perompakan wang rakyat demi
memperkaya diri dan suku-sakat masing-masing. Kongres lalu kita
membulatkan tekad menjadikan rasuah sebagai cabaran utama generasi
kita.
3. Komitmen itu tepat pada masanya, kerana negara juga menyaksikan
kemunculan pimpinan baru kerajaan yang menggariskan fokus utama
mereka untuk menghapuskan rasuah. Pada masa itu, mungkin ada yang
merasakan bahawa mereka ingin memberi Barisan Nasional dan pemimpin
barunya sedikit masa untuk mengotakan janji-janji mereka. Langsung
mereka berdiam, memerhati keadaan kalau-kalau cempedak menjadi
nangka. Namun hasilnya hanya seekor dua ikan bilis yang masuk pukat,
itupun ikan bilis yang sudah hampir hilang nyawa politik
masing-masing. Di lautan luas, jerung masih bermaharajalela. Malah
muncul pula jerung-jerung berwajah baru yang turut menggemukkan diri
dengan bersantap wang rasuah. Bisik-bisik pemerintah baru untuk
menghapuskan rasuah semakin hari semakin nyata merupakan suatu omong
kosong yang tidak mungkin dapat dikotakan. Dengan demikian sebarang
janji mereka adalah umpama bayu petang yang hanya sepoi-sepoi,
lenyap ditelan masa tanpa sebarang kesan yang nyata.
4. Malah keadaan negara hari ini adalah lebih buruk daripada setahun
yang lampau. Hari ini, janji-janji menghapuskan rasuah sudah jadi
momokan orang ramai. Pendakwaan yang gah di awal pemerintahan baru
kerajaan Barisan Nasional ini sudah menjadi sepi tanpa berita.
Kehangatan desakan untuk integriti menjadi dingin. Semangat untuk
mengheret penjenayah korupsi menjadi basi.
5. Rakyat mulai sedar kerajaan hari ini hanya hangat-hangat tahi
ayam. Pentadbiran yang lemah, lesu dan longlai menyebabkan rakyat
bosan menunggu perubahan yang dijanjikan, tetapi tidak juga kunjung
jelma. Mereka kini bukan sahaja dihimpit oleh perasuah lama tetapi
terpaksa berdepan dengan perasuah baru.
6. Jika keadaan begini terus berlarutan, kehancuran pasti akan
menyelubungi tanah air kita ini. Dari Perlis hinggalah ke Sabah,
rasuah mencekik kita. Oleh yang demikian, fokus kita untuk
menghapuskan rasuah menjadi semakin relevan. Hari ini, komitmen kita
setahun yang lalu untuk memerangi rasuah menjadi semakin mustahak,
demi memastikan negara tidak terseret ke ambang kehancuran.
7. Oleh itu, kita harus menyedari bahawa:
Pertama, Perjuangan Menentanng Korupsi dan Menegakkan Demokrasi
masih belum terlaksana walaupun ianya kini turut dilaungkan oleh
segerombolan parti pemerintah
Kedua, kita sebagai pelopor perjuangan ini harus menantapkan tekad
dan mencari ikatan yang lebih kuat demi memerangi mereka yang
menjadi perasuah dan penyalahguna kuasa
Ketiga, kita harus segera menyedarkan rakyat bahawa mereka ditipu
dengan reformasi pemerintahan baru negara ini.
8. Itulah sebabnya kita menyeru ke arah Reformasi Tulen. Reformasi
yang kita impikan bukanlah satu slogan politik untuk meraih undi .Reformasi
yang kita perjuangkan adalah berasaskan kepada matlamat mendaulatkan
hak rakyat, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
supaya negara ini benar-benar ditadbir secara adil.
9. Bezanya kita dengan parti lawan ialah mereka juga mendakwa mereka
inginkan Reformasi, tetapi mereka tidak mempunyai ketinggian moral
untuk melakukannya kerana mereka sendiri diulit dengan seribu macam
tindakan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Baru sahaja kita
dihidangkan dengan kisah AP bernilai ribuan juta ringgit yang jelas
dibolot oleh seorang menteri dan beberapa kerat kroninya. Juga kisah
seorang Ketua Menteri yang berjudi ratusan juta ringgit dan banyak
lagi kisah rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku tanpa
sebarang hukuman jelas daripada pemerintahan baru yang kononnya
reformis ini.
10. Kita juga sempat menyaksikan bagaimana sebuah kerajaan reformasi,
meletakkan usaha membenteras rasuah sebagai fokus utamanya boleh
menasihat Majlis Raja-raja untuk melantik seorang Menteri Besar yang
pernah dibuat aduan polis keatasnya dalam salahguna kuasa pemberian
tender balak bernilai ratusan juta ringgit menjadi Yang Dipertua
sebuah negeri didalam negara ini.
11. Kerajaan yang kononnya pro-perubahan (reformis) ini juga dalam
tempoh dua tahun memerintah termasuk selepas setahun mendapat mandat
besar dalam pilihanraya 2004 yang lalu tidak melakukan sebarang
pindaan akta yang jelas anti-reformasi, akta-akta yang represif dan
mencengkam tidak satu pun digubal oleh kerajaan baru ini.
12. Reformasi di Indonesia menyaksikan bagaimana Presiden pertama
selepas Suharto, B.J Habibie hanya dalam tempoh 15 bulan memerintah
Indonesia telah mengubal puluhan akta-akta yang represif untuk
memberi makna sebenar kepada perjuangan reformasi.
Malah, negara ini pernah menyaksikan Pemangku Perdana Menteri, Anwar
Ibrahim berupaya meminda Akta Rasuah yang sebelum itu jelas
melindungi kelompok elit pemerintahan hanya dalam tempoh 2 bulan
beliau menjadi Pemangku Perdana Menteri.
13. Kerajaan baru negara ini berkongsi fahaman dengan kita dalam
melihat rasuah sebagai barah utama negara tetapi hairannya tidak ada
satupun pindaan akta yang membabitkan rasuah dibuat untuk memberi
lebih kuasa kepada Badan Pencegah Rasuah(BPR) untuk melaksanakan
tugas mereka dengan lebih berkesan. Malah cadangan Institut
Integriti Negara yang ditubuhkan oleh kerajaan baru ini meminta BPR
diletakkan dibawah Parlimen tidak langsung mendapat reaksi daripada
pemerintah dan tidak mendapat liputan langsung dalam media utama
negara ini.
14. Kebebasan media adalah ciri utama bangsa yang telah melalui
proses reformasi. Kebebasan itu jelas tidak dikecapi dinegara ini.
Malah dibawah kerajaan baru yang kononnya pro reformasi ini, kawalan
media dan censorship ditahap yang paling buruk pernah disaksikan
dinegara ini. Akta yang banyak menghambat keberkesanan pengamal
media tidak ada satu pun digubal dan dipinda oleh kerajaan ini.
15. Kerajaan reformasi bukan boleh berdiri hanya dengan penubuhan
suruhanjaya dan badan penyiasat tetapi tidak dapat memberi kesan
kepada perubahan pentadbiran. Suruhanjaya Polis, Institut iIntegriti
Negara adalah contoh bagaimana badan pro reformasi ditubuhkan tetapi
laporan mereka lansung tidak digunakan.Justeru kami percaya hal yang
sama akan berlaku dalam kes tahanan lokap yang dipaksa bogel yang
sedang heboh diperkatakan sekarang. Penubuhan badan siasatan ini
hanya reaksi untuk mempamerkan imej reformasi tanpa sebarang
keazaman politik (political will) untuk melakukan perubahan yang
jelas apatah lagi sekiranya kena dibatang hidung mereka sendiri.
16. Pilihanraya yang bersih dan adil juga adalah ciri kerajaan
reformasi. Malangnya, ianya tidak berlaku di dalam negara ini. Dalam
kes terbaru, pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, kita dapat
menyaksikan bagaimana kotornya mainan parti pemerintah yang
memperalatkan suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk mempastikan
kemenangan mereka. Di Malaysia sahaja kita mendengar orang yang mati
boleh mengundi dan ianya sekali lagi berlaku dalam pilihanraya kecil
Pengkalan Pasir baru-baru ini.
17. Reformasi adalah suatu proses perjuangan. Ianya hanya mampu
dilahirkan oleh jiwa-jiwa pejuang. Reformasi sebenar tidak akan
muncul sama sekali dikalangan politikus murahan yang kepentingan
mereka hanya pangkat dan kuasa. Apa yang berlaku dalam negara kita
membuktikan tidak semestinya mereka yang mendabik dada menyatakan
diri mereka reformis dapat mencetuskan reformasi. Sejarah banyak
menyaksikan reformis palsu yang mendakwa reformis tetapi tidak
pernah diuji. Dan sejarah juga menyerlahkan hanya reformis tulen
yang mampu melakukan reformasi sebenar pada masyarakat , bangsa dan
negaranya.
18. Adakah kita semua reformis tulen? Ya, kerana kita telah berjaya
melalui ujian perjuangan. Namun ujian perjuangan akan terus berlaku
sehingga reformasi benar-benar dapat kita tegakkan di negara ini.
19. Jesteru, saya mengajak saudara -saudari perwakilan memperteguh
ciri reformis tulen yang ada pada kita dengan memlaksanakan 3 asas
kekuatan perjuangan reformasi. Pertama, keberanian membuat teguran ?
tanpa keberanian ini tidak mungkin kita dapat menyedarkan masyarakat
terhadap kerosakan yang sedang dilakukan oleh golongan koruptor dan
kroni-kroni.Kedua, keyakinan mendepani perjuangan ? kita jangan
berpatah arus, berpaling muka atau berundur ke belakang walaupun
risiko yang kita tanggung cukup tinggi.Ketiga, kekebalan menghadapi
cabaran ? tiada Reformis yang tidak menghadapi cabaran dan ancaman
yang hebat. Untuk itu Reformis tulen haruslah sentiasa bersedia dan
tahan lasak menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
20. Dalam masa yang sama kita juga harus waspada dengan pengacau
dari dalam. Mereka terselit dikalangan kita. Tampil berwajah
reformis tetapi hati mereka sejenis dengan politikus murahan diluar
sana. Kecut dengan ujian perjuangan tetapi cekap dalam merebut
kedudukan untuk berjaya dalam perhitungan mereka mengejar pangkat
dan kuasa. Kita ingin tegaskan disini , demi perjuangan reformasi
yang sebenar, kelompok ini juga kita akan kita hadapi tanpa kompromi.
21. Apabila kita melihat sejarah perjuangan mereformasikan sistem
bobrok di negara-negara lain, kita akan mendapati ada beberapa
ciri-ciri utama yang membawa kepada kejayaan perjuangan mereka.
Pertama, kebanyakan gerakan tersebut mempunyai dua cabang iaitu
cabang politik dan cabang massa yang tidak semestinya melalui acuan
sistem politik kepartaian. Kedua-dua cabang ini perlu untuk menjadi
pelengkap kepada perjuangan kerana cabang politik mendepani
perjuangan secara langsung dalam politik sementara cabang massa pula
bertugas mempengaruhi rakyat secara umum supaya simpati terhadap
perjuangan politik tersebut.
22. Jesteru kita melihat bagaimana perjuangan parti Kongres India
untuk menuntut kebebasan daripada British walaupun didepani oleh
ahli politik berparti seperti Nehru dan Patel, mendapat semangat dan
dokongan daripada gerakn massa tidak berpartai yang dipimpin oleh
Gandhi Di Afrika Selatan, walaupun ANC wujud sebagai cabang politik
kepartian, gerakan massa seperti Umkontho we Sizwe atau Tombak
Rakyat menjadi cabang yang mempengaruhi rakyat supaya mendokong
gerakan anti-Aparteid. Di Indonesia, parti-parti politik yang
menggesa pemerintahan berdaulat bebas daripada penjajahan Belanda
disokong pula oleh banyak gerakan massa yang tidak kepartaian
seperti Budi Utomo, Sarekat Islam, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.
23. Oleh yang demikian sejarah mereka mengajar kita keperluan
bergabung tenaga dengan golongan yang berada di luar arus politik
kepartian, malah di luar arus perdana politik sekalipun. Golongan
professional, aktivis masyarakat, pelajar, karyawan, buruh dan
sebagainya. Mereka perlu dilihat sebahagian dari perjuangan ini,
walaupun mereka tidak terlibat dalam parti secara langsung.
24. Dalam ertikata lain, kita perlu mendakap masyarakat luar parti.
Kita sedia maklum, ahli-ahli parti adalah mereka yang cukup komited
dalam perjuangan. Ahli-ahli parti sanggup dipukul, dibelasah,
ditembak dengan gas pemedih mata malah dipenjara, demi perjuangan.
Tetapi selain kita, ada simpatisan yang perlu kita tarik untuk
memberi sokongan iktikad dan moral demi mengukuhkan lagi perjuangan
ini.
25. Ini terbukti apabila saya dan beberapa teman-teman menubuhkan
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi,GERAK, kami menerima ribuan SMS
dan e-mel daripada mereka yang tidak pernah mengisi ruang-ruang
barisan Reformasi sepanjang tujuh tahun yang lepas. Mereka ini
terdiri daripada segenap umur dan segenap bangsa. Ada yang masih di
bangku sekolah menengah sementara ada pula yang sudah bergelar warga
emas. Kesemuanya ingin menyumbang membanteras rasuah, tetapi bukan
dengan penglibatan langsung dalam parti.
26. Teori revolusi membuktikan bahawa massa selalunya menjadi
pencetus kesedaran sesebuah kebangkitan. Tetapi kejayaan perjuangan
hanya boleh dipastikan dengan menggabungkan tenaga dalam dan luar
parti. Kita sebagai peneraju gerakan reformasi harus mempereratkan
hubungan dengan organisasi massa (ormas) sedia ada malah kita
seharusnya bersifat pro aktif sesuai dengan peranan kita sebagai
pemangkin perjuangan untuk membantu melahirkan ormas-ormas baru yang
kelak akan menjadi pelengkap kepada perjuangan reformasi di negara
kita. Penubuhan GERAK bertitik tolak daripada semangat dan cita-cita
tersebut.
27. Generasi kita cukup dahagakan perubahan. Yang berani datang
menjadi ahli parti, sementara yang lain mencari ruang untuk bersuara
dalam forum-forum dan ikatan professional. Walaupun cara kita
berbeza, namun hakikatnya kita semua mahu membuat perubahan sebelum
usia kita berlalu pergi. Kita mahu mewariskan negara yang lebih
bebas kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.
28. Saya yakin bahawa bagi generasi kita, perjuangan menghapuskan
korupsi dan menegakkan demokrasi adalah aspirasi kita yang paling
utama untuk negara ini. Kita jemu dengan dodoian ketupat paling
besar, tiang bendera paling tinggi dan sebagainya yang melalaikan
kita terhadap kenyataan bahawa negara ini sedang dimamah
perlahan-lahan oleh politikus yang rakus, lebih tikus daripada
manusia.Kita sering mendengar suara anak muda kaum Cina yang bosan
membayar wang kopi kepada pihak berkuasa untuk lesen berniaga, ?perlindungan?
dan sebagainya. Mereka mahukan reformasi.Kita sering mendengar
belia-belia India yang merintih nasib rakan-rakan mereka, dibelasah
hingga mati sewaktu dalam tahanan reman, tanpa ada pihak yang
sanggup memberi jawapan sebenar terhadap pertanyaan kenapa mereka
dilayan sebegitu rupa. Mereka mahukan reformasi.Kita sering
mendengar pelajar-pelajar Melayu di IPT dalam dan luar negara yang
dianiaya, ditarik biasiswa yang merupakan hak mereka dan dibuang
daripada tempat pengajian masing-masing hanya semata-mata kerana
mereka enggan mengangguk bisu terhadap parti pemerintah. Mereka
mahukan reformasi.Soalannya, bersediakah kita untuk mengepalai
perjuangan demi perubahan tersebut?
29. Untuk itu, pimpinan parti harus terus menghidupkan idealisma
perjuangan di dalam parti. Jangan sampai individu yang benar-benar
mahu berjuang merasa asing dengan parti ini akibat kealpaan kita
pada tuntutan perjuangan. Angkatan Muda sebagai sayap parti sedia
memberi sokongan dan dokongan yang perlu, sepertimana kita menjadi
saf paling hadapan dalam perjuangan ini semenjak hari pertama parti
ini ditubuhkan.
30. Angkatan Muda tidak mahu kepimpinan lupa bahawa pembebasan Seri
Anwar Ibrahim bukan lesen untuk kita berpeluk tubuh. Sebaliknya
inilah peluang kita untuk kembali memartabatkan perjuangan rakyat
yang juga menjadi dasar idealisma Anwar Ibrahim sepanjang perjalanan
perjuangannya.Inilah antara contoh tokoh Reformis tulen yang perlu
kita contohi. Bangsa ini sebenarnya harus berterima kasih kepada
Anwar kerana dengan pengorbanannya merengkok 6 tahun dipenjara.
akhirnya Perdana Menteri yang korup dan rakus dipaksa mengundur diri.
Biarlah gerobok tua itu meludah disana sini hari ini kerana jatuhnya
diatas batang hidung sendiri.
31. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai 2 parti yang kuat supaya
rakyat boleh membuat pilihan. Dinegara-negara yang telah melalui
proses reformasi, sistem 2 parti terbukti menjamin perjalanan
demokrasi yang sihat. Dengan adanya 2 parti yang kuat, mana-mana
parti yang memerintah tidak akan menjadi besar kepala, tamak dan
angkuh. Parti yang memerintah sedar bahawa rakyat akan mengadili
mereka. Mentadbir negara adalah amanah rakyat dan bukannya menjadi
hak mutlak mana-mana parti. dengan adanya sistem 2 parti yang boleh
ditukar ganti oleh rakyat, jentera kerajaan akan menjadi lebih
profesional dan cekap kerana mereka akan benar-benar berkhidmat
kepada rakyat dan bukannya kepada pemimpin parti yang memerintah
sahaja. Polis, BPR, badan Kehakiman dan badan-badan peguatkuasa lain
dalam kerajaan akan lebih menghormati hak rakyat. Tugas badan-badan
ini ialah menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit,
kelas, bangsa dan agama dan mereka tidak boleh diperalatkan untuk
menjaga kepentingan parti yang memerintah sahaja.
32. Atas kesedaran ini maka tibalah masanya bagi seluruh parti
pembangkang untuk merangka kerjasama yang lebih bermakna bagi
mewujudkan satu Barisan alternatif yang dapat menjadi pilihan kepada
rakyat. Perjuangan kita bukanlah untuk menghapuskan mana-mana parti
politik. Kita tidak berhasrat untuk menghapuskan UMNO dan
rakan-rakannya. Biarlah UMNO dan rakan-rakannya hidup sebagai satu
parti pilihan dan bukannya sebagai tuan yang menganggap rakyat dan
negara ini haknya. Kita semua mempunyai hak dalam negara ini.
Marilah kita sama-sama keluar daripada kepompong perjuangan yang
sempit untuk menjalin talian kerjasama yang lebih mantap agar rakyat
benarbenar yakin bahawa barisan Alternatif atau atas nama apa
sekalipun, benar-benar sebuah parti pilihan utnuk memerintah negara
ini.
33. Ini adalah ucapan dasar saya yang keenam di dalam pehimpunan
tahunan Angkatan Muda semenjak bersama Presiden , Datin Seri Dr wan
Azizah Wan Ismail mengasaskan parti ini bersama-sama dengan
teman-teman seperjuangan yang lain 6 tahun yang lalu. 2 daripada
ucapan dasar tersebut telah dibaca oleh kedua-dua timbalan ketua
angkatan muda sementara saya ditahan dan dipenjara. Saya merasakan
sudah tiba masanya saya memberi ruang kepada pimpinan pelapis untuk
mengambil peranan utama selepas ini. Sebagai reformis kita harus
percaya Angkatan Muda mesti sewajarnya diterajui oleh anak muda. Di
dalam Angkatan Muda hari ini kita mempunyai barisan anak-anak muda
yang telah bersedia menerajui sekiranya diberi ruang dan saya
merasakan bahawa sekarang adalah masanya untuk kita mula membimbing
mereka menjadi peneraju dimasa mendatang. saya berharap
saudara-saudari memberikan sokongan padu kepada mereka selepas ini
untuk menjamin kelansungan perjuangan reformasi ini.
34. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Besar atau kecil,
perjuangan ini menagih pengorbanan tenaga , masa dan juga harta.
Sekarang bukanlah masa untuk tidur ditilam empuk dibuai mimpi indah.
Sekarang adalah masa untuk mengharungi kedinginan malam turun ke
padang menabur benih perjuangan. Percayalah benih yang kita tabur
ini kemana pun jatuhnya, akan tetap menjulang. Melantun kelangit
menjadi bintang, jatuh ke laut menjadi mutiara.
35. Didepan saya sekarang adalah anak-anak muda reformis yang sedang
diuji semangat waja mereka. Kita semua boleh diibaratkan sebagai
bahan mentah yang sedang dicanai menjadi besi waja tonggak
perjuqangan reformasi.Sekarang bukan zaman untuk menimbang dengan
dacing dan berjuang dengan keris telanjang. Dacing sudah ditukar
penimbang eletronik dan keris telanjang sudah masuk ke muzium.
Sekarang ialah zaman berjuang dengan kekuatan mental, ketrampilan
intelek dan kebijaksanaan bertindak. Ditangan kitalah terletaknya
nasib perjuangan reformasi dinegara ini. Saya menyeru pada diri saya
dan saudara-saudari sekalian marilah kita merapatkan barisan
perjuangan kita. Bulatkan tekad perjuangan kita dan tajamkan
semangat keperwiraan reformis tulen dalam diri kita. Marilah kita
bergerak sebagai satu pasukan reformis perkasa mengharungi segala
rintangan dan badai yang melanda.
|
|
|
Kerugian MAS kebodohan siapa?
Persoalan kerajaan peru membantu MAS atau tidak
sepatutnya tidak timbul. Kerajaan harus membantu - memulihkan MAS
dari keadaan yang amat memilukan. Syaratnya apakah jenis bantuan
yang perlu di beri? Apakah pengumuman kerajaan oleh Menteri Kewangan
Kedua untuk memberi pinjaman kepada MAS dapat menyelesaikan masalah
MAS? Apakah kerajaan akan terus mengunung menaburkan wang rakyat
kepada MAS setiap kali mereka rugi? Persoalan kerugian ini perlu di
selidiki terlebih dahulu. Mengenal pasti punca kerugian adalah
mustahak - disamping mengetahui siapa yang sebenarnya memeras MAS
lantas menghasilkan kerugian suku penggal kedua berjumlah hampir 300
juta. Ramai yang mula melihat isu MAS ini sebagai kepincangan
pengurusan MAS? Semakin hari semakin terbongkar - tindak - tanduk
pengurusan tertinggi MAS adalah punca MAS berada dalam keadaan yang
amat memilukan.
Dari sebuah laman web beberapa nama telah dikaitkan
sebagai pengkhianat yang menghabiskan wang rakyat. Antara nama yang
di sebutkan adalah Pengerusinya Munir Majid. Beliau telah
dikaitkan dengan keputusan - keputusan pembaziran - penggunaan
kemudahan yang melampau. Nama seperti Chris Andrew ( gaji harian RM
7,250) turut dikaitkan dengan keputusan songsang yang hanya
membebankan MAS.
beberapa pendedahan ini sebenarnya menunjukkan bukan
sahaja MAS pengurusan MAS harus dipersalahkan tetapi beberapa dasar
kerajaan - apa yang pernah di sebut sebagai elitis pemilik - yang
mempunyai kuasa politik tetapi cenderung dan memegang kuasa eknomi
negara ini. Landasan kepentingan kapitalis, percampuran kuasa
politik mewujudkan ketidakseimbangan oleh segelintir mereka
menyebabkan - MAS dan berbagai lagi agensi kerajaan - GLC menghadapi
masalah yang sama. Kalau untung pun segelintir merasai nikmat - atas
modal yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia.
Dalam isu MAS - bukan sahaja kerajaan menipu diri
sendiri atas kepentingan beberapa pihak - tetapi mangsa terbesarnya
adalah rakyat Malaysia. Pembelian saham oleh kerajaan dengan nilai
RM 8.00 menunjukkan sesuatu yang tidak kena - sedangkan nilai
saham sebenar pada masa itu hanya dalam lingkungan 3.60 seunit.
Kesimpulannya mudah - menolak kepentingan rakyat -
mendahulukan kepentingan sendiri atau kronis yang dilantik.
Sungguhpun isu ini sudah beberapa kali di sentuh namun hari ini -
rakyat perlu disedarkan bahawa diatas sana - menduduki tangga -
tangga kuasa adalah mereka yang bijak - memanipulasi wang rakyat
lantas menghadiahkan MAS dan rakyat Malaysia kerugian.
Laman web
www.umno-reform.com akan menyiarkan secara keseluruhan satu
artikel yang mungkin membuka mata kita dalam melihat betapa kerajaan
menghabiskan wang rakyat tanpa mengambil tindakan "preventive" ,
"supervision" bagi memastikan pelaburan rakyat tidak dibolot dan
dikhianati oleh mereka yang dilantik oleh kerajaan sendiri.
|
MAS the flying buffet
Date: Mon, 28 Nov 2005 17:55:32 +0800
http://suradakusuradamu.blogspot.com/2005/12/kisah-mas-yang-sedih.html
MAS will soon be reporting 2nd quarter losses of RM260.0
million. The losses are actually closer to RM300.0
million but MAS has been doing some creative accounting
to make the Chairman Munir Majid look like he is
doing his job. Certain 'write backs', 'overprovisions'
etc are being used to make the red ink less.
Will this stop the rot at MAS ? Not likely. The company
is in deep shit.
The new incoming MD Idris Jala is supposed to arrive on
Dec 1st – after the second qtr losses have been
announced. That was the deal. But Munir is trying to
delay announcing the 2 nd qtr losses and leave it to
Idris Jala. This is not good feng shui for a new
incoming MD – to start the day by announcing
losses.
MAS is actually a flying buffet for the big guns. The
company is owned by the Government. So it is not
their own money. It is the Government's money. The big
guns are ripping off MAS. The big guns are in just
for the joyride.
The Chairman Munir Majid – appointed sometime September
last year – is ripping off MAS. Almost every
weekend now Munir flies first class on MAS to London –
for free of course. This is an abuse of his
position as Chairman. He has a Mat Salleh wife in London
who he is divorcing and maybe in the process of
replacing so the free air rides to London come in
handy.
Munir even has the dubious honour of making a day trip
to London. He took the night flight from KLIA
which arrives a.m. in London. Then he had a limousine
with a orang putih chauffeur pick him up in London
airport and drive him to some condo. He kept the
chauffeur waiting seven hours while he finished
his 'business' in the condo.
Then the chauffeur drove him back to the airport where
Munir caught the evening flight back to KL. All
this is paid using the taxpayers money. Anybody cares ?
MAS has its own company cars in London but obviously
that is not good enough for Munir the top
performing Chairman of the most successful airline
company in Asia – now entering into its second
quarter of multi hundred million Ringgit losses. Nothing
less than a Rolls Royce or Bentley with orang
putih chauffeur.
After he became Chairman, Munir ordered office
renovations totalling RM 841,000.00 for his office
on the 34th floor of the MAS building in Jln
Sultan Ismail. This was at a time when MAS management
already knew that MAS was going to report 1 st qtr
losses of RM280.0 million in 2005.
Included in this RM841,000..00 renovation is kitchen
equipment worth RM 33,515.00.
Here are the details as per contractor's invoice:
1. KITCHEN EQUIPMENT:
Contractor: SI Corporation Sdn Bhd.
12 Jln Kenari 8, Bandar Puchong Jaya.
Batu 10, 47100 Puchong, Selangor DE.
Tel: 8075 7788
INVOICE NO 6809
3 MARCH 2005. RM 33,515.00
2. INTERIOR RENOVATIONS:
Contractor: Design Practice Consultants
3A, 48 & 50, 4th Floor, Block A,
Kelana Centre Point,
No 3 Jln SS 7/19,
47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 7803 4328
Cert of Progress Payment No 3
24th March 2005
Contract Sum RM 760,000.00
Cert of Payment No 02
4th April 2005
Contract Sum RM 48,000.00
---------------------
Total ; RM 841,515.00
Well once you renovate your office for RM841,000
certainly you need some art works to grace the
office. So Munir spent RM1,557, 000.00 (yes that
is RM1.6 Million of taxpayers money ok) buying art
works.
First here are the details:
ART SUPPLIER:
RUMAH SENI NUSANTARA SDN BHD
1st Floor, 17 Jln Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 2284 2348
INVOICE FOR SOPHIA VARI/FERNANDO BOTERO
1st April 2005.
i. Sophia Vari (Coeur de L'Impenetrable ) RM 75,000.00
ii. Fernando Botero (Still Life With Violin) RM
1,140,000.00
iii. Fernando Botero (Still Life With Lobster) RM
342,000.00
---------------------
p; Total RM 1,557,000.00
Fernando Botero is a Colombian artist. All his paintings
are a little gross because he 'blows up' or paints
oversized depictions of his subjects especially humans.
Here is an example:
Reproductions of his works can be bought for US25.00
(RM100.00) from barewalls.com – an Internet based
art retailer.
Surprisingly 'Still Life With Violin' is not listed
anywhere in Botero's collection. There is however
a 'Still Life With Mandolin'. Have they got the name
wrong ? Did they pay for the correct painting?
Here is a picture of 'Still Life With Mandolin'
One would assume that considering MAS' RM 540..0 million
losses over two quarters, the new Chairman would
at least try to balance his aesthetic tastes with a
cheaper reproduction than buying the originals at
over RM1.4 million.
But MAS is a flying buffet. Everyone wants to feed off
taxpayers money while the wool is still pulled
over people's eyes.
Not only the big guns but Senior Executives (AGM and
above) have also been given an RM10.0 million car
deal that will knock your socks off. Despite making such
huge losses, MAS rewarded Senior Execs and
implemented a scheme where it pays outright in cash for
75% of the purchase price of any car of their
choice for Senior Execs. And the remaining 25%? You
guessed it. MAS gives a soft loan for the 25%. This is
100%. And this is to reward Senior Execs for racking up
losses of RM540.0 million for two consecutive
quarters.
Then MAS is also getting ripped off by poorly negotiated
contracts especially with ticket agents. General
Sales Agents hold monopoly franchises in certain
countries to sell MAS tickets. But they often get
unduly large discounts from MAS HQ in KL. Then because
of these large discounts they are able to sell the
tickets at two or three times mark up and make all
the profit for themselves.
Why does MAS Sales give them such large discounts? Some
of the GSAs are also very friendly with MAS' Sales
people. One of them has reputedly bought a condominium
in KL for his buddy in MAS. Maybe this is one way
of getting discounts. MAS is a flying buffet.
Then of course there is the famous food catering ripoff.
Food is catered by Sky Chef, a company owned by
the PM's brother. Needless to say, while MAS is making
huge losses, Sky Chef is making good profits. Is
this strange or is it not strange?
MAS has won some international award for Best Cabin Crew
three years in a row. Someone has decided that MAS
should also win the award for Best Airline Food! So they
launched 'Project Relish'. This is just another
ripoff project. Lettuce from Cameron Highlands has been
replaced with expensive, airflown lettuce from
Australia. (No one stopped to think if Qantas has
ever won Best Airline Food award serving Aussie
lettuce).
Included in Project Relish is the redesign of their
serving trays. Special design consultants have
been engaged to redesign MAS serving trays. They would
do better to ask their own air hostesses and
stewards to design the plastic trays. But MAS is a
flying buffet. Next we come to the 'con sultans'
ripoff. Thus begins the story of Mazidah and Chris
Andrews.
Chris Andrews is a British consultant who was paid
RM7,250 per day by MAS. Yes kawan kawan, this
fellow was being paid more than the PM of Malaysia
or more than the CEO of Sime, Maybank or anyone else.
In 5 days of work, Chris Andrews would earn from MAS
RM36,250 which is about twice the annual salary of
a graduate starting work in Malaysia. In slightly over
one year, Chris Andrews has been paid over RM1.3
million in "con sultan" fees by MAS. These are the
sultans of con.
Who appointed Chris Andrews and what does he do ? Chris
Andrews was pulled into MAS by one woman called
Mazidah who is the head of Admin Support Services.
For reasons that are becoming more clearer, she
convinced MAS to hire Chris Andrews for RM7,250 per day
to handle MAS' IT outsourcing.
What did Chris Andrews do ? He got MAS to outsource all
their IT support to IBM. Since this outsourcing of
IT support to IBM about 2 years ago, MAS' IT costs
have spiralled about three fold. Here is how it happens.
Now when a computer breaks down, MAS staffers can
call a Help Desk. The Help Desk is manned by guess
who ? Why IBM of course - the IT outsource !
IBM will then advise what to do - say call in a software
guy (IBM of course), service the hardware (by IBM
of course) or change hardware (by IBM of course).
The IT outsourcing to IBM is so complete that IBM also
issues and signs the Purchase Orders on behalf of
MAS to ITSELF for replacement parts!
As MAS' IT Outsource 'ConSultant' as well as being the
major IT supplier to MAS, IBM is in the enviable
position of being able to decide what and how much MAS
should buy from itself. Ini bukan 'mesin niaga'
tapi ini sudah jadi lagi satu kes 'melayu tak tahu niaga'.
While MAS is making losses, no one has bothered to check
how much money IBM is making this year from MAS ?
When queried by the Board why IT costs have spiraled up,
Mazidah convinced them that MAS was paying the
cost of catching up with the latest IT technologies.
This is what Mazidah and her boyfriend Chris Andrews
have been doing at MAS. Did I say 'boyfriend' ?
Talk is other than slowing takeoffs at MAS, Chris
Andrews and Mazidah have been 'taxiing down the
runway' for a while. Mazidah who has three children, has
separated from her husband to become Chris Andrews
'girlfriend'. After about two years of taxiing, she
has either married Chris Andrews or is still in a take
off mode.
Lately Chris Andrews has been given a permanent position
at MAS. He is now Senior GM in charge of
'Strategy'. People are wondering how a RM7,250 a day IT
consultant can become Head of Strategy Group?
Chris Andrews (Strategy) and Mazidah (Admin Support) are
also the middle aged couple who sit in at MAS
Management Committee meetings - this is the ruling elite
in MAS - which is more influential than the MAS
Board of Directors inhabited by clowns representing
Khazanah, the MOF and other such outfits.
About two months ago, Chris Andrews (IT 'con sultan'
turned Strategy Head) convinced MAS to raise their
1 st Class and Business Class fares by almost three
times. From having the cheapest 1st Class Fares,
MAS is now among the most expensive 1st Class airlines
in the world. Understandably bookings have dropped
with some flights having almost zero 1st Class
passengers. More red ink for MAS. This company is not
going to turn around soon.
Chris and Mazidah are also savvy at PR. On Friday 25 th
November 2005 they threw a lavish and exclusive
welcome party for Idris Jala. Only the selected and the
few from among the ruling elite in MAS were
invited. Those outside the ruling elite were left out.
But the party was held at company premises, using
more of company funds.
Idris Jala is said to have asked the Govt's blessing to
undertake a VSS scheme in MAS. This is a good move
considering that the airline is overstaffed with over
23,000 employees when it only needs about 13,000
people to run. But paying off about 8,000 people is
going to be expensive. But not to worry. The
Second Minister of Finance has agreed to pour in more
money for MAS. A sizeable soft loan from the Govt
to MAS is in the works. Many experienced staff who
have slogged faithfully in the rank and file in MAS for
the past decades are getting fed up and just
waiting for the VSS to make their exit.
This will leave MAS with even less experienced staff and
more at the mercy of the 'con sultans'. Stay tuned
for more MAS news.
Bukan pendapat www.umno-reform.com |
|
|
|
|
Khairy
tidak perlu tunggu saya ulangi - Khairy boleh terus saman
Surat Kabar Siasah keluaran terbaru
memaklumkan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub mencabar
Khairy Jamaluddin untuk menyaman beliau atas kenyataan beliau yang
mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin terlibat dalam penjualan Aset
Felda kepada syarikat Singapaura. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu
berkata " mereka mempunyai banyak bukti mengenai perkara
tersebut dan Khairy tidak perlu menunggu untuk beliau mengulangi
kenyataan tersebut untuk mengambil tindakan. Perkembangan ini akan
menguji keberanian Khairy Jamaluddin dalam mempertahankan kebenaran
yang beliau kata.
www.umno-reform.com menggesa Khairy Jamaluddin membawa perkara
ini ke mahkamah dan jangan berdolak dalih mengatakan ianya perkara
kecil atau beliau tidak perlu layan fitnah PAS. Ahli UMNO mahu
melihat sejauh mana kebenaran tuduhan PAS dan sejauh mana Khairy
berani membawa perkara ini ke mahkamah.
|
|
|
|
2005 akan melabuhkan
tirainya tidak lama lagi. Laman web
www.umno-reform.com akan menjejaki
tahun ke 5 penubuhannya. Sepanjang jalan meniti 2005 berbagai isu
telah dipaparkan khususnya membicarakan isu - isu yang berkait rapat
dengan LUKA RAKYAT khasnya LUKA MELAYU yang sehingga kini
diperdebatkan alas kegagalan - menunding jari dalam menghuraikan
kekusutan simpulan - simpulan yang merugikan bangsa sendiri.
Apakah Melayu itu dilahirkan
malang, tidak ada jalan keluar dalam melepaskan bangsa dari belenggu
kemiskinan - kemunduran dan akhirnya ketinggalan dalam bangsa lain
menempuh kejayaan.
Apa punca senua ini? Apakah
perbalahan sesama menjadi punca atau Melayu itu sendiri harus di
kongkong agar minda tersekat dari melihat dan membicarakan
kepincangan - agar yang kuat terus kudrat. Untuk menutup tirai ini,
www.umno-reform.com mengajak secara serius kita mengulas -
mengkritik - membicarakan isu - isu bangsa kita. Untuk menutup tirai
2005 ini kita harus bangkit dari lamunan.
|
|
|
|
" Kini kita menunggu dan menyaksikan sejauh mana gema semangat
yang meluap - luap untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu agar
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa - bangsa
lain di negara ini berterusan momentumnya. "
Adakah juara - juara
yang sanggup mati bergalang tanah demi Melayu sebagai bangsa teras
itu akan emngisi janji - janji yang telah dibuat atau adakah luapan
semangat itu ebrlalu ditiup angin waktu "
Eksklusif dari Prof Awang Sariyan
ini membicarakan bagaimana kepimpinan kita menghalang kita
Melayu dari berkembang. Apakah halangan yang wujud - sehingga Melayu
akan terus tertinggal sedangkan bangsa lain meraih kekayaan di Tanah
Melayu ini.
Pendedahan ini tidak pernah mahu di kaji di ulas oleh
kepimpinan yang bagi kami nyata - angkuh meninggi diri - tanpa
disedari Melayu menang sorak kampung tergadai"
Siapa yang harus bertanggungjawab
- siapa yang harus bangkit menuntut agar Melayu tidak terus layu.
Kesedaran harus di pupuk dan adalah mustahak untuk kita mula
bertindak.
|
|

|
|
Bagi memulakan bicara - kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Prof Dr Awang Sariyan atas satu analisis mengenai isu - isu utama
Bangsa dan Negara.
Kita kaji agar si buta di pimpin oleh mereka yang
celik agar kesesatan dapat diatasi - agar dapat pulang ke negara
sendiri.
Kami mulakan dengan analisis Prof Dr Awang Sariyan
dan kemudiannya akan memaparkan isu - isu yang dibawa dalam Kongres
Kepentingan Melayu untuk kita perjuangkan. Semoga tahun 2006
penuh dengan kejayaan, yang tersimpul dapat dileraikan.
Klik Sini Analisis Isu Bangsa dan Negara
|
|
|
|
Kepada
Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO
Kawasan Rembau merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Malaysia.
Apa khabar saudara ku? Mari kita selami sejarah pejuang bangsa
Melayu di Rembau ini yang memperjuangkan hak orang Melayu secara
keseluruhannya sebelum wujudnya UMNO, sebelum adanya PAS. Agar dapat
kita sama-sama kembali memartabatkan bangsa Melayu mengikut acuan
Islam tanpa mengenepikan hak serta kepentingan bangsa Cina, bangsa
India dan lain-lain bangsa di Malaysia ini.
Artikel ini dipetik daripada buku yang bertajuk The Malay
Nationalism Before UMNO / Nasionalis Melayu Sebelum UMNO terbitan
Utusan Publications yang terdapat dilaman web Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/books/2005/12/16-early-politics-nationalists-of-my.htm
Beliau ialah Datuk Abdullah Bin Haji Dahan, Undang Rembau.
Anak kepada seorang Datuk di Negeri Sembilan, Abdullah mulanya
belajar di sekolah Melayu kemudian lulus peperiksaan Senior
Cambridge dengan cemerlang di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Antara ahli Majlis Persekutuan yang dilantik, beliau adalah yang
paling lantang, terutamanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Dia
pernah secara terbuka mempersoalkan Inggeris yang melantik bukan
Melayu di Jabatan Kerajaan. Pihak Inggeris menjawab, "Kerana tiada
orang Melayu yang berpelajaran Inggeris. Sebenarnya adalah polisi
Kerajaan British untuk tidak menggalakkan orang Melayu masuk ke
sekolah aliran Inggeris sejak dari mula lagi.
Datuk Abdullah berjuang untuk kepentingan Melayu. Beliau menggesa
agar Inggeris memberikan lebih peruntukan untuk Tanah Rezab Melayu
dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Melayu di
jabatan kerajaan yang dimonopoli oleh bangsa asing, seperti Keretapi
Tanah Melayu, Telekom dan Jabatan Kerja Raya. Beliau mengakui ramai
orang Melayu yang bekerja di peringkat bawahan, tapi bagaimana
dengan jawatan kanan seperti Ketua Stesen ? Kenapa orang Melayu
tidak diberi kepercayaan untuk memikul lebih tanggungjawab ?
Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British
memberhentikan ramai pekerja, Datuk Abdullah memberi amaran kepada
British, jangan sentuh pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut
pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu, dia pada ketika
itu, tidak begitu disukai oleh pendatang Cina dan pendatang India.
Datuk Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun
1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap
orang Inggeris.
Datuk Undang Rembau akhirnya dikeluarkan daripada Majlis oleh pihak
British atas alasan beliau menderita penyakit saraf. British
akhirnya berjaya membuang duri dalam daging mereka.
Datuk Abdullah juga adalah merupakan salah seorang daripada empat
orang Raja-Raja Melayu yang menubuhkan Rejimen Askar Melayu DiRaja.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pejuang-pejuang bangsa seperti
Datuk Abdullah.
Al Fatihah.
Rozmal bin Malakan
Cicit Datuk Abdullah bin Hj Dahan
Suku Lela Maharaja (Suku Dato Sedia Raja)
Kg Tanjung, Rembau, N.Sembilan
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com
|
|
|
|
Perlu ada prosedur bertulis untuk
melindungi anggota polis
Polis menjadi mangsa luahan perasaan sekali lagi. Disebabkan nila
setitik, habis rosak susu sebelanga. Seekor kerbau yang membawa
lumpur, habis semuanya terpalit.
Yang menjadi mangsa ialah kebanyakan anggota polis yang masih ikhlas
menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dengan motonya
Mesra, Cepat dan Betul.
Justeru itu kepentingan anggota-anggota polis yang menjalankan tugas
haruslah dilindungi agar mereka tidak terperangkap dengan sistem
perundangan yang mencabar dewasa ini. Arahan lisan sering boleh
dipertikaikan dan membawa seribu satu macam pengertian sekiranya
ianya tidak diiringi dengan arahan secara bertulis. Justeru itu
untuk mengelakkan ramai pihak yang malu akibat isu ketuk ketampi
oleh tahanan reman polis tempoh hari satu peraturan yang khusus
haruslah dirangka untuk melakukan pemeriksaan terhadap tahanan.
Sekiranya ketuk ketampi adalah satu cara yang lazim dilakukan, ianya
hendaklah diwartakan dengan jelas. Berapa kali ketuk ketampi harus
dilakukan, bagaimana caranya, memegang atau tidak memegang telinga,
kalau yang mengandung bagaimana ? Kemudian bilik dimana tahanan
diarahkan untuk membuka pakaian hendaklah dijelaskan keadaannya
samada bilik konkrit, bilik yang tidak mempunyai tingkap berkaca,
bilik yang tidak mempunyai cermin ? Kemudian pula haruslah diadakan
peraturan agar peguam, pelawat bahkan anggota polis sendiri tidak
dibenarkan membawa kamera serta talipon berkamera dalam kawasan
lokap dan sebagainya.
Segala peraturan ini haruslah dibuat untuk tatapan umum agar
membuktikan ketelusan pihak polis menjalankan tugas mereka disamping
menanamkan budaya agar masyarakat Malaysia ini memahami sistem
perundangan negara sebelum membuat sebarang tuduhan kepada pihak
polis.
Berikut ialah prosedur terperinci bagaimana untuk melakukan
pemeriksaan terhadap tahanan yang boleh didapati dengan mudah oleh
orang awam melalui laman web Jabatan Pemulihan New Zealand ( New
Zealand Department Of Corrections)
http://www.corrections.govt.nz/public/policyandlegislation/ppm/sectionb/b15/b1501r5.html
Antara prosedur yang menarik perhatian yang terdapat
dalam peraturan melakukan pemeriksaan terhapap tahanan ialah :
1. Apabila pakaian ditanggalkan oleh tahanan, samada menaikkan,
menurunkan atau membuka pakaian, untuk memeriksa tahanan tidak
menyembunyikan senjata. TAHANAN YANG DIPERIKSA MESTILAH DIPASTIKAN
MEMPUNYAI PAKAIAN YANG MENUTUP LEBIH DARIPADA SEPARUH BADANNYA PADA
BILA-BILA MASA MELAINKAN DALAM KEADAAN YANG BENAR-BENAR MUNASABAH. (Lihat
bagaimana prihatinnya undang-undang ini menjaga kehormatan manusia
walaupun mereka adalah merupakan tahanan)
2. Ketika melakukan pemeriksaan, tahanan yang diperiksa boleh
diarahkan untuk, membuka mulut, menunjukkan tapak tangan,
menunjukkan tapak kaki, mengurai rambut, mengangkat tangan untuk
menunjukkan ketiak.
Selamat Membaca
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS
rozmal@yahoo.com
Laman web : waghih.blogspot.com
|
|
|
|
Re: Kongres Kepentingan Bangsa (Melayu)(KKBM)
studtrafif@yahoo.com
tolhah
Terlebih dahulu tahniah kepada sekretariat kerana berjaya menjana 9
resolusi penting dalam KKBM. Sebenarnya isu awalan yang perlu
difikirkan ialah:
1) Perlukah kongres bangsa(melayu) sebegini diadakan kerana kerajaan
yang ada sekarang sudah diterajui oleh UMNO yang mendakwa
memperjuangkan bangsa Melayu? Hampir setiap musim (bukan hari)
UMNO mencanang, menggembar gembur, mendakwa, mempromosi dan
mengwar-warkan bahawa mereka adalah satu-satunya parti yang
memperjuangkan nasib bangsa melayu? Apa sudah jadi dengan bangsa
melayu (dari aspek bahasa, agama, kebudayaan dan sebagainya)
hingga menyebabkan perlunya diadakan KKBM?
2) Tidakkah YB Tengku Razaleigh maklum semasa beliau jadi menteri
dulu dan kini 'Gurkha UMNO' akan permasalahan yang kini beliau
'highlight' kan dalam KKBM ini.
3) Siapakah 'culprit' yang menyebabkan berlakunya semua permasalahan
yang menjadi fokus resolusi di dalam KKBM itu? Siapa yang menurunkan
darjat Bahasa Melayu? MIC, MCA, atai PAS? Siapa yang menghentikan
bantuan per kapita SARS? Samy Vellu atau Ling Liong Sik (semasa itu)?
Siapa yang memperkenalkan AUKU? Siapa yang menjadi petualang
sehingga Tanah Rizab Melayu semakin terhakis? Siapakah yang
bertanggungjawab dalam menentukan kesucian barangan makanan
untuk orang Islam? Mungkin PAS kerana parti ini sibuk dengan
Islam-Islamnya?? Siapa yang menyuburkan budaya kuning/barat
secara agresif dulu, kini (dan saya optimis SELAMA-LAMANYA
SELAGI PARTI INI WUJUD) menerusi semua jenis media massa?
Budaya ini telah merosakkan bangsa melayu (terutamanya) bermula dari
pemimpin-pemimpin bangsa melayu, anak-anak mereka dan
pengikut-pengikut mereka.
4) Adakah kita masih menaruh harapan pihak penguasa akan mengambil
tindakan positif kepada resolusi-resolusi yang telah dirumus. Sudah
berapa lama dan berapa kali kita dituntut supaya berfikiran positif
kepada apa jua suara rintihan yang diluahkan untuk masa depan bangsa?
5) Kenapa kita beranggapan UMNO ini memperjuangkan Melayu, dan
mengharapkan mereka merealisasikan resolusi KKBM,sedangkan UMNO
sentiasa memperjuangkan dan memastikan supaya orang melayu sendiri
digulingkan dari memegang kuasa sebagaimana yang berlaku di
Kelantan dan Terengganu??? Dalam masa yang sama mereka beri Pulau
Pinang kepada bukan bangsa Melayu??
Inilah persoalan awalan yang perlu difikirkan sebelum kita anjurkan
kongres inilah, seminar itulah dsbnya. Walaubagaimanapun penulis
sedar kita perlu meneruskan perjuangan walaupun dalam apa jua
keadaan dan resolusi dalam KKBM tersebut lebih baik daripada
tidak ada tindakan apa-apa langsung. Sekurang-kurangnya orang-orang
melayu yang prihatin dapat berfikir bahawa mereka perlu
melakukan sesuatu untuk bangsa mereka dan janganlah terlalu
mengharapkan UMNO???
|
|
Kongres
Kepentingan Bangsa
zulkifli49@yahoo.com.my
Zulkifli Mohd Nazim
Pesanan: Saya amat bersetuju dengan komen penulis. Tidak memadai
dengan hanya menyerahkan resolusi kepada Pembantu Khas Pak Lah
kerana beliau tidak mahu menerimanya sendiri. Mengikut "track
record" Pak Lah, laporan resolusi ini akan hanya mengumpul habuk,
seperti Laporan Suruhanjaya Polis, dll..
Saya juga bersetuju dengan kenyataan "perjuangan memerlukan
pengorbanan. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata
keramat "jika takut dengan risiko, jangan bicara soal
perjuangan. Ayuh bangsa ku, kita perlu
bertindak sekarang sebelum nasi menjadi bubur.....
Buat tatapan Ku Li
Firdaus Isa, Bangsi Selangor
Saya
membaca temubual Ku Li di laman web agendadaily.com. Saya juga
membaca resolusi yang wujud dalam apa yang di sebut Kongres
Kepentingan Bangsa. Saya membaca komen penulis umno-reform.com
mengenai resolusi tersebut dan saya syorkan, sebelum Kongress ini
bergerak lebih jauh lagi, Kongress itu harus jujur dalam mengatakan
kesilapan - kesilapan kepimpinan khususnya UMNO dalam menangani
masalah Melayu. Ku Li yang menjadi pengerusi program sendiri tidak
jujur - beliau masih berpaut dalam UMNO. Saya cabar Ku Li sendiri
membawa resolusi tersebut bersama - sama mereka yang masih memegang
UMNO sebagai wadah perjuangan untuk di persembahkan kepada
kepimpinan tertinggi UMNO , Pak Lah. Sekiranya dalam amsih beberapa
bulan, resolusi itu masih terperap dalam meja PAk Lah maka mereka
harus membuat keputusan untuk memperjuangkan agenda dan resolusi itu
dengan cara yang lebih aggresif. MULAKAN dengan tindakan untuk
keluar dari UMNO.
Malang sekali mereka hanya hadir untuk membuat
resolusi tetapi tidak berani bertindak untuk memperjuangkan isu ini
dengan ikhlas. Tidak berani bertindak - hanya berani menjadi jagoan
pentas - kalau berani hantar memorandum tersebut, dapatkan maklum
balas dalam 3 bulan dan sekiranya tidak KELUAR DARI UMNO. Ini
seharusnya dilakukan kerana resolusi itu hanya menunjukkan UMNO
gagal.
|
|
|
|
Kongress Kepentingan Bangsa
Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu
! mungkin begitulah pengakhiran Kongress Kepentingan Melayu
- maaf Kongress Kepentingan Bangsa yang diadakan baru - baru
ini. Mungkin penganjur tidak menggunakan perkataan Melayu
kerana takut nanti Kongress ini di label sebagai ultra Melayu
dan pengamalan sikap ras yang membolehkan mereka
di
tahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negara. Saya tidak percaya pula
mereka segan menggunakan perkataan Melayu tetapi apa pun Kongress
itu selamat di adakan walaupun saya bersama ratusan ribu anak
- anak Melayu lain tidak dapat hadir, maaf di pinta. Mungkin saya
akan dapat mengetahui intipati kongress tersebut tetapi sayang
kerana laungan elitis Melayu dalam Dewan itu tidak kedengaran di
Semanggol - Selama - Parit dan begitu juga di Kubang Krian -
Kampung di Baling hatta di kawasan Melayu di Gombak kerana
mereka dalam keadaan trauma bila mendapat notis bahawa kaum melayu
peneroka kota di sana akan di halau dalam masa 31 hari untuk
membolehkan pembangunan bersekutu tanpa mengira bangsa di sana. Apa
pun saya belum mendapat maklum balas mengenai samada ada atau tidak
laungan Hidup Melayu. Apa pun Kongress itu telah berjaya mengusulkan
beberapa resolusi yang saya petik dari Harakah Daily. Berikut adalah
resolusi yang dipamerkan dalam laman web tersebut.
|
Resolusi Kongres Kepentingan Bangsa
* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu
mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Pada
masa sama mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris.
* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita
Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti
asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama.
* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak
sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda serta
kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan
mahasiswa.
* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/
Rizab Melayu di seluruh negara.
* Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana
yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam
bidang gas dan minyak.
* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri
makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu Islam.
* Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperundangkan dalam
bentuk Akta seperti Dasar Bahasa dan Dasar Pendidikan.
* Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang
berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan
lain-lain bidang.
* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses
undang-undang
|
Sejenak selepas saya membaca resolusi tersebut saya
terfikir ' ini bukan isu baru - kalau ada pun satu dua perkara
tetapi yang lain seolah seperti pernah saya dengar dahulu'. Di mana
ya ! Di mana pernah saya dengar bantahan cadangan mencairkan
penggunaan Bahasa Melayu itu? Di mana pernah saya dengar bantahan
AUKU - Akta Universiti tersebut ? Di mana ya ! Di mana pernah saya
mendengar cerita mengenai Sekolah Agama Rakyat ? Semua ini seolah
pernah saya dengar tetapi di mana ? Saya Melayu itu sebab saya lupa
- kerana saya mudah lupa.
Namun satu perkara yang saya ingat - saya pernah
menulis - perjuangan memerlukan pengorbanan - bukan duduk di
bicarakan dalam Dewan. Kalau setakat dalam Dewan - UMNO setiap
tahun melakukannya dan setiap tahun membicarakan mengenai Melayu.
Malang Melayu terpilih dan dipilih berkali - kali itu juga yang
dapat habuan sedangkan Melayu lain di paksa bersyukur. Kita perlu
berterima kasih kepada kerajaan - kerana pembangunan telah
meletakkan Malaysia dalam peta dunia - sekarang peta dunia bukan
sahaja ada nama Malaysia tetapi ada nampak Kampung Semanggol, Kuala
Lipis, Ulu Bernam dan Simpang Pulai selain dari KLCC dan Menara
Kuala Lumpur.
Apa pun Kongress itu telah diadakan - apa ada selepas
Kongress tersebut? Mungkin tahun hadapan - kita adakan Kongress
Kepentingan Bangsa Kedua - di PWTC, mungkin? Saya bukan pesimis
tetapi keadaan perjuangan yang mahu di sebut itu mengelikan kita.
Perjuangan tanpa pengorbanan - duduk berbicara ala intelek berfikir,
ala Tan Sri yang mengetahui ala Dr Chandra yang tahu semua teori
tetapi gagal bila mengemudi Parti Keadilan Nasional satu ketika
dahulu.
Apakah langkah seterusnya - hantar memorandum -
keluar interbiu - selesai perjuangan.
Apa komen pelayar
www.umno-reform.com
? Hantarkan komen anda
Borang
maklum balas1
atau email editor1@umno-reform.com
|
|
|
|
Tunggu sehingga laporan dan keputusan Suruhan Jaya
menyiasat kes ketuk ketapi selesai
Bernama
melaporkan Pak Lah meminta semua untuk menunggu keputusan laporan
dari suruhanjaya yang di bentuk khas untuk menyiasat insiden Ketuk
Ketampi itu sebelum membuat sebarang komen.
Yang agak peliknya, insiden Pak Lah memohon maaf
sebelum ini kepada Negara China menunjukkan seakan Pak Lah tidak
setuju dengan cara polis atau sebenarnya Pak Lah tidak setuju warga
negara China dibogelkan tetapi kalau warga Malaysia tidak apa.
|
|
|
|
Tahniah
TV3
Rozmal
Pagi tadi Khamis 15 Dis 2005 Buletin 7 pagi TV3
menyiarkan berita beberapa rumah setinggan yang kebanyakkannya
dilihat orang Melayu telah dirobohkan semalam oleh pihak Majlis
Perbandaran. Setinggan berikut ialah di negeri Selangor Maju iaitu
di Puchong. Penduduk Melayu setinggan berkenaan malam tadi berteduh
bawah plastik, ada warga tua sebatang kara, ada warga tua yang
tergantung tiub air kencing saya rasa, ada yang bayi dua bulan
sedang didukung dalam hujan. Apa yang menarik komen pemberita
KELIBAT WAKIL RAKYAT TIDAK KELIHATAN
Tahniah kepada TV3 yang mengutarakan masalah penderitaan rakyat
tanpa mengenal batasan sempadan politik wakil rakyat dan pengundi
tempat berkenaan. Inilah pertama kali saya lihat TV3 menyiarkan
penderitaan rumah setinggan dirobohkan. Apakah wujud perobohan rumah
setinggan di tempat lain bagi mewujudkan setinggan sifar di Malaysia
ini ?
Berita tadi diulang sekali lagi dalam Warta TV3 jam 1:30 tengahari
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
|
|
Gangguan siaran
www.umno-reform.com
www.umno-reform.com sedang menyiapkan sipnosis isu - isu
yang pernah di bawa oleh kami sepanjang tahun 2005. Siri Berlalu
2005 umno-reform.com akan memuatkan beberapa isu yang
diperjuangkan oleh kami dalam usaha bukan sahaja untuk melakukan
perubahan dalam UMNO tetapi menyuarakan apa yang pernah kami katakan
sebagai LUKA RAKYAT. Kami sedang menghimpun semua isu yang
pernah di siarkan dalam laman ini khususnya dalam memperjuangkan
Kebangkitan Melayu - secara terbuka dan bukan perjuangan kosmetik
seperti yang kita lihat dalam Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di
bawah Datuk Hishammuddin sewaktu mengangkat keris simbol perjaungan
yang tidak pernah di lakukan lagi. Satu artikel khas akan kami tulis
mengenai "Psikologi Feudal" satu virus kritikal yang menyerang
kita. Isu ini pada asaslnya di tulis khusus untuk mengkritik Datuk
Hishammuddin tetapi setelah beberapa siri pembacaan dan diskusi di
buat maka warga
www.umno-reform.com mendapati bahawa ini adalah satu virus besar
yang bukan sahaja membunuh erti demokrasi malah akan meletakkan kita
dalam peringkat kritikal.
Kami juga pernah menyentuh mengenai "union busting"
yang mana kami telah bertemu dengan YB Timbalan Menteri Sumber
Manusia untuk membincangkan isu ini. Sungguhpun pertemuan itu
singkat - tetapi ianya memberi banyak indikasi yang tidak
menyenangkan. Ulasan kami juga menyentuh beberapa kepimpinan UMNO
yang setakat ini berada di luar senarai - "in the good books
of umno-reform". Mereka bagi kami hadir semata - mata atas dasar
politik simpati.
Atas kerja - kerja yang banyak ini mungkin siaran -
siaran harian akan tergendala namun
www.umno-reform.com akan
tetap meneruskan perjuangan yang akan memasuki tahun ke 5.
|
|
|