|
BREAKING NEWS |
|||
|
Bekas Setiausaha Politik kepada YB
Tan Sri Mohd Isa Samad, Tuan Hj Mohd Salim Shariff yang di
gantung keahlian UMNO selama 3 tahun di lantik ke jawatan Ketua
Pegawai Khas Menteri Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada
pertengahan Januari 2006 ini bagi menggantikan Datuk Abdul Rauf
Yusof yang meletak jawatan bagi menumpukan perhatian kepada
perniagaan. |
ARTIKEL MENARIK
|
||
|
|
|||
|
|
UMNO - sana sini |
||
|
Pengerang |
|||
|
BERITA UTAMA
Johan Ceramic, malang nasib pekerja Ini bukan sahaja mengenai pekerja tetapi ini adalah isu yang melibatkan Melayu dalam perniagaan - mengaut untung untuk diri - pekerja di tindas dan terus melarat. Lembaga Tabung Angkatan Tentera - tidak sedar syarikat yang dahulunya maju dalam industri ceramic kini malap dan pekerja di kikis keringat untuk hanya menggelapkan mata pemegang saham dan pengurusan terus mengaut wang gelap. Semua ini dilakukan atas keringat pekerja yang yang akhirnya tidak dijaga kebajikan mereka. Zainuddin bin Kassim Pengerusi Kesatuan Sekerja Johan Ceramic di pecat kerana terus memperjuangkan kebajikan pekerja. Pekerja dalam kenyataan mereka kepada www.umno-reform.com menyuarakan keuntungan syarikat yang sepatutnya di agihkan kepada pekerja kini di telan bulat - bulat oleh pengurusan yang jelas tuduh mereka melakukan penyelewengan. Ini semua LTAT tidak akan nampak tetapi bagi pekerja pembaziran, penjualan ceramic dari pintu belakang, pembaziran adalah perkara - perkara yang dilakukan oleh pengurusan Johan Ceramic khususnya Pengarah Urusan Johan Ceramic YM Raja Aziz Raja Muda. Klik Sini
|
UMNO - sana
sini
Musuh politik DS Mohd Ali Rustam, Ketua
menteri Melaka dan juga Naib Presiden UMNO mempertikaikan kewajaran
beliau membawa beberapa pemimpin UMNO seluruh negara pergi ke Aceh
baru - baru ini. Mereka berpendapat adalah lebih baik Ketua Menteri
tersebut membawa Ketua - Ketua Kampung ( Tok Sidang) yang berjaya
dan berjasa daripada membawa mereka kerana itu adalah sebahagian
projek politik DS Mohd Ali Rustam - pertanyaan mereka " Apakah itu
politik wang " |
||
|
ARAH oleh Anuar Mohd Nor |
|||
|
|
|||
|
DEMOKRAT DEMOKRAT juga ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat yang perihatin terutama di kalangan parti politik, NGO, gerakan mahasiswa dan individu merentas faham kepartian, bangsa dan agama harus mempertikaikan tindakanMPAJ ini dan membela kedudukan semua para peneroka bandar yang rumah mereka telah dirobohkan. Klik Sini |
|
Klik sini |
|
|
Apa yang kita sudah buat di Hulu Kelang. Berita di media baru-baru ini memaparkan kisah penduduk Kampung Fajar dan Kampung Batu 8 di Hulu Kelang mahu dan telah dirobohkan rumah mereka oleh MPAJ. Penduduk bertindak mempertahankan rumah mereka kerana beberapa masaalah yang belum lagi diselesaikan dengan cara baik. Ramai diantara kita ahli UMNO bersungguh-sungguh mahu menawan kembali kerusi DUN Hulu Kelang dari pembangkang (Azmin Ali) pada pilihanraya 2004 lepas. Segala jerit payah kita siang dan malam mahu memastikan pembangkang kecundang buat selama-lamanya di Hulu Kelang. Biar hanya ada bendera UMNO sahaja berkibar di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah Hulu Kelang. Tetapi kesilapan kita atau sikap tidak ambil peduli kita kini menyia-yiakan segala usaha mereka yang telah bersungguh-sungguh untuk memenangkan Dato' Ahmad bin Bujang di kerusi DUN Hulu Kelang. Lihat sahaja hari ini, pembangkang di Hulu Kelang tersenyum simpul melihat cawangan demi cawangan UMNO di kawasan ini terkubur kerana operasi 'pembersihan' yang dilakukan. Mereka penduduk setinggan dilayan seperti sampah. Satu rumah, satu lori sampah. Kos sebuah lori sampah ini RM1500. Terbukti di Kampung Fajar sahaja dua cawangan UMNO telah terkubur. Ketua Cawangan UMNO Fajar Baru, En. Fouzei yang adalah diantara yang pertama meninggalkan Kampung Fajar. Beliau meninggalkan ahli-ahli UMNO di sana untuk meratapi belas kasihan daripada MPAJ tanpa pembelaan UMNO. Beliau dan isteri mempunyai dua nama, lalu mengambil cek bernilai RM1,500 setiap seorang dan meninggalkan ahli UMNO Kampung Fajar tanpa pembelaan. Hilanglah segala kepercayaan mereka yang menyokong kita selama ini. Tersenyum pembangkang. UMNO jatuh tanpa di tolak. Cawangan UMNO yang satu lagi diketuai oleh Wan Noorizah. Beliau pula sentiasa menakut-nakutkan penduduk dengan segala macam amaran perobohan. Seolah-olah beliau mendapat gaji daripada MPAJ. Akhirnya penduduk sedar 'mainan' beliau. Akhirnya beliau juga turut berpindah meninggalkan ahli-ahli beliau tanpa pembelaan. Yang sedihnya,beliau kembali ke Kampung Fajar tetapi bukan untuk membela mereka yang perlukan pembelaan sebaliknya mengetawakan penyokong-penyokong beliau yang susah dan ketakutan. Apakah ini cara kita? Hilanglah segala kepercayaan mereka bilamana tiada keprihatinan ketua mereka. Pembangkang terus tersenyum. Bila kita bercakap tentang pilihanraya, 'Tradisi Membela Rakyat' di canang dengan billboard yang berpuluh ribu dibelanjakan. Tetapi sesudah pilihanranya, 'Tradisi Menghalau Rakyat' yang diamalkan selalu. Lihat sahaja di Puchong. Tanah yang berdepan dengan Masjid di beri kepada orang Cina sedangkan penduduk Melayu dihalau keluar. Penat lelah 2004 lalu belum reda. Banyak lagi cawangan UMNO akan terkubur sekiranya kita terus bertindak tanpa hemah dalam isu setinggan ini. Saya percaya mereka sanggup berpindah tetapi dengan beberapa masaalah kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik gagal diuruskan oleh pentadbiran. Mujur kekuatan pembangkang di Hulu Kelang tidak nampak kali ini. Kalau mereka campurtangan dan membela nasib setinggan, saya percaya cawangan baru mereka akan tumbuh macam cendawan.
|
Kemiskinan rakyat
Yang tinggal
|
||
|
Mereka telah memulakan usaha pertamanya dengan
Konvensyen Melayu baru-baru yang dianggap sebagai usaha menarik
minat orang-ramai serta menyusun gerakan untuk merekrut mereka
yang berpengaruh untuk dijadikan dinding. NGO ini akan memulakan
langkahnya dengan gaya sendiri tetapi tidak akan lari dari arahan
serta telunjuk Anwar. Yang pasti kumpulan ini tidak pernah senang
dengan kumpulan Pak Lah, musuh tradisi semasa belajar sehinggalah
dalam UMNO. Kumpulan ini turut menggugat NGO Islam yang berpengaruh
yang lain, walaupun mungkin sebahagian pimpinan yang ada datang
dari NGO Islam tertentu namun ianya hanya serpihan dari ribuan
ahli NGO itu. NGO juga bersedia bertempur dengan sesiapa sahaja
termasuk NGO atau individu Islam yang menghalang Anwar. Yang pasti
Anwar akan menyalurkan sumber kewangannya dengan projek-projek di
luar negara yang telah Anwar atur semasa pelariannya di sana.
Mereka semuanya bersemangat ingin menumpang kegemilangan dan
mencari kewangan seperti dahulu, kalau-kalau Anwar kembali
memerintah. |
|||
|
Bukan pandangan editor - email ini amat menarik untuk kita bincangkan. Apakah ini langkah Anwar Ibrahim? |
|||
|
Tanpa
kita sedari rupanya pada hari yang sama, hampir seratus keluarga
Melayu Miskin di lembah Klang di halau dan dirobohkan rumah mereka
oleh MPAJ. Antara mangsanya adalah seorang artis Safura. Tertanya
juga , agaknya mana pergi Senator Jin Samsudin si pengampu yang
menagis teresak esak ketika Endon meninggal dunia Oktober lepas.
Mana pergi Najib yang kononnya bersimpati dengan rakyat miskin di
Pengkalan Pasir. Mana pergi Khairy yang membawa Agenda Melayu
Nasional dan mana pula Hishamudin yang mengunuskan keris bagi
membela melayu. Mana? Mana? Tiada seorangpun keluarga melayu
tersebut dibela. Hanya surat lakonan pak pak YB sebagai syarat
menunjuk simpati seperti lagu Tik Tok Simpati yang dibawa kumpulan
Ahli Fikir. Yang sedihnya mereka bakal menyambut Hari Raya korban
tanpa tempat untuk berteduh. Apakah isu ini menjadi agenda Kabinet?
Klik Sini |
|||
| Selamat Hari Raya Adil Adha | |||
|
Semuanya 529 keluarga? Kemana kepimpinan kita pergi -
ke rumah Dr Liew. Apakah mereka peduli dengan keluarga miskin ini - hak bumiputera dan bukan bumiputera yang
diklasifikasikan sebagai peneroka kota terbiar atas kepentingan
pemaju. |
|||
|
|
Arkib Sang Kelembai KLIK SINI | |
| Pautan Berita Malaysia |
Sebagai satu pertunjuk diberikan kepada Media
Perdana ( dikuasai oleh orang yang berkuasa) Perdana Menteri
telah bersedia membuat rombakan kabinet yang di buatnya di Pulau
Pangkor, yang kini berusia 20 bulan. Dan jika berlaku rombakan
kali ini adalah hasil ilham dari Perth, Australia. Ini satu
rekod dalam "guiness book record" kabinet yang paling singkat
dalam sejarah Malaysia selepas pilihanraya umum kerana rombakan
ini tidak sama seperti tahun 1987. Kabinet tahun 1987 yang
dirombak setelah ada Menteri meletakan jawatan dan diberhentikan.
Setelah Ketua2 Parti BN berpuas hati barulah
diumumkan kabinetnya. Dari segi UMNO dia bertanya dahulu kepada
orang yang hendak dilantik menjadi Menteri, setuju atau tidak
bekerja denganya. Itu sebab Tun Razak Hussein terasa hati dengan
Tun Mustapha Harun, bila sudah bersetuju dilantik ke jawatan
Menteri Pertahanan kemudaian menolaknya kerana mahu kekal
sebagai Ketua Menteri Sabah. Tun Dr Mahathir Mohamed seorang yang suka membuat keja secara perseorangan, tiada catatan atau pengkisahan sejarah yang dia diamalkan oleh pendahulunya. Kebanyakan susunan kabinet dibuat secara sembunyi dan rahsia, sehingga peringkat isterinya termasuk anak menantu tidak ada peluang campurtangan melobi atau menunjukan sesiapa untuk dilantik menjadi Menteri.
Bagaimana pun dia tetap menjaga kepentingan
Ketua2 Parti komponen BN dan mengikut kehendak ketua2 parti
untuk membuang atau melantik seorang dalam jemaah Menteri. Maka
bukan sahaja rakyat tetapi Jemaah Menteri dari UMNO pun terpaksa
mendengar atau melopong dihadapan TV untok mengetahui untung
nasib kerja jaya mereka dalam politik.
|
|
| Sisipan Laman | ||
|
|
||
| Koleksi Arkib | ||
|
Isu Khas |
||
|
|
||
|
|
||
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
||
![]() |
|
Penafian editor |
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com