|
Biskut
hancur di taburkan buat makanan MELAYU
umno-reform.com 30-12-2003
Buat
niat untuk mencetuskan konflik atau perbalahan antara
kaum. Bukan hasrat untuk mencerca kaum - kaum lain
tetapi bernekad untuk menyedarkan bahawa itulah tahap,
itulah ibarat Melayu dalam negara yang merdeka ini.
Di mana
kedudukan Melayu dalam ekonomi negara yang semakin
stabil - Malaysia yang di katakan pesat membangun dan
pembangunan ini untuk semua - namun hakikat Melayu tetap
di tahap yang sama malah semakin tercicir jauh dan ini
tidak dapat di nafikan. Pendahuluan kaum lain khususnya
Cina sudah nyata tetapi Melayu semakin tersungkur kerana
kuasa yang di pegang - menderhakai bangsa sendiri.
Ini
bukan cerita politik semata - mata. Ini bertujuan untuk
mengajak kita berbicara, memikirkan dan mencari sebab
musabab kenapa dan apa sebenarnya delima orang - orang
Melayu.
Mudah -
memang mudah untuk menyalahkan sikap orang - orang
Melayu sebagai punca, namun apakah kemajuan sains dan
teknologi, pendidikan luar dan dalam negara serta
kemudahan infrastruktur jaluran informasi tidak mengubah
minda orang - orang Melayu. Apakah sebenarnya sikap yang
di persalahkan adalah sikap budi bahasa, kelembutan dan
adat orang - orang Melayu atau yang menjadi punca adalah
atau sikap sombong, bongkak, mementingkan diri sendiri
yang menjadi punca utama Melayu mengkhianati bangsa nya
sendiri.
Mana
kepimpinan yang Melayu berkuasa membentuk kejayaan
Melayu? Apakah mereka hadir hanya untuk menerima habuan
dan berlalu memandu kenderaan menjalar panjangnya -
tidak cukup satu malah dua dan tiga. Pulang ke rumah
yang tidak cukup dua malah tiga dan empat serta tanah -
tanah besar hasil dari pengkhianatan kepada bangsa
Melayu itu sendiri.
Kaji
dan nilaikan - baik dari makanan yang makan setiap pagi
hingga ke malam hari - baju yang di beli dari kompleks -
kompleks mewah, ubah suai bangunan dan rumah, komputer
dan telefon tangan - Melayu makan umpama biskut kering
yang di taburkan kepada burung - burung di tepian jalan.
Itu hakikat Melayu dan di situ tempat Melayu.
Siapa
yang harus di persalahkan - Melayu sendiri ?
Bangsat
kalau kepimpinan Melayu itu menawarkan jawapan sebegitu.
Jawapan tepat adalah pemegang mandat, pemegang amanah
dan mereka yang di beri tanggung jawab untuk mencorakkan
bangsa tetapi terus memeras bangsa sendiri untuk
kepentingan peribadi. Apakah ini tidak benar - apakah
ini palsu - apakah ini hanya omongan kosong tanpa fakta
dan penilaian tertentu.
Tanya
pada penggiat ekonomi - nelayan, petani, pekebun -
pekebun Felda - di mana kuasa ekonomi mereka? Tanya
mereka - kelapa sawit di eksport ke seluruh dunia dan
mereka tetap di bawah rumah 2 bilik di tepi kebun
menceritakan cerita duka. Tanya pula pada nelayan -
berapa harga ikan mereka? Bot - bot usang dan tulang 4
kerat mereka menjadi saksi hasil usahanya di baham oleh
agensi - agensi kerajaan yang bertindak kononnya untuk
menyempurnakan hidup para Nelayan. Tanya kepada Nekmat -
berapa banyak orang tengah - syarikat -syarikat bangsa
Cina yang di kayakan oleh mereka. Jangan mengarut kalau
itu di bantah oleh mereka - tanyakan pada Nekmat Tai
Chia Frozen Food dan anak - anak syarikat milik mereka
berapa banyak yang kaya - kerana Nekmat dan barisan
kepimpinan mereka lapar meratah hasil orang - orang
Melayu. Selidiki pula Peladang, apakah barisan
kepimpinan mereka membantu penggiat ekonomi perladangan
negara ini atau terus memberi kekayaan kepada orang
tengah hanya untuk terus mengaut wang rasuah buat diri -
bukankah ini bangsat namanya, bukankah ini pengkhianatan
peringkat tertinggi pada orang - orang Melayu.
Jangan
berdalih lagi - kepimpinan yang ada harus merombak dan
meneliti semula apa kah selama ini dasar - dasar yang di
cipta untuk membantu orang - orang Melayu berjaya. Andai
tidak maka mula kembali ke pangkal jalan kerana orang -
orang Melayu terus terseksa menjala dan mengail,
membajak dan bertani sedangkan kepimpinan yang mahu
menyelamatkan orang -orang Melayu mengaut kekayaan hasil
rasuah dan projek ali baba mereka.
Siapa
kata Melayu miskin?
Bodoh
kalau di katakan Melayu miskin, Pak Lah tidak miskin,
Naib Presiden UMNO ketiga - tiga mereka tidak miskin,
Menteri - menteri malah bekas menteri tidak miskin, EXCO
Pemuda UMNO tidak miskin, rakan -rakan politik tidak
miskin dan mereka yang terus memimpin Melayu TIDAK
MISKIN.
Siapa
kata Melayu miskin?
Namun
bila di lihat penggiat ekonomi yang terus hidup dalam
kemiskinan maka kepimpinan Melayu ini bangkit - mereka
haprak, mereka jual subsidi, mereka terikat dengan
budaya dan mereka mudah lupa - itu jawapan mereka kepada
kemiskinan Melayu di negara ini.
Kita
sudah beri mereka tongkat - sampai bila kita nak beri
mereka tongkat untuk membantu mereka - jawapan kepada
kesialan tuduhan itu ialah - mereka tidak pernah
memberikan bantuan yang sepatutnya. Mereka tidak pernah
mahu melihat di mana sebenar kesalahan polisi mereka.
Mereka tidak pernah melihat apa sebenarnya yang dapat
membantu dan apa sebenarnya yang menjahanamkan Melayu.
Sebenarnya
- sudah boleh berjalan di papah juga - inilah di
ibaratkan kepada perekonomian bangsa lain khususnya
Cina.Yang memapah mereka adalah Melayu - yang di beri
mandat membantu masyarakat Melayu tetapi terus khianat
kepada bangsa mereka sendiri. Melayu inilah yang
sebenarnya memundurkan Melayu itu sendiri dan mereka ini
bangkit menyalahkan bangsa mereka sendiri.
Apakah
ini sekali lagi tidak benar dan tidak berasas? Apakah
ini satu kenyataan yang karut marut - apakah kita buta
kepada pemandu teksi yang kerja membawa teksi sewa
selama 5 tahun namun permit di beri kepada proksi Melayu
yang menjual bangsa mereka sendiri. Apakah ini tidak
benar - askar Melayu yang keluar terus duduk di tepi
masyarakat tanpa bantuan. Mahu membuka perniagaan runcit
di telah dengan naga Giant yang pasar raya nya
menghapuskan keseluruhan industri kecil peruncit.
Mungkin kita boleh menjual hasil tani, ikan dan ayam
kepada Pasar Raya Giant - boleh pergi mampus kalau
mereka dapat memberi ruang. Nelayan kerja tangkap ikan
dan jual kepada orang tengah dengan harga beberapa
syiling - orang tengah suap Nekmat, Peladang dan
mendapatkan bekalan untuk di jual kepada Giant, Macro
dan pasar raya besar - hasilnya - MELAYU MELARAT.
Saya
terus pilu melihat situasi ini belaku. Saya sungguh
terharu melihat bangsa kita sendiri duduk di celah -
kemewahan ekonomi negara - saya kagum dengan penjualan
bangsa oleh beberapa kepimpinan Melayu negara ini.
Bangsa
Melayu - sedar lah.
|