BALIK KE MUKA UTAMA


Jawatankuasa Peneroka" <hulu.kelang@gmail.com> View Contact Details Add Mobile Alert  Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by gmail.com. Learn more  To: editor1@umno-reform.com  Subject: MPAJ korup?  CC: anuarmohdnor@yahoo.com

Saudara Pengarang,

Merujuk kepada kejadian tragik di Kampong Pasir, Hulu Kelang dan sikap suka melontar kesalahan antara pihak-pihak yang bertanggung jawab, saya sebagai salah seorang penduduk Hulu Kelang merasa teramat kecewa dengan peranan MPAJ dan badan-badan lain yang bertanggung jawap dalam soal pembangunan di kawasan cerun-cerun yang berisiko tinggi di Banjaran Klang Gate-Seputeh.

Pembangunan Ukay Bestari menjadi satu contoh praktikal tentang kemampuan sebenar jenis dan kualiti tanah granit terluluhawa yang merupakan isi kepada Banjaran Klang Gate-Seputeh. Ukay Bestari bukan hanya satu-satunya projek yang bermasaalah di Hulu Kelang malah ada projek-projek lain yang berkemungkinan besar menyebabkan tragedi di Kampong Pasir berulang lagi.

Projek penempatan semula setinggan di Sungai Sering yang berhampiran dengan Bukit Antarabangsa di kawasan tanah seluas 30.4ha telah mula dimajukan oleh Triumph City Development Sdn Bhd sejak Jun 2003 dan masih dalam peringkat 25% siap selepas 3 tahun dibangunkan.

Rujuk kepada Imej 1 - Papantanda Projek klik sini

Imej 2 - Gambar Projek pada bulan 11, 2005 klik sini

Imej 3 - Gambar Projek pada bulan 5, 2006 klik sini

Menurut laporan Akhbar Utusan Malaysia pada 7hb April 2005, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ menyatakan projek ini dihentikan sementara waktu sehinggalah kerja-kerja penstabilan cerun selesai dijalankan. Rujuk kepada Imej 4 - Laporan Akhbar UM klik sini . Bagaimanapun, mengikut pemerhatian saya, kerja-kerja terus dijalankan walaupun semua kawasan cerun yang terdedah tidak dirawat sebaik mungkin. Kerja-kerja pembinaan terus dibenarkan oleh YDP MPAJ dan Pengarah Perancang Bandar MPAJ sepertimana laporan Akhbar Malay Mail pada 9hb Ogos 2005 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada Jabatan Alam Sekitar. Rujuk Imej 5 klik sini

- Laporan Akhbar MM. Apa ini ??? Taukah mereka dibawah cerun pembangunan projek ini terdapat beribu-ribu penduduk yang mungkin menjadi mangsa akibat gelinciran tanah di kawasan Kampung Sungai Sering, kondominium Villaria dan Taman Bukit Mulia.

Yang menjadi kehairanan saya ialah prosedur ketat yang sepatutnya dijalankan terlebih dahulu oleh pihak yang bertanggungjawab sekiranya pembangunan hendak dijalankan di kawasan yang berisiko tinggi tidak dijalankan seperti sepatutnya. Mana dia Laporan Alam Sekitar (EIA), laporan penuh teknikal fizikal, geologi teknikal, tahap kecerunan dan aliran tanah kawasan berkenaan. Mana dia laporan hasil kajian oleh perunding bebas. (Khir pandai baling batu sembunyi tangan)

Projek dikawasan cerun kelas 3 sepatutnya hanya boleh dijalankan sekiranya laporan-laporan di atas telah dibincangkan bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Jabatan Kaji Bumi dan tiga panel bertauliah dan ianya diluluskan.

Jelas sekali projek telah dijalankan walaupun Jabatan Alam Sekitar belum memberi kelulusan seperti di dalam laporan Akhbar Malay Mail pada 9hb Ogos 2005. Ini adalah salah satu contoh Selangor Maju sehingga mereka sanggup menghumban setinggan - setinggan yang sebenarnya adalah peneroka bandar di dalam Negeri Selangor sendiri ke LEMBAH MAUT.

Saya percaya kegigihan saudara dalam memaparkan masaalah rakyat dan orang Melayu boleh mengenengahkan perbuatan tidak bertanggung jawap ini.

Bagaimanapun, sekiranya penduduk Kampong Sg. Sering, Taman Bukit Mulia dan Kondominium Villaria juga bersikap tunggu dan lihat, kemungkinan mereka juga bakal merasakan apa yang dirasakan oleh sebahagian penduduk Kampung Pasir. Jangan mereka bergantung sangat dengan Kerajaan Negeri Selangor dan MPAJ. Ambil tindakan segera!!!!!!!!

Terima kasih.

Yang Prihatin,

Hulu Kelang

Tambahan Kembaran:

Imej 6 - Foto Projek pada Nov 2005. klik sini

Imej 7 - Keadaan Cerun yang menakutkan. klik sini

Imej 8 - Keadaan Cerun yang menakutkan.klik sini

Imej 9 - Kerja tetap dijalankan tanpa prosedur keselamatan pekerja. klik sini

Imej 10 - Keadaan Cerun pada bulan Disember, 2005.klik sini

Imej 11 - Foto Projek pada Mei 2006 klik sini

 

 

 

 

Komen boleh di buat secara mudah klik sini untuk borang maklumbalas, editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762