PENTING DAN SEGERA:
PERBINCANGAN KHAS TINDAKAN NGO-NGO ISLAM MENGENAI ISU LINA JOY
klik sini
|
Muslim lawyers form group to defend Islam
‘from attacks’ |
|
The Star 14 Julai2006
klik sini |
|
Peguam Muslim telah menubuhkan apa yang
dipanggil Peguam Pembela Islam (PPI) untuk
mempertahankan Islam dari terus diserang. Ini isu yang
serius! Zainur Zakaria dalam kenyataan beliau dipetik
sebagai berkata " tindakan harus dibuat untuk
menerangkan dan memperjelaskan isu ini serta membela untuk
memperbetulkan kedudukan Islam dalam perlembagaan. Tindakan
penubuhan Peguam Pembela Islam ini adalah reaksi terhadap
apa yang dikatakan sokongan oleh Majlis Peguam ke atas Lina
Joy, murtad yang akan merintis jalan bagi memudahkan serta
memperlekehkan undang - undang syarie dan ketetapan dalam
Agama Islam.
Para Peguam Islam telah melakukan sesuatu
yang positif, PAS jua bertindak menyokong PPI dan ABIM telah
memulakan siri penerangan mengenai isu ini tetapi Parti
Keadilan Rakyat Malaysia mungkin atas kepentingan politik
nampak bertindak seperti UMNO , sepi dari membicarakan
sokongan. Isu serius ini jelas menampakkan serangan ke atas
Islam itu sendiri dan kita hairan kenapa tidak ada sesuatu
yang konkrit diambil oleh pentadbir - pentadbir agama Islam
negara ini untuk mengeluarkan kenyataan tegas atau bertindak
menyelesaikan isu ini. Ini bukan soal "perkara ini sedang
dibicarakan dalam mahkamah" dan kita kena tunggu keputusan
mahkamah. Kita harus mengambil ketetapan teguh dalam
membicarakan isu ini. Jangan sekatan kehendak - sekatan
politik -sekatan menjaga periuk nasi menjadi halangan.
ISLAM DISERANG ! itulah tajuk yang ada dalam The Star.
|
|
Isu murtad - bangganya orang Muslim
yang memperjuangkan jalan untuk membolehkan MURTAD |
|
Mereka puak - puak Kristian seluruh dunia
sedang mendoakan Lina Joy. Mereka mengambil berat halangan
untuk murtad yang dilakukan dan dilaksanakan oleh negara
ini.
http://www.mnnonline.org/article/7841
http://www.dohi.org/view_article.asp?id=147&cat=1
http://jacklewis.net/weblog/archives/2005/09/religious_freed.php
http://www.hcjb.org/news/global_religious_news/malaysian_court_rules_conversion_from_islam_illegal_.html
http://www.openweblog.com/users/mertaka/99931.html
Ini adalah antara beratus - ratus laman web
luar negara yang bangkit mendoakan Lina Joy
dan
dalam masa yang sama mengecam bukan sahaja tindakan Malaysia
tetapi juga seolah - olah kehadiran agama Islam boleh di
cabar dengan logik kebebasan beragama seperti yang di
peruntukan oleh perlembagaan negara ini.
Dalam banyak - banyak laman web saya
tertarik pada satu laman web
http://www.ipsnews.net/news.asp?idnews=33940 bertarikh
12 Julai 2006. Kenyataan peguam
Haris Mohamed Ibrahim, seorang muslim memberi
kemenangan moral peringkat antara bangsa dengan meletakkan
undang - undang ciptaan manusia lebih penting dari surah dan
ajaran Allah SWT. Kata - kata Haris Ibrahim yang ditulis
dalam web tersebut adalah seperti berikut :This country
was intended to be a secular state by the founding fathers.
It has a secular constitution and the people enjoy certain
fundamental secular rights like freedom of religion,"
said civil rights lawyer Haris Mohamed
Ibrahim, a Muslim himself. Secara spesifik mereka
menekankan dalam artikel mereka yang Haris adalah seorang
yang beragama Islam dan penekanan ini telah memberi
kemenangan moral kepada mereka yang amat gembira melihat
orang - orang Islam keluar dari agama.
Dalam satu temu bual
dengan The Sun, apabila disoal " apa komen anda sekiranya
orang - orang Muslim mengatakan bahawa beliau Haris
Ibrahim adalah antara orang Islam yang membantu golongan
untuk melaksanakan murtad, beliau menjawab dengan
memberi sepotong ayat Al Quran yang diterjemahkan dalam
bahasa Inggeris "

dan disini saya letakan salah satu tafsiran
dalam bahasa Melayu mengenai Ayat Al Nisa ayat ke 75 '
Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu
berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam)
dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari
kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang
selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!
Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya
(kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami
dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan
ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang
pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
Kami bukannya ada "authority" dalam
membicarakan isu ini tetapi kami percaya ini adalah satu
perbuatan yang tidak sihat malah berbentuk ancaman kepada
agama Islam malah kami mungkin salah tetapi merasakan Haris
Ibrahim menggunakan ayat ini untuk menghalalkan beliau
memperjuangkan agenda mereka yang mahu murtad.
|
Program Sambutan
kepulangan Tun Dr Mahathir telah di tangguhkan ke satu tarikh baru
yg akan kami berikan kelak. Maklumat terkini berkaitan program
tersebut akan kami siarkan melalui web kami dan akan kami sebarkan
melalui email dan sms
sekian untuk makluman dan terima kasih kerana bersama kami.
Gen M Web
http://tdm2020.homestead.com
|
PAS sokong PENUBUHAN
PEGUAM PEMBELA ISLAM |
|
Suara
Rakyat |
|
Dengan kemunculan gerakan mencabar Islam mutakhir ini,
negara Malaysia diambang kehancuran dengan gerakan jarum
halus dakyah mereka terutama dari kumpulan Artikel 11, IFC,
Sisters In Islam, Islam Liberal dan lain-lain lagi.
klik sini |
|
|
Suara rakyat |
|
|
|
Email
diterima :
sitiaminah_5s@yahoo.com
Jangan sibuk pasal UMNO,Islam sedang
di permainkan. Semua sibuk pasal UMNO, pasal Pak Lah dan
Mahathir tapi pasal Islam buat tak kisah..Hari ni Star di
muka depan penuh cerita Letupan Bom di Mumbai India. Yang
dituduh militan Islam? Ada bukti ke? Jagalah Agama
dari Jaga Melayu yang sampai sekarang asyik bergaduh saja.
Kalau baik Agama tu pasti akan lebih baik sesuatu Bangsa .
Saudara Anuar kalau ada cara bagaimana nak martabatkan Islam
di web saudara ni adalah lebih baik. Sudah lebih 40
tahun kita Merdeka, apa yang Melayu ada, agama semakin teruk,
dari segi pendidikan lagilah hancur, ekonomi lagi merapu,
gejala sosial berleluasa, orang Melayu dari dulu sampai
sekarang pun masih tak maju lagi... Yang kaya pemimpin UMNO.
Kes MP Jasin yang tak dapat beli kereta hentam kat Parlimen,
itu untuk rakyat ke unutk diri sendiri ? Ajaklah orang-orang
Melayu kat Malaysia ini kembali ke Islam, perkasakanlah
Agama Islam.Tun Mahathir telah dengan beraninya mengatakan
Malaysia negara Islam, sepatutnya pemimpin sekarang ini
teruskanlah dengan perlaksanaan dengan kenyataan tersebut.
Apabila pegangan Agama kuat...majulah negara..kuatlah Bangsa...
YahooM :
Saya ingin bertanya kepada saudara jika anda merasakan
kehidupan anda lebih senang ketika zaman DR M atau Pak Lah ?
Pelayar lain pun boleh jawab
Borang maklum balas1
Email
diterima : Dengan keriuhan persengketaan
Pak Lah dan Mahathir kemungkinan pemergian Pak Lah
untuk bercuti ke Australia adalah untuk memikirkan
soal meletak jawatan? Bagi sikit komen
Editor1 : Agak mustahil Pak Lah akan
meletak jawatan kecuali Pak Lah benar - benar uzur. Dengan
meletak jawatan ini akan hanya membenarkan kritikan Tun
Mahathir terhadap isu yang dibawa. Saya tidak jangka
ini akan berlaku dan sekiranya ada terlintas di minda Pak
Lah ia akan segera dipadamkan oleh orang - orang terapat
dengan Pak Lah termasuk Khalimullah dan Khairy sendiri. Ada
pendapat lain
klik sini
YahooM :
PAS pernah melahirkan persetujuan sekiranya UMNO mentadbir
negara ini atas landasan Islam maka PAS sedia bubarkan parti
dan menyertai UMNO? Adakah sebenarnya ini merupakan '
ultimate aim' Anwar Ibrahim, atas nama penyatuan Melayu dan
Islam untuk membawa PAS menyertai UMNO sekiranya beliau di
jemput menyertai semula UMNO?
Editor 1 : soalan ini saya ajukan ke Anwar
Ibrahim melalui blognya
klik sini
|
|
Suara Keadilan - Bil 087 Petikan Anwar Ibrahim

|
|
Dialog bersama Tun Dr Mahathir tetap akan diadakan di
Kelantan laporan harakahdaily.net
YahooM :
Anuar, ini bukan soal mahu menyokong Muhkriz tetapi ini
lebih kepada soal mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin yang
dikatakan menjual maruah negara.
YahooM :
Zahidi Perlis lebih berani. Beliau secara terang - terang
mahu mencabar jawatan Ketua Pemuda. Beliau hadir dalam
Dialog bersama Mahathir. Ini menunjukkan sikap berpatah
arang beliau.
SMS
diterima : Sokong kehadiran Mukhriz untuk
bertanding dengan Khairy Jamaluddin. Tapi kalau dapat
tendang Hisham dari terus mahu mengekalkan jawatan atas
alasan mengelakkan perpecahan.
SMS
diterima : Semua sama sahaja. Mereka pentingkan politik diri
dan bukan rakyat.
lagi SMS
dan YahooM diterima
klik sini |
|
Anwar Ibrahim turut mendesak supaya Pak Lah bersuara
Kenapa diam dan enggan berkata - kata ? Ada yang
mengatakan bahawa tindakan berdiam diri itu tepat dan
langkah yang diambil untuk tidak berkonfrantasi dengan
Dr Mahathir adalah untuk menyelamatkan UMNO dari terus
berpecah.
Dalam pada itu ada yang mengatakan bahawa
tindakan berdiam itu seolah - olah menunjukkan bahawa Pak
Lah gagal memberi jawapan keatas apa yang telah dikritik
oleh bekas Perdana Menteri Malaysia terhadap pentadbiran
yang juga menjerumus kepada penyelewengan yang berlaku.
klik sini
|

|
Benarkah sudah ada gerakan menyokong YBHG.
DATO MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR, untuk menguburkan karier
politik Khairy Jamaluddin? Demikian menurut satu email yang
kami terima membicarakan serba ringkas akan sokongan yang
sudah bermula untuk Mukhriz dalam menentang Khairy
Jamaluddin dalam pemilihan yang akan datang. Kemelut
Mahathir dengan Pak Lah merupakan salah satu punca Pemuda
UMNO dikatakan dalam keadaan yang mula berbelah.
klik sini
|
|
Suara Rakyat |
|
Isu murtad adalah isu serius yang perlu
ditangani.
klik sini
Tentera Singapura dibentuk oleh Israel
Satu Fakta
klik sini
Saman - Menteri berbeza
klik sini
Kesal dengan komen Abdullah Zin
klik sini |
|
Suara rakyat |
|
|
-
SMS
diterima Arif : Tuan, Berita Harian 11-07-2006 PLKN:
5,494 hadapi tindakan mahkamah.
Penjarakan mereka selama 6 bulan dan kita akan lihat
banduan remaja Malaysia meningkat puluhan ribu setahun.
Malaysia kelak, lebih banyak rakyat bergelar banduan.
Najib, elok ke anak - anak muda kita bercampur dengan
banduan lain selama 6 bulan. Akhlak mereka pulih atau
mereka terpengaruh dengan bantuan lain yang melakukan
jenayah serius. Fikirlah sikit.
-
SMS
diterima dari Arif :
KUALA
LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan tetap akan
membina pusat latihan Sukan Prestasi Tinggi di kota
London bernilai RM490 juta, untuk meningkatkan prestasi
atlet negara.
Itu harga infrastruktur sahaja. Berapa ramai atlet
yang kita akan hantar, sukan apa dan siapa jurulatihnya.
Baik import jurulatih , latih ramai rakyat Malaysia.
Bukankah infrastruktur kita cukup? Kerajaan kalau bab
keluar duit untuk seronok - seronok bukan main deras
sekali.
|
|
Kenyataan Media
GERAK

|
|
5 tahun lalu, pada 27 Januari 2001 sekumpulan
rakyat yang perihatin dalam isu pembelian saham Malaysian
Airline System (MAS) oleh Kementerian Kewangan Malaysia
daripada Naluri Berhad telah membuat laporan polis di Balai
Polis KLIA.
Laporan polis tersebut mencipta sejarahnya sendiri apabila
jumlah pelapor yang membuat laporan pada ketika itu ialah
seramai 1336 orang. Jumlah pelapor yang terbesar pernah
disaksikan dalam mana - mana laporan polis di negara ini.
Antara pelapor tersebut termasuklah barisan pimpinan pemuda
Parti keADILan, PAS dan DAP, pertubuhan bukan kerajaan dan
individu yang melapor sebagai rakyat Malaysia.
klik sini
|
|
Suara Rakyat |
|
YahooM
|
|
Dari Akedemik Fantasia Menuju puncak ke
menuju kiamat
klik sini
Yang mengutuk Tun Dr. Mahathir
Mohammad, maka saya mengutuk keras diatas tindakan mereka
itu
klik sini
|
|
En Anuar, benarkah ada usaha untuk memulakan
undi tidak pecaya kepada Pak Lah? Kami dimaklumkan sudah
dibentuk gerakan menumbangkan Pak Lah.
Pak Lah sebenarnya baik orangnya, kenapa nak jatuhkan dia.
Baru 2 tahun lebih sudah mula mahu berebut tahta dalam UMNO.
Hentikan tindakan sedemikian, untuk Melayu |
|
ABDULLAH MD ZIN PERLEKEHKAN MUFTI |
|
BANGSA dan AGAMA UMNO |
|
Dalam
pada itu, TV3 juga turut menyiarkan temubual bersama Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin (orang
terengganu) dan dengan nada sinis beliau mempertikaikan
kenyataan itu dan disusuli dengan mempersoalkan jawatan
beliau dan MUFTI. Dengan nada sindir beliau berkata tidak
perlunya beliau menemui MUFTI itu dan beliau sebaliknya
menyatakan bahawa MUFTI itu yang seharusnya berjumpa beliau
kerana pangkat yang beliau pegang ketika ini.
klik sini
|
|
Mahathir bukan calang-calang orangnya. Selain
ditakuti oleh menteri yang ada, beliau juga mampu bertindak
menjayakan sesuatu perancangan dan perjuangan. Ilmunya tidak
rendah dan kini Pak Lah yang menggantikan beliau kini
diberitakan bijak dalam soal agama. Agama apa? Katanya agama
Islam.
Modal untuk berjuang sudah banyak di dalam
simpanan? Menteri bersedia kerana menteri itu lalang yang
tumbuh melata bersedia untuk ditiup angin. Maka mahu apa
lagi? Rakyat tunggu dan menurut arahan.
klik sini
|
|
 |
|
http://tdm2020.homestead.com/

|
|
|
|
Gabungan mahasiswa beberapa Universiti
menyokong Dr Mahathir. Kehadiran laman web ini telah
dimaklumkan kepada kami oleh rakan umno-reform.com melalui
yahoo messenger. Laman web tersebut bertindak membuat
gerakan menyokong Dr Mahathir dan dikatakan bersedia untuk
melaksanakan program - program bagi menimbulkan kesedaran
mengenai apa yang berlaku. Generasi Mahathir atau
singkatkannya GenM sudah
memulakan gerakan kecil - kecilan mencetak "stiker" dan
kemeja T untuk memulakan langkah gerakan menyokong Mahathir.
Sungguhpun begitu kita tidak dimaklumkan mengenai hasrat dan
cita - cita laman tersebut dan adakah laman ini akan
bertindak secara terbuka menentang Pak Lah sebagai Perdana
Menteri Malaysia.
|
|
Kita masih menunggu isu sebenar - Anuar
Mohd Nor |
|
bicara WT8 TV |
|
7hb
Julai 2006 kami telah ditemuramah oleh WTV8 mengenai
kenyataan Matthias Chang dan Tengku Tan Sri Mahaleel
yang bersangkutan dengan persengketaan antara Pak Lah dan
Tun Dr Mahathir. Anuar Mohd Nor selaku editor
www.umno-reform.com
menjawab, kami masih lagi menunggu isu sebenar persengketaan
tersebut. Ini bukan isu Tengku Tan Sri Mahaleel di pecat
dari Proton sahaja atau jambatan Singapura yang tidak
diteruskan sahaja tetapi ini adalah krisis kepimpinan yang
ada dengan bekas kepimpinan. Apa sebenarnya 'deal' yang
dimaksudkan dan adakah setiap lantikan Perdana Menteri atau
mempunyai 'deal' yang berbeza - beza. Apa pula 'deal' yang
ada dengan rakyat dan pelunasan demokrasi. Bagi kami -
selagi ianya tidak membangkitkan pejuangan bagi mengurangkan
LUKA RAKYAT maka ianya
tidak selari dengan www.umno-reform.com. Ulusan menyeluruh
dalam WTV8 klik pada logo WTV8 untuk mendengar interbiu
dengan Matthias Chang dan Tenku Mahaleel dan komen Anuar
Mohd Nor.
|
|
Suara rakyat |
|
|
|
Dari
Forum
umno-reform : Mufti Perak kata dia dapat maklumat dari
kajian para profesional bhw 100 ribu umat Islam murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri minta mufti itu bukti.
Dia lebih 'besar' dari Mufti katanya.Penasihat agama bimbang
kalau Melayu keluar dari Islam, akan hilanglah status 'kemelayuannya'.
Dua bangsawan Umno itu dilihat tidak bimbang dgn isu
sebenarnya yg dikeluarkan oleh Mufti itu. Mereka lebih
bimbang dgn perkara2 sampingan atas isu itu. Biasanya umno
begitulah. Kalau ada laporan rasuah, bukan laporan itu
disiasat, tetapi pelapor itu disiasat.... akhirnya pelapor
yg dijatuhkan hukuman!. Entahlah, kita lihatlah di zaman yg
dikatakan 'Menteri boleh di tegur ini".
|
|
KES SAMAN BALAS TAJUDDIN RAMLI TERHADAP
KERAJAAN MALAYSIA |
|
YB. Salahuddin Ayub
Ketua,Dewan Pemuda PAS . |
|
Kes ini bukanlah kes terpencil (isolated).
Ini hanyalah “tip of the iceberg” (sudut kecil dari apungan
gunung ais di lautan besar). Kita percaya yang tersorok dan
belum terbongkar masih banyak dan lebih parah dan lebih
dahsyat lagi. Tengkorak dan bangkai yang tersembunyi perlu
digeledah, dikenal pasti supaya tidak melarat menjadi pekong
dan kanser. Pemuda PAS memberi amaran bahawa kami akan terus
menjadikan pembongkaran ‘kebobrokan’ Kerajaan BN sebagai
agenda terpenting sehingga segala penyakit dikesan, setiap
jenayah diadili, setiap pelaku dikesan dan dihukum samada
mereka masih berada di dalam kerajaan, syarikat-syarikat
tertentu ataupun sudah bersara atau berada di luar kerajaan.
klik sini
|
Blog Anuar Mohd Nor |
|
Pautan Berita Malaysia |
|