|
|
Siaran HUJAh TV9 menampal sedikit
kecederaan media Perdana |
|
|
Mohamed Zaidi Hamzah
Saya mulanya terkejut melihat poster yang
tersiar tempoh hari mengenai perbincangan media aternatif
dan media arus perdana dengan meletakkan Ketua Pengarang
Laman ini, Anuar Md Nor sebagai salah seorang panel dengan
Datuk Azman Ujang - veteran media, Ketua Editor Bernama.
Sehingga hari siaran - walaupun saya jarang sekali buka TV9
tetapi hari itu saya mahu melihat samada jadi atau tidak
rancangan tersebut. Rancangan kelolaan Feriz Omar mengundang
sedikit kecuakkan dari saya kerana seperti yang kita maklum
laman umno-reform.com ini terlampau terbuka dalam mengkritik
kerajaan dan Umno sekali. Bagi saya kemungkinan rancangan
itu dibatalkan pada saat akhir hampir pasti. Akhirnya cuak
saya hilang bila melihat - rancangan Hujah memaparkan
pengarang laman ini dengan Ketua Editor Bernama tersiar di
TV. Saya tidak pasti siapa yang membuat undangan atau
menentukan siapa yang patut bertanggungjawab membuat
jemputan bagi menjadi panel tetapi tindakan memanggil Pe ngarang
Laman ini menunjukkan keberanian producer rancangan itu
untuk memaparkan pendapat berbeza dari hanya mendengar
berita dari media perdana. Nyata dalam perbincangan itu
rancangan HUJAH menepati selera masa kini. Kenyataan Datuk
Azman yang menyokong tumbuhnya media alternatif bagi saya
adalah kenyataan berani sungguhpun dibuat secara berhati -
hati.
Sungguh malang rancangan itu terlampau
singkat sehingga nampak pendapat kedua - dua panel itu tidak
sempat mengeluarkan pendapat secara menyeluruh. Saya puji
sikap dan tindakan moderator atau pengerusi rancangan itu
yang tidak berat sebelah. Bagi saya beliau lebih baik dari
Datuk Johan Jaafar yang mahu menonjolkan yang beliau lebih
Umno dari Umno. Mungkin kerana itu rancangan itu diberi
waktu yang agak lama.
Apa yang saya nampak rancangan Hujah itu
lebih terbuka dari talk show yang lain dan mampu berkembang
sebagai rancangan yang menampal sedikit kekurangan dalam
Media arus perdana yang selama ini bertindak berat sebelah
dan tidak seimbang. Saya juga mengucapkan syabas kepada
Ketua Pengarang Laman ini kerana tetap mempertahankan
kebebasan bersuara sungguhpun kerajaan gerun dengan
perkataan tersebut. Bagi Ketua Editor Bernama saya syorkan
agak beliau mula memperjuangkan apa yang dirasa beliau benar
dan tidak terikat dalam skop dan kerangka kuasa - kuasa
politik.
Saya ucapkan setinggi tahniah kepada TV 9
kerana bertindak keluar dari norma yang sedia ada. Saya
ingin mensyorkan agak Hujah dipanjangkan masa dan kita
saksikan pula topik menarik dan kontroversi yang tidak mahu
di bicarakan dalam media - media arus perdana.
Sekian
* gambar hiasan oleh
www.umno-reform.com
* saya dimaklumkan bahawa cadangan panel datang dari
Sdra Feriz Omar sendiri - harap soalan sdra terjawab dan
Terima Kasih
|
|
Malaysian police under fire for web posting
suggesting insubordination to KL
By Channel News Asia's Malaysia Correspondent Melissa Goh
KUALA
LUMPUR, Malaysia: Malaysia's police force is under heavy fire
for alleged insubordination to the government. This came
after views of several officers were accidentally posted on the
web following their meeting with the Prime Minister.
The police threatening to go against the government and be
uncommitted to lowering crime was among the views posted on the
Malaysian police website after three police associations met
Prime Minister Abdullah Badawi. The Malaysian leader
has been pushing for the setting up of an independent police
complaints and misconduct commission, but the police force has
rejected this as a demoralising, police bashing exercise.
Following the meeting, the police website carried meeting notes
warning that if an independent watchdog is formed, the police
will oppose the government and not commit to fighting crime.
The police chief however dismissed the posting of the views as
an accident and a mistake on the part of a corporal. "It's
a closed door session, it's a heart-to-heart talk with the Prime
Minister and that's it. It should be internal matter supposed to
be known only among police officers," said Mohd Bakri Omar,
Inspector General of Police, Malaysia. He defended the
integrity of his men, saying "We have never been disloyal and
the prime minister knows about that, we are loyal to the
government of the day, we have got a track record and we are
proud of that." Many Malaysians see the views as an act of
insubordination, and are appalled. The Prime Minister
himself however was cautious when asked to comments.
"I don't want to go into that. I don't want to say whether the
report represented the feelings of anybody. It may not be so or
it may be," said Prime Minister Abdullah Badawi. Although
the controversial document has since been removed from the
police website and the corporal responsible for the mistake has
been transferred to another unit, as far as the public
confidence towards the police force is concerned, the damage is
done. - CNA /dt
|


"kita bebas
bersuara tetapi selepas bersuara kita tidak tentu bebas"
Jaafar Malek

|
|
Hak Kebebasan bersuara - adakah bebas
selepas bersuara? |
|
Menyaksikan video dalam
www.malaysiakini.com
menimbulkan berbagai persoalan mengenai tindakan polis yang
membelasah mereka yang hadir bagi menyatakan ketidakpuasan
hati mereka mengenai kenaikan harga minyak dan baru - baru
ini kenaikan tariff elektrik. Mereka hadir dalam kelompok
kecil tidak sampai 300 - 400 orang, menyatakan bantahan
terhadap kenaikan minyak dan elektrik yang pasti akan
meningkatkan harga barangan lain dan seterusnya mengecilkan
pendapatan rakyat.
Namun gambar - gambar yang diterima dan video
di tontonkan dari
www.malaysiakini.com
dan lain - lain laman seperti
www.malaysia-today.net menunjukkan senario seperti mana
pernah rakan baik saya Md Jaafar Malek katakan - "kita
bebas bersuara tetapi selepas bersuara kita tidak tentu
bebas"
Sungguhpun Editor In Chief BERNAMA, Datuk
Azman Ujang berkata dalam
rancangan
HUJAH bersama Feriz Omar, mengatakan - Rakyat Malaysia
sudah sedia untuk menerima hak kebebasan bersuara namun
kerajaan yang ada nyata bertindak sebaliknya.
Kemungkinan hak kebebasan bersuara hanya
wujud untuk insiden sebegini " bebas
menyokong kenaikan tariff elektrik dengan mengatakan bahawa
ianya tidak membebankan rakyat . Ini dapat dilihat dari
kenyataan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia , Abdul
Rahman Hj Dahalan yang menyokong kenaikan tariff elektrik -
hanya kerana ianya sudah sekian lama tidak dikaji kadarnya.
Mungkin kenyataan sebegini adalah contoh - contoh hak
kebebasan bersuara yang dibenarkan.
Paparkan video
www.malaysiakini.com
jelas menunjukkan bahawa insiden berdarah pada hari kejadian
demonstrasi itu adalah insiden yang tidak sepatutnya berlaku.
Kelihatan mereka berjalan keluar dari kawasan
"demo" setelah pancutan air ditujukan kepada mereka. Namun
tanpa semena - mena anggota FRU bertindak memukul dari
belakang sehingga mencederakan mereka yang hadir untuk
menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap peningkatan kos
kehidupan hasil dari peningktan minyak dan elektrik.
Tindakan memukul dari belakang dan memukul mereka yang tidak
bertindak ganas adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Perbuatan memukul ini dikatakan berlaku kerana kerana mereka
mengancam keselamatan baik negara mahupun pegawai
keselamatan adalah tidak benar - melihat kepada rakaman
video yang dilihat. Apa yang perlu kita fahami ialah mereka
hadir kerana ketidakpuasan hati terhadap keputusan - bukan
mereka hadir untuk memulakan satu bentuk ancaman terhadap
negara.
Dalam isu ini apa yang perlu kita lihat
adalah kenapa mereka hadir - kenapa mereka tidak puas hati -
adakah penerangan kita mencukupi atau sebenarnya kerajaan
menyembunyikan sebab yang mungkin timbul atas kelemahan
pentadbiran itu sendiri. Apa pun - saya juga tidak
berpuashati dengan penerangan peningkatan harga elektrik
selagi TNB sendiri disiasat punca kelemahan dan
kerugian mereka sebenarnya. Benar - teluskan
perjanjian antara TNB dengan IPP kerana ketidakpuasanhati
ini akan surut sekiranya kebenaran total dan langkah
menyeluruh diambil sebelum menaikan harga tersebut. Jangan
pandang kepada rakyat untuk tujuan "bail out"
|
|
Melayu itu Islam, mengapa lemah? |
|
Memerangi fahaman jumud dan liberal |
|
Apa masalah Melayu dengan Islam? Punca besarnya tidak yakin
sistem islam dapat membawa kemuliaan bangsanya.
Kebanyakannya mendapatkan ruang berdalih melaksanakan suruhan
al-Quran. Pokok utamanya ialah habuan yang mesti dinikmati
sendiri dan keluarga, kemudian sekitarnya. Tidak ada
aktivis Melayu yang sanggup menjadi seperti Khadijah, Abu Bakar
dan Usman. Semua mahu menjadi Abdul Rahman Auf! Siapakah
Melayu yang sanggup mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan
untuk diagih-agihkan kepada kontraktor-kontraktor lain, agar
rezeki tuhan diterima dan dirasai sama-sama.
klik sini
|
|
Resolusi ini sesungguhnya memerlukan banyak langkah strategik di
dalam merombak dan menyusun semula sistem pendidikan keagamaan
dan kerohanian, iaitu dengan mewujudkan satu rangka kurikulum
yang bersifat sejagat tentang kefahaman agama dan mengambil kira
asas-asas penting sosial dan budaya nasional, serta perkembangan
politik yang berlaku di negara kita. Kita memerlukan model
pendidikan Islam yang lebih menekankan kepada perkembangan ilmu
pengetahuan moden yang berkembang pesat sekarang ini seperti
ilmu teknologi dan komunikasi maklumat di samping menggabungkan
nilai-nilai budaya dan etika kita sendiri yang menjadi akar umbi
kewujudan bangsa kita.
klik sini |
|
Sikap Kementerian Luar memalukan Malaysia |
|
Email
|
|
Bayangkan jika ada persidangan antarabangsa
di luar Malaysia yang melibatkan Ketua Negara, lalu tuan
rumah menjemput Dollah dan Tun Dr Mahathir sekali sebagai
wakil Malaysia. Pasti Dollah akan terbakar dan barangkali
menyepak keluar Syed Hamid, demikianlah juga dalam hal
kekalutan yang berlaku di Putrajaya ini.
klik sini
|
|
|
PUKAL - siapa salah |
|
Kenyataan
editor1 |
|
Sungguh memalukan nasib dan kedudukan Melayu
dalam mempertahankan ketuanan dan kekuasaan dalam membuat
keputusan.Sekarang kita bisng isu takrif elektrik,sebelum
itu kita kena sedar siapa yang ada syer dalam TNB,tentulah
terdiri daripada khazanah dan beberapa parti politik
pemerintah,bagaimana kita hendak melawan isu kenaikan ini sebab
pemegang saham mempunyai kaitan terus dengan kerajaan.
klik sini |
|
Beberapa maklum balas dari blog arahkita benar -
benar mengecewakan kami. Penggunaan bahasa seperti "babiputra"
hanya memaparkan sentimen yang ada sekarang dalam mempersoalkan
isu - isu mengenai ras. Kami amat bersikap terbuka dalam isu ini
dan saya selaku penulis beberapa artikel mengenai isu ini akan
membuat beberapa konklusi dari apa yang kami terima. Nantikan
ulasan menyeluruh dari kami. |
Pusat Kajian Strategik Dan Pembangunan Global (PUKAL)
Ulasan Terhadap Pensyarah USM Kubang Kerian
'Dr Rohaizan Yunus,Dr Noreen Norfaraheen Lee Abdullah,Dr Win Mar @
Salmah dan Dr Nik Munirah Nik Mahdi'. Seandainya sebarang kejadian yang
berlaku adalah benar maka sungguh memalukan semua pihak atas sikap
tidak bertamadunnya para pensyarah daripada USM. Sebagai pensyarah
disebuah IPTA adalah wajar mereka semua menonjolkan imej kerajaan
dan trampilkan sifar kesopanan agar ianya memberikan gambaran yang
terbaik terhadap mutu pendidikan negara.PUKAL memang secara serius
isu ini dan mengharapkan agar segala perbuatan yang telah berlaku
diambil tidakan dengan kadar segera.Jadikan sifat terbaik
dikalangan terbaik kerana ianya tidak merugikan mana-mana pihak,malahan
akan terzahir kemulian dan keikhlas dan mutu perkhidmatan.
|
Bukankah mereka menyebelahi rakyat? |
* sajak oleh
Rendra Tajuk Orang - Orang Miskin |
|
peserta demo - fairuz
Tuan editor, harap tuan editor dapat menyiarkan soalan - soalan
saya ini tanpa "bias". Mereka hadir untuk menyatakan bantahan
mengenai kenaikan minyak dan kenaikan tarif elektrik. Kenapa
bertindak begitu ganas - memukul dan sebagainya? Ini isu yang
membebankan rakyat. Kenapa mereka jadi "hero" adalah kerana
mereka perihatin kepada rakyat. Kalau semata - mata nak jadi
orang politik dan mendapat kedudukan mereka tidak perlu
menyambung nyawa sehingga dipenjara - dipukul. Mereka boleh
ambil cara lain - masuk UMNO. Mereka ada "value' untuk melompat
masuk UMNO tapi mereka pilih untuk berhadapan dengan penjara
kerana mempertahankan "prinsipal" mereka. Adakah ini satu
kesalahan - memperjuangkan hal - hal rakyat.
Secara ikhlas saya mahu bertanya kepada UMNO -
adakah kehadiran kelian hanya untuk menentukan tempat tanpa
langsung simpati kepada rakyat. Rakyat yang ada kini semakin
tersepit.
Aku juga rasa kesempitan hari ini sungguhpun bekerja. Kos
meningkat dan kelian kata ini tidak membebankan rakyat. Kelian
tahu ke apa dia bebanan yang ada sekarang ini atau seperti kata
Pemuda PAS - rubeer stamp untuk keputusan kerajaan yang
membelakangkan rakyat. Saya ingin turunkan sedikit petikan
penyair Indonesia yang turut mendapat penghormatan dari Usman
Awang.
* Orang - orang miskin di jalan.
Yang tinggal di dalam selokan.
Yang diledek oleh impian,
Janganlah mereka ditinggalkan... Diteruskan dengan bait terakhir
|
|

Gambar ini dikirimkan kepada kami - Dewan Pemuda PAS, Salehuddin
Ayub ,Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
Rakyat dan lain -lain tahanan dibebaskan setelah ber-demo isu
kenaikan minyak dan elektrik
|
|
Orang - orang miskin berbaris sepanjang sejarah
bagai udara panas yang selalu ada bagai gerimis yang selalu
membayang.
Orang - orang miskin mengangkat pisau - pisau
tertuju ke dada kita atau ke dada mereka sendiri.
|
|
Kenapa Malaysia pantas hantar askar ke Timor
Leste ? |
|
|
Siapa yang tahu kenapa Malaysia begitu pantas menghantar askar
dan polis ke Timor Leste ? Terlalu banyak tanda tanya dan
persoalan. Kenapa ketika konflik di Ambon dan Maluku yang lebih
teruk , Malaysia tidak hantar pasukan keselamatan untuk
menenangkan keadaan di sana ? Begitu juga di selatan Thailand,
selatan Filipina. Kenapa pula Malaysia hantar Pasukan Komanda
Gerak Khas Beret Merah ke sana ??? Kenapa Malaysia tidak
menghantar pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang menggunakan Beret Biru ? Kenapa Pasukan Komando
Gerak Khas diberi laluan untukmasuk ke Timor Leste lengkap
dengan persenjataan ? Apa yang tersurat dan tersirat ? Yang
pasti kaum keluarga dan sanak saudara anggota keselamatan yang
ada di Malaysia risau apakah misi sebenar pasukan Komando
Malaysia ke Timor Leste. Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak
Dijunjung , Adat Dijulang
Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
|
|
DEMOKRASI KAH KERAJAAN? |
|
|
Dalam pilihanraya Palestine yang diadakan, HAMAS memenangi
kerusi bertanding sebanyak 74 manakala Fatah hanya menang
sebanyak 46 kerusi. Pilihanraya diadakan pada 27/1/2006 yang
lalu. Dalam usaha kerajaan Kelantan membantu kerajaan Hamas,
kerajaan malaysia secara tiba-tiba berhasrat membantu PALESTINE
pula. Tetapi mereka lupa menyebut bahawa bantuan akan diberikan
kepada HAMAS dan Mahmod Abbas. Apabila perbalahan tercetus,
Malaysia menyumbang RM57.6 juta (AS16 juta) kepada pihak lawan,
yakni pejuang FATAH.klik
sini
|
|
PEMUDA UMNO BERSIFAT ‘RUBBER STAMP’ MENYOKONG KENAIKAN TARIF
ELETRIK BARU |
|
|
Dewan
Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)
melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh
Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman
Dahlan
bahawa kenaikan tarif eletrik yang akan berkuat kuasa pada 1
Jun 2006 yang dilihat tidak akan membebankan golongan
berpendapat rendah dan sederhana hanyalah bersifat
‘rubber stamp’ dengan tujuan untuk menyokong kenyataan
kerajaan.
Sikap
Pemuda UMNO dalam isu ini memperlihatkan kepada kita bahawa
Pemuda UMNO yang satu ketika dahulu pernah dilihat sebagai
juara kepada isu rakyat kini hanya tinggal kenangan sahaja.
Pemuda UMNO hanya akan menyokong sahaja keputusan kerajaan
UMNO/BN walaupun mereka tahu rakyat yang akhirnya akan
menderita.
DPPNJ
melahirkan rasa ragu bagaimana Pemuda UMNO menyatakan mereka
faham kenapa kenaikan itu perlu dilakukan hanya kerana sudah
lama ia tidak dibuat, sejak kenaikan pertama pada 1997.
Adakah hanya kerana tiada kenaikan sejak tahun 1997 itu maka
Pemuda UMNO melihat bahawa kenaikan tarif eletrik perlu
dilakukan?
Klik sini
|
|
Timor Leste: Jangan sampai anak kita di
rumah mati kelaparan |
|
|
|
Menurut Najib lagi seramai 25 anggota telah
pun dikirim ke Dili (ibunegara Tinor Leste) menaiki pesawat
C130 TUDM untuk menyiasat dan menilai suasana di sana
sebelum kontijen yang lebih besar dikirim. Setakat ini
seramai 275 orang anggota tentera dan 200 polis telah pun
diarahkan akan bersiap-sedia untuk dikirim ke sana.
Saya hairan mengapa Malaysia begitu ghairah mahu pergi?
Mengapa Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand tidak?
Malah saya difahamkan New Zealand pun telah mengirim anggota
yang kecil, mengapa Malaysia mahu menghantar sehingga 500
orang?
klik sini
|
|
Melayu dari mana - mansal |
|
KENAIKAN TARIF ELETRIK : KAJI BALIK DASAR
PENSWASTAAN |
|
Kalau dulu orang-orang Melayu ini pindah dari kepulauan
sekitarnya, (walaupun sekarang mereka ingin dikenal sebagai
orang Indonesia, Brunei, Singapura, Filifina, dll.) mereka
tetap akan dianggap sebagai "orang Melayu" juga. Samalah
seperti orang China. Kalau mereka berpindah dari Hong Kong,
Macau, Taipei dan negeri-negeri yang berdekatan dengannya,
mereka tetap akan dianggap sebagai orang Cina. Orang
Indonesia, kalau datang ke Malaysia, misalnya, tidak
seharusnya dianggap sebagai orang "mendatang". Demikianlah
sebaliknya. Kerana mereka masih tinggal bersama dengan "rumpunnya."
klik sini
|
Sepatutnya kerajaan menarik balik perjanjian
dan kerjasama ini untuk menyelamatkan TNB, bukan memangsakan
rakyat. Perjanjian yang tidak pintar ini hanya menguntungkan
syarikat kroni-kroni dan suku sakat UMNO/BN sehingga TNB
terpaksa menanggung kerugian 1.5 billion ringgit. Mengapa
kerugian yang berpunca dari kecurian tenaga eletrik, kos
pembelian tenaga dari penjana tenaga bebas dan masalah
pinjaman yang besar dijadikan alasan untuk menaikkan harga
eletrik? Apa kena mengenanya kerugian ini dengan rakyat
biasa?
klik sini
| Pekerja
Melayu dalam Bahaya di MAS |
Jika diurus dengan betul, MAS tidak patut ada
kerugian, walaupun dengan jumlah pekerja seperti
sediakala. Jadi, mengapa korbankan 6,500 pekerja untuk
lepaskan LANUN ATASAN, yg masih aktif dan yg telah pencen???
Kesalahan jenayah, salahguna kuasa, kecuaian dan rasuah
tidak ada had bagi pendakwaannya. Dan mahkamah boleh
merampas harta mereka yg bersalah dan terlibat......Jadi
KENAPA Malaysia tidak mengambil tindakan ini???
klik sini
|
|
Email |
|
|
|
Pensyarah tindas pelajar - USM
|
|
|
|
Paling buruk ialah kejadian pada 3hb Mei 2006, pensyarah
telah memanggil semua pelajar dan memaki mereka
beramai-ramai dengan kata-kata yang sungguh menjijikan.
Pensyarah-pensyarah yang terbabit adalah seperti berikut:
1. Dr Rohaizan Yunus
2. Dr Noreen Norfaraheen Lee Abdullah
3. Dr Win Mar @ Salmah
4. Dr Nik Munirah Nik Mahdi
Adakah kelakuan pensyarah berkenaan bersesuian dengan budaya
kita? Lebih-lebih lagi ada di kalangan mereka adalah warga
asing, dan sanggup menganiya doktor tempatan. Wajarkah?
klik sini
* editor akan mendapatkan
kepastian Isnin nanti |

|