![]() |
|||||
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|||||
|
|
|||||
|
Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita | 08/12/2007 Sang Kelembai |
|||||
|
UMNO antara ikon perjuangan atau hanya ada maskot Kita pastikan abang, kerajaan ini mesti ikut rakyat. Abang, kita bukan marah sama Melayu, kita marah sama kerajaan Barisan Nasional. Hari ini kita bukan mahu kasi jatuh itu Samy Vellu tetapi kita mahu MIC juga tidak lagi cakap mereka wakil orang India kerana itu tidak betul. Mereka kaya, kita itu macam juga, kata salah seorang penyokong Hindraf kepada saya. Abang, ini kali kita baca itu surat khabar lain kita sudah tahu. Itu Samy Vellu ambil itu MIC untuk tempat dia buat duit. Anak dia ada 100 lebih syarikat, itu paper cakap! Ujarnya lagi. Ghairah dan marah nada suara penyokong Hindraf yang kebetulan seorang kawan yang sebelum ini tidak reti bercerita mengenai politik. Apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini adalah Hindraf sudah punya ikon perjuangan. Hindraf sudah ada 5 kepimpinan yang di tahan dan kelima-lima itu sudah ada sentuhan Ghandi untuk pengikutnya hasil dari tahanan ISA. Keadilan juga sudah ada ikon perjuangan mereka – Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan kaum lain seperti Tien Chua dan Sivarasa. PAS seperti sedia maklum ada Nik Aziz, Ketua Pemuda mereka seperti Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Kaum Cina pula – mungkin Cindraf mempunyai Lim Kit Siang sebagai ikon perjuangan mereka. Semua ikon mereka adalah ikon kepimpinan perjuangan yang dilihat berani. Berani untuk mengorbankan diri – masuk keluar lokap dalam mempertahankan isu. Biarpun kalau isu itu berkisar kepentingan politik mereka. Dalam UMNO pula setakat ini kita memegang legasi Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan Tun Razak. Ikon lain kalau adapun adalah mereka yang berani menjerit dalam gelanggang menentang pembangkang dan tidak pernah menampakkan diri mereka sebagai ikon pada rakyat. Kalau mungkin ada perjuangan pun hanyalah dalam kelabu dan tidak mungkin rakyat tahu siapa mereka. Bersuara menentang arus dalam parlimen – tentu sekali tindakan disiplin diambil. Maka wakil-wakil Barisan Nasional duduk dalam Parlimen sekadar mempertahankan dasar kerajaan – biar betul mahupun salah atau tidak konklusif untuk rakyat. Mungkin dalam UMNO hari ini ada Pak Lah, Hishammuddin dan Khairy sebagai ikon mereka. Betul ke? Adakah kita setuju mereka sebagai ikon UMNO? Kalau bukan mereka siapa lagi, Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Mohammed Taib, Azeez dari kalangan Putera, Noraini dari kalangan Puteri atau sebenarnya UMNO tidak ada ikon perjuangan tetapi lebih kepada ikon yang memegang kuasa? Kenapa begitu. Sebenarnya UMNO tidak lagi boleh berpaut pada Tuanku Abdul Rahman, Tun Razak hatta Dato Onn sekali sebagai ikon kerana perjuangan mereka sudah terhenti dan pengorbanan mereka sudah terbukti. UMNO tidak ada lagi ikon perjuangan rakyat. Yang ada pun ikon surat khabar yang sentiasa diasak untuk menyuruh rakyat hanya bersyukur sedangkan yang lain sendawa. Adakah UMNO mampu membentuk ikon dalam UMNO dengan suara Nazri Tan Sri Aziz menjerit-jerit – otak fius, bodoh dan orang beruban. Adakah mereka dapat membentuk ikon baru dalam UMNO atau sekadar mahu menunjukkan kepada Pak Lah kehebatan mereka dalam parlimen mempertahankan dasar kerajaan dengan terjerit menghina dan bukan berhujah. Kita semakin pasti bahawa tidak akan terbentuk ikon UMNO di kalangan rakyat. Harga minyak naik adalah penting, harga tol naik dibidas sekadar melepas batuk di tangga kemudian diam membisu tidak berkata-kata, harga elektrik dan air serta kenaikan harga barangan runcit, kos kehidupan melonjak, rumah peneroka kota di runtuhkan dan segala macam hal berhubung dengan rakyat hanya di angguk untuk bukti taat setia pada parti. Sampai bila... wakil rakyat BN terus menjadi hamba kepada parti dan bukan menjadi wakil pada rakyat? Sampai bila UMNO khususnya dapat membentuk ikon yang setia pada rakyat dan mendengar rintihan rakyat. Sampai bila mahu rakyat tunggu pejuang yang mempersoalkan keperluan baru yang membentuk asas kepentingan untuk masyarakat yang ada. Mungkin, kalau bukan ikon maka UMNO mampu mengadakan maskot – siapa dan apa agaknya. Untuk komen klik sini
|
|||||
|
|||||
|
|||||
|
Beliau mendakwa bahawa masyarakat India Malaysia dilayan seperti rakyat kelas empat dan kelebihan mereka daripada kaum-kaum lain ialah dalam jenayah keganasan, di penjara, samseng, kes bunuh diri dan penyakit-penyakit masyarakat. www.malaysiakini.com memaparkan berita kenyataan S. Paranjothy yang menuduh bahawa UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk mendapatkan undi kembali. Beliau menegur mengenai isu pemberian permit untuk berhimpun sebagai tidak adil dengan Pemuda Barisan Nasional akan sentiasa mendapat permit berbanding dengan organisasi lain. Bagi kami apa yang jelas kelihatan adalah semangat Hindraf sebenarnya semakin membengkak dan kini hati-hati mereka semua tersentuh dengan Hindraf. Kekhuatiran kita adalah apabila Hindraf adalah Masyarakat India Malaysia dan Masyarakat India Malaysia adalah Hindraf. Sungguhpun kita lihat Datuk Hishammuddin yang menerajui Pemuda Barisan Nasional mengatakan tidak ada masalah dalam isu perkauman ini khususnya di peringkat Pemuda Barisan Nasional tetapi nampaknya sekam itu masih berasap dan bakal menjadi api. UMNO terus dilabel sebagai punca dan hari ini UMNO turut dikatakan sebagai parti yang menggunakan sentimen kaum untuk kekal mendapat sambutan dari orang Melayu. Adakah ini benar? Adakah kita orang Melayu percaya bahawa ini benar? Barisan Nasional mungkin pada hakikat bersatu tetapi adakah sebenarnya sentimen bersatu itu hanya pada kulit dan tidak pada teras. Sebenarnya kerisauan semakin memuncak. Kita lihat segelintir mereka yang menggelar diri mereka Hindraf sudah bangkit dan seakan nampak menerima sokongan. Kita lihat juga kaum lain seperti Cina turut juga memberi sokongan kepada isu “marginalisation” kaum India. Tetapi apa yang nampak adalah semua parti politik – mungkin berjuang kita untuk menang dengan menggunakan aliran perkauman. Adakah mungkin, bom jangka berdetik semula seperti artikel dalam Dewan Masyarakat keluaran beberapa bulan sudah? Komen anda |
|||||
|
|||||
|
Samy dalam BAHAYA Amat terkejut bila seorang kawan India berkata, bahawa hari ini dia mahu mendengar ceramah. Ini ceramah anjuran Hindraf. Ini ceramah untuk masyarakat India dan dia mengajak saya sekali. Hindraf sudah menjadi satu nama baru yang disebut-sebut oleh orang India. P.Utayakumar sudah menjadi nama baru – tokoh reformasi masyarakat India, tokoh pembebasan orang India biar apa pun justifikasinya dan apa pun motif beliau. Yang pasti, mereka hadir menyokong Hindraf. Satu persoalan – adakah masyarakat Hindraf anti UMNO, anti Barisan Nasional , anti Melayu, anti Samy Vellu atau anti British. Malang kalau Hindraf adalah anti Melayu. Hindraf sepatutnya selesaikan masalah kepimpinan India hari ini khususnya Samy Vellu yang dikira purba. Itu masalah utama dan mengajak membenci Melayu dan menuntut apa yang ada pada Melayu adalah langkah yang tidak bijak. Mungkin Hindraf kena menetapkan satu ketetapan “ mengeluarkan Samy Vellu “ sebagai kepimpinan mereka. Selagi tidak maka apa yang nampak adalah Hindraf adalah anti Melayu, membawa unsur perkauman dan tidak akan dapat di terima perjuangan mereka selain dari menimbulkan huru-hara dalam negara kita. Namun senario kecil persekitaran kita nampak seakan Samy Vellu sudah sampai ke akhir jalannya. Kita nampak bahawa orang India sudah menjarakkan diri dari Samy Vellu. Masyarakat India seakan tidak berpecah tetapi beralih arah-meninggalkan Samy Vellu
MenGANDHIkan P Uthayakumar Usaha inilah yang akan mengakibatkan kerajaan khususnya UMNO terperangkap dalam kemelut politik ciptaan Hindraf. Ini bukan strategi baru, mangsa akan dipotret sebagai tertindas dalam memperjuangkan harapan dan cita-cita “Hindraf” dan mungkin juga Masyarakat India kerana Samy Vellu gagal membuktikan bahawa Masyarakat India secara majoriti menyokong beliau. Mungkin yang di belakang Samy Vellu hanya mereka yang mahu menambat tempat sebagai kepimpinan dalam MIC lantas mengangguk apa sahaja yang dibuat oleh kepimpinan purba India yang berkurun memimpin dan tidak mahu melepaskan kedudukan beliau untuk pembaharuan dan untuk injeksi atau suntikan perubahan dalam kepimpinan MIC. 11hb Disember 2007, malam jam 10.00pm berhadapan penjara Pudu, ratusan penyokong P.Uthayakumar sedang berusaha menGANDHIkan beliau. P.Uthayakumar yang di tangkap pagi tadi kini menjadi hero Masyarakat India sungguhpun beliau telah menyentuh perkara-perkara sensitif khususnya dalam isu hak dan keistimewaan orang Melayu. P.Uthayakumar dalam kenyataan-kenyataan beliau mengatakan bahawa beliau tidak rasis tetapi hasrat dan kenyataan beliau melibatkan tuduhan liar seperti percubaan kerajaan untuk menghapuskan etnik India di Malaysia agak melampau. Namun penangkapan demi penangkapan dan pada masa yang sama selari pula dengan penangkapan mereka yang mahu menghantar memorandum ke Parlimen adalah satu usaha yang akan menjarakkan rakyat dari kerajaan. Akhirnya P.Uthayakumar, kini akan akan ditabalkan GANDHI Malaysia sungguhpun kita sedar bahawa usaha beliau adalah usaha politik yang melibatkan penentangan terhadap UMNO secara mutlak dan tidak kepada kepimpinan Masyarakat India – Samy Vellu. Sungguhpun perhimpunan – untuk menyuarakan hak dan menuntut pembaharuan bukan satu masalah besar tetapi tindakan-tindakan ke atas mereka (seperti memenjarakan) memberi impak yang kuat dan memberi justifikasi untuk mereka menunjukkan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang menolak hak rakyat pada penyokong beliau. Unjuran bahawa Perhimpunan Hindraf mempunyai orkestra di belakang mereka kini sudah berlarutan. Pembangkang mengatakan bahawa ini adalah mainan UMNO dan UMNO berkata ini adalah mainan pembangkang. Ini tidak akan menyelesaikan masalah fundamental. Ramai yang membaca memorandum “Hindraf” khususnya orang Melayu dan kepimpinan Melayu menyarankan bahawa P.Uthayakumar ditahan dan pengguna ISA adalah wajar. Kita yang membaca juga agak terkejut dengan memo Hindraf. Tuntutan memang tidak bersesuaian, tuduhan agak berat tanpa usul periksa dan mampu mencetuskan perbalahan kaum sudah seakan menyediakan tempat untuk P. Utayakumar di Kemunting.
Namun
penyelesaian yang lebih sempurna perlu dilakukan dan sebenarnya
sekiranya diizinkan perhimpunan aman kemungkinan ini tidak akan
berlaku. Sehingga ke hari ini, cara tindakan kita sudah merumuskan -
menGANDHIkan P.Utahyakumar. |
|||||
|
Video ini adalah rakaman penahanan Dato Mustafa Ali di Parlimen. www.umno-reform.com percaya kitaperlu menonton video ini untuk mengerti situasi di Parlimen dan perbahasan mereka sehingga mereka bertindak keluar dari Dewan. Kita juga harus mendengar reaksi wakil-wakil kita terhadap mereka yang melakukan tindakan keluar dari Dewan
Video penangkapan kepimpinan pembangkang oleh malaysiakini di Parlimen 11/12/2007
|
|||||
|
Email di terima untuk menafikan bahawa Perhimpunan Damai hanya di penuhi oleh anak-anak kecil dakwaan Laman Blog Amin Iskandar dan laman antikhairy
|
|||||
BANTULAH
IBARAHIM ITHNIN
Atas nama perikemanusiaan,
www.umno-reform.com telah menerima email mengisahkan keperitan
hidup Sdra Ibarahim Ithnin yang menghidapi sakit barah otak.
www.umno-reform.com telah
menghubungi beliau dan mengesahkan bahawa beliau sedang menghadapi
rawatan kimo. Beliau memaklumkan ini bukan usaha beliau untuk
memohon bantuan melalui Internet dan mungkin ini telah dilaksanakan
orang rakan sekerja beliau tetapi beliau memang memerlukan bantuan
dan membenarkan kami menyiarkan rayuan ini. Rakyat Malaysia yang
budiman, bantulah beliau dan 5 orang anak-anak beliau. No akaun dan
no telefon beliau tertera pada gambar tersebut. Beliau pada akhir
bicara dengan kami memohon agar kami di
www.umno-reform.com berdoa
agar ALLAH SWT menyembuhkan penyakitnya demi masa depan beliau dan
keluarga beliau. YA ALLAH sesungguhnya kau yang boleh menyembuhkan
kau sembuhkanlah dan sesungguhnya kau yang mampu menyihatkan kau
sihatkan saudara kita Ibarahim Ithnin. Kepada NYA lah kita memohon ~AMIN~
|
|||||
|
Makluman 11/12/2007
The Sun Khalid Ibrahim turut di tahan sewaktu meninggalkan Parlimen. Di percayai atas sebab yang serupa kerana menyertai Perhimpunan penyerahan Memorandum BERSIH. The Sun Mr.P.Uthayakumar telah ditahan pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja - The Sun - Tien Chua turut di tahan dalam perhimpunan Bersih tadi di Parlimen The Sun - Anwar Ibrahim di tahan oleh pihak Imigrasi sebaik tiba dari Istambul tetapi di lepaskan semula
BERSIH
: Beberapa lagi kepimpinan parti dan peserta demonstrasi dilaporkan
di tahan - Dr Hatta, Dr Lolo , Dr Nasir turut dimaklumkan di tahan |
|||||
|
THE SUN MELAPORKAN
: Hampir 50% menteri kabinet negara ini adalah dari lain kaum
dan bukan Melayu (Sun 07 Disember 2007) dan Dewan Rakyat dimaklumkan
bahawa pendapatan isi rumah kasar bulanan Bumiputera adalah terendah
berbanding dengan Cina dan India. Ini ditambah dengan peratus
kemiskinan tegar tertinggi. Dan itu Definisi Melayu hari ini.
Klik
Sini |
|||||
|
Tangkapan bukan remedi
Persoalannya,mampukan penangkapan bawah Akta Polis hatta ISA sekali pun dapat memulihkan keselamatan dan menenangkan keadaan? Adakah kuasa yang diperuntukkan dapat membantu memutihkan keadaan yang semakin kelabu sekarang ini? Ini bukan persoalan mencuri sebatang pena atau mencuri besi-besi dari stesen jana kuasa Tenaga Nasional Berhad. Ini soal perjuangan mereka, persepsi mereka terhadap kerajaan, interpretasi mereka mengenai demokrasi dan suara ketidakpuasan mereka. Adakah dengan penangkapan maka persepsi mereka akan berubah? Alasan mereka, tangkapan adalah isyarat kepada yang lain supaya tidak menghadiri perhimpunan tanpa permit. Satu ugutan tetapi bukan satu remedi jangka panjang untuk memulihkan keadaan. Memulihkan adalah dengan menyedarkan dan menyedarkan memerlukan usaha konklusif dari pihak kerajaan untuk berdepan dengan isu yang dibawa. Kita tidak boleh lagi mengambil sikap defensif apa lagi berdiam diri terhadap persoalan-persoalan yang memerlukan penerangan mengenai dasar dan interpretasi demokrasi. Kita tidak boleh lagi bersikap defensif kepada kepimpinan yang melakukan kesalahan baik terbukti dalam mahkamah mahupun apa yang melibatkan kesalahan moral yang serius. Ini adalah antara punca-punca yang menyebabkan ada antara mereka yang mengambil keputusan untuk berhimpun, menyatakan ketidakpuasan mereka sungguhpun berdepan dengan risiko penangkapan. Ini juga pula satu persoalan yang perlu kita fikirkan. Kenapa mereka sanggup mengambil risiko sehingga berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga mampu meruntuhkan masa depan mereka? Kalau melihat kepada inisiatif serta komitmen mereka dalam menzahirkan pendapat, menyuarakan ketidakpuasan dan membangkang, yang ini dikatakan semata-mata sebagai usaha politik, mahu memiliki kuasa maka tidak perlu mereka lalui jalan sulit yang penuh ranjau. Daftar darn masuk UMNO, MCA atau MIC. Dengan komitmen serupa mungkin mereka boleh jadi menteri. Tetapi mereka memilih untuk membangkang dan menyertai demonstrasi, kenapa? Mungkin kocakan kopi itu sedikit sahaja hari ini tetapi mungkin kelak kopi dalam cawan itu akan tertumpah serta memburukkan keadaan. Adakah mampu kita bertahan dengan hanya menggunakan kuasa – khususnya tangkapan?
|
|||||
|
|||||
|
ADAKAH
KEPIMPINAN PAK LAH LEBIH BURUK DARI DR MAHATHIR DAN MAMPUKAH PAK LAH
BERTAHAN |
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita
www.sangkelembai2006.blogspot.com
|
Salah satu klip video yang menarik perhatian kami di www.umno-reform.com Video klip ini "mendefinisikan Perjuangan"
Perjuangan semata-mata Agama, Bangsa dan Negara Adakah ini yang kita amalkan selama ini. Adakah ini punca kita orang Melayu didefinisikan dengan keadaan sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita lakukan agar statistik orang Melayu dapat ditingkatkan kembali. Saksikan perjuangan agama,bangsa dan negara
Program DAMAI dikatakan menghimpun 300 wakil NGO di
Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 6/12/2007 untuk menyatakan
bantahan mereka terhadap budaya demonstrasi.
|
||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1| Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006
|
|||||
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 | minggu
1feb2007 |
minggu 2 Feb 07 |
minggu 3 Feb 07 |
minggu 4 Feb 07 |
minggu1mac07 |
minggu3mac07 |
minggu4march07 |
minggu3april07 |
end april 07 |
minggu2may07
|
end of May|
minggu1jun07 |
minggu04jun07 |
minggu1july07|
minggu2july07 |
minggu3july07 |
minggu4july07 |
minggu1ogos07
|
minggu2ogos07 |
minggu1sept07
|
minggu2sept07
|
minggu1okt07 |
|||||
|
Penafian editor |
|||||
|
www.umno-reform.com |
|||||