 
|
|
to call or SMS : 012-6544762 |
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas |
Pendaftaran E-Grup |
Permohonan Email |
blog arahkita |
25/11/2006
Sang
Kelembai|
yahoo messenger untuk menghantar mesej ke
Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com |
|
|
|
|
|
|
|

Otak tak diisi pengetahuan juga punca
mengantuk
Saya melihat masalah 'kelonglaian' orang
Melayu bukannya disebabkan oleh apa yang mereka isikan ke
dalam perut mereka, tetapi apa yang mereka isikan ke dalam
minda mereka.
Otak yang diisi dengan pengetahuan sama ada
melalui pembacaan, Internet, mengikuti siaran berita dan hal
ehwal semasa serta hal ehwal dunia dan sebagainya akan
menjadikan mereka prihatin dan sensitif dengan isu-isu
semasa.
klik sini
|
|
SAYA KHIR TOYO 
saksikan klip video keganasan MPAJ
Kenyataan Panggilan Sidang Media
Esok 1hb Disember 2006 Rufaqa Corporation akan
mengadakan Press Conference mengenai dakwaan JAIS - jam : 10
pagi Dewan Pusat Motivasi Harmoni, Bandar Country Homes
Semua Media di jemput
Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn dan
Gombak MP Datuk Dr Rahman Ismail dikatakan berkhalwat
klik sini
Mereka nafikan

 
Mereka nafikan : dipetik dari
malaysiantomorrow
|
|
Ezam ke Putra Jaya |
Pada 1
November yang lepas Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi
(GERAK) telah meembuat laporan Polis ke atas 6 entiti
membabitkan Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri
namun setelah sebulan tiada sebarang tindakan terhadap
laporan tersebut. GERAK melahirkan rasa kecewa dengan
perkembangan ini.
Sehubungan
dengan itu GERAK akan mengambil langkah seterusnya
dengan memfailkan laporan kepada BPR pula. Laporan kali
ini akan difailkan dengan beberapa bukti tambahan yang
mengukuhkan lagi laporan rasuah tersebut.
klik sini
|
|
PERTIKAI
PEMBINAAN ISTANA BUKAN ANTI SISTEM BERAJA |
|
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK) memandang serius
perkara ini. Ia bukan setakat pembaziran wang rakyat dalam
keadaan ekonomi negara yang teruk dan kehidupan rakyat yang
terhimpit tetapi isunya juga ialah kenapa projek ini tidak
di bida secara terbuka.
klik sini |
|
|
|
| Tokoh Angkatan Muda
Keadilan letak jawatan |
|
Tragedi
Kg Berembang

Sejenak nanti anak - anak itu akan
dewasa, terkenang bagaimana dirinya dihalau, diheret dan
pukul kerana mempertahankan bumbung tempat dia dan
keluarganya berteduh. Waktu itu pasti anak kecil itu sedar,
mereka tidak tahu erti kemanusian dan terdengar suara halus
sombong berkata - kata :
SAYA KHIR TOYO 
Yang Tinggal
 
|
|
Satu
satu tokoh reformasi dalam Angkatan Muda Keadilan letak
jawatan. Pendedahan letak jawatan ini pernah dibuat oleh
www.umno-reform.com
dimulai dengan EXCO mereka Azwanddin Hamzah, Ketua
Pergerakan Angkatan Muda Keadilan Ezam Mohd Nor dan akhirnya
seorang tokoh reformasi yang juga pernah menjawat jawatan
Ketua Penerangan Pemuda Keadilan En Badrul Hisham. Badrul
merupakan antara penggerak reformasi sewaktu Ezam Mohd Nor
di tahan dibawah ISA dan OSA telah beberapa kali ditahan
atas kerja - kerja penganjuran reformasi dan demonstrasi
jalan. Perlepasan jawatan ini seakan melengkapkan tekaan
kami bahawa usaha - usaha parti Keadilan sekarang adalah
untuk mengikis saki - baki pejuang - pejuang reformasi
supaya parti hanya berjalan atas landasan politik sahaja.
Kenyataan perletakan jawatan ini kami perolehi dari blog
beliau sendiri
klik sini
Berikut adalah petikan
kenyataan dari blog tersebut:
Perletakan Jawatan
Sehari dua ini saya dihujani sms dan panggilan
telefon meminta pengesahan mengenai perletakan
jawatan saya dari Angkatan Muda Malaysia.
Adalah dengan ini saya mengesahkan telah
meletakkan semua jawatan yang saya sandang dalam
Angkatan Muda Malaysia peringkat Pusat.
Perletakkan ini berkuat kuasa 25 November 2006.
Saya telah mengumumkan perletakan jawatan di
dalam Mesyuarat Exco Pertama di bawah pemangku
Angkatan Muda.
Surat perletakkan jawatan akan saya hantar dalam
masa terdekat dan penjelasan akan turut saya
siarkan dalam blog saya ini.
Di harap semua Angkatan Muda dan pendokong
Gerakan Reformasi tidak membuat penilaian
negatif berdasarkan spekulasi respon dari
perletakan jawatan ini. Saya akan terus bersama
perjuangan memperkasa kedaulatan rakyat.
Perletakan jawatan ini diambil kerana
mempertahankan prinsip. Saya masih bersama GERAK
sebagai Eksekutif Ko Ordinator.
cheGuBard 0176688404 |
|
|
|
|
|
UMNO tidak mampu membela perjuangan bangsa
Mereka tidak dan belum lagi “gone overboard”.
Mereka belum membunuh sesiapa mahupun mengancam untuk
membunuh sesiapa. Dan mereka pun belum lagi menyuruh orang
Melayu keluar beramai-ramai untuk pergi bunuh bangsa lain.
Mereka HANYA sekadar menyatakan kesediaan
mereka untuk mengikuti para pejuang dan pendekar Melayu yang
lalu yang telah berbakti dan mengorban nyawa mereka hingga
kita kita berjaya menjadi sebuah Negara aman makmur.
Hasil keberanian pejuang dan pendekar Melayu
terdahululah, orang-orang Melayu telah berjuang menentang
Portugis, Belanda dan Inggeris.
Pengorbanan orang-orang terdahululah
menyaksikan pertentangan terhadap penjajahan Jepun. Dan
hasil perjuangan orang Melayulah kita merdeka dan mencapai
kemakmuran Tanah Melayu dan bangsa-bangsa lain turut
menumpang kemakmuran yang kita capai hari ini.
Apakah salah kalau para perwakilan menyatakan
kesediaan mereka untuk mewarisi perjuangan pahlawan serta
pendekar yang telah mengorbankan nyawa mereka?
klik sini
|
|
email diterima
Petikan dari
http://aspanaliasnet.blogspot.com/ bertajuk Burung Balam
klik sini
|
|
|
SAYA KHIR TOYO


Surau ini adalah tempat anak-anak ini tidur
bila rumah mereka dirobohkan oleh pihak penguasa. Esok
30-11-2006 "pagi" AKU KHIR TOYO dijangka akan
meruntuhkan surau ini
|
|
|
|
|
Email di terima
Tonton jawapan Ng Suee Lim dalam
WTV8
Sekinchan
state assemblyman Ng Suee Lim dikatakan turut melanggar peruntukan
undang - undang
Rujuk The Star 29/11/2006
STAR 29-11-2006 melaporkan bahawa Ng Suee Lim ADUN Sekinchan
diselar kerana gagal mematuhi undang - undang dan ini menurut
Ismail Kijo ADUN Lembah Jaya :
"Buah
semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih" Dalam
perdebatan tersebut Zakaria Md Deros turut menyelar Ng Suee Lim dan
mereka mengatakan kesalahan itu berasaskan prisipal sungguhpun Ng
cuba menunjukkan perbezaan keseriusan kesalahan. Mungkin umno-reform
boleh memberi sedikit ulasan mengenai perkara tersebut.
Terima Kasih,
perkara utama adalah kesalahan tetap kesalahan dan En Ng Suee Lim
ADUN Sekinchan perlu mengakui kesalahan beliau. Sungguhpun begitu
bagi
www.umno-reform.com
Zakaria Md Deros tidak perlu berlebihan dalam isu ini kerana
sekiranya kesalahan seperti penggunaan siar kaki digunakan untuk
perniagaan dan pembinaan rumah tanpa kelulusan diambil secara
"literal" maka kemungkinan sepatutnya barangan jualan yang
diletakan di kaki lima perlu dirampas dan rumah Zakaria Md
Deros perlu di runtuhkan.
Zakaria Deros mahu ini dilakukan?
Ini perbezaan kesalahan yang dilakukan oleh Ng
Suee Lim dan Zakaria Md Deros

Ruang kaki lima digunakan dan
pembinaan Istama tanpa pelan kelulusan
|
|
|
|
Khir Toyo - kalau 1,000 penduduk boleh
pindah kenapa 51 penduduk tidak boleh - Bernama
Khir
berkata lagi - mengikut
undang-undang, kerajaan negeri tidak bertanggungjawab untuk
menyediakan apa-apa kemudahan dan pampasan seperti
menyediakan rumah sewa dan menawarkan rumah kos rendah pada
harga yang berpatutan kerana tanah penempatan itu
adalah milik individu termasuk yang bergelar "Tan Sri" dan "Datuk
Seri". (
dalam mengulas isu Kg Beremban - persoalan, kenapa tanah Tan
Sri dan Datuk Seri ini - MPAJ pula mengambil initiatif
merobohkan dengan pertolongan FRU dan MPPJ dan MPSJ, agak
menghairankan )
Ini mungkin amaran terakhir Khir Toyo
sebelum beredar dari kerusi Menteri Besar - kalau degil
maka kerajaan akan membakar
- memukul penduduk dan
kerajaan beliau tidak akan memikirkan soal kemanusian kerana
undang - undang tidak ada peruntukkan untuk perkara -
perkara tersebut. Islam mungkin juga tidak dapat
mengingatkan Khir Toyo soal - soal kemanusian dan sikap
toleransi. Adakah perlakuan memukul, mencederakan dan
menghukum anak - anak Melayu yang sedang mengambil
peperiksaan tidak menunjukkan sikap rakus Menteri Besar ini.
Lebih terharu perbuatan dan keterangan Khir yang dilaporkan
oleh Bernama 28/11/2006 memburukkan pentadbiran Pak Lah
sedang Pejabat Perdana Menteri memohon agar mereka
menangguhkan tindakan merobohkan kawasan peneroka kota
tersebut.
www.umno-reform.com tidak pernah menyoalkan pemberian
laluan untuk pembangunan tetapi yang dipersoalkan adalah
cara dan perlaksanaan yang jauh menyimpang dari laungan
kerajaan perihatin. Khir Toyo terus merestui perbuatan
anggota MPAJ yang rakus dan zalim.
" INI AMARAN KERAS
DARI KHIR TOYO" - jika anda berdegil maka :

Kami akan bakar -
kami tidak peduli kalau anak - anak sedang mengikuti
peperiksaan - atau dipukul sehingga masuk ICU
kerana
SAYA KHIR TOYO

|
|
|
|
|
Siri
terbaru web TV 8 isu Kg Berembang - Rakyat mula bersuara - suara
Rakyat - adakah mereka akan mendengarnya atau terus memekakkan diri.
Mana dia Kerajaan Perihatin Selangor seperti kata Khir Toyo dalam
dewan berhimpunnya pembesar negeri lantikan rakyat. Berapa lama
lagikan mereka akan terus berharap.
saksikan
|
|
|
|
Muhyiddin
Yassin - memulakan langkah?
Email yang kami terima sekitar bulan Oktober
mengatakan bahawa dalam keghairahan politik semasa,
Muhyiddin Yassin dengan sokongan Pak Lah akan
menggantikan Najib Tun Abdul Razak.
Email tersebut memaklumkan
bahawa Muhyiddin Yassin sudah memulakan langkah.
Benarkah Muhyiddin Yassin sedang memulakan langkah ?
Benarkan caturan politik kali ini mahu menyaksikan Muhyiddin
menggantikan Najib Tun Razak dan ini sebenarnya direstui
oleh Perdana Menteri Malaysia. Email kecil dan ringkas ini
terlepas dari pemerhatian
www.umno-reform.com
sehingga tiba satu lagi email yang berbunyi "
Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak lebih
rapat dengan Pak Lah dan kehadiran Najib disisi hanya adalah
kerana beliau seorang Timbalan Perdana Menteri dan hanya
memenuhi syarat dan protokol "
Mampukah pentadbiran Pak Lah menggugurkan
Najib? Ini satu persoalan yang mungkin hanya akan dapat
dijawab pada pemilihan UMNO akan datang dan kalau dilihat
mungkin ada juga kebenaran sebab kenapa pilihanraya umum
akan mendahului pemilihan dalam UMNO. Sewaktu Perhimpunan
Agung 2006 baru - baru ini kita sering melihat Tan Sri
Muhyiddin Yassin terpapar di muka dan dada media. Ini
membuatkan kami terangsang dalam mempersoalkan isu sebenar.
Baru - baru ini rakan kami memberikan kami satu majalah "
OFF THE EDGE' yang memaparkan panjang lebar usaha gigih Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam UMNO. Ini menyebabkan
www.umno-reform.com
mencari semula email yang pernah diterima yang menekankan
kemungkinan isu Muhyiddin Yassin ini akan jadi kejutan
sewaktu pemilihan? Berikut adalah satu email yang kami
terima berkenaan isu Muhyiddin sudah memulakan langkah:
Tuan Anuar,
Kita percaya apa yang kita
katakan ini hipotesis semata - mata kerana untuk kita
menyertai bukti amat sukar sekali. Kita nak kata bahawa TS
Muhyiddin telah memulakan langkah untuk memandikan DS Najib
Tun Razak. TS Muhyiddin Yassin nampak lebih rapat dengan Pak
Lah dan kehadiran Najib disisi selama ini hanya kerana
beliau seorang Timbalan Perdana Menteri dan hanya memenuhi
syarat dan protokol. Apa pun kita patut sedar akan tindakan
pembersihan senarai mereka yang tidak menyokong Pak Lah akan
bermula. Tindakan membersihkan senarai ini memang biasa dan
dalam era Mahathir ini berlaku sewaktu pembubaran UMNO. Hari
ini kita lihat pilihanraya umum akan dilakukan lebih awal
dari pemilihan parti. Ini juga akan menjadi cara pembersihan.
Perlantikan mereka yang akan bertanding adalah dibawah kuasa
Pak Lah dan percayalah, ramai yang dari kem ?Najib tidak
akan tersenarai menjadi wakil UMNO dalam pilihanraya. Sekian
Mat Shamir
Apa pun ini akan kita saksikan nanti.
pendapat :
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
|
|
|
|
SOALAN : kiriman SMS
Mengenai komen dan
kritikan berbentuk rasis dalam perhimpunan Agung UMNO
- isu utama bukan samada perhimpunan itu harus dibuat
secara langsung atau tidak tetapi tindakan ucapan yang
ekstrimis dan rasis. Pembahas seharusnya berucap secara
profesional dan bukan rasis. Siaran langsung harus
diteruskan tetapi pembahas harus didisiplinkan bagi
mengelakkan dari mereka yang ekstrimis ini menggunakan
pentas itu untuk mencapai loncatan politik peribadi Apa
pendapat anda? soalan dari SMS pelayar
klik sini
Tan Sri Musa sudah memulakan siasatan untuk
meneliti samada pembahas - pembahas sewaktu Perhimpunan
Agung Tahunan UMNO 2006 telah melakukan kesalahan dengan
menyentuh isu - isu perkauman. Najib Tun Abdul Razak sudah
mengatakan bahawa kemungkinan siaran langsung Perhimpunan
Agung UMNO 2006 diberhentikan kerana takut ini akan
menganggu sensitiviti perkauman. Rakyat Malaysia masih belum
bijak dan kemungkinan ini akan mendatangkan huru hara dalam
masyarakat kita yang berbilang kaum. Zainuddin Maidin dalam
kenyataan kepada media TV (1) hari ini (27hb Nov 2006)
menegaskan bahawa kita masih lagi berasaskan perkauman dan
ini dirujuk kepada Barisan Nasional yang terdiri dari
komponen parti berbangsa lain dan dengan itu sidang Parlimen
tidak boleh disiarkan secara langsung di TV.
klik sini
|
|
|
|
|

Hayati
Duka dan Luka nasib Kg Beremban. Dokumentari yang
menyentuh perasaan kita.
Kita dengar Bekas Ketua Wanita UMNO menangis diperlakukan zalim -
Inikah dia tradisi membela rakyat
KLIK SINI
SMS yang kami terima mengenai isu
Kg Beremban
-
Salam Sdr Anuar, mahasiswa bantah kezaliman MPAJdan
mengingatkan semua parti politik bukan sahaja UMNO
bahawa dasar mesti diterjemahkan. Kami dah jemu dengan
politik kuasa yang banyak mengugut dan menipu rakyat.
Semoga doa orang teraniya menimpa mereka yang zalim.
-
Ini perbuatan zalim. Surat dari pejabat perdana Menteri
kepada Khir toyo tidak dilayan. Ini bukan sahaja
menunjukkan Khir Toyo tetapi menunjukkan kelemahan
Pejabat perdana Menteri selagi mereka tidak bangkit
menegur dan mengambil tindakan wajar ke atas mereka yang
memperlekehkan JPM.
-
Saya
sedih melihat kepimpinan UMNO yang baru saja keluar dari
PWTC menjerit perjuangan Melayu melakukan sebegini.
Tuan, terima kasih kerana mempamerkan isu ini dan saya
bersetuju sangat bahawa umno perlu reform dan sekiranya
tidak UMNO bukan lagi untuk Melayu.
|
|

Bahasa kita tidak serupa
Anuar Mohd Nor
Ini satu pendekatan yang kejam. Mangsanya
adalah anak - anak Melayu, orang - orang Melayu dan
akhirnya bangsa itu sendiri. Namun dalam kita melihat
kekejaman rakus dilakukan, ada suara - suara yang tidak
memahami. Ada suara - suara yang membela kerakusan -
pemukulan ke atas wanita sehingga ICU atas alsan pembangunan,
atas alasan notis dan kedegilan penduduk. Ada suara - suara
mencari justifikasi buat kepimpinan yang dicabar turutn
untuk melihat apa yang sedang berlaku pada bangsa yang
kononnya sedang mereka perjuangkan. Alasan apa yang diberi
pun, bahasa yang paling baik boleh kita katakan adalah rakus,
kejam dan zalim. Malah suara - suara yang hari ini menjadi
perisai kepada kepimpinan itu berdiri bersembunyi - tidak
tampil dan tidak mahu berdepan dengan realiti.
Kita menceritakan tentang mereka - cara
mereka dihalau keluar, cara dilakukan kepada manusia bukan
binatang dan tindakan buruk penguasa tempatan dan polisi
kepimpinan negeri. Menghalau peneroka kota tidak harus
dibuat sebagaimana kita mahu membasmi nyamuk aedes. Kita
membicarakan masalah orang - orang Melayu yang sudah
bermastautin lebih dari 40 tahun di situ. Kita menceritakan
kenapa mereka yang hanya bertaraf penduduk tetap memperolehi
lebih keistimewaan ( bukan berhasrat untuk memperkecilkan
mereka) tetapi di Kg Beremban, penguasa seperti tidak punya
nilai dalam diri. Kita bertanya kepada mereka sedangkan
pegawai Pejabat Perdana Menteri - khususnya
Setiausaha Pak Lah Peribadi sedar dan perihatin tetapi
Pejabat Menteri Besar Selangor tidak perduli. Kita
menyebut dengan bahasa ringkas penuh sopan dan penuh nilai -
nilai Melayu, penuh merendah diri - mereka tidak memahami.
Apakah semua ini menunjukkan nilai kemanusian
- Azman Wahid wakil rakyat mereka enggan bertemu mereka,
Khir Toyo dengan setinggan sifar dan kita menggunakan Bahasa
Melayu menceritakan masalah dan rayuan. Mungkin hanya satu
bahasa yang mahu mereka pertuturkan - Bahasa Duit
- Bahasa Wang - " money is the language for them
" dan "money do talk". Dan mungkin itu
juga bahasa pembela - pembela mereka yang tidak bermuka,
bernama dan tanpa berjiwa memberi justifikasi menyokong
tindakan rakus dan zalim dalam mencapai pembangunan dengan
slogan "setinggan sifar"
|
|
|
|
|

klik banner |
|
|
Yang Buruk dalam UMNO - REFORM
22/11/2006
Nama terbaru - Khir Toyo
|
|
Kita akan tambah dari masa ke semasa senarai
ini dan kita akan biarkan sehingga pilihanraya akan
datang - adakah UMNO masih mahu mereka? Kita tentukan
nama - nama mereka. Hantarkan nama mereka yang anda rasa
tidak layak dan kami akan menambah senarai ini -
klik sini
|
| |
| |
|

www.sangkelembai2006.blogspot.com
25/11/2006 Inilah Abdullah Ahmad yang kita ketahui. Tengah
berkuasa buatlah apa sahaja yang disukai kerana dari utara, bawa ke
selatan, dari barat bawa ke timur sudah berpuluh kali dia memberi
peringatan kepada semua bahawa "aku
Perdana Menteri" yang kenyataan seperti ini yang tidak
pernah diucapkan oleh mana mana Perdana Menteri sebelum ini.
Kenyataan ini hanya mahu menegaskan dan memberitahu bawa
kuasa adalah dia.
Dengan kuasa itu dia seakan membodohkan orang lain sedangkan orang
tahu bahawa yang sebenarnya lemah dan keliru adalah dirinya.
klik sini
|



|
|
|
Umno's Path To National Suicide
Islam
has been sacrificed for perpetuating political power. Now
the enemies of Islam will say that Bush is right, the Pope
is right. The threat is Islamo-facism! Islam promotes
violence. Mistrust will be sown by the enemies of Islam.
They will say that Muslims cannot be trusted. Pak Lah and
his loyal supporters have betrayed Islam and Umno.
May God forgive you, Pak Lah for the damage
you have done to Islam, the UMMAH and Malaysia. At the
conclusion of your Key-Note speech, you shouted three times,
Hidup Melayu! You have by your recent actions, Bunuh Melayu,
Bunuh Islam and Bunuh Malaysia!!!!
klik sini
|
|
|
|
Take BERSIH's Joint Communiqué Seriously
It is very unfortunate that after each and every
election we hear of complaints and grievances from voters
and political parties alike of all sorts of irregularities
allegedly occurred during the conduct of the election. These
comprise, among other things, involuntary transfer of
voters' names to other constituencies which resulted in the
denial of their legitimate right to vote, cases of multiple
voting, the use of money and other material benefits to lure
voters into voting certain candidates, unfair media
reporting of the election and, not the least, the use of
government machineries to help facilitate campaign
activities of certain political parties.
klik sini |
|
|
|
KEBEBASAN MEDIA NAFAS DEMOKRASI
ABDULLAH HARUS BENAR keADILan KELUAR
AKHBAR.
Kebebasan media merupakan komponen penting dalam demokrasi.
Rakyat harus diberikan hak untuk mendapatkan maklumat yang
bebas dan perbagai. Malah pertubuhan sah khususnya parti
politik harus diberikan ruang menyalurkan pandangan dan
berita mereka kepada rakyat.
Bagaimanapun kebebasan media telah ketat di sekat di negara
ini. Media arus perdana di cengkam hebat oleh pemerintah
semata ? mata untuk mengawal meklumat yang disalurkan. Media
alternatif pula di sekat dengan perbagai akta seperti akta
mesin cetak dan penerbitan.
klik sini |
|

Rais Yatim
dan Aziz
Shamsuddin
bakal gugur?
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Lunas,
Saifuddin Nasution Ismail meramalkan dua orang
Menteri Kabinet bakal digugurkan dari barisan
kepimpinan kerajaan dalam rombakan kecil oleh
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
tidak lama lagi.
Dua individu tersebut katanya, mempunyai dua
kesalahan iaitu membela kenyataan pedas dan pergi ke
rumah terbuka sempena Aidil Fitri bekas boss mereka,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dato' Seri Abdullah makin lama makin menunjuk kuasa.
Dia akan menyingkirkan mana-mana menteri yang
dianggap menikam dari belakang bagi memastikan
politiknya stabil, " jelasnya ketika berceramah di
Kampung Baru, Penaga, Kepala Batas baru-baru ini.
klik sini
|
|
|
|

Off the Edge Nov 2006 memaparkan muka
depan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kata - kata "
strongman" atau membawa maksud orang kuat.
umno-reform.com telah menerima beberapa email yang seolah -
olah membei maklum bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah
antara mereka yang seharusnya menjadi tumpuan. Majalah ini
diberikan kepada saya oleh rakan saya Rahmat Harun sewaktu
saya melawat Kg Beremban buat kali kedua.
Melihat "publicity" yang diberikan oleh
majalah ini dan kekerapan Tan Sri Muhyiddin menjadi hiasan
media khususnya TV sewaktu Perhimpunan Agung - ada pelayar
yang mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah nama yang
sebenarnya akan mewaris Pak Lah.
Adakah benar - beliau akan mengambil tempat
bagi menggantikan Najib Tun Abdul Razak untuk Timbalan
Presiden dan Timbalan Perdana Menteri? Adakah benar
culaan pelayar web ini yang memaklumkan kepada kami bahawa
Tan Sri Muhyiddin adalah orang yang akan melintasi Najib.
Apa kata anda dan selepas itu kita lihat ulasan dari
www.umno-reform.com
Hantarkan pendapat pada email berikut
anuarmohdnor@yahoo.com atau
Maklum balas1 |
|
|
Menarik dalam harakah
keluaran 1 - 15 Disember 2006

Memang ini satu perkara yang diketahui umum. Cuma
dari segi undang - undang belum diambil tindakan sewajarnya. Saya
telah berkhidmat di bawah ketiga - tiga pimpinan ini. Saya
perhatikan zaman Khir memang banyak penyelewengan
kata - kata Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, Dato Dr
Zainal Abidin Ahmad
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |