yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 15/09/2006 Sang Kelembai | arkib

 

 

KELAB MAYA UMNO
Terbahagi Dua - satu indikasi serius


Adakah ini tidak melambangkan konflik yang serius dalam UMNO? Kelab Maya UMNO kini terbahagi kepada dua - Kelab Penyokong Maya UMNO dan Berita KMU (Kelab Maya UMNO). Perpecahan ini adalah kerana satu menyokong Pak Lah dan satu lagi menyokong Tun Dr Mahathir. Indikasi ini sudah cukup kuat menunjukkan bahawa UMNO adalah dalam situasi yang amat tidak selesa. Krisis dalaman sudah mula merebak dan ini pasti akan terus membengkak selagi janji - janji Mahathir untuk meneruskan kritikan dilaksanakan oleh beliau. www.umno-reform membuka seluas mungkin diskusi siber, Pak Lah atau Mahathir bagi memberi peluang rakyat dan pelayar lain membaca dan memberi input mengenai senario ini. Klik Sini
 



 

 


 

http://suara-rustam.blogspot.com/
Are we heading towards another May 13? klik sini

After that it would only take the adventurism of one group or one leader – for example, one draw of the kris or one “victory march” of any kind – to turn the already strained atmosphere into a flagrant one. And, presto, there you have it: May 13. Is there any way that the disquieting development of this strained political atmosphere can be arrested (no pun intended here!) from progressing to its “logical” conclusions? Perhaps another “Operasi Lalang” could just do it – to the pleasure of the power that be!
 

 

Pak Lah jangan jadi mangsa ke 6 Tun Mahathir

   Lain  - lain berita


Ini merupakan kritikan paling
lantang datang dari Ahli Parlimen UMNO terhadap Pak Lah. Zaid Ibrahim dilaporkan oleh www.malaysiakini.com , dipetik sebagai berkata, Pak Lah gagal mengkotakan apa yang telah dijanjikan dan gagal membaiki kesalahan dan kesilapan yang ada sewaktu pemerintahan Dr Mahathir.

Zaid turut mengatakan bahawa sekiranya tetap tidak ada perubahan seperti yang dijanjikan sewaktu mula memegang tampok pemerintahan maka tidak ada bezanya pemerintahan beliau dengan Mahathir. klik sini
 

   

Beliau berkata, kini terdapat empat badan pengawas bagi pasukan polis yang dianggap sudah mencukupi - Bahagian Tatatertib RMP; Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM); Biro Pengaduan Awam; dan Suruhanjaya Polis diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.  klik sini

 

DPP Pusat memandang serius dakwaan tersebut kerana ia dibuat oleh seorang Timbalan Menteri yang juga Naib Presiden MCA. Badan Pencegah Rasuah mesti menyegerakan siasatan terhadap dakwaan tersebut kerana ia adalah soal intergriti dan maruah pegawai kerajaan terbabit. klik sini

 



http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=15412

Kenyataan Zaid Ibrahim mengenai Artikel 11


"That's stupidity. Do we not give our religion more respect and recognition? Do we not shame ourselves by making such statements, and show that we have no confidence in the intrinsic worth of our religion?" 
Zaid said the government should explain religious issues to ordinary people to avoid misunderstanding and unnecessary tension. He also attributed the tensions that have arisen to politicians who use the religious card to gain political mileage."No one (politicians) wants to explain religious issues because there's a political risk there ... It is easy to get instant recognition and support when you raise religious and racial issues." klik sini
 

 

Kami yakin, melihat senario beberapa posting yang agak "similar" dalam beberapa "blog" ada  sindiket dan kumpulan kecil tertentu berusaha dan bertindak untuk memainkan sentimen perkauman. Kenyataan provokasi mengenai Melayu akan di "post" kepada beberapa "blog" popular khususnya kepunyaan pengendali Melayu. Ini berlaku pada laman blog arahkita dan baru - baru ini kami dimaklumkan kenyataan provokasi ini turut melanda "blog - blog" lain. Jangan terpedaya. Kita menyediakan ruang untuk berdialog BUKAN untuk menimbulkan masalah kepada keharmonian hubungan antara kaum yang sedia ada. Baru - baru ini tersebar satu kartun yang menghina Islam di Malaysia seperti diatas ( gambar sepenuhnya tidak dikeluarkan ). Ini bagi kami memberi indikasi bahawa tekaan kami tepat. Ada segelintir dari kita yang sengaja cuba untuk menghancurkan hubungan baik antara kaum yang ada. JANGAN TERPEDAYA DAN KEKALKAN KEHARMONIAN SEDIA ADA

* UMNO-REFORM.COM TIDAK AKAN MENYIARKAN GAMBAR PENUH KERANA TERLALU SENSITIF

 
 

Siapa itu Zahidi untuk Ketua Pemuda

   


Zahidi Zainol Abidin dan MB Shahidan Kassim kini bertegang leher membidas antara satu sama lain. Zahidi kini adalah antara orang  yang kuat dalam menyokong Mahathir dan tindakan ini dilakukan secara terbuka. Beberapa hari sudah Zabidi Zainol Abidin telah membayangkan hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO. Hasrat ini sungguhpun sudah diketahui lama tetapi Zahidi  kini serius dalam usaha untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Namun apa yang penting adalah kehadiran Zabidi ini dilihat lebih kepada perjuangan tempat dari perjuangan sebenarnya. Zabidi tidak kelihatan sebagai seorang kepimpinan bagi orang - orang Melayu khususnya dalam UMNO apa lagi untuk memperjuangkan matlamat  - matlamat Melayu sejagat. Siapa itu Zahidi untuk menawarkan diri bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO? klik sini
 

 

They will have a price to pay

 

Kiriman email  dan SMS


Dr Mahathir said that considering the vast machinery and resources deployed against him, including coercion of government staff, he had actually won a moral victory in Kubang Pasu. "I am just one man. Why are they so afraid of just one man?" Dr Mahathir goaded Abdullah. Dr Mahathir said that much money was used to buy the votes of the Kubang Pasu delegates.

He then held up a slip of paper which he said was given to him by one of the delegates at the Kubang Pasu Division meeting of 9th September. The slip of paper had listed out the candidate number of seven candidates. The candidate numbers were 2, 3, 4, 7, 8, 11 and 14. His own number (1) and his son Mukhriz's (10) were missing from the slip of paper. klik sini

 


Datuk Seri Radzi penyelamat UMNO Perlis

Saya selaku rakyat negeri ini menggesa agar YAB Presiden dapat menggantikan Shahidan dengan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru.

Manakala Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang baru wajar disandang oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai.klik sini

 

 

Dakwaan politik wang Mahathir berat

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai "amat berat" dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa berlaku rasuah dalam pertandingan untuk menjadi anggota perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung Umno, Sabtu lepas.klik sini
 

 

Dedahkan Bank dan Syarikat Kewangan yang melantik "samseng"

   

Insiden yang dilaporkan oleh NST 12 Ogos 2006 mengenai En Ahmad Jalaludin Abdul Aziz, 44 yang dilanggar oleh penarik kereta (repossesor) adalah satu insiden yang perlu diambil perhatian oleh rakyat Malaysia. Insiden ini menunjukkan tindakan - tindakan ganas yang dilakukan oleh "samseng" penarik kereta yang dilantik oleh bank. Insiden mengugut dan bertindak seperti "samseng" ini perlu dihapuskan. Bank juga perlu bertanggung jawab dalam perkara - perkara seperti ini kerana mereka mewakili bank dalam mengambil tindakan ganas dan kasar. Pendedahan perlu juga dibuat mengenai bank - bank yang terbabit dalam melantik mereka yang menarik kereta dengan menggunakan kekasaran dan ganas. Kami mencadangkan agar bank yang terbabit melantik samseng - samseng dihebahkan agar rakyat Malaysia lebih berhati - hati dalam memilih institusi kewangan. Kita mahukan intitusi kewangan yang perihatin kepada masalah peminjamnya dan tidak menggunakan kekerasan dan bertindak ganas dalam membuat penarikan. Masalah ini pasti dapat diselesaikan tanpa menekan peminjam. Dedahkan bank - bank yang mengunakan kaedah ganas ini! klik sini 
 

 

Kepada yang bermina sila hubungi

016 3679003
017 2989585
019 3190262

     

Kiriman email dan SMS

   


Usul jawatan disandang sepanjang hayat klik sini

Sekiranya ada tarik diri - klik sini
 

tumpangmuda@yahoo.com
Pesanan: Shahidan takut korupsinya pula terdedah! Umum, dalam UMNO pun maklum, MB samseng macam Shahidan ni korup di Perlis. Tapi tu la, atas nama Melayu tak apa..biar Shahidan perintah dari UMNO kalah. Seolah-olah dalam UMNO ni tak ada mereka yang layak lagi jadi pemimpin!

 

Mohd Ibrahim SMS Malu dengan sikap dan akal pendek Shahidan Kassim, kalau begitu, terlampau banyak kemalangan jalan raya , syorkan pengharaman kereta. Ini satu idea orang korup dan gila kuasa.


SMS Nak masuk UMNO buat apa.Kalau begitu buang saja sistem berparti - berorganisasi dan demokrasi dalam UMNO. Bukankah betul kata Anwar, demokrasi dalam UMNO sudah lama mati dan keadilan adalah mengikut interpretasi pemimpin.
 

 

UMNO Perlis mahu usul sistem ditaktor dalam UMNO?

   Lain lain Berita


Bagi mengelak krisis kepimpinan dalam UMNO Shahidan Kassim merasakan kemungkinan perlu untuk Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar dibiarkan menyandang jawatan sehingga ke akhir hayat. Shahidan yang bersetuju untuk mengemukakan usul tersebut keperingkat tertinggi itu berkata, ini adalah untuk mengelak dari krisis seperti Perdana Menteri dengan Bekas Perdana Menteri dan Menteri Besar dan Bekas Menteri Bekas berlaku. Cadangan seperti ini dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi amat memalukan UMNO. Ini bukan satu solusi bijak malah usul ini adalah langkah ke belakang dalam kita menuju kearah masyarakat Melayu Kelas Pertama. Menteri Besar Perlis ini sebenarnya gagal melihat implikasi besar yang akan berlaku sekiranya sistem bercorak kediktaktoran ini diamalkan. Langkah untuk mencadangkan perkara ini sudah cukup untuk memperlihatkan mentaliti kepimpinan tertinggi Perlis ini. klik sini untuk membaca cadangan beliau yang dilaporkan oleh  Berita Harian.   

 


Mahathir, once powerful, is snubbed by his Malaysian party - Herald Tribune klik sini

Mahathir akan dijemput kata Pak Lah klik sini


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

16 SEPT 2006

 

Mahathir Yang dikalahkan

   


Jika Julius Caesar dibunuh dengan senjata oleh Brutus ketika memasuki ruang Senate di Roma, Dr Mahathir Mohmed dikalahkan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Kubang Pasu. Jika Caesar mengucapkan saat dia ditikam "E tu Brutus?" yang bererti "Engkau juga Brutus?" dan dilanjutkan oleh Brutus "Jika begitu rebahlah Caesar!"

Mungkin Dr Mahathir Mohamed akan berkata "E tu Osman?' atau "engkau juga Osman?" dan Osman Aroff akan berkata "hancurlah kau Mahathir".
lanjutan
 

 

"PEMULIHAN" semula kedudukan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, mungkin tidak dapat dilaksanakan

Terima Kasih Mdamha (Prowaris)

Dato' Radzi seorang peguam yang pintar. Beliaulah yang mengusulkan dan mendorong usaha 11 orang ahli UMNO untuk mencabar kesahihan pemilihan UMNO 1987 yang berakhir dengan kemenangan Tun Dr M sebagai Presiden dengan majoriti yang tipis. Dato' Radzilah yang menggunakan hubungan guaman, politik dan peribadi untuk mengatur supaya Hakim-Hakim yang terlibat dalam kes tersebut ada hubungan keluarga atau peribadi dengan KuLi dan Tun Musa.

Para hakim mahkamah kita pada masa itu mungkin berwibawa, tetapi mereka juga manusia biasa. Dan apabila berdepan dengan tuduhan yang membuktikan saudara dan teman mereka mungkin berpeluang merampas kepimpinan negara menerusi keputusan kehakiman mereka, naluri setiakawan dan persaudaraan mendorong mereka kearah pengharaman UMNO. klik sini

 

 
 

Mahathir tewas Kubang pasu

 

 Kegagalan digariskan dalam laman UNDUR PAK LAH

Laporan Bernama

JITRA, 9 Sept (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad tewas pada pemilihan anggota perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari Sabtu. Bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno itu memperoleh 227 undi untuk menduduki tempat kesembilan daripada keseluruhan 15 calon yang bertanding bagi merebut tujuh kerusi perwakilan bahagian itu ke perhimpunan agung parti November ini. Keputusan itu diumumkan pada 5 petang oleh Ketua Umno Bahagian Alor Star Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah selaku wakil Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ke persidangan perwakilan itu. Menurut Bernama lagi :
Anak Dr Mahathir, Datuk Mukhriz, yang memperolehi 289 undi menduduki tempat kelima dan menjadi antara tujuh yang terpilih sebagai anggota perwakilan Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung nanti. Persidangan perwakilan bahagian Kubang Pasu itu menjadi tumpuan apabila Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding kerusi perwakilan. Mesyuarat itu yang berlangsung di Dewan Wawasan, sebuah dewan terbesar di daerah Kubang Pasu, dihadiri oleh 472 wakil dari 138 cawangan.
 

 

1. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat di dalam manifesto pilihanraya 2004.

2. Beliau telah gagal mengotakan janjinya yang dibuat setelah di lantik selaku Perdana Menteri untuk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah.

3. Beliau telah gagal menjalankan usul Suruhanjaya DiRaja berhubung penubuhan IPCMC.

4. Beliau telah gagal mempertahankan maruah negara Malaysia di dalam hubungan diplomatik.

5. Beliau telah gagal mempertahankan kedaulatan Malaysia di dalam perjanjian-perjanjian perdagangan dua hala.

6. Beliau telah gagal mempertahankan nama baik Y.Bhg Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulung yang telah begitu besar jasanya kepada negara daripada di keji dan dihina.

7. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap menantunya yang mengusulkan bahawa Y.Bhg Tun Dr. Mahathir adalah Beruk.

8. Beliau telah gagal mengambil tindakan terhadap menteri-menteri kabinet beliau yang bersikap kurang ajar terhadap Y. Bhg. Tun Dr. Mahathir.

9. Beliau sendiri telah menghina Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir dengan mengusulkan bahawa Tun Dr. Mahathir ibarat Iblis.

10. Beliau telah gagal menjamin kebebasan bersuara yang diperuntukan oleh perlembagaan mengakibatkan Tun Dr. Mahathir merasakan dirinya lebih hina dari mana-mana pacar Tuanku yang terhina.

11. Beliau telah secara terbuka menipu rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan-kenyataan yang bercangah dengan kebenaran hakiki.

12. Beliau telah menipu rakyat Malaysia dengan tujuan mempertahankan anaknya sendiri. klik sini
 

 
 

 

 Lawan Web Undur Pak Lah  klik sini


Gerakan mendesak Pak Lah letak jawatan kita sudah bergerak hebat dalam web. www.umno-reform.com dimaklumkan oleh salah seorang rakan melalui "yahoo messenger" akan kehadiran laman web yang secara langsung tumbuh untuk mendesak Pak Lah undur. Ini mengingatkan kami kepada zaman - zaman berputik desakan reformasi melalui laman web dan sekiranya dianalisa dengan teliti laman  - laman ini memberi impak yang kuat kepada kerajaan memerintah.

Sekiranya kita layari hari ini, kita dapat lihat kebanyakan laman web alternatif mula mempamerkan desakan dan kelemahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kedudukan Pak Lah lebih menyulitkan. Beliau bukan sahaja diserang secara terang - terang oleh Dr Mahathir dan percambahan sokongan ahli - ahli UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu tetapi turut diserang oleh bangsa  - bangsa lain sungguhpun tidak secara terbuka. Laman web www.arahkita.blogspot mempamerkan secara terang serangan bangsa lain terhadap kerajaan kepimpinan Pak Lah dan juga kerajaan yang dikatakan mengamalkan diskriminasi perkauman. Adakah ini akan memberi impak yang berkesan kepada Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai komposisi-komposisi berbagai kaum sebagai pemimpin? Apa pun sekiranya dilihat asas tentangan terhadap beliau isu kehadiran Khairy Jamaluddin tidak dapat dinafikan wujud sebagai asas penentangan. Adakah Khairy sekarang liabiliti bagi UMNO, ahli Pemuda UMNO sahaja yang mampu menjawab.

Laman web yang telah dibentuk tersebut dengan jelas menggesa agar Pak Lah berundur dengan seberapa segera. Setakat laporan ini, pihak kami masih tidak mengetahui siapa yang terlibat dibelakang laman web pertama yang menggesa Pak Lah untuk segera letak jawatan. Laman tersebut telah menggariskan 30 perkara dalam Petition Terbuka kepada Yang DiPertuan Agung, kenapa Pak Lah harus meletak jawatan.  klik sini
 


 


Hantarkan segera kerana tempat adalah begitu terhad

 
 

Blog arahkita mengupas artikel - artikel tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com


Melayu dalam bahaya 2006 |Melayu Perdana dan Melayu Hamba | Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 2 | Maka yang tinggal | Hanya alasan | Ketuanan Cina | Cara berbeza ARAH sama | Bak kata Melayu | Cabaran Pak Lah | Definisi Pak Lah 1 | Definisi Pak Lah 2 | Definisi Pak Lah 3 | Masa | Elitis Pemilik | Lupa | Cerita2 | Kemakmuran

Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan Anuar Mohd Nor sila klik sini

 

Artikulis yang menyentuh secara spontan dan sinis politik tanah air - kemas kini terakhir :  15 Sept 2006

Bagi seorang Perdana Menteri yang dikritik hebat oleh Dr Mahathir Mohamed, berita kekalahan Mahathir sudah tentu satu  berita yang menggembirakan dan itu ibarat satu hadiah kepada Pak Lah oleh pembantu-pembantu politiknya terutama sekali  dari Setiausaha Agung UMNO. Beliau yang mengaku hadir hanya untuk melihat itik dan ayam di Kubang Pasu yang kini  diberi makan gandum atau dedak, kerana sebelum ini hanya dijamu dengan lebihan sisa makanan sahaja....


Seperti mana yang pernah dikatakan, yang khianat lebih derita daripada yang kena khianat begitulah keadaan pemimpin  UMNO, bila cuba untuk menafikan berlakunya politik wang dan bermacam-macam bentuk helah untuk mengalahkan Dr  Mahathir Mohamad termasuk ugutan dan perjumpaan - perjumpaan tertutup..
baca seterusnya klik sini
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept 06 |

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com