Berita hangat mengenai UMNO, ahli, kepimpinan, berita panas & sensasi hantar mesej - taip UR  NEWS REG hantar ke 36606 *

Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606**  Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com

 


Pulau Pinang bukan milik pembangkang , kenapa Melayu tersisih
Aspek

Merujuk kepada Memorendum yg dihantar kpd Y.A.B Perdana Menteri,pada hemat saya kata-kata hikmat Datuk Laksemana Hang Tuah Bahawa Melayu Takkan Hilang DiDunia yg dilaungkan selama ini oleh Umno itu sendiri bakal memakan diri.

Kenapa begitu?kerana laungan hanya sekadar laungan, tiupan semangat bukan dimulut semata-mata tetapi mestilah keluar dari dhamir seorang pejuang agama dan bangsa.Tuan  P.Pinang bukan diperintah parti pembangkang ia diperintah kerajaan BN sendiri,mengapa keadaan begini boleh berlaku? Mungkin kerana  kepimpinan melayu atau orang melayu disana sudah tiada taring sebagai penyelamat diri, ataupun mereka punya pemimpin yg mengutamakan kepentingan diri sendiri.


Nasib Melayu Bandar
Mohd Sufian

Terdahulu saya memuji sikap Ketua Pemuda Bahagian Jelutung dalam mendedahkan satu isu yang sebenarnya bagi saya lebih kritikal dari apa yang nampak kecil. Isu ialah kongsi kuasa kerajaan memerintah yang sebenarnya tidak membawa kepada pengkongsian saksama. Kita sanggup memberi tetapi mereka tidak sanggup melepaskan apa yang di pegang walau se inci pun untuk Melayu. Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah juga pada laman ini yang bagi saya sebagai pencetus perubahan dalam UMNO. Saya membaca laman ini sudah lama. Apa pun saya mencadangkan kepada semua ahli -ahli UMNO agar bangkit menjadi pemerhati - pemantau kepada kepimpinan kerajaan yang hadir bukan atas nama membela Melayu malah menjual hak Melayu itu sendiri. Sedikit demi sedikit Melayu di usir kembali di tepian kota - merempat sungguhpun sebelum ini sudah dijanjikan tempat di kota besar. Bagi Pulau Pinang - ianay sudah lama tergadai pada Cina.

 


Syed Razak penting diri sendiri
amin tandop

Sebagai seorang anak Kedah yang mahu melihat perubahan drastik di dalam kepimpinan Politik UMNO Kedah serta pembangunan negeri saya merasa terpanggil untuk bersuara mengenai isu Menteri Besar Kedah. Sejak penyambungan cuti Dato Seri Syed Razak dan tempoh Dato Mahdzir Khalid sebagai Pemangku Menteri Besar, umum melihat cubaan-cubaan Dato Seri Syed Razak untuk melakukan comeback yang saya termasuk ramai lagi merasakan lucu serta tidak kena pada masanya.

Melihat kepada rakaman berita di televisyen yang menemuramah Dato Seri Syed Razak, ternyata beliau tidak lagi berkemampuan untuk mentadbir negeri Kedah. Walaupun beliau menunjukkan kepada wartawan bahawa beliau sudah boleh menggunakan tangannya serta berjalan tanpa bantuan kerusi roda, keadaan fizikal beliau tidak memungkinkan beliau kembali bertugas sebagai seorang Menteri Besar.

Saudara editor, saya termasuk ramai lagi anak-anak Kedah apabila melihat keadaan Dato Seri Syed Razak ditelevisyen serta membaca kenyataan-kenyataan beliau di dada-dada suratkhabar tidak dapat lari dari merasakan bahawa Dato Seri Syed Razak adalah seorang yang mementingkan dirinya sendiri.
Dengan keadaan kesihatannya yang sebegitu rupa beliau masih lagi khayal dengan impiannya untuk terus menjadi pemimpin no 1 negeri Kedah.

Kami amat-amat berharap YAB Perdana Menteri melantik terus Dato Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar ataupun lain-lain pimpinan muda seperti Dato Aziz Sheikh Fadzir yang dapat membawa perubahan kepada pimpinan  Politik Kedah serta pembangunan Negeri. Bukanlah kami tidak langsung mengenang jasa Dato Seri Syed Razak, tetapi negeri Kedah bukanlah 'Private Country Club' beliau yang boleh  diperjudikan nasibnya untuk cita-cita politik mana-mana pihak. Negeri  Kedah perlukan pembelaan dari segi ekonomi dan pembangunan. Sudah tiba  masanya Kedah menerima seorang pemimpin yang mempunyai asas ilmu  pengetahuan yang cukup untuk membangunkan negeri dan bukanlah hanya  mahir bersilat Politik UMNO.

 

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
www.pemudaumno_jelutong@hotmail.com
 
MEMORANDUM
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
KEPADA Y.A.B DATO SERI HAJI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI , PERDANA MENTERI MALAYSIA (
KLIK SINI)

Abdul Razak Abdul RahmanBerikut adalah Memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutung - dikeluarkan oleh Ketua Pemuda, ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN. Perjuangan Melayu adalah tanpa kompromi - begitu kata - kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishammuddin Tun Hussein sewaktu berhujah mengenai isu kebangkitan Melayu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2005, tetapi setakat ini bila isu penyingkiran peneroka kota - Melayu di Kg Sungai Udang serta Melayu di kota - kota dan hari ini di Jelutung, semua diam takut berbicara.Mujurlah ada segelintir Melayu yang sanggup berusaha menolak kepentingan diri untuk perjuangan demi masa depan Melayu. Tahniah Pemuda UMNO Jelutung - Tiada ada kompromi bila isu Melayu tercabar ~ editor1@umno-reform.com
 

 
Benarkan kerajaan menjalankan "UNION BUSTING"

Pekerja Ambank berpiket pada Hari Jumaat 21hb Oktober 2005 bagi membantah tindakan Am Bank yang dikatakan bukan sahaja menindas pekerja tetapi berusaha agar kesatuan sekerja bank mereka menuruti telunjuk mereka. Mereka menubuhkan kesatuan sekerja dalaman yang ditaja oleh mereka agar kesatuan itu lemah dan hanya menuruti kehendak kapitalis yang dikatakan mengambil untung bukan sahaja dari perniagaan yang dijalankan tetapi kepada keringat pekerja yang diperah dan dikerah. 

NUBE ( National Union Bank Employees) sebagai kesatuan sekerja peringkat nasional agak terkejut dengan tindakan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja - Kementerian Sumber Manusia yang turut mendaftar kesatuan dalaman sedangkan kesatuan sekerja peringkat nasional telah sedia ada. Menurut mereka Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja -   MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI telah cukup mempamerkan diri nya sebagai seorang yang "anti berkesatuan". www.umno-reform.com telah di hubungi dan hadir melihat bagaimana mereka sanggup hadir dalam bulan ramadan - berbuka puasa di hadapan AMBANK Jalan Raja Chulan untuk menyatakan hasrat mereka. Berbagai isu telah di terbitkan oleh NUBE dan beberapa kesatuan sekerja lain mengenai Mohd Zubir bin Mohd Basri menyebabkan kami telah menghubungi Datuk Rahman Bakar mengenai isu ini. Kami telah diberi ruang untuk bertemu beliau sebelum keluaran khas "union busting" yang dikatakan berlaku dalam pentadbiran kerajaan kita.

www.umno-reform.com akan mengulas dengan panjang lebar setelah kesempatan bertemu Datuk Rahman Bakar esok. Apa pun desakan agar AMBANK menutup kesatuan dalaman di teruskan memandangkan kesatuan peringkat nasional telah ada. Dimaklumkan juga - pekerja - pekerja AMBANK tidak seharusnya diugut sekiranya mereka memilih untuk memihak kepada NUBE atau kesatuan peringkat nasional. Pihak www.umno-reform.com turut juga menggesa agar usaha seperti "union - busting" ini tidak wujud dalam kita membicarakan isu - isu peningkatan modal insaniah.
   


Hikayat khairy Jamaluddin terbitan www.malaysia-today.net dan di terjemah oleh laman marhe@n 

Kami akan menggekalkan artikel Hikayat Khairy Jamaluddin sehingga habis edisi  Hikayat ini oleh www.malaysia-today.net. Di samping itu kami juga akan menyiarkan beberapa artikel mengenai Khairy dalam ruangan khas ini. Kami akan menyusun Hakiyat ini menurut episod yang akan memudahkan lagi pembacaan


Hikayat Khairy Jamaluddin 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |  Mampukah Khairy berdiam ? Klik sini ( keseluruhan)

Melayu - tersisih juga akhirnya ( Rujuk Memorandum Pemuda UMNO Jelutung di atas)

www.umno-reform.com menerima satu email yang meminta kami memanjangkan isu ini kerana usaha untuk berbuat demikian dengan kerajaan negeri dan beberapa rayuan kepada pihak atasan nampak terbatas. Isu ini melibatkan juga penyingkiran orang -orang Melayu atas nama pembangunan dan penyingkiran ini tanpa pembelaan sepenuhnya oleh kita dalam UMNO. Sungguhpun Pemuda UMNO Bahagian tersebut telah melakukan semua usaha - termasuk memaklumkan kepada Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin mengenai keperluan membela golongan Melayu di tanah yang kini rata -rata di dominasi oleh bangsa lain namun ianya terbatas dan belum mendapat sebarang respon. www.umno-reform.com telah menerima satu memorandum mengenai isu ini dan akan menerbitkan isu ini secara komprehensif membawa isu - isu yang pernah terisar dalam laman ini - bagaimana Melayu disisihkan demi pembangunan yang boleh dipersoalkan. www.umno-reform.com percaya penyisihan Melayu dalam kota adalah satu perbuatan khianat khususnya kepada bangsa kita sendiri.  

Petikan kandungan memoradum

Menyedari tentang keupayaan dan kemampuan yang ada, maka seharusnya golongan warga Melayu bandar tidak sepatutnya dipinggirkan malah perlu dibela dan  diberi perhatian khusus dalam pelbagai aspek kerana warga Melayu bandar adalah golongan yang bakal melahirkan serta membentuk remaja yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti. Justeru, kami mewakili seluruh warga Melayu Bandar Jelutong mengharapkan agar YAB Dato Seri dapat memberi perhatian dan akan terus membela nasib warga Melayu Bandar di Jelutong
.


Nantikan esok - Memorandum Ketua Pemuda Bahagian UMNO merayu agar YAB Perdana Menteri Malaysia campur tangan dalam isu ini DEMI MELAYU

 

Sungguhpun begitu apa yang agak unik dalam perjuangan kali ini adalah ianya datang dari Pemuda UMNO Bahagian sendiri - memperjuangkan hak orang - orang Melayu dan bertindak berani untuk menyuarakan pendapat secara terbuka khusus kepada laman ini. Dimaklumkan bahawa mereka antara pelayar laman ini yang melihat pembicaraan kami mengenai isu - isu Melayu - hak Melayu yang tidak di perjuangkan seperti di isu khas kami di Kampung Sungai Udang Segambut. editor umno-reform.com di hubungi malam ini dan akan memulakan isu ini mulai esok. kami harap UMNO dapat membantu dalam isu memperjuangkan hak - hak orang  -orang Melayu yang semakin lama terhakis. Kami juga percaya bahawa Agenda Nasional yang baru  dilaungkan itu bukan setakat retorik berpidato tetapi lebih kepada petanda bahawa hari ini - kali ini - dengan Pak Lah - kita pastikan Melayu bukan lagi kerang sumbang tengah kota. Isu dan memorandum khas kepada Perdana Menteri Malaysia akan kami pamerkan mulai esok.

 


Suara Keadilan - Anwar Ibrahim akan dedah isu seksual Mahathir dengan perempuan Cina?

Apakah Anwar Ibrahim hari ini akan bertindak sebagaimana dikatakan Tun Dr Mahathir bertindak ke atas beliau? Apakah Anwar Ibrahim turut akan memainkan isu kesalahan moral Tun Dr Mahathir?

Suara Keadilan memaklumkan dalam tabloid mereka bahawa Anwar Ibrahim akan bertindak membocorkan skandal seks Tun Dr Mahathir dengan seorang wanita Cina. Mungkin editor Suara Keadilan merasa bangga dengan pendedahan terbaru mereka tetapi dari satu sudut lain mereka samada sedar atau tidak sedar menjatuhkan imej kepimpinan mereka Anwar Ibrahim - satu ketika dahulu memaklumkan bahawa beliau mampu memaafkan Tun Dr Mahathir - tidak menyimpan dendam terhadap beliau.

Suara Anwar Ibrahim akan mendedahkan skandal seks Tun Dr Mahathir sebenarnya tidak akan mendapat simpati mahupun pujian baik dari mereka yang pernah memperjuangkan reformasi mahupun mereka yang terpanggil untuk berjinak - jinak dengan pembangkang.

Tanggapan kami - ini adalah satu tindakan yang sama dari segi prinsipal dengan apa yang pernah dan sedang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir. Balik - balik isu liwat - isu seks dan isu yang dikatakan hanya bertujuaan untuk membunuh imej sesaorang. Saya percaya banyak isu lain yang mampu didedahkan - pentadbiran korup - kronisma dan sebagainya tetapi isu Tun Dr Mahathir ada skandal seks dengan perempuan Cina tidak terpanggil untuk kami sahut. Apakah Anwar Ibrahim benar - benar serius untuk membongkarkan skandal seks Tun Dr Mahathir? Saya cabar untuk di lakukan dan saya percaya ianya tidak membantu dalam memperjuangkan isu sebenar. Apakah benar ini matlamat Anwar dalam masa terdekat - fikir 2 kali.   


Jangan di fikirkan jawatan tersebut

Laporan Bernama terpanggil untuk saya memberi komen kepada laman ini. Saya bukan berhajat untuk memperkecil - kecil Dato Syed Razak tetapi usaha untuk mempamerkan diri sebagai seorang yang telah sembuh bagi saya tidak berjaya. Saya melihat bagaimana TV3 menayangkan Syed Razak sihat - tetapi nyata Syed Razak masih tidak begitu sembuh dan kalau sembuh pun masih tidak sihat sepenuhnya.

Bagi saya, jalan mudah untuk Syed Razak menentukan kesihatannya adalah untuk tidak lagi menyuarakan hasratnya untuk kembali berkhidmat. Saya simpati dengan Syed Razak tetapi bagi saya masa sudah sampai untuk beliau melepaskan jawatan tersebut.

 Klik Sini
 


Mana pergi wang zakat dan fitrah?

Semua negeri menyaksikan pungutan Zakat yang semakin bertambah namun yang paling malang ialah orang - orang Melayu masih ada yang terpinggir - tersisih sedangkan kutipan zakat adalah untuk membantu mereka. Benarkah email yang pernah diterima oleh kami mengatakan - Zakat dan fitrah digunakan kerajaan untuk membantu bukan Melayu?

SHAH ALAM, Oct 23 (Bernama) -- The total zakat collection in Selangor may exceed RM200 million in a few years in line with the increasing collection trend.

"If the zakat collection now is about RM120 million as compared to RM40 million five years ago, it is not impossible for the figure to exceed RM200 million in a few more years," said Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

He said this at a breaking of fast and presentation of contribution to 500 orphans from Sungai Besar and business zakat presentation at his official residence here.

At the event, the Selangor Zakat Centre received zakat contribution from nine companies and an individual totalling RM1,783,935.10.

 

 

 


Rancangan Tijarah Ramadhan RTM 1

Saya terpanggil dengan penuh simpati orang - orang Melayu yang hidup dalam kemelaratan yang kini di mohon di beri bantuan melalui SMS. Saya gusar melihat usaha kita dalam memartabatkan bangsa tetapi di celah - celah kehidupan mereka tersiksa dan merana. Setiap rancangan memaklumkan bahawa mereka mendapat bantuan minima dari kebajikan Masyarakat. Namun yang paling hairan sekali lagi saya bertanya - dimana bantuan hasil kutipan zakat dan fitrah yang di bayar oleh umat Islam selama ini.

 


Aduhai Melayu
- Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? 

MALAYSIAN PLANTATION BERHAD -  syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan utama oleh syarikat Singapura. klik sini 

DAIMAN BERHAD - Lihat harta Daiman di Johor dan siapakah pemilik syarikat Daiman Berhad klik Sini

TALAM - Mana Melayu? Melayu ada hanya sekadar membantu menyenangkan permohonan - permohonan mereka - Klik sini

ECM LIBRA - dikatakan mahu memiliki FELDA Klik Sini

UNITED MALAYAN LAND BERHAD - UMLAND MILIK SIAPA? Singapura menjadi antara pemegang utama saham syarikat klik sini

 

Sang Kelembai


M.Kayveas yang menjadi ahli Parlimen Taiping telah di beri amaran oleh Khairy Jamaluddin : sekiranya nanti di lantik menjadi Menteri beliau mesti ambil Ketua Pemuda Taiping jadi Setiausaha Politik. Ini satu perkembangan baru dan kuasa Khairy Jamaluddin terserlah bila dapat menguasi UMNO Taiping supaya jangan hadir ke Majlis Bantuan Hari Raya yang dianjurkan oleh M.Kayveas.

Mengikut cerita - cerita bahawa Ton Zailani yang ada bilik di pejabat wakil rakyat dan di bayar RM 1,500.00 sebulan tidak pernah ada di pejabatnya.

Apa pun kita ucap tahniah kepada M.Kayveas yang tidak memperdulikan tekanan yang dibuat oleh Khairy dan UMNO Taiping dan beliau meneruskan kerja beliau sebagai wakil rakyat. Cerita Khairy Jamaluddin campur tangan perlantikkan Setiausaha Politik dan juga meletakkan orang - orang nya dalam syarikat GLC sudah terbuka.

Sang Kelembai : Ahli UMNO sekarang tengok tunggul kau dia sangka hantu. 

Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO. Kolum beliau kita ada dalam laman web www.umno-reform.com dan kini mendapat sambutan yang luar biasa. 

Ikuti komen - komen beliau dan klik capaian di bawah untuk mengetahui apa kata beliau mengenai isu - isu semasa. 

Kritikan tajam - pedas - bernas ini di harap dapat membuka mata kita - melebarkan minda kita mengenai situasi kita dalam negara yang kaya aman lagi makmur. 

 
arkib :  KLIK SINI 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas




Berbincang mengenai topik politik sesama UMNO taip UR CHAT REG dan hantarkan ke 36606*


Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


 

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan hanya menghubungi editor1@umnoreform.com , terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP 
* caj setiap SMS di hantar
** pendaftaran ini juga bermakna anda bersetuju untuk menerima SMS kiriman laman ini. Semua pendapat dan tulisan adalah untuk mereka yang mendaftar. Mereka tidak dibenarkan menyerah, mencetak dan menyalin dalam apa bentuk sekali pun. Sekiranya di lakukan mereka dipertanggungjawabkan. 

berita sebelum ini 

minggu1okt05 |minggu2okt05

minggu 1 Ogos 05 | mingu 2 ogos 05 | minggu 3 ogos | minggu4ogos05 | minggu1sept05 |minggu 2sept05 | minggu3sept05 | minggu4sept05
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05 | minggu 1 julai 05 | minggu 2 julai 05
minggu 3 julai 05 | minggu 4 Julai 05 | minggu3sept05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com