yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

Forum terbuka | Maklum balas1| Makumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 14/08/2006 Sang Kelembai | arkib

 

Lawatan sehari Tun Dr Mahathir ke Kedah


Tari
kh         : Rabu 23 Ogos , 2006  8.45 pg tiba di Lapangan Terbang
Cera
mah    : Cabaran Pembangunan Umah 2 petang
Tempat      : Star City Hotel Jalan Putra

Suara Rakyat
Syed Imran <bankelawai@yahoo.com.my>

Isu kedudukan dan nasib orang Melayu Pulau Pinang tidak akan berkesudahan selagi para pemimpin politik Melayu, khususnya Umno, benar-benar jujur dan ikhlas memperjuangkannya. Inilah hakikat yang mesti diterima dan janganlah kita sering menuding jari kepada orang lain. klik sini
 

 

Anwar Ibrahim , jangan pertikaikan Mahkamah Syariah

 

Pautan berita

Malaysia braces for ruling on conversion from Islam

Mahathir fights to protect legacy

Nazri: I have proof Mahathir out to topple PM


Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perkara 11 harus dipertahankan dan kedaulatan mahkamah Syariah sebagai penyelesaian bagi isu - isu berhubungkait dengan agama Islam adalah satu kemestian. Mahkamah Syariah adalah penentu bagi semua kes - kes melibatkan orang - orang Islam khususnya dalam isu - isu murtad.

Soal - soal yang melibatkan agama tidak boleh dikompromi dan ini perlu kita jelaskan kepada rakyat khususnya yang tidak beragama Islam. Ini mungkin adalah kali pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat menyuarakan ketetapan parti itu berhubung dengan isu - isu yang melibatkan cabaran terhadap Artikel 11. Kumpulan yang mencabar artikel 11 juga diselar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan itu menuntut beberapa perubahan dalam Artikel 11 dan ini adalah keterlaluan. klik sini

 

 

Pemuda Pulau Pinang tegas dalam isu penggiliran

   


Walaupun Pak Lah telah memberi keputusan bahawa tidak akan ada isu penggiliran, namun Pemuda UMNO Pulau Pinang tetap mengeluarkan resolusi - resolusi menuntut penggiliran atas alasan kerajaan negeri mengabaikan pembangunan kaum - kaum Melayu. Menurut laporan malaysiakini.com ada kepimpinan yang mengatakan Pak Lah apa tahu, dia duduk di Kuala Lumpur. Abdullah Hj Ahmad Badawi sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan ringkas - tidak akan ada penggiliran di Pulau Pinang kemudiannya bertindak untuk menasihati Ketua Menteri mengenai kemungkinan kurangnya usaha untuk membantu bumiputra merupakan punca mereka bertindak mengeluarkan resolusi tersebut. Ketuanya, Mohamed Salim Abdul Bari berkata, mereka komited dalam mengukuhkan kedudukan orang Melayu dan dalam usaha membuktikan kesungguhan mereka menuntut penggiliran jawatan Ketua Menteri.petikan Utusan Malaysia 17hb Ogos 2006. klik sini

 

 

Dedahkan semua - Mahathir !

 

 Merdeka

  Bekalan gula masih tidak mencukupi


Umno kena sedar - kebangkitan revolusi minda ahli - ahli Umno perlu untuk merobah keadaan yang ada.

Ini adalah penting agar kita bukan sahaja mengetahui malah mengambil langkah - langkah yang bersesuaian untuk memilih pemimpin agar bangsa tidak dikorbankan oleh kepimpinan yang hanya tahu mengaut dari rakyat. Ahli Umno kena sedar bahawa undi kita untuk melantik harus digunakan sebaik mungkin.

Mereka harus berani berjuang dan tidak terlalu mudah untuk dipatahkan. Ini penting agar kepimpinan yang dilantik dapat membantu kita dan generasi kita akan datang. klik sini
 

 

Apa pengertian merdeka pada tahun 2006 ini. Mampukah mereka menikmati pengisian merdeka yang setakat ini telah diusahakan oleh kerajaan. Dimana Melayu dalam suasana merdeka tahun ini malah tahun - tahun sebelum ini? Ertikan kemerdekaan dan suarakan kepada kami. Moga semua tahu, apa pengisian merdeka yang kelian cari selama ini.

Hantarkan ke :
Maklum balas1 sms |012-6544762

 



Pasaraya Giant

Bekalan gula masih tidak mencukupi. Gambar ini diambil 2.30 petang 16/8/2006. Kenapa ini berlarutan dan masih tidak dapat dibendung. Adakah ini akan berakhir dengan peningkatan harga gula yang pasti juga akan membebankan rakyat. Mampukah harga gula bertahan dengan permintaan kita melebihi penawaran? 

 
 


Melayu pasti akan menerima akibat dari perbalahan sesama sendiri kerana perselisihan ini akan menular, memecahkan dan melemahkan Melayu itu sendiri. Krisis yang ada dalam UMNO seharusnya mengerunkan kita dan langkah untuk terus berjuang bagi menipu kebenaran akan merugikan bangsa sendiri. Kita perlu tekankan bahawa senario yang hadir kini adalah satu krisis besar - perbalahan antara yang pernah berkuasa dengan yang sedang berkuasa. Ini tidak akan menguntungkan Melayu malah mampu merobek bangsa sekiranya kita leka, khusyuk dan tidak bertindak membetulkan keadaan dengan menggunakan kuasa sebenar yang berada ditangan kita sebagai ahli UMNO. Sekali lagi ditekankan bahawa ini adalah pergeseran antara siapa yang lebih menyalahgunakan kuasa, siapa yang lebih korup dan siapa yang lebih mengkhianati Melayu itu sendiri dan kita sebagai ahli  harus melihat perbalahan ini dari perpektif berbeza. klik sini untuk komen klik sini
 

 

Jangan biarkan insiden Suqiu berulang kembali - Rafizal

Tan Sri  Muhammad Muhd Taib ( Ketua Penerangan UMNO) Malaysia dalam program Seminar Melayu Dalam Bahaya yang berbunyi   " perpecahan Melayu 1998 telah memaksa kita akur untuk penubuhan UniTAR atas gesaan kaum Cina" dan baru  - baru ini klik sini. Hari ini seolah perkara serupa ini berulang kembali dengan mendesak agar matrikulasi dibubarkan. Bukankah waktu seakan sama - dalam keadaan UMNO sedang bergolak hasil dari kehadiran Dr Mahathir mengkritik kerajaan. klik sini
 

 

Ada usaha Gerakan gagal membantu masyarakat Melayu - Pak Lah

 Utusan Malaysia 14 Ogos klik sini


Setelah Pak Lah membatalkan sebarang usaha untuk menuntut penggiliran, Pak Lah hari ini memaklumkan bahawa ada usaha - usaha yang diambil oleh gerakan yang gagal  membantu kaum Melayu di Pulau Pinang. Pak Lah dalam kenyataan di Utusan Malaysia memaklumkan perkara ini adalah punca kenapa Pemuda UMNO Pulau Pinang mengusulkan agar jawatan Ketua Menteri Pulai Pinang itu digilirkan. Hampir semua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di Pulau Pinang mahu membangkitkan cadangan penggiliran itu pada mesyuarat mereka yang sedang berlangsung ketika ini, sebagai tidak puas hati berhubung kegagalan kerajaan negeri membantu menjaga kepentingan orang Melayu.klik sini
 

 
 

Berikut adalah kain rentang di Padang Rengas yang dikirim kepada kami. Email ringkas turut dikirim menunjukkan bahawa UMNO Bahagian Padang Rengas masih setia di bawah kepimpinan Nazri Abdul Aziz.

 

Nazri - pendekar atau gurka - Mohamed Yunus

 


Amat tertarik membaca mengenai Nazri sanggup menjadi pendekar dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. klik sini Kelakar dengan kehadiran Nazri memanggil dirinya pendekar menyebabkan saya ketawa terbahak - bahak. Apa tidaknya konsep pendekar yang telah disalah tafsirkan oleh Nazri sepanjang hayat politiknya. Bukan sesuatu yang aneh dengan Nazri, politikus yang bagi saya sejak akhir - akhir ini mendapat liputan meluas khususnya dengan tindakan  - tindakan menyokong IFC dan mencaci mereka yang hadir untuk mempertahankan keutuhan Islam dalam kedudukan masyarakat Islam yang semakin tercabar. Hari ini Nazri bangkit mahu mengambil tempat sebagai pendekar. Bagi saya takrif pendekar yang digunakan oleh Nazri lebih molek kalau ditukar kepada Gurka, kerana sikapnya yang tidak menentu - asal tuan sahaja dia sokong. Ini setaraf dengan gurka - gurka yang hadir - khususnya menjadi askar - askar British sebelum kolonial dahulu. Apa yang saya nampak ialah sikap kepimpinan yang rosak dan hanya mementingkan politik diri dari rakyat. Mungkin saya salah tetapi untuk bangkit sebagai pendekar hanya membuatkan saya ketawa. klik sini

  • " BENARKAH NAZRI ANTARA ORANG YANG MENANDATANGANI PETISYEN IFC ATAU SURUHANJAYA ANTARA AGAMA"

 

 

Khairy jual pegangan saham dalam ECM Libra - The Edgedaily Bernama Surat terbuka Dr Mahathir Mohamed  Klik Sini - KMU

 


HISHAM RAGU, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu teliti kenapa isu ini dibangkit

Tindakan Datuk Hishammuddin meminta Dr Koh Tsu Koon  meneliti kenapa Pemuda UMNO mahu menuntut penggiliran adalah tepat. Kenapa Pemuda UMNO Pulau Pinang mengemukakan resolusi ini? Adakah kerana Melayu Pulau Pinang terpinggir dari segi pembangunan ekonomi? Adakah kemungkinan Dr Koh Tsu Koon mengabaikan kepentingan orang - orang Melayu di Pulau Pinang? Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, beliau sendiri sukar berkompromi jika isu-isu yang dicetuskan itu membabitkan kepentingan orang Melayu. Dalam mempersoalkan kepentingan orang - orang Melayu ini , YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kata putus untuk menolak resolusi Pemuda Pulau Pinang tersebut. Dr Koh Tsu Koon dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa kebajikan orang  - orang Melayu di Pulau Pinang di rujuk kepada State Executive Councilors  Kata beliau "problems of the Malays were referred to the State Executive  from Umno before the decisions were made". Jawapan balas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut merujuk kembali kepada peranan  UMNO Pulau Pinang dalam meneliti kebajikan dan pembangunan orang  - orang Melayu.

Adakah Dr Koh sebenarnya mengatakan bahawa  State Executive Councillors UMNO sendiri telah gagal memainkan peranan mereka sekiranya resolusi pemuda itu di buat kerana kegagalan Dr Koh dalam menjaga kepentingan orang  - orang Melayu. Mungkinkah  UMNO yang  sebenarnya gagal dalam memainkan peranan dalam pembangunan Melayu disana? Untuk membaca laporan media Datuk hishammuddin dan Dr Koh Tsu Koon Klik sini 
 

Tidak ada penggiliran kata Pak Lah klik sini
Tindakan Gerakan tuntut hapuskan matrikulasi laporan Utusan Malaysia

 


 

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Teluk Intan pada 15 Ogos 2006 Dewan MPTI - Perasmian oleh Khairy Jamaluddin ( makluman)
klik sini

Capaian berita


Mahathir strikes at seat of PM's power 
The Oman Times

Dr Mahathir , issued a letter to all members of the ruling party, UMNO. Asian Pasific News

 

Najib - satu pembohongan oleh Mahathir?

   Email diterima


Beliau mempersoalkan bahawa dalam perkara ini di mana letaknya kelemahan dalam membuat keputusan sehingga orang  mengatakan kerajaan menjual maruah dengan hasrat menjual pasir kepada Singapura. Ini tidak berlaku sebaliknya Singapura yang mahukan pasir dan kelulusan untuk menggunakan ruang udara Malaysia sebagai timbal balas bagi projek Jambatan yang menggantikan Tambak Johor, katanya sewaktu merasmikan persidangan  perwakilan Umno Bahagian Rembau.

Adakah dengan itu Dr Mahathir sebenarnya melemparkan fitnah kepada kerajaan yagn ada sekarang ini? Kenapa dan mengapa ? Adakah kita percaya bahawa setelah Mahathir 22 tahun memerintah maka beliau akan mengeluarkan kenyataan tanpa kesahihan bukti yang dipegang oleh beliau . Bagi Najib sokongan kepada Pak Lah adalah mungkin rutin dalam UMNO untuk tidak disingkirkan. Mereka akan sokong Pak Lah seperti akta - kata Mahathir - mana titah patik junjung Tuanku   klik sini
 


Apakah rasa bimbang , kesal dan sedih Pak Lah mampu selesaikan jenayah ragut klik sini

Tidak keterbukaan Pemuda UMNO terserlah klik sini

Mahathir "iblis"  dalam sejarah  negara Malaysia klik sini

Menjawab Pemuda Jelutung


Hari ini kita lihat seorang Bekas Presiden Umno yang korup mengatakan Presiden yang ada sekarang korup. Hari ini kita lihat Bekas Perdana Menteri Malaysia yang korup mengatakan Perdana Menteri yang ada korup. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana orang  - orang Umno akan sentiasa melahirkan pemimpin yang tidak bermutu dan contoh yang ada ialah Mohamed Fakaruddin ini. Sebenarnya tidak dapat saya nafikan semua rakyat Malaysia terpanggil untuk membicarakan hal ini, cuma ada antara mereka yang gagal melihat kerosakan yang ada pada Umno sekarang ini. klik sini
 

 
 

 

 
 

Blog arahkita mengupas artikel - artikel tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com


Melayu Perdana dan Melayu Hamba | Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11 | Maka yang tinggal | Hanya alasan | Ketuanan Cina | Cara berbeza ARAH sama | Bak kata Melayu | Cabaran Pak Lah | Definisi Pak Lah 1 | Definisi Pak Lah 2 | Definisi Pak Lah 3 | Masa | Elitis Pemilik | Lupa | Cerita2 | Kemakmuran

Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan Anuar Mohd Nor sila klik sini

 

Artikulis yang menyentuh secara spontan dan sinis politik tanah air - kemas kini terakhir :  8 Ogos 2006

Bila musang sudah ada dalam reban, sepatut ayam-ayam bertindak menghalau musang kerana musang yang ada sekarang adalah "musang berbulu ayam". Apa yang berlaku sekarang ialah bila Dr Mahathir Mohamad memberitahu ada musang didalam reban, ayam-ayam dalam reban bukannya mahu berwaspada tetapi ada pula ayam-ayam jaguhan ini mahu menunjukan taji ajak berlawan dengan Dr Mahathir Mohamad seperti Mohd. Nazri Aziz. Akhirnya musang amat gembira kerana yang mengenal dia, dihalau dan dimaki hamun oleh ayam-ayam dalam remban, kerana ayam-ayam tersebut semua ayam daging sahaja.baca seterusnya klik sini
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com