![]() ![]() |
|||||||||||||||||||||
|
to call or SMS : 012-6544762 |
|||||||||||||||||||||
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas |
Pendaftaran E-Grup |
Permohonan Email |
blog arahkita |
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
|
Hayati
Duka dan Luka Kg Beremban satu dokumentari WTV8 yang benar - benar
menyentuh perasaan kita
Inilah hasil kezaliman di Kg Beremban - fikirkan di mana nilai kemanusiaan Khir Toyo
|
|||||||||||||||||||||
|
Lagi rekod buruk untuk Malaysia Kini terbaru majalah antarabangsa The Economist (melalui The World in 2007, sebuah terbitan tahunan) menerbitkan Indeks Demokrasi 2006. Indeks ini mengukur tahap demokrasi 167 buah negara di dunia. Pengukuran tahap ini melibatkan lima indikator atau petunjuk iaitu yang melibatkan proses pilihanraya, hak asasi dan kebebasan, proses pengurusan kerajaan, penglibatan politik dan budaya politik. Dari ukuran yang dibuat kajian ini telah mengkelaskan 167 buah negara itu kepada 4 kategori iaitu: pertama negara demokrasi penuh iaitu melibatkan 28 buah negara, kedua negara yang demokrasinya tercemar iaitu melibatkan 54 buah negara, ketiga negara yang bercampur-campur amalan demokrasinya iaitu melibatkan 30 buah negara dan akhirnya negara otokratik atau kuku besi iaitu melibatkan 55 buah negara.klik sini |
|||||||||||||||||||||
|
Ura - ura tersebar luas bahawa Khir Toyo akan tergugur di Selangor. Maka ramai mangsa - mangsa beliau akan bersorak gembira dan akan terus meng-amin-kan agar Khir Toyo digugurkan kerana beliau adalah manusia yang tidak mempunyai peri kemanusiaan langsung. Sungguhpun begitu tindakan Khir melanggar saranan Pejabat Perdana Menteri - yang memohon kepada beliau untuk menangguhan perobohan rumah di Kg Beremban Ampang atas alasan yang dirasakan sesuai menunjukkan sikap biadap dirinya dan sikap ini pasti menunjukkan bahawa beliau BUKAN ORANG PAK LAH dan mungkin sudah siap sedia membawa Selangor untuk menolak Pak Lah dalam politik. Surat permohonan penanggungan dari pejabat Perdana Menteri ditandatangani oleh Ahmad Hj Yaacob ( Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Perdana Menteri ) bagi pihak Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri tidak diendahkan langsung baik oleh Khir Toyo mahupun Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Dato Hj Mohd Mokhtar bin Hj Dahlan, EXCO Perumahan , Pengurusan Bangunan dan Setinggan. Lihat salinan surat tersebut klik sini . Tindakan memperlekehkan Jabatan Perdana Menteri yang mewakili Perdana Menteri Malaysia jelas mengaibkan Pak Lah dan ini hanya menunjukkan bahawa Pak Lah tidak lagi dapat mengawal atau hilang pegangan. Kalau surat dari Pejabat Perdana Menteri tidak dilayan, sedangkan ini adalah 'authority" tertinggi maka apa sebenarnya yang ada pada Perdana Menteri kita Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Ini akan hanya memberi indikasi "Pejabat Perdana
Menteri" tidak boleh diharapkan langsung apabila ianya melibatkan
kesengsaraan rakyat. Ini memberi kesan buruk kepada Pak Lah dan
kesan sebeginilah yang akan mampu mencalar kepimpinan Pak Lah
setidak - tidak kepada hampir beratus - ratus keluarga di Selangor.
Inilah dia era kepimpinan Pak Lah yang sepatutnya penuh dengan
timbang rasa dan semangat keperihantian kepada rakyat jelata.
www.umno-reform.com
memandang serius insiden pemusnahan Kg Beremban sehingga ada yang
cedera dan dimasukkan ke wad ICU hasil perlakuan FRU. Mungkin benar
Pak Lah hilang pegangan keatas pegawai - pegawai beliau atau
mungkin benar ini adalah satu tindakan Khir Toyo untuk memalukan Pak
Lah. Hasilnya rakyat teraniaya. Ayuh kita campakkan Khir Toyo
sebagai nama yang buruk dalam
www.umno-reform.com sehingga kita dengar penjelasan beliau yang
tidak berhati perut.
klik sini |
|||||||||||||||||||||
|
Jamuan Hari Raya berjuta ringgit?
Pada kali ini DPPWP bersama rakyat menyeru agar
Kerajaan turut berjimat cermat. Kita tidak mahu Pemimpin kerajaan
cakap berdegar-degar tentang Jimat Cermat tetapi dalam masa yang
sama ekornya bergelumang dengan tahi. Ibarat menepuk ke air,
terpercik jua ke muka sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata
rakyat-Kerajaan yang lebih.klik
sini |
Komen Sang Kelembai isu Kg Beremban menarik perhatian
kami di www.umno-reform.com |
||||||||||||||||||||
|
Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah mendesak kerajaan memantau beebrapa pertubuhan NGO termasuk SIS atau Sisters In Islam. Sekitar bulan Mei 2006 Blog : http://shaifulbahri.blogspot.com telah memaklumkan kepada kami bahawa bantahan mempersendakan Jabatan Agama Islam yang dihantar kepada Zainah Anwar sendiri telah ditolak dengan rangkaian kata - kata " go to hell" dan semua usaha untuk memaklumkan mengenai Sisters In Islam biar dihantar kepada menteri atau Perdana Menteri sekali gagal mendapatkan maklumbalas. Sungguhpun begitu berikut adalah kiriman moderator blog tersebut kepada kami. Inilah dia Sisters In Islam tetapi malang organisasi ini seakan mendapat kekebalan khusus. klik sini
|
|||||||||||||||||||||
|
RAKYAT DAPAT KAIN BURUK
Kita juga faham yang kokokan itu melengkapi politik
cium tangan yang menjadi budaya walau pun itu adalah semata-mata
lakonan di pentas parti itu. Hari ini mereka
mencium tangan dan tunduk kepada Abdullah,
esok, mereka jugalah yang akan menyepak pemimpin mereka sendiri
tatkala sang pemimpin sudah tidak lagi punya kuasa. Demikianlah
Perhimpunan Parti itu yang semakin jauh tercabut daripada adab dan
kebijaksanaan. Kalau mereka menyusun pantun atau madah, semua itu
hanya tempelan belaka, tanpa apa-apa erti mau pun nilai. Erti
kebijaksanaan bangsa yang antara lain menekan betapa pentingnya
bercakap benar dan menegakkan yang hak, walau pun di hadapan
pemimpin yang zalim, sudah lama terkubur.
klik sini |
Email terima Kenapa Datuk Azhar tidak hapuskan fitnah dengan kalimah shada klik sini Hanya berkobar - kobar dalam perhimpunan UMNO orang Melayu, satu lakunan. klik sini
RADEN JOWO Tetapi tiada cara lain, selain dari merobohkan rumah mereka sebelum penyelesaian dicapai. Hebat sangat kah kemajuan yang hendak dicapai sehingga menitiskan air mata anak kecil kesejukan di malam yang dingin selepas hujan yang berterusan? klik sini |
||||||||||||||||||||
|
Tragedi Kampung Berembang Ampang Norhasliana Bt Osman, dimasukan ke wad ICU kerana dipukul oleh FRU, beberapa orang ditahan dan diberitakan antaranya adalah, 15 anak muda berbangsa Cina , 6 Melayu dan 1 berbangsa India kerana memperjuangkan isu kemanusiaan untuk 80 keluarga Melayu. Semua insiden ini berlaku dalam bulan syawal sewaktu anak - anak sedang khusyuk mahu menduduki peperiksaan, Kg Beremban Ampang - kawasan Azman Wahid wakil rakyat Bukit Antarabangsa, menantu kepada Datuk Mufti Shuib Ketua Bahagian Ampang menutup kedua - dua belah mata atas kesengsaraan yang ditimpa mereka. Rasanya baru seketika Datuk Mufti Shuib berapi - api memperjuangkan Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 - isu semangat Melayu kelas 3 dan berbagai lagi isu mengenai perjuangan Melayu, akhirnya MELAYU ITU JUGA JADI MANGSA. Gambar ini adalah antara beberapa gambar yang akan kami paparkan kelak bagi menunjukkan erti perjuangan Melayu yang dipertunjukkan - dilakunkan - digambarkan sewaktu persidangan Agung UMNO 2006.
Dimana perjuangan itu? Apa maksud keris terhunus dan apa erti kita membicarakan perjuangan Melayu itu. Mereka tidak berada - mereka salah kerana hidup merempat - mereka mahukan yang terbaik dan mereka mahukan pembelaan. Adakah tidak ada cara lain selain dari menyiksa mereka - tidak sempatkah untuk berunding mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini. Adakah mereka pengemis yang tidak perlu dilihat - tidak perlu difikirkan. Sekali lagi MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ) menjadi "hero" pada kontraktor - kontraktor , pemaju dan hamba kepada orang yang berkuasa dan TIDAK PADA RAKYAT MELAYU !
Tidurlah, buaikan mimpi melihat negara ini aman sejahtera, pemimpin peka masalah rakyat, pemimpin sedar kesengsaraan rakyat dan kirimkan salam kepada anak - anak Cina yang bangkit mempertahankan 80 keluarga Melayu sedang kepimpinan Melayu sebok memperjuangkan Melayu dalam Dewan PWTC dengan laungan HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! |
|||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
Tamat sudah perhimpunan - apa konklusinya Maka jangan mimpilah kalau kita mahu katakan bahawa Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk 1 penggal kerana Pak Lah akan tetap memimpin selagi hayat dikandung badan dan selagi sihat bergerak maka selagi itu Pak Lah akan memimpin negara ini. Kita akan terus melihat Pak Lah dalam sebagai Perdana Menteri beberapa penggal selagi selagi mampu wang saku rakyat menjadi jaminan. |
|||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||
| Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1| Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | |||||||||||||||||||||
|
Penafian editor |
|||||||||||||||||||||
|
www.umno-reform.com |
|||||||||||||||||||||