![]() |
|
|
||||||
|
Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606** Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com) |
||||||
|
|
||||||
|
Kami
akan menggekalkan artikel Hikayat Khairy Jamaluddin sehingga habis edisi
Hikayat ini oleh www.malaysia-today.net.
Di samping itu kami juga akan menyiarkan beberapa artikel mengenai Khairy
dalam ruangan khas ini. Kami akan menyusun Hakiyat ini menurut episod yang
akan memudahkan lagi pembacaan |
||||||
|
Isu gadis warga China di bogelkan - Norashima wanita Melayu yang turut di bogelkan.
Heboh gadis warga China di bogelkan dalam "Lock up " polis.
Hari ini video rakaman melalui telefon bibit di serahkan sebagai bukti.
Musa Hassan kecewa, Pak Lah turut kecewa dengan tindakan tersebut.
Perkara ini terselongkar dan tindakan ini dikatakan memalukan. Namun
sebelum ini tindakan yang serupa ini wujud dan justifikasi tujuan dila
Editor1 www.umno-reform.com Anuar Mohd Nor dalam mengulas isu tersebut mengatakan, ini merupakan satu kenyataan terbuka datang dari satu organisasi yang tertakluk dalam ruang lingkup UMNO yang kini nampak betapa seriusnya gejala rasuah dan betapa perlunya pihak seperti BPR bukan sahaja dikatakan telus tetapi nampak telus dari segi kedudukan mereka. Ini mungkin langkah awal prowaris. Diharap organisasi ini - Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), akan bertindak lebih berani lagi dalam menjadi pemantau - kepada isu - isu rakyat. Saya percaya langkah - langkah perubahan dalam UMNO sudah mula menular di kalangan anak - anak Melayu - profesional atau bukan profesional. SAya harap kita dapat bersatu untuk memantapkan lagi perjuangan bangsa.
|
||||||
|
Siasat Laman Web Ajar Rakyat Malaysia Proses Dadah |
||||||
|
Mesej ini di hantar kepada kami -
kepada beliau kami di
www.umno-reform.com
sudi berbincang dengan beliau mengenai apa yang ingin di sampaikan oleh
beliau kepada kami. |
||||||
|
|
||||||
|
Pembudayaan semula - Nik Aziz perlu letak jawatan
Saya tertarik dengan laman ini. Ini adalah kali kedua
saya melayarinya. Saya terpanggil untuk turut memberi pendap Perubahan yang paling penting bagi saya adalah untuk Tuan Guru Nik Aziz meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baru yang kekal berteraskan Islam tetapi membawa budaya baru di Kelantan. Sungguh pun bagi saya tidak benar Kelantan menolak pembangunan tetapi pembudayaan semula ( mengambil kata - kata Dato Ibrahim Ali ) perlu di kaji. Pembudayaan semula ini perlu bagi membuka mata rakyat Kelantan mengenai realiti sebenar kedudukan Islam dan kedudukan Melayu dalam era yang begitu mencabar sekarang ini. Kongkongan dari melihat tidak akan membawa kita kepada kebijaksanaan dan kongkongan dari mengetahui akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Kelantan sungguhpun nampak seperti ketinggalan dari segi pembangunan fizikal tetapi yang lebih mengerunkan adalah ketinggalan dari segi pembangunan minda . Susur kebudayaan yang masih tersekat, tidak berkembang dan terbatas menyebabkan Kelantan terus tersisih. Saya tidak katakan penukaran kerajaan - tetapi sekiranya Kelantan masih terkongong dalam kelompok budaya bias maka evolusi budaya itu tidak akan berlaku dan rakyat Kelantan akan hanya tercicir dalam konteks kekakuan budaya. Sekiranya ini berlaku dan disedari maka rakyat Kelantan sendiri harus memikirkan keperluan perubahan termasuk perubahan kerajaan sekiranya perlu. Kita kadang - kala lupa bahawa konfigurasi budaya itu perlu - bagi memantapkan pemikiran - mematangkan perlakuan agar bangsa itu dapat bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain dalam erti kata pembangunan. Konfigurasi budaya itu tidak pula bermaksud lencongan budaya - tersasar akidah dan tercemar keimanan. Ia nya hanya menjana perlaksanan perlakuan - pemikiran dan kemantapan ilmu yang mampu menjana pembangunan dari segi apa pun dengan paksinya tetap serupa yakni Islam. Saya mampu menceritakan lebih banyak lagi dari segi pembudayaan semula yang bagi saya satu elemen yang terlepas pandang oleh kerajaan dalam membicarakan mengenai isu kenapa Melayu masih di situ. Insyallah akan saya ulas di lain masa.
Namun bagi saya - Tuan Hj Nik Aziz Nik Mat harus secara
serius memikirkan untuk melepas jawatan Menteri Besar Kelantan untuk
memberi laluan kepada generasi baru memimpin. |
||||||
|
||||||
|
Kemenangan UMNO di Pengkalan Pasir N12 perlu untuk UMNO atau rakyat Kelantan? Ini pilihanraya luar biasa dan jentera Barisan Nasionl perlu berkerja secara luar biasa untuk memenangi Dun ini , demikian kata - kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Najib Tun Abdul Razak. Apakah UMNO perlu di beri peluang oleh rakyat Kelantan untuk menerajui Kelantan? Desakan kemenangan ini perlu untuk UMNO atau perlu untuk rakyat Kelantan? UMNO dalam kempennya mendesak rakyat Kelantan untuk mengubah angin kepimpinan negeri itu supaya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dapat memajukan Kelantan dan dapat membawa Kelantan keluar dari kemelut kemiskinan. Rakyat Kelantan perlu merasai pembangunan seperti pembangunan negeri - negeri lain dalam Malaysia. Asas penukaran kerajaan - setidak tidaknya dengan kemenangan ini dapat mendesak pembubaran kerajaan PAS Kelantan dan memberi peluang kepada rakyat Kelantan berubah untuk memilih UMNO demi kemajuan. Perjalanan kempen itu akhirnya serupa seperti setiap kali UMNO berkempen di Kelantan - Ini penting untuk pembangunan Kelantan. Persoalan yang perlu kita bahaskan untuk pilihanraya Pengkalan Pasir Kelantan - Apakah kemenangan Dun N12 Pengkalan Pasir ini penting untuk rakyat Kelantan dalam usaha untuk membawa Kelantan menikmati pembangunan - Klik Sini untuk beri pendapat atau untuk memasti pendapat di terima email kami di editor1@umno-reform.com
|
||||||
![]() Kemelut antara keuntungan - kelemahan pentadbiran MAS dan komen kesatuan sekerja MAS akhirnya menyebabkan Siti Nurhaliza - penyanyi profesional Malaysia mempertimbangkan untuk menyaman Kesatuan Sekerja atas isu tajaan MAS sewaktu mengadakan konsert di Royal Albert Hall London. Menurut akhbar The Malay Mail Nov 19 2005, Siti Nurhaliza sedang mempertimbangkan untuk menyaman kesatuan sekerja MAS sebanyak 100 juta kerana kenyataan mereka melibatkan kritikan tajaan MAS terhadap beliau semasa beliau mengadakan konsert di London. Siti dalam kenyataan The Malay Mail mengakui menerima penajaan tiket sebanyak RM 60,000 untuk konsert beliau di London. Kesatuan Sekerja dalam memberi komen terhadap kerugian MAS menimbulkan soal - soal keputusan penajaan dalam waktu MAS menghadapi kerugian operasi mereka. Kesatuan Sekerja sebelum ini mengeluarkan kenyataan - pekerja tidak harus di persalahkan dalam isu kerugian MAS. Pentadbiran MAS seharusnya mencermin diri dan dalam kenyataan itu menyebut mengenai penajaan artis dalam mengadakan konsert di London antara lain menyumbang kepada kerugian MAS. www.umno-reform.com telah mengambil inisiatif untuk bertanyakan kepada beberapa wakil kesatuan sekerja mengenai tindakan Siti Nurhaliza ini. Apakah beliau sekarang ini besar kepala - tidak peka atau sebenarnya tidak mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Mungkin beliau lupa kesejahteraan ekonomi pekerja akan juga memberi ruang pendapat untuk Siti Nurhaliza dari segi penjualan album dan kehadiran konsert. |
|
Siti Nurhaliza - tindakan besar kepala 1 juta sedang di pertimbangkan sebagai nilai tuntutan saman Siti Nurhaliza terhadap Kesatuan Sekerja MAS. Tuntutan ini sedang i pertimbangkan sekiranya Kesatuan itu tidak memohon maaf mengenai kenyataan penajaan MAS kepada beliau. Apa kata kesatuan sekerja lain mengenai tindakan Siti mahu menyaman Kesatuan Sekerja MAS terseut dengan nilai 1juta.
" Beliau menerima penajaan dan menurut laporan The Mala |
||||
| Kongres Kepentingan Melayu | ||||||
|
20 NGO bergabung tenaga untuk menganjurkan Kongres Kepentingan Bangsa Melayu hasil dari keributan isu kegagalan Dasar Ekonomi Baru pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu. Pengerusi Kongres memaklumkan dalam kenyataan media beliau bahawa tujuan kongres ini adalah bagi membincangkan mengenai kepentingan orang - orang Melayu di negara ini. Kewujudan Kongres ini yang kononnya terkeluar dari kepompong UMNO secara khusus dan melibatkan NGO hanya memberi indikasi bahawa kehadiran Kongres ini adalah bagi menampung kegagalan perjuangan UMNO dalam menjaga kepentingan dan hak - hak orang - orang Melayu. Tengku Razaleigh memberi gambaran bahawa kepentingan orang -orang Melayu semakin terancam sungguhpun perlembagaan memberi peruntukan khas untuk hak keistimewaan orang - orang Melayu.
Mampukan Kongres ini melakukan perubahan Persoalan utama yang mahu di persoalkan oleh www.umno-reform.com mengenai kongres ini adalah sifat dan arah perjuangan mereka. Apakah sebenarnya mereka merupakan pemangkin kepada perjuangan Melayu yang diterajui oleh UMNO atau mereka percaya UMNO gagal perjuangan menuntut hak - hak Melayu yang semakin terhakis. Apa sebenarnya yang di harapkan dari kongres 2 hari tersebut - 16 - 17 Disember atau ianya akan tinggal kertas kerja yang akan terus di ulangi pada tahun - tahun akan datang setelah Melayu terus didapati terpinggir dari kejayaan Malaysia. www.umno-reform.com tidak menolak harapan dan hasrat Kongres tersebut tetapi kami tidak mahu ianya satu lagi langkah retorik yang mendabit dada mengenai perjuangan Melayu sedangkan Melayu sebenarnya masih di situ - di tepi - tepi dan di celah - celah kemajuan negara ini. Pesimistik kami adalah gerak kerja selepas kongres. Setakat menyerahkan kerja yang menjadi memorandum kongres kepada UMNO tidak akan membantu Melayu. Tindakan dan gesaan selepas itu merupakan aktiviti yang perlu diambil dalam memperjuangkan hak orang - orang Melayu. Pelayar www.umno-reform.com. Demi kepentingan Melayu , hak - hak Melayu sila beri pendapat secara terbuka kepada kami mengenai kewujudan kongres ini dan sama ada kongres ini dapat membantu mencari - memperbaiki serta memperjuangkan agenda Melayu. Untuk menghantar pendapat sila email kepada kami editor1@umno-reform.com |
||||||
|
Hishammuddin - psikologi feudalisma |
||||||
|
Apakah perubahan tak kala itu berterusan atau apakah perubahan yang sebenarnya adalah pengunduran Pemuda UMNO ke belakang dan kepimpinan Dato Hishammuddin mampu di gelar berpersonalitikan kepimpinan psikologi feudalisma yang tidak menguntungkan perjuangan orang - orang Melayu malah menjerumus kepada perbuatan laungan beliau sendiri - sebagai satu pengkhianatan kepada Melayu. Dato Hisham harus melihat kembali erti penubuhan Pemuda UMNO pada 26 Ogos 1949 - bertempat di Seberang Perai yang mana tercetusnya Perikatan Pemuda UMNO yang menjadi teras harapan golongan Melayu pada waktu itu. Tindakan Pemuda sewaktu itu berterusan membela tanpa takut malah penuh berani dan yakin asalkan ianya berlandaskan kepentingan Melayu dan agenda orang - orang Melayu. Hari ini Dato Hishammuddin terus di atas - mengambarkan kepimpinan feudalisme yang mengambil jarak bukan sahaja kepada rakyat malah kepada Ketua Pemuda Bahagian sendiri. Ironisnya beliau adalah antara mereka yang sering berteriak dengan penuh semangat kepahlawanan mengenai agenda Melayu yang tidak boleh di kompromi. www.umno-reform.com pernah menemuduga seorang Ketua Pemuda Bahagian ( Perak) yang secara terang dan berani mengatakan bahawa - Dato Hishammuddin adalah kepimpinan "remote control". Sebagai Ketua Pemuda Bahagian untuk berhubung dengan beliau adalah ibarat merapat sembah. Sebaik sahaja Datuk Hisham selesai dengan agenda kerisnya Pemuda UMNO di hubungi secara rawak oleh editor www.umno-reform.com untuk bertanyakan apakah "teruja" semangat mereka dengan kata - kata Dato Hishammuddin? Jawapan Ketua Pemuda tersebut mudah - perkara yang sama - di ulangi - terus di ulangi - namun perlaksanaan tidak pernah atau belum bermula. Gelanggang sahaja yang mampu di buka - langkahnya pincang mendukacitakan. www.umno-reform.com pernah menghantar berita mengenai siapa Ketua Pemuda itu melalui pesanan SMS mereka yang mendaftar dengan kami. Hari ini kita lihat banyak isu - isu Melayu yang sebenarnya terkikis hak - hak mereka - menjarakkan Melayu dari memegang kekuatan politik dan ekonomi. Isu Melayu di halau - terpinggir dan terus dimamah oleh mereka yang mementingkan imbuhan pemegang saham dan elaun pengarah terus berleluasa dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO gagal dengan beraninya menghunus keris membicarakan isu kepentingan Melayu. Pemuda UMNO beralih angin. Kepentingan utama - menjaga kedudukan - bertindak berterusan menjaga kepentingan politik - seakan dimamah masa dan yang lebih menakutkan adalah memperniagakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri atau agenda tersembunyi. Isu - isu seperti apa yang belaku di Pulau Pinang yang di bawa oleh Ketua Pemuda Bahagian tidak langsung di hiraukan. Notifikasi yang dihantar kepada ISA BIN NIKMAT - Pegawai Perhubungan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk di sampaikan kepada Dato Hishammuddin tidak mendapat maklum balas. Malah mungkin merapat sembah kepada kepimpinan beridentitikan feudalisma ini adalah cara untuk kita bertemu tetapi tidak untuk kita mendapatkan maklum balas dari beliau. Mungkin jawatan Perhubungan Awam itu sendiri diertikan sebagai penyimpan mohor besar Raja - Raja. Hisham - komunikasi satu hala Ungkapan biasa Datuk Hishammuddin - saya tidak akan layan - sudah beberapa kali kedengaran. Sejurus tadi ungkapan itu di ulangi lagi dalam persoalan Bahasa Inggeris untuk Matematik dan Sains. Sebelum ini kenyataan - saya tidak akan layan adalah berkenaan isu ras yang dibangkitkan. Apa yang agak jelas ialah Datuk Hisham lebih gemar dengan konsep komunikasi satu hala - beliau keluar kenyataan - tidak mahu di sanggah dan tidak boleh di perdebatkan. Malah tidak ada satu sesi debat yang dihadiri oleh Dato Hishammuddin. Sungguhpun mungkin kami terlepas pandang - tetapi tidak ada satu sesi debat perdana yang di hadiri oleh beliau selaku Ketua Pemuda UMNO. Malah dalam era rancak perang politik - Datuk Hishammuddin tidak gemar berhadapan bila di undang selaku pendekar untuk memperjuangkan keutuhan UMNO. Ini memungkinkan kita melihat Dato Hishammuddin melanggar erti dan asas tanggungjawab memimpin Pemuda UMNO. Pembawakan ini kemungkinan membawa arus baru dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Budaya kompromi - budaya agihan sesama baik kuasa dan nilai - nilai lain meletakkan perjuangan bukan sebagai satu perjuangan tetapi sebagai satu pengemudian politik yang tidak akan menemui jalan mula untuk dilaksana. Apakah budaya ini - kepimpinan jarak jauh - psikologi feudal akan menajdi pertaruhan beliau untuk jawatan lebih tinggi dalam UMNO khususnya Naib Presiden atau Timbalan Presiden kelak. Apakah pertaruhan ini akan di terima oleh ahli - ahli UMNO sekiranya kita sedarkan kepada mereka bahawa kepentingan memilih adalah untuk memastikan kepimpinan itu dinamik dan pro aktif. Yang penting - apakah ini menguntungkan orang -orang Melayu. Sebenarnya pelbagai sifat kepimpinan perlu di uji dalam kita memilih kepimpinan. Selain dari itu pelbagai initiatif perlu di ambil oleh mereka yang mahu menjadi pemimpin perlu dilakukan. Ukuran perjuangan bukan dengan kemenangan sahaja - tetapi usaha keberanian untuk memperjuangkan sesuatu isu dan hasrat - dalam konteks ini Melayu. Hari ini - setakat ini Dato Hishammuddin masih terus kabur - hanya pengemudian politik sahaja dapat membantu beliau untuk terus relevan alam politik tanah air. Pengemudian itu termasuk rundingan dan aturan. Namun kepada ahli UMNO Malaysia - penyelidikan identiti dan personaliti Datio Hishammudin perlu di buat - samada beliau layak atau cukup setakat mengakhiri ketangkasan beliau dalam Dewan PWTU dengan laungan Hidup Melayu dan Keris di julang tanda perjuangan akan bermula tetapi belum tentu bila. Bagi beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang telah di hubungi oleh www.umno-reform.com - kami akan terus menghubungi anda untuk terus mendapatkan gambaran yang benar mengenai pahlawan kita dalam Pemuda UMNO - Dato Hishammuddin - penetapan budaya feudalisma dalam Pemuda UMNO Malaysia.
|
||||||
|
Kelantan tidak perlu pembangunan tanpa nilai - elok di mata sakit di hati |
Kegagalan polisi dan misi politik Melayu sendiri - kegagalan siapa? |
|||||
|
Hari ini Kelantan menyaksikan janji kedua - dua parti yang akan bertanding. Masing - masing menggunakan isu - isu hangat untuk mengaut undi. UMNO menjanjikan pembangunan dan PAS dengan landasan Islam mereka. Apa pun rakyat Kelantan akan menjadi penentu. Saya cuma berharap - pembangunan yang mahu dikecapi oleh UMNO dalam kempen mereka harus menyeluruh. Pembangunan yang mahu di capai harus memberi erti kepada rakyat Kelantan. Kita tidak mahu bangunan pencakar langit - sedap di pandang tapi sakit di hati. Apa yang kita mahukan adalah erti pembangunan yang melibatkan kemudahan kepada rakyat. Kita mahukan kerajaan yang perihatin kepada kesusahan rakyat dan memberi rakyat peluang kedua dalam mengusahakan pembangunan mereka. Apa yang kita mahukan adalah keadilan kepada rakyat Kelantan - mereka berusaha dan mereka patut merasa. Kita bukan menuntut pembangunan fizikal semata - mata. Pembangunan yang akhirnya menyolok saku rakyat Kelantan. Kita tidak mahu pembangunan yang mengurangkan nilai sebenar wang saku yang ada. Kita ertikan pembangunan yang mahu di bawa oleh UMNO. Kita mahu sekolah bukan untuk kita dibebankan membayarnya. Kita mahu jalan bukan untuk rakus mengenakan tol, kita mahu perubatan bukan untuk dibayar tinggi kos nya. Apa lah erti pembangunan kalau semuanya harus ditanggung oleh rakyat Kelantan. Apa erti pembangunan kalau rakyat Kelantan masih bersulam dengan kemiskinan.
Pembangunan bukan ciptaan yang memaksa kita membayar
dengan kadar mahal - jangan pembangunan menjadi buah kepada keseksaan
yang bakal di terima - atas nama pembangunan. |
Dalam menyenaraikan inipun, hati ini masih terasa banyak lagi yang tertinggal kerana terlalu banyak untuk diingat! Semua ini melibatkan orang kita sendiri. Siapakah yang menggagalkan kita melainkan kita sendiri! Orang lain hanya mengambil kesempatan dari kelemahan kita. KLIK SINI |
|||||
|
Penyelarasan tarif air - yang murah mahu dinaikkan - kepentingan siapa yang di jaga |
||||||
|
|
||||||
|
Aduhai Melayu - Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? MALAYSIAN
PLANTATION BERHAD - syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan
utama oleh syarikat Singapura. klik
sini |
||||||
|
|
|
![]() arkib Sang Kelembai KLIK SINI |
Pengerusi Peti Undi Kg Bahru itu seorang pegawai kumpulan A di Kementerian Pelajaran yang sepatutnya di larang bergiat aktif dalam politik parti dan adalah Ketua Ketua Cawangan UMNO dikatakan menjadi kroni rapat Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. Justeru itu semua menjadi halal kerana perhubungan intim beliau dengan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Kelantan. Jika sebaliknya sekiranya beliau menyokong PAS sudah tentu tindakan akan di ambil - di ajukan surat tunjuk sebab atau di pindahkan ke Sabah atau Serawak. UMNO ada peluang untuk menang tetapi orang - orang seperti Ketua Peti Undi Kampung Bahru bakal mengundang kekalahan calon Barisan Nasional.
Sang Kelembai - Terserah kepada Annuar Musa, jika
BN nak memang campak orang seperti ini jauh - jauh - kalau masih sayang
pada kekalahan - simpanlah orang sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
|
![]() |
|
|
|
||||||||||
| |||||||||||
|
Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah
tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan
hanya menghubungi editor1@umnoreform.com
, terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP | |||||||||||
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com