untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 31/03/2007 Sang Kelembai   yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com
 

 

 

 

Pak Lah : Bloggers tidak perlu mendaftar klik sini

 

Kerajaan mahu bloggers berdaftar : Shaziman Mansor klik sini


Dua kenyataan berbeza. Sungguhpun begitu kenyataan Pak Lah tidak mahu menjalankan pendaftaran bloggers buat masa ini amat dialu-alukan. Ini mungkin kelebihan Pak Lah, sungguhpun dia tahu kehadiran blogger hari ini banyak yang mengkritik kerajaan dari pelbagai sudut termasuk dirinya sendiri tetapi beliau masih tidak berhasrat untuk menjalankan pendaftaran paksa. Blogger hari ini ramai yang semakin akur kepada keperluan mereka memikul tanggung jawab dalam melaporkan berita dan pendapat tetapi mereka tidak seharusnya dikepong dengan satu aliran perjuangan atau sokongan. Ini adalah pendapat laman ini, bagi menjawab satu soalan SMS dari pelayar kepada laman ini.
 

 

Sains dan Matematik

Kenapa, bila para cendikiawan menolak penggunaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik, kerajaan masih tetap mahu melaksanakannya. Adakah mereka mempunyai kajian terperinci atau hanya mahu melunaskan beberapa agenda politik? Berikut adalah soalan dari pelayar www.umno-reform.com. Saya percaya tidak akan ada satu justifikasi menarik mampu dijawab oleh kepimpinan UMNO khususnya dari Kementerian Pelajaran.

klonghoy@yahoo.com.my
Mohd Zahri

Pesanan: Kenapakah kerajaan masih tidak mahu menerima rayuan rakyat untuk membatalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kami merasa seperti teraniaya dengan perlaksanaan tersebut kerana apa yang diperhatikan anak-anak kami yang dahulunya cekap matematik tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik yang mudah kerana tidak faham bahasa. Mohon kerajaan fikirkan demi masa depan anak bangsa. Terimakasih
 

 


Dewan Masyarakat keluaran Januari 07 memaparkan satu kisah yang amat menghayati. Kisah anak – anak kepada pelacur jalanan yang nasib mereka tidak ketentuan arah. Isu ini penting untuk kita tangani segera kerana ini adalah benih – benih kepada keruntuhan sosial. Keruntuhan sosial ini mampu memincangkan perkembangan bangsa dan ini seterusnya akan mengganggu gugat pembangunan negara ini. Apalah ertinya pembangunan kalau ia tidak memanfaatkan rakyat dan apa erti kita dalam negara maju sekiranya kita bergelumang dengan masalah sosial.

Sungguhpun begitu kami menerima satu email dari PAS Wilayah Persekutuan yang mendesak agar perkara ini ditangani segera. Kami juga memohon kepada kerajaan untuk segera menangani masalah ini. klik sini

 

 


Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini melepaskan jawatan presiden Gerakan setelah menerajui parti itu selama 26 tahun tujuh bulan. Mungkin dengan melepaskan jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada muka - muka baru akan dapat memberi sedikit inspirasi untuk Datuk Seri Samy Vellu bagi melakukan yang sama tambahan lagi beliau hanya alat seperti yang beliau nyatakan di parlimen.


  • Isu desakan oleh Gerakan, pemecatan Mufti Perak selesai klik sini
     

  • Peningkatan jenayah Kuala Lumpur membimbangkan klik sini
     

  • Ingat desakan PROWARIS klik sini
     

 

Insyallah, bumi dipijak milik kita

 

Machap jadi petanda sokongan Cina


Kerangka yang mengongkong diterima pakai oleh puak kita sendiri. Melayu dimomokkan akan terlucut kemajuan dan hilang kerancakan pembangunan kalau tidak ada kerjasama.

Kononnya bangunan rumah kita pun akan hancur lebur oleh suatu bala seperti pernah berlaku dahulu yang sebab-musababnya disembunyikan langsung daripada generasi masa kini. Pendedahannya menjadi suatu taboo!!
 
Melayu hilang keyakinan diri. Kehebatan dan kegemilangan kesultanan Melaka cerita lama. Justeru kita habis-habisan menghambat hati orang sedangkan hati sendiri memendam, melihat hak kepunyaan kita dirobek, bukan oleh tangan lain tetapi tangan sendiri.

Dunia mengalungkan ke leher kita anugerah ‘tokoh’ masyarakat majmuk. Kita tidak langsung terfikir ‘roots’ kita semakin hanyut. klik sini

 


Persoalan utama adalah mengapa ada aura – ura yang mengatakan 60% undi Cina ini akan berubah. Adakah kerana mereka melihat kegagalan MCA dalam menerajui perjuangan kepentingan mereka? Apakah sebenarnya perjuangan mereka? Adakah Malaysian Malaysia menjadi sandaran perjuangan dan ini akan memberi peluang kepada DAP untuk menjadi landasan perjuangan orang - orang Cina.

Namun ada yang agak pesimis terhadap statistik ini. Ada yang mengatakan undi Cina akan beralih kembali kepada Barisan Nasional bila menghampiri pilihan raya baik umum atau pilihan raya kecil. Cina akan menyusul trend perniagaan dan kemakmuran ekonomi dalam memberi undi, kata sesetengah pihak.

Namun ada juga yang mengatakan bahawa kali ini orang – orang Cina sudah lebih bijak. Mereka akan mengundi parti – parti yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan demokrasi. Mereka lebih tertarik kepada parti yang memperjuangkan atas landasan Bangsa Malaysia dan ini sebenarnya mengerumus kepada parti yang mencadangkan hak keistimewaan orang – orang Melayu di tarik kembali. klik sini

 

Golongan bukan Islam Semakin Berani menyentuh hal-ehwal berkaitan Islam.

   


Lihat bagaimana seorang kafir mempergunakan perkataan mereka untuk kononnya menjaga hati umat Islam, sedangkan mereka bukannya percaya pada Allah. Kes ini adalah kes murtad, dan mereka tidak layak untuk mencampuri hal-hal berkaitan dengan Islam. Mereka dengan berani mempergunakan nama 'Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang' sedangkan mereka tidak percaya akan kewujudan Allah. Mereka juga menggunakan perkataan bahawa 'Islam itu tiada paksaan' dalam memperjuangkan kekafiran seseorang Islam yang murtad. Ini jelas menampakkan bahawa, dibawah pemerintahan UMNO, agama Islam mudah diperlekeh oleh kafir laknattullah...klik sini

Nota : kiriman email. apa pendapat anda dalam isu ini. Adakah wajar dipisahkan anak dengan ibunya dan apakah jalan resolusi terbaik? Hantarkan pendapat ini ke anuarmohdnor@yahoo.com
 

 


Bukan rahsia! Puteri Reformasi Nurul Izzah akan ditentukan dalam kepimpinan Angkatan Muda Keadilan

Heboh akan kehadiran anak Anwar Ibrahim dalam senario politik tanah air. Masanya sudah tiba, demikian kenyataan Nurul Izzah Anwar apabila di temu bual oleh www.malaysiakini.com. Puteri Reformasi itu akan terus memperjuangkan agenda yang dibawa oleh ayahnya Anwar Ibrahim dan hari ini merupakan koordinator di pejabat Anwar Ibrahim. Bertanyakan isu ini kepada salah seorang tokoh reformasi jalanan yang belum mahu namanya disiarkan, beliau berkata " memang Nurul Izzah adalah "Puteri Reformasi" sewaktu bapanya dipecat, difitnah dan di penjara tetapi semua perjuangan tersebut ada kait mengait dengan keluarga. Kita ambil contoh seorang lagi yang bagi saya wajar dinobatkan sebagai puteri reformasi jalanan - Nora Mohd Noor. Beliau hadir kerana terpanggil dengan isu dan keadaan. klik sini

 

 

DEMONTRASI AMAN BAGI MEMBANTAH TINDAKAN BIADAP PARTI GERAKAN


Tarikh : 6 April 2007 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur

Seluruh Umat Islam di Lembah Kelang adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menzahirkan bantahan terhadap kebiadapan Parti Gerakan. Tuan/puan digalakan membawa banner atau sepanduk.Perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas sebarang provokasi dan tindakan subversif yang boleh menganggu keselamatan awam.

Satu LAPORAN POLIS juga akan dibuat bagi MENDAKWA PEMIMPIN PARTI GERAKAN yang terlibat ATAS TUDUHAN HASUTAN DAN CUBA MENIMBULKAN PERBALAHAN ANTARA KAUM DAN AGAMA. Laporan ini akan diadakan seperti butiran berikut.

Tarikh : 6 April 2007 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Balai Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur

Para wartawan dijemput hadir bagi membuat liputan dan salinan laporan.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 

 


http://keadilan2007.blogspot.com/ - laman web ahli Keadilan semakin popular membicarakan mengenai PArti Keadilan Nasional. Menurut pendapat beberapa ahli -  ahli Keadilan laman web tersebut membicarakan perkara penting dalam apa yang sebenarnya berlaku dalam parti. Sehingga hari ini teka teki siapa dibelakang laman web tersebut masih belum terjawab.

Anwar hilang kawalan?

Sementara dua pengamat lagi bersetuju dengan faktor Anwar sebagai sumbangan kepada pembangkang tetapi pengaruhnya kini merosot, kalaupun tidak diragui, khususnya selepas muncul satu demi satu pergolakan dalam PKR akhir-akhir ini.  "Masalah dalam PKR menimbulkan tanda tanya dan memberi mesej yang salah kepada pengundi," kata seorang wartawan kanan di sebuah akhbar pembangkang.  Beliau menyebut kes penarikan diri bekas ketua Angkatan Muda PKR Mohd Ezam Mohd Noor daripada semua jawatan parti dan kemudiannya bergerak aktif bersama sebuah badan anti-rasuah.  "Orang sering menduga, Ezam sebagai orang kanan Anwar tidak akan berbuat sesuatu tanpa keizinan Anwar. Walaupun, dalam politik, selalu juga keputusan seseorang tidak dirujuk kepada pemimpin utama." klik sini

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


 

 


Jangan bakar api ketegangan kaum dan agama
Roslan SMS

Saya kira sikap mencabar dan menghina mahkamah seumpama ini perlu dihentikan serta-merta. Ia nanti akan hanya mencetuskan pergeseran sesama rakyat Malaysia dan akan mengundang ketegangan yang hanya akan merugikan semua pihak. Contohnya apa maksud Presiden Majlis Perundingan Buddhism, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao iaitu Datuk Chee Peck Kiat apabila beliau mencela salah seorang hakim Mahkamah berkenaan iaitu Datuk Suriyadi Halim Omar kerana telah memetik ayat-ayat al Quran dalam menyampaikan hujah kehakimannya.

Kalau beliau mengambil masa mengkaji penghakiman hakim-hakim di negara ini sejak zaman penjajahan lagi beliau akan dapati bukan hanya al Quran malah ayat-ayat dari Bible pun pernah dipetik oleh hakim, mengapa dalam hal ini beliau mensasarkan ketidakpuasan hatinya terhadap al Quran? klik sini

Bumi dipijak milik orang - komen dari Umar

Pulang ke rumah terus aku memasangnya. Selepas menunaikan solat Zuhur, maka aku pun duduk di depan PC dan jariku terus menghidupkannya lalu aku melayari internet. Tangan ini terus klik pada url www.umno-reform.com. Aku sememangnya setiap hari akan mengjengok laman ini. Apabila aku melihat artikel bertajuk 'Bumi dipjak Milik Orang' yang telah dipamerkan selama lebih kurang seminggu yang lalu, entah macam mana aku teringatkan deretan kedai 2 tingkat yang aku singgah untuk membeli barang tadi. Mengapa? kerana aku teringatkan sederetan panjang kedai-kedai tersebut lebih kurang hampir 20 buah kesemuanya, usah kata 2 buah atau 3 buah, bahkan sebuah kedaipun tiada orang Melayu yang memilikinya. Tak kiralah samada sewa ataupun kepunyaan sediri, tetapi malang sekali tiada langsung walau sebuah kedai. klik sini

Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini
 



www.sangkelembai2006.blogspot.com
 



31/03/2007 Ketiga "Musa" ini telah mencorakkan isu semasa yang agak panas yang menyentuh isu - isu kepentingan awam. Dimulakan oleh Musa Hassan yang akan menyiasat kebenaran apa yang tertulis dalan blog Freeweb berkenaan tiga individu, satu di Sabah dan dua di Perak. Mereka ini yang pada awalnya ditahan untuk 60 hari untuk penyiasatan dan kemudiannya tertakluk kepada keputusan atau kelulusan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi menerima cadangan PDRM untuk disimpan dan diberi kursus tatanegara di Simpang Renggam atau dipindahkan tempat kediaman dalam satu kawasan terhad. Malangnya kesemua cadangan itu ditolak oleh Timbalan Menteri KDN dan individu - individu berkenaan dilepaskan, khabarnya kerana ada tumbuk rusuk daripada orang tertentu. Persoalan orang ramai ialah kenapa sebelum ini Timbalan Menteri turut sama bersetuju agar mereka ini ditahan selama 60 hari bagi persiapan kertas siasatan untuk tindakan lanjut seterusnya sama ada untuk dihantar ke Simpang Renggam atau ditempatkan di kawasan terhad (buang daerah cakap pasarnya) tetapi akhirnya membuat keputusan yang berbeza. klik sini
 

 

 


Bumi dipijak milik orang sesi 2 | sesi 1

Elitis bertengkar lagi dan ini semakin berlarutan, maka kita jual tanah - tanah pada siapa saja yang mahu, kita buka kangkang negara ini seluas mungkin untuk sesiapa sahaja yang mahu kerana ini perlu, negara perlu dana asing dan negara perlu memeriahkan pelaburan bagai kupu - kupu malam mencari wang, matlamat itu tercapai dan cara itu terhalal. Lantas di mana Melayu itu sendiri dalam perebutan industri lacuran ini? Menjual sehingga terobek dan akhirnya tersadai menunggu mati.

Kita tidak langsung mahu berbicara mengenai bangsa dan kaum lain dalam konteks yang tertumpu. Kita mahu membicarakan kita, ke mana kita dan arah kita bila kita bersengketa atas rekahan politik menuntut kuasa. Kita membicarakan minoriti kepimpinan biar dari pemegang kuasa atau mencabar kuasa melacurkan bangsa sendiri. klik sini
 

Berakhir matlamat perjuangan Umno? Roslan SMS

Memang pelbagai hujah dan alasan diberikan oleh pimpinan semasa dalam Umno akan betapa perlunya perkara-perkara kritikal yang membabitkan survival bangsa Melayu khasnya dalam ekonomi ini perlu dipergadaikan. Demi kemajuan WPI, demi kemajuan negara, apa salahnya bangsa Melayu mengalah dan bersedia bersaing secara kompetitf.

Mereka yang mungkin bukan ahli atau pemimpin Umno pasti akan melihat perkembangan ini dengan penuh hairan dan takjub. Apakah ekonomi bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak lebih 50 tahun kebelakangan ini sudah hebat, kukuh dan ampuh sehingga sudah tiba masanya untuk kita membuka pintu pagar bagi mencetuskan suasana FREE FOR ALL tanpa kuota, tanpa peruntukkan khas, tanpa apa-apa lagi perlindungan dan bantuan? klik sini

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com