KITA BERSATU SUARA, KITA EDARKAN, KITA BERTINDAK UNTUK SAMA - SAMA MEMBOIKOT BCB AGAR RAKAN PEKERJA KITA TAHU BETAPA MEREKA BERTINDAK ZALIM MENDISKRIMINASI PEKERJA MEREKA. HANYA SUARA KOLEKTIF KITA DAPAT MENGHAPUSKAN SEBARANG PENINDASAN TERHADAP PEKERJA.  KLIK SINI

 

Mahu membuka akaun Bank - menuju ke BCB - HENTIKAN - Jangan berurusan dengan Bank yang tidak bermaruah

INFO RINGKAS - Terdapat tuduhan bahawa Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang di lantik menerajui Putera UMNO adalah tokoh yang mempunyai banyak masalah. Apakah ini benar, www.umno-reform.com disoal? Kami juga dicabar untuk menyatakan sama ada benar atau tidak tuduhan ini. Kami akan cuba menyelongkar apakah ini benar atau tidak sebelum email tuduhan tersebut kami siar tanpa edit. Pelayar www.umno-reform.com juga diminta memberi input kepada persoalan ini : Benarkah Datuk Abdul Azeez yang menerajui Putera UMNO tidak layak? Hantarkan pendapat anda kepada  klik sini atau email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

INFO RINGKAS - Benarkah Zaid Ibrahim telah mengemukakan surat perletakkan jawatan beliau kepada Pak Lah. Ini adalah berita terbaru yang kami terima. 

Dato Amil SallehZaharin Mohd Yassin - bukan soal pemilihan, perbuatan beliau menghina keputusan Lembaga Disiplin. 

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Amil Salleh dalam artikel yang sama di Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa "ketika pemilihan perwakilan itu, saya masih lagi digantung, jadi bagaimana saya boleh menjadi ejen pelobi sedangkan hendak bertemu dengan orang ramai pun saya malu, ZahariZaharin Mohd Yassinn berkata, Datuk Amil Salleh boleh memberi apa sahaja kenyataan secara lisan kepada Lembaga Disiplin. Bagi saya dokumen perasmian 2 cawangan dan majlis Hari Jadi beliau yang di pakej bersama dengan Majlis Meraikan Ulang Tahun UMNO Cawangan serta dan gambar - gambar yang di kemukakan kepada Lembaga Disiplin ada adalah bukti kukuh penglibatan beliau dalam waktu beliau di gantung. Kalau alasan beliau hanya mengatakan beliau malu berjumpa ahli maka itu adalah satu pembelaan yang rapuh dan dapat disangkal oleh ahli -ahli cawangan. Kehadiran beliau menggunakan Pejabat Bahagian dalam masa beliau di gantung tidak langsung melambangkan bahawa beliau malu malah tidak keterlaluan kalau saya diklasifikasikan sebagai perbuatan tidak tahu malu. klik sini 


Isu pendatang tanpa izin - Siapa yang melatah kalau bukan Azmi Khalid sendiri

Mungkin bagi kami Dato Azmi Khalid harus lebih pro aktif dalam menangani isu ini untuk jangkamasa panjang. Jangan buat keputusan berdasarkan mimpi yang di terima semalam. Gariskan apa yang kita mahu sebenarnya dan kemudian ambil tindakan berdasarkan matlamat. Kalau matlamat kita mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing maka cara perlaksanaan harus menuruti dengan matlamat yang kita mahu. Sekiranya matlamat kita mahu mereka berdaftarlantas menghilangkan status PATI dan ini dapat menjaga keselamatan dalam negeri maka ajak mereka keluar mendaftar di Malaysia,disokong oleh kedutaan Indonesia dan semua ini dilakukan di sini. Kami percaya mereka akan hadir ramai -ramai untuk mendaftar bersama - sama majikan mereka. Klik Sini


Mereka memainkan peranan penting dalam senario politik Malaysia. Mampukah Pak Lah bertahan?

Pak Lah tertekan. Zaman pasca Dr Mahathir yang tidak menjanjikan sesuatu yang menarik dalam ekonomi dan politik tanah air. Percaturan politik perlu dibuat dengan berhati - hati oleh Pak Lah. Keretakan hubungan Dr Mahathir dengan Pak Lah semakin ketara. Ekonomi semakin menggugat keadaan. Ahli UMNO, tokoh - tokoh korporat dan rakyat semakin runsing dengan ketiadaan projek dan peningkatan kos hidup. Apakah Pak Lah gagal dalam mentadbir negara. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Mampukah Pak Lah terus berdiam dengan keadaan yang ada? Apakah Pak Lah harus menelan semua kepincangan pentadbiran sebelum ini lantas akan meningkatkan kemarahan ke atas dirinya? Akan terbit



Tan Sri Isa Samad, Ali Rustam di panggil Jawatankuasa Disiplin UMNO
BERITA GEMPAR

Kami telah dimaklumkan melalui email bahawa Tan Sri Isa Samad  dan Datuk Seri Ali Rustam adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Jawatankuasa Disiplin menetapkan 23 dan 24hb Jun 2005 untuk mereka mendengar pertuduhan politik wang mereka. Turut di maklumkan bahawa beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO termasuk Dato Seri Dr Khir Toyo akan di panggil bagi menjawab tuduhan yang sama.  


The Prime Minister Under Siege
Part 1 - Abdullah's Government Shrouded by Malignant Bishops
In conclusion, Abdullah has got a mountain to mould, if he is to ensure his Cemerlang, Gemilang and Terbilang motto survives his first term. He need not look far, the people he got serving him in strategic areas seem intent to see him fail. And this only gives speculators the que to further question his credibility, and whether he is another victim of the Mahathir conspiracy. Clik here



Rasuah Politik, Najib sendiri tidak dimaklumkan

Kedudukan pergelutan ini amat memeningkan ahli UMNO yang rata - rata akan memberi sokongan kepada mereka yang nampak kuat dan berkuasa. Sungguhpun begitu sentimen buruk terhadap prestasi Pak Lah agak menekan Perdana Menteri Malaysia yang kini bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak selesa untuk membongkar beberapa perkara yang pasti menggolakkan UMNO. Pergolakan ini dikatakan perlu untuk menolak prasangka buruk terhadap pentadbiran Pak Lah. Pak Lah akan terpaksa mengumumkan apa sebenarnya berlaku - kenapa situasi ini terjadi dan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab sehingga Malaysia khususnya rakyat Malaysia akan terus berdepan dengan keadaan murung perekonomian negara ini. KLIK SINI

Untuk menghantar pendapat klik sini atau email editor1@umno-reform.com dan SMS kepada 012-6544762

 

FOKUS PEMILIHAN NUBE (KLIKSINI

Pemilihan semakin sengit. Ahli NUBE harus peka dan melihat siapa kepimpinan mereka yang mampu handir untuk membela nasib pekerja dan siapa yang hadir hanya untuk agenda sendiri 

 
Segala isu penindasan BCB klik sini




Menyedari maruah bangsa
Azdy Bin Mohd Arshad

Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain dikuasai bangsa lain.

KLIKSINI  UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

Anwar ... jangan lupa saya, kami dan mereka
Bahari Mustakim
yh_159@yahoo.com.sg

Betapa terusik hati saya mendengarnya, dan terasa bagai tikaman tajam menerjah tulang putih. Bayangkanlah kalau rakyat marhaen (yang setia pada perjuangan) mendengar cebisan kata itu. 

KLIKSINI  UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

 

Nasib Melayu siapa yang mahu membela
shazley_87@yahoo.com

Masalah mereka telah mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan terutamanya akhbar 'The Star'. Kelima-lima pelajar tersebut berasa kecewa dengan keputusan JPA yang telah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Hanya beberapa hari selepas masalah mereka  disiarkan di dalam akhbar, Paklah dan Menteri Pendidikan sendiri telah mencampuri urusan pemberian biasiswa JPA dan hanya kerana itu, mereka telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.  KLIK SINI


Dato Amil di panggil semula oleh Lembaga Disiplin.

Dato Amil dalam kenyataan beliau kepada www.umno-reform.com mengaku membuka kawasan gerai tersebut  untuk memberi peluang kepada Tim Ketua Cawangan untuk mengadakan karaoke rakyat dengan caj RM 1.50 satu lagu. Setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terus berdiam mengenai tuduhan penerokaan tanah secara haram oleh Dato Amil Salleh. 

KLIKSINI UNTUK KIRIM PENDAPAT KLIK SINI

Najib tamatkan tempoh di Kementerian Pertahanan 

Sungguhpun heboh ada rombakan tetapi nampak gayanya Pak Lah tidak mahu memuaskan hati spekulator politik dengan telaan mereka. Namun satu lagi isu yang bakal berkembang dalam senario politik adalah penamatan tempoh atau perpindahan Dato Najib dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Dalam Negeri. Ini mungkin satu lagi spekulasi, namun sudah kuat kedengaran bahawa Dato Najib akan beralih Kementerian. Kita hanya boleh menunggu untuk mendapatkan kepastian perubahan tersebut. Apa pun juga perkara ini terpulang kepada Pak Lah atau mengikut spekulasi lain terpulang kepada mereka di belakang Pak Lah. 

Apa pun mungkin Najib dikatakan boleh memulakan kemasan barang - barang di Kementah untuk memulakan tugas baru di Kementerian Dalam Negeri.


Rumpun Melayu
Harryzal 
Prowaris

Misalnya, keistimewaan Melayu, perkara-perkara yang menyentuh Akta Hasutan kini sering dipersoalkan. Sedangkan, pengurniaan kerakyatan yang diberikan oleh bangsa Melayu dan negara ini kepada para pendatang asing, sepertiman yang termaktub dalam perjanjian sosial (social contract) sebelum merdeka tidak pernah disebut.

KLIK SINI


Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority. 
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
 - Runtuhnya kuasa politik, pengimbangan letak di tangan siapa?  KLIK SINI

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan


Mendefinisikan Pak Lah 3

Siri 3 - Tanya Pak Lah klik sini
Siri 2
- Peningkatan nilai dan erti pembangunan klik sini
Siri 1 - Kembali ke asal klik sini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI

From_Name: Pemuda Reformasi

Subjek: Comment

Pesanan: Tahniah Laman UMNO-REFORM.COM

Siapa kata rakyat tak boleh merobah keadaan di Malaysia ini...ini baru isu air...Kalau semuanya bangkit dan bersatu, sudah pasti kita boleh menyekat segala kenaikan yang membebankan rakyat Malaysia.



formmail.to: umnoreform

From_Email: najnina2003@yahoo.com.sg

From_Name: Nina Najwan

Subjek: Terima Kasih daun keladi buat umno-reform

Pesanan: Terima kasih UMNO-Reform kerana bersama rakyat membantah penswastaan air diseluruh negara. Tanpa mengira apa jua pegangan parti politik, kita sepatutnya mengembleng tenaga memperjuangkan kepentingan rakyat serta menyahkan mereka yang berjuang untuk kepentingan peribadi.Sebagai pengundi berdaftar, yang sentiasa mengundi sejak dibenarkan oleh undang-undang dan sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,saya senang sekali melihat hak rakyat diperjuangkan, tanpa sebarang "prejudis"kepartian. Cadangan Umno-Reform untuk berjuang menurunkan tarif air akan saya sokong. Bukan setakat air, apa sahaja kepentingan rakyat yang diperjuangkan, saya tidak pernah berkata tidak. Terima kasih daun keladi.


Email Mohd Hassan Mokhtar - Tahniah juga saya tujukan kepada laman ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua mereka yang telah bertindak membantah penswastaan air. Saya juga ingin tujukan tahniah kepada satu - satunya laman UMNO ini - www.umno-reform.com yang turut membantah penswastaan air. Laman ini telah mengeluarkan 'FLASH' tidak salah saya sekitar 3hb Jun 2005 dan telah mempamerkan 10 sebab kenapa penswastaan air perlu di bantah. Hari ini laporan www.malaysiakini.com telah mempamerkan berita bahawa kerajaan bertindak membatalkan projek penswastaan air dan menuruti kehendak mereka yang membantah pengswastaan air. Tahniah editor umno-reform.com. Bagi laman lain pro atau anti kerajaan ikut jejak laman ini. Mereka menyokong apa yang mereka fikir baik untuk rakyat biar mungkin tersimpang dari ketetapan kerajaan. Tahniah sekali lagi.


Formmail : Ahli Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Akhirnya air tidak jadi di swastakan. Perjuangan mereka yang anti penswastaan, MTUC, Parti Keadilan Rakyat Malaysia, PAS, gerakan bantah penswastaan air dan laman ini www.umno-reform.com akhirnya membuahkan hasil. Setidak - tidak laman ini, sungguhpun berlatarkan UMNO tetap hadir menyokong program bantah pengswastaan air. Apapun saya adalah peminat laman ini.

Editor www.umno-reform.com

Terima Kasih. Kami memang menyokong gerakan bantah penswastaan air. Bagi pihak www.umno-reform.com, baru malam ini (21/06/2005) (11.41pm) dan melalui email ini,  dapati bahawa kerajaan telah menuruti kehendak mereka yang selama ini membantah penswastaan air. Bagi kami pujian utama adalah kepada mereka yang memulakan siri bantahan. Kami di www.umno-reform.com nampak usaha beberapa gerakan ini dan percaya bahawa penswastaan air akan menyukarkan rakyat khususnya golongan miskin apabila tarif air naik akibat penswastaan. Kami memang meletakkan banner berikut pada sekitar 1hb Jun 05 boleh di lihat (klik sini) tetapi bagi kami usaha membantah penswastaan air dan kejayaannya adalah kejayaan rakyat. Tahniah kepada semua mereka yang secara serius terlibat. Terima Kasih kepada email - email di atas, rasa senang warga www.umno-reform.com mendapat pujian dari mereka dan ini memberi semangat kepada kami untuk meneruskan kehadiran laman ini. Kejayaan adalah kejayaan semua. Apa kata kita usahakan pula agar kadar harga air dapat di turunkan. 


formmail.to: umnoreform 
From_Email: kbdarus@yahoo.com 

Pesanan: Walaubagaimanapun bangga nya kita menjadi melayu, akhirnya pemimpin melayu kini juga yg bakal menghancurkan orang melayu. Suatu hakikat, "tidak akan menjadi kenyataan pemimpin BN diganti dengan parti lain." Kita bangga dengan kenyataan ini. Tetapi, pemimpin melayu kita lupa dan sombong atas kenyataan ini. Atas dasar dan kenyataan ini, parti BN memang menjadi kuat, tetapi parti UMNO menjadi lemah. Bunga-bunga kearah kelemahan tersebut telah mula menyemai bumi dan menampakkan hasilnya. Hasil-hasil nya ialah: orang melayu korporat - menjadi kaya hasil dari menjadi ahli umno - tidak sudi membantu orang melayu. Org melayu UMNO dengki dan tidak mahu membantu org melayu PAS/ Keadilan. Tetapi, orang Cina MCA tetap membantu orang Cina Gerakan/ DAP. Begitu juga dgn orang India. Orang India MIC tetap membantu org India Keadilan /DAP dsb. Orang CINA (MCA,Gerakan, DAP dll) tetap bersatu dibawah satu rumpun. Begitu juga dgn India. Oleh kerana ini, mereka mampu dan mula bergerak jauh tanpa disedari oleh pemimpin Melayu sendiri. Melayu hanyut dalam mimpi ketaksuban dgn UMNO Melayu. Sedarkah kita negeri Kelantan yg selalu di "bang" dan di kondem oleh UMNO Melayu sendiri telah lama mengamalkan "satu rumah mesti ada at least satu graduan".Dan ini telah menjadi kenyataan. Tetapi, pemimpin UMNO Melayu baru nak cetuskan idea tersebut.Sedangkan UMNO Melayu telah lama berkuasa dibawah payung BN. Melayu=duit=rasuah=perempuan=seks=cerai=kawin=proton=handphone=hancur=politik=kuasa=lenyap. Memang Melayu Mudah Alpa, lebih-lebih lagi bila berkuasa..


formmail.to: umnoreform

From_Name: Abu Mansor

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Bagi pendapat saya, fenomena orang bawah tidak berapa nak ikut  Konsep Islam Hadhari ini ialah disebabkan orang terdekat dengan Pak Lah sendiri tidak mahu ikut. Isteri dan anak-anaknya masih lagi gagal  menutup aurat. Bukan berat sangat untuk mengangkat sehelai kain untuk ditutup di kepala. Tetapi........cubalah kita fikir-fikirlah bersama.


email from : isdah

Benar, saya boleh sahkan apa yang dikatakan oleh laman ini betul dalam isu BCB. Mereka melakukan semua ini hanya untuk menindas pekerja bawahan. Mereka sebenarnya cuba runtuhkan institusi kesatuan semata - mata perkara ini dapat di tutup. Itu sebab mereka pecat 10 pekerja mereka supaya isu ini tidak membiak. Kita harus sokong usaha laman ini memboikot BCB.


email from: ally NUBE juga

Tertarik dengan laman umno ini. Ada juga laman umno yang membela pekerja. Ingat semua laman umno ikut aje. Tapi ini lain sikit. Tahniah pada mereka di sebalik komputer ini. Kita mahu suara kita juga di dengar bila tempat lain hanya tunjuk betapa senang hidup di bumi Malaysia ini. 


email from : Jonathan

BCB sack their workers. We will have to deal with this giant the gigantic way. We all should support the quest to boycott BCB. Teach them a lesson. We do this together.


email from : Dr Rao

Idea mengenai elitis pemilik itu amat tepat sekali. Bila kuasa pentadbiran khususnya politik sudah di pegang oleh peniaga maka tugas mereka satu - memperdagangkan rakyat untuk keuntungan. Ini satu teori yang penting untuk kita kaji dan selidik. Kerajaan harus sedar apa yang dikatakan oleh laman umno-reform ini bagi saya benar dan adalah antara penyebab corruption berlaku.


 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

berita sebelum ini  
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com