Blog
Sang Kelembai - sila beri pendapat disana
klik sini |

Salah satu perkara yang tidak diambil peduli oleh orang yang betul-betul
Melayu, ialah definasi Melayu itu sendiri. Melayu seharusnya mempunyai
marga atau keturunan etnik Melayu yang terdiri daripada Minangkabau,
Jawa, Rawa, Mendeling, Malanau, Bajau, Banjar dan bermacam-macam lagi.
Mereka ini bolehlah diklasifikasikan sebagai Melayu Baku.
Tetapi sekarang yang banyak ialah Melayu Buku. Melayu buku membawa erti
Melayu yang tertulis dan ditafsirkan mengikut Perlembagaan Malaysia.
Melayu itu menurut perlembagaan mestilah Islam, berbahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam budaya Melayu. Hasilnya jika bapa atau sebelah
ibunya Melayu dan memehui syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan, maka
jadilah dia Melayu, walau pun samada ibu atau bapanya seorang Turki,
Siam, Benggali dan Arab. Asalkan sudah menerima Melayu sebagai
bangsanya walau pun sudah tidak Melayu gahara lagi mereka diistilah
sebagai Melayu.
Bagaimana pun ada setengah pihak yang telampau cair atau tidak ada
sedikit pun bapa dan ibunya datang dari keturunan marga Melayu. Contoh
yang terdekat ialah orang - orang berketurunan Arab, yang bapanya atau
ibu orang Arab yang dikenali dengan nama Syed dan Sharifah. Dalam
peradapan Melayu, orang Melayu seperti ini sudah dinamakan Melayu
pendatang dan ini dirujuk sebagai DKA ia itu Darah Keturunan Arab, sama
seperti DKK, darah keturunan Keling.
Masalah hari ini orang-orang keturunan DKK dengan DKA sekarang sedang
berperang, Abdullah Ahmad Badawi, yang ada sedikit Keturunan Arab dan
Keling sedang diserang oleh Dr Mahathir Mohamed yang punya keturunan
Keling. Kedua - duanya cuba mempamerkan sikap lebih Melayu dari Melayu
itu sendiri. Dalam masa krisis ini yang sedang meningkat muncul pula
Syed Hamid Albar, yang bapa dan ibunya adalah dari Arab Bogor, kaum
pendatang Indonesia.
Orang-orang Melayu Baku ini, mengambil jalan mudah, mereka
menyedari bahawa beribu tahun dulu, mereka sudah diberitahu akan
perjanjian Sang Sapurba yang mewakili para pemimpin Melayu dengan Demang
Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak. Dalam perjanjian "tidak
akan menderhaka mereka kepada pemimpin selagi kepimpinan itu tidak
menderhaka kepada bangsa itu sendiri".
Inilah kenyataannya sekarang. Dalam saat kedaulatan negara tercemar,
syarikat strategik negara telah bertukar tangan ke Singapura. Ini juga
berlaku di Indonesia dan Thailand. Pengambilan syarikat strategik
negara yang ditelan oleh Singapura adalah umpama kita ditelan oleh
ular lidi.
Bila Syed Hamid Albar seorang Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
yang berjuang untuk Melayu tetapi dalam badannya dia adalah seorang
Melayu Buku, maka dia tidak menyedari sikap sebenarnya orang-orang
Melayu terhadap pemimpin seperti perjanjian antara Sang Sapurba dan
Demang Lebar Daun. Oleh kerana hendak mempertahankan juga Perdana
Menteri yang juga Melayu Buku dengan menganggap orang Melayu masih
ditahap lama, malas berfikir maka pasti mereka akan menerima padahnya.
Dalam Majlis Penerangan dengan UMNO Selangor,sebaik sahaja Majlis Dialog
dibuka, dengan lantang Melayu yang difikir sebagai spesis pengecut, yang
bersikap seperti ular, bila kenyang dan perut membuncit akan duduk diam,
tiba - tiba bangkit dengan sebilangan besar pemimpin UMNO negeri
bersikap seperti ular naga, yang bukan sahaja menunjukkan wajahnya malah
memuntahkan api.
Tanpa segan silu, berkatalah pemimpin UMNO bahawa jika Syed Hamid Albar
bertanding MT kali ini, undi tidak akan diberi kepada beliau. Yang
maksudnya undi tidak diberi, adalah miang keladi yang merosakkan Melayu
baku adalah jenis Melayu buku macam Syed Hamid.
Walau dimana majlis penerangan soal persengkataan Dr Mahathir Mohemad
dengan Abdullah Ahmad Badawi dibuat, orang ramai dan ahli UMNO sudah
mampu membuat konklusi mereka sendiri. Itu sebab apabila seorang
Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata "biar rakyat menjadi orang
tengah" maka semua akan bersetuju, kerana semua orang tahu dalam
pilihanraya hanya ada tiga kelompok.
Kelompok itu terdiri dari putih yang menyokong, hitam yang menentang dan
kelabu yang belum ada pendirian. Sesi penerangan kepada putih yang itu
terdiri dari ahli-ahli UMNO yang dilakukan Syed Hamid Albar di UMNO
Selangor mendapat tamparan hebat. Apa yang berlaku adalah sebalikny,a
dari putih menjadi hitam.
Pada yang hitam dia tetap hitam, dengan kepandaian yang hitam ini akan
membawa putih menjadi hitam dan kelabu pun ikut hitam, akhirnya membuat
orang tengah akan bertindak untuk memberikan sokongan kepada Parti
Pembangkang dan menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dari Sri Perdana.
Jika dia berkeras juga untuk menjadi Perdana Menteri lagi, maka akan
berlaku seperti mana rakyat Terengganu lakukan ,yakni mengeluarkan Wan
Mokhtar Ahmad dari pejabatnya di Wisma Darul Iman di tahun 1999.
Orang Melayu Baku ini adalah jenis orang yang suka menjaga airmuka
lawannya, jarang sekali berlaku kepada Melayu Baku sampai ke tahap dia
tidak berfikir panjang dalam menjaga air muka. Tetapi bila pemimpin UMNO
macam Muhyiddin Yasin dan Nazri Aziz melebihi tahap yang dihadkan, orang
Melayu mula berfikir dan menyebabkan mereka buat renungan semula (bila
merenung mereka akan berfikir) dalam menilai semula sokongan mereka.
Bila mana Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan membela
pendirian mereka, orang ramai dan kelompok yang berminat dalam isu
jambatan tidak menjadi bingung sebalik bertambah cerdik dan faham
akankedudukan perkara yang dipertikaikan oleh Firaun-Firaun
yang diwujudkan oleh UMNO. Akhirnya masalah yang patut jadi
persengketaan diplomatik antara Malaysia dan Singapura sudah
menjadi persengketaan diplomatik antara Tun Dr Mahathir Mohamed dan
Abdullah Ahmad Badawi.
Jawapan pembelaan itu tidak mengikut standard Islam Hadhari, sebaliknya
digunakan oleh Policy Centre Tingkat 4 untuk membelasah Tun Dr
Mahathir Mohamed bagi kepentingan bossnya di Tingkat 5. Cara menjawabnya
langsung tidak ada budi bahasa dan kalau tengok lengok ayat dan
bahasanya jelaslah ini dibuat oleh budak-budak kerana jika dia dibuat
oleh orang dewasa, sudah pasti dia tidak menjawab dengan
memfokuskan kepada persoalan yang ditanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamed,
sebaliknya mereka sepatutnya menjawab tanpa menyentuh nama Tun Dr
Mahathir Mohamed, sungguhpun orang akan tahu ianya dituju kepada
Tun Mahathir.
Apabila JPM menjawab secara begitu, jelaslah memang ada niat Abdullah
Ahmad Badawi dan budak-budaknya (dahulu di zaman Tun Dr Mahathir
Mohamed, budak-budak macam ini dipanggil Leftenant) cuba nak mengikis
nama Tun Dr Mahathir Mohamed dalam persada politik tanah air dan
menimbulkan nama baru yang lebih hebat dan gah seolah-olah slogan
Tradisi Membela Rakyat tidak membawa apa-apa erti sebaliknya yang
penting Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Terserahlah kepada rakyat atau orang tengah, sama ada akan membuat
keputusan kerana kepentingan perut, kerana kepentingan negara atau
kepentingan pemimpin dia setelah mendengar jawapan dalam isu jambatan
ini. Perjalanan ini tidak terhenti dengan keluarnya kertas jawapan
itu. Air yang keruh, diharapkan semakin mendap untuk dijernihkan
tapi nampaknya semakin gelodak kembali. Dalam keadaan keruh inilah maka
ramai orang akan menangguk ikan kerana ikan di dalam air tak nampak
tangguk. Jika Parti pembangkang mengambil peluang menangguk itu adalah
langkah yang betul kerana orang tidak menanguk di air yang jernih,
kerana ikan di air nampak tangguk itu.
Bagaimana pun rakyat jangan tersalah tangguk, kerana ikan yang
sebenarnya yang hendak di tangguk berada di kolam yang lain. Isu
dihadapan kita bukan soal jambatan sahaja, sebaliknya bagaimana anak
Abdullah Ahmad Badawi yang bernama Kamaluddin berkuasa menangguk
di air keruh, dalam saat orang membincangkan politik, dia sibuk menyamun,
merompak dan mengambil semua bisnes termasuk yang dibumi dan
dilangit. Dan yang terbaharu, perniagaan Scommi di Petronas. Khairy
Jamaluddin yang sedang hebat bercinta sekarang sedang mendiamkan
diri, mungkin tengah mengira beberapa banyak briefcase yang bertukar
tangan seperti yang berlaku di Hilton Kuala Lumpur. Pergilah
tengok CCTV di Hilton Kuala Lumpur, kita akan nampak - masuk berlegang
tangan, keluar sudah ada Briefcase. Ada apa dalam Briefcase itu? Sendiri
tanya, sendiri jawablah.
Sang Kelembai: Petua yang ada sekarang, kalau nak kaya cepat,
pergilah ke Kepala Batas, kahwin dengan sesiapa, walau janda
berumur 70an tetapi mesti ada hubungan keluarga dengan Pak Lah.. selepas
itu, minta "sain" surat sokong tender daripada Pak Lah..
Insya-allah akan makbul permintaan itu.