yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 15/09/2006 Sang Kelembai | arkib


Selamat Berpuasa kepada seluruh Masyarakat Islam khususnya kepada pelayar laman web www.umno-reform.com

 

Kembali ke pangkal jalan

   

Kalau "perbalahan" terus berlarutan, Melayu-Bumiputralah yang akan menjadi mangsa; yang akan terpinggir di bumi sendiri, dan mungkin pupus di suatu hari - seperti yang pernah berlaku dengan kumpulan manusia di beberapa tempat di muka bumi ini.

Bila Melayu-Bumiputra terus diuji dan dikesampingkan oleh mereka yang berkuasa dan berkepentingan, tunggulah masa dan padahnya nanti akibat daripada ketidakperhatinan mereka terhadap bangsa, agama dan negaranya. klik sini

 

 

Kesalahan Mahathir syarat menghalalkan perbuatan Pak Lah ?

 

Khairy, liabiliti buat siapa?


Membaca pendedahan laman web pro Pak Lah, satu soalan yang mahu dikemukakan, adakah dengan pendedahan kepincangan Mahathir akan membuat apa yang dilakukan oleh Pak Lah tepat dan benar. Adakah sekiranya tindakan kronisma Dr Mahathir akan menyebabkan sebarang tindakan Pak Lah yang berbentuk kronisma itu halal.

Ini sudah tentu tidak dan bagi pergeseran ini, apa yang kita nampak adalah kedua - dua pendedahan baik Mahathir terhadap Pak Lah dan penyokong Pak Lah pada Mahathir hanya menunjukkan kepincangan mereka yang pernah menjawat dan sedang menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Ini hanya menunjukkan kepincangan dan kepincangan ini akan memberi kesan buruk pada UMNO khususnya pada pilihanraya akan datang. Bagi saya Mahathir sudah tamat tempoh berkhidmat dan hari ini orang yang harus menjadi tumpuan adalah Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia. Pendedahan perbuatan lama Mahathir adalah sejarah yang seharusnya dipastikan tidak berlaku  dalam era pentadbiran  Pak Lah. Ini tidak harus dijadikan budaya setiap Perdana Menteri untuk diamalkan.  klik sini       
 

 

Kenyataan Khairy mengenai sikap masyarakat Cina yang mengambil kesempatan ketika UMNO bergolak mendapat kritikan  khususnya dari Gerakan. Mahu tidak mahu kenyataan beliau tersebut ada kebenarannya tetapi ada yang mengatakan bahawa itu adalah isu sensitif perkauman. Tidak kurang pula dari pembangkang yang mengatakan bahawa ini adalah untuk mengalih pandangan dari isu kritikan terhadap Pak Lah kepada isu perkauman.
klik sini  

 

 

Pendedahan kesalahan Mahathir merugikan UMNO


Kelab Penyokong Maya UMNO kini bertindak membongkar salah laku pentadbiran Mahathir khususnya dalam perlakuan kronisma , nepotisma dan perkara  - perkara yang menjerumus kepada korupsi. Mereka hari ini menyiarkan tindakan Mahathir sewaktu memerintah dengan memberi projek - projek kepada anaknya tanpa tender. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada negarawan Malaysia - bekas Perdana Menteri yang diagung - agungkan oleh ahli - ahli UMNO sewaktu memimpin negara ini. Pendedahan ini sebenarnya lebih memalukan ahli UMNO setelah berhempas pulas melindungi - menyokong - mempertahankan Mahathir sewaktu krisis UMNO 1998. Hari ini kita dalam UMNO sendiri membongkar kesalahan Mahathir dan Mahathir membongkar kesalahan Pak Lah. Ini hanya menunjukkan keburukan UMNO itu sendiri. klik sini membaca pembongkaran kronisma Mahathir  

 

Nazri - terdapat mirip pentadbiran diktaktor sebelum ini

 

Suara rakyat


Nazri makin hari semakin hari semakin terserlah dengan sikap sokong siapa sahaja asalkan memberi manafaat kepada kerjaya politiknya. Bila mahathir memerintah maka Nazri akan menyokong Mahathir biar apa yang dilakukannya dan bila Pak Lah memerintah Nazri akan menyokong Pak Lah biar apa pun perlakuannya, apa pula kalau Ching Peng yang memerintah  - sudah pasti orang seperti Nazri ini akan turut menyokong demi tempat beliau dan kerjaya beliau. 

Sebenarnya pemimpin seperti ini tidak sukar dicari. Pemimpin seperti ini melambak dalam UMNO tetapi pemimpin yang berani menongkah arus kerana mempertahankan rakyat semakin pupus. Kalau benar Pak Lah memberi kelonggaran untuk bersuara - membenarkan diri dikritik - ini menunjukkan hasrat dan sikap Pak Lah yang mahukan kebaikan dari kritikan dan mahu pemimpin kabinetnya bersuara demi kebaikan rakyat MAlaysia. Pak Lah semestinya tidak mahu belatuk yang mengangguk untuk semua perlaksanaan tanpa usul periksa. klik sini

 


Umno gagal dalam penyatuan bangsa

Saya percaya Melayu perlu mengambil sikap berpendirian dan tidak mengadai pendirian mereka semata - mata ada kepimpinan yang memberikan harapan palsu di kawasan mereka untuk menjadi ahli parlimen dan wakil rakyat. klik sini
 

 

Tidak perlu dialog mengenai hukum Islam dengan bukan Islam.

Saya tidak lihat ini boleh membawa keuntungan malah akan lebih mengeruhkan keadaan. Bagi saya ajaran Islam itu perlu ditegakkan dan bagi mereka bukan Islam mereka harus akur dengan hukum - hukum Islam yang melibatkan orang  - orang Islam. klik sini

 

 

Selangor: Negeri Maju yang Bermasalah

 

Lain Lain berita

dipetik dari http://dppsubang.blogdrive.com/
Oleh: Dr Shafei Abu Bakar

Kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal pertama melonjakkan namanya sehingga ia mampu meraih sokongan tertinggi sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno 2003, namun sesudah diberi kepercayaan memimpin Selangor bagi penggal kedua, tiada significant yang dapat dibawa bagi negeri Selangor dan kewibawaannya tidak semakin menonjol, bahkan beliau makin terseret dengan masalah-masalah dan kontroversi di negeri Selangor.

Berhubung dengan konflik yang berlaku antara Mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi, Khir Toyo 'playing safe'. Beliau amat terhutang budi kepada Dr. Mahathir yang memilihnya menjadi Menteri Besar Selangor, lantaran itu tidak terlihat komitmennya yang tinggi terhadap Abdullah, bahkan beliau pernah ditempelak Perdana Menteri pada bulan Februari 2005 berhubung dengan penggondolan tanah di keliling Taman Pertanian (1986) seluas 860 hektar sehingga menjadikan taman berkenaan sebagai pulau di tengah kegondolan tanah oleh 35 pemaju. klik sini
 

 


Pilihanraya kampus perlu dijalankan dengan adil dan telus klik sini

Tolak penggunaan Maxis - petik dari tranungkite.net klik sini

Cadangan penukaran logo UMNO dipersendakan

Melayari laman Ketua Penerangan Keadilan http://tian.keadilanrakyat.org/?p=29 kami terserempak dengan cadangan "perubahan bendera UMNO"

Ini dikatakan oleh beliau sebagai The most prefered logo from the grassroots. Lain Lain cadangan layari sendiri. klik sini

 

 

Kalau kita tidak pedulikan bangsa kita sendiri, tidak akan ada sesiapa akan ambil peduli. Maka jadilah kita bangsa terpinggir di negara sendiri. Kerana itulah penyertaan anda sangat bererti untuk kita sama - sama merintis jalan senada sederap langkah dan sejiwa mara ke hadapan.

DIALOG KONGRES KEPENTINGAN BANGSA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN anjuran Kongres Kepentingan Bangsa dengan kerjasama Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Wilayah Persekutuan klik sini

 

Lagi susah lagi ditekan

Hutang tunggakan Air adalah RM 83.60, kos potong  RM 25.00 dan penyambungan semula adalah RM 25.00. Syabas, SYABAS. Inilah yang dikatakan penswastaan air. Lebih dari 50% kos dari keseluruhan bil tertunggak dikenakan hanya kerana gagal membayar RM 83.60. Tambahan pula, pada bil ini ada tertulis deposit telah dibayar sebanyak RM 100.00.

Bayangkan, mereka tidak membayar bil kerana kesempitan wang. Apabila dipotong caj yang dikenakan melampaui kadar faedah yang dikenakan oleh ALONG. Siapa sebenar lebih ALONG dari ALONG. Inilah perkara - perkara yang memberi sokongan kepada perniagaan ceti dan ALONG.

Adakah sebelum ini, bila kerajaan ghairah membicarakan usaha bagi mengatasi perniagaan ALONG ini satu omongan kosong. Sebenarnya masalah kecil ini memberi kesan besar kepada struktur sosial masyarakat.

Menindas - lagi susah lagi ditekan.

 


Melayu harus mula menerima hakikat sebenarnya. Perpaduan tidak pernah tidak wujud dengan sepenuhnya. Mungkin hanya ada pada waktu Melayu bangkit menentang Malayan Union tetapi setelah itu kita bergolak. Ini bukan tidak baik buat Melayu kerana pergolakkan itu juga akan mendewasakan Melayu tetapi bentuk  - bentuk pergeseran itu adalah perebutan, penindasan dan penipuan kumpulan elit sesama untuk terus meminggir mereka yang tidak tahu dan tidak berada. Dominasi Melayu sekarang terhad pada Melayu Perdana yang mahu menentukan pemilikan kuasa dan meminggirkan perjuangan sebenar. Ini harus dikesali dan mereka ini harus dipastikan gugur dalam menerajui kuasa.klik sini
 

 

ADUAN  - Syarikat Swasta lebih berkuasa

 

Zaharin - Khairy cuma "peon"

Mungkinkah adanya pihak-pihak tertentu yang cuba untuk melindungi Grand Saga? Penduduk penduduk yang sangat marah, telah pun melakukan demonstrasi dimana sebanyak 13 demonstrasi aman sepanjang tempoh empat bulan ini.

Setiap kali demonstrasi aman di adakan pihak polis akan tiba bersama-sama dengan pasukan FRU mengherdik kami supaya bersurai dan menggugut mahu mengangkut kesemua penduduk ke balai dengan tujuan untuk menakut-nakutkan kami semua. Beginikah sikap anggota polis yang sentiasa melaung-laungkan slogan mesra rakyat. klik sini


Temuramah antara wtv8 dengan Ahli UMNO, Zaharin Md Yassin memberi tekanan kepada Empayar Pak Lah. Khairy hanyalah "peon"  kepada mainan Kamalluddin kata beliau. Zaharin dalam temuduga turut menyelar ahli - ahli UMNO yang gagal bertindak dengan idealisma perjuangan yang tepat tetapi bertindak lebih kepada menunggu dan mengharapkan sesuatu dari UMNO. Mereka mesti menolak peribahasa kais pagi makan bagi. Sikap ini wujud khususnya dikalangan ahli UMNO. Saksikan temuduga tersebut di wtv 8
 

 
 

DUNIA akan menuju kepada pergeseran agama?

Suara Rakyat


The Pope quotes the words of Byzantine Emperor Manuel II Paleologus, who said to his Persian interlocutor some 7 centuries ago “Show me just what Mohammed brought that was new, and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached”.

The Emperor went on to say that instead of use of force, one should act with reason and rhetoric to attract new followers to his/her faith. klik sini

Pak Lah jangan jadi mangsa ke 6 Tun Drm
mohdasri abange <abangewinston@yahoo.com>
Kritikan Ahli Parlimen Malaysia terhadap PM adalah sebahagian daripada rakyat malaysia yang tidak berpuashati dengan gaya pimpiman PM sekarang seharusnya ia di bincangkan di parlimen umno dan memberi ruang terbuka kepada bekas pm Tun Drm berucap dipentas umno di hadapan ahli ahli umno demi survival umno demokrasi yang di laung laungkan olih pimpiman umno kami rakyat bawahan tidak ada ruang untuk bercakap hanya sembang kedai kopi saja dan yang berkemampuan sahaja yang melayari internet untuk mengetahui kedua dua hujah sedia maklum arus perdana media adalah di bawah kongkongan pemerintahjangan nampak baik pada zahir sahaja TAPI dalam hati penuh dendam kesumat irihati dengki khianat takbur. Apakah ini laungan yang di war - warkan CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG, apakah ia hanya mainan lidah yang tak bertulang INSAFLAH....demi generasi akan datang apa yang ada hari ini adalah pejuang orang TERDAHULU..
 

 

BUAT TUN DR MAHATHIR
Nukilan oleh: Dato' Fauzi Abdul Rahman
klik sini
 

 

Blog arahkita mengupas artikel - artikel tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com


Melayu dalam bahaya 2006 |Melayu Perdana dan Melayu Hamba | Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 2 | Maka yang tinggal | Hanya alasan | Ketuanan Cina | Cara berbeza ARAH sama | Bak kata Melayu | Cabaran Pak Lah | Definisi Pak Lah 1 | Definisi Pak Lah 2 | Definisi Pak Lah 3 | Masa | Elitis Pemilik | Lupa | Cerita2 | Kemakmuran

Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan Anuar Mohd Nor sila klik sini

 

Artikulis yang menyentuh secara spontan dan sinis politik tanah air - kemas kini terakhir :  15 Sept 2006

Bagi seorang Perdana Menteri yang dikritik hebat oleh Dr Mahathir Mohamed, berita kekalahan Mahathir sudah tentu satu  berita yang menggembirakan dan itu ibarat satu hadiah kepada Pak Lah oleh pembantu-pembantu politiknya terutama sekali  dari Setiausaha Agung UMNO. Beliau yang mengaku hadir hanya untuk melihat itik dan ayam di Kubang Pasu yang kini  diberi makan gandum atau dedak, kerana sebelum ini hanya dijamu dengan lebihan sisa makanan sahaja....


Seperti mana yang pernah dikatakan, yang khianat lebih derita daripada yang kena khianat begitulah keadaan pemimpin  UMNO, bila cuba untuk menafikan berlakunya politik wang dan bermacam-macam bentuk helah untuk mengalahkan Dr  Mahathir Mohamad termasuk ugutan dan perjumpaan - perjumpaan tertutup..
baca seterusnya klik sini
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com