![]() |
|
|
||
|
Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606** Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com) |
||
|
|
||
|
www.umno-reform.com akan kembali beroperasi seperti sediakala mulai 20hb September 2005. Harap maklum. |
||
|
Apakah hari ini Pemuda Keadilan termakan sumpah mereka sendiri? Apakah benar kata - kata antara mereka - Ezam Mohd Nor tidak tahu menilai intan atau permata lantas senantiasa berakhir dengan konflik berterusan dengan mereka yang rapat dengan beliau. Hari ini nada itu sudah berbeza. Pengertian Nihilistik di terima oleh Ezam Mohd Nor atas kepercayaan bahawa tidak ada lawan yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal. Ini adalah politik yang bernada Nihilistik - satu penyamaan dengan politik yang dikatakan di asaskan oleh Dr Mahathir. Apakah kini politik dan arah Ezam menjana kepada apa yang di tentang dahulu? Apakah pada Ezam nilai atau "value" itu sudah tidak penting? Apakah kata - kata beliau sekarang? Kembali
di bacakan untuk Ezam Mohd Nor Hidup di zaman Edan Gelap jiwa bingung fikiran Turut edan hati tak tahan Jika tidak turut Batin merana dan penasaran Tertindas dan kelaparan Tapi janji tuhan sudah pasti Seuntung apa pun orang yang lupa daratan Lebih selamat orang yang menjaga kesedaran Daftar segera taip UR NEWS REG dan hantarkan ke 36606. Katalaluan anda adalah nombor telefon yang di hantar. Sila beri 24 jam untuk katalauan di bentuk untuk membolehkan tuan/puan melayari www.arahkita.com dan sekali daftar sahaja. Laluan akses ke laman www.arahkita.com hanya 50 sen sekali daftar dan tidak akan di kenakan caj lain apabila melayar sepanjang laman itu beroperasi. |
||
|
|
||
|
Terbaru |
||
|
Aduhai Melayu - Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? |
||
|
Tertarik dengan isu DAP mahu saman Pemuda UMNO atas fitnah bahawa mereka beraliran komunis dan gambar di atas adalah punca tindakan tersebut bakal diambil,maka kami menjenguk laman pemuda umno tersebut sepintas lalu. Malang sekali gambar ini kemungkinan telah di tarik balik. KOMEN ANDA - klik sini |
||
|
Kerana itulah kalau kita tolak komen-komen mereka yang
keliru atau buat-buat keliru (termasuklah yang kaki ampu) dalam akhbar THE
STAR hari ini contohnya, kita akan dapati ada juga yang secara jujur
memberikan komen yang berasas berdasarkan realiti hidup masing-masing.
Antara lain seorang bernama Faeez Rahman, 28 yang berkata: |
||
|
Pejuang reformasi ini jawapan Azmin - dipetik dari www.malaysia-today.net
|
||
|
Sampai masa Dr Mahathir di heret ke mahkamah. Kenyataan beliau mengenai Anwar Ibrahim tidak lagi di buat dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim harus sedar bahawa penyokong - penyokong beliau sedang menunggu saat Dr Mahathir di heret ke mahkamah dan seterusnya ke penjara atas dosa yang diperlakukan bukan sahaja terhadap Anwar Ibrahim malah rakyat Malaysia keseluruhannya. Dr Mahathir sekali lagi mengulangi mengenai Anwar Ibrahim seorang peliwat dan ini sudah melampau. Tutup mulut beliau dan ajak beliau sekali lagi bertarung dalam gelanggang keadilan. Saya percaya bahawa Anwar Ibrahim sedar dan tahu bahawa rakyat sudah mual dengan Dr Mahathir - tidak kira umurnya berapa tetapi tuduhan melampau beliau seharusnya diajar. Beliau harus di penjara. Selaku mereka yang terlibat dalam perjuangan reformasi saya percaya Anwar Ibrahim akan mengheret beliau ke mahkamah bukan atas dasar dendam tetapi atas dasar kehendak penyokong beliau yang selama ini terseksa dalam perjuangan menuntut reformasi. Andai tidak - Anwar Ibrahim akan terus kelabu dari pandangan mata saya. |
||
|
|
||
|
Begitulah
kata - kata hikmah dari Perdana Menteri kepada kita rakyat Malaysia. www.umno-reform.com
ingin meminta pelayar untuk memberi sedikit komen mengenai kata - kata
tersebut. Mungkin kita boleh memberi sedikit reaksi kepada Pak Lah
mengenai sama - sama susah dan sama - sama senang, atau susah sama - sama
susah dan senang beberapa kerat antara kita. Klik
sini |
||
|
Baca
klik sini |
Kalau susah nak kongsi, kalau senang bersama kroni...apa maknanya diturunkan cukai jalan yang dibayar hanya sekali setahun sekiranya minyak yang digunakan setiap hari mengalami kenaikkan yang kerap sekali...aku pelik, aku bingung, aku ditipu...bila aku (rakyat) meminta simpati, tiada siapa yang dengar dan tiada siapa yang bantu, begitu mudah mereka mengeluarkanperkata kongsi...aku (rakyat) susah, siapa yang datang untuk berkongsi? Wakil
rakyat UMNO? Menteri UMNO? selagi tak dikeluarkan di kaca TV jangan
haraplah...pandanglah kami, cuba empati (duduk ditempat kami) dan |
|
|
|
||
|
Kenyataan Abdullah Badawi adalah kenyataan "fell good" yang alpha mengenai senario sebenar negara ini. Antara ketawa dan menyampah pun ada hasil dari membaca kenyataan beliau. Apabila harga minyak naik - kita diajak menyusahkan diri bagi merasakan keperitan yang dihadapi oleh kerajaan. Masa minyak di jumpai dan di terokai - bila wang sudah masuk - kita tidak pula terasa akan kemakmuran anugerah Ilahi kepada kita. Malah tidak ada satu kos pun yang turun melainkan naik semata - mata naik. Mengajak rakyat merasa penderitaan rakyat bagi saya adalah satu keadaan hipokrit - membezakan kerajaan dengan rakyat, membuat keputusan mengikut selera sendiri dan kini tanpa rasa malu memohon pengertian rakyat. Pak Lah perlu sedar 22 tahun pendidikan Tun Dr Mahathir menyebabkan kita merasa - Malaysia ini bukan milik kita sekeluarga - rakyat dengan kepimpinan terus terasing dan kita hidup penuh kepalsuan propaganda harmoni. Buka mata dan hentikan retorik mentadbir Malaysia seperti mentadbir satu keluarga kecil penuh dengan kata nasihat tanpa perlaksanaan. Untuk Pak Lah - siapa yang sebenarnya menderita ? Tadbir Malaysia bukan seperti mentadbir keluarga Abdullah Badawi. |
||
|
Chin
Peng yang merdeka
|
||
|
|
||
|
Penjajahan Ekonomi - bila pembela di bela ECM
Libra - dikatakan tempat Khairy Jamaluddin menjamu selera dengan pendapat
dikatakan hampir RM 100,000 sebulan akan menjadi pemegang utama saham
FELDA dalam cubaan membeli hampir 10% saham mereka dari Maybank.
Sungguhpun belum terlaksana atau belum diumumkan perlaksanaan membeli -
kita harus mengetahui siapa pemilik - pengarah dalam ECM LIBRA untuk
melihat satu penjajahan ekonomi orang - orang Melayu alaf baru - bukankah
ini apa yang dikatakan penjajahan ekonomi - bila pembela di bela? Klik
Sini |
||
|
Fakta yang perlu di ketahui - Singapura menjajah ekonomi kita? Temasek Holding - syarikat pelaburan kerajaan Singapura kini memegang kepentingan dalam beberapa syarikat utama Malaysia. Antara pegangan besar mereka adalah - MPLANT BERHAD, CAMERLIN GROUP BERHAD, UMLAND, HWANG-DBS (M) BERHAD, DXN HOLDING BERHAD. Apakah tidak ada penaklukan ekonomi dan apakah pembela kita turut di bela?
|
||
|
Sang Kelembai |
||||
|
Kenapa agaknya pelabur - pelabur di New York bertanyakan perkara - perkara yang tidak ada kena mengena dengan untung dan rugi pelaburan di Malaysia tetapi lebih kepada - dari mana datangnya CEO syarikat kerajaan yang berkepentingan. Jawapan yang Pak Lah beri hanya mengikut taklimat yang disediakan. Memang betul apa yang di jawab oleh Pak Lak tetapi kita kena sedar apa yang dilaungkan oleh UMNO dengan dasar parti menguasai kerajaan - dengan CEO yang di lantik itu tidak perlu jadi ahli parti UMNO maka sebagai contoh ramai vendor TMnet yang terdiri dari Melayu terpaksa gulung tikar, kenapa? Ini adalah kerana CEO Melayu di Telekom terlampau memikirkan soal profesionalisma dalam usaha untuk mencari untung - sehingga Melayu lingkup pun tidak apa. Begitu juga Bank SME yang dilantik - kalau surat UMNO mereka tidak jawab dan berbulan laman ini menceritakan kisah penindasan pekerja yang majoritinya Melayu di BCB tidak di layan - dan orang - orang sebegini sombong di lantik menjadi CEO Bank SME maka apa halnya usaha untuk membantu Melayu? Apa mereka akan peduli mengenai Melayu. Kalau semua CEO dalam GLC mempunyai semangat Melayu, patriotisma yang tinggi terhadap bangsanya dalam melahirkan usahawan Melayu - pasti kita sudah lama berjaya. Malang sekali Pak Lah mahu mencari profesional tanpa memperdulikan akaid - dogma - asas politik bangsa maka kerana itu Pak Lah di tujukan persoalan tersebut kerana satu Malaya sudah tahu kroni siapa yang berada dalam syarikat GLC. Sang
Kelembai - CEO cara Pak Lah lantik ini kalau untung kerana kepandaian -
kalau rugi syarikat GLC itu yang tanggung rugi. |
Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO. Kolum beliau kita ada dalam laman web www.umno-reform.com dan kini mendapat sambutan yang luar biasa. Ikuti komen - komen beliau dan klik capaian di bawah untuk mengetahui apa kata beliau mengenai isu - isu semasa. Kritikan tajam - pedas - bernas ini di harap dapat membuka mata kita - melebarkan minda kita mengenai situasi kita dalam negara yang kaya aman lagi makmur. |
|||
|
|
||||
|
|
||||
|
|
||||
|
|
||||
|
|
||||
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
||||
![]() |
|
|
|
||||||||||
| |||||||||||
|
Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah
tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan
hanya menghubungi editor1@umnoreform.com
, terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP | |||||||||||
|
berita sebelum ini minggu
1 Ogos 05 | mingu
2 ogos 05 |
minggu 3 ogos | minggu4ogos05
| minggu1sept05
|minggu 2sept05 sisipan
2 | sisipan3
| sisipan4
| sisipan 5 (februari ) |
sisipan 6 ( march) |
sisipan 7 |April
05 | Penafian editor |
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com