to call or SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 21/10/2006 Sang Kelembai | arkib yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

 

 

Rumah Terbuka YBhg Tun Dr. Mahathir
Ybhg Tan Sri, Puan Sri, Dato'/Datin, Tuan/Puan

Kami sekeluarga dengan sukacitanya menjemput Ybhg Tan Sri, Puan Sri, Dato'/Datin, Tuan/Puan apalah kiranya berhari raya di Rumah Terbuka kami di Lot 58, The Mines Resort City Seri Kembangan Selangor pada Hari Raya Aidilfitri Kedua mulai 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Dr. Mahathir bin Mohamad & Dr. Siti Hasmah bt Hj Mohd Ali
Serta Keluarga
 


Awal minggu sudah www.umno-reform.com mengutarakan satu persoalan mengenai " MCA dan GERAKAN bukan lagi lagi pilihan masyarakat Cina"klik sini". Seakan persoalan ini dijawab NST hari ini,  Presiden MCA bertindak secara "offensive" khusus mengenai perjuangan MCA untuk isu - isu Cina. NST melaporkan : In a rare move, party president Datuk Seri Ong Ka Ting yesterday issued a statement listing issues championed by the MCA such as the racial imbalance in the public sector, religious freedom and Chinese education. klik sini
 

 
 

Shahrir Pesimistik Dengan Pertemuan Abdullah Dan Dr Mahathir
Bernama

PULAU PINANG, 18 Okt (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan sebelum Aidilfitri ini adalah sesuatu yang baik namun beliau pesimistik terhadap hasilnya. Katanya pertemuan itu tidak akan bermakna jika bekas Perdana Menteri itu cuma ingin meluahkan apa yang beliau tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan sekarang.


"Saya melihat perjumpaan ini memanglah satu kebaikan tetapi berdasarkan pemaha
man saya terhadap perwatakan Dr Mahathir mungkin Pak Lah tidak dapat memuaskan hatinya (Dr Mahathir)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada fakir miskin anjuran Umno Cawangan Kampung Masjid di sini Rabu. Shahrir berkata Umno akan terus menyokong Abdullah kerana beliau tidak menyimpang daripada memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. "Kita kagumi kepimpinan Dr Mahathir sebelum ini tetapi masanya dah habis, eranya dah habis," kata beliau.
 

 
 
Dr Khir Toyo - bikin malu sahaja !

 


Angkatan Muda  Parti  Keadilan Rakyat Malaysia telah  membuat  satu laporan polis agar siasatan dibuat  terhadap  Dato Hj Zakaria Bin Hj Mat Deros.

Exco Angkatan Muda tersebut Khaiul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa polis menyiasat " Istana Zakaria" sebuah rumah bunglo milik isteri beliau Zizah Ngah yang dibina tanpa kelulusan MPK.

Ini telah menyalahi undang - undang dan sungguhpun telah diutarakan oleh media tidak ada tindakan diambil ke atas beliau.

Menurut Khairul Anuar sepatutnya beliau menunjukkan teladan yang baik dan tidak bertindak sebaliknya. Turut disoal adalah perlantikan  anak dan menantu beliau sebagai Ahli Majlis Perbandaran tersebut. Isu ini amat memalukan. Kenapa tindakan keatas Haji Zakaria Deros ini sering tertangguh.

 

 


Y.B Dato Haji Zakaria @ Zainal Bin Haji Md. Deros DSSA., KMN., JP., PJK.ADUN N46 Kawasan Pelabuhan Kelang

Beliau sepatutnya bukan sahaja di denda kerana plan tetapi dituduh juga sebagai menjatuhkan imej UMNO

 

Bunglo Zakaria


MB: System lets law-breakers be councillors

Zakaria has until 15 Nov 2006

Family councillors to be sworn in on Thursday

Councillor owes RM5,433 assessment
 

 

 

Air naik 15%, kepentingan siapa yang dijaga

   PERLU BACA Memorandum MTUC dan CAWP

SYABAS mungkin memanipulasi fakta untuk menaikkan tarif air 1 2 3 4 5 6 7 8

Umumkan Laporan Ketua Audit Negara Sebelum Naikkan Tarif Air - MTUC

Syed Shahir berkata perjanjian konsesi berkenaan memberi jaminan kepada Syabas untuk meraih keuntungan sama ada melalui kenaikan tarif atau bayaran pampasan oleh kerajaan, atau kedua-duanya."Amat mengharukan bahawa 'arkitek' perjanjian konsesi ini memastikan Syabas diberi sebaik-baik ganjaran," katanya. klik sini

SPEAK UP!  theSun Says  Water tariff hike difficult to swallow klik sini
 

 

Apabila isu penswastaan mula di war - warkan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Penentang Penswastaan Air (CAWP) telah menghantar memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri. Syabas ketika itu menafikan dan mahu membawa MTUC ke mahkamah kerana tuduhan yang tidak berasas. Selepas itu isu itu terus senyap. Hari ini air akan naik 15% yang konon - kononnya tidak akan memberi kesan kepada pengguna secara keseluruhan. www.umno-reform.com sekali lagi akan memaparkan memorandum MTUC dan CAWP yang sehingga kini kami difahamkan tidak mendapat sebarang maklum balas. Kami juga menyarankan supaya semua rakyat Selangor dan Lembah Kelang di beri penerangan oleh MTUC dan CAWP bagi mengetahui intipati penswataan Air dan kenapa nampak seperti kerajaan menjaga kepentingan Syabas dengan meletakkan rakyat menjadi prioriti 2. 

 
 
 
 Serangan semakin konklusif


Beberapa isu tetap ditekankan oleh DAP yang seolah - olah mahu MCA dan Gerakan tersepit dalam menjawabnya. Antara isu yang dibawa adalah pemansuhan Dasar Ekonomi Baru yang pada mulanya digunakan sebagai kempen untuk menunjukkan kegagalan kepimpinan - kepimpinan Melayu membantu masyarakat Melayu tetapi beralih kepada kegagalan MCA dan Gerakan dalam menunjangi perjuangan orang - orang Cina bagi menuntut keadilan. Isu  - isu ketidakadilan dalam mendapat tempat di Universiti Awam , diskaun dalam pembelian rumah dan hak - hak bumiputera dikaitkan dengan kegagalan kepimpinan MCA dan Gerakan. dalam mendapatkan keadilan bagi orang  - orang Cina. Perjuangan ini diteruskan dalam mengatakan MCA dan Gerakan gagal dalam memperjuangkan sekolah - sekolah Kebangsaan Cina dalam Rancangan Malaysia Ke 9. klik sini
 

 

Adakah Khir sebenarnya takut pada Zakaria?

  Roslan SMS    Petikan Media
 


Zakaria kini terjebak dengan skandal ISTANA RM5 juta nya yang dibina di sebelah kawasan rumah kos murah di Pandamaran. Anehnya Majlis Perbandaran Kelang atau MPK tidak berani mengambil tindakan terhadap beliau kerana enggan mengemukakan pelan ISTANA nya itu untuk kelulusan MPK terlebih dahulu. Sehinggalah apabila YDP MPK ditekan oleh pihak akhbar barulah Menteri Besar konon-kononnya meminta laporan dari MPK sedangkan ISTANA itu telah lebih 90% siap! klik sini

 

 


Government prepared to show how it calculated bumi equity share

Rejection of Asli report sends wrong signal

Gerakan and MCA: It's academic, not political

 

 
 

Blog arahkita mengupas artikel - artikel tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com


Melayu dalam bahaya 2006 |Melayu Perdana dan Melayu Hamba | Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 2 | Maka yang tinggal | Hanya alasan | Ketuanan Cina | Cara berbeza ARAH sama | Bak kata Melayu | Cabaran Pak Lah | Definisi Pak Lah 1 | Definisi Pak Lah 2 | Definisi Pak Lah 3 | Masa | Elitis Pemilik | Lupa | Cerita2 | Kemakmuran

Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan Anuar Mohd Nor sila klik sini
 

Artikulis yang menyentuh secara spontan dan sinis politik tanah air - kemas kini terakhir :  21 Oktober 2006

Jika melihat arus perang urat saraf yang dilakukan sekarang bulan Mei adalah sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengekalkan kuasa Abdullah Hj Ahmad kerana isu-isu perkauman dan nasionalism Melayu sedang digunakan secara meluas bagi mendapat sokongan supaya pengundi Melayu berpihak UMNO. Ini bererti jika orang-orang UMNO dan Melayu amnya memberikan sokongan kepada pentadbiran Abdullah Hj Ahmad apa yang sebenarnya orang Melayu samada Melayu UMNO atau tidak tetapi yang penting orang Islam di Malaysia buat ialah untuk menyiapkan seorang Firaun Hadhari. klik sini
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com