yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

Forum terbuka | Maklum balas1| Makumbalas | Pendaftaran E- Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 08/08/2006 blog sang kelembai | arkib

Artikulis www.umno-reform.com  kolum Sang Kelembai  dan pemilik blog beliau sendiri telah dipanggil oleh pihak polis untuk disoal serta memberi keterangan mengenai perkara - perkara yang melibatkan penyebaran fitnah. Pihak umno-reform telah menghubungi beliau mengenai perkara ini. Beliau menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pendakwaan dan percaya sekiranya ini berlaku maka mahkamah akan menjadi medan pembongkaran apa sahaja yang selama ini tersimpan  dari pengetahuan umum. www.umno-reform.com akan memaklumkan sebarang perkembangan terbaru. Yang jelas, pemantauan terhadap media dan SMS telah bermula.

 

Khairy jual pegangan saham dalam ECM Libra - sumber RTM dan The Edgedaily Bernama

 

Tiada Penggiliran Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Kata Abdullah klik sini

Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik mengatakan sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan gerakan pulau Pinang bahawa dalam isu penggiliran jawatan Ketua Menteri ada parti lain yang membawa isu perkauman dan  menurut Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam masa yang sama mereka menuntut agar Matrikulasi dihapuskan dan ini jelas menunjukkan Gerakan masih membawa isu perkauman dalam soal pendidikan negara.

Laporan Utusan Malaysia memaklumkan bahawaKetua Biro Pendidikan Gerakan Pulau Pinang, Cheang Chee Gooi berkata, parti itu tetap menyokong dasar meritokrasi tetapi apa yang mereka mahukan ialah kaedah pelaksanaannya.

“Gerakan tidak membantah dasar meritokrasi, tetapi kami mahukan hanya satu sistem digunakan untuk kemasukan pelajar ke universiti tempatan, bukannya dua seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi ketika ini,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tindakan ini dianggap berbau perkauman oleh Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibnihajar
laporan Utusan Malaysia
 

 


 

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Teluk Intan pada 15 Ogos 2006 Dewan MPTI - Perasmian oleh Khairy Jamaluddin ( makluman) klik sini

 

Suara Rakyat

 

pemudaumno_jelutong@hotmail.com
Mohamad Fakarudin Bin Md Farok

Siapa Sivarasa nak tuduh Tun M ataupun YAB Dato Seri Pak Lah ? Sivarasa tak payah masuk campur ataupun beri pendapat yang beliau sendiri tidak layak untuk berkata demikian . Beliau hanya seorang yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu2 yang timbul . Beliau sepatutnya  menumpukan perhatian kepada pilihanraya ataupun khidmat kepada  masyarakat India .


mahfuz4555@yahoo.com
mahfuz omar

Menantu kata beruk mertua pula kata iblis saya nasihatkan Pak Lah jangan gunakan imej dia sebagai anak dan cucu ulamak untuk menghukum dan melebelkan orang lain iblis. Apakah Pak Lah merasakan diri dia malaikat yang tak buat dosa dan salah hingga orang lain tak bolih tegur dia.Saya nasihat dia banyak bersabar dan bermuhassabah diri.
 

 
 

Lebih sudu dari kuah

 

Menjawab tulisan - sikap Prowaris

 

Lina Joy dibiayai Amerika


Ingat-ingatlah sejarah, Singapura sudah hilangkan sejarah asal-usul dari mana asalnya Singapura, untuk generasi baru mereka mengesahkan bahawa Singapura dijumpai oleh orang Inggeris iaitu Stamford Raffles.

Mereka memadam sejarah Singapura berasal dari Tanah Melayu, bangsa Cina dapat Singapura dengan percuma dengan kebodohan pemimpin dahulu, takanlah perkara yang sama akan berulang lagi. klik sini

 


BUKAN, dan TIDAK ada niat atau kaitan sama sekali untuk saya mempersoalkan mana-mana personaliti, pihak atau orang-orang tertentu. Kalaupun saya sebut nama-nama mereka, itu adalah secara kebetulan saja.

Malah kalau ditinjau lebih jauh lagi, persoalan saya itu melibatkan apakah yang menyebabkan berlakunya angkara di seluruh dunia sekarang, khususnya diantara negara-negara Islam dan bukan Islam.klik sini
 

 


Sebuah organisasi dari Amerika Syarikat diberi nama Becket Fund telah memberikan sokongan sepenuhnya dalam kes perbicaraan permohonan murtad Lina Joy.


Lina Joy ada organisasi dari Amerika untuk menyokongnya. Cukuplah kita umat Islam hanya ada Allah untuk mempertahankan agama Islam di Malaysia ini. klik sini
 

 

 

KEBODOHAN HISAMUDDIN MENJADI-JADI

 


Belum pun sempat anak-anak kita memahirkan diri dengan Bahasa Inggeris, kini satu lagi bahasa menyusuli dan kesemua mata pelajaran baru ini akan bakal menjadi punca keciciran di dalam mata pelajaran lain selain membebankan anak-anak kita dengan mata pelajaran yang sepatutnya dikaji dengan terperinci dahulu sebelum dilaksanakan. Penulis pernah pelajari Bahasa ini ketika di Universiti dahulu dan kini ia akan dilaksanakan di sekolah rendah. Mampukah anak-anak kita?

Jika ia membebankan anak murid, ia akan pasti membebankan lagi guru yang semakin hari semakin banyak mata pelajaran baru yang perlu diketahui oleh mereka. Selain kursus dan penyelenggaran, ia akan mengundang banyak sekali masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan mata pelajaran baru ini. klik sini

 

 

M.Damha - sikap Prowaris

   Mahathir  terancam  

 SIAPA IBLIS?

artikel beliau yang dirujuk klik sini

Adakah encik berani katakan, malah berdiri atas platform Prowaris untuk bangkit mengatakan bahawa jawapan yang diberikan oleh Khairy dalam memiliki saham jutaan ringgit hasil dari pinjaman itu adalah jawapan yang hanya menunjukkan penggunaan pengaruh dan akhirnya menampakan Pak Lah berbohong dalam menyatakan keikhlasannya.
Adakah encik berani secara terbuka menyatakan ketidakpuasan dalam mendengar jawapan Khairy yang seolah - olah ini semua tidak ada kena mengena dengan kedudukan dirinya sebagai menantu dan syarikat itu pula kini mendapat "favours" dari pentadbiran Pak Lah. klik sini

 


Forum Pak Lah vs Mahathir : Clash of personality or crisis in governance anjuran Strategic Info Research and Development Center mendedahan senario Mahathir merasakan bahawa terdapat ancaman yang akan mendedahkan keburukan pemerintahan beliau menjadi sebab beliau bangkit menentang Pak Lah. Mahahtir yang merasakan dirinya terancam bangkit untuk menangani perkara ini dan kehadiran Mahathir tidak ada kaitannya dengan perjuangan untuk rakyat Malaysia. R.Sivarasa, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mengatakan faktor Anwar Ibrahim menyebabkan Mahahtir bertambah gusar. Pekong Mahahtir akan dibuka dan ini tidak harus berlaku klik sini

 

 


Beliau tidak akan melayan pihak tertentu yang bersikap seperti ‘iblis’ yang berasakan ia lebih pandai daripada orang lain. Berita Harian 11hb Ogos 2006 - ada komen? Maklum balas1
 

 

Berita ringkas | menurut www.malaysiakini.com  IKM Beseri MEMBATALKAN KELULUSAN ceramah Dr Mahathir Mohamed untuk diadakan di dewan mereka anjuran UMNO Bahagian Padang Besar | Turut dimaklumkan bahawa terdapat tindakan membatalkan kehadiran Mukhriz Mahathir bagi merasmikan beberapa Mesyuarat Pemuda UMNO sungguhpun Mukhriz telah menyatakan persetujuan kehadiran.
 

 

Berita ringkas | Setelah Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar menjemput Tun Dr Mahathir,  kini Pemuda Bahagian Petaling Jaya Utara turut menjemput beliau pada Mesyuarakat mereka 12/8/2006 yang akan diadakan di Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya kira-kira jam 8.30 pagi. Turut dimaklumkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Mohd Ros Ahamad berkata, mesyuarat bahagian pada 2 Septembermereka turut mengundang Dr Mahathir untuk hadir.
 
 
 
 

Pautan berita lain

 Sabah Umno Youth: Khairy's an asset | Mahathir threat to reveal graft  | Nik Sapeia charge - pepper spray
 

Pemuda Umno Tetap Cadang Penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang

 Untuk membaca laporan BERNAMA klik sini


Sokongan perlu diberi kepada Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam resolusi mereka supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di jalankan secara bergilir - gilir. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri kesal dengan tindakan sesetengah pihak melabel cadangan ini sebagai satu cadangan berbau perkauman.  Ketuanya, Salim Bari memberitahu Bernama di sini Rabu, pergerakan pemuda negeri juga kesal dengan kenyataan pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa usul penggiliran Ketua Menteri itu sebagai berbau perkauman. Kenapa ini tidak boleh dilaksanakan. Adakah cadangan ini berbau perkauman ? Apa pendapat anda mengenai isu ini? klik sini .

 

 
 

Hanya satu persoalan?

 
Kenyataan Media Pas - OIC perlu bantu pejuang Hizbullah

Khairy tidak melepaskan jawatan secara sukarela

Kenyataan Media PAS Johor Rahsia disebalik sekatan blog


Andainya saya bukan anak atau menantu Pak Lah, ataupun anak/menantu Tun  Dr Mahathir, orang-orang besar atau ternama yang lain, bolehkah saya  dapat pinjaman/loan sebigitu banyak untuk membeli saham, walaupun  katakanlah saya punya sedikit harta sebagai cagaran?

Dunia sekarang merupakan sebuah dunia di mana "money makes money, position and status talk". Dunia yang berpaksikan kepada "Siapa yang anda kenal, BUKAN apa yang anda tahu" dan yang miskin lazimnya berhutang kerana hendak ikut lagak orang lain, tetapi kena bayar bunga pula? klik sini

M.Damha adalah antara barisan peneraju PROWARIS

A Response To Pak Lah’s TV3 Interview

We, the rakyat have no quarrel with our Captain’s personality and gentleness. Football is a game for the tough and resilient. We cannot have a captain who publicly admits - having had intensive training for almost two years (from date of Tun’s announcement of his intention to retire to 31.10. 2003) and was an understudy since 2000 when he was appointed as Deputy Prime Minister - has yet to warm up. klik sini

 
 

Melayu baru VS Melayu barua

 

Berikut adalah antara komen dalam blog arah kita mengenai Khairy


The lamentable part is that the younger leaders are no better; in fact they are worse. Consider this. UMNO Youth leaders see fit to have an annual golf game with their counterparts in Singapore's People Action Party. That is laudable.

I remember not too long ago when leaders of UMNO and PAP were demonizing each other, with UMNO folks openly accusing PAP leaders for being racists and anti-Malay.

The end result of such ugly displays was the heightening of racial tensions, culminating in the fracturing of Malaysia and the expulsion of Singapore. klik sini
 

 


Say if he earn RM10k per month from JPM, how could someone lend him RM9 million!? Even the most stupid person in this group knows that; - someone/ people who has/ve full confidence in his future of generating the income to pay him/them back.

1. lender need to see creditability of the borrower - he is the son-in-law of the PM, and is bright enough to generate sufficient future income to repay that 9 mill and more.

2. lender need to see the collateral etc - having a PM's son-in-law as a director of the company does provide HUGE clout for ECM Libra (at least until the next general election)

3. things doesn't add up!...is this what Oxford taught him? donno if he just get in "oxford brookes!" - this is exactly what oxford teaches all its business grads, i.e. to grab every given opportunity

4. these are all BULLSHIT! - say who? you? welcome to the real world, bro.

5. who give him loan & issued him shares? dia tak answer pun...sign of spin's politician.. - "I borrowed the money ... everything is loaned, not my own money. Luckily, there are people who want to give loans. I took a loan from them who sold their shares to me," said Khairy, according to Bernama. Please refer to items 1 and 2 above. lain - lain komen klik sini

 

 


Maka berdasarkan kepercayaan ini, terciptalah sebuah puisi baru-baru ini, bertajuk Kingdom of Purplaya dikarang oleh orang yang bernama Cecil Rajendra dan diterbitkan dalam majalah Aliran, menghina orang Melayu dengan berkata bahawa orang Melayu yang berada di negara yang disebut `Tanah Melayu' itu bukan penduduk asal kawasan ini. Orang Melayu adalah kaum pendatang. Mereka datang merantau dari kawasan-kawasan lain, terutama dari Sumatera, lalu mendakwa inilah `tanah asal' mereka. Maka dikatakan bahawa orang Melayu itu mula menuntut hak sebagai kaum bumiputera Persekutuan Tanah Melayu, lalu akhirnya mereka menggubal perlembagaan yang menetapkan beberapa hak mereka. Klik Sini
 

 

Khairy perlu saman Mahathir

   Khairy perlu kemukakan bukti  

Mahathir adalah mentor Abdullah


Saya kira Khairy bertanggung jawab untuk membersihkan namanya dan satu tindakan undang - undang perlu diambil. Penjelasan Khairy dalam perasmian Mesyuarat Pemuda tidak cukup untuk mengikis apa yang beliau kata sebagai satu tohmahan. Malah penjelasan bahawa Khairy dapat pinajaman untuk membeli saham bagi saya adalah satu "insult to our intelligent" 

Saya percaya Khairy tidak akan berani mengambil tindakan dan saya mencabar beliau untuk bangkit dan mengambil tindakan undang - undang. klik sini


 

 


Mengambilkira bahawa Khairy bukan sahaja menantu Perdana Menteri, malah disepakati di dalam dan di luar UMNO sebagai begitu berpengaruh ke atas bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau seharusnya mempunyai keperibadian yang tidak dikecam dan dipertikaikan.

Tindakan buruk mana-mana pihak yang rapat dengan puncak kuasa boleh mengakibatkan kerajaan dan negara berhadapan dengan pelbagai risiko termasuk diperas ugut. klik sini

 


Apa yang dituduh dan dinyatakan oleh Mahathir kepada Abdullah adalah hasil daripada kelakuan mahathir sendiri. Beliau juga pernah mengayakan anak menantunya. Dalam hal ini, Mahathir adalah mentor kepada Abdullah, dan Abdullah pula kononnya menjadi protege kepada Mahathir. Namun begitu malang bagi Abdullah kerana mendapat mentor yang sudah nyanyok, yang lupa akan ajaran yang diturunkan itu adalah sama seperti apa yang dilakukannya. Klik sini

 

 Bersemuka dengan Pak Lah ( temubual TV3 bersama Pak Lah 7/08/2006)

  Pegangan saya adalah kasih sayang , keadilan dan ikhlas
Tidak ada satu projek pun dari kerajaan Malaysia kepada Kamalluddin
Tidak ada satu "bail out " pun yang kerajaan buat untuk anak - anak saya
Khairy beli syer kecil itu pun dia pinjam duit
Tohmahan adalah kerana "dia" mempunyai agenda tertentu, tidak ikhlas dan  jahat
Dia hendak menghina saya
HARD TO BE NICE
                                                          
klik sini untuk ulasan dan klik sini teks penuh dari NST

 

Kenyataan Media Pemuda PAS
DPP Pusat melihat tindakan yang dilakukan oleh Amerika ini merupakan satu bentuk tekanan antarabangsa terhadap mahkamah Malaysia supaya tunduk kepada kehendak golongan yang berjuang menuntut kebebasan beragama bagi umat Islam. DPP Pusat percaya usaha jahat Amerika ini mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan anti Islam yang ditaja oleh kumpulan Artikel 11 yang menuntut kebebasan orang Islam keluar agama dan penghapusan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Klik Sini

 
 

UMNO Bahagian Rompin - ada usaha mahu membawa Anwar masuk UMNO

 



Ketua UMNO Bahagian Rompin Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata kesemua sayap UMNO, Pemuda Wanita dan Puteri mahu kepimpinan negara ini berhati - hati dengan Singapura supaya Malaysia tidak diperkotak - katik oleh negara jiran tersebut. Selain dari itu apa yang menarik perhatian UR adalah kenyataan di atas yang dibuat oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. Isu Anwar Ibrahim yang dibawa beliau nampak menjurus kepada ada usaha - usaha oleh ahli UMNO untuk membawa Anwar Ibrahim masuk semula menyertai UMNO. Ini bagi beliau akan menimbulkan perpecahan dalam UMNO. klik sini
 

 

Dari agendadaily.com Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat Syed Mohd Noor Azmi Syed Hassan Nazri Ahad mengumumkan perletakan jawatannya atas alasan tidak puashati dengan penjelasan yang diberikan kerajaan mengenai isu-isu yang menjadi bahan kritikan Tun Dr Mahathir klik sini : petikan Utusan Malaysia

 



 


Kenapa Khairy perlu letak jawatan?  Beliau telah menyatakan bahawa pembelian saham ECM Libra itu bukan duit beliau. Itu duit pinjaman. Beliau juga mengatakan bahawa tohmahan ke atas beliau adalah kerana ada usaha orang - orang tertentu untuk menjatuhkan Pak Lah tetapi gagal mencari kelemahan Perdana Menteri tersebut yang juga mertuanya. Beliau juga menegaskan bahawa Dr Mahathir Mohamed telah melemparkan fitnah ke atas beliau - tidak ada seorang Menteri Besar yang menerima arahan dari beliau seperti yang didakwa. Khairy juga mengatakan bahawa tindakan Dr Mahathir Mohamed yang  menyatakan bahawa Tingkat 4 yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan adalah satu kenyataan menghina Perdama Menteri Malaysia. Dr Mahathir turut mengatakan bahawa khairy adalah orang yang menentukan siapa dapat projek juga dikatakan adalah satu fitnah. Apa pendapat anda!
 

Khairy perbodohkan UMNO?

 

Kenyataan Media


Khairy mula menjawab. Namun jawapannya bagi saya hanya menghina keintelektualan ahli - ahli UMNO. Beliau bukan sahaja nampak tandus dalam menjawab tuduhan - tuduhan yang dilemparkan kepada diri beliau tetapi hanya menunjukkan bahawa kedudukan beliau sebagai menantu Pak Lah adalah pra syarat untuk mendapat pinjaman bagi membeli saham - saham bernilai hampir atau melebihi 9 juta. Apa yang jelas ialah dengan adanya Khairy dalam syarikat tersebut maka syarikat tersebut boleh mengiringi Pak Lah dalam misi perniagaan ke luar negeri dan pasti mendapat kelebihan dari segi perniagaan. Hanya satu persoalan - adakah ahli Pemuda UMNO begitu cetek pemikirannya dan tidak melihat bagaimana Khairy menjadi jutawan dalam sekelip mata. Pemuda harus sedar bahawa jawapan seperti ini tidak logik dan tidak masuk akal. klik sini 


Gula semakin kritikal, kerajaan gagal

Plan ekonomi bagi Johor perlu diteliti

Resolusi Jabatan Agama Islam Perak

 

 

 Kenyataan Khairy Jamaluddin Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Cheras -

Diminta mengulas mengenai dakwaan beliau menjadi jutawan dalam masa yang singkat kerana mampu membeli saham ECM Libra Berhad, Khairy berkata: "Saya pinjam duit itu. "Segalanya pinjaman, bukan duit saya sendiri. Mujur ada orang nak pinjamkan duit. Saya ambil pinjaman daripada mereka (ECM Libra) yang jual saham itu kepada saya." Bernama

 

 

Nota : pautan berita antarabangsa  kekal beberapa hari sahaja

Raped NS trainee sues Govt, trainer

Malaysia hangs Islamic sect leader

Abdullah despatching letter to Bush

Suhakam biased on Maang issue

Malaysia readies 1,000 soldiers for Lebanon

 

Begitulah UMNO

 


Perbalahan antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi tidak akan reda dalam masa terdekat ini. Malah ada yang menjangka ia akan berlarutan.  Ia akan berlarutan dan pada penghujungnya, kritikan - kritikan itu akan senyap begitu sahaja. Dr Mahathir tidak akan mampu membawa isu ini bersendirian dan setakat ini, beliau tidak mempunyai peneraju lain yang mampu meneruskan apa yang dikatakan sebagai satu perjuangan yang belum selesai.

Budaya UMNO adalah apa yang kita saksikan berlaku di Bahagian Padang Besar Perlis. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Perlis, Wanita dan Puteri telah mengeluarkan nasihat berupa arahan untuk ahli - ahlinya supaya tidak menyertai sessi penerangan yang akan diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Nasihat dan arahan ini turut membunyi kematian Zahidi Zainol yang sekarang ini menjadi pengekor kuat Tun Dr Mahathir. klik sini
 

 

Khairy akan mula menjawab

 

 

"Mereka menyerang peribadi saya selepas gagal mencari kelemahan Pak Lah, dan apa yang mereka buat kini menyerang  menantunya, seolah-olah saya ini tidak patriotik lagi terhadap negara," katanya. Bernama 4 ogos Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin - Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan Mesyuarat Bahagian Pemuda UMNO  untuk membuat penerangan bagi membersihkan nama beliau yang dikatakan tercemar dengan dakwaan tidak patriotik selepas kegagalan pihak - pihak tertentu membuktikan kelemahan Pak Lah. Khairy yang akan merasmikan hampir 30 Mesyuarat Pemuda Bahagian mengatakan bahawa beliau tidak mahu berperang dengan sesiapa tetapi akan membuat penerangan ini untuk membersihkan nama beliau. Khairy secara spesifik telah dituduh oleh sebagai orang yang berkuasa dalam memberi kontrak - kontrak di negara dan antara orang yang mempengaruhi keputusan - keputusan kerajaan oleh Dr Mahathir.klik sini
 

 

Polis tidak serius  berdepan dengan sindikit gores dan menang

 


Setelah tiga laporan - mereka masih beroperasi ditempat yang sama - itulah hakikat yang sebenar sehingga semalam antara 4hb Ogos 2006 di kawasan Ampang Point Selangor, mereka beropersi ditempat yang ada pondok polis bergerak Daerah Ampang. UR - mengulas laporan Harian Metro yang mengatakan bahawa sindikit ini telah menipu ramai rakyat Malaysia dan hampir berjuta - juta keuntungan dikaut oleh sindikit ini. UR telah melaporkan kepada polis dalam tiga kes berasingan - Amcorp Mall, Giant Taman Permata dan Petronas Bukit Antarabangsa. Nombor talipon kami diambil untuk rujukan tetapi sindikit ini tetap beroperasi. Dalam salah satu insiden UR telah pergi sendiri ke balai polis Taman Melawati kerana gagal menghubungi balai polis tersebut akibat talian mereka sebok. Pegawai bertugas tersebut turut memaklumkan bahawa sindiket itu selalu beroperasi dikawasan itu dan mereka telah akan menghubungi "gerakan" untuk memaklumkan kes ini. Namun kami masih melihat mereka beroperasi selang beberapa hari selepas itu di tempat yang sama. Kami sedang berusaha kini untuk membesar gambar yang diambil melalui talifon bimbit bagi menunjukkan keadaan dimana balai polis bergerak Daerah Ampang gagal melihat hampir tujuh orang yang melakukan penipuan menang dan gores yang berlaku dihadapan mata mereka sendiri. klik untuk membaca laporan Harian Metro

UR- umno-reform
 

 

Blog arahkita mengupas artikel - artikel tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com


Melayu Perdana dan Melayu Hamba | Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11 | Maka yang tinggal | Hanya alasan | Ketuanan Cina | Cara berbeza ARAH sama | Bak kata Melayu | Cabaran Pak Lah | Definisi Pak Lah 1 | Definisi Pak Lah 2 | Definisi Pak Lah 3 | Masa | Elitis Pemilik | Lupa | Cerita2 | Kemakmuran

Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan Anuar Mohd Nor sila klik sini

 

Artikulis yang menyentuh secara spontan dan sinis politik tanah air - kemas kini terakhir :  8 Ogos 2006

Didalam politik ada satu ungkapan "seribu kawan terlalu sedikit, satu musuh terlalu banyak", tetapi Abdullah Badawi bertindak seakan-akan "satu kawan terlalu banyak dan seribu musuh terlalu sedikit". Abdullah Badawi bertindak memberi penjelasan yang tidak mempunyai fakta yang boleh diterima. Beliau hanya mencabar supaya "mereka" membuat aduan seperti pergaduhan budak-budak di kampong dahulu kala.
baca seterusnya
klik sini
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com