to call or SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 13/11/2006 Sang Kelembai|  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

Kami akan menyediakan ruang khas perbincangan mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2006 dalam blog arahkita

 

Lain - lain berita

  • Mukhriz: Nothing new in speech

Datuk Mukhriz Mahathir said he was a “little bit” disappointed with the presidential speech, claiming it offered nothing new.  “I think it’s an address he delivered last year. I was hoping for something new. Perhaps, he has other ideas.  “We were hoping that there would be some kind of attempt for reconciliation, some attempt to specifically answer the questions,” he said, when met by reporters. klik sini

  • Umno delegates stick to the script

The assemblies of Umno Youth, Wanita and Puteri were tame affairs as their delegates heeded the warning of the leadership to stay away from personal attacks and contentious issues that can disunite the party. They demonstrated their rallying around the leadership of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as Umno president and prime minister and declared that they wanted him to continue to lead the party and the country. klik sini

 

 


Dulu, kini dan selamanya
telah diganti. Pak Lah dalam ucapan dasarnya dalam mesyuarat Agung UMNO 2006 telah menggunakan DULU, SEKARANG dan MASA HADAPAN bagi menggambarkan sokongan yang pasti dan perlu diberi kepada UMNO. Ucapan yang menunjukkan kecenderungan sikap kepimpinan normatif Pak Lah banyak memperagakan nasihat - nasihat yang dipetik dari Al Quran sebagai pedoman yang perlu diambil dalam kita melalui hidup yang sementara. Berbicara seakan dari mimbar, Pak Lah menasihati kepimpinan UMNO agar memegang amanah dan menyimpulkan dirinya juga hamba kepada ALLAH SWT. Digariskan 12 gagasan yang telah diterangkan oleh Pak Lah termasuk:

  • Keberkesanan kepimpinan,

  • Kematangan demokrasi,

  • Pembangunan modal insaniah,

  • Transisi ekonomi,

  • Pembangunan bumiputera,

  • Peranan sektor swasta,

  • Peningkatan keefektifan sektor awam dan kerajaan,

  • Penentangan terhadap rasuah,

  • Perlaksanaan undang - undang,

  • Penglibatan wanita,

  • kedaulatan negara dan misi nasional

secara sederhana dengan menuruti landasan seperti yang dikatakan oleh beliau " jika dengan berbisik mampu mencapai matlamat kenapa perlu melaung". Pak Lah banyak menyelitan nilai - nilai menuruti agama dalam memohon kepada ahli  - ahli UMNO untuk berjuang meningkatkan martabat Melayu dan berusaha memenuhi agenda yang telah ditetapkan oleh beliau. Beberapa kali Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menyatakan " BANTULAH KEPIMPINAN DAN BANTULAH SAYA "   khususnya dalam menangani rasuah. Dalam nada yang tegas Pak Lah turut memberi amaran akan kebebasan yang benarkan oleh beliau supaya tidak melampaui batas dan pertimbangan perlu dibuat oleh media dalam melaporkan agar ianya tidak menerbitkan huru - hara dalam negara. Apa kata anda mengenai ucapan dasar Pak Lah klik sini
  

 

POSTING DALAM SANG KELEMBAI BLOG - 600 juta untuk Pak Lah beli sokongan? Demikian posting dari salah seorang pelayar laman blog Zahrin Yassin yang mengatakan bahawa pada mesyuarat tertutup ( pre council meeting) yang dihadiri oleh semua Ketua Bahagian serta AJK mereka. Allokasi 3 juta akan diberi kepada setiap Bahagian dan ini akan memaksa penerusan sokongan kepada Pak Lah untuk mengelak jangkaan Pak Lah sebagai Perdana Menteri untuk 1 tahun sahaja. Kesahihan berita itu tidak dapat kita pastikan tetapi ianya adalah dakwaan pelayar tersebut. Untuk menyaksikan tuduhan tersebut klik sini
 

 


 

 Anwar Ibrahim - pengkhianat dan munafik kata Khairy?

  • Apa salah kalau kita tuntut 70% pegangan ekonomi?

  • Ekuiti Bumiputera sepatutnya 70% klik sini

Sedutan ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyebut bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menolak Dasar Ekonomi Baru dan mengelar rancangan itu sebagai bagi satu rancangan yang hanya memberi kekayaan kepada UMNO - umnoputera sebagai pengkhianat dan munafik. Khairy yang mempertahankan DEB dan kini mencetuskan Agenda Melayu mendakwa orang yang mengelar "umnoputera" adalah orang yang sebenarnya mengaut kekayaan sewaktu memimpin. Apa kata anda klik sini
 

 





Gambar dari laman pemuda umno Malaysia

 

Semangat Sang Saka Bangsa

Diturunkan beberapa pantun yang terselit dalam ucapan Datuk Hishammuddin dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2006.

Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali tikam belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.

Bila kain sudah koyak,
Bila dipakai aib tersingkap,
Bila pemimpin sudah rosak,
Bila dipakai umat menghidap,
Bila kain sudah lapuk,
Bila dipakai tentulah koyak,
Bila pemimpin akhlaknya buruk,
Aib terburai umat bergasak.

Baca seterusnya Kata Dasar Ketua pergerakan Pemuda UMNO Malaysia klik sini
 

 

Antara yang menarik hari ini

600 juta : Media hari ini berulangkali menceritakan bagaimana Pak Lah memperuntukan 600 juta untuk pembangunan luar bandar untuk seluruh Malaysia. Perdana Menteri berkata ia merupakan tambahan kepada peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang telah dilaksanakan dan hampir habis. Disamping itu media - media lain turut memaklumkan 400 juta untuk pembangunan Istana Negara yang baru.

Persoalan yang turut menarik perhatian kami juga adalah : Apa bezanya mengenai UMNO dahulu dan UMNO sekarang? Jawapan Pak Lah adalah UMNO sekarang lebih terbuka untuk tidak takut untuk mengemukakan sebarang padangan dan kritikan. Ini mungkin membawa erti UMNO dibawah kepimpinan Tun Mahathir mungkin takut.

Satu lagi kenyataan Pak Lah adalah, jangan cuba saya dan dan adalah sukar untuk jadi baik dan sabar. Ini merupakan satu amaran tegas dari Pak Lah.

Najib kemukakan bukti Cina tidak terpinggir katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini. Statistik yang ditunjukkan adalah bukti peningkatan kaum Cina dalam pendapatan per kapita berbanding dengan Melayu. klik sini

Najib juga menggesa sokongan diberi 100% kepada Pak Lah bagi mengukuhkan perjuangan Melayu. Sungguhpun begitu satu lagi komitment Najib adalah "Bila berjuang untuk kepentingan orang Melayu, kita ingin menegaskan bahawa tiada had masa yang ditetapkan untuk mencapainya," katanya ketika berucap merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. klik sini
 

 


Perhimpunan Agung UMNO 2006

Perhimpunan Agung UMNO 2006

Sekali lagi UMNO akan bersidang. Kita mengucapkan "Selamat Bersidang" kepada perwakilan - perwakilan Melayu yang akan sekali lagi  menentukan arah tujuan baru orang - orang Melayu. Adakah Agenda Melayu yang diperbincangkan pada perhimpunan Agung lepas telah berhasil? Adakah kita akan sekali lagi mengangkat keris untuk memperbaharui nekad dan tekad seperti keselaluan dan akan meninggalkan nekad dan tekad sebaik keluar dari dewan. Kita juga ingin melihat pencapaian Pemuda dalam Agenda Melayu seperti yang disaran pada perhimpunan Agung yang lepas. Kita sedar bahawa pejuangan Melayu masih lagi menjadi tajuk utama. Seperti diwar - warkan tajuk Agenda Melayu akan turut menjadi diskusi semasa seperti mana tahun - tahun sebelumnya. Kita mulakan diskusi - Lonjakan Perkasa Bangsa ke Sang Saka Bangsa Klik Sini

 

 
 


Bila semuanya ada "dalil"

Bermula dari 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri vesi cetak, kemudian 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi Perdana Menteri juga vesi cetak dan dituruti dengan 70 dalil kenapa Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara yang tersiar dalam media internet www.malaysia-today.net maka dalil menjadi satu perkataan popular  seakan menjadi satu "trend" apabila ada hasrat untuk menjatuhkan sesorang pemimpin. Kalau kita dahulu berdepan dengan Allahyarham Khalid Jefri dengan dalilnya, kini kita berdepan dengan "orang Kedah" siaran Raja Petra Raja Kamaruddin sebagai editor www.malaysia-today.net dengan dalil Pak Lah. Bentuk dan cara persembahan berlainan tetapi "dalil" nya mempunyai motif yang serupa. Apakah dalil kali ini akan memperolehi kejayaan yang serupa dengan 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri dan adakah dalil Najib akan juga berkembang luas sewaktu pilihanraya atau pemilihan UMNO nanti sehingga beliau bisa tumbang? klik sini
 

 


klik banner


 

Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 10/11/2006


Kita akan tambah dari masa ke semasa senarai ini dan kita akan biarkan sehingga pilihanraya akan datang - adakah UMNO masih mahu mereka? Kita tentukan nama - nama mereka. Hantarkan nama mereka yang anda rasa tidak layak dan kami akan menambah senarai ini - klik sini
 

 



corruption perceptions index (CPI)

 



www.arahkita.blogspot.com

 



www.sangkelembai2006.blogspot.com
 

13/11/2006 Maka benarlah bila seorang Pembantu Menteri dari Sabah mengatakan apa yang ada sekarang ini  adalah "pemerintahan Abdulah Hj Ahmad" dan bukan "Kerajaan Barisan Nasional" atau kerajaan UMNO. Maka tidak salah apa yang selalu dikatakan bahawa UMNO sedang menyediakan seorang Firaun Hadhari. klik sini
 

SyokTV - Malaysian Online Streaming TV


 

 

Bila pemimpin mula berlakun

Jika permusuhan antara Pak Lah dan Mahathir sesungguhnya tulen. Mahathir sudah lama masuk ISA. Jika tidak ditumbuk matanya sudah pasti dihentam perutnya. Mahathir dengan lancang mencabar agar Pak Lah berbuat demikian. Pak Lah berdiam diri seolah-olah baru terhidu SYABU. Senyap seribu bahasa tetapi di dalam kepala semua sudah diaturkannya. Rakyat menjerit-jerit, UMNO berpecah belah, bermusuh-musuhan dan berkata-kata. Dia jahat aku baik, dia baik aku jahat, dia tipu aku jujur, dia jujur aku tipu.... klik sini
 

 


Malaysian PM vows to stay in power despite attacks

"I will not run. I am here to stay. I have a long-term plan," Abdullah said in an interview with the Malay-language Mingguan Malaysia.

Abdullah, who took over from Mahathir in October 2003, said he needed time to implement development projects which were part of a national development plan to boost the economy.

With all the policies and strategies in place, it would take more than one term to accomplish the mission, he said.

Abdullah added he would not be distracted by criticisms and insults hurled his way because "I know my focus and my aim".

"I will work to ensure all the projects are implemented," he said.

This is the first time Abdullah has indicated that he would continue to lead the ruling National Front coalition, which won a landslide victory during the 2004 election. klik sini
 

 

SANG KELEMBAI atau Zahrin Mohd Yasin lebih merbahaya dari Tun Mahathir - Harakah edisi cetak

Naib Presiden PAS Husam Musa memaklumkan bahawa kesalahan Zahrin adalah lebih serius dari Dr Mahathir sehingga menyebabkan beliau dipecat. Mengulas kenyataan ini Husam seakan mengatakan bahawa UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah khususnya tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir dan UMNO mempunyai dua set peruntukan undang - undang mereka.

Satu adalah untuk ahli biasa dan satu lagi untuk kepimpinan dan mungkin bekas kepimpinan.  Laman web Zahrin Yassin atau blog beliau sangkelembai2006@blogspot.com kini semakin hebat dan pernah mencatat kehadiran pelayar seramai 134,000 sehari.

Zahrin yang dipecat baru  - baru ini bertekad untuk menjatuhkan Pak Lah dari terus menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO demi UMNO. 

 

Lain - Lain berita utama

Polis dituduh rasuah punca gangsterisma membiak - laporan BBC

(real player diperlukan) Pendedahan "gangster Cina dalam BBC Triad gangs 'keep grip' on Malaysia perlu kita tonton. Amat tertarik dengan satu kenyataan dari temubual dengan "gangster" tersebut . Kata dia " if police arrest me, my "taiko" will get me out" klik sini

Berita dari Dallas, Amerika menggambarkan umat Islam  serang gereja

Isu bantahan umat Islam di gereja Lourdes Silibin Ipoh digambarkan dengan buruk oleh media luar klik sini

Bereaved dad urges Malaysia against murder cover-up

The father of a Mongolian model believed to have been shot dead and blown to bits in Malaysia has appealed for a transparent investigation of the case, which has rocked Malaysia's political establishment. klik sini

 

 

SMS yang kami terima


En Anuar, persoalan orang - orang yang murtad di "cover" macam celebrity. Kenapa mereka perlu diselindungi. Ini orang - orang yang mungkar dan mereka perlu kita singkirkan dari masyarakat Islam

Isu Razak Baginda kini  banyak kekeliruan. Ramai yang membuat spekulasi itu dan ini. Puncanya tidak ada ketelusan dan rakyat mula keliru "atas arahan siapa mereka melakukan pembunuhan kejam dan adakah bom itu bom dari Angkatan Tentera Malaysia? Kita mahu tahu
 

 

MAJLIS MESRA EIDULFITRI GERAK BERSAMA ANAK MUDA DAN PELAJAR.

Tarikh : 18 November 2006
Masa : 3.00 petang
Tempat : B-1012 Block B 10th Floor Kelana Square, Jalan SS 7/26 Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya

Kepada yang berminat untuk hadir sila sahkan kehadiran saudara dengan menghantar nama, pertubuhan dan bilangan, sms atau fax ke 017 6688404 / +603-7803-9423 sebelum 16 November 2006
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

Sekira ada sebarang program sila maklumkan kepada kami
 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com