![]() |
|
|
||||
|
Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606** Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com) |
||||
|
|
||||
|
Kami
akan menggekalkan artikel Hikayat Khairy Jamaluddin sehingga habis edisi
Hikayat ini oleh www.malaysia-today.net.
Di samping itu kami juga akan menyiarkan beberapa artikel mengenai Khairy
dalam ruangan khas ini. Kami akan menyusun Hakiyat ini menurut episod yang
akan memudahkan lagi pembacaan |
||||
|
|
||||
|
Kenyataan Bernama - Timbulnya isu Bernas
Sipnosis komen SMS dari orang yang terlibat dengan Bernas ( komen terhadap www.umno-reform.com)
Fakta itu tidak tepat - Kerajaan jual Bernas dengan nilai
RM 200 juta. Sepatutnya Bernas hanya bernilai RM 1.00 sahaja kerana rugi
tetapi telah dimainkan oleh pegawai - pegawai saya. Sekarang bila Bernas
dapat untung - masih lagi dipersoalkan. Rugi salah untung pun salah.
Menurut SMS tersebut, sebenarnya penyanggak adalah Melayu yang tidak
senang dengan kejayaan orang lain. Mereka itu penyanggak dan mereka
itulah Melayu yang patut di campakkan ke dalam laut. Kenyataan dalam
suara Sang Kelembai dalam
www.umno-reform.com tidak benar - penswataan Bernas adalah
yang paling berjaya. Sekarang ini kita untung 100 juta dan sanggup
membayar cukai 40 juta setahun. Bernas milik orang Melayu. SMS itu
menyatakan bahawa pegangan Bernas adalah seperti berikut:
Pegangannya ialah Peladang Mada 10% Kemubu 5 % LKIM 10 % Sabah En Ghaffar
5 % Serawak 5 %, Zahari Wahab 5 %, Ibrahim Noor 5 Peratus, Permatang Jaya
35% yang lain agihan kakitangan Mengenai Melayu - SMS itu mendakwa peniaga Melayu berhutang dengan Bernas lebih 100 juta. Mereka tidak mahu bayar. Turut dimaklumkan bahawa tawaran pernah di buat kepada Khazanah tetapi mereka tidak mahu ambil. SMS yang turut mempertahankan keputusan Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa beliau akan lawan mereka yang hanya tahu mahu menjatuhkan Melayu tetapi tidak memberi sebarang kontribusi langsung. Setakat ini biar identiti pengirim SMS itu , www.umno-reform.com sahaja yang tahu.
|
||||
|
Untuk pengetahuan kita - Inilah pengedar Bernas - yang di petik dari laman web mereka pada hari ini 16/11/2005. Hidup Melayu ! YHL HOLDING SDN BHD (452413-V)
YHL TRADING (KL) SDN BHD (466873-W)
YHL TRADING (JOHOR) SDN BHD (466865-P) YHL TRADING (MELAKA) SDN BHD (519458-K)
YHL TRADING (SEGAMAT) SDN BHD (466855-X)
YHL TRADING (KEDAH) SDN BHD (466870-H) YHL TRADING (TERENGGANU) SDN BHD (519480-V) LEE HUP & CO SDN BHD JASMINE FOOD CORPORATION SDN BHD (162356-H) JASMINE FOOD (PRAI) SDN BHD (348277-D) JASMINE FOOD (IPOH) SDN BHD (260155-M) JASMINE FOOD (ALOR SETAR) SDN BHD (102738-H) JASMINE FOOD (JOHOR BAHRU) SDN BHD (316334-W) JASMINE KHIDMAT & HARTA SDN BHD (41234-W) JASMINE FOOD (SEREMBAN) SDN BHD (530736-U)
SAZARICE SDN BHD (385374-U) |
|
SYARIKAT FAIZA SDN BHD (247191-D) ERA BAYAM KOTA SDN BHD (472357-P) SERBA WANGI SDN BHD (280872-A) SERBA WANGI (JH)SDN BHD (340732-A) SERBA WANGI MELAKA SDN BHD (535742-K) SERBA WANGI (PG)SDN BHD (368596-M) SERBA WANGI (PERAK)SDN BHD (513703-M) SERBA WANGI TRANSPORT SDN BHD (280872-A) ENG CHUANG CHAN SDN BHD (397256-M) OEL REALTY HOLDINGS SDN BHD (395528-W)
EDARAN BERAS NASIONAL (522078-T) |
||
|
Artikel ini bukan pendapat www.umno-reform.com. Ianya telah dipaparkan oleh pengunjung forum kami - kami paparkan di laman utama untuk mengetahui pendapat anda - emailkan kepada editor1@umno-reform.com
Renungkan artikal ini |
||||
|
Assalamualaikum,
Beberapa langkah telah diambil oleh kepimpinan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutong untuk membantah dan
menyekat segala pembangunan kondominium bersebelahan Masjid Jamek
Jelutong . antaranya perjumpaan bersama Yang DiPertua Majlis
Perbandaran Pulau Pinang , Dato Ahmad Phesal. Perjumpaan ini bertujuan
sepenuhnya untuk menyekat sebarang pembangunan yang membabitkan
Kondominium setinggi 23 tingkat bersebelahan Masjid Jamek Jelutong
. Persetujuan
Pimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua
Menteri harus sedar & peka akan masalah masalah yang akan timbul kelak .
Contohnya , perkara yang sama juga sudah terjadi di Masjid Batu Uban
sendiri . Sampaikan ada penghuni bangsa asing yang tinggal bersebelahan
Masjid membuat aduan bising sewaktu azan Subuh.Bukan itu sahaja ,
malah bumbung masjid juga dipenuhi dengan sampah sarap akibat perbuatan
tidak bertanggungjawab penghuni penghuni kondominium bersebelahan
Masjid Batu Uban .
|
||||
|
Orang seperti ini lah
yang mampu membawa banyak faedah kepada UMnO dalam memacu pembangunan
negara dimasa akan datang. Kekuatan yang ada pada EZam tidak banyak
dimiliki oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika ini. Tidak keterlaluan jika
saya kata Karisma dan kebolehan Ezam jauh mengatasi Ketua UMNO Malaysia
sekarang.
Pemuda UMNO akan bertambah kuat dan mmmmmantap Saya dapat rasakan,
gabungan Ketokohan Ezam dan kebijaksanaan Khairi Jamaludin akan
memperkasakan semula Pemuda UMNO yang semakin lesu dan hilang bisanya.
Mengapa kita perlu takut kehadiran semula Ezam kedalam UMNO ( jika betul
masuk balik) Pemuda UMNO sepatutkan nya berusaha memujuk Ezam dan bukan
menyekat nya kembali kepangkuan UMNO. Kita tidak boleh lupa bagaimana
Ketua Pemuda kita dipermainkan oleh Mahfuz Omar suatu ketika dulu.
Saya malu dengan Ketua kita yang tidak b0erani berhadapan dengan Pemuda
PAS ketika itu. Nak jadi ketua perlu berani bukan asyik mengampu
sahaja. Kebijaksanaan Khairi mengatu strategi akan bertambah padu jika
dia bersatu bersama Ezam. Khairi jangan lupa... sekarang ini
telah ada usaha untuk menyinkirkan nya dari UMNO.... |
|
|||
|
Saya adalah pelayar tetap www.umno-reform.com. Saya hanya mahu mengucapkan SYABAS ! kehadiran Pemuda UMNO Jelutung dalam laman ini cukup menunjukkan kepada saya keberanian dalam perjuangan. Saya percaya ramai lagi ahli UMNO , kepimpinan ataupun tidak akan menuruti jejak saudara ,berjaya atau tidak soal kedua. Bagi saya laungan UMNO reform sudah sedikit sebanyak mengubah perpektif ahli UMNO. SYABAS kepada Pemuda UMNO Jelutung dan teruskan usaha - umno-reform |
||||
|
Keputusan pilihanraya raya itu nanti akan memberi gambaran kuat - samada kehadiran Anwar Ibrahim ini adalah arca kecil apa yang mampu dilakukan untuk pilihanraya umum akan datang - ataupun pengaruh Anwar Ibrahim semakin menguncup.
Sukar membuat anggaran tetapi
www.umno-reform.com sungguhpun
mengharapkan kemenangan UMNO namun jalan UMNO Kelantan bukan mudah.
Dua faktor tadi akan menjadi penentu siapa yang akan menang. Apa pun
sekiranya keputusan tidak berpihak kepada kita maka harus ada satu mesej
besar untuk kita dalam UMNO fikir dan lakukan - lihat pada LUKA
RAKYAT, LIHAT PADA MEREKA kerana di situ ada kemenangan dan sekiranya
tidak maka kita akan menghadapi satu ujian paling ganas semasa
pilihanraya UMUM akan datang.
Klik Sini |
||||
|
12 November 2005 - www.umno-reform.com telah dijemput oleh Jawatankuasa Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat untuk menghadiri satu sidang akhbar tergempar oleh Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Ezam Mohd Nor. Dalam kehebohan kabar angin Ezam Mohd Nor akan menyertai UMNO maka ramai wartawan yang hadir untuk mendengar kenyataan media Ezam Mohd Nor termasuk editor www.umno-reform.com. Ezam Mohd Nor - panggilan media ini adalah atas kapasiti beliau sendiri dan tidak terlibat dengan parti. Sungguhpun beliau sudah merujuk perkara ini kepada kepimpinan tertinggi PKR tetapi ini adalah usaha dan gerakan sendiri kata Ezam Mohd Nor. Panggilan media ini adalah untuk melancarkan NGO baru yang pernah di tubuhkan oleh Allahyarhan Ustad Fadhil Noor ( Presiden PAS) bernama GERAK - Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi. Klik Sini |
Kehadiran pada jemputan sidang akhbar Ezam Mohd Nor pada 12 November 2005 adalah dengan harapan untuk mendengar jawapan balas Ketua Pemuda Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat mengenai isu panas kedudukan beliau dalam PKR yang di beritakan akan tamat dengan menyertai UMNO. Jawapan beliau - "SETAKAI INI, tidak nampak UMNO akan dapat menerajui agenda reformasi dan agenda reformasi ini telah menjadi agenda perjuangan saya yang mengakibatkan saya di penjara" kata beliau dalam menjawab soalan mengenai isu tersebut. Apakah ini satu kenyataan bahawa beliau akan kekal dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan tidak akan kembali dalam UMNO, hanya masa yang akan menentukan. Namun kita hormati dan kita ambil sebagai nilai dasar bahawa beliau TIDAK AKAN MENYERTAI UMNO. Apa pun panggilan sidang akhbar yang di buat adalah untuk melancarkan penubuhan GERAK - satu badan NGO yang di definisikan oleh beliau sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi. Kita dengar komen dari wakil www.umno-reform.com yang hadir pada sidang akhbar tersebut. Klik Sini |
|||
|
Isu sebenarnya bukan tidak boleh di selesaikan. Ini
adalah persoalan antara mahu dan tidak mahu sungguhpun jelas peruntukan
Akta Kesatuan Sekerja di cemuhi oleh keputusan pegawai yang tidak
faham-tidak mahu faham mengenai Kesatuan SeKerja. Saya rujuk sekali lagi
kepada nama berikut:
|
||||
|
Kongress Kepentingan Bangsa
|
||||
|
Kenyataan ringkas
Kami dimaklumkan bahawa Institut Integriti Negara telah
menyarankan supaya Badan Pencegah Rasuah atau BPR di letakkan di bawah
Parlimen bagi menjaminkan ketelusan mereka dalam melakukan kerja - kerja
membasmi rasuah. Sungguhpun begitu kenyataan Institut ini tidak
disiarkan oleh media tempatan. Kenapa dan mengapa ? Apakah kita dalam
membicarakan mengenai rasuah hanya melakukan satu bentuk retorik tanpa
mahu melaksanakan bersungguh - sungguh? |
||||
|
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
Kami telah di hubungi sekali lagi oleh Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Jelutung mengenai MEMORANDUM yang telah di hantar kepada
YAB Pak Lah. Setakat ini upacara pecah tanah telah di jalankan dan ini
menampakkan bahawa UMNO sendiri gagal dalam membicarakan kepentingan
Melayu. Kami dalam usaha ini telah memaparkan memorandum tersebut tetapi
tidak ada hasil yang positif keluar dari kepimpinan UMNO dalam usaha
untuk mempertahankan hak - hak orang Melayu malah ada kalanya "
nampak gagal mempertahankan "existence" orang - orang Melayu Pulau
Pinang. Apakah kita harus bertindak lebih garang lagi dalam membicarakan
agenda Melayu. Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Hishammuddin turut senyap.
Begitu juga Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican - ya Apakah ini sebenarnya bentuk - bentuk perjuangan Melayu - Jaguhan dalam Dewan tetapi senyap dan akur bila hak Melayu di tandingi. Saya memohon kepada Datuk Hishammuddin segera bertanyakan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jelutung Ketua Pemuda, ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN.- apa masalah mereka dan apa kedudukan Melayu di tanah yang telah di dominasi oleh kaum Cina di Pulau Pinang secara keseluruhannya.
Saya simpati melihat perjuangan mereka dalam
mempertahankan hak - orang Melayu sehingga terpaksa menghubungi
www.umno-reform.com untuk
mendapatkan maklum balas dari Pergerakan Pemuda UMNO sendiri. Apakah isu
ini terlampau kecil untuk Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin mengambil
berat ? Kalau cabaran kepada hak Melayu kecil buat Datuk Hishammuddin
maka turunkan sahaja keris itu - ianya tidak bermakna - hanya sekadar
hiasan meraih sokongan. Apakah Ketua Pemuda ini layak di berikan ruang
untuk jawatan Timbalan Presiden bagi memperjuangkan hak dalam Parti yang
terbesar komposisi Melayu. Kita lihat dan kita akan terus ulas.
|
||||
|
Aduhai Melayu - Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? MALAYSIAN
PLANTATION BERHAD - syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan
utama oleh syarikat Singapura. klik
sini |
||||
|
|
|
![]() arkib Sang Kelembai KLIK SINI |
Semenjak penyangak ekonomi yang bersekongkol dengan Shahidan Kassim mengambil Bernas, sejumlah usahawan bumiputera telah terkubur. Sekarang Bernas asyik menipu rakyat dengan mengatakan bahawa ada simpanan khusus beras bagi kegunaan negara jika berlaku huru hara tetapi sebaliknya mereka simpan stok yang tidak pernah di periksa oleh mana - mana pihak dan kemudian dijual. Bayangkan apa akan berlaku pada negara jika berlaku bencana, mana nak cari beras.Tambahan lagi dasar Bernas sudah bertindak seperti penjual AP dan akhir dasar pengswastaan yang di buat oleh Tun Dr Mahathir melingkupkan Melayu. Bernas mesti dikaji kalau perlu diambil balik oleh kerajaan, cerdik pandai undang - undang mengatakan bahawa pembatalan boleh dibuat kerana perjanjian itu ada menyebut berkenaan dengan dharurat dan negara masih ada undang - undang dharurat, sewajarnya Menteri Pertanian cuba memikirkannya.
Sang Kelembai: Dasar penswastaan nak bantu Melayu
tetapi kesudahan ekonomi Melayu terhapus . Salah Siapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
|
![]() |
|
|
|
||||||||||
| |||||||||||
|
Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah
tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan
hanya menghubungi editor1@umnoreform.com
, terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP | |||||||||||
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com