Hantarkan pendapat  kepada Borang maklumbalas / Borang maklum balas1   SMS 012-6544762 atau email editor1@umno-reform.com

 



Anuar Mohd Nor

 

 

 


Ini adalah iklan baru menggantikan iklan lama yang pernah ditaburkan sekeliling kota - kota khususnya Kuala Lumpur. Hari ini kita menuntut Pak Lah menyempurnakan maruah dirinya dengan mengisytihar kekayaan - kekayaan yang ada pada keluarganya termasuk anak menantunya. Beliau pasti tidak akan melakukan tetapi yang nampak - baru dua tahun pemerintahan beliau, nama -nama keluarga beliau memcacak naik dengan kejayaan kontrak demi kontrak. - orang kampung moden 
 

Kiriman SMS

   

untuk makluman  terdapat kesukaran capaian 012 -6544762 Maxis akhir - akhir ini.

SMS Setuju dengan kenyataan, Khairy Jamaluddin punca Pak Lah di tolak oleh orang - orang Umno. Menyokong Pak Lah hanya akan memberi ruang kepada Khairy Jamaluddin maka kita hentikan sokongan kita. Orang dalam Umno juga terasa apabila minyak , elektrik dan barangan naik harga.

SMS  - Datuk Shahriri kata kos bina jambatan adalah RM 1.113 billion tapi kos pembatalan keseluruhan projek RM 1.12 billion. Ini termasuk bayar pada Gerbang Perdana dan kerajaan Johor. Apa nak jadi dengan Malaysia.

SMS - Tuan, hari ini Sukma berjaya dalam kesnya, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Semakin jelas dan terang menunjukkan bahawa Mahathir akan terus menghadapi kesukaran kes saman Anwar Ibrahim. Mati hidup balik kita tidak akan memaafkan Mahathir yang menerima Tun bukan kerana kejayaan beliau bagi rakyat Malaysia tetapi kerana okestra yang amat menghiburkan orang  -orang kanan Mahathir termasuk Kak Fidah, Aziz Shamsuddin dan yang lain - Pak Lah inikah orang yang masih mahu kamu bela? Jelas Hadhari palsu.

SMS - Saya baca Malaysiakini.com sebentar tadi. Penghakiman terhadap Sukma di batalkan. Semakin jelas Anwar tidak bersalah, dan yang pasti masa Pak Lah setidak -tidaknya timbang mahkamah tidak begitu senget berbanding dengan Mahathir.

SMS - Hello umno-reform, Pak Lah perlu pecat Tun Mahathir dari Umno. Jelas beliau hipokrit. Semasa belaiu memerintah orang yang bersuara menentang beliau dipecat kununnya tidak hormat presiden dan Perdana Menteri. Hari ini beliau buat bising menyusahkan orang. Kecik - kecik tak nak mampus.


 

Membicarakan langkah ke depan Melayu

   sedikit ulasan kepada artikel "bukan ke belakang" oleh WM Jauhari Timbalan Presiden Prowaris


Setuju dan ayuh kita melangkah kehadapan. Kita ketepikan isu - isu ekonomi, isu bahasa , isu politik , isu agama dan isu gender lalu kita kemana ? Depan itu dimana ? Apa yang ada disana ? Benarkah depan itu kemajuan dan yang ada ini kejahilan. Mungkinkah apa yang ada di belakang itu kejayaan dan hari ini kemunduran? Kalau boleh kita fikirkan bersama, adakah  keunggulan kesatuan Melayu dahulu satu kejayaan dan sekarang perpecahan adalah bencana dan kegagalan. Arah mana harus kita tuju - ke belakang menuntut keunggulan yang ada atau ke depan. Mungkinkah yang belakang itu depan dan depan itu belakang? klik sini
 

 

Kritikal, bila kalangan Umno sendiri mahu men-talqinkan Pak Lah

   


Malang lagi Pak Lah tidak di kelilingi oleh mereka yang berkaliber untuk menangkis dan menjawab bagi pihak Pak Lah. Mungkin Pak Lah juga tersalahpilih kabinet yang masih berpaksikan angin, menurut sahaja tetapi akal tetap ditunjangii oleh Mahahtir.

Mungkin ini ketika untuk kita menyaksikan bagaimana Umno berjalan dan kualiti kepimpinan Umno yang semakin berkurangan. Mungkin ini juga akan menjadi penentuan, terbongkarnya cerita - cerita perjuangan songsang sesetengah kepimpinan Umno. Mungkin ini juga akan membongkar apakah selama ini Melayu yang diperjuangkan oleh Umno adalah Melayu diri sendiri. klik sini
 

 




kiriman

 

Tuan, minta ajukan soalan  - soalan ini kepada pelayar umno-reform.com

  • Apakah salah kalau kita katakan bahawa tentangan paling hebat kepada seseorang pemimpin adalah pada Pak Lah? Ini adalah kerana bukan sahaja beliau ditentang oleh pembangkang tetapi beliau juga di tentang oleh kumpulan  - kumpulan dalam UMNO, para - para usahawan dan golongan penduduk bandar yang terasa sekali pentadbiran beliau menyukarkan kehidupan.

  • Apakah salah kalau dikatakan antara lain sebab - sebab penentangan ini adalah kerana Khairy Jamaluddin? Gambaran kritikan terhadap anak muda ini menjadi - jadi sehingga kita payah mengenepikan ianya sebagai fitnah politik.

  • Soalan saya - apakah Khairy perlu lenyapkan diri untuk membenarkan Pak Lah tidak lagi dilihat sebagai "dependant" kepada beliau? Saya ajukan soalan ini kepada pelayar laman web politik yang popular waktu ini.


 

Usaha masjid, gereja, kuil dll bawah satu bumbung di Malaysia

 

Dedahkan nilai projek mega wang rakyat


Mufti Kerajaan Negeri Perak telah memberi amaran agar jangan biarkan fahaman pluralisma bertapak di Malaysia. Apakah fahaman pluralisma ini ? Ianya adalah fahaman sesat yang menyatakan semua agama adalah sama. Ianya adalah usaha antarabangsa untuk mengadakan satu rumah ibadah yang sama dalam satu bumbung sepertimana yang berlaku di Yokyakarta.

Pada hari Jumaat ianya sebagai masjid, pada hari Ahad ianya sebagai gereja,pada malam Jumaat ianya menjadi kuil Hindhu. Di Malaysia fahaman pluralisma ini diusahakan oleh Malaysian Interfaith Network (MIN). Laman web berikut yang berpusat di Cambridge, Massachusset, Amerika Syarikat menceritakan segala perancangan antarabangsa untuk menghancurkan kesucian Islam dengan fahaman liberalisma.klik sini

 


Sehubungan dengan itu, kami menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengumumkan jumlah wang rakyat yang telah dibelanjakan untuk pelaksanaan projek-projek mega di negara ini sejak zaman kepimpinan Dr. Mahathir sehingga kini. Kami juga mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat antara lain pendedahan Dr. Mahathir mengenai perbelanjaan secara wewenang wang Petronas untuk membiayai projek-projek mega seperti pembinaan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.klik sini
 

 

BUKAN KE BELAKANG

  WM Jauhari Ismail


Memang senang untuk menunding jari dan meletakkan kesalahan ini terus kepada pemimpin kita, dalam hal ini kita boleh letakkan kesalahan itu terus kepada Dr Mahathir, kerana kegagalan polisi beliau itu. Tetapi adakah dengan menuding jari itu akan dapat merobah nasib dan minda orang Melayu itu, justeru mengeluarkan Melayu dari kemelut dilemmanya itu? Jawapannya sudah tentu tidak... Tidak ada kuasa sakti yang datang dari jari itu, tundinglah sebanyak mana sekalipun, tidak akan ada 'magik' yang akan berlaku, Melayu tetap tidak akan berubah. Itulah juga yang sering diperkatakan berkali-kali oleh para pemimpin Melayu, baik Dato' Onn, hingga ke Dr Mahathir dan kini Abdullah Badawi... dan saya percaya, ianya akan terus diulang-ulang lagi sehingga hari kiamat, Melayu itu akan tetap Melayu dan tidak akan berubah. klik sini

 

Pak Lah tidak akan jawab - menurut Penolong Setiausaha Akhbarnya Wan Esuriyanti Wan Ahmad


KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata semua penjelasan mengenai dakwaan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijawab oleh kementerian berkaitan.

"Jawapan itu akan dijawab, tetapi ia akan dijawab oleh kementerian berkenaan, bukan saya,"  kata beliau menurut Penolong Setiausaha Akhbarnya Wan Esuriyanti Wan Ahmad kepada Bernama,  di sini Isnin malam.

Menurut Wan Esuriyanti, Perdana Menteri mahu menjelaskan satu kenyataan yang dibuat oleh  Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad yang dilaporkan berkata bahawa  biarlah Abdullah melaksanakan proses penjelasan itu kepada orang ramai mengenai kritikan  tersebut.

Shahrir membuat ulasan itu setelah beliau dan sekumpulan Anggota Parlimen dan senator mengunjungi Abdullah dalam satu mesyuarat tertutup hari Isnin untuk melahirkan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Dr Mahathir meminta penjelasan mengenai beberapa perkara antaranya kebanyakan  AP dikeluarkan kepada dua orang yang tidak mempunyai bilik pameran kereta dan kedua-duanya  menjual AP dengan harga yang tinggi, menjadikan mereka sangat kaya dan tidak terlibat  dengan perniagaan lain selain menjual AP.

Beliau juga mempersoalkan penjualan saham MV Agusta dan membatalkan projek jambatan kedua ke Singapura menggantikan Tambak Johor.
 

 

Mana Che Det tak marahkan Kali

   Rasakan Mahathir


Patutlah Tun benar-benar marah pada Kalimullah kerana Kalimullah sendiri pun gemar mereka-reka kisah dan cerita yang palsu dan dibikin-bikin. Menarik juga kalau kita perhatikan diruangan surat dari pembaca di NST yang menyiarkan surat dari Suffi itu terdapat nota dari pengarang yang menyebut:

We have received many letters in support of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Because they express similar sentiments to the correspondence already published, we have decided to bring this subject to a close. : Editor

Tak tahulah sejauh mana sebenarnya bilangan surat yang meyokong Dollah dan berapa pula yang menyokong Tun yang diterima oleh NST. Tetapi kalau kit teliti akhbar THE STAR hari ini masih terdapat surat dari pembaca yang terus menyokong Tun. Who is the actual demon now??? klik sini

 

 


Hari ini TM merasai apa yang dirasai oleh DSAI. Walaupun hanya sekelumit dari itu. Hari ini tiada siapa akan berdemonstrasi untuk menyokong TM. Tiada siapa yang sanggup dihumban ke trak FRU untuk menyokong TM.

Hatta tiada siapa yang akan menyokongnya dari atas kerusi empuk masing-masing sekalipun. Tradisi UMNO yang dijulangnya memakan diri sendiri. klik sini

 

Bisu Pak Lah memberi berbagai erti

 


Akhirnya ternyata Pak Lah bukan saja mengkianati perjanjian tersebut malah memburuk-burukan pula Tun dengan mengutamakan agenda peribadi beliau sendiri. Inilah yang sangat mengecewakan rakyat apatah lagi bagi pihak Tun sendiri apabila melihat banyak rancangan rancangan yang diwar-warkan duhulu habis hendak dipadamkan Pak Lah serta rakan-rakan pakatannya yang sudah tentu mempunyai muslihat dan agenda mereka tersendiri. klik sini

 

 

Pupus Bahasa Pupus Bangsa

 

Liberalism And Pluralism - Bernama

 

Hari Pahlawan


Kerajaan Malaysia sebenarnya telah menghabiskan jutaan ringgit semata -mata kerana ingin mencari, mengumpulkan dan menterjemahkan istilah-istilah baru, namun amat mengecewakan kerana usaha ini menjadi hasil yang sia-sia kerana dasar memperhebatkan penggunaan Bahasa Inggeris telah melenyapkan sama sekali hasil-hasil dari penterjemahan istilah-istilah baru tersebut. klik sini
 

 


He said unfettered liberalism and pluralism could be harmful to Malaysian society in the long run. He pointed out that discourses on polygamy, faraidh system, the Quran, setting up of inter-faithcommission and abolishment of Article 121 (1A) of the Federal Constitution, were getting louder as more Malaysians embraced liberalism and pluralism.He said Indonesia experienced the same phenomenon some 30 years ago."If left unchecked, liberalism and pluralism will be difficult to control," he said when speaking at the Ulamak 2006 Convention, here today. klik sini

 


Lebih sedih lagi mengenangkan generasi masa kini dalam tempoh yang singkat lupa kepada jasa mereka yang mempertaruhkan nyawa untuk menjaga keamanan negara. Sebaliknya generasi sekarang lebih suka berpoya-poya, terlibat dalam gejala sosial yang kronik, penyalahgunaan dadah, asyik dalam hiburan, perlumbaan yang membahayakan, melepak dan sebagainya.
klik sini

         

Suara rakyat

 

Umno meniti akhir usia

 

Rakyat akan terkena lagi


SMS diterima: Jelaslah sudah UMNO pimpinan Pak Lah tidak lai mampu untuk mengawal nafsu Khairy dan kumpulannya. Oleh itu rakyat sudah untuk mengenepikan parti itu dalam pilihanraya yang akan datang. Selagi UMNO  berkuasa selagi itulah penyamun macam Khaiy,Kalimullah, Kamal dan lain lain akan menyamun yang diizinkan oleh Pak Lah dan pimpinan BN. Sekian Zain

SMS diterima: Orang ADIL jangan sibuk - sibuk pasal UMNO. You all adalah serpihan yang kecewa. Tun masih relevant begitu juga PM. Kedua duanya pasti akan atur perjumpaan tertutup - closed issue. Pemimpin lain tolong hati - hati keluarkan "statement" pasal Tun, jangan biadap sangat- Hidup Islam Melayu UMNO Pak Lah dan yang dikasihi Dr Mahathir - son of umno

 


Dimana kesan daripada ini Proton berdepan dengan persaingan tidak sihat yang merugikan. Menangani isu ini Pak Lah memilih untuk melontarkan kembali tuduhan tersebut kepada Dr. Mahathir dengan menghujahkan bahawa keputusan tersebut dibuat dibawah pemerintahan Dr. Mahathir lagi. Sememangnya

Dr. Mahathir seorang stratgegis yang bijak, dimana bagi menjawab tuduhan tersebut Dr. Mahathir beraksi di televisyen mendedahkan segala dokumen bagi membuktikan kerajaan bersifat lepas tangan didalam isu tersebut dan dengan pendedahan itu sekali lagi wajah sebenar kerajaan pemerintahan Pak Lah didedahkan.

Pukulan Dr. Mahathir tersebut juga membuatkan banyak pihak mula menilai kembali prestasi kerajaan pimpinan Pak Lah.

klik sini

 


Setiap kali pemimpin bertukar, rakyat akan kembali mengHARAP dan tempoh perubahan pastinya bertahun.

Sekali lagi rakyat KORBANkan nyawa dan kesabaran untuk mengharap pada yang tidak PASTI.

Tepuk dada, ketuk dahi, tarik telinga, tanya selera. Sanggupkah anda melihat sehingga makanan tiada didulang, air tiada dicawan, anak menangis kelaparan, berebut-rebut makanan dipinggan, sedangkan pemimpin hidup senang dan lenang.

Didalam tempoh JANJI perubahan, di dalam masa itu lah mereka mengaut, merompak, mencuri, merogol segala milik negara dan milik rakyat.


klik sini


 


Pak Lah vs Mahathir

Itu sebab dalam Islam, bukan Islam Hadhari, ada disebut "perkara yang batil akan lenyap dan kebenaran akan datang" . Maka hari ini yang batil sudah nampak dan kebenaran semakin jelas. Kebenaran disini , bahawa sesiapa yang menjual melayu dengan harga murah akan menanggong akibatnya. Jika dalam Islam kita dilarang menjual ayat-ayat Al-Quran, begitu juga dalam perjuangan bangsa, jangan sekali dijual bangsa untuk kepentingan diri, jangan sesekali gunakan "bersatu melayu" dan jika kita berpecah orang lain akan mengambil peluang. UMNO dilahirkan dengan air mata, darah dan keringat orang Melayu, sesiapa belot, mungkir janji dan khianat akhirnya akan menanggung sendiri akibatnya.klik sini

 

 

10 Jun 2006 | 13 Jamadil Awal 1427 H

KENYATAAN PROWARIS MENGENAI KONFLIK POLITIK SEMASA
- Atur Pertemuan Empat Mata Segera Dengan Kehadiran Pihak Yang Tidak Bekepentingan Politik Dan Ekonomi -
Klik Sini

 




 

Isu Pak Lah VS Dr Mahathir

Fikir - fikirkan, jika UMNO memegang slogan " Agenda UMNO memperkasakan minda dan mahu memartabatkan bangsa. Ini ada hubungkaitnya dnegan Agenda Singapura menyerang baik secara fizikal mahupun secara ekonomi keatas Malaysia. Cuba kita bertanya kenapa Dr Mahathir sanggup mengecilkan dirinya dengan menyebut 2 nama kesayangan Pak Lah - Kalimullah dan Bredan Pereira? Berbagai persoalan timbul -

  • Kenapa Scomi diberi hak berunding mengenai isu pasir dengan Singapura?

  • Kenapa dilihat Abdullah Badawi tidak berkuasa dalam NSTP?

  • Kenapa NSTP melagakan pemimpin Melayu dan melenyapkan isu sebenarnya.

  • Kenapa Abdullah Badawi membenarkan syarikat  - syarikat GLC Malaysia  dikuasi syarikat Singapura dengan anak menantunya Khiary Jamaluddin dengan mendapat protokol berttaraf Menteri di Singapura

  • Kenapa Singapura berusaha dengan menggunakan NSTP untuk menghasut rakyat membenci Mahathir dengan dimulakan oleh Najib Tun Razak

  • Kenapa Pak Lah membiarkan semua media  - media utama menghentam Mahathir tanpa ada usaha sendiri untuk membaiki keadaan.

Fikirkan dan jangan slogan  " Agenda UMNO memperkasakan minda dan memartabatkan bangsa   terpapar di dinding PWTCmenjadi sekadar tulisan. Zaharin Mohd Yassin

Hantarkan pendapat  kepada Borang maklumbalas / Borang maklum balas1   SMS 012-6544762 atau email editor1@umno-reform.com
 


   

Utusan jangan cuba perangkap Keadilan di dalam kemelut Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir

Di dalam laporan polis tersebut kami telah meminta pihak polis untuk memulakan siasatan kemungkinan berlakunya salah guna kuasa oleh bekas Perdana Menteri rentetan dari kenyataan beliau bahawa sejumlah wang yang besar dari khazanah milik rakyat iaitu wang PETRONAS telah digunakan untuk membangunkan Putrajaya dan juga kenyataan Tan Sri Ani Arope, Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mendakwa wujudnya terma-terma yang tidak adil serta membebankan pengguna dalam penswastaan pusat-pusat janakuasa elektrik yang dikaitkan dengan penglibatan langsung bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir. klik sini
 

Siasat Dr Mahathir - Shamsul Iskandar - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir ini, kami menggesa Kerajaan agar memenuhi janji-janji untuk mengamalkan tadbir urus yang baik dengan menyiasat dakwaan-dakwaan Dr.Mahathir, mengumumkan hasil siasatan dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab menyalahguna kuasa. klik sini
 

Laporan Polis terhadap Dr Mahathir - Angkatan Muda Keadilan Rakyat

Kami berasa sangsi bagaimana wang rakyat yang begitu banyak boleh dibelanjakan oleh seorang bekas Perdana Menteri mengikut selera dan sesuka hati beliau. Tiada sebarang laporan dibentangkan kepada rakyat sama ada di Parlimen atau diumumkan kepada umum. Kami sesungguhnya percaya terdapat kemungkinan berlakunya salah guna kuasa oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan meminta pihak polis untuk menyiasat perkara ini. klik sini

 

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat
Shamsul Iskandar Mohd Akin


SMS diterima : Tun Mahathir masih tetap orang yang kami anggap pemusnah negara ini - pemusnah demokrasi , pemusnah bangsa dan pemusnah agama. Orang yang tetap kami dari golongan reformasi label sebagai "MAHAZALIM"

SMS diterima : Mahathir harus minta maaf dahulu kepada Anwar Ibrahim. Ini balasan tuhan atas dosa - dosa beliau merogol keadilan negara ini. Nasihat saya, dah tu Mahathir , duk diam - diam kat tikar sembahyang dah le. Apa lagi nak kejar, ini adalah hasil pemerintahan kamu selama ini.

   


SMS diterima : Tun Dr Mahathir seorang yang bijak dalam politik,apa yang beliau kritik tentang Pak Lah adalah semata - mata untuk menyekat juak - juak murahan dalam UMNO agar tidak membawa Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan UMNO. Bila Tun gegar dengan isu yang besar ini, semua pemimpin UMNO & BNmenyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Pak Lah, maka mereka yang ingin membawa Anwar Ibrahim kembali dalam UMNO terpaksa tarik "handbreak". Siapakah mereka yang jadi dalang dalam cubaan membawa Anwar Ibrahim ke UMNOadalah pengkhianat UMNO. Hidup Pak Lah - Wan Indra Putra

SMS diterima : Mustahil hanya kerana cadangan jambatan baru Singapura dibatalkan , Mahathir melenting. Ini mesti mempunyai agenda lain yang mungkin Pak Lah dan Mahathir tahu. Mungkin juga janji yang dimaksudkan oleh Pak Lah adalah mengenai janji untuk terus menahan Anwar Ibrahim tetapi dibawah era Pak Lah Anwar Ibrahim bebas.
 

 

Ada Apa Dengan Mahathir?

  Kenyataan Media PAS 9 Jun 2006


Bagi DPPWP, segala kenyataan atau 'perang' Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah sekarang perlu dianalisa rakyat dan pimpinan Pembangkang. Apa yang berlaku antara zaman Mahathir dan Pak Lah bukanlah dua perkara yang berbeza kerana perjuangan Pak Lah adalah kesinambungan dosa-dosa Mahathir yang tidak sesekali dilupakan rakyat.klik sini
 

 

Mahathir - diktator gila talak

 Suara Rakyat - Melayu Jati


Sesiapa saja sudah menyedari dan mengakui bahawa rancangan menukarkan bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dfan Matematik adalah di bawah kehendak dan arahannya sendiri - tanpa kelulusan kabinet atau Parlimen, apa lagi mendapat mandat rakyat! Dan kini anak-anak Melayu yang 75 peratus tinggal di luar bandar, kebanyakannya sama sekali tidak dapat menguasai bahasa Inggeris TERNGANGA-NGANGA apabila belajar kedua-dua pelajaran itu dalam bahasa Inggeris (para guru pula teragak-agak mengajar kerana tidak mahir berbahasa Inggeris). Apa akan jadi kepada anak-anak Melayu di luar bandar itu? Anak-anak itu menangis! Ibu bapa menangis! Siapa yang membela? Ahli-ahli UMNO? Pemimpin-pemimpin UMNO? seorang pun tidak berani menentang, amat takut "periuk nasinya terburai" dan tidak mendapat "habuan-habuan" yang lumayan daridapa sekian banyak projek. Itulah ahli-ahli UMNO sekarang.klik sini

 

 

Mahathir - ini hasil pentadbiran kamu

   Anuar Mohd Nor -


Akhirnya hari ini Mahathir bersama  - sama Melayu lain yang beliau label sebagai mudah lupa, LUPA. Lupa akan perbuatan beliau khususnya sewaktu pendengaran beliau tercacat dalam mendengar rintihan rakyat - suara rakyat. Hari ini Pak Lah dan anggota kabinet yang turut dilahirkan oleh Mahathir turut serta meneruskan apa yang ada. Maka Melayu terus disitu tak kemana - mana, malah hanya melihat bahawa Perdana Menteri adalah lantikan bercorak "kesultanan" yang tidak tergugut dek dosa pentadbirannya. klik sini

 

 

Semuanya korup

 

suara rakyat

From_Email: gudanggaram_16@yahoo.com

Pesanan: Jangan katakan MPAJ sahaja yang korup, boleh di katakan semua Majlis Perbandaran dan Bandaraya pun sama korupnya.... lebih-lebih lagi di negeri Selangor, yang hairannya kenapa dan mengapa pihak-pihak yang berwajib seperti BPR tak buat pemantauan dan siasatan, dari sekecil-kecil tapak pasar malam sampailah ke projek ratusan ribu, dari pegawai rendah, Pembantu Teknik sampai lah ke Yang Di pertua dan Dato Bandar, kena hulur kepala Agong (Duit) baru boleh dapat ape yang kita
nak, kalau tada duit nak hulur, kirim salam sahaja lah, semua projek Majlis kroni, anak pinak, ipar duai dia yang sapu bersih, bayangkan lah, seorang TA (Technical Asstant, Pembantu Teknik) boleh ada 6 syarikat kontraktor kelas F yang semua di monopoli oleh waris-waris dia, tu baru TA, belum Jurutera, Ahli Majlis, YDP dan Dato Bandar. Kalau macam ni la sikap dia orang, sampai kiamat pun MELAYU tak akan maju, yang maju kroni-krono dia orang je la....
 

 
 
 


 

  • Melayu Perdana dan Melayu Hamba
  • Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11
  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
 
Pautan Berita Malaysia  

Akhirnya sangkaan semua orang telah menjadi kenyataan, bila mana Dr Mahathir Mohamad secara bertanggung jawab menyatakan bahawa dia sudah tersilap memilih Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalannya dan seterusnya sebagai pengganti beliau. Beliau secara terang - terang tanpa berselindung mengatakan bahawa Abdulah Ahmad Badawi menyerang beliau dengan menikam dari belakang.

Dua isu itulah yang menjadi perdebatan awam dan menarik minat orang ramai untuk mengetahui apakah jawapan dan komen dari Abdullah Ahmad Badawi. Sayangnya pihak akbar khas NST yang diketuai oleh orang-orang yang berkiblatkan Singapura mengambil peluang itu dengan mencurahkan minyak agar bertambah semarak lagi api perpecahan kedua pihak dan sekali gus ia menandakan perpecahan Melayu.
 
Najib Tun Razak yang terkenal dengan "main selamatnya" dalam semua isu asal tidak terjejas dirinya menjawab dengan nada yang pasif, yang mungkin dibuat atas nasihat isterinya yang glamour itu. Dalam isu ini yang menyebabkan Najib Tun Razak tersepit  ialah kerana beliau tidak berusaha untuk mencari jalan tengah dalam kemelut kedua pemimpin Melayu yang dilagakan oleh akhbar yang punya agenda tersendiri iaitu untuk melihat parti Melayu ini huru hara dan seterusnya akan menyebabkan permasalahan ekonomi.
 
Semua orang tahu, bahawa Abdullah Ahmad Badawi sedang bercadang membawa Musa Hitam (sekarang Tun) ke persada politik tanah air. Khabar yang terbaru beliau akan dicadangkan sebagai penasihat kanan yang bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri dan ini membolehkan Abdullah Ahmad Badawi mengenepikan Najib Tun Razak sebagai penganti beliau.

Idea dan cadangan itu datang dari pembantu-pembantu Abdullah Ahmad Badawi yang diketuai oleh anak menantunya sendiri bernama Khairy Jamaluddin. Mereka terlalu takut, jika Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara sudah pasti beliau akan membawa krewnya sendiri ke kapalnya macam Pirate Of the Caribeaan, ia itu kumpulan lanun dan penyamun baru yang pasti akan membunuh penyamun dan lanun yang pernah belayar dengan Abdullah Ahmad Badawi. Ini termasuk mengenepikan orang seperti Khairy, Patrick Badawi dan Kali Badawi yang akan dihumban ke laut oleh kumpulan baru Najib Tun Razak. Dengan nama Najib Tun Razak disebut oleh Mahathir sebagai pilihan utama beliau bagi menggantikan Anwar Ibrahim, Najib bertambah tidak gelisah.

Soalnya sekarang kesemua pemimpin UMNO tidak menjawab persoalanan yang menjadi isu utama, seperti mana Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan. Isu tersilap melantik Abdullah Ahmad Badawi dan isu tikam dari belakang tidak seharusnya dijawab dengan alasan penerusan wawasan 2020 atau semua keputusan dirujuk kepada kabinetnya.

Dari cara menjawab Menteri-Menteri UMNO itu maka jelas bahawa slogan UMNO "Memperkasa Minda Bangsa" tidak tercapai kerana cara menjawab begitu  meletakan "Abdullah Ahmad Badawi" hanya sekadar ketua bertaraf Persatuan Khairat Kematian sahaja atau mungkin mereka lebih baik menjawab dalam isu ini.

Seperti selalu, kebanyakan orang hadir ke majlis Abdullah Ahmad Badawi tahu bahawa mereka tidak akan faham apa yang Abdullah Ahmad Badawi nak cakap kalau beliau tidak pakai teks.  Jadi sesetengah orang lebih suka tunggu esok bila pihak akhbar melaporkan kerana melalui berita barulah mereka faham apa yang dicakap oleh Pak Lah dalam majlis semalam. Jadi sekarang penyakit itu sudah merebak kepada semua anggota kabinet beliau, yang mana rakyat dan orang ramai tak akan faham apa yang Menteri-Menteri cakap dalam berita Television dan menunggu sehingga esok bila tertulis berita dalam akbar.

Sepatutnya apabila Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri-Menterinya termasuk Najib Tun Razak sudah mengetahui Dr Mahathir Mohamad akan membuat paluan kepada gendang, sewajarnya mereka  diam dan tidak menjawab terlebih dahulu. Sebarang jawapan kepada paluan itu, hanya menunjukkan bahawa "gelanggang sudah dibuka", dan kebiasaaannya orang yang akan masuk gelanggang terdiri dari mereka yang berkeris dan pandai bersilat.

Dr Mahathir Mohamad walau pun dia macam seekor harimau tua, ngaumnya masih ada walau kuku sudah tumpul. Abdullah Ahmad Badawi pula tidak dilahirkan sebagai Serigala yang boleh berhadapan dengan harimau, malah kalau dia seekor singa pun, walau pun dia mengaum dan berkuku tajam  beliau tidak akan ditakuti orang. Ini kerana orang sudah tahu singa biasanya tak buat kerja secara persendirian sebalik secara berkumpulan, jauh bezanya dengan Harimau yang sudah dilahirkan menyerang mangsa atau musuh secara persendirian.

Sewajarnya kenyataan penyokong-penyokong Abdullah Ahmad Badawi bukannya untuk mengampu sebaliknya kalau Dr Mahathir Mohamad mempunyai keris hendak menikam Abdullah Ahmad Badawi, para Menterinya termasuk Najib Tun Razak harus berusaha untuk mengambil keris tersebut walau pun sudah menikam Abdullah Ahmad Badawi. Namun anehnya sungguhpun Abdullah Ahmad Badawi sudah terluka tindakan menteri - menteri dan penyokongnya tidak nampak hadir untuk membalut dan mengubati luka tersebut tetapi sebaliknya, perbuatan mereka semacam mahu mengubat luka yang berdarah tetapi mereka menambahkan lagi pedih luka bila mereka menggunakan air limau nipis untuk mengubat luka tersebut.

Sekiranya Abdullah Ahmad Badawi jenis orang yang membaca sikit, kerana dia terkenal sebagai Perdana Menteri yang tidak membaca, sudah pasti dia boleh menangkis isu yang dibawa oleh Dr Mahathir Mohamad. Tetapi malang kerana dia hanya sekadar PM (Pesuruh Menantu) dan kemungkinan dia minta nasihat dari Perdana Menteri yang sebenarnya bernama Khairy Jamalludin, maka cara Abdullah Ahmad Badawi menjawab hanya menunjukan bahawa dia tidak ada ilmu dalam pergurusan krisis dan hanya memikirkan bahawa dia kuat, walau pun dia sudah lihat bagaimana kerusi pembangkang di Sarawak sudah bertambah dan di Terengganu kemungkinan akan kembali ke Pas semula.

Ini semua boleh berlaku bila mana rakyat Terengganu sendiri melihat bagaimana Abdullah Ahmad Badawi membenarkan Patrick Badawi merogol tanah-tanah di Terengganu dan kemudian memberikan wang berjumlah RM 200 juta pula. Begitu juga dengan isu Jambatan Kedua di Pulau Pinang yang dihalakan ke tanah Partrick Badawi supaya kerajaan terpaksa membayar pampasan jutaan ringgit.

Maka Dr Mahathir Mohamad salah sorang yang faham teori Machiavelli dan pernah mengubah suaikan kata Machiavelli "Engkau harus cukup cerdik untuk terlihat baik, daripada benar-benar baik, kepada slogan  "seorang pemimpim mestilah bersih dan dilihat bersih". Bagi semua penyokong Abdullah Ahmad Badawi, khasnya Khairy Jamaluddin yang menganggap semua orang termasuk Dr Mahathir Mohamad sebagai nyamok, maknanya Abdullah Ahmad Badawi tidak menghayati Islam Hadharinya kerana dalam Islam, nyamoklah yang menjadi senjata membunuh firaun dan nyamoklah juga diakui dunia sebagai musoh nombor satu kepada manusia . Sudah pasti akan tercipta sejarah baru bila  Presiden UMNO yang Pertama  diminta berhenti oleh ahli-ahli UMNO dan rakyat akan memberi pertunjuk dengan BN mengalami kekalahan yang banyak dalam pilihanraya umun akan datang.

Sang Kelembai: Singa jarang bertarung dengan Serigala, bukan kerana kekuatan hukum, tetapi kerana taring dan kukunya. Maka Machiavelli mengatakan "Jika manusia keseluruhannya baik, maka aturan tidak akan dipatuhi tetapi kerana manusia itu buruk dan tidak akan tetap setia padamu, maka engkau juga tidak terikat untuk menerapkannya pada mereka - The Prince"

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

 


 

 




 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

 Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com