Berita hangat mengenai UMNO, ahli, kepimpinan, berita panas & sensasi hantar mesej - taip UR  NEWS hantar ke 36606 *




Benarkah Ahli UMNO akan membawa isu Tan Sri Isa Samad dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang? Apakah kreadibiliti Lembaga Disiplin UMNO akan di persoalkan dalam Perhimpunan tersebut? Dato Najib memaklumkan tidak ada agenda mengenai rasuah politik, Lembaga Disiplin atau cadangan cara pemilihan Majlis Tertinggi UMNO TETAPI PERWAKILAN BOLEH BERBINCANG MENGENAI ISU TERSEBUT. Apakah isu yang patut di tekankan oleh Perwakilan pada Perhimpunan Agung akan datang? Hantarkan pendapat anda kepada  klik sini , email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


Rasuah politik UMNO
Maklumat ini dipetik dari laman web marangdaily.net

Apakah benar salinan surat ini di sebarkan oleh AJK Bahagian Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Dato’ Noh Omar? Beliau dikatakan telah mengedarkan surat tersebut  ke seluruh cawangan Umno dalam bahagian Tanjung Karang yang bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo. Maklumat ini diterima daripada Umno Cawangan Mandur Wahid yang dipimpin oleh Dato’ Jamian Mohamad, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang. Berikut disertakan surat salahlaku tataetika yang melibatkan pemimpin Umno seperti yang diedarkan oleh Noh kepada seluruh cawangan.  Sekiranya surat ini benar maka UMNO berada dalam keadaan yang amat kritikal dalam soal rasuah politik. Kita harus sedar mereka yang memberi rasuah mampu menerima rasuah.  

surat muka 1   surat muka 2  surat muka 3  surat muka 4  surat muka 5  surat muka 6


Maklumat terbaru : www.umno-reform.com telah mencabar Zukri Aksah yang di percayai EXCO Parti Keadilan Rakyat mengenai email yang di hantar beliau kepada kami mengenai ketidakmungkinan berlaku perubahan atau reformasi dalam UMNO. Sehingga kini beliau yang dipercayai banyak menulis mengenai politik masih terus membisu terhadap cabaran editor1@umno-reform.com. Apakah mereka hanya mampu menulis tetapi tidak berani berdepan apabila di ajak membicarakan topik yang beliau sendiri terbitkan?  

Soalan cepu emas dari pelayar (flora impian) : Assalamualaikum,, Tuan Editor saya nak bertanya sedikit kekeliruan tentang perhimpunan agong UMNO kali yang ke 57. Bagaimana dapat 57 tu? Setahu saya UMNO (baru) di tubuhkan dan didaftarkan pada tahun 1986. Kalau ikut pendaftaran hingga sekarang baru berusia 19 tahun. Tolong beri penjelasan? ( editor1 : Secara teknikal dan dari sudut pendaftaran memang 19 tahun - ada antara ahli UMNO lain mahu mengulas - silakan lah)

Info Ringkas - Setelah Rafidah Aziz mengambil keputusan untuk bercuti, kini Mohamed Khaled Nordin pula di laporkan memangku jawatan Menteri Kerja Raya Samy Vellu. Turut mengambil cuti adalah Dato Syed Razak Syed Zain. Apakah selepas ini Menteri besar Selangor dan Johor pula akan turut terlibat dengan bercuti?

Info Ringkas - Ramai pelayar www.umno-reform.com menjangka anak muda yang dikatakan PM Malaysia sekarang ini akan menerima gelaran Dato. Dari negeri Sembilan atau Melaka. kalau Melaka sama taraf dengan Khalid Jefri kaa email yang di kirimkan pagi tadi.

Info Ringkas - AP yang turut di persoalkan ada bagi kereta jenama WALDS, BPR harus check bagaimana kereta WALD ini dapat kelulusan AP!! Ianya bukan manufactured vehicles! Bagaimana pula  RAFIDAH AZIZ boleh luluskan?! Dgr2 ianya dimiliki oleh "AP Baron of Malaysia".. antara 20syarikat yg dapat 54,000 AP setahun! - petikan tag board umno-reform




Pemilihan NUBE, ahli perlu tahu

Kami telah menjalankan penelitian dengan agak mendalam dan sungguhpun www.umno-reform.com  adalah dari kelompok yang sama dengan Fauzi Shamsuddin dari segi pegangan wadah iaitu UMNO namun dalam persoalan membela hak pekerja kami terpaksa menolak pegangan beliau khususnya idea penarikan  dari MTUC, sokongan beliau terhadap "out - sourcing" yang di buat oleh bank. www.umno-reform.com  lebih agresif dalam memperjuangkan hak dan dalam meneliti perkara ini, pihak kami lebih selesa menganggap perjuangan Abdul Jalil dan J Solomon sehingga J Solomon dan beberapa rakan beliau dalam Bumiputra Commerce Bank di pecat sebagai satu perjuangan membela hak pekerja. Pemecatan kerana memperjuangkan hak pekerja adalah murni disisi www.umno-reform.com  klik sini


Perhimpunan Agung UMNO - Rasuah politik dan isu Tan Sri Isa Samad, mampukah di bawa oleh ahli?

  • Keraguan ini hanya menimbulkan persoalan betapa serius sebenar hasrat UMNO untuk membasmi rasuah politik. Sekiranya keraguan wujud maka perkara asas membasmi rasuah politik akan bertukar menjadi senjata dalam politik. Ini tidak akan menyelesaikan masalah politik wang atau rasuah politik yang merupakan satu kanser dalam UMNO.

  • Namun satu email yang menarik dan bagi kami paling menarik berbunyi seperti berikut " Ahli UMNO akan terus akur dan tidak akan bangkit mempersoalkan isu rasuah politik ini" Mereka akan hanya akur kerana mereka tahu mengkritik dalam UMNO adalah satu dosa lebih berat dari dosa melakukan rasuah wang. Mereka akan hadir bersidang dan pulang ibarat bertandang tanpa  hasil sebarang. Klik Sini


Langkah memusnahkan Khairy Jamaluddin, tertubuhkah anti Khairy dalam laman ini?

Sumber maklumat mengenai Khairy Jamaluddin tidak datang dari perpustakaan untuk di selongkar oleh www.malaysia-today.net.  Sumber - sumber ini datang dari UMNO dan saya yakin adalah usaha kolektif untuk terus menjatuhkan Khairy Jamaluddin. 

Mereka menggunakan laman - laman web yang mampu menyediakan berita - berita sensasi yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Mereka tidak berani berdepan mengkritik Khairy Jamaluddin malah www.umno-reform.com  pernah berdepan dengan kritikan mereka di belakang Khairy mengenai keburukan anak muda tersebut.

Dari apa yang dihidangkan oleh www.malaysia-today.net  , pihak kami yakin usaha - usaha itu akan berterusan untuk memastikan Khairy Jamaluddin tersingkir dan keberuntungan dari situ adalah untuk memastikan Pak Lah turut tergelincir dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia. Klik Sini


Tun Dr Mahathir dikatakan menjadi pencetus Meritokrasi. Meritokrasi dikatakan adalah hasil  balasan sokongan mereka bukan bumiputera kepada UMNO sewaktu UMNO hilang sokongan orang -orang Melayu. Sewaktu itu kabinet Dr Mahathir dikatakan hanya tahu mengangguk kerana takut dengan beliau. Apakah ini terlalu celupar - kabinet zaman Dr Mahathir hanya tahu mengangguk.

Meritokrasi, mana mereka sebelum ini? Apa pun dalam lingkungan Pemuda - Naib Ketua Pemuda pada waktu itu Datuk Aziz Sheikh Fadzir pernah menyatakan kerisauan beliau terhadap nasib pelajar - pelajar Melayu bila mana meritokrasi mula dilaksanakan.

Hari ini suara meritokrasi mula kedengaran kembali. Apakah mereka lambat sedar akan implikasi meritokrasi atau pada zaman Dr Mahathir - angguk saja demi menjaga jawatan. Klik Sini


Datuk aku bukan Datuk Melaka, isu penganugerahan Datuk kepada Khalid Jefri

Khalid Jefri yang di anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Tun Khalil Yaakob sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Negeri yang ke 66 sudah cukup menimbulkan keraguan terhadap penilaian pemberian anugerah Datuk oleh Negeri Melaka. Hasil dari pemberian anugerah Datuk kepada Khalid Jefri inilah isu kredibiliti penerimaan anugerah Datuk ini di persoalkan.

www.umno-reform.com pernah menyuarakan isu penerimaan Datuk dan pernah mendengar kritikan Pak Lah pada awal perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hari ini ramai yang berpendapat bahawa anugerah dari Sultan dan Yang Di Pertuan Agung dan Negeri hanya lah bagi mereka yang berkelayakan membeli dan bukan dari hasil pengorbanan dan jasa kepada Malaysia khususnya rakyat. Klik Sini


Sudah sampai masa Pak Lah menilai  dan mungkin melakukan perubahan. Pelayar di minta memberi pendapat Menteri dan Timbalan Menteri yang bagi mereka wajar di ubah dan kenapa. Hantarkan pendapat anda kepada  klik sini atau email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

Pengirim SMS - kami akan terus memadam kiriman anda untuk menjaga identiti pengirim. Sila letak nama samaran ada di akhir mesej SMS

Pak Lah, perubahan kabinet perlu dijalankan sekarang

Perubahan ini perlu disegerakan kerana era pemerintahan Pak Lah perlu menunjukkan kelainan yang serius dari hanya meneruskan tradisi kepimpinan Dr Mahathir. Persoalan - persoalan perubahan yang dinantikan oleh rakyat dalam pentadbiran Pak Lah perlu dilakukan bagi membawa karaktor baru dengan nilai perubahan baru agar Pak Lah tidak diaktakan mentadbir pada nilai yang mendatar tanpa perubahan.

Pak Lah harus tidak menafikan persembahan karaktor "feel good" yang dilakukan sewaktu pilihan raya baru - baru ini. Pemberian jenama tersebut harus di turut dengan perubahan kepimpinan yang membawa nilai - nilai baru, kepimpinan yang rendah diri dan mereka yang dekat pada rakyat. Perubahan ketara ini yang dapat memberi rangsangan kepada rakyat dengan kehadiran Perdana Menteri baru yang meletakkan nilai - nilai Hadhari dalam menerajui kepimpinan Malaysia hari ini. Klik Sini



Dr Mahathir sebagai penasihat UMNO
Ungku Shahrin

PATUTKAH DR.MAHATHIR DILANTIK PENASIHAT UMNO
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak editor umno-reform kerana sudi memaparkan pendapat saya ini.

Terus terang saya akui yang saya hanyalah ahli Umno biasa yang masih kurang memberi sumbangan kepada parti ini,tapi izinkan saya berkongsi idea dan sedikit pandangan tentang isu ini.Sebenarnya title "penasihat" tidak penting,tapi yang lebih kita perlukan adalah pandangan/nasihat yang bernas dari seseorang yang mempunyai pengalaman luas terutama dalam usaha untuk memartabatkan bangsa melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.Hampir semua buku-buku dan teks ucapan Dr M yang saya baca dapat saya simpulkan yang beliau mempunyai idea-idea yang jauh lebih ke depan dari para pemimpin yang saya lihat sekarang.Tidak dinafikan ,ada sesetengah idea beliau yang di rasakan terlalu "ambitious",tapi sekurang-kurangnya telah dapat meletakkan bangsa kita ke satu tahap lebih baik dari sebelumnya.

Penasihat atau orang yang memberi nasihat ,bagi saya tidak akan merugikan parti ,malah lebih baik dalam erti kata lebih banyak nasihat yang diberikan maka kuranglah kesilapan yang bakal dilakukan dalam melaksanakan sesuatu dasar atau tugas dalam parti.Saya percaya orang seperti Dr M sudah tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam parti apabila beliau memberikan pandangan atau nasihat beliau dan seperti yang kita semua ketahui,nasihat/pandangan yang diberikan hanya sekadar cetusan pendapat dari orang yang lebih berpengalaman dari kita dan terserah pada barisan pemimpin parti yang ada sekarang untuk mendengar atau menolak nasihat beliau.Bak kata orang "yang baik jadikan teladan yang buruk jadi sempadan".
 
Jawatan Penasihat juga saya rasakan lebih pada jawatan sukarela ,sekadar memberikan pendapat tanpa ada apa-apa kotmitmen yang besar apalagi  menentukan hala tuju parti tercinta ini.Cuma pandangan beliau yang saya rasakan boleh di ketengahkan untuk di jadikan input dalam parti ini.

Terima Kasih 


Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat anda kepada  klik sini atau email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


UMNO tidak mampu di reform
malaysian_progressive@yahoo.com
Zukri Aksah

Kenapalah tak paham-paham, hampir kesemuanya macam tu, takde menteri atau timbalan menteri yg perlu diubah atau ditukar, Umno dan Barisan Nasional tu yg perlu diubah dan ditukar.

Terimalah hakikat bahawa Umno memang sudah menjadi sebuah parti yang penuh korup, rasuah dan salah guna kuasa, tak mampu di reform lagi

Zukri Aksah
Malaysian Community for Progressive Leadership

Kenyataan angkuh bahawa UMNO tidak boleh di reform atau melalui proses perubahan bagi kami hadir dari mereka yang hanya mahu mencari kesempatan dan peluang dalam perubahan kuasa. Kami mengajak penulis email tersebut membicarakan ketidakmungkinan perubahan atau reform dalam UMNO. Sekiranya  penulis ini berada di Kuala Lumpur hubungi kami 012-6544762 maka www.umno-reform.com akan hadir untuk memulakan perbicaraan - terbuka kepada ahli mereka mahupun tertutup mengenai isu UMNO tidak boleh di reformkan. 

 

 

Untuk menghantar pendapat klik sini atau email editor1@umno-reform.com dan SMS kepada 012-6544762

 

FOKUS PEMILIHAN NUBE (KLIKSINI

Pemilihan semakin sengit. Ahli NUBE harus peka dan melihat siapa kepimpinan mereka yang mampu handir untuk membela nasib pekerja dan siapa yang hadir hanya untuk agenda sendiri 

 
Segala isu penindasan BCB klik sini





 

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

 - Demi masa kita sentiasa tidak punyai waktu KLIK SINI
 - Runtuhnya kuasa politik, pengimbangan letak di tangan siapa?  KLIK SINI

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan


Mendefinisikan Pak Lah 3

Siri 3 - Tanya Pak Lah klik sini
Siri 2
- Peningkatan nilai dan erti pembangunan klik sini
Siri 1 - Kembali ke asal klik sini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI


Dr MM sebagai Penasihat UMNO? Rombakan ?
From_Name: kbdarus


Mungkin boleh, tapi sekarang UMNO baru tak boleh dinasihat lagi. Memang betul Dr MM seorang yang bijak, memandang kehadapan, mempunyai idea yg tidak terfikir oleh sesiapa- punya la bijak..Tetapi,ketua UMNO selalunya PM Malaysia. Jadi, Pak Lah tak kan mahu dengar nasihat org lain.Tentu beliau mempunyai agenda tersendiri apabila dilantik dan diberi kuasa sebagai seorang Perdana Menteri.Waktu yang ditunggu dan diidam2kan selama ini. Saya fikir biarlah apa Paklah nak buat dgn Malaysia. Kita telan saja lah apa yg dihidangkan pada kita. Nanti kita di kata derhaka dan seterusnya di ISA kan kerana menggigit tangan yang menghulurkan makanan, walaupun makanan yg dihulur basi... dan lebih2an makanan. Apa yg perlu dilakukan dlm UMNO & BN adalah rombakan.Keluarkan mereka yg korup,tidak bekerja,banyak cakap, rasuah.Menteri2 patut ditukar dgn yg  baru. Yg baru selalunya ada idea baru. Kalau menteri dah lama sgt di sebuah Kementerian, tapi tak ada perubahan langsung, elok lah dibuang.  Bak kata Dtuk Rafidah suatu ketika dulu, "menghabiskan beras aje"...Kementerian2 yg patut dirombak: Kemen HEP (Jab Tak Cukup Minyak_)JKR(Jab banyak helah)Pendidikan Jab Byk Masalah)Pelancongan (byk buang duit),Penerangan (idea lapuk).


Isu Isa Samad
sysafiqah

Pesanan: isu isa, bolih dibincang secara langsong bagi mencari kepuasan semua pehak, kes telah berlaku dan akan berlaku setiap permilihaan parti baik dicawangan,bahagian atau Mkt, semua nak merayakan parti dalam satu keluarga besar tiada yang akan masam mua semua terjawab siapa yang bijak bersuara ia akan dapat mukanya berseri...Org umno dah bijak yg mana satu intan dan yg mana kaca...perasaan dengki aja yg akan mengorbankan umno dengan sikap tak puashati...


Putera UMNO
kbdarus@yahoo.com

Pesanan: Pertama-tama,ketua Putera biar lah yg muda dan bertenaga. Kalau boleh, tak boroi, segak sikit,sedap mata pandang.Dato Azeez, bagi saya dah agak tua. Jika dia nak jagi org kuat gak, beliau bertanding lah PEMUDA UMNO / UMNO.Juga, biar ketua Putera mesti yg byk idea muda, terkini.Jika tidak,nanti pelan nya overlapping dgn Pemuda UMNO. Maklumlah kata PUTERA. So, sekurang2nya segak dan sihat la. Macam kes Dato Azeez ni, baru dilantik, dah ada scandal/isu.Ini dah kes parah. belum berjuang dah berdarah. Lagi susah.Jadi,nak senangkan kerja, lantik orang lain. Tak ada masalah. Dato Azeez nk ajak org muda join PUTERA, rasanya ..susah. Kalau macam ni, org muda lebih berminat nak join PEMUDA umno dr Putera. Putera UMNO macam lebih kurang BELIA Malaysia la. Nama BELIA, tapi di ketuai oleh orang tua bangka. Sebab tu BELIA tak bergerak sangat, sebab idea2 orang tua. Semput selalu, gear 1 dan gear 2 aje. Oleh yang demikian, carilah ketua yg berkaliber, ada karisma, kurang cakap, byk idea muda.Paling utama; tiada skandal: wang/perempuan. sosial life yg sederhana.selalu ke masjid kariah.


Cukuplah apa yang di buat Mahathir sewaktu pemerintahan beliau

azuarnar3418@yahoo.com
From_Name: Amrul Seremban

Subjek: Comment

Pesanan: Askm warahmatullah,

Tun Mahathir memang merupakan diantara pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negara Malaysia disamping Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Burhanuddin Helmi, Tunku Abdul Rahman dan juga pemimpin pembangkang seperti Datuk Fadzil Nor dan lain-lain.

Namun untuk membawa beliau semula ke persada kepimpinan adalah amat tidak praktikal. Beliau ada kelebihan dan juga kelemahan.

Cukuplah kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh pentadbiran Datuk Seri Ahmad Badawi dan rakyat Malaysia semua , yang terpaksa menangggung kesan daripada polisi-polisi dan dasar-dasar beliau yang lampau.

Perbelanjaan berlebihan beliau dimasa yang lampau telah memberi kesan kepada ekonomi kita hari ini. Lihat sahajalah isu kenaikan tol, harga minyak, PTPTN, pengangguran dan lain-lain perkara ang berlaku pada masa sekarang..

Akhir kata tepuk dada tanya selera.


Mahathir tidak diperlukan lagi

From_Name: kbdarus

Subjek: Comment

Segera: Yes

Pesanan: Dr MM tidak diperlukan dlm pentadbiran Pak Lah.Apa yg berlaku sekarang adalah bahang kesan dari pentadbiran yg lalu, iaitu pentadbiran MM.Bila tiada duit,bukan negara saja tak boleh bergerak, malah sebuah syarikat yg gergasi, yg kecil pun tak boleh begerak/melangkah panjang dan boleh muflis. Sama lah juga dgn negeri yg di panggil NSembilan.MB baru dibebankan dgn masalah yg ditinggalkan MB lama,Tan Sri Isa: -kes Tanah LBJ tak berbayar,dll (tapi sekarang dah nak dikira selesai)Tapi yg kena kritik, MB Hassan.Yg buat masalah: TS Isa. Kesnya sama lah dgn Pak Lah dan Dr MM. Yang kena kritik Pak Lah. Yg buat masalah: Dr MM.Cuma Pak Lah lebih bersikap berhati2. nDr MM memang byk idea tapi bila terdesak, Dr MM sanggup membuat/menjual sesuatu yg tidak terfikir oleh org lain.Menjual minyak yg masih dlm tanah, yg belum diproses adalah satu contoh.Tetapi, kesannya kita yg rugi akhirnya walaupun pd ketika itu ramai yg memuji atas kebijaksanaan idea tersebut. Boleh dikatakan era Dr MM adalah era berbelanja tanpa sempadan. Era Pak Lah adalah era berjimat akibat "berbelanja tanpa sempadan". Terpaksa berjimat kerana duit poket dah habis sebelum gaji bulan depan masuk akaun. Begitu lah kira-kiranya. Barulah org kebanyakan Malaysia faham. Apa yg patut kita buat, terima saja keadaan dgn redha.Sebab kita jugak yg pangkah pada PU yg lepas2.Berfikir lah secara rasional, bertindak secara bijak dlm apa hal sekalipun yg kita buat.Jgn leka.Beri sokongan penuh pada Pak Lah.sebagaimana kita beri sokongan penuh kita pada PM yg lepas2.


laksamanamelayu@hotmail.com

hang tuah

Pesanan: kalau betul bagai di kata maka tercemarlah imej islam hadari yang di laung-laungkan oleh pemimpin tertinggi kita. saya berkata demikian kerana yang terlibat dalam kes ni semuanya orang kerajaan yang di terajui oleh pemimpin tertinggi tersebut. kalau ahli pihak pembangkang buat silap dimintaknya pemimpin tertinggi mereka selidik dan ambik tindakan tapi dalam kes ni nak selidik apa lagi takkan tak cukup lagi pegawai agama polis dananggota penguatkuasa yang ikut sekali dalam operasi tersebut. malanglah malaysia kalau sistem perundangan boleh di manipulasikan sesuka hati oleh mereka yang kononnya ada kuasa. cuba ingatkan orang-orang macam ni bahawa kuasa mereka bukan di tangan mereka tapi pada yang maha esa dan kalau dia tersungkur oleh kesilapan yang  cuba di sorokkan amat dahsyat kesan dan akibatnya. bukan sahaja diri sendiri tapi seluruh rakyat malaysia akan terkena bau busuk perbuatannya itu.



Perwakilan UMNO hadir menunggu habuan
drd2001@hotmail.com
nina

Pesanan: Bagi saya, mengapa seseorang pemimpin yang ingin bertanding jawatan dlm MT dan ke atas mesti menggunakan wang?..boleh dikatakan semua perwakilan mengharapkan habuan untuk undi mereka.Jika perjumpaan di rumah adalah salah, mengapa tidak di siasat para calon yg mengadakan perjumpaan dirumah?Saya percaya lebih ramai yg akan digantung jika UMNO mempunyai ahli yang benar2 tulus dan ikhlas untuk membuat laporan..Jangan salahkan orang yang memberi sahaja kerana apa guna memberi jika tiada 
penerima..asuhlah perwakilan yang ingin memilih!


 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan hanya menghubungi editor1@umnoreform.com atau terus menghubungi 012-6544762

berita sebelum ini  
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05 | minggu 1 julai 05 | minggu 2 julai 05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com