untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 09/02/2007 Sang Kelembai   yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com
 

MAKLUMAN
 

www.umno-reform.com mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pelayar

 

Buka akaun

 

Pembayaran

  SyokTV - Malaysian Online Streaming TV        
 

klik sini  untuk menambah akaun e-gold anda

 
Dipetik dari www.malaysia-today.net

Do you know that Abdullah just bought his own jet, an Airbus A319, which you and I are paying for at a cost of more than US$60 million? The Airbus A319 is registered in the name of Penerbangan Malaysia. Now, I wonder how much more it is going to cost us to operate and maintain it every month.

The Malaysian Government’s latest aircraft, believed to have been ordered in mid-2005, is being refurbished for VIP configuration at Switzerland’s premier aircraft maintenance facility, the Basel-based Jet Aviation. The A319 CJ (Corporate Jet) is the latest addition to the Malaysian Government’s VIP fleet, currently operated by the Royal Malaysian Air Force. klik sini
 

 

KAUM IMMIGRANT TAK SALAH UMNO YANG TOLOL

Ini merupakan satu artikel yang agak terbuka mengenai ras.Antara yang ditulis oleh penulis artikel ini adalah :

Benar kata Prof Diraja Ungku Aziz dalam sebuah rancangan TV. Katanya (bersabit kelemahan dasar kerajaan mengenai pendidikan dan bahasa Melayu) orang lain tidak berani sebut perkara ini.

Apakah ada keberanian dipihak UMNO untuk mengembalikan status quo dahulu? Pada hemat saya, kita usaha bermimpi. Parti itu sudah jauh menyimpang dan tersasar angkara acuan cetusan Mahathir. Kini manusia ini pula cuba menjadi jaguan kepentingan Melayu!!

Apakah ada orang Melayu yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran dari sikap dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap hak orang Melayu di tanah air sendiri? klik sini
 

 

Idea BODOH atau Kerajaan TIPU?

Dengan adanya MYKAD ini, kita sudah beberapa kali menukar KAD PENGENALAN. Dari sekeping yang bergambar ditengah dan Bercap Jari di kiri dan kanan, keras dan dibuat dari plastik, kini kita mempunyai MYKAD yang bercip, moden kononnya. Rasanya sudah 5 kaedah bertukar. Dari yang mudah kepada yang changgih, malangnya yang changgih ini lah yang paling banyak diPALSUkan. klik sini

Apa bezanya ‘GORES DAN MENANG’ dan ‘CABUTAN BERTUAH JPN’?

Dalam sebuk bercerita tentang idea bodoh dari pemimpin yang bodoh, tanpa kita sedari bahawa penipuan perniagaan ‘GORES dan MENANG’ saling tidak tumpah dengan cabutan bertuah MYKAD yang dianjurkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Bezanya ‘GORES dan MENANG’ di dalangi oleh banyak syarikat perniagaan sementara ‘Cabutan Bertuah MYKAD’ di dalangi oleh satu kerajaan sahaja. klik sini

 


Ini satu mesej serius kepada kepimpinan parti

Akhirnya spekulasi perletakan jawatan dan tindakan keluar parti yang eksklusif diterbitkan oleh www.umno-reform.com memaksa Ezam Mohd Nor untuk mengeluarkan kenyataan dan penerangan khusus untuk menjawab persoalan - persoalan tersebut. Ezam yang dikategorikan sebagai pemimpin reformis oleh aktivis reformasi perlu memikirkan semula keputusan perletakan semua jawatan. Sungguhpun beliau menafikan tindakan keluar dari parti namun Ezam menghadkan aktiviti beliau kepada Gerak dan memaklumkan bahawa satu laporan polis akan dikeluarkan berserta dokumen penting pendedahan korupsi kepimpinan negara ini.

Tindakan ini adalah tindakan jalan terakhir bagi memberi "signal" jelas bahawa beliau menolak politik jenis merebut kuasa yang amat berleluasa dalam PKR. Ini adalah langkah terakhir beliau untuk menetapkan pendirian bahawa sebarang tindakan yang melibatkan politik rakus merebut kuasa bukan amalan politik beliau. Dalam menegakkan demokrasi Ezam mahukan sistem demokrasi sihat dengan interpretasi musyawarah bukan demokrasi bercorak yang berbentuk ala UMNO. Tafsirkan demokrasi seharusnya menyeluruh dan bukan pengambilan amalan negatif seperti politik wang, pemikiran perjuangan yang sempit lalu mengenepikan  gambaran yang lebih besar iaitu "perjuangan". Apa yang jelas ialah Ezam bertindak membidas Azmin Ali dalam membiarkan dirinya dicalon sebagai Timbalan Presiden Keadilan. Ini bukan perselisihan kritikan peribadi, inilah lontaran bantahan dasar. Ezam menjelaskan fokus kita adalah perjuangan dan bukan pertandingan dengan amalan buruk dalam parti. Beliau mengambil tindakan ini sebagai usaha penghabisan bagi menunjukkan dalam perjuangan tempat dan jawatan adalah nombor 2. Beliau menggesa ahli lain untuk tidak melepaskan jawatan atau bertindak membelakangi perjuangan kerana mesej yang hendak disampaikan sudah cukup jelas dan diharap kepimpinan tertinggi mengambil ikhtibar dari insiden ini. Kalau mahu menunjukkan solidariti rakan - rakan semua harus meneruskan perjuangan dalam PKR dan meletakkan pertandingan merebut jawatan nombor 2 dan ini bukan langkah membelakangi demokrasi.

Ini adalah laporan mengenai perhimpunan solidariti terhadap Ezam Mohd Nor. Ulusan mengenai apa kata www.umno-reform.com mengenai krisis ini akan menyusul.

Berita sebelum ini mengenai Ezam letak jawatan klik sini

 

 


KeADILan Selangor calonkan Anwar sebagai Presiden

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Selangor yang bermesyuarat pada 11 Februari (Ahad) sebulat suara mencalonkan penasihat parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti yang baru bagi pemilihan pada tahun ini.

Sementara dalam mesyuarat yang sama juga Dr Syed Husin Ali dicadangkan untuk dikekalkan sebagai Timbalan Presiden parti bagi memperkukuh perjuangan parti, kata Setiausaha Perhubungan KeADILan Selangor, Mohd Nazmi Rosli kepada Harakahdaily semalam. klik sini

 

 

But it is not right to say that the Chinese are not getting opportunities. That would be wrong

Ini adalah komen yang dibuat oleh Tun Mahathir dalam majalah Off The Edge. Ini membicarakan persoalan mengenai  keraguan kaum lain dalam Malaysia terhadap polisi yang dikatakan menindas kaum lain di Malaysia. Ini juga mengupas hakikat betapa kritikal masalah perhubungan ras seperti yang dimaklumkan oleh Ramon Navarathnam, Presiden Transparency International Malaysia. Persoalan diskriminasi antara kaum tidak wujud sama sekali kata Tun. Menguatkan kenyataan ini kita harus menerima bahawa penekanan Dasar Ekonomi Baru adalah agar kaum majoriti yang mempunyai pegangan ekonomi yang minoriti dapat bersaing dengan baik. Ini mungkin sesuai dengan konsep dan definasi Keadilan Sosial yang bukan sahaja cuba dilaksanakan oleh kerajaan malah turut diperjuangkan oleh laungan parti pembangkang. Tun Mahathir turut membidas mereka yang menganggap opurtuniti kaum lain terhalang dengan berkata:

If you care to really make a quantitative assessment of the Chinese and the Malays, surely you must admit that the Chinese are batter off than the Malays. That is the fact 

Maka persoalan ini timbul sekali lagi, Melayu terpinggir di tanah sendiri dan ini perlu ditangani dengan hati-hati. Sekiranya tidak maka penulis dan mereka yang mahu membincangkan isu ini mungkin boleh ditangkap tanpa perbicaraan. Apa kata anda klik sini

 

 


KLIK pada gambar untuk pendaftaran

Daftar perniagaan anda segera dalam mobile - directory. Hanya RM 48 setahun sahaja.  Hubungi N_liza talian  012-5948206

 

Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini
 

 



www.arahkita.blogspot.com

 



www.sangkelembai2006.blogspot.com
 

09/02/2007 Lagi pun akan berlakulah macam filem Nujum Pak Belalang dalam soalan yang mempertaruhkan negeri dan kerajaan ia itu... "banyak-banyak" memang banyak orang kematian isteri. Sikit-sikit, memang sikit orang yang akan berkahwin dengan adik bekas isterinya untuk kepentingannya dan akhirnya jarang-jarang, maka Imam Besar Islam Hadhari akan mencipta rekod Malaysia dalan Guinnes Book Rekod bila berkahwin dengan janda adik iparnya dan adik iparnya pula masih hidup. klik sini
 

Off The Edge : Nothing personnal - Tun Mahathir

Edisi terbaru Off The Edge yang menemuramah Tun Dr Mahathir jelas menunjukkan bahawa tidak ada perubahan kedudukan Tun yang masih kritikal mengkritik kepimpinan Pak Lah. Tun Mahathir memperbahrui kritikan beliau dengan menjelaskan kelemahan - kelemahan kepimpinan yang ada sekarang ini yang mampu mengugat kepercayaan rakyat terhadap era kepimpinan Pak Lah, UMNO dan Barisan Nasional. Corak kepimpinan Pak Lah yang dikatakan membawa Malaysia ke belakang pasti mengusarkan rakyat dan Tun Mahathir percaya ini akan menimbulkan perkara - perkara yang tidak diingini bukan sahaja dari segi perekonomian tetapi yang penting adalah dari segi sosio-kemasyarakatan. Beliau menegaskan bahawa dalam era pemerintahan beliau tidak terdapat penyerahan memo ahli - ahli parliamen dalam isu - isu perhubungan antara agama dan kaum. Isu mengenai menangani masalah perkauman tidak wujud seperti yang ada sekarang ini. Mahathir turut menyelar apa yang disebut Islam Hadhari dan perbezaan sewaktu pentadbiran beliau yang berkonsepkan penerapan nilai - nilai Islam dalam pentadbiran negara. klik sini 
 

Gerakan Anti Najib
Mohd Din Nasir

Tidak mungkin ini adalah satu persoalan kosong, menurut pengirim email ini kepada www.umno-reform.com. Kenyataan bercorak persoalan ini hanya menimbulkan syak yang bertujuan untuk terus menyuburkan gerakan anti Najib yang sebelum ini pernah dinafikan berlaku. Ini adalah persoalan yang mampu menghancurkan karier Najib dalam politik,katanya lagi. Harakah dalam edisi terbaharunya memuatkan berita mengenai , PM akan guna isu Altantuya untuk pecat Najib?

Isu - isu yang melibatkan nama Najib selah-olah meniti bibir pembangkang. Persoalan digunakan bukan untuk menuduh tetapi jelas untuk menimbulkan keraguan. Mungkin dengan meleparkan persoalan ini maka akan terbentuk satu gambaran yang tidak menarik terhadap Datuk Najib yang dikatakan mampu mengugat kehadiran dan perkembangan pembangkang.

Email panjang itu turut menekan kehadiran gerakan Anti Najib ini berkemungkinan kerana pendirian keras terhadap idea kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO. Ini mungkin timbul apabila Datuk Hishammuddin melafaskan secara terus menolak sebarang idea kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO dan melabel Anwar sebagai pengkhianat.

Apa yang jelas hari ini musuh utama pembangkang adalah Datuk Najib Tun Abdul Razak dan bukan Abdullah Ahmad Badawi secara khusus. Melihat keadaan ini kita juga dapat lihat bahawa keadaan gerakan Anti Najib ini bukan sesuatu yang palsu tetapi sudah cukup kuat dan bertenaga.

Najib terus berdiam

Sungguhpun begitu, kehadiran media pembangkang terus menabur persoalan  mengenai Najib dengan Altantuya tidak dijawab oleh Najib malah tidak kelihatan usaha beliau untuk menapis perkembangan kaitan yang cuba dibuat oleh pembangkang. "Elegant silence" mungkin atau tidak terpulang tetapi media pembangkang tetap dengan alasan mereka.

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com