Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606**  Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com


                                   
 

 

www.umno-reform.com mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah kedua -dua pejuang pasca kemerdekaan - Datuk Abdullah Ismail Bekas EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1974 - 1981 dan Dato Ibrahim Ahmad (Pak Yem) Setiausaha Penerangan Ibu Pejabat UMNO dan kemudiannya Setiausaha politik YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah 1976 - 1987. Jasa mereka untuk UMNO dan negara tetap di kenang  ~ Al Fatihah ~

 

Ini adalah satu link yang perlu kita kaji dan teliti :

http://www.pmo.gov.my/doc/takziah.nsf/archive/20051114-1413?OpenDocument&Start=1&Count=1000&ExpandView

Kami pernah membaca perkara seperti ini dahulu tetapi nampak gayanya ini adalah "upgraded version" dari apa yang pernah saya baca sebelum ini Apa pun ianya di pamerkan dalam laman rasmi kerajaan. Betul atau tidak masih kita tidak pasti. Namun erti surat terbuka ini perlu kita kaji.

Apa pun kita perlu juga mengkaji komen - komen yang di buat oleh penulis tersebut terhadap Malaysia. Kita tidak boleh melatah tetapi posting ini terdapat dalam laman web pejabat Perdana Perdana Menteri.

Sungguhpun "posting" itu seakan meniupkan api perkauman tetapi apakah kenyataan penghinaan terhadap Melayu itu benar atau tidak. Apakah statistik yang di berikan itu tepat?

Dengan pembacaan yang teliti satu soalan cepu emas mahu di tanya kepada pelayar kita : Apakah benar kita merempat di tanah air sendiri?

Dalam pada itu ada bantahan yang mengatakan bahawa ini perbuatan orang - orang Cina dan menuduh kemungkinan ini dilakukan oleh orang  - orang Melayu sendiri. Mereka katakan "Someone in the Prime Minister Department might involve in such article as they never been deleted for so long. I think Pak Lah have some opposition of its policies in his own department"
Baca sepenuhnya maklumbalas mengenai artikel Bersatulah kaum Cina di sini  http://www.competitivemalaysia.blogspot.com/
 

 

Pak Lah turut digesa minta maaf kepada rakyat Malaysia

Apakah permohonan maaf kepada China atas tindakan polis membogelkan wanita yang pada awalnya dikatakan warga China menunjukkan bahawa tindakan polis itu turut di kecam oleh Pak Lah?

Hari ini kita dimaklumkan bahawa wanita itu bukan rakyat China. Wanita itu rakyat tempatan dan orang Melayu kita? Apakah Pak Lah akan turut meminta maaf terhadap rakyat negara ini atas tindakan polis tersebut? Sebenarnya kalau Pak Lah mampu minta maaf kepada China maka Pak Lah juga perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia.

http://www.asiamedia.ucla.edu/article-southeastasia.asp?parentid=34567
 

 

Abdullah Badawi, Azmi: Sila mintak maaf kepada rakyat Malaysia !!!

Isu wanita “China” yang dibogelkan dalam tahanan menjadi lebih dramatik apabila Inkuiri Awam  (diwakili lima orang ahli panel bebas) semalam mendedahkan identiti wanita tersebut sebagai  orang Melayu tempatan dan bukannya wanita dari negara China!

Pendedahan ini amat memalukan apatah lagi pihak kerajaan secara tergopoh gapah mengutuskan  Datuk Seri Azmi Khalid mengadap Negara China untuk memohon seribu kemaafan diatas layanan  buruk polis terhadap wanita “China” tersebut. Apakah YAB PM tidak mendapat fakta atau  maklumat yang secukupnya daripada pihak polis sebelum lawatan itu dibuat? Adakah lawatan  tersebut dibuat sekadar untuk mendiamkan (pacify) golongan tertentu ketika BN ditentang hebat dalam kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir?

Dan kini setelah identiti gadis yang sebenar diketahui, maka pihak kerajaan perlu memohon maaf secara rasmi pula kepada rakyat Malaysia diatas tindakan pihak polis yang memalukan  terhadap gadis Melayu tersebut. Jangan pula penyalahgunaan kuasa pihak polis dalam kes ini  didiamkan selepas pendedahan ini dibuat.

Terlampau banyak kes yang melibatkan tahanan polis dilayan secara buruk ketika dalam  siasatan. Maka sebagai rakyat Malaysia saya mahu melihat YAB PM mengarahkan Inkuiri Awam ini diperluaskan kuasanya untuk menyiasat semua kes-kes salahguna kuasa polis terhadap tahanan  rakyat tempatan, bukan sekadar rakyat dari China sahaja kerana kita tidak mahu kerajaan  hanya bersikap “Anak di pangkuan dibiarkan, kera di hutan disusui”.

Abu Harith

 

 

 

Datuk Syed Ali Alhadshee gesa ambil tindakan atas Teresa Kok?

Apakah wajar pula Teresa Kok diambil tindakan? Apa yang sebenarnya terkandung dalam benak pemikiran Datuk Ali Alhadshee? Apakah Teresa Kok hadir ke parlimen untuk menjual , mengedar dan menerbitkan video klip tersebut atau untuk membawa perhatian ahli - ahli Dewan Negara mengenai kepincangan anggota polis yang mengambil video tersebut lantas memburukkan imej polis Malaysia. Sebenarnya siapa yang harus dipersalahkan? Menurut laman web Terasa Kok beliau hanya menunjukkan kepada Datuk Nazri dan Datuk Azmi Khalid. Mereka yang melatah dan mahu jadi "hero" untuk isu ini. Polis pula bertindak dengan mendiamkan perkara ini sehingga membenarkan Pak Lah tertipu dan memohon maaf kepada kerajaan China. 

 

Pihak Berkuasa Digesa Ambil Tindakan Terhadap Teresa Kok


KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Seorang anggota Dewan Negara menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menayangkan video lucah seorang tahanan wanita yang melakukan ketuk ketampi sambil berbogel.

Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, anggota polis lelaki yang bertanggungjawab merakamkan aksi tersebut juga perlu dikenakan tindakan kerana mencetuskan suasana tegang  sehingga menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Perbuatan pemimpin DAP yang menayangkan video tersebut di hadapan menteri dan wakil rakyat  di Lobi Parlimen, bulan lepas telah menjatuhkan maruah tahanan wanita itu, katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Rabu.

"Teresa patut didakwa kerana menjaja cerita lucah di Parlimen sehingga memalukan wanita itu,  polis kita sebenarnya bagus, apa yang dilakukan ke atas tahanan terbabit adalah prosedur  biasa.

"Disebabkan oleh perbuatan beliau itu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi  Khalid terpaksa ke China untuk meminta maaf sedangkan hari ini apabila membaca akhbar seluruh rakyat terkejut kerana tahanan itu adalah wanita tempatan berketurunan Melayu," katanya.

Selain itu, Syed Ali turut meminta polis bertindak lebih cekap dengan memaklumkan kepada  Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai status sesuatu kes secara lebih  cepat dan tepat.

Menurutnya, kelewatan polis mengumumkan hasil siasatan dan tindakan media menyiarkan kes itu  secara meluas telah menjejaskan reputasi pasukan keselamatan dan memalukan negara.

Katanya, pendedahan tersebut telah menyebabkan banyak pihak termasuk menteri mengeluarkan pelbagai reaksi sedangkan kes itu boleh diselesaikan dengan cepat tanpa perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas dan inkuiri awam.

Terdahulu pada Persidangan Dewan Negara, beliau meminta Timbalan Menteri Keselamatan Dalam  Negeri, Chia Kwang Chye menjelaskan siapa yang harus dipertanggungjawabkan berhubung insiden tersebut.

Chia bagaimanapun enggan menjawab soalan tersebut dan sebaliknya memberitahu, pemergian Azmi  ke sana bukan untuk meminta maaf kepada kerajaan China berhubung isu ketuk ketampi tetapi berkaitan satu isu lain.

-- BERNAMA
 

Sebenarnya, implikasi dari isu ini hanya menunjukkan betapa efisien pegawai - pegawai Pak Lah dalam melaporkan kepada Pak Lah isu sebenarnya. Apa yang boleh Pak Lah pelajari dari isu ini adalah : Jangan dengar cakap menteri - menteri 100%, cari sendiri dari sumber lain atau berhubung terus. Sebenarnya ini silap kepimpinan kita yang tidak mahu tahu apa sebenarnya berlaku di bawah sana. Cuba selidiki - dapatkan informasi dari pihak lain dan timbang sendiri. Bagi yang memilih Datuk Syed Ali Alhadshee  sebagai wakil mereka - fikir - fikirkan pada pilihan raya akan datang. 

 

 


Mereka dikatakan melatah. Mereka dikatakan mahu bertindak sebagai "hero" lantas tertipu dengan klip video yang ditunjukkan oleh DAP - Teresa Kok. Mereka dikatakan  bertindak membabi buta sehingga akhirnya Pak Lah di turut diperbodohkan kerana mereka dikatakan teruja dengan klip video tersebut.. Pak Lah memohon maaf kepada China dan bertindak menubuhkan pasukan penyiasat independan. Azmi dihantar ke China atas arahan Pak Lah untuk menerangkan isu ketuk ketampi warga China tersebut.  Hari ini Bernama melaporan bahawa penerangan mengenai wanita warga China yang diarahkan berbogel  di buat dan menurut Azmi Khalid telah berjaya dilakukan oleh beliau.  Akhirnya klip video itu adalah warga tempatan. Apakah tindakan terburu - buru mereka , meletakkan Pak Lah dalam kedudukan tidak selesa lagi memalukan di peringkat antarabangsa hanya menunjukkan mereka bodoh. www.umno-reform.com sepatutnya mengulas dengan lebih terperinci mengenai isu ini kerana bagi saya tindakan mereka memperbodohkan Pak Lah harus diambil tindakan. Apa pendapat editor dan pelayar umno-reform?
 

 


Syarikat Industri Seks akan buka kedai di Megamall

Rozmal bin Malakan <rozmal@yahoo.com>

Playboy Enterprises, adalah merupakan syarikat yang mengeluarkan majalah lucah Playboy, akan membuka kedai mereka Megamall, di Malaysia ini, walaupun penerbitan mereka tidak dibenarkan dijual di sini. Apakah barangan yang dibenarkan dijual oleh syarikat Playboy di Malaysia ini ?

Playboy makes low-key entrance to Malaysia
December 12, 2005

Kuala Lumpur - Playboy Enterprises, the company behind the Playboy magazine empire, said Monday it will open a store in conservative mainly-Muslim Malaysia, even though the raunchy publication is banned here.

But anyone looking for sex-related products will be disappointed - the store which opens at the popular Midvalley Megamall early next year won't even stock bunny-printed underwear.

"We only sell ladies' apparel, accessories, for example costume jewellery and watches. Our clothes consist of mainly cargo pants, tops, bottoms," said Denise Tan, spokeswoman for Zillion, Playboy's official licensee in Malaysia.

"The whole image of Playboy fashion has been revamped. It's quite sexy in a way. Not toward feminine sexiness but hip-hop sexiness," she told AFP.

Christie Hefner, Playboy chief executive officer and daughter of founder Hugh Hefner, will reportedly tour the Playboy boutiques in Asia next year and launch new stores in Hong Kong and Singapore.

But Tan said it was still not clear whether Hefner would make it to Malaysia.

Playboy Enterprises' licensed products business now generates over $600 million in global retail sales in more than 100 countries, the company said. - AFP



Apakah JAKIM, IKIM, PERKIM, ABIM, JIM, PEKIDA, Biro Agama UMNO, Dewan Ulama PAS, para pendakwah bebas atau pendakwah tidak bebas akan hanya berdiam diri, mengambil sikap tunggu dan lihat atau hanya saling tuduh menuduh antara satu sama lain atas segala gejala sosial yang melanda umat Islam terutamanya orang Melayu di Malaysia ketika ini?

Atau apakah kita orang Melayu menyokong usaha ini kerana dari segi jangka pendeknya memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak gadis kita untuk bekerja di kedai Playboy ?

Tidak cukupkan dengan majalah ghairah tempatan, novel ghairah tempatan, VCD lucah ketika ini ?  Tidak cukupkah dengan gejala Black Metal, gejala Punk, gejala Skinhead, gejala seks bebas di Malaysia ini ?

Berikut ialah petikan daripada laman web Malaysiakini mengenai pembukaan Playboy di Megamall :

http://www.malaysiakini.com/news/44418


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com



 

 

Polis tidak ambil tindakan - mangsa Along buat laporan kali kedua

Zaiton buat laporan polis lagi
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Ibu kepada empat anak, Zaiton Lebor yang hidup dalam ketakutan diburu Ah Long, sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD) di sini malam tadi.

Beliau pergi ke IPD Cheras pukul 9.30 malam dan selesai memberi keterangan tiga jam kemudian.

Sebelum ini, mangsa yang berusia 32 tahun membuat laporan di Balai Polis Pantai dan IPD Cheras, bagaimanapun mendakwa tiada sebarang tindakan diambil.

Zaiton berkata, beliau sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan supaya tidak lagi diganggu Ah Long.

``Ketika ini, saya terpaksa menumpang di rumah kakak. Saya merayu semua pihak termasuk polis membantu agar hidup kami tidak diganggu Ah Long.

``Malah kecederaan yang dialami akibat dibelasah konco-konco Ah Long di belakang dan dada, masih belum sembuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
 

Pada 9hb Disember 2005 Zaiton Lebor membuat laporan polis dan media perdana melaporkan bahawa polis akan memberi jaminan mengenai keselamatan keluarga Zaiton. Hari ini Zaiton membuat laporan semula kerana setakat ini tiada sebarang tindakan diambil oleh polis. Apakah mungkin polis sebok dengan kes wanita ketuk ketampi Cina? 

 

 


Pegawai Kerajaan - gagal berfikir

Ini kali ketiga saya hadir menghantar keluarga saya untuk mendapatkan MyKad di Maju Junction Kuala Lumpur. Maka untuk kali ketiga ini saya dapat membuat konklusi bahawa sikap pegawai kerajaan dalam menjalani tugas perlu di tegur. Mereka tidak mahu menggunakan akal dalam menjalankan tugas. Mereka tidak mahu berfikir cara mana untuk mempertingkatkan cara perjalanan pembahagian nombor malah tidak langsung acuh kepada keadaan sekeliling. Gambar di atas saya ambil melalui kamera telefon bimbit ( maaf kualiti tidak baik ) mempamerkan sorang warga emas yang di papah oleh kaum keluarga untuk memperbaharui kad pengenalan. Pegawai yang bertugas dengan nama tag - Mansor seolah - olah tidak memperdulikan warga emas tersebut. Beliau yang keluar masuk dari pintu utama hanya tahu menyuruh semua berbaris tanpa hirau warga emas tersebut. Memperlihatkan cara beliau mengurus apa yang dapat disimpulkan adalah beliau tidak pernah mahu mencuba untuk memperbaiki kelemahan cara atau memikirkan cara terbaik untuk memudahkan mereka untuk berbaris bagi mendapatkan myKad. Pegawai seperti Mansor ini tidak memperdulikan langsung apa yang berada di depan mata. Apa yang beliau tahu ialah untuk menggunakan cara yang serupa seperti mana yang saya perhatikan buat kali ketiganya. Saya hairan melihat sikap "robotik" beliau.

Mungkin yang menjadi kerisauan Pak Lah - birokrasi - adalah kerana sikap roboti pegawai kerajaan - tidak mahu memikirkan dengan sendiri cara mana untuk memperbaiki sistem yang ada. Jangan hanya menunding jari dengan mengatakan bahawa rakyat yang bersalah kerana memperbaharui MyKad di saat terakhir. Pegawai tersebut harus menjadi manusia - perihatin kepada warga emas, berfikir - untuk memperbaiki sistem dan tidak perlu menunggu arahan dari Pak Lah.      

 

 



Tahniah kepada Suasa Efektif Sdn Bhd dengan sistem baru bayar dan peraga. Dengan terbentang kain rentang tersebut jelas kelihatan Suasa Efektif Sdn Bhd adalah antara syarikat yang banyak memperolehi tender tempat letak kereta di Selangor. Antara tempat tersebut adalah Bandar Baru Ampang , di Gombak - kawasan Taman Samudra dan Taman Permata. Yang paling bagus syarikat ini pernah di laporkan oleh kami  - mengenakan denda kelewatan bayar melebihi bunga yang dikenakan oleh along dan ceti - ceti haram di Malaysia. Berikut adalah artikel terdahulu : http://www.umno-reform.com/URnews/parkingmps.htm . Kami melaporkan bahawa   Suasa Efektif Sendirian Berhad konsesi tempat letak kereta Majlis Perbandaran Selayang mengenakan caj 33% untuk kelewatan membayar 14 hari dan 66% untuk kelewatan melebihi 1 bulan. Kalahkan ceti haram ! Syabas kepada Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana begitu perihatin dengan Suasa Efektif Sdn Bhd sehingga lupa rakyat yang terpaksa membayar kepada ceti berlesen tersebut. Selangor Maju 2005


 


 

Isu Along tidak berakhir lagi

Hari ini dalam media perdana isu Along dan ceti haram kembali ke udara. Beberapa waktu lalu isu ini mendapat perhatian serius kerajaan  namun kemudiannya sejuk tanpa langkah - langkah bersesuaian diambil. Sebenarnya bagi kami di www.umno-reform.com isu ini tidak akan selesai selagi kerajaan benar - benar serius menangani kemelut kemiskinan rakyat bukan sahaja di desa malah di kota.

ww.umno-reform.com pernah memaklumkan dalam usaha kerajaan menangani pinjaman ceti haram - agensi - agensi lain giat membuat program mengutip duit mengalahkan "gangster" . www.umno-reform.com pernah mengatakan Puas yang buas dalam menangani isu pembayaran tertunggak. Kini Syabas juga aktif dalam membuat pemotongan tanpa menyediakan ruangan yang secukupnya untuk berkompromi - khususnya dalam ansuran pembanyaran.. Baru baru ini kita dengar TNB dikatakan sebagai perompak besar berlesen.

Tuntutan pampasan: TNB bagai `perompak berlesen besar'

JOHOR BAHRU 9 Dis. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bertindak menuntut bayaran pampasan dan tunggakan ke atas para pelanggan kini disifatkan sebagai `perompak berlesen besar' yang mengancam kepentingan dan hak pengguna.

Malah TNB yang mempunyai kepakaran dalam membekalkan elektrik didakwa telah menyalahgunakan kepakaran itu apabila hanya prihatin dan efisien dalam soal mengutip hasil tetapi gagal memberi perkhidmatan berkualiti dan memuaskan kepada pengguna.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Pangkalan Rinting, Low Teh Hian berkata, dalam kes-kes tuntutan tunggakan misalnya, TNB telah memainkan dwi peranan iaitu dengan menuduh dan menghukum tanpa memberi ruang kepada pelanggan membuat pembelaan.

``Mangsa-mangsa yang dituduh dipaksa menjelaskan bayaran tunggakan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari tanpa memberi masa pelanggan membuktikan mereka tidak bersalah.

``Bagaimanapun pernahkah TNB membayar balik atau memberi pampasan kepada pengguna apabila mereka menghadapi kerugian akibat kecuaian atau kesilapan TNB seperti bekalan elektrik terputus dan sebagainya,'' soalnya.

TNB tegas beliau, berhak menentukan nilai kerugian mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab ke atas setiap kerugian pengguna yang terlibat dengan gangguan yang disebabkan oleh kelemahan dan kecuaian mereka sendiri.

Teh Hian berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Bajet 2006 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Katanya, kerajaan tidak boleh memberi kuasa mutlak kepada TNB yang telah mengeksploitasi pelanggan mereka sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak ketiga yang bebas dan tidak ada sebarang kepentingan dengan TNB dilantik bagi menyiasat dan menentukan setiap keraguan pelanggan sama ada mengenai ketepatan bacaan meter, kecurian bekalan, bayaran pampasan mahu pun tuntutan tunggakan.

Malah kata beliau lagi, TNB perlu belajar dan mencontohi Syarikat Air Johor Berhad (SAJ) yang menyediakan bekalan air percuma kepada pengguna setiap kali berlaku gangguan bekalan air bersih.

``Sekiranya TNB tidak mampu menghantar bekalan elektrik kepada pelanggan terlibat, mereka harus membayar pampasan bagi membolehkan pengguna menampung kos bagi menyediakan bekalan sendiri,'' ujarnya.

Beliau juga meminta agar TNB memulangkan semua tunggakan yang dituntut daripada pelanggan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Apakah sebenarnya kerajaan berusaha sekeras mungkin untuk mengelakkan mereka yang terdesak memaling kepada along sebagai langkah terakhir untuk membayar bil air yang telah terputus ataupun bekalan elektrik. Dalam melihat isu ini satu garis panduan khas agar semua keperluan asas - dapat menerima satu bentuk perundingan pembayaran yang maksimum untuk penjelasan bil tertunggak. Kerajaan harus mengetatkan syarat pemotongan. Kalau dahulu kita sering dengar pemotongan tidak akan di buat selagi cagaran melebihi bil tertunggak - sekarang sudah tidak lagi begitu. Lihat lah luka rakyat, simpati terhadap mereka agar mereka tidak lagi menderita.

Polis beri jaminan lindungi keluarga Zaiton
KUALA LUMPUR 9 Dis. - Polis memberi jaminan keselamatan dan perlindungan terhadap Zaiton Lebor, 32, ibu kepada empat orang anak yang mendakwa menjadi buruan Ah Long.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Cheras, Deputi Supritendan Tan Ah Chua berkata, polis biasanya akan menahan Ah Long terbabit yang sanggup bertindak membelasah mangsa kerana ia satu perbuatan jenayah serius.

``Tetapi jarang kita dengar ada Ah Long sanggup membelasah kaum keluarga peminjam terutama wanita dan kanak-kanak.

``Pihak keluarga selalunya menerima ugutan dan amaran sahaja. Tetapi di peringkat ini sahaja, polis sudah boleh mengambil tindakan.

``Jika membabitkan perbuatan ganas seperti teruk dibelasah, polis seharusnya sudah lama dapat menahan Ah Long berkenaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Zaiton bahawa hidupnya kini bersama empat orang anak dalam ketakutan kerana diburu Ah Long setelah suaminya, Abdul Malik Mahmud, 42, yang membuat pinjaman menghilangkan diri tujuh bulan lalu.

Wanita itu mendakwa pernah dibelasah oleh konco-konco Ah Long di sebuah stesen LRT berdekatan rumahnya di Flat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Desa Tun Razak di sini kerana gagal menjelaskan hutang suaminya.

Ah Chua berkata, Zaiton tidak sepatutnya hidup dalam ketakutan jika mangsa sentiasa memberi kerjasama kepada polis bagi mengenal pasti identiti mereka terbabit.

``Polis mesti menahan Ah Long yang sanggup bertindak ganas ini dan jika betul mangsa mengambil berat soal keselamatan diri dan anak-anaknya, beliau sewajarnya memberikan kerjasama kepada polis.

``Saya harap mangsa dapat menghubungi pihak polis semula bagi membolehkan saya menyiasat kes ini,'' katanya.

Utusan Malaysia difahamkan selain melaporkan kehilangan suaminya kepada polis pada awal Julai lalu, Zaiton membuat dua laporan polis iaitu di Balai Polis Pantai dan Cheras setelah mangsa dipukul dan dibelasah dua lelaki dan seorang perempuan ketika berada di sebuah stesen LRT.

Dalam kejadian itu, Zaiton mendakwa dipukul dan diheret hingga mata kirinya lebam dan sehingga kini masih mengalami kesakitan pada bahagian payu daranya akibat ditumbuk dengan kuat.

Menurut Zaiton, konco-konco Ah Long juga pernah membaling pelbagai objek termasuk mercun ke arah rumahnya.
 

Datuk Najib - pernahkah rumah anda terputus bekalan elektrik akibat bil tertunggak. Apakah simpati kita hanya sewaktu pilihanraya kecil sahaja?
 

 




 


Kelakar pun ada juga - hairan pun ada juga

Pernah atau tidak kita terdengar - rakyat kecil bawahan yang bergelut sungguh dengan ekonomi mereka yang semakin lumpuh mengatakan bahawa mereka meletakkan bendera UMNO pada premis mereka untuk mengelakkan ianya dari dirobohkan. Dakwaan ini juga wujud di kalangan mereka yang membuka gerai - gerai di kawasan yang tidak membenarkan penempatan gerai mereka - atau ada kalanya kerana mereka mengurangkan pendapat restoran - restoran mamak yang wujud di tempat itu.

Mereka tidak ada jalan lain - setelah di saman beberapa kali - meletakkan bendera UMNO dengan harapan pegawai - pegawai yang terbabit akan sedikit gusar untuk menghalau dan merobohkan gerai - gerai mereka. Apa pun kami telah di hubungi oleh seseorang dan kami pergi ke lokasi tempat yang dimaklumkan. Aneh dan hairan - penmpatan sekeliling di robohkan kecuali rumah yang ada bendera UMNO.
 


Khairy Jamaluddin dan Ketua Putera UMNO di kritik Kelab Maya UMNO

Laman web Kelab Maya UMNO (KMU) di www.kmu.net.my selama ini menyiarkan artikel-artikel yang mengkritik parti-parti yang tidak sealiran dengan parti-parti komponen Barisan Nasional antaranya PAS, PKR dan DAP.

Penyiaran artikel terbaru di KMU selepas pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Artikel yang bertajuk "PEMUDA DAN PUTRA UMNO...MANA KEMATANGAN?" di

http://www.kmu.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=4911

menunjukkan laman web pro UMNO mula menunjukkan sikap keterbukaan mereka untuk mengkritik pemimpin mereka sendiri sebagai teguran daripada ahli kepada pemimpin.

Artikel tersebut antaranya menyebut mengenai ketidakpuasan penulis bagaimana Naib Ketua Pemuda UMNO Sdr Khairy Jamaluddin dan Ketua Putera UMNO Malaysia, berkonfrontasi dengan penyokong PAS di perkarangan Sekolah Kebangsaan Makasar pada hari pengundian tersebut, telah menunjukkan sifat yang kebudak-budakan.

Tahniah diucapkan kepada KMU atas artikel ini yang secara tidak langsung membentuk dimensi baru di dalam UMNO untuk melahirkan barisan penyokong yang berani menegur kepimpinan mereka. Teguran seperti ini haruslah dipandang oleh barisan pimpinan dengan hati yang terbuka.

Artikel seperti ini adalah merupakan cabaran pula kepada media PAS, PKR dan DAP agar penyokong-penyokong dan ahli-ahli mereka pula diberi ruang untuk memberi teguran kepada barisan kepimpinan mereka. Walau bagaimanapun teguran yang diberikan haruslah diluahkan dengan sikap yang professional tanpa menggunakan kata-kata yang kesat dan lebih kepada luahan
emosional. Teguran tersebut hendaklah ke arah penambahbaikan di dalam parti.

Sementera kepimpinan yang menerima teguran tersebut hendaklah menerimanya dengan hati yang terbuka serta memberi maklumbalas yang lebih rasional.

Dalam isu pengundi hantu contohnya , kenapa isu ?hantu? ini hanya kita katakan kepada pengundi Barisan Nasional sahaja. Apakah PAS, PKR dan DAP bebas sama sekali daripada pengundi hantu , atau apakah PAS, PKR dan DAP mempunyai bilangan pengundi hantu yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pengundi hantu daripada Barisan Nasional lalu isu ini dijadikan modal
ceramah-ceramah umum hinggakan penyokong-penyokong PAS sibuk membicarakan isu pengundi hantu tapi mengabaikan pemantapan jentera pilihanraya negeri, mengabaikan kebajikan ahli-ahli, mengabaikan kerja-kerja kemasyarakatan ? Kita sendiri boleh jadi pengundi hantu jika kita menggunakan Mykad abang atau kakak kita untuk mengundi bagi pihak mereka.

Malah isu hantu ini wujud dalam nama yang berlainan. Di Seremban contohnya ada pihak di kalangan ahli PAS
sendiri yang membuat dakwaan wujudnya ?Cawangan-Cawangan PAS Hantu?. Samada dakwaan itu benar atau tidak, ianya menggambarkan pihak yang mendakwa dan pihak yang didakwa sama saja dari kacamata mereka yang bukan ahli PAS. Pada mereka tiada bezanya jika selama ini PAS hanya membangkitkan masalah pengundi hantu Barisan Nasional, PAS sendiri pula sekarang ini pula dihantui dengan dakwaan Cawangan Hantu di kalangan ahli mereka sendiri.

Malah dakwaan ?Cawangan-Cawangan PAS Hantu? di kawasan ini telah menghantui kepimpinan peringkat pusat yang hingga sekarang ini gagal mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk merapatkan saf antara kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam dakwaan Cawangan Hantu ini.

Teguran dan kritikan terbuka yang diberikan oleh penyokong parti bukanlah untuk melihatkan pemimpin mereka dijatuhkan atau parti mereka lemah. Teguran dan kritikan terbuka ahli adalah untuk melihatkan ahli-ahli mereka bersama pemimpin-pemimpin mereka bekerjasama untuk memperkukuhkan parti.

Budaya surat layang haruslah dielakkan apabila memberikan teguran dan kritikan. Sebagai ahli yang berani memberi teguran dan kritikan mereka hendaklah melakukanyya dengan cara yang professional, melalui mesyuarat agong, melalui surat dan e-mel, melalui siaran media, melalui perbincangan dan sebagainya.

Malah budaya tegur menegur dengan sikap terbuka dengan semangat setiakawan ini haruslah diamalkan bukan hanya dalam parti-parti politik, bahkan ianya patut diamalkan dalam semua organisasi terutamanya gerakan Islam di Malaysia ini.

Semoga keputusan pilihanraya Pengkalan Pasir tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli PAS untuk terus berjuang dalam menegakkan keadilan dan kebenaran Islam.

Wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ahli PAS Negeri Sembilan
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

 

 


Komen Fikirlah nasib bangsa ku
Azizi Alias

 
Saya tertarik membaca ulasan yang diwar-warkan oleh tajuk Fikirlah nasib bangsa wanwonderful@yahoo.comazlanhussain. Memang tidak dinafikan apa yang saudara katakan banyak yang benarnya. pemimpin dan wakil rakyat hanya banyak yang bercakap bagi menyedapkan hati rakyat. Tapi dari segi perlaksanaannya tidak ada yang menjadi.janji bila ada pilihanraya tapi bila sudah menang habuk pun tarak.

Banyak pemasalahan yang kita tonton dalam TV3 seperti Bersamamu. Ini menelanjangkan lagi kelemahan pemimpin dan wakil rakyat itu sendiri.bagi mengatasi kemiskinan. Kenapa ianya ditonjolkan. Bukankah ianya memalukan! Sepatutnya pihak yang berkenaan yang mewakili negeri atau daerah tersebut tutup sebelum ianya diketahui rakyat.Dimana wang yang rakyat berikan seperti incometax, cukai jalan, zakat fitrah dan banyak lagi saluran yang kerajaan terima tidak membantu golongan-golongan tersebut. Saya tidak faham langsung! Ini yang dikatakan pepatah KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK TAPI GAJAH DI DEPAN MATA SEBALIKNYA.

Bila tiba pilihanraya pemimpin menjanjikan habuan seprti penubuhan universiti sebagaimana yang berlaku di pilihanraya Pengkalan Pasir. Bukankah ini satu pembaziran saja. Apalah guna universiti kalau penganggurannya berleluasa. Bagi saya tidak perlu penambahan universiti lagi. Cukuplah apa yang sedia ada.Selesaikanlah anak-anak yang berijazah berhempas pulas belajar tapi menganggur.

Satu lagi mencari kelemahan kaum sendiri. Bukannya saya nak memihak kepada pembangkang, kerajaan juga ada kelemahannya. Secara amnya PAS tidak pandai mentadbir negeri. Mungkin mereka miskin wang. Tapi ketahulah segalanya semuanya kehendak ALLAH Kita cuma merancang.

Kalau di renung kembali kenapa ALLAH memberi kemenangan kepada PAS untuk memerintah Kelantan. Bukankah itu kehendakNYA. Tapi kita tamak kalau boleh nak bolot segala-galanya. Merekapun ada hak memerintah. Tapi kita menafikan. Mencari kelemahan mereka. Apa salahnya kita bantu. Bukankah mereka itu orang islam.dan satu bangsa!

Kalau kerajaan kini kaya bantulah negeri miskin seperti mereka. Tunjukkan kepada mereka cara kita memerintah. Mungkin kita kaya harta tetapi mereka kaya ilmu mana tau. Semuanya gerak Tuhan. Tetapi apa yang kita perhatikan sifat hasad, dengki dan takbur masih bermaharaja lela dalam sanubari kita.Adakah ini yang di katakan BERIMAN!

Saya tidak mahu berceloteh cuma memberi pandangan. Cuba-cubalah renung dan cermin diri. Mungkin kata saya ini betul dan ada salahnya.Pendapat seseorang itu kadangkalanya dinafikan juga walau hakikatnya benar. Tapi sejauhmana fikiran manusia menilainya terserah kepada penilaian dan pemikiran masing-masing. Bukankah BERFIKIR ITU PELITA HATI.

Semoga nasib bangsa tidak sia-sia!

Sekian dari pemerhati kolot
 

 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas



arkib Sang Kelembai KLIK SINI

Demokrasi UMNO jelas ke arah Demokrasi Diktator. Sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi ialah keputusan ahli - ahli parlimen samada penyokong atau pembangkang yang mempersoalkan penyenaraian Syarikat Tabung Haji. Apabila isu ini dibawa ke pihak atasan dalam Parti UMNO, dia telah menolak pandangan kebanyakkan yang lain sebaliknya menerima pandangan seorang yang berada di belakang kuasa. Jadi apa erti parlimen yang kononnya adalah suara rakyat tetapi suara rakyat diketepikan. Sebilangan besar pemimpin UMNO sudah jadi seperti hampas kelapa sawit, yang hanya sesuai di kitar semula. Kalau boleh di proses jadilah meja, kerusi atau baja. Sekiranya tidak bagi sahaja pada lembu, kambing dan itek untuk dijadikan makanan. Andai keadaan ini berterusan, demokrasi diktaktor akan terbentuk dan jangan sekali - kali kita salahkan orang atasan kerana kita menjadi manusia yang nampak cerdik tetapi bodoh, cuba kita jadi manusia nampak bodoh tetapi cerdik. Itulah perbezaan yang ketara antara Pak Pandir dan Abu Nawas. 

Sang Kelembai: Orang - orang Melayu akan tetap kekal berfikiran Lebai Malang jika berterusan mempunyai pemimpin fikiran Mat Jenin.  

  

 


Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


 

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

 


 

  Penafian ! Kenyataan mengenai Ghazali Mat Dom adalah tidak benar dan pengurus laman kesal dengan perbuatan tersebut

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan hanya menghubungi editor1@umnoreform.com , terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP 
* caj setiap SMS di hantar
** pendaftaran ini juga bermakna anda bersetuju untuk menerima SMS kiriman laman ini. Semua pendapat dan tulisan adalah untuk mereka yang mendaftar. Mereka tidak dibenarkan menyerah, mencetak dan menyalin dalam apa bentuk sekali pun. Sekiranya di lakukan mereka dipertanggungjawabkan. 

berita sebelum ini 

Minggu 1 Dis 05 | Minggu 2  Dec 05
minggu1nov05 | minggu 2 Nov 05 | minggu 3 nov 05 | minggu 4 nov 05
minggu1okt05 |minggu2okt05 | minggu3okt05 | minggu4okt05
minggu 1 Ogos 05 | mingu 2 ogos 05 | minggu 3 ogos | minggu4ogos05 |
 minggu1sept05 |minggu 2sept05 | minggu3sept05 | minggu4sept05
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 |
Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05 |
minggu 1 julai 05 | minggu 2 julai 05minggu 3 julai 05 | minggu 4 Julai 05 | minggu3sept05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com