to call or SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 08/12/2006 Sang Kelembai|  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

numenmail.com

Kami sedang mencuba program "pay to click" minta kerjasama untuk "click pada banner" dan daftar secara percuma. Ini  tidak akan  memudaratkan PC anda. Minta kerjasama
 

Berita Astro 14-12-2006 para penganalisis menjangka kadar kenaikan Tol adalah sehingga 60%

 

Ashaari Muhamad Arqam -  menjawab tuduhan berita Harian EKSKLUSIF dalam www.umno-reform.com

   


Tentu mustahil sekali pada fikiran kita. Kerana apa yang selalu kita lihat di kawasan majoriti orang Melayu pun, orang Cinalah yang berniaga di situ. Apatah lagi di sesebuah kawasan perumahan atau pusat-pusat perniagaan yang besar, majoritinya adalah kedai Cina. Kalau ada pun satu dua kedai Melayu, ia terselit di antara kedai-kedai tersebut. Tetapi itulah pengalamaan Rufaqa membangunkan projek-projek di Bandar Country Homes, Rawang. Mampu menguasai perniagaan di tengah-tengah perniagaan Cina.

Membubarkan Rufaqa bererti membunuh sebuah model ekonomi Melayu Islam. Sedangkan kita tahu orang Melayu ketinggalan di bidang ekonomi. Sepatutnya orang lain belajar dan Rufaqa bagaimana ia membangunkan ekonomi, bukannya ‘membunuhnya’ hanya kerana dengki dengan kejayaan orang lain. Sedangkan belum ada mana-mana mahkamah yang memutuskan bahawa aqidah Rufaqa terpesong atau sesat.

Kalaulah ada pihak yang mahu untuk bersemuka dengan saya dan bertanya apa sebenarnya yang saya buat, saya berpeluang untuk menjelaskan. Bila saya dah jelaskan terpulanglah kepada mereka samada hendak terima atau tidak. Tetapi hingga sekarang tidak ada sebarang pertemuan dan perbincangan dengan saya. Saya di salahkan tanpa di tanya dan berbincang dengan saya. Saya dihukum dengan penuh emosi dan prejudis tanpa melihat kenyataan sebenar. klik sini

 

Gabungan Utusan-NSTP menguggat kebebasan media?

Menurut Said Zahari, Ketua Pengarang Utusan Melayu ditahun 1958, sesungguhnya akhbar Utusan telah hilang kebebasannya kira-kira 45 tahun dahulu! Ketika itu iaitu pada tahun 1961 Utusan yang sebelumnya adalah akhbar Melayu yang bebas dan telus akhirnya telah diambil-alih oleh Umno bagi memastikan akhbar terbesar Melayu di Malaya ketika itu menurut selera dan citarasanya.

Walaupun para pekerja dan sidang pengarangnya yang termasuklah Pak Said dan Usman Awang menentang pengambil-alihan tersebut dan mengadakan mogok atas dasar mahu mempertahankan Utusan sebagai akhbar kebangsaan yang bebas dan tidak tunduk pada mana-mana kuasa politik, akhirnya mereka kecundang dan Pak Said sendiri kemudiannya di halau keluar dari Malaya dan kemudiannya ditahan di bawah ISA selama 17 tahun di Singapura.

Ikuti penjelasan dari Pak Said Zahari dalam rancangan Ulasan Akhbar Hari Ini di WTV8 Saluran Alternatif Anda http://wtv8.tv

 

CABAR KHAIRY, KAMALUDDIN ISYTIHARKAN HARTA


 

 

Sehubungan dengan itu, AMK ingin mencabar Kamaluddin dan Khairy untuk tampil kehadapan dan mempertahankan diri mereka secara sendirian tanpa berselindung di sebalik nama dan institusi Perdana Menteri itu sendiri. klik sini

Tun Dr Mahathir hancurkan periuk nasi Khairy, kata Pak Lah dalam Bangkok post

- "saya sudah ada banyak wang dan kaya"  - Kamaluddin Abdullah

Tindakan Dr Mahathir mengkritik Khairy telah menyebabkan Khairy terpaksa menjual pegangan dalam ECM Libra dan kini menanggung hutang. Ini membuat saya sedih kata Pak Lah dalam interbiu beliau dengan Bangkok Post yang disiarkan dalam The Sun hari ini. Khairy dikatakan membeli sejumlah 10.2 million saham dan memegang 1.23 peratus kepentingan dengan nilai belian 0.71 sen terpaksa menjual dengan harga 0.65 sen akibat kritikan Dr Mahathir. Tuduhan nepostisma berniat menjatuhkan saya, kata Pak Lah dan ini mungkin merujuk kepada kritikan Dr Mahathir. Pak Lah bangkit mempertahankan Khairy Jamaluddin. Dalam isu Kamaluddin pula menurut Pak Lah, anaknya Kamaluddin telah dipelawa untuk bergabung dengan syarikat GLC tetapi anaknya menolak dengan berkata "saya sudah banyak wang dan saya kaya". Menurut Pak Lah kritikan yang tidak membina, berunsur fitnah dan berniat jahat ini merupakan tindakan melampau terhadap kebebasan bersuara yang beliau beri kelonggaran. Kebebasan bersuara yang saya beri bukan untuk menyebar fitnah, katanya. Khairy yang memperolehi pinjaman dari kawan sebanyak 9 juta kita menghadapi bebanan hutang dan Kamaluddin tidak memperolehi tender Petronas melalui pintu belakang tetapi menyertai tender secara terbuka. Pak Lah turut menegaskan bahawa beliau komited untuk membasmi rasuah dan bersedia untuk dikritik untuk sebarang perkara yang mungkin kerajaan terlepas pandang tetapi kesal dengan tindakan memfitnah dan ini kemungkinan merujuk kepada tindakan Dr Mahathir.  sumber The Sun dan Malaysiakini
 

 


Rahsia kerajaan - rakyat tidak perlu tahu
untuk memberi pendapat : klik


Laporan malaysiakini perlu diteliti oleh semua rakyat Malaysia. Kenyataan Kementerian terbabit memaklumkan bahawa perjanjian konsesi air antara Kerajaan Selangor dan Syabas adalah RAHSIA begitu juga laporan audit terhadap SYABAS. Semuanya RAHSIA. Air yang meningatkan kos nya sekali ganda setidak - tidak bagi kegunaan biasa memerlukan kita hanya untuk membayar dan tidak tidak boleh mempersoalkan mahupun mengetahui apa KERAJAAN yang dilantik oleh KITA yang mewakili KITA buat dalam menguruskan perjanjian air dengan SYABAS. Mana letak apa yang dikatakan intergriti, mana letak "transparency" ketelusan dan apa maknanya rakyat melantik wakil sedangkan rakyat hanya tertakluk kepada apa yang diarah oleh wakilnya. Apa yang tersorok dalam perjanjian itu TIDAK BOLEH RAKYAT TAHU sedangkan perjanjian itu melibatkan rakyat Malaysia. Adakah janji - janji untuk menjadi lebih "transparency" hanya omongan kosong sewaktu pilihanraya. Adakah Abdullah Badawi yang kita harapkan dalam UMNO untuk membuat perubahan teresap dalam sistem lama yang pasti akhirnya "mengaut kekayaan di atas belakang rakyat" Apa pula kenyataan "Transparency Malaysia" mengenai isu ini atau mereka hanya hadir sebagai jentera untuk mempromosi kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan ketelusan mengikut definasi songsang. Rakyat Malaysia khususnya Selangor dan Lembah Kelang perlu tahu - Perjanjian Air - antara Kerajaan Selangor dengan SYABAS adalah RAHSIA. Ini seolah - olah bukan kerajaan rakyat - Dan kerajaan Selangor adalah kerajaan " Saya Khir Toyo" klik sini


* lihat kegunaan 7 m3 terakhir dengan kadar RM 2.00 , cuba kaji nilai kita jual air ke Singapura?
 

 

Dan mereka semua menyerang Pak Lah..

Sewaktu menghadirkan diri Majlis Perkahwinan
Noorhasliana bte Osman di Kg Berembang kami telah diberi senaskah surat kabar tabliod bertajuk Sosialis. Muka depan akhbar Sosialis bertajuk "Badawi - everything under control ! Betul Ke...

Kehadiran bantahan ke atas Abdullah Badawi ini tidak menghairankan kami. Surat kabar politik lain turut mengecam dan mengkritik Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang tidak mampu mengendali bukan sahaja Malaysia dengan kapisitinya sebagai Perdana Menteri tetapi juga sebagai presiden UMNO. Namun apa yang benar - benar bermain difikiran kami ialah bagaimana PM yang mampu memenangi hati rakyat kini diserang bertubi - tubi bukan sahaja diluar parti malah dalam UMNO sendiri beliau semakin jauh dan tawar. Bagi kami ada antara mereka yang akan memberi justifikasi bahawa Dr Mahathir turut pada awal pemerintahan beliau diserang dari dalam UMNO tetapi bagi kami - serangan Pak Lah begitu hebat khususnya dengan kehadiran media - media alternatif khususnya laman web.
 



Lebih malang lagi serangan bukan berdasarkan polisi yang dibuat sahaja malah atas dasar - dasar seperti kronisma dan nepostisme. Mampukan Pak Lah bertahan ? Mampukah Pak Lah mempertahankan menantunya Khairy Jamaluddin yang merupakan punca utama beliau diserang. Bayangkan gambar - gambar yang kini bertaburan - yang memberi kesan negatif terhadap dirinya . Lebih mengharukan bila orang - orang kanan Pak Lah GAGAL membantu seri penerangan untuk memberi justifikasi langkah - langkah Pak Lah dalam mentadbir negara. Mereka lebih kepada seolah - olah menunggu dan melihat - kalau retak Pak Lah maka bergegas mereka untuk mencari ruang lain. Adakah ini tidak benar - orang - orang kanan beliau lebih mementingkan 'diri" dari membakar jambatan kerana mungkin Pak Lah tidak lama atas kerusi empok Perdana Menteri Malaysia. - terima kasih pengirim gambar
 

 



Rahsia Forex - Rahsia Orang-orang Terkaya Di Dunia Menjana Wang Beribu-ribu Setiap Saat

 

 

 
     

 

Gambar yang banyak kami terima melalui email

Inilah gambar yang paling banyak kami terima melalui email. Kami menerima hampir 15 email yang menyertakan gambar Pak Lah ini. Komen -komen seperti "inilah dia" Islam Hadhari sehingga komen seperti mereka terus berseronok sedang Malaysia terus dirompak dibawah kepimpinannya.

 

Utusan, aku dan kenangan

"The basis of our governments being the opinion of the people, the very first object should be to keep that right; and were it left to me to decide whether we should have a government without newspapers or newspapers without a government, I should not hesitate a moment to prefer the latter" - Thomas Jefferson  Klik sini

Bila nilai sudah terhakis

Institusi keluarga Melayu semakin hancur. Apa balasan yang diterima oleh nenek tadi adalah antara dia dan Allah. Yang pasti yang tinggal akan dipertanggungjawabkan, akan ditanya diakhirat kelak. Mana anak-anaknya, mana cucu-cucunya, mana sanak saudaranya, mana jirannya, mana penghulunya, mana imamnya, mana wakil rakyatnya. klik sini

Open letter to Pak Lah

Ini bukan surat baru. Ini adalah surat yang dipaparkan dalam akhbar The Sun. www.umno-reform.com menyiarkan kembali kerana baru - baru ini surat ini adalah surat yang paling banyak dibaca menurut akhbar tersebut. Klik Sini

Buletin Utama TV3 7/12/2006

Perpaduan antara kaum kita rapuh. Kalau terhantuk mungkin retak. Kita tidak boleh menipu diri kita sendiri - begitu antara kata - kata Pak Lah. Adakah ini tidak membimbangkan. www.umno-reform.com minggu hadapan akan memulakan topik khas mengenai perpaduan kaum yang rapuh ini. Apakah langkah - langkah yang perlu diambil dan apa sebenarnya yang menghalang untuk kita untuk menyemat nilai - nilai perpaduan yang lebih erat.
 

   
 
 


klik banner


 

Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
Nama terbaru - Azman Wahid
 


Kita akan tambah dari masa ke semasa senarai ini dan kita akan biarkan sehingga pilihanraya akan datang - adakah UMNO masih mahu mereka? Kita tentukan nama - nama mereka. Hantarkan nama mereka yang anda rasa tidak layak dan kami akan menambah senarai ini - klik sini
 

 



corruption perceptions index (CPI)



www.arahkita.blogspot.com

 



www.sangkelembai2006.blogspot.com
 

08/12/2006 Malang sekali Abdullah Hj Ahmad telah bersetuju dengan penggabungkan itu yang mana semua orang tahu di balik tabir syarikat yang mengurus CIMB, sebenarnya adalah ECM-Libra. Maka bertanyalah orang kenapa proses penggabungan ini tidak dilaksanakan secara "internal" oleh PNB? Mungkinkah kerana ada pihak yang mahukan komisyen dari penggabungan yang dikatakan hampir 600 juta. Sebenarnya pengkhianat ini sudah menjadikan ekonomi negara ini macam rezeki harimau. Kalau lapar mereka akan membaham apa sahaja dan bukan seperti rezeki ular yang bila lapar akan membaham mangsanya dan akan mempastikan makanan yang sudah dibaham habis dan sudah menjadi tahi, baru dicari mangsa lain.
 
klik sini
 

SyokTV - Malaysian Online Streaming TV

 

 

Kerajaan Cina pun larang berpakaian seksi


Tapi kenapa pada tahun 2004 , kerajaan Cina juga mengeluarkan undang-undang berpakaian seksi, media Malaysia tak melatah, media dunia tak melatah ?

Agaknya kalau kerajaan Cina mengenakan hukum potong tangan mereka yang mencuri mungkin media akan senyap. Orang Islam akan senyap, orang Melayu akan senyap.

Berikut laporan mengenai undang-undang pakaian seksi di Cina. Siapa yang ada masa, bolehlah tolong terjemahkan, dan suruh orang Melayu Islam yang melatah tadi baca.

Kalau nak ikut undang-undang kakitangan kerajaan Cina ini, mereka tidak dibenarkan berpakaian ketat
sepertimana juga wanita Melayu sekarang ini yang bertudung, tapi berpakaian baju serta seluar ketat yang menampakkan susuk badan mereka.

Kalau berani persilakanlah mereka yang membela wanita berpakaian seksi ini membuat bantahan kepada kerajaan Cina pula. klik sini
 

 

Demand for Malaysian Apology


"The final hearing of the trial will be next week. The reputation of the Malaysian judicial system itself is on trial at the international level. The people of Mongolia, especially its national network of human rights organization, are watching carefully how this case proceeds. We hope some human rights organizations in Malaysia would support us in this respect and put pressure on their government," she said.

The Government of Mongolia has to protect its citizens abroad, and this does not mean merely sending formal letters, according to many of the speakers. The gathering has sent two letters of demand, one to the President of Mongolia, its government, and parliament, and the other to the King of Malaysia, its government, and parliament. klik sini

 

Gerak - rasuah serius di Malaysia


55 % RAKYAT TIDAK YAKIN PERANG ANTI RASUAH KERAJAAN

3 % RAKYAT TERLIBAT BERI RASUAH DALAM 12 BULAN

PDRM AGENSI PALING KORUP

GERAK sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak rakyat melihat dengan  serius bahawa 3 % dari mereka yang di temui dalam soal selidik ini  mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada terlibat memberikan atau  dipaksa memberikan rasuah dalam tempoh dua belas bulan kebelakangan ini.  Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh peringkat dalam negara.

Manakala dari soal selidik tersebut PDRM di letakkan sebagai agensi  paling korup di ikuti parti politik, sektor swasta, parlimen (parliament / legislature), pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit,  sistem kehakiman dan perundangan, percukaian dan media. klik sini

 

KECEWA DENGAN PERKHIDMATAN BANK RAKYAT


Saya amat kecewa dengan Bank Rakyat! Bank Rakyat telah menyebabkan saya mengalami kerugian yang besar akibat tidak mendapat wang pada hari yang dijanjikan tersebut. Saya berjanji pada diri saya tidak akan lagi kembali berurusan dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat bukan lagi bank pilihan saya! klik sini

 

SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA
PERDANA MENTERI BERKAITAN CAMPURTANGAN KABINET DI DALAM MAHKAMAH SYARIAH

klik sini
 

Petikan kata-kata minggu ini

SHEIKH ABDULLAH FAHIM

Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat.


Berdasarkan laporan media utama negara, menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.

Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00. Kenapa menteri menyebut RM28.60? Kenapa ada tambahan RM2.60?

Kemudian adalah difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!

Pertamanya ayuh kita fikirkan bagaimana boleh berlaku perbezaan harga sebegitu rupa, barangkali JPN nak ambil untung, barangkali ada VO kerana harga barangan naik, atau apa sahaja alasan .

Kedua tidakkah terlalu tinggi kos membuat sekeping MyKad itu?  klik sini
 

 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com