untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 17/04/2007 Sang Kelembai  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com
 

 

Calon atau Dasar: Yang Mana Lebih Penting?

 

Anugerah - sempena Keputeraan Sultan Perak

Dalam konteks masyarakat “India Malaysia” apa gunanya ada Samy  Vellu kalau  masyarakat tersebut masih hidup serba kemiskinan? 50 tahun Negara telah  merdeka tetapi apakah masyarakat India telah merdeka daripada  kemiskinan dan  diskriminasi sosial dan politik?

Di kala parti-parti lain sedang  mengorak  langkah untuk memperkasakan perjuangan parti dan bangsa apa pulak yang  sedang berlaku kepada MIC? Semakin lama ia semakin dikuasai oleh  individu  yang menggunakan kedudukan dalam parti untuk mengayakan diri sendiri  dan  penggunaan kaki samseng semakin ketara dalam parti.

Jadi apa yang  hendak  dibanggakan sangat samada calon itu dari bangsa sendiri atau tidak?  Bukankah  lebih baik kita berfikiran waras dan meneliti apa yang boleh  dilaksanakan  oleh calon itu berdasarkan dasar-dasar parti yang diperjuangkan oleh  seseorang calon? Dalam BN, dasar siapa yang digunakan? Dasar UMNO atau  Dasar  BN? Bukankah semasa pilihanraya Dasar BN digunakan tetapi selepas  pilihanraya dasar UMNO yang diimplementasikan.klik sini

Bercakap mengenai isu ini saya telah difahamkan bahawa cadangan nama untuk mendapat anugerah ini adalah dari Menteri Besar bagi anugerah dari Sultan.  Ini juga tidak akan menimbulkan masalah sekiranya kriteria pemberian itu adil dan saksama. Ini penting kerana sekiranya tidak maka anugerah itu hanya anugerah yang bukan melibatkan jasa tetapi mempunyai lain – lain sebab yang tidak munasabah.

Dalam pada itu saya lebih tertarik sekiranya anugerah – anugerah untuk kerajaan Negeri mendahului mereka yang telah berbakti dalam Negeri Perak atau anak – anak Perak yang telah berjaya menaikkan nama Perak khususnya. Ini bukan kerana semangat kenegerian tetapi ini perlu untuk menunjukkan jasa dan bakti mereka dihargai.

Dalam isu sukan ini pula selaku penyokong Persatuan Bola Sepak Negeri Perak saya percaya beberapa tokoh kepimpinan Persatuan itu perlu diberi anugerah sesuai dengan penglibatan mereka dalam bidang ini. Ambil contoh Datuk Ahmad Zaihid Hamidi yang hari ini telah banyak mengubah pasukan bola sepak Negeri Perak dari merudum sejak Perak memenangi piala FA yang pertama dahulu sehingga kini se olah - olah terpulih maruahnya.klik sini

 

Sang Kelembai berkata : klik sini

 

SMS yang diterima

SMS Tuan, kabar mengatakan bahawa Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor di ugut oleh Hishammuddin, Menteri Pelajaran Malaysia dan akan mengambil tindakan tatatertib ke atas Thirumorthy. Beliau akhir terpaksa menyokong BN tetapi beliau berpatah arang dengan diktator Samy. Betulkah perkara ini yang mula menjadi bahan mulut orang Ijok

SMS Ijok menyaksikan Keadilan membawa isu - isu masyarakat dan BN mempertahankan pembangunan. Tapi nampak macam isu Keadilan lebih realistik dengan dakwaan rasuah terhadap Datuk Najib. Kenapa Datuk Najib tidak buat laporan polis mengenai perkara ini sebagai satu fitnah.

SMS MIC bergolak dahsyat tetapi dengan tekanan ke atas Thiru maka orang MIC sudah nampak belang Sammy Vellu. MIC sekarang bukan lagi India punya tetapi sekarang macam Samy punya.

Samy tidak mahu tahu apa "grass root" fikir.


Inilah budaya dalam UMNO, mereka selalu lupa, bukankah Khalid Ibrahim masa dia menjadi tokoh korporat dahulu pernah menawarkan diri untuk berbakti di tanah tumpahnya di Kuala Selangor, untuk apa sahaja jawatan yang dia bertanding dalam UMNO Kuala Selangor. Pada waktu itu Abu Hassan Omar , Ketua UMNO Bahagian sedaya upaya menggunakan kuasa dan wang ringgit mengalahkannya dan kemudian tidak pernah melantik dia untuk apa jawatan dalam UMNO Bahagian.. tetapi dari segi kepentingan negara dia lantik dalam berbagai jawatan. Benarlah mungkin dia tidak berbakti atau membantu penduduk Ijok tetapi jangan kita ketepikan sumbangannya dalam Amanah Saham Nasional, dia antara perintisnya * gambar dari malaysiakini

 

 


Siapa ganas?

Media arus Perdana melapur bahawa penyokong Parti Keadilan  Rakyat telah bertindak ganas. Laporan media penuh dengan tindakan – tindakan keganasan penyokong Parti Keadilan Rakyat. Sungguhpun dalam media alternatif pula, PAS TV  melaporkan perkara yang berbeza. Hasil dari laporan mereka PAS TV telah mengumpulkan botol – botol air mineral yang berlambangkan BN sebagai bukti bahawa penyokong BN bertindak ganas pada hari penamaan calon Ijok 19/04/2007. Laporan itu turut mendakwa Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin bertindak di uar batasan dalam isu ini. Sahamsul Iskandar Mat Akin dalam kenyataannya mengatakan Khairy Jamaluddin kurang ajar dalam membenarkan penglibatan ganas penyokong mereka sementara Azmin Ali mengatakan insiden ini adalah berikutan kegagalan polis bertindak. Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat juga telah membuat laporan polis atas insiden tersebut.klik sini

 

Najib bagi amaran pada Anwar Ibrahim

“Kalau nak mengaitkan saya dengan Altantuya, tuduhlah...saya tidak takut. Polis, AG (Peguam Negara) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tahu perkara sebenar,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan jentera Pilihanraya Barisan Nasional (BN) di Ijok pada 18 April. Dengan suara lantang Najib memberitahu beribu-ribu penyokong BN dan orang ramai yang membanjiri Dewan Orangramai Ijok, berkata beliau tidak suka menyerang peribadi seseorang. “Jangan tipu rakyat. Saya tidak sentuh soal peribadi dia. Kalau nak sentuh, saya boleh, tapi saya tidak mahu aibkan dia lagi kerana kita tahu dia ada anak bini. Tapi jangan tuduh sewenang-wenangnya. (Marilah) kita lawan ikut cara politik,” katanya. Najib berkata beliau ada maklumat dan boleh bongkar kalau beliau mahu. “Saya simpan peluru. Saya ada banyak lagi, tapi saya simpan (kerana) nak kempen bersih,” kata Najib.

Ini adalah amaran awal Najib kepada pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar sebagai penasihatnya."klik sini

 


PERANG SIBER IJOK

Laman web Ijok oleh Parti Keadilan Rakyat | Laman Web Ijok oleh Barisan Nasional

           

Penamaan calon - bagai satu pesta

Bagai satu pesta, begitulah Ijok pagi tadi sewaktu hari penamaan calon. Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat hadir dengan sokongan mereka yang di himpun dari seluruh Malaysia. Ijok dijangka akan menyaksikan satu pertandingan hebat antara Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat. Pertandingan ini menurut Dato Khir Toyo adalah pertandingan yang akan menyaksikan Keadilan berkubur sementara Parti Keadilan Rakyat membalas kata – kata itu dengan mengatakan bahawa pertandingan ini akan menyaksikan Khir Toyo sendiri terkubur. Sungguhpun begitu pilihan raya ini memang dijangka akan memberi impak kuat kepada kedua – dua parti. Bagi Barisan Nasional ini merupakan ujian bagi mereka dalam pilihan raya yang akan disertai oleh Anwar Ibrahim dan bagi Keadilan kemenangan ini akan menunjukkan bahawa PKR adalah parti yang akan mencabar Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
 

 

Ijok, peluang Parti Keadilan Rakyat lebih cerah

  Kamal Ismail


Apa agaknya keputusan pilihan raya kecil Ijok? Mungkinkah Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim dapat membuktikan sesuatu untuk parti mereka. Mungkinkah Melayu Ijok akan membuat penukaran dan mengundi Parti Keadilan Rakyat dengan meninggalkan Barisan Nasional khususnya MIC. Adakah kata - kata kesat Presiden MIC yang bertindak diluar jangkaan menggesa Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor untuk berambus menarik minat penggundi Ijok untuk memberi undi kepada MIC atau kenyataan Presiden yang pemarah itu akan mengasingkan pengundi Ijok dari mengundi MIC.

Barisan Nasional sentiasa nampak kucar kacir pada awal tetapi keputusan akhir sentiasa memihak kepada mereka. Namun adakah kehadiran Anwar Ibrahim yang sebelum ini bagai melepas batuk ditangga dapat memikat pengundi Ijok. Adakah beliau kali ini akan hadir setiap hari - duduk melobi atau hanya turun seperti Perdana Menteri tidak rasmi Malaysia melambai dan memberi sepatah dua kata dan berangan untuk menang.

Ijok akan menyaksikan kehadiran Keadilan yang pada asasnya dikatakan sebagai pencabar kepada Barisan Nasional. Mungkin Keadilan akan berjaya dengan laungan mereka sebagai parti bukan parti perkauman akan dapat menyekat Barisan Nasional (dalam kes ini MIC) yang dikatakan berasaskan perkauman atau Keadilan hanya bertaring tumpul dengan Anwar Ibrahim kini lena menjadi penasihat kepada negara - negara luar sahaja. Kita saksikan nanti.
 

 

Cadangan kepimpinan PAS

 

Mustahil pemimpin akan hormat rakyat,
kalau rakyat sendiri,
tidak menghormati dirinya.

Kenapa mesti hormat rakyat
kalau sehelai pelikat
kalau sehelai batik
kalau sekampit beras
kalau kepingan sepuluh ringgit
boleh membeli, bukan
hanya prinsip mereka, bahkan
kepala mereka.

Ingat ini sampai mati
"pemimpin adalah cerminan rakyatnya", ertinya, kalau pemimpin perasuah, sebenarnya
"rakyat adalah bapa perasuah", sebab
siapa yang memilih mereka,
kalau bukan kita ?

Bangkitlah bangsaku
tebuslah maruah yang telah dijual,
jungkirkan mereka di peti undi
kalau memang anda ada maruah.

Putra Perpatih


Justeru, terpulanglah kepada ahli PAS di peringkat akar umbi samada untuk menerima atau menolak cadangan kami ini. Cadangan ini bertujuan bagi mempersiapkan susunan kabinet bayangan PAS (bersama Barisan Rakyat) bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Kabinet bayangan ini perlu disertai oleh pimpinan PAS yang progresif dan realistik dengan tuntutan semasa semua masyarakat dalam negara ini.klik sini


Suatu yang menarik adalah tulisan dari Putra Perpatih mengenai bangsanya. Beliau menyatakan mengenai prinsip dan rasuah. Adakah apa yang ditulis beliau tidak menggambarkan kedudukan dan mentaliti rakyat bangsa yang ada hari ini.

Cuba hayati antara isi yang mengatakan bahawa pada hakikatnya rakyat adalah Bapa Rasuah atau lebih tepat lagi Bapa penggalakan rasuah dan budaya ini sudah menjadi wabak dalam negara kita ini. Yang lebih menyedihkan kita tidak tahu bahawa kita telah dihinggapi penyakit dan budaya rasuah ini sehingga tidak ada kejijikan malah seakan timbul galakan untuk terus mengamalkan budaya rasuah
 

Baca tulisan sebelah

 

"If he wants to leave, he can do so and I don’t feel threatened about this." begitulah kenyataan bongkak Samy Vellu dalam menjawab Ketua Bahagian Kuala Selangor dan 33 cawangan kerana tidak bersetuju dengan pilihan Samy untuk wakil Ijok. Baca laporan akhbar penuh NST klik sini 
 

 

Perjuangan Melayu - perjuangan rasis?


Rasis bila kita membicarakan persoalan orang - orang Melayu. Rasis bila kita cuba membangkitkan persoalan bahasa Melayu. Rasis bila kita menceritakan berkenaan betapa ketinggalan orang - orang Melayu dari sudut ekonomi dan rasis bila kita berusaha untuk menyedarkan orang - orang Melayu betapa mereka perlu bangkit, menolak Melayu - Melayu Perdana, menolak mereka yang menitiskan apa yang telah diperuntukkan kepada orang - orang Melayu dan bangun menentukan kehebatan bangsa dan agama. Kenapa itu semua rasis. Kenapa perjuangan mempertahankan bahasa - bahasa ibunda kaum lain, mempertahankan sekolah dan sebagainya tidak dianggap rasis. Bekali dibicarakan bahawa mereka berhak menuntut, memperjuangkan dan kita juga berhak menuntut dan mempertahankan bukan dari sudut yang bersifat rasis tetapi dari sudut pembangunan bangsa itu sendiri.klik sini

 


Sains, Matematik dalam BI: Buatlah apa saja, kami tetap sokong Umno!  klik sini

Anwar terus menyerang Najib di Kota Sarang Semut klik sini

Pengerusi Putra UMNO - what is he trying to prove? klik sini

PM accept Kah Kiat's decision to resign klik sini

 

 

PRESS STATEMENT
MUSLIM YOUTH MOVEMENT OF MALAYSIA (ABIM)


13 APRIL 2007 | 25 RABIULAWAL 1428H

No to IFC, Yes to Dialogue IFC is not meant for Interfaith Dialogue
Klik Sini
 

 

Machap - siapa kata undi Cina beralih?

Justeru itu yang penting untuk kita lakukan adalah untuk menyedarkan rakyat bahawa adalah penting untuk kita memilih wakil – wakil yang benar – benar telus dalam mahu melunaskan amanah yang telah diberi oleh rakyat. Sekiranya tidak maka pada pilihan raya akan datang mereka cuma ada satu alternatif – ubah wakil rakyat mereka. Kalau ini boleh dilakukan maka pilihan raya akan datang akan melahirkan wakil – wakil rakyat yang mahu berjuang untuk rakyat kawasan dan daerah mereka.klik sini
 

 

 

 
KLIK SINI UNTUK MENDENGAR UCAPAN ANWAR

Kita dengar dan kita bahaskan ceramah Anwar Ibrahim sewaktu jamuan Keadilan Batu.  Kita dengar dan kita buat analisa sendiri mengenai beberapa tuduhan beliau terhadap rasuah Menteri Barisan Nasional - Menteri Barisan Nasional mempunyai nilai ratusan juta kata beliau. Beliau juga menyentuh mengenai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta gesaan beliau agar "NAJIB DISIASAT" Kita dengar dengan fikiran terbuka. Kita mendengar laungan Anwar yang mahukan hak sama rata antara Melayu, Cina dan India. Anwar hari ini mengatakan bahawa "Hubungan antara kaum di MALAYSIA TIDAK BAIK". Kita dengar juga raungan Bekas Timbalan Perdana Menteri membelasah beberapa dasar - dasar yang dibuat oleh kerajaan yang juga turut ada sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau tidak dipecat kerana menentang dasar - dasar korup kerajaan tetapi dipecat kerana persengketaan dengan Tun Dr Mahathir Mohamed. Kita percaya ada beberapa isu yang dibawa oleh beliau mempunyai kebenaran tetapi ada pula beberapa isu yang dibawa adalah isu yang beliau sendiri tidak perjuangkan sewaktu dalam UMNO. Apa yang nampak adalah sikap kepimpinan Melayu - nampaknya menggunakan isu untuk mendapatkan kuasa. Ini adalah pertentangan mendapatkan kuasa dan pengaruh adalah mekanismanya. Apa pun diskusi untuk penghujahan yang dibawa oleh Anwar adalah penting kerana salah satu isu yang bagi saya nampak berat adalah isu perhubungan kaum. Klik Sini
  

 

Bertuah kematian wakil rakyat - Machap

 

SMS kritikan terhadap Anwar Ibrahim kini merebak

Siapa Azmin Ali, Azwan Ali dan Umi Halfida - mereka punca Anwar jatuh dan sekarang ini sejarah berulang lagi.

Anwar terus menekan Najib -  agenda siapa?

Orang Nombor 2 secara konsistan dibelasah oleh Anwar Ibrahim. Kenapa dan mengapa? Katanya soal rasuah pembelian kelengkapan tentera dan desakan agar Najib turut disiasat dalam kes Altantunya.

Ada yang mengatakan bahawa serangan ke atas Najib orang No 2 adalah koordinasi Anwar Ibrahim dengan Pak Lah. Maklumlah dalam politik tidak ada kawan tidak ada lawan dan Pak Lah mampu jadi kawan Anwar Ibrahim. Apa agenda mereka - membersihkan UMNO dengan membuang mereka yang bukan kronis.

Anwar Ibrahim dikatakan lebih fokus dalam menentang Najib dan beliau juga bersetuju dengan Pembangunan Wilayah Iskandar, satu bentuk penjual hak pada Singapura? klik sini


Malaysiakini dalam artikelnya menyebut bahawa Datuk Najib Tun Abdul Razak mewakili UMNO telah bertindak memancing undi dengan memberi berbagai projek pembangunan. Menurut malaysiakini Najib telah menjanjikan perkara - perkara berikut seperti:

Jumlah keseluruhan adalah: RM 3 juta untuk menaik taraf paip air,RM600,000 untuk pembinaan Dewan Serbaguna dan   RM100,000 membaiki Majsid

Najib juga dilaporkan berkata "“Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Kalau nak balas, balas pada April 12 dan undilah Barisan Nasional" bukankah itu bentuk - bentuk rasuah politik. Saudara sendiri fikirkan dan sekiranya mahu ada video klip dalam www.malaysiakini.com untuk keterangan lanjut.

Hari ini pula 600 lot tanah akan diagihkan termasuk dikawasan Machap. Mungkin bertuah kematian ADUN dan lebih ramai lagi ADUN meninggal dunia maka lebih berpeluang kawasan itu mendapat pembangunan mee segera. Apa komen tuan?
 

 

Pak Lah : Bloggers tidak perlu mendaftar klik sini

 

Kerajaan mahu bloggers berdaftar : Shaziman Mansor klik sini


Dua kenyataan berbeza. Sungguhpun begitu kenyataan Pak Lah tidak mahu menjalankan pendaftaran bloggers buat masa ini amat dialu-alukan. Ini mungkin kelebihan Pak Lah, sungguhpun dia tahu kehadiran blogger hari ini banyak yang mengkritik kerajaan dari pelbagai sudut termasuk dirinya sendiri tetapi beliau masih tidak berhasrat untuk menjalankan pendaftaran paksa. Blogger hari ini ramai yang semakin akur kepada keperluan mereka memikul tanggung jawab dalam melaporkan berita dan pendapat tetapi mereka tidak seharusnya dikepong dengan satu aliran perjuangan atau sokongan. Ini adalah pendapat laman ini, bagi menjawab satu soalan SMS dari pelayar kepada laman ini.
 

 

Sains dan Matematik

Kenapa, bila para cendikiawan menolak penggunaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik, kerajaan masih tetap mahu melaksanakannya. Adakah mereka mempunyai kajian terperinci atau hanya mahu melunaskan beberapa agenda politik? Berikut adalah soalan dari pelayar www.umno-reform.com. Saya percaya tidak akan ada satu justifikasi menarik mampu dijawab oleh kepimpinan UMNO khususnya dari Kementerian Pelajaran.

klonghoy@yahoo.com.my
Mohd Zahri

Pesanan: Kenapakah kerajaan masih tidak mahu menerima rayuan rakyat untuk membatalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kami merasa seperti teraniaya dengan perlaksanaan tersebut kerana apa yang diperhatikan anak-anak kami yang dahulunya cekap matematik tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik yang mudah kerana tidak faham bahasa. Mohon kerajaan fikirkan demi masa depan anak bangsa. Terimakasih
 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

17/04/2007 Bagaimana pun dengan ucapan dan tindakan PKR dalam beberapa siri ucapan politiknya PKR masih belum ada satu pegangan ideologi dalam perjuangannya. Ke mana agaknya mereka mahu membawa penyokongnya?

Kapitalis mungkin, kerana sebahagian besar pendukungnya adalah bekas-bekas ahli UMNO dan ada yang menjadi pemimpinnya dan menjadi hulubalang mempertahankan sistem itu dan baru sekarang baru menyedari bahawa sistem itu tidak betul.

Sosialis mungkin, kerana ada kemungkinannya PKR akan membentuk satu sikap Sosialis Liberal, setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang dahulunya Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip sosialis saintifik, dan jika ini pegangan politik PKR kemungkinan akan dapat membantu satu perjuangan yang menyusahkan BN dalam PRU yang mendatang. klik sini
 

 


Dewan Masyarakat keluaran Januari 07 memaparkan satu kisah yang amat menghayati. Kisah anak – anak kepada pelacur jalanan yang nasib mereka tidak ketentuan arah. Isu ini penting untuk kita tangani segera kerana ini adalah benih – benih kepada keruntuhan sosial. Keruntuhan sosial ini mampu memincangkan perkembangan bangsa dan ini seterusnya akan mengganggu gugat pembangunan negara ini. Apalah ertinya pembangunan kalau ia tidak memanfaatkan rakyat dan apa erti kita dalam negara maju sekiranya kita bergelumang dengan masalah sosial.

Sungguhpun begitu kami menerima satu email dari PAS Wilayah Persekutuan yang mendesak agar perkara ini ditangani segera. Kami juga memohon kepada kerajaan untuk segera menangani masalah ini. klik sini


Keng Yeik lepas jawatan

Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini melepaskan jawatan presiden Gerakan setelah menerajui parti itu selama 26 tahun tujuh bulan. Mungkin dengan melepaskan jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada muka - muka baru akan dapat memberi sedikit inspirasi untuk Datuk Seri Samy Vellu bagi melakukan yang sama tambahan lagi beliau hanya alat seperti yang beliau nyatakan di parlimen.

Lain - lain berita semasa

  • Isu desakan oleh Gerakan, pemecatan Mufti Perak selesai klik sini
     

  • Peningkatan jenayah Kuala Lumpur membimbangkan klik sini
     

  • Ingat desakan PROWARIS klik sini

Machap jadi petanda sokongan Cina

Persoalan utama adalah mengapa ada aura – ura yang mengatakan 60% undi Cina ini akan berubah. Adakah kerana mereka melihat kegagalan MCA dalam menerajui perjuangan kepentingan mereka? Apakah sebenarnya perjuangan mereka? Adakah Malaysian Malaysia menjadi sandaran perjuangan dan ini akan memberi peluang kepada DAP untuk menjadi landasan perjuangan orang - orang Cina.

Namun ada yang agak pesimis terhadap statistik ini. Ada yang mengatakan undi Cina akan beralih kembali kepada Barisan Nasional bila menghampiri pilihan raya baik umum atau pilihan raya kecil. Cina akan menyusul trend perniagaan dan kemakmuran ekonomi dalam memberi undi, kata sesetengah pihak.

Namun ada juga yang mengatakan bahawa kali ini orang – orang Cina sudah lebih bijak. Mereka akan mengundi parti – parti yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan demokrasi. Mereka lebih tertarik kepada parti yang memperjuangkan atas landasan Bangsa Malaysia dan ini sebenarnya mengerumus kepada parti yang mencadangkan hak keistimewaan orang – orang Melayu di tarik kembali. klik sini

Insyallah, bumi dipijak milik kita

Kerangka yang mengongkong diterima pakai oleh puak kita sendiri. Melayu dimomokkan akan terlucut kemajuan dan hilang kerancakan pembangunan kalau tidak ada kerjasama.

Kononnya bangunan rumah kita pun akan hancur lebur oleh suatu bala seperti pernah berlaku dahulu yang sebab-musababnya disembunyikan langsung daripada generasi masa kini. Pendedahannya menjadi suatu taboo!!
 
Melayu hilang keyakinan diri. Kehebatan dan kegemilangan kesultanan Melaka cerita lama. Justeru kita habis-habisan menghambat hati orang sedangkan hati sendiri memendam, melihat hak kepunyaan kita dirobek, bukan oleh tangan lain tetapi tangan sendiri.

Dunia mengalungkan ke leher kita anugerah ‘tokoh’ masyarakat majmuk. Kita tidak langsung terfikir ‘roots’ kita semakin hanyut. klik sini

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com