"Sejak dirobohkan, tiada seorang pun pihak yang
bertanggungjawab datang menjenguk dan cari jalan untuk kami.
Bahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Klang Datuk Ahmad
Bujang juga tidak pernah datang ke sini dan tidak tahu
ada kawasan setinggan di sini," katanya.
klik sini
Keuntungan Petronas
bukan syarat subsidi kerajaan untuk rakyat: PM
Berita Harian 31 Ogos 2006
klik sini
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka
! Amat tertarik dengan semangat laungan - tarian -
cara kita menyambut Hari Kemerdekaan. Semakin lama semakin berbeza.
Kini hari ini menyambut Hari Merdeka sebagai satu bentuk pesta -
peluang bercuti dan melepaskan tekanan kehidupan seharian. Hari
Merdeka mungkin bagi sesetengah kita adalah keperluan untuk
memerdekakan diri - bebas, biarpun sehari sahaja. membaca
klik sini dan klik untuk
Makumbalas
Datuk Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera)
"Apa
yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Bera adalah sikap yang
ekstremis. Dia belum benar-benar menjadi rakyat Malaysia.
Kalau ‘true Malaysian’ dia boleh menerima pandangan semua
kaum," katanya.
Ismail lantas membalas sindiran itu dengan berkata: "Orang
yang mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan adalah orang
yang tidak bersemangat Malaysia dan tidak faham sejarah."
klik sini
Sudahlah beberapa keperluan penting mahasiswa mula
tergugat dan tidak terjamin gara gara isu minyak.
Jangankan pula isu penswastaan kolej dijadikan sebagai
kesempatan dan dalil untuk meraih keuntungan. Tindakan
tersebut telah menindas mahasiswa yang lahir dari keluarga yang
berpendapatan rendah. Malah perkara yang menyedihkan ialah ada
dikalangan
mereka yang sanggup mengikat perut demi mengurangkan beban kewangan
yang ditanggung mereka sekiranya isu ini dilaksanakan.
klik sini
Adakah perkara pertama dalam menentukan kedudukan
orang - orang Melayu dipertingkatkan adalah untuk menuntut jawatan
Pengerusi Perbekalan Air Pulau Pinang? Agak menghairankan, apa
disebalik menuntut jawatan boleh dikatakan sebagai mengambil balik
hak - hak orang - orang Melayu? Isu yang penting adalah untuk
mencari jalan agar orang - orang Melayu turut membangunan seiringan
dengan kemajuan Pulau Pinang. Kenapa air dijadikan isu? Mungkin
betul ura - ura sebelum ini bahawa air adalah makanan yang
berkuasa dalam negeri? UR tidak menolak bahawa kedudukan
orang - orang Melayu perlu dipulihkan dan sekiranya terdapat
diskriminasi kaum dalam cara Gerakan mentadbir Pulau Pinang maka Tan
Sri Dr Koh Tsu Koon perlu mengambil tanggung jawab.
Perdana Menteri , dalam kenyataan yang dipetik dari
Utusan Malaysia memaklumkan bahawa kawasan yang kepadatannya orang -
orang Melayu ditinggalkan seperti di "belakang rumah". Teguran ini
penting dikaji segera oleh kepimpinan Pulalu Pinang.
Klik sini
Berikut adalah email yang kami 27/08/2006
Ulasan berita oleh editor 1
MB Perlis tak patut maki Najib dan Hishamudin
Saya
sebagai salah seorang perwakilan Pemuda dalam Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau hari ini ingin melahirkan rasa
tidak puas hati dengan sebahagian isi kandungan ucapan yang dibuat
oleh Menteri Besar Perlis Kasim selaku perasmi mesyuarat. Datuk Seri
Shahidan telah memperlekehkan kepimpinan Timbalan Presiden parti
Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak layak menjadi perdana menteri
kerana lembek. Beliau juga telah menghina ketua saya iaitu Ketua
Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Hussien sebagai pondan dengan meniru
gaya ucapan Datuk Seri Hishamudin.
Saya kesal kerana bagi saya sepatutnya beliau menggunakan kesempatan
ucapannya untuk menaikkan semangat ahli pemuda bekerja menguatkan
parti bukannya menghina mana-mana pemimpin parti. Saya menggesa agar
Datuk Seri Shahidan segera memohon maaf kepada kedua-dua pimpinan
parti tersebut dan insaf untuk tidak mengulangi kebiadaban sebegitu
lagi di masa hadapan.
Nazri
Sifatkan Usul Pemuda Umno Kubang Pasu Sebagai 'Bodoh' Dan 'Keliru'
klik sini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan Pemuda
Umno Bahagian Kubang Pasu, Kedah meluluskan usul meminta
beliau dipecat daripada menganggotai parti dan jawatan
kabinet sebagai sesuatu yang "bodoh" dan "keliru."
Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata
Pemuda Umno bahagian tersebut sepatutnya meluluskan usul
meminta bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno Tun Dr
Mahathir Mohamad agar tidak lagi mengkritik kerajaan dan
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ucapan
Allahyarham Tun Abdul Razak - Perbahasan mengenai rancangan Malaysia
Kedua di Dewan Rakyat pada 19hb Julai 1971
Tun Razak menjelaskan, RMK 2 ini dengan jelas
menerangkan cara - cara kita hendak menjalankan dasar untuk
mengseimbangkan ekonomi rakyat yang tidak berada dengan yang berada
khasnya orang - orang Melayu dan ahli - ahli bumiputera dengan pihak
- pihak yang lain, dan cara - cara kita hendak mengadakan satu
kumpulanperniagaan dikalangan orang - orang Melayu bukanlah semata -
mata dengan cara membawa mereka itu ke bandar - bandar. Ini hanyalah
adalah sebahagian dari usaha - usaha kita itu. Nyatalah , kalau
mereka itu hendak mengambil bahagian yang sempurna dalam perniagaan
dan perusahaan, mereka mustahaklah berada di bandar - bandar yang
besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan bandar - bandar
lain.
UR - hari ini kita saksikan kegagalan DEB.
Menambah kepada kegagalan tersebut kita usir mereka yang hadir di
bandar - bandar atas rancangan pembangunan Tun Abdul Razak tanpa
perihatin.
SELAMAT MENYAMBUT HARI
KEMERDEKAAN KE 49
Dari Jawatankuasa Penduduk Hulu Kelang -
klik sini
Merdeka
adalah kata palsu buat bangsa. Itupun bagi yang sedar akan dusta.
Bagi mereka yang tidak lena. Merdeka hanya perubahan penjajahan,
dari kuasa luar pada gunting yang bersembunyi dalam lipatan. Merdeka
adalah pada mereka yang bisa ketawa, punya kuasa untuk terus menipu
anak bangsa. Merdeka adalah pada mereka yang lupa akan janji pada
negara. Bagi kita merdeka akan hanya ada - bila celek hati dan mata,
bila akal dan fikiran terbuka, bila jiwa bebas dan mampu bersuara.
Apa ertinya merdeka - pada bangsa hina yang ada. Merdekakah kita?
APA KATA ANDA -mengenai kemerdekaan Malaysia
yang ke 49. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan - biar apa pun
maknanya.
klik sini
Mahathir, please bring
back our dignity!
Pautan berita semasa
A crook and a tyrant would never give up his power
especially when he is at the pinnacle. If Tun had other
agendas, why didn't he remain as senior minister, or place
his sons in prominent Umno positions to secure himself? At
that time, those cowardly Umno members would kiss his a**
for anything.
If Tun was ever corrupt or abused his powers for his own
personal self, he would not even dare open the can of worms
everyone is saying he now has.
After 22 years, don't you think they would
have crawled out by now? Common sense tells you that if he
was ever corrupt during his time, he would not dare speak
out so boldly against his successor knowing full well the
government of the day holds all his records.
klik sini
2004 polls were a fraud: Anwar - source AFP
klik sini
Local councils to involve all NGOs - Daily Express
klik sini
Minister Datuk Azalina Othman Said had announced in
Parliament on Aug 22, 2006, that the total cost to be borne
by the government to take over as organiser of the LTdL is
RM3,458,844.35 and this is not to bail out First Cartel Sdn
Bhd. dari thesun -
klik sini
Blog arahkita mengupas artikel - artikel
tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com
Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan
Anuar Mohd Nor sila
klik sini
Artikulis yang menyentuh secara spontan dan
sinis politik tanah air - kemas kini terakhir : 8 Ogos 2006
Maka
serangan pun datang dari berbagai sudut atas tindakan Dr Mahathir
untuk bertanding sebagai perwakilan Kubang Pasu dengan didahului
oleh Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Presiden UMNO. Dr
Mahathir Mohamed tidak menjawab serangan itu secara terus tetapi
memberikan gambaran, apa hendak difikirkan sangat kenyataan Najib
Tun Razak itu yang mempersetujui kehendak
Abdullah Badawi menghantar askar- askar pengaman ke Lubnan. Pada Dr
Mahathir Mohamad, kenyataan Najib Tun Razak adalah kenyataan
pendekar "Mana Titah Patik Junjung" dan bersetuju untuk menghantar
tentera Malaysia yang pasti 99% berugama Islam ke Lubnan satu
perkara yang cukup pelik dan menghairankan. Kenapa tidak? Keputusan
PBB untuk menghantar tentera pengaman ke Lubnan dengan resolusi
mengawal Hizbulllah yang berada di bumi Lubnan dari menyerang Israel
dan bukan pasukan pengaman itu berada di Israel bagi tujuan
menghalang tentera Israel menyerang bukan sahaja Hizzbullah tetapi
Lubnan..baca seterusnya
klik sini
makluman : kelewatan dalam capaian ke
blog Sang Kelembai - beberapa masalah teknikal wujud - sedang kami
membuat updating - capaian terputus dan kami mempunyai masalah dalam
membetulkan atau edit pada blog tersebut sewaktu ini.
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.