Berita hangat mengenai UMNO, ahli, kepimpinan, berita panas & sensasi hantar mesej - taip UR  NEWS REG hantar ke 36606 *

Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606**  Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com

Rakan kami sedang menaik taraf sistem sekuriti laman www.arahkita.com - beberapa kelewatan akan berlaku - harap maklum

www.umno-reform.com menerima maklumat bahawa beberapa perubahan akan berlaku dalam kabinet tidak lama lagi. Sumber itu memaklumkan bahawa perubahan kabinet ini akan di umumkan dalam masa terdekat. Kami menerima maklumat tersebut awal pagi tadi. 

Pihak Berkuasa Tempatan - punca indeks ketelusan merosot

www.umno-reform.com  percaya bahawa kenyataan Datuk M Kayveas harus di dipandang serius agar usaha membasmi rasuah dalam negara ini bukan satu slogan kempen semata - mata. Usaha membanteras rasuah ini harus bermula dengan mengkaji kuasa - kuasa melampau yang di peruntukkan kepada PBT. 

Pembaziran juga merupakan salah satu kelemahan mereka yang memimpin PBT. Kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih serius dalam menyelongkar kegiatan - kegiatan rasuah di samping mengambil tindakan baru dalam menutup semua peluang untuk rasuah bercambah. klik sini

Parlimen tolak - apa lagi yang mahu di tunggu!
Mohd Busu

Pengerusi
Tabung Haji, Tan Sri Zainol Mahmood mengatakan bahawa cadangan pengapungan saham Tabung Haji Plantation di buat berdasarkan pandangan perniagaan dan adalah sukar di terima untuk  MP yang melihat perkara ini dari sudut politik. Dari sudut perniagaan ianya menguntungkan tetapi terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan.

Namun apa yang jelas ialah Parlimen - yang ahli - ahli di lantik mewakili rakyat Malaysia rata - rata tidak setuju untuk THP di senaraikan. Sekiranya Parlimen tidak setuju - maka seharusnya niat itu sepatutnya dibatalkan sahaja. Memang boleh merujuk perkara ini kepada Perdana Menteri tetapi hakikat mesti di terima - wakil yang mewakili rakyat Malaysia sudah menolak. Ini bukan persoalan keuntungan kewangan sahaja - tetapi banyak lagi isu berkaitan dengan kepentingan - kepentingan selain dari wang yang perlu di lihat. Persoalan keuntungan untuk siapa harus dilihat setelah saham - saham tersebut terjual dalam pasaran terbuka. Ini juga merupakan satu kes khusus yang menunjukkan bagaimana kita menguruskan hak - hak bumiputera dengan mereka yang kononnya tokoh korporat, berniaga dengan subsidi kerajaan kini menceritakan tentang keuntungan. 

Contoh ini sesuai untuk menunjukkan kepada kita bahawa - kerajaan seharusnya memilih mereka yang melihat sesuatu dari perbagai sudut dan bukan hanya sudut keuntungan - yang belum tentu memberi hasil kepada Agenda Nasional.

Bayangkan tanah - di beri dengan harga premium mahu di jual secara tidak langsung secara terbuka. Keuntungan untuk siapa sebenarnya?   

Kita perlu ingat kehadiran Tabung Haji - serta matlamatnya. Menurut Tan Sri Hanafiah Ahmad bekas Pengerusi TH,juga bimbang penyenaraian THP boleh menjejaskan peluang TH untuk memperoleh tanah bagi pembukaan ladang baru pada masa akan datang.

Menurutnya, ladang milik THP seluas 16,000 hektar pada asalnya dianugerahkan oleh beberapa kerajaan negeri dengan harga premium untuk digunakan oleh TH sepenuhnya dan jika penyenaraian itu diteruskan, sudah pasti matlamat asal pemberian tanah tersebut akan jauh menyimpang. Jangan sampai tabung ku rebah sudah. 

 

UMNO di sokong pembangkang - apakah mereka perlu di beri amaran keras oleh pucuk kepimpinan mereka?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Md Zin - memaklumkan bahawa tidak ada kesalahan untuk Tabung Haji menyenaraikan THP Sdn Bhd dalam bursa saham hujung tahun ini. Datuk Raja Ahmad Zainuddin (BN LARUT) dan Ir Hasni (BN - Pontian) menolak sebarang usaha untuk menyenaraikan THP dan menggesa PM untuk masuk campur dalam isu ini.  Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) turut memaklumkan mengenai bantahan orang ramai dalam penyenaraian THP. 

Sesuatu yang menarik adalah Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) turut menyokong BN dalam isu ini. Mungkinkah PAS akan memberi amaran kepada Salahuddin Ayub kerana memberi sokongan secara terbuka terhadap BN atau PAS lebih terbuka melihat isu untuk memberi sokongan atau pun tidak. Najib pernah memberi amaran tindakan keras akan di ambil terhadap mana - mana MP (BN) yang menyokong pembangkang dalam isu - isu yang terbit di Parlimen. 


ALI RUSTAM  menjadi bahan kritikan email di www.umno-reform.com sebaik sahaja artikel mengenai penerimaan pingat Datuk Amil Salleh di pamerkan. Datuk Amil sungguhpun beliau adalah antara mereka yang didapati bersalah dalam isu politik wang dan bertindak membelakangkan peruntukan dalam UMNO, beliau telah dianugerahkan pingat JP oleh Ali Rustam. Banyak email ringkas yang memulakan bicara mengenai pemberian pingat sebagai satu senjata rasuah untuk membalas budi - memastikan tempat dan undi lantas menjadikan ini satu perbuatan yang salah baik dari segi moral mahupun peruntukan undang - undang parti dan rasuah.

Apakah Naib Presiden UMNO ini tidak menghormati apa yang di sebut kesalahan disiplin - rasuah politik - politik wang yang cuba di basmi oleh Pak Lah. Pelayar di minta mengulas seterusnya klik sini

 

Saya memanjangkan ucapan terima kasih kepada MT kerana mengekalkan pergantungan Datuk Amil Salleh yang bagi saya bertindak tanpa memperdulikan sistem dan peruntukkan perlembagaan parti dalam menentukan pemilihan. Sungguhpun begitu ahli UMNO Bandar Tun Razak harus meniti berat mereka yang sehingga kini menjadi tali barut Amil yang sedang dan masih mahu melihat Datuk Amil kembali dalam politik. Mereka adalah antara orang yang di lantik dan di lobi oleh Amil Salleh untuk menang. Sepatutnya kesalahan Amil Salleh harus di teliti dan mereka yang naik melalui rancangan politik dayus Amil Salleh harus tidak di benarkan memimpin. 

Ali Rustam - rasuah politik tidak ada makna

Bagi pelaku rasuah politik dan penerima rasuah politik ini adalah amalan biasa. Saya percaya Ali Rustam juga berpendapat sedemikian. Apa tidaknya, semasa isu rasuah politik sedang sebok di bicarakan Ali Rustam adalah antara mereka yang diam dan tidak mahu bertindak menyokong sehebat mungkin isu rasuah politik .

Ini hanya menampakkan bahawa beliau adalah antara kepimpinan tertinggi UMNO yang menganggap amalan politik wang adalah budaya biasa dalam UMNO. UMNO perlu serius dalam rasuah dan setakat ini ianya hanya ibarat melepas batut di tangga. 

 

Pendedahan penerimaan pingat oleh www.umno-reform.com bukan sahaja memperlihatkan mentaliti kepimpinan negeri Melaka malah mempertonjolkan sikap kepimpinan UMNO dan bagaimana pendirian UMNO terhadap apa yang dikatakan rasuah politik. 

Dato Seri Ali Rustam nampak jelas gagal melihat isu rasuah sebagai isu yang serius dan perlakuan ini hanya membungakan bahawa UMNO sendiri - dengan Ali Rustam sebagai Naib Presiden tidak memandang serius definisi rasuah yang di iktiraf menggantikan pengertian politik wang. 

Isu memberi pingat kepada mereka yang di dapati bersalah adalah satu perbuatan sungguh memalukan. Apa yang kita nampak ialah keseriusan Pak Lah sebagai peneraju UMNO yang mahukan pembersihan parti akan sekali lagi menjadi slogan tanpa perlaksanaan.

  Bukan semua tidak tahu bahawa Ali Rustam menggunakan belia sebagai senjata berkempen - memberi pingat yang mampu di takrif sebagai rasuah politik untuk memastikan kemenangan. Saya sebagai aktivis belia tahu bahawa beberapa mesyuarat belia diadakan sebagai alatan kempen Ali Rustam. 

Saya ingin mengsyorkan bahawa bagi membersihkan pergerakan belia dari menjadi alatan politik kepimpinan mereka - kepimpinan politik yang menjawat jawatan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Naib Presdien, Majlis Tertinggi harus meninggalkan jawatan Presiden Belia dan Majlis Belia.

Ali Rustam hari ini sudah di kira memulakan kempen bagi meneruskan dan mengekalkan kedudukan beliau. Belia akan jadi senjata beliau untuk terus kekal. Bagi saya ahli UMNO harus mula nampak mainan Ali Rustam dan penggunaan kedudukan beliau sebagai belia, sebagai Ketua Menteri untuk membina landasan dalam politik. Apa ilmu Ali Rustam - hanya satu rasuah politik  

Suhaimi Ibrahim tetap akan mempertahankan kedudukan beliau

Beberapa hari lalu www.umno-reform.com memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan Suhaimi Ibrahim akan melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden GPMS - setelah mendengar dari beberapa sumber yang dikatakan rapat dengan GPMS dan Suhaimi Ibrahim.  

Baru - baru ini dalam satu kenyataan beliau yang hadir dalam media utama tempatan -  menafikan bahawa beliau akan menarik diri. Beliau akan berdepan dengan Reezal Merican untuk jawatan tersebut.

 

Suhaimi Ibrahim dan Ibrahim Ali - mula kempen lawan Reezal Merican

Tuan, beberapa hari sudah saya ke Deen Restoran di Melawati. Apa yang saya terkejut adalah kehadiran Suhaimi Ibrahim dan Ibrahim Ali serta beberapa pengikut Suhaimi mungkin dari GPMS. Saya cuba merapati meja beliau dan antara dengar dan tidak, mereka membicarakan mengenai strategi bertempur dengan Reezal Merican. Kehadiran Ibrahim Ali - bagi saya merupakan virus yang akan menggagalkan kempen Suhaimi Ibrahim. Saya penuh yakin kehadiran Suhaimi dengan Ibrahim Ali tidak disenangi oleh anggota GPMS dan ini menempah kekalahan sebelum pertandingan. Namun itu terpulang kepada Suhaimi Ibrahim - tepuk dada tanya selera bukan tanya Dato Ibrahim Ali. 

Anwar Ibrahim - Mahathir menerima cabaran di mahkamah 

Akhbar Siasah :Tuduhan Mahathir buka peluang saya untuk mendedahkan kepada rakyat penyelewengan beliau,  Bernama ; Mahathir terima cabaran Anwar Ibrahim untuk saman beliau di mahkamah dan tetap dengan kenyataan salah laku liwat.

Di satu pihak Anwar Ibrahim akan menggunakan tuduhan Dr Mahathir ke atas beliau sebagai satu peluang untuk membuka kepada rakyat penyelewengan beliau ( Tun Dr Mahathir ) dan di satu pihak lain Tun Dr Mahathir menggunakan keputusan mahkamah sewaktu menggugurkan tuduhan liwat sebagai satu pembebasan teknikal sedangkan mahkamah percaya mengenai tuduhan tersebut. 

Ini akan menjadi satu isu yang paling hangat di pasaran sebaik sahaja mahkamah dijadikan medan pertempuran antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir. Sungguhpun rata - rata mengatakan bahawa kes ini agak mudah - Dr Mahathir pasti akan terperangkap lebih - lebih lagi dalam era kepimpinan Pak Lah - namun keputusan dan pembicaraan teks keputusan mahkamah yang mempercayai terdapat kebenaran atas tuduhan liwat tersebut adalah satu justifikasi yang bakal digunakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia. 
Keputusan mahkamah kes saman Khalid Jefri akan juga digunakan oleh Anwar Ibrahim sebagai satu keputusan yang memberitahu wujudnya konspirasi.

Apa pendapat pelayar mengenai kes ini?
Borang maklum balas


Keputusan Majlis Tertinggi menetapkan Isa Samad terus di gantung walaupun terdapat pengurangan dari 6 tahun kepada 3 tahun. Apa pun pemerhati politik melihat ini sebagai satu penamatan politik untuk Isa Samad. Bernama memaklumkan bahawa Isa Samad akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan se lewat - lewat hujung minggu hadapan. Di tanyakan mengenai kedudukan beliau sebagai MP, tidak berhasrat melepaskan jawatan tersebut kerana ini akan menyukarkan Barisan Nasional dan UMNO. 

 


MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI adalah Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia 
Des
akan www.umno-reform.com  adalah untuk kerajaan melihat trek Ketua Pengarah Jabatan kesatuan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja - MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI agar tindakan beliau tidak menconteng arang ke muka kerajaan yang memerintah sekarang ini. Ubah beliau yang tidak dapat membawa pembaharuan malah berusaha memusnahkan kesatuan sekerja. Kita tidak mahu kerajaan Malaysia dan UMNO di label sebagai memperlakukan "union busting" LETAK JAWATAN klik sini

 
Rasuah kesalahan tidak serius dalam UMNO

Tan Sri Muhd Ali Rustam adalah model dalam persoalan kami. Beliau telah dikatakan memberi begitu banyak anugerah Dato tahun sudah, sehingga ada yang mengatakan bahawa itu adalah bentuk - bentuk politik wang perlakuan beliau. Sesudah
itu beliau terbit dengan kontroversi pemberian anugerah kepada Allahyarham Khalid Jefri yang akhirnya di dapati bersalah oleh mahkamah sebagai penulis buku fitnah yang terulung dalam negara kita ini. Hari ini Muhd Ali Rustam wujud dengan pemberian pingat JP atau Jaksa Pendamai kepada orang yang telah sahih melakukan rasuah politik - Datuk Amil Salleh. 

Apakah Muhd Ali Rustam tidak malu kepada rakyat Malaysia dalam melihat pengukuran beliau untuk menganugerahai mereka yang berjasa kepada Melaka. Kalau tidak malu pada rakyat sekurang - kurang malu sedikit kepada ahli - ahli UMNO yang melihat perlakuan beliau. Mungkinkah ini strategi untuk beliau memenangi hati mereka dan membuat pelaburan awal untuk pemilihan akan datang? Klik Sini





Akhirnya berjaya mereka menyingkir Isa
Zul kuala Lumpur

Saya hanya nampak penggantungan Isa dilakukan terlampau bersungguh - sungguh, laju dan cepat se olah -  olah perkara itu dilakukan bukan atas dasar kepentingan rakyat tetapi kepentingan politik orang-orang tertentu. Semua orang tahu bagaimana mahu menang dalam pertandingan UMNO maka dengan itu sokongan saya adalah kepada laman ini terus berusaha untuk kejayaan "perubahan" dalam UMNO.


 
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Hikayat Khairy Jamaluddin ini di terbitkan oleh www.malaysia-today.net dan di terjemahkan oleh laman m@rhean. Persoalan utama yang mahu kami ketengahkan adalah kenapa Khairy diam sedangkan tuduhan ke atas beliau begitu menyakinkan - lebih menyakinkan dari 50 dalil Kenapa anwar tidak boleh jadi PM. Klik sini untuk membaca Hakikat Khairy yang telah di terjemahkan.

Ketuanan melayu tidak menjadikan kita mulia disisi manusia apatah lagi tuhan. Yang memuliakan kita ialah akhlak islami yang diutuskan kepada kita. Status khalifah dimuka bumi bukanlah bermakna kita boleh berbuat apa saja tindakan dalam memperjuangkan agama. Salah faham inilah yang menimbulkan sikap ekstrimis dikalangan orang islam. Nabi bersusah payah 
berdakwah kepada manusia bersemuka dari hati kehati. Jibrail yang mengajar nabi pun datang mengadap hingga bertemu lututnya dengan nabi. Sedangkan kita berdakwah dengan memasang pembesar suara sekuat mungkin agar terdengar oleh sesiapa saja yang suka ataupun tidak! Inikah akhlak kita yang Allah dan rasulnya inginkan? Iblis dan syaitan akan sentiasa 
memesongkan kita hatta dalam amalan kita sekalipun. Betapa besar dosanya jika perbuatan yang kita sangkakan amalan baik itu menjadikan manusia bencikan Allah dan Rasulnya. Walaupun kita perlu syiarkan apa yang perlu disyiarkan, ianya tetap perlukan berpada-padaan. Walaupun kita perlu syiarkan zakat fitrah (sedekah perlu disembunyikan), namun bukan bermakna kita perlu memberitahu kepada orang ramai bahawa kita telah menunaikanya. Klik sini

 


Siri Aduhai Melayu pada keselaluannya mengungkap syarikat - syarikat Berhad yang sedikit sebanyak menunjukkan beberapa indikasi bagaimana kedudukan Melayu dalam perekonomian negara kita ini. Kali ini Aduhai Melayu ingin memaparkan kedudukan tanah orang - orang Melayu yang di dedahkan oleh NGO Teras Pengupayaan Melayu.

 


Aduhai Melayu
- Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? 

DAIMAN BERHAD - Lihat harta Daiman di Johor dan siapakah pemilik syarikat Daiman Berhad klik Sini

TALAM - Mana Melayu? Melayu ada hanya sekadar membantu menyenangkan permohonan - permohonan mereka - Klik sini

ECM LIBRA - dikatakan mahu memiliki FELDA Klik Sini

UNITED MALAYAN LAND BERHAD - UMLAND MILIK SIAPA? Singapura menjadi antara pemegang utama saham syarikat klik sini

 

Sang Kelembai

Dalam zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, Tabung Haji juga telah di persoalkan mengenai penglibatan mereka dalam perniagaan yang ada kaitan dengan kepentingan Islam termasuk projek penswastaan Lebuh Raya bertingkat Putra Jaya yang kemudiannya disenyapkan tetapi kembali pula sekarang ini. 

Baru - baru ini Tabung Haji sekali lagi bergema dengan isu - isu baru khususnya mencadangkan TH Plantation syarikat milik penuh Tabung Haji untuk di senaraikan dalam bursa tempatan. Kehadiran keputusan sedemikian adalah kerana Menteri yang menjaga Tabung Haji kebiasaannya bukan seorang ahli politik yang di bawa dari bawah sebaliknya yang di angkat dan diletakkan di tempat - tempat tertentu. 

Bagi menteri tersebut dia mungkin sedar bahawa umurnya tidak panjang dalam menerajui Tabung Haji. Kecuali di zaman Pak Lah, LUTH itu berada dalam keadaan aman tetapi sekarang LUTH kembali bergelora. Menteri hari ini seorang pensyarah universiti, dia di angkat menjadi menteri bukan kerana beliau hebat, hanya dianggap intelek tetapi tidak mementingkan kesensitivitian orang - orang Melayu. Juga hari ini anggota Lembaga di anggotai oleh mereka yang termakan dengan rasuah - dapat menunaikan Haji secara percuma dan boleh pergi berulang kali. 

Isu penyenaraian TH Plantation sudah tentu telah dibawa ke Lembaga Pengarah bagi tujuan kelulusan. Isu penyenaraian ini sebenarnya bercanggah dengan penjagaan hak - hak orang Melayu kerana pengapungan akan mendedahkan syarikat milik Tabung Haji terjual pada pasaran terbuka. 

Sudah sampai masanya sekarang ini Ahli Lembaga Tabung Haji di pilih secara terbuka dan pencarum di beri hak mengundi memilih Lembaga Pengarah. Ini akan lebih memastikan perjalanan urusan Tabung Haji di pegang dengan lebih berhemah dan lebih 

Sang Kelembai : Akan ada kempen selamatkan Tabung Haji. 


Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO. Kolum beliau kita ada dalam laman web www.umno-reform.com dan kini mendapat sambutan yang luar biasa. 

Ikuti komen - komen beliau dan klik capaian di bawah untuk mengetahui apa kata beliau mengenai isu - isu semasa. 

Kritikan tajam - pedas - bernas ini di harap dapat membuka mata kita - melebarkan minda kita mengenai situasi kita dalam negara yang kaya aman lagi makmur. 

 
arkib :  KLIK SINI 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas




Berbincang mengenai topik politik sesama UMNO taip UR CHAT REG dan hantarkan ke 36606*


Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


 

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan hanya menghubungi editor1@umnoreform.com , terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP 
* caj setiap SMS di hantar
** pendaftaran ini juga bermakna anda bersetuju untuk menerima SMS kiriman laman ini. Semua pendapat dan tulisan adalah untuk mereka yang mendaftar. Mereka tidak dibenarkan menyerah, mencetak dan menyalin dalam apa bentuk sekali pun. Sekiranya di lakukan mereka dipertanggungjawabkan. 

berita sebelum ini 

minggu1okt05 |minggu 2okt05

minggu 1 Ogos 05 | mingu 2 ogos 05 | minggu 3 ogos | minggu4ogos05 | minggu1sept05 |minggu 2sept05 | minggu3sept05 | minggu4sept05
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05 | minggu 1 julai 05 | minggu 2 julai 05
minggu 3 julai 05 | minggu 4 Julai 05 | minggu3sept05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com