![]()
|
|||||
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|||||
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
Pendaftaran E-Grup
|
Permohonan Email
|
blog arahkita |
|
|||||
|
|
|||||
|
Pelik - Muazin Subuh ( komen mengenai
penyatuan UMNO dan PAS) |
|||||
|
NGO Melayu dan Islam bangkit dan berusaha mendesak supaya Pas dan Umno bersatu- komen Wahida98 Saya menyeru agar semua NGO Melayu dan Islam bangkit dan berusaha mendesak supaya Pas dan Umno bersatu untuk mendokong kemerdekaan tanah air ini demi kemakmuran dan kebahagian untuk semua rakyat Malaysia dari pelbagai rumpun dan bangsa.Buktikan melayu Islam mampu memimpin, memakmur, memajukan negara dan menyatu padukan semua bangsa bekerjasama membahagiakan negara. Bismillahirrahmanirrahim, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka. KLIK SINI
dari editor1: Bila bunyi itu bersatu adalah
topik mengenai keperluan PAS dan UMNO bersatu. Dalam perbincangan
itu salah seorang bloggers menyarankan supaya NGO Melayu dan Islam
bangkit berusaha mendesak supaya PAS dan UMNO bersatu. Saya memohon
agar NGO seperti ABIM - dengan pendekatan Islam dan NGO seperti
PROWARIS yang mempapar semangat Melayu dan menolak wadah politik
sebagai halangan penyatuan bangsa memulakan langkah-langkah bagi
mengenal pasti arah kerjasama untuk memupuk perpaduan seterusnya
penyatuan dua parti Melayu dan Islam ini. |
|||||
|
Lirik begini tak menghina lagi? |
|||||
|
|||||
|
NORAZIMAH MOHD NOR - tinggalkan Parti Keadilan Rakyat
Reformis Nora yang 9 kali ditahan atas perjuangan menuntut reformasi di beritakan sudah mengambil keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Keputusan Nora untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dianggap satu kehilangan buat perjuangan reformasi. Nora diberitakan sudah menyertai GERAK dalam perjuangan untuk demokrasi dan menentang rasuah. Nora adalah reformis ulung yang dikatakan berani dan dedikasi dalam usaha menuntut reformasi. Pihak kami gagal mendapatkan ulasan menyeluruh dari beliau tetapi adalah difahamkan beliau sudah bertindak keluar parti. Menurut sumber-sumber terdekat, kedudukan Parti Keadilan Rakyat yang berasaskan perjuangan rakyat kini lumpuh dengan pendekatan politik keterlaluan dalam Parti Keadilan Rakyat. Ramai yang diberitakan keluar Parti Keadilan Rakyat kerana PKR telah mula memekakkan diri dari mendengar rintihan ahli tetapi hanya mahu membuat keputusan-keputusan yang melanggar asas demokrasi dan hakikat penubuhan mereka yang meletakkan suara rakyat suara keramat. Ada yang memberitahu kami bahawa slogan baru Parti Keadilan Rakyat telah berubah kepada suara Anwar suara Keramat.
Sungguhpun laman kami menerima
pelbagai kecaman kerana memaparkan berita ahli Parti Keadilan Rakyat
keluar parti namun mereka yang gagal memberi justifikasi menyeluruh
kenapa dan mengapa PRK semakin menyempitkan perjuangan dengan hanya
memastikan agenda politik tercapai tetapi tidak mempedulikan
langsung mereka yang berjuang untuk isu-isu sosial kemasyarakatan
khususnya Agenda Rakyat. Dengan berita keluarnya Norazimah Mohd Nor
atau Nora dari Parti Keadilan Rakyat maka dipercayai semangat
reformasi semakin pudar dalam Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Kami
akan berusaha untuk mendapatkan kenyataan dari beliau. |
|||||
| JANGAN HILANG PRINSIP | |||||
|
SMS diterima - Kemelut PKR semakin menjadi: Terkini, PKR bahagian Kuantan dan PKR Bahagian Pdg Serai hampir lumpuh Setiausaha Bahagian Kuantan Sdr Zaidi bin Ahmad umum letak jawatan. baahgian ini diketuai oleh Fuaziah Salleh. PKR Bahagian Kuantan boikot???. Ramai AJK Bahagian / AMK Pemuda tidak hadir pada program 3hb Ogos di Taman Guru Kuantan yang dihadiri oleh Azmin.Apa komen Fauziah Salleh selaku Ketua PKR Bahagian Kuantan. PKR Kedah diambang perubahan? Sangat memalukan,programanjuran PKR Kedah yang dibuat di Taman Kucai Kulim 03hb Ogos hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Apa komen lagi? Memang betul PKR diambang kehancuran. Terkini - 31 Julai 2007, Bekas Ketua PKR Bahagian Padang Serai - Mat Saad Mat Din cabar Anwar dalam isu BA kini ! Anwar menipu dalam isu semangat BA (S-ke 20) 29 Julai 2007 - Ketua MTK PKR Negeri Kedah, Sdra Mat Saad Mat Din umum keluar PKR diikuti dengan pembubaran PKR Cawangan Kg Tuanku Putra Kulim - 74 ahli keluar parti hari ini. Alasan adalah kerana PKR lari dari landasan asal 1999. Kecewa dengan cara Anwar kendalikan parti.Contoh baru adalah PKR Sarawak dan Sabah-s ke 19. PKR Pulau Pinang kalut. Bekas Ketua Bahagian Jelutung Sdr Zarus Yusoff bersama 47 ahli umum keluar parti.Tidak ada kesan lagikah Datuk Seri Anwar Ibrahim SMS diterima - isu terbuka
Apa nak risau pasal PKR, risaukan mengenai kenaikan
harga barang-barang lain. Sekarang kos hidup semakin menyempit.
Selamat tinggal UMNO |
|||||
|
Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita
www.sangkelembai2006.blogspot.com
|
Dipersoalkan mengenai 13 Mei 1969. Dipersoalkan mengenai peranan UMNO yang menyebabkan punca 13 Mei 1969. Dipersalahkan kepimpinan UMNO dan dikatakan UMNO bukan Melayu dan Melayu bukan UMNO. Benar – UMNO bukan Melayu dan Melayu bukan UMNO, DAP bukan Cina dan Cina bukan DAP seterusnya PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS tetapi arah tuju perjuangan, matlamat perjuangan dan susun atur perjuangan menunjukkan arah dan berat mana sesebuah parti politik itu lantas menunjukkan kecenderungan dan akhirnya dilabel mengikut kaum dan asas yang diperjuangkan. Melihat komposisi sahaja cukup menunjukkan kecenderungan dan hakikat kesimpulan asas UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO dalam sebutan majoriti adalah tidak salah malah adalah tepat dari sudut tendensi perjuangan,matlamat dan apa lagi kalau dilihat dari segi komposisi. Sungguhpun begitu hakikat Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu tidak dilihat dari segi kejayaan perjuangan kerana hakikat perjuangan itu tidak akan berakhir. 13 Mei 1969 dikatakan berpunca dari UMNO. Namun kita perlu meneliti kehadiran gabungan dalam Perikatan dan kini Barisan Nasional. Mutlaknya kalau Barisan Nasional gagal maka kegagalan itu bukan hanya kepada kepimpinan Melayu malah kepimpinan Cina dan India (menyebut kelompok majoriti dalam negara kita ini) Namun hari ini UMNO adalah punca, kepimpinan serta ahli yang rata-rata Melayu adalah penyebab 13 Mei 1969. Dihebohkan teori bahawa tragedi ini adalah tragedi perebutan kuasa dalaman dan luaran, desakan menjatuhkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan akhirnya bangsa Cina menjadi mangsa keadaan dalam semua keadaan. Buku Dr Dr. Kua Kia Soong dikatakan pendedahan baru yang tepat dan kini Raja Petra Kamaruddin bangun dengan papan kekunci menuduh UMNO sebagai “mafia” yang memerintah tak kala itu. www.umno-reform.com tidak akan bertindak seperti www.agendadaily.com dengan kerakusan mencabar melakukan perkara-perkara kegelojohan melampau tetapi percaya bahawa tindakan Raja Petra Raja Kamaruddin ini agar keterlaluan seperti mana yang pernah ditulis sebelum ini dan penulisan itu dicabar oleh pelayar – pelayar beliau. Hari ini keberanian Raja Petra Kamaruddin dipertaruhkan sebagai modal perjuangan. Namun tujuan dan matlamat Raja Petra Kamaruddin semakin jelas meragukan. Satu yang paling berlainan sekali adalah publisiti yang semakin kuat diberi oleh media-media arus perdana kepada www.malaysia-today.net Semakin terkejut dengan peranan – peranan media tempatan sehinggakan rancangan AC DI SINI turut memaparkan kehadiran www.malaysia-today.com se olah – olah wujud beberapa agenda kolaborasi yang membenarkan tekaan beberapa pihak. Teori UMNO menggunakan sentimen perkauman setiap kali pilihan raya Ini bukan satu celaan baru. Malahan ramai kepimpinan pembangkang menyatakan bahawa sentimen ini digunakan oleh UMNO setiap kali menjelang pilihan raya. UMNO akan mula mengugut dan mula menggunakan sentimen perkauman, menaikkan rasa curiga terhadap bangsa lain lantas mengharapkan sokongan Melayu akan kembali kepada Melayu menjelang pilihan raya ini. Antara kita kata ada yang percaya kepada teori tersebut. Setiap kali menjelang pilihan raya ada sahaja isu – isu perkauman digunakan oleh UMNO untuk tujuan tersebut. KATAKAN teori ini benar tetapi siapa yang hari ini sedang memainkan isu perkauman dan sentimen 13hb Mei 1969 untuk tujuan politik tersebut. UMNO dikatakan mencabar kaum lain, mengingatkan peristiwa 13 Mei 1969 untuk meraih undi Melayu, tetapi mekanisme mana dan siapa yang digunakan oleh UMNO hari ini untuk mengingatkan kita semua mengenai 13 Mei 1969? Siapa yang mengingatkan tragedi tersebut kepada rakyat dan siapa yang mencabar dan memulakan tuduhan Melayu dalam UMNO adalah punca pembunuhan sewaktu pilihan raya tersebut. Isu 13 Mei 1969 akan terus bermain di fikiran dengan berbagai-bagai sinopsis dan pendapat tetapi akhirnya tidak menguntungkan mana-mana pihak. Mungkin ini kepentingan politik semata – mata, kalau UMNO menggunakan isu perkauman untuk sokongan Melayu dan Raja Petra pula membalikkan isu untuk menunjukkan kepada Melayu bahawa UMNO itu punca pembunuhan, akhirnya kedua – dua belah hanya memberi jawapan mencari bahawa semua ini adalah untuk politik. Maka politik dan kuasa adalah matlamat tanpa menghiraukan cara sama ada halal atau haram. klik sini
|
||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1| Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006
|
|||||
|
minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 |
|||||
|
Penafian editor |
|||||
|
www.umno-reform.com |
|||||