 
|
|
yahoo messenger untuk menghantar mesej
ke Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com |
|
|
Forum
terbuka | Borang
maklum balas1|
Borang
makumbalas |
Pendaftaran
E- Grup |
Permohonan
Email |
blog arahkita |
blog sang kelembai | arkib |
|
|
|
|
|
Program Penerangan Tun Dr Mahathir pada 26 Ogos Jam 10 pagi di
Padang Umum Beseri Perlis Generasi M akan menyediakan sebuah
bas dari kuala Lumpur ke Perlis. Sesiapa yang berminat untuk
menyertai kami atau membantu sila hubungi koordinator Gen M talian
016 - 3679003 layari laman
Generasi Mahathir
|
|
|
|
|
|
PFI Apa Maknanya? |
|
Dulu Kerajaan kena belanja untuk mengutip cukai.Dengan pendekatan
ini, kalau projek berjaya dan menguntungkan, Kerajaan dapat pungut
cukai tanpa mengeluarkan belanja. Kalau projek tidak berjaya,
Kerajaan pun tak rugi apa-apa. Setidak-tidaknya, orang Melayu yang
tanah mereka kena yang kalau pendekatan masa kini kena ambil dengan
pampasan yang ala kadar, boleh mendapat nilai yang lebih baik. Yang
lebih penting, projek-projek mega yang hendak dilaksanakan pastinya
adalah projek yang menguntungkan mereka yang memula, melaksana dan
mengusahakannya.
Nota: Mana ada tanah orang bukan Melayu yang di ambil untuk
pembangunan? Kalau ada, berapa banyak dan bandingkan pampasan yang
mereka dapat berbanding orang Melayu.klik
sini
|
|
|
|
Kisah Cinta Rahsia Wanita Melayu
Murtad |
|
Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah
satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa.
Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa
secara rahsia, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan
sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan
memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin
meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat
pra-perkahwinan percuma. Khidmat
nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam
Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak
berkuasa yang berkaitan dan ianya telah diluluskan.
klik sini
|
|
|
|
|
|

Ini adalah jawapan Anwar Ibrahim dalam blog beliau
mengenai kedudukan Islam yang dianggap menghadapi ancaman serius
hari ini. www.umno-reform.com
amat tertarik dengan dua perkara yang diutarakan oleh beliau:
1. Adalah kekhuatiran beliau mengenai
terhalangnya ruang perbincangan dalam isu perlaksanaan 121A (
Artikel 121 (1A) adalah peruntukan
perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa
mahkamah Syariah.)
2. Adalah kalangan orang - orang Islam yang
menaja IFC yang sengaja menghakis sendi Islam dalam perundangan
negara. Membaca kenyataan ringkas ini maka kita sekali lagi tertanya
- dimana letaknya "pegangan Parti Keadilan Rakyat dalam isu ini".
Adakah Keadilan terperangkap dalam membenarkan ruang perbincangan
mengenai 121A tetapi dalam masa yang sama khuatir yang bertindak
dalam perbincangan tersebut adalah antara masyarakat Islam yang mahu
menghakis sendi Islam - mengambil kata - kata Anwar Ibrahim, dalam
sistem perundangan negara. Itu isu menghakis Islam dalam konteks
perundangan negara , bagaimana pula hujah menghakis Islam itu
sendiri? Apa pendapat anda mengenai petikan komen Anwar dari
blog beliau sendiri?
Borang
maklum balas1
|
|
|
|
Suara rakyat
:
Itu semua lakunan antara menantu dan mertua|
Pautan
Channel News Asia on Mahathir |
IC palsu Sabah |
|
|
|
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS
|
|
|
|
BENARKAH SYARIKAT ECM LIBRA AVENUE TERLIBAT DENGAN
KEPENTINGAN YANG DIMILIKI OLEH SYARIKAT-SYARIKAT REJIM ISRAEL?
Manakala
Syarikat Newbridge kemudiannya membeli 26% kepentingan dalam
Syarikat Parkway Holdings bernilai S$ 312. Sementara Syarikat Avenue
Kapital (syarikat GLC) yang bertanggungjawab menguruskan penjualan
Syarikat Pantai Holdings kepada Syarikat Parkway Holdings, Syarikat
Westcombe Financial Ptd. Ltd. pula dipercayai menasihati Syarikat
Newbridge dalam pengambilalihan ini.
Adakah syarikat yang dimiliki oleh Khairy Jamaluddin iaitu Syarikat
ECM Libra Avenue juga terlibat di dalam membantu rejim Israel?
Apakah tindakan Pergerakan Pemuda UMNO terhadap Syarikat ECM Libra
Avenue yang menyokong rejim Israel ini? Adakah agen rejim Israel
berada di dalam Syarikat ECM Libra Avenue ini untuk menyokong
tentera Israel yang membunuh rakyat Palestin dan Lubnan?
klik sini
|
|
|
|
KENG YAIK BERI ALASAN UNTUK
NAIKKAN HARGA AIR !!!
|
|
|
|
Nasihat kepada kerajaan adalah, tolong jengok diri sendiri sebelum
menuduh yang bukan-bukan. Jika benarlah rakyat membazir, maka ubah
diri sendiri dahulu dan tunjukkan tauladan yang sebenarnya dan
jangan asyik membebel menyalahkan rakyat semata mata, seolah-olah
rakyat ini semuanya tidak betul. Kata dulang Paku yang serpih, tapi
Serpih menteri lebih ketara dan kini PEMBAZIRAN sudah menjadi sikap
kerajaan.Bodoh kerajaan ternyata apabila kita merujuk kepada isu Air
Singapura yang tidak pernah selesai. Harga air kurang dari 1sen (USD)
setiap 1000 galon air ke Singapura masih tidak mampu dinaikkan.
Sedar diri dan malulah sikit sebelum membuat sebarang kenyataan dan
tuduhan. Harap Maklum.
klik sini
|
|
|
|
Dato
Ibrahim Ali - kiriman SMS
beliau kepada
www.umno-reform.com
Hubungi Bukit Aman untuk maklumat jelas. Jika saya
cakap nanti kata itu cerita saya. Biar polis siasat. Polis Malaysia
saya yakin cekap dan professional. Tapiselepas siasat Peguam Negara
kena teliti pula.. Semoga Allah SWT tunjukkan kebenaran. yang
penting siapa dibelakang peristiwa 28 julai 06. Siapa yang
mendustakan Allah ada balasan nya, di dunia atau akhirat. Kenyataan
media saya pada 1 hb Ogos 2006 TIDAK KELUAR akhbar tapi Nik Sapeia
dapat muka depan. Cantik sungguh permainan ini. Elok teliti aduan
saya , malang nya tidak disiarkan - Dato Ibrahim Ali
|
|
|
|
|
|
SMS diterima
: Kerajaan yang pintar ialah kerajaan yang pintar menaikkan harga
petrol , elektrik benar naikkan harga hampir semua barang pengguna,
harga perkhidmatan kerajaan dan kini tarif AIR tanpa mendapat
bantahan besar dari rakyat atau menghadapi demonstrasi jalanan.
Inilah kerajaan pimpinan Pak Lah yang HEBAT
mengatasi semua PM sebelum ini. Rasional abad ini "Rakyatlah yang
memaksa Kerajaan naikkan harga barangan"
|
|
Suara rakyat -
Jangan Salahkan OIC, salahkan diri sendiri |
Menantu nak boikot Pak Mertua kata jangan | |
|
|
|

Kerana pentingkan syarikat korporat

hilang pertimbangan kemanusiaan

Kanak - kanak dalam buaian jadi mangsa
|
|
Peneroka Kota Hulu Kelang - berhadapan dengan Zoo |
|
Mereka cuba - mereka dibantu oleh NGO untuk membawa
nasib mereka ke mahkamah. Mereka membicarakan janji MPAJ - bahawa
siap rumah mereka maka mereka akan berpindah. Janji yang disaksikan
oleh berpuluh - puluh penduduk yang dahulunya dijembut ke kota dan
hari ini dihalau tanpa sedikit rasa kemanusiaan.
Memang mereka ini sial pada pandangan mana MPAJ,
mereka tewas dimahkamah dan tidak sampai beberapa jam rumah mereka
dirobohkan oleh MPAJ tanpa hati perut. Beberapa jam...mereka kalah
dimahkamah sekitar jam 11.30am hari sebelumnya dan pada awal pagi
tadi rumah mereka dirobohkan.
Susahkan apabila mereka kalah maka notis seminggu diberikan!
Bagaimana harus kita salurkan kemarahan ini. Saya marah kerana
seolah oleh tidak boleh tahan seminggu dua. Kita lihat kawasan
peneroka kota Kampung Baru , sudah hampir 1 tahun dirobohkan - masih
tidak ada pembangunan. Kita lihat Kampung Sg Udang Segambut, kini
hampir setahun masih tidak ada pembangunan. Mereka dihalau pada masa
anak - anak mereka sedang mahu menghadapi peperiksaan. Bukankah ini
sikap binatang yang ada pada
mereka yang membuat keputusan di MPAJ. Kenapa ini berlaku! Apakah
tidak ada ruang untuk mereka dipindahkan secara berhemah.
Mereka kali ini tidak membantah kerana mereka kalah dalam percubaan
menuruti lunas - lunas undang - undang - dan sebaik sahaja kalah,
MPAJ seakan membalas dendam merobohkan rumah itu tanpa sedikitpun
ada perasaan balas ikhsan.

rumah siapa - penjawat pentadbiran awam. Rumah anggaran 2 juta lebih
Saya memang marah takkala melihat buai anak - anak
Melayu tergantung kerana rumah mereka dirobohkan tanpa peri
kemanusian. Banyak cara lain - banyak cara yang lebih baik boleh
kita gunakan untuk memohon agak mereka berpindah. Mungkin kerana
orang - orang atas - orang - orang kanan Pak Lah tidak pernah rasa
atau lupa bagaimana rasa miskin mereka. mungkin kerana mereka duduk
di rumah sebegini maka mereka lupa akan orang - orang Melayu yang
digelar peneroka kota. ur
|
|
|
|
Demo terhadap Amerika - Azman
|
|
|
|
Jika kita lihat dari satu sudut lain, Ada kemungkinan yang KJ cuba
mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pesepsi umum yang sangat
marahkan kepadanya. Beliau ingin dilihat sebagai juara orang Melayu
dengan membuat demonstrasi dan bantahan kekejaman Israel sehingga
orang Melayu terlupa soal ECM Libra, MV Agusta, AP, GLC Malaysia dan
lain-lain. Benar, Melayu mudah lupa. Publisiti meluas diberikan
kepadanya. Apakah ini satu lakonan? Apakah tindakan demonstrasi ini
memberi kesan? Mungkin memorandum bantahan itu dibuang sahaja
oleh Condolezza Rice.klik
sini |
|
Puteri harus turut berdemo |
|
Ini idea saya bukan orang lain: Dollah |
|
Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD |
|
Tidak membenarkan pekerja yang beragama Islam bersembahyang |
|
Semua Umat Islam Doakan Ibu Lina Joy |
|
Hukum Murtad apa relevansi dengan prinsip kebebasan agama |
|
The Article 11 initiative is in no way connected with the Interfaith
Commission initiative, ini kata Malik Imtiaz |
|
Jahanam Israel, Boikot Tesco, Henti Rokok |
| |
| |
| |
| |
|
Percaya
ada orang ketiga
Dato Ibrahim Ali dalam sidang media memaklumkan,
bahawa beliau percaya beliau bukan sasaran mereka yang bertindak
menyerang dengan menggunakan semburan bahan pemedih mata di Kelantan
baru - baru ini. Beliau dalam kenyataannya berkata, peluang untuk
menyerang beliau lebih terbuka pada masa - masa lain sewaktu program
kehadiran Dr Mahathir di Kelantan.
klik sini
|
| |
|
Assalamualaikum w.b.,
Dear brothers and sisters,
Remember Yvonne Ridley, the British journalist who was detained by
the Taliban after Sept 11? She remained their prisoner for 11
days before being released on the promise that she will study
the Qur'an. Her harrowing experiences in Afghanistan
eventually led to her reversion to Islam. She will be at
DEWAN TUANKU SYED PUTRA USM on THURSDAY 3 AUGUST AT 8.15PM
to talk on "The Taliban: A Captive's Experience'. Subsequently, on
Friday and Saturday 4 and 5 August at 8pm, she will be at
Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10460 Penang to talk
on 'America’s War on Terror' and 'Behind the Veil' respectively. To
know more about Yvonne Ridley, visit
http://en.wikipedia.org/wiki/Yvonne_Ridley
To know more about her experience and thought, come to the
talks.
Salam,
Muhammad Syukri Salleh
|
| |
|
Sokongan terhadap Mahathir |
|
|
PAS
tidak teragak - agak memberi sokongan kepada isu - isu yang
dibawa oleh Mahathir. Ini adalah untuk kebaikan negara ini.
Sungguhpun PAS merupakan saingan hebat kepada UMNO sewaktu zaman
kepimpinan Dr Mahathir dan sehingga kini dibawah kepimpinan Abdullah
Ahmad Badawi tetapi nampaknya PAS lebih sedia menerima Tun Dr
Mahathir dalam memperjuangkan isu - isu yang dibawa oleh beliau. Ini
adalah langkah berbeza dengan parti pakatan mereka Keadilan Rakyat.
Menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat mereka tidak akan
bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir. Kenyataan ringkas ini kami
terima dari Tien Chua dalam menjawab kabar angin bahawa beliau akan
mewakili Keadilan Rakyat untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir.
Sungguhpun begitu menurut laman web
Generasi Mahathir beberapa kepimpinan Bahagian Parti
Keadilan Rakyat sudah menghubungi mereka untuk memberi sokongan
terhadap isu yang diperjuangkan oleh Dr Mahathir. Kehadiran mereka
melangkau halangan individu dalam melihat isu - isu semasa yang
mencabar bukan sahaja kedaulatan negara ini tetapi isu - isu yang
melibatkan kelemahan kepimpinan yang ada sekarang ini dan
penglibatan Khairy Jamaluddin sebagai orang yang dikatakan
menjadi rujukan oleh Pak Lah.
Sumber gambar : Terima Kasih laman web generasi Mahathir
|
| |
| |
|
Zahadi dari Pak Lah ke Mahathir |
|
|
|
|
Siapa
musuh sebenar Zahidi? Begitulah salah satu email yang kami terima
mengenai cadangan Zahidi untuk menjemput Dr Mahathir merasmikan
Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Besar. Sungguhpun cadangan ini tidak
akan kesampaian Zahidi bertindak untuk mengadakan ceramah sebaliknya.
Zahidi kini dilihat hadir dalam program - program bersama Tun Dr
Mahathir dan ini jelas memberi indikasi yang beliau bukan lagi orang
Pak Lah. Beliau juga dikatakan akan menjadi pesaing kuat dalam
jawatan Ketua Pemuda UMNO dan dijangka beliau akan menentang Khairy
Jamaluddin.
Tindakan sebegini tidak kelihatan pada mana -
mana ahli UMNO lain setakat ini dan ini boleh dianggap satu tindakan
yang berani. Sungguhpun begitu ada suara - suara dalam UMNO yang
mengatakan bahawa ini satu tindakan membunuh diri. Walau bagaimana
pun ini adalah satu tindakan yang patut dihormati. Ahli UMNO tidak
sepatut memegang label tukang angguk. Sekiranya beliau berpendapat
beliau mampu mengendalikan Pemuda UMNO dengan lebih berkesan maka
seharusnya beliau sekarang bertindak membawa aus baru dalam
pergerakan pemuda malah UMNO sendiri. Beliau juga sepatutnya sudah
hadir memberi inspirasi - inspirasi baru untuk membuktikan bahawa
UMNO perlu berubah, dari hanya menurut kepada sikap yang lebih pro -
aktif.
klik sini
|
| |
|
Begitulah rasanya gas pemedih mata -
Mohd Idham |
|
OIC keluar dari PBB - satu langkah
positif |
|
Wajah
mantan PM nampak begitu sugul menahan kepedihan gas pemedih
mata. Tidak terlintas difikiran saya suatu masa nanti Bekas
Perdana Menteri Malaysia akan merasakan apa yang dirasai
oleh kami golongan reformasi dahulu.. Kami hadir untuk
menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati tetapi
demonstrasi yang aman juga akan turut merasa gas pemedih
mata. Bayangkan insiden polis membaling gas pemedih mata
kedalam truk yang sarang diisi oleh mereka yang
mempejuangkan reformasi dahulu. Mungkin hari ini Tun
Mahathir sedar tetapi sebagai mereka yang pernah bermandikan
hujan campuran kimia dan gas pemedih mata , bagi saya -
ini kebesaran ALLAH SWT.
|

Saranan pemuda UMNO Malaysia agar negara -
negara OIC keluar dari Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu.
Apa pendapat anda ? Patutkan Malaysia melakukan
sesuatu yang lebih agresif untuk membantah dan memaksa
Amerika untuk mendengar pandangan dunia?
Borang
makumbalas
|
|
| |
|
Demo Anti Israel - mampukah kita
megubah pendirian Amerika? |
|
  
Menyuarakan bantahan kepada Amerika -
menyuarakan bantahan kepada kerajaan kita
Pemuda UMNO memulakan siri demonstrasi mereka,
tidak ubah seperti demo - demo yang dilakukan oleh pembangkang
sebelum ini. Demonstrasi ini adalah kerana mereka sudah tidak
sanggup lagi untuk berdiam melihat saudara - saudara Islam kita
dibunuh oleh Yahudi dan Amerika selaku kuasa besar diam dan
menyetujui tindakan Israel terhadap Lubnan. Gambar diatas adalah
siri demonstrasi barisan pembangkang yang turut melakukan
demonstrasi. Apakah budaya demo sekarang boleh diterima oleh UMNO?
Adakah budaya demo ini hanya dibolehkan sekiranya kita menentang
kezaliman kerajaan negara - negara lain tetapi tidak sekiranya
ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan sendiri? Bukankah ini
menampakkan hipokrasi dalam membuat polisi.
klik sini |
| |
|
|
|
Blog arahkita mengupas artikel - artikel
tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com |
|

Melayu Perdana dan Melayu Hamba
|
Perjuangan bangsa Ketuanan Cina 11
|
Maka
yang tinggal | Hanya alasan |
Ketuanan Cina
|
Cara berbeza ARAH sama
|
Bak kata Melayu
|
Cabaran Pak Lah
|
Definisi Pak Lah 1
|
Definisi Pak Lah 2
|
Definisi Pak Lah 3
|
Masa
|
Elitis Pemilik
|
Lupa
|
Cerita2
|
Kemakmuran
Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan
Anuar Mohd Nor sila
klik sini
|
|
Artikulis yang menyentuh secara spontan dan
sinis politik tanah air - kemas kini terakhir : 3 Ogos 2006 |
|
Sekiranya
moral Perdana Menteri terjejas dengan hantaran pesanan ringkas SMS
dan juga tulisan Internet adalah sewajar dia muhasabah diri untuk
membetulkan lidahnya supaya percakapan tidak menjadi ejekan seperti
yang berlaku di Johor. Perdana Menteri Malaysia berulang kali
mengatakan bahawa program pembangunan bersepadu itu adalah ilham dan
idea beliau sendiri dan bukan orang lain. Ini seolah - olah beliau
sendiri yang cuba menyakinkan diri beliau sendiri. Siapa yang
mempersoalkan siapa punya ilham atau idea. Lebih dari itu sedarkah
Perdana Menteri bahawa sesuatu yang ada sangkut dengan tanah adalah
urusan Negeri dan adakah Negeri sudah bersetuju cadangan itu? Satu
persoalan yang penting, adakah Kabinet sudah meluluskan rancangan
itu terutama apabila ini melibatkan penggunaan wang-wang
amanah saperti Khazanah Holding, Permodalan Nasional Berhad dan
Pertronas.
baca seterusnya
klik sini
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 |
mei03 |
mei04 2006 |
june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |