 
|
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
Pendaftaran E-Grup
|
Permohonan Email
|
blog arahkita |
30/04/2007
Sang Kelembai yahoo messenger untuk menghantar mesej ke
Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com
|
|
Umno bagaikan si Tanggang?
Kata Wan Indra:
Umno
adalah bangsa Melayu, warisan pusaka Melayu, semangat bangsa Melayu
dan khazanah Melayu maka marilah kita menjaganya dengan sempurna.
Apa yang saya khuatirkan jika Umno ini lenyap dari pentas membela
anak bangsa, percayalah suatu hari nanti bahawa anak-cucu umat
Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.
Demikianlah bersemangat dan berkobar-kobarnya tulisan beliau.
Sempena ulangtahun Umno ini saya pun berhasrat mengulas asal-usul
penubuhan Umno ini dahulu yang sebenarnya bukan hanya melibatkan
Dato Onn Jaafar tetapi ramai tokoh-tokoh lain termasuk yang kononnya
kiri dan ekstrimis terlibat sama antaranya Ahmad Boestamam, Pak Sako,
Burhanuddin al Helmy dan lain-lain (mungkin bila masa mengizinkan).klik
sini
|
|
|
|

Klik Sini |
|
Komen
dari Mohd Sayuti Omar
msomelayu@yahoo.com |
http://www.msomelayu.blogspot.com
Saya mengalu-alukan dan mengucapkan syabas
kepada sdr Annuar di atas inisaitif untuk menerbitkan
ruangan SUARA NORA yang bersumber dan berlandaskan
keberanian Sdri Nora dalam perjuangan reformasi. Sewajarnya
kalau perjuangan atau kisah perjuangan Nora dicatatkan untuk
tatapanumum. Semangat dan keberanian yang dimilik Nora
seperti mana kata Sdr A nnuar
memang tidak terlawan oleh sesiapa pun bernama wanita sebaya
dengannya. Perjuangan Nora juga ikhlas dan suci. Beliau
tidak mengharapkan apa-apa imbalan daripada sesiapa
pun. Nora berjuang kerana dia jahu berjuang dan di atas
tuntutan dirinya sendiri untuk menentang kezaliman dan
ketidakadilan. Pada saya semangat dan keulitan yang ada
kepada Noralah yang patut ditreladani dalam melayari
perjuangan menentang kezaliman dan dan ketidak adilan. Nora
lebih mulia berbanding dengan beberapa pejuang reformasi
yang kini melarikan diri kerana tidak bersetuju ataupun
bertelingkah dengan seseorang dalam Keadilan atau mereka
yang melarikan diri setelah merasakan reformasi yang ditaja
Anwar Ibrahim tidak akan membawa kekayaan duniawi kepada
mereeka. Mungkin tidak melampau kalau saya turut menamakan
Nora sebagai Roromendut Keadilan. – salam MSO. |
|
Mohd Attar Mohd : Saya mengenali Nora sewaktu
reformasi. Saya percaya bahawa dia sepatutnya menjadi ikon
perjuangan dalam reformasi.Yang menghairankan saya adalah
media - media keadilan seakan tidak nampak semangat juang
wanita ini dan betul kata - kata Anuar bahawa kita kadang -
kadang merasa segan sewaktu dalam demonstrasi dengan
keberanian dan kesungguhan Nora. Untuk makluman Anuar saya
juga kenal kamu mungkin kamu tidak perasaan saya. Mungkin
satu hari nanti lebih ramai antara kita yang berani bangkit
menentang kezaliman dan ketidakadilan biar dari mana atau
apa sahaja wadah parti kita. Sekali - kali melalui laman ini
banyak yang menarik khususnya pendedahan mengenai wanita
seperti Nora. Cepatkan penerbitan mengenai Nora
|
|
|
|
|
Ezam
Mohd Nor digesa terajui REFORMASI
Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh
Ezam Mohd Nor setelah bergerak aktif dibawah GERAK. Setelah
menyempurnakan pendedahan terhadap bekas Ketua Pengarah BPR
hari ini satu pendedahan yang terpapar dalam akhbar Siasah
turut menggegarkan kita. Beliau mendakwa Samy Vellu perlu
disiasat dengan wang dalam akaun sewaktu kes Maika Holding
berjumlah 25 juta. Pendedahan ini juga membuat kita bertanya
– tanya mengenai kekayaan kepimpinan negara yang sekiranya
dicantum mungkin mempunyai peratus yang besar berbanding
dengan kekayaan negara ini.
Ezam perlu gerakan reformasi
Sementara itu, dalam kehangatan berita bahawa reformasi
jalanan adalah jalan terakhir untuk terus memperjuangkan
agenda rakyat seperti yang di gembar gemburkan dalam media –
media alternatif, satu email di terima oleh pihak kami:
Email tersebut: Semangat Ijok harus membuka kesedaran
untuk perlu kita mengembalikan semangat reformasi yang pada
suatu masa melanda di seluruh negara. Ezam patut diajak
bangkit semua untuk memimpin reformis dan dengan kehadiran
Ezam saya percaya reformasi akan memberi erti. Saya syorkan
agar Ezam mengambil sikap untuk memenuhi tuntutan golongan
refomis untuk keluar secara agresif untuk menuntut reformasi
bersama - sama kita yang memperjuangkan agenda rakyat dan
bukan terhad kepada agenda reformasi. Saya percaya sokongan
terhadap tuntutan reformasi akan menyala semula dengan
kehadiran Ezam Mohd Nor dan dengan adanya golongan reformis
ini maka agenda politik individu akan tercabar dan ini
mengikuti landasan lawan tetap lawan.
|
|
|
|
|
Dari Sang Kelembai Halal Menghalalkan
|
|
Telah
tiba masanya, satu undang-undang berlainan diwujudkan bagi mengawasi
satu pertubuhan yang menggunakan nama Yayasan. Tidak mencukupi
dengan undang-undang yang ada sekarang yang mana Yayasan ditubuhkan
di bawah akta syarikat dan juga dalam akta pertubuhan. Salah satu
sumber kewangan rasuah di zaman Soeharto ialah penubuhan
berpuluh-puluh yayasan dengan tujuan yang amat murni tetapi
kesemuanya menjadi milik peribadi keluarga anak beranak Soeharto dan
yayasan itu sama hilang dengan ketiadaan kuasa Soeharto lagi.
Begitulah kepada Yayasan Budi Penyayang, idea oleh Endon Mahmood,
semenjak enam tahun ini, yayasan itu dipercayai sekurangnya sudah
mengutip puluhan juta dan apa yang lebih menghairankan Yayasan ini
menggunakan perkataan budi penyayang. Hendak juga orang ramai yang
di kaki lima dan juga yang ada akal bertanya, apakah relevannya Baju
Kebaya dengan Budi dan Penyayang? Adakah baju-baju itu dibahagikan
kepada budak-budak perempuan yang yatim piatu atau kurang bernasib
baik? Adakah si pemakai itu jika memakai baju kebaya, terbit
perasaan kasih sayang sama ada kepada sesama insan dan kalau
berstatus isteri, adakah dia seorang isteri yang penyayang kepada
suami dan mengamalkan kehendak suami seperti sembahyang atau menutup
aurat yang bercirikan Islam.klik
sini
|
|
|
|
Buat Khairy, setiap kali kamu fikir
kami akan mati, setiap kali itulah kami akan bangkit lagi.
http://zukri.keadilanrakyat.org
Ya Allah! Saya sudah semakin tidak faham, Melayu lagikah mereka ini?
Budaya apa yang cuba dibawa? Asas kewarasan mana yang dipakai
sehingga mewajarkan tindakan tersebut? Saya belum pernah jumpa,
belum pernah tengok, belum pernah dengar dan belum pernah baca
mana-mana kisah sang pelacur yang menjual tubuh dengan cara itu.
Bahkan saya tidak pernah terserempak dengan ayam betina, kambing
betina, wa’ima dengan babi betina yang cuba mengorat pasangan
masing-masing dengan cara itu. Golongan “asfalasaafiliin” nampaknya
semakin membiak, lainnya yang ini kerana ia bukan muncul disebabkan
kepincangan struktur sosial, tetapi sengaja dilatih dan dibentuk
sebegitu!
Inilah sebahagian wajah panas Ijok 28 April 2007, hari pengundian.
Segala kehangatan ini, seperti biasalah kemudiannya dituding jari ke
arah kita, keADILanlah pencetus provokasi, kontroversi dan pelbagai
lagi. Padahal kita, dan juga mereka, tahu yang kepalanya bernama
Khairy, seorang anak muda yang pulang dari Oxford dengan membawa
satu lagi aliran politik baru, politik biadab dan jahat yang
langsung tidak mengendahkan adab-sopan dan budi-pekerti.klik
sini |
|
|
|
Terpaksa serah anak-anak kepada
suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu
Kita seharusnya mewujudkan satu sistem
sokongan yang kuat bagi mempertahankan hak saudara-saudara baru kita
seperti Ibu ini. Bukan sahaja dari Khidmat Nasihat tetapi dari sudut
ekonomi dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Kadang kala kita melihat Jabatan-jabatan Kerajaan hanya tahu
mengIslamkan mereka tetapi tiada satu sistem sokongan yang kuat
untuk mereka survive dari sudut ekonomi. Saya juga tidak bersetuju
untuk kita letakan beban ini pada Kerajaan 100% tetapi Kerajaan juga
harus bersikap terbuka untuk menerima bantuan atau kerjasama dari
NGOs dan parti Politik seperti PAS.
klik sini
|
|
|
|
Pengawalan rumah Judi dan
penjualan minuman keras |
|
DAP yakin tawan 8 DUN, 1
Parlimen N.Sembilan |
|
Sepertimana yang termaktub
dalam Rang Undang-Undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan)
2000 Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 kerajaan telah
mengadakan kawalan yang ketat ke atas aktiviti perjudian
yang di antaranya adalah, kerajaan tidak lagi mengeluarkan
lesen-lesen baru bagi semua bentuk perjudian dan adalah
dilarang orang yang beragama Islam, mereka di bawah umur 21
tahun dan murid sekolah daripada memasuki premis-premis
perjudian.
klik sini |
The coming years will be very
challenging for all Malaysians as all of us are facing an
increasingly higher cost of living and worst still, the many
recent decisions by the government in particular raising the
fuel price and the electricity tariff are contributing to an
estimated 4% in inflation. The government said that all
these decisions are unavoidable as the world oil price is
beyond the control of the BN government.klik
sini |
|
|
|
|
Tubuhkan segera SKPN |
|
Islam
Hadhari menyemai benih samseng |
|
Kompleks Mahkamah Jalan Duta dibina dengan kos RM270 juta
telah runtuh silingnya, manakala kejadian siling runtuh
akibat paip pecah di ibu pejabat Jabatan Imigresen dan Dewan
Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di
Putrajaya juga berlaku di bangunan baru milik kerajaan yang
dibina dengan kos beratus-ratus juta ringgit.
Apakah yang dilakukan oleh kontraktor penyelenggaraan
bangunan-bangunan ini. Adakah ia benar-benar salah kontrator
penyelenggaraan atau kontraktor yang membina bangunan
tersebut.
Bagaimana dengan arkiteknya, apa pula yang telah dilakukan
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dikelolakan oleh
Kementerian Kerjaraya di bawah Samy Vellu.klik
sini
|
|
Usaha KOTOR ini nampaknya telah
dipupuk dari awal pembabitan Pak lah sebagai Perdana Menteri.
Menyuburkan PEKIDA (Gangster Melayu) yang ternyata banyak
yang melencung tanpa kawalan kepada aktiviti yang ganas.
Sementara menantunya cuba untuk mempergunakan MAT REMPIT
untuk tujuan politiknya. RASUAH POLITIK yang secara
terang-terangan digunakan ketika pilihanraya dan menjadi
amalan keluarga pemimpin merosakkan lagi cita-cita ISLAM
HADHARI selama ini.
IJOK turut membuktikan kita, kuasa melebihi dari hidup
‘beragama’ mereka. Samseng kelihatan di mana-mana. Ini bukan
cerita karut tetapi diceritakan sendiri oleh penduduk
kampung IJOK, disaksikan sendiri oleh ribuan pengunjung yang
datang kesana selain kita dapat tonton sendiri melalui
rakaman video di TVPAS dan WTV8. Keganasan samseng BN yang
diketuai oleh Khairi (Menantu IMAM ISLAM HADHARI) telah
menjejaskan keharmonian pilihanraya di Malaysia.
klik sini |
| |
|
|

www.arahkita.blogspot.com
Topik diskusi panas sepanjang Februari ini
dalam
arahkita




Yang Buruk dalam UMNO - REFORM
22/11/2006
klik sini

www.sangkelembai2006.blogspot.com
03/05/2007
Maknanya kesemua wakil BN dalam DUN di Selangor, sama seperti
Abdullah Hj Ahmad ia itu tidur dan tidur selagi tidak terjaga.
Disebabkan Malaysia hanya banyak pak turut politik dan bukannya
pengamal politik, sama seperti peguam, banyak peguam tetapi tidak
banyak pengamal guaman yang mana seorang peguam mesti pergi ke
Mahkamah, begitu jugalah pengamal politik yang ada.
Mereka perlu melibatkan diri dalam amalan politik dan jika seseorang
itu memegang jawatan, dia diperlukan memahami perlembagaan partinya
dan terpenting dia mesti seorang yang tahu sejarah negaranya, kerana
itu unsur bagi dirinya membuat analisa kalau tidak tepat tetapi
boleh hampir tepat.
klik sini
|
|
Teori penipuan di Ijok
PERTAMA
143 kertas undi ini samada telah siap berada dalam tangan
PEMBELI UNDI atau dikeluarkan oleh 143 pengundi.
KEDUA Sindiket akan memangkah
BN pada kesemua 143 undi yang dikeluarkan ini.
KETIGA Sindiket akan mendekati
melalui kakinya sejumlah para pengudi yang dikenal pasti.
Jaringan 143 orang kaki sindiket ini akan mengunakan para
pengundi yang dikenal-pasti iaitu dengan menyerahkan kertas
undi yang bertanda BN ini kepada mereka untuk dibawa masuk
ke bilik mengundi.
KEEMPAT Pengundi akan masuk ke
bilik mengundi, menerima kertas undi baru tetapi memasukkan
dalam peti undi kertas yang telah sedia dipangkah sedangkan
kertas mereka akan dibawa keluar tanpa pangkah
KELIMA Kertas undi yang dibawa
keluar tanpa pangkah akan diserahkan kepada sindiket dan
pengundi tadi akan menerima habuan, kalau mengikut audio
dalam Umno Reform sogokannnya adalah tunai RM150.00
KEENAM Seterusnya kertas undi
yang dibawa keluar itu akan dipangkah pada ruangan BN dan
proses di atas diulang kembali. Sekiranya kitaran atau cycle
ini berulang 10 kali bermakna BN telah terjamin dengan 1,430
undi (soalnya berapa kalilkah cycle ini telah diulang-ulang
di Ijok Sabtu lepas?)
KETUJUH Cycle ini akan berakhir
apabila waktu mengundi tamat dengan 143 kertas undi yang
divbawa keluar oleh jaringan pengundi terakhir diserahkan
kepada sindiket. Mungkinkah ini yang sebenarnya telah
berlaku di Ijok Sabtu lepas?
klik sini
Email ini diterima - sekali lagi mempersoalkan PEKIDA
- namun tidak ada kepimpinannya yang mahu keluar menjawab
From_Email: ros_honey@msn.com
From_Name: Mawar Berduri
Subjek: Request for Information
Segera: Yes
Pesanan: Saya pelik dengan sikap belia2 yang menyertai PERKIDA. Ini
kerana saya sendiri telah mengalami situasi tersebut di mana suami
saya digertak oleh kawannya sendiri(ahli PERKIDA)...dengan
berlagaknye berkata "Kau jangan nak main2 dengan aku...aku ni
Abang Long!!". Saya juga mengenali lelaki tersebut kerana
pernah menemani suami saya bertemu dengannya.
Apa sebenarnyer tujuan penubuhan PERKIDA?? untuk menwujudkan mafia2
yang panas baran hingga sanggup berbunuh-bunuhan? Apa pula
fungsi pihak Polis jika menerima aduan perihal salah laku ahli
PERKIDA? Adakah ahli PERKIDA mempunyai kekebalan politik
hingga tidak membolehkan mereka disiasat atau ditahan reman?
Dimanakah pula arah tujuan PERKIDA? Apa yang telah dicapai untuk
kemajuan rakyat & bangsa daripada penubuhan PERKIDA? Saya berharap
segala persoalan saya dapat dijawab dengan penuh hemah dan
bijaksana. Terima kasih.
formmail.to: umnoreform
From_Name: pemuda cawangan
Subjek: Comment
Pesanan: saya amat bersetuju dengan pandangan saudara bahawa sistem
demokrasi harus dipulihkan jika tidak parti-parti pembangkang
menyertai pilihanraya adalah sia-sia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
minggu akhir nov 2006 |
minggu 1 Dec 06
|
minggu2 Dec 06 |
minggu 3 Dec 06 |
minggu4 dis 06 |
akhir 2006
|
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 | minggu
1feb2007 |
minggu 2 Feb 07 |
minggu 3 Feb 07 |
minggu 4 Feb 07 |
minggu1mac07 |
minggu3mac07 |
minggu4march07 |
minggu3april07 |
end april 07 |
minggu2may07 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |