untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 2/07/2007 Sang Kelembai  yahoo messenger untuk menghantar mesej ke Anuar Mohd Nor - anuarmohdnor@yahoo.com

 
Lagi ucapan Sayonara Keadilan

Kali ini dari PKR Kuala Langat yang turut menyatakan solidariti kepada Ezam Mohd Nor. Ketua Bahagian PKR Kuala Langat  Abdul Razak Bin Halidi telah membuat kenyataan menarik diri dari Parti Keadilan Rakyat. Nampak gaya Keadilan semakin hari semakin punah dalam kita menghadapi pilihan raya. Bagaimana pun berikut adalah kenyataan Media mereka serta kenyataan media AMK Pemuda dalam soal ini. Mungkin benar hari ini Parti Keadilan sedang menuju kemusnahan. Lepas ini mana arah tuju Anwar Ibrahim, Azmin Ali hatta Ezam Mohd Nor sekali. Klik Sini Kenyataan Bahagian dan kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan AMK Muda.
 

 

SAYONARA
Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Penulisan Zukri Aksah bertajuk SAYONARA adalah tulisan yang menggambarkan situasi dalam Parti Keadilan Rakyat yang semakin pudar dan semakin kritikal. Zukri Aksah adalah antara EXCO yang pernah mahu berdebat dengan editor www.umno-reform.com , Anuar Mohd Nor pada suatu ketika mengenai perjuangan Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Namun hari ini, sungguhpun menganggungkan perjuangan yang beliau pernah sertai namun sungguh nampak terkilan penulisan anak muda ini kali ini. PKR sudah mula rosak, dirosakkan secara sengaja atau tidak masih kabur untuk kita lakukan sebarang analisa. Kita melihat di satu sudut jelas Keadilan mula retak tetapi di sudut yang lain ada kumpulan yang bersatu menguatkan penyatuan untuk agenda tertentu.

Benarkan SAYONARA untuk Parti Keadilan Rakyat Malaysia atau sebenarnya SAYONARA untuk ahli-ahli parti kecil yang sudah diperah tenaga untuk berjuang lantas kita ditinggalkan untuka agenda politik yang lebih besar. Setakat ini persoalan – persoalan ini semakin menghasilkan kekaburan yang belum nampak ada sinar untuk kefahaman kita. www.umno-reform.com akan memberi konsentrasi seketika mengenai SAYONARA , Zukri kepada Parti Keadilan Rakyat dan kenyataan media keruntuhan PKR Terengganu. Nanum dalam politik ada satu persoalan yang perlu ditanya – Siapa Untung?

Sayonara tulisan Zukri Aksah dan Kenyataan Media AMPKR Terengganu
 

 

Dr M: No chance for Anwar to become PM
BERNAMA




Dr Mahathir Mohamad does not believe his former deputy, Datuk Seri Anwar Ibrahim, can make a come back to Malaysian politics and be the Prime Minister.  The former prime minister said he did not see any hope for Anwar to  “achieve what he wanted to achieve” — to become the prime minister.

“I don’t think he has any hope of achieving what he wants to achieve...of course, he wants to be the prime minister.  “He will never get that spot,” said Dr Mahathir in an interview with the British Broadcasting Corporation (BBC) today when asked by the interviewer how he viewed Anwar’s chances of making a comeback to mainstream politics.

Asked why Anwar, now adviser to Parti Keadilan Rakyat (PKR), cannot become the prime minister, Dr Mahathir said the former deputy prime minister was losing his followers very fast.  “You can tell people something and people will believe it for a short time but later on they are bound to discover whether you are telling the truth or you are lying to them,” he said.  Dr Mahathir sacked Anwar in September 1998 for immoral conduct and corrupt practice.  Anwar served a six-year jail term after he was convicted for corruption. He was released from prison in 2004 after the Federal Court overturned his sodomy conviction.

Under Malaysian law, Anwar is barred from returning to active politics until April 14 next year.  On Wednesday, Dr Mahathir succeeded in his bid to quash the defamation suit brought by Anwar for accusing him of being a homosexual at a conference hosted by the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam).  The following day, Anwar filed a notice of appeal. — BERNAMA

 

   SMS diterima

Kami sokong kenyataan Tun Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia mengenai Anwar Ibrahim. Kami ditipu selama ini dengan lakunan berkesan Anwar dari Saudara Khairul - Bekas Ketua AMK Kedah

SMS dari Mustafa Khalid Hanafi - mantan pengarah pilihan raya PKR Kedah, Mantan Ketua Bahagian Merbok turut menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir dalam kenyataan Bernama.

SMS diterima - Brovo Tun Dr  Mahathir. Benar kata beliau mengenai Anwar Ibrahim. Jangan berharap mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.

SMS - Bekas Ketua AMK PKR Johor Nasir Tasrip dan Ketua Bahagian Kota Tinggi umum keluar PKR dihadapan Ezam menandakan solidariti mereke terhadap Ezam Mohd Nor serta perjuangan dan pengorbanan Ezam Mohd Nor selama ini

 

MCA dan Gerakan berselindung di balik UMNO tetapi menghulur tangan pada DAP dalam isu perjuangan bangsa? klik sini

 


Kenyataan SD Johari berkenaan dengan tindakan beliau keluar dari parti - klik sini


13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam telah meletakkan jawatan serentak pada 4 Julai dalam suatu Mesyuarat Khas di Shah Alam.


Perletakan jawatan ini diketuai oleh Ketua Bahagian sendiri Sdr Nasir Khan. Diikuti dengan Timbalan Ketua Tengku Ahmad, Naib Ketua Tan Ah Kow, Setiausaha Mohd Nazmi, Bendahari Abdul Rashid, Ketua Penerangan SD Johari, Ketua Angkatan Muda Rozali Abu Bakar, Pengarah DUN Salehin Hasan dan lima [5] ajk bahagian yang lain. Dijangkakan ada dua [2] lagi ajk bahagian akan menghantar surat perletakan jawatan mereka dalam waktu terdekat untuk mengikut jejak langkah rakan rakan yang telah mengundurkan diri.

Daripada 13 pimpinan Shah Alam yang letak jawatan, dua [2] daripada mereka mengumumkan keluar parti. Mereka adalah SD Johari dan Abd Rashid.

Difahamkan, walaupun diatas kertas iaitu surat perletakan jawatan kesemua mereka memberikan alasan masing masing dan ada yang tidak memberikan sebarang alasan, namun tindakan ini dilihat sebagai suatu bukti SOLIDARITI kepada Ezam.

Menurut SD Johari, beliau ambil keputusan untuk keluar parti setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada hemat beliau, Anwar hilang hala tuju perjuangan dan sudah tidak serius dalam membantu parti untuk menang dan mengalahkan Barisan Nasional. Tambahnya lagi Anwar yang ada sekarang bukanlah Anwar yang kita kenal sepanjang tahun 1998 sehingga beliau dibebaskan. Sebagai bukti Anwar tidak berani menyerang kepimpinan Pak Lah yang dikatakan lemah kalau nak dibandingkan sewaktu rejim kezaliman Mahathir. Waktu itu Anwar berjaya memimpin kita semua sehingga memaksa Mahathir melepaskan jawatan, tetapi sekarang ini Anwar tak berani untuk berceramah walaupun sekali di Kepala Batas. Anwar hanya berani berseloka dipentas ceramah mendabik dada kununnya ada dokumen rasuah dan salah laku ramai menteri tetapi langsung tak berani mendedahkan walaupun satu pembongkaran. Ini amat berbeza dengan keberanian Ezam yang masih di landasan memerangi rasuah walaupun bukan lagi dalam parti.

SD Johari kesal dengan sikap dan perubahan Anwar Ibrahim mengenepikan ramai individu yang selama ini telah banyak berkorban untuk beliau. Ada diantara mereka hilang keluarga, pekerjaan, perniagaan, jadi muflis, gadai harta benda dsbnya.
 

 

GEMPAR! Tim.Ketua Bahagian Sepang Mohd Khainudin Karno, SU Bhg serta AJK Sayap Pemuda dan Wanita serta 96 ahli Parti Keadilan Rakyat UMUM keluar parti. Krisis Keadilan semakin meruncing dan sehingga hari ini Anwar Ibrahim dan anggota MPTnya gagal menyekat ahli-ahli Keadilan untuk keluar parti. Ada antara yang keluar selama pendedahan ini menyatakan SOLIDARITI bersama Ezam Mohd Nor tetapi umum mengatakan kepincangan kepimpinan dan sikap Anwar Ibrahim sendiri

 

 

Gambar PASLU hanya bertujuan untuk menjatuhkan Najib - Laman Tien Chua harus disaman. Untuk melihat gambar yang lebih besar dan jelas super imposed  klik sini

Mungkin ini dia rahsia besar yang ada, iaitu satu gambar super imposed yang menunjukkan tindakan terdesak Ketua Penerangan PKR untuk terus menyempurnakan matlamat Anwar Ibrahim. Harusnya Tien disaman Fikirkan!

SMS diterima : PKR semakin parah - Bekas Ketua PKR Bahagian Bukit Bendera - Sdr Mohd Rofi b Osman  umum keluar dari PKR hari ini bersama hamoir 143 ahli PKR. Komen Zamil Ibrahim Bekas EXCO Pemuda PKR, mengenai isu ini adalah ramai yang telah boson dengan kerenah PKR Negeri dan Pusat yang pilih bulu dalam pentadbiran PKR - PKR pasti lumpuh dan lemah

 
Menyorot REFORMASI - Aku tunduk hormat pada Ezam Mohd Nor, satu artikel yang diterima sungguh sedih - klik sini
 

Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka"- Tengku Razaleigh Hamzah

Komponen Barisan Nasional PERLU membuat DEKLARASI menyatakan kembali sokongan secara besar-besarkan akan hak keistimewaan Bumiputera, MAMPUKAH MEREKA BERBUAT DEMIKIAN?

Mungkin komponen Barisan Nasional khususnya MCA dan Gerakan perlu membuat ketetapan besar-besaran untuk menyokong semula kontrak sosial dan mengakui hak-hak kepentingan Melayu seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Adakah mereka mampu melakukan deklarasi tersebut untuk sekali lagi memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa mereka selaku komponen dalam BN bersetuju dan mengakui hak-hak yang sepatutnya ada untuk bumiputera dan juga mengenai agama Islam yang tidak boleh mereka persoalkan.klik sini
 

 

Yang lebih mengecewakan kami, parti-parti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah” dari blog amin iskandar

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh penjajah British sewaktu darurat dulu akan dihidupkan kembali tak lama lagi. Menurut sumber-sumber yang diperoleh, PKMM akan dihidupkan kerana ramai anak muda merasakan bahawa parti-parti politik yang sedia ada tidak menarik minat mereka dan tidak mempunyai semangat sepertimana PKMM dahulu yang terlibat di dalam menggagas Perlembagaan Rakyat.

Perlembagaan rakyat yang digagaskan bersama oleh PUTERA-AMCJA itu adalah perlembagaan progresif yang menjamin Ketuanan Rakyat. British yang takut dengan perkembangan ini telah menahan ramai aktivis dan telah mengharamkan juga API dan AWAS yang bernaung dibawah PKMM. Menurut bakal Setiausaha Agung PKMM (Baru), “negara sudah hampir 50 tahun merdeka tetapi perlembagaan negara yang digunakan masih lagi perlembagaan yang di draf oleh penjajah. Lord Reid, agen penjajah British adalah salah seorang daripada orang yang mendraf perlembagaan negara. Yang lebih mengecewakan kami, parti-parti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah”.

 

 

Cukup jangan tidur lagi

Sekarang timbul versi baru punca dan sebab musabab tercetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Konon kepimpinan Melayu menjadi punca. Dari satu segi - sikap longlai mereka, mungkin ada kebenarannya. Kepimpinan Melayu terlalu menjaga hati orang China dan India hingga bukan Melayu bertindak melampaui batas tanpa sedikit pun rasa hormat. Pun begitu mereka terus dijulang dan di dewa-dewa berulang kali dan terbaru  diisytiharkan orang China lah rakan kongsi yang paling rapat.

Dari segi lain versi itu yang konon bersumber dari London adalah karut. Pada saya ini suatu helah kalangan tertentu mengalih atau meredakan perasaan orang Melayu. Kalau laporan ‘The May 13 Tragedy’ menyalahkan anasir subversive (lumrah) versi terbaru it menuding kepada perebutan kuasa antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Allahyarham Tun Abdul Razak. klik sini

 

 

Peluang terakhir Pak Lah

Kita lihat senarai yang buruk dalam umno-reform.com untuk memberitahu Pak Lah, inilah peluang Pak Lah untuk mengadakan perubahan, untuk membersihkan kerajaan yang ada supaya bukan saja bersih tapi nampak bersih.

Pemilihan, siapa yang akan menjadi calon sedang rancak dijalankan. Dalam UMNO isu ini sudah mula membakar semangat berkempen. Duit perlu diturun sekarang kerana kalau duit itu gugur kemudian maka nanti tuduhan politik wang dapat diambil. Ini adalah peluang untuk membeli undi, tambahan ahli UMNO mudah termakan dengan janji dan sogokan seperti bercuti ke Indonesia kerana Thailand agak panas untuk dilawati.

Ini adalah sistem dalam UMNO, ini adalah budaya dalam UMNO tetapi budaya ini seakan menjadi budaya penerus dari sistem lama kepada sistem pentadbiran baru oleh Pak Lah. Berbagai-bagai nama – nama yang sepatutnya gagal dipertahankan perlu dilepaskan oleh Pak Lah. Ini mungkin menjadi pengukur kepada Pak Lah sama ada beliau akan mempertahankan mereka yang tidak kelihatan bersih apa lagi yang sudah nampak kotor. Kita akan melihat keberanian Pak Lah untuk menggugurkan nama-nama yang masih tidak jelas bersih. Adakah Pak Lah mampu atau pemilihan calon bagi DUN dan MP ini akan dilakukan oleh orang kanan Pak Lah sementara Pak Lah terus berpeluh tuduh. Pembaca penuhi maklumat sogokan melancung untuk undi.

Ada nama- nama yang telah tertera dalam arahkita@blogspot untuk digugurkan oleh Pak Lah tetapi ramai yang ditanya menjawab – Pak Lah tidak akan berjaya kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku se baik melangkah keluar dari bilik tidur.
 

 

“LEGASI TUN RAZAK : PRESIDEN PROWARIS MEMECAH TRADISI TAKUT MENGKRITIK KEPIMIMPINAN MELAYU TERTINGGI YANG DATANG DARIPADA KELUARGA SENDIRI” Oleh Rais Satimin

Feriz dengan lantang menyatakan bahawa “Ini jelas dan nyata kerana Melayu hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan Keadilan”. Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19 dalam ucapan Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis sampaikan oleh Tengku, “Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka.

Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau Shiu Qiu yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni oleh pari MCA, Gerakan dan DAP.  Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan.”  Feriz lantas melaungkan “Sesungguhnya hak perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat. “ klik sini

 

 

SURAT TERBUKA

Mohd Nazmi Rosli
Setiausaha Keadilan
Bahagian Shah Alam

 

Shamsul Iskandar Jangan Persoal Surat Ezam bertarikh 4 April 2007

Saya amat kesal dengan kenyataan Shamsul Iskandar yang cuba mengaitkan pihak kerajaan dan parti pemerintah terlibat dalam perkara Ezam menghantar surat rasmi memaklumkan beliau keluar dari PKR.

Surat itu diserahkan kepada saya sebagai Setiausaha Keadilan Bahagian Shah Alam. Ianya adalah satu proses yang biasa yang mana Ezam hanyalah seorang ahli biasa parti BUKAN lagi merupakan seseorang yang memegang sebarang jawatan rasmi PKR. Beliau bukan lagi Ketua AMK, bukan lagi Timb Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Selangor dan malah bukan lagi Ketua Bahagian mahupun Ajk Bahagian Keadilan Shah Alam. Maka dengan itu, surat beliau kepada Setiausaha Bahagian adalah wajar.

Situasi sebegini seharusnya dilihat seperti suatu norm dalam organisasi mengambil contoh sekiranya seorang ahli biasa itu mohon tamatkan keahliannya. Apakah persoalannya jikalau ahli biasa itu Ali Bin Ahmad atau Muthu A/l Samy..?? Mereka hanya perlu hantar notis kepada Setiausaha Bahagian. Malah notis itu tidak perlu diumumkan kepada seluruh negara kerana mereka ini adalah ahli biasa. Perkara yang serupa seharusnya dilihat dalam kes Sdr Ezam menamatkan keahliannya.

Shamsul Iskandar terlalu cepat melatah dan membuat tuduhan tanpa sebarang bukti. Cerita sebenarnya ialah sebaik sahaja Sdr Ezam menghantar notis itu kepada saya, beliau mohon untuk tidak dibuat sebarang pengumuman dan makluman kepada sesiapa kerana beliau mahu berikan tumpuan untuk berkempen dan menolong Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim menang dalam pilihanraya Dun Ijok. Ini disaksikan oleh rakan karib saya Sdr SD Johari yang pernah menjadi Setiausaha AMK. Malah Sdr Ezam berkerja kuat dalam kempen tersebut sungguhpun tanpa sebarang jawatan dan keahlian parti ketika itu. Niat suci Sdr Ezam mahu melihat jentera parti dan BA bekerjasama memberikan tumpuan fokus kepada kemenangan.

Selesai Pilihanraya Ijok datang pula demam Kongres Nasional dan sekali lagi situasi yang memerlukan fokus ahli ahli perwakilan parti untuk berkongres. Sebarang berita Sdr Ezam tinggalkan parti akan memberikan kesan yang negatif kepada perwakilan untuk bersidang dengan jayanya. Oleh itu, berita ini terpaksa disimpan dahulu.

Sekarang dengan segala galanya sudah termeterai, maka Sdr Ezam memilih untuk mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan PKR. Sebagai teman yang agak rapat dengan Sdr Ezam dan menjadi Setiuasaha kepada beliau semenjak beberapa tahun yang lalu, saya menghormati keputusannya.

Oleh itu saya harap Shamsul Iskandar akan lebih matang dalam membuat sebarang komen dan SEGERA menarik balik tuduhan tidak berasas beliau bahawa tindakan Sdr Ezam keluar parti didalangi oleh kerajaan dan parti pemerintah.

Mohd Nazmi Rosli
Setiausaha Keadilan
Bahagian Shah Alam

 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

2/07/2007 Jika diteliti tulisan-tulisan tersebut, jawapan itu dari sudut psikologinya bukan sahaja orangnya yang menulis tetapi UMNO itu sendiri telah mengalami virus Homo Sovieticus kerana ciri utamanya adalah skizofrenia. Virus Homo Sovieticus asalnya dari Russia yang bulan lalu di kunjungi oleh Abdullah Hj Ahmad dan istilah itu datang sebaik sahaja USSR dibubarkan, ia memberi pengertian lebih kurang, jika tembok Berlin sudah runtuh tetapi tembok dalam kepala Jerman Timur tetap kukuh, Uni Soviet sudah bubar, tetapi sejenis keperibadian hasil bentukan di zaman komunis tetap bertahan.


klik sini

 


Ezam dan arah tujunya, siapa yang tahu?

Sedar - sedar Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang menjadi jaguh perjuangan menuntut reformasi sewaktu Anwar Ibrahim dipenjara kini dilanda krisis besar. Ezam Mohd Nor, nama yang sinonim dengan tuntutan dan laungan reformasi tidak lagi bersama-sama Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Beliau yang menubuhkan GERAK sebagai landasan memperjuangkan gerakan Anti Rasuah kini tidak ada lagi platform politik. Adakah ini bermaksud bahawa Ezam Mohd Nor akan meninggalkan gelanggang politik. SMS yang diterima kami semakin mencurah-curah. Setiap hari ada saja kumpulan yang hadir di rumah Ezam Mohd Nor bertindak keluar parti. Kenapa? Mungkin mereka tidak lagi mempercayai perjuangan Parti Keadilan Rakyat Malaysia atau hilang keyakinan kepada Anwar Ibrahim atau kini yakin semula dengan perjuangan UMNO?

Semua ini menjadi tanda tanya. Sungguhpun laman ini kurang dikemas kini akibat beberapa urusan untuk menghabiskan sebuah buku, namun semua SMS diterima disimpan untuk menjadi bahan rujukan arah tuju Ezam Mohd Nor.

Persoalan ke mana Ezam Mohd Nor selepas ini mungkin hadir dalam benak beberapa bekas-bekas kepimpinan Pemuda yang dianggap sebagai orang kanan Ezam.  Namun anak muda ini adalah antara mereka yang bergelumang dengan rangkaian siri perjuangan yang menjadi rekod kesungguhan beliau menuntut reformasi. Ada yang berkata kepada kami, mana sahaja Ezam Mohd Nor pergi kami akan turut serta kerana kami percaya kepada arah tuju perjuangan beliau.

Apa pun selaku penyelia laman ini, Anuar Mohd Nor dimasukkan ke hospital Ezam Mohd Nor menghubungi beliau, TERIMA KASIH.  Ke mana Ezam – saudara hantarlah rumusan politik yang saudara/saudara buat untuk kita kongsi bersama.

SMS 9.30am  yang kami terima :

Tahniah Ezam, antara pejuang yang tidak hipokrit. Angkatan Muda Keadilan hari ini mual dengan kepimpinan hipokrit seperti Shamsul Iskandar dan menjemput semua - sokong Ezam

SMS 11.00am yang kami terima :

Anwar Ibrahim adalah Anwar yang tidak pernah sedar. 6 tahun beliau di penjara beliau masih tidak tahu mana satu intan mana satu kaca. Mungkin hari ini Anwar Ibrahim ingat dia intan dalam keadilan tetapi hakikatnya lebih baik di dalam penjara dari bebas. Masa Anwar di penjara perjuangan lebih mantap dan fokus.

SMS 11.04am yang diterima :

Saudara Anuar Mohd Nor, bukankah laman ini ada kaitan dengan Ezam. Ini dipersoalkan sewaktu Ezam buat penjelasan di rumahnya tetapi Ezam tidak jawab.

Ini propaganda Ezam untuk membersihkan jalan untuk kembali ke UMNO. Ezam kalau pulang ke UMNO maka kita tahu beliau juga politkus dan bukan pejuang.

SMS 2.00pm yang diterima :

Ezam lebih baik keluar dari membebankan perjuangan kita dalam menentang UMNO dan kalau Ezam menyertai UMNO maka beliau adalah musuh kita tidak kira jasanya yang lampau.

SMS 4.00pm yang diterima

Kami antara pejuang reformasi akan ke rumah Ezam untuk menyatakan pendirian yang sama-Anwar Ibrahim kau duduklah bersama Azmin Ali dan biarlah parti itu kamu berdua yang punya. Kepada yang sedar kita pakat keluar Keadilan.

 

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com