![]() |
|
|
|
|
|
Ikon ini diharap dapat
memberi sinar dan kekuatan dalam memperjuangkan matlamat khususnya
untuk menentang korupsi dan aliran demokrasi yang cacat yang di
bentuk oleh kerajaan BN. Namun ikon yang di gilap, diharap dan
dibentuk lebih rela menukar idelogi dunia dari tanah air sendiri. |
|
Bukanlah hasrat saya untuk meletakkan Anwar Ibrahim sebagai punca kekalahan tetapi saya hanya mengukur komitment beliau. PAS telah banyak berubah dan mungkin perubahan itu mengikut selera dan pandangan Anwar Ibrahim , tetapi Anwar seolah segan untuk terus bersama PAS biar apa pun keputusannya. Sungguhpun bagi saya, PAS sedar bahawa aliran yang di bawa oleh PAS bukan 100% di sokong oleh PKR atau Anwar Ibrahim sendiri tetapi dalam mengikat perjuangan untuk menengakkan kebenaran Anwar Ibrahim seharusnya memberi komitment tanpa berbelah bagi. Satu contoh yang dapat kita lihat adalah Gerakan. Banyak polisi dan dasar yang di buat oleh UMNO selaku tunggak kerajaan yang tidak mereka sokong, tetapi apabila sampai ke piliharaya mereka hadir dengan komitment yang tinggi, tanpa berbelah bagi menyokong UMNO biarpun topeng Barisan Nasional di gunakan. Kesatuan sebegini sebenarnya akan dapat membantu pakatan. Hari ini saya semakin hairan meliaht pakatan yang mahu di buat atas nama Barisan Alternatif. Saya semakin sedar PAS harus berpatah balik ke landasan perjuangan asal. PAS bukan nampak keseorangan tetapi memang kesorangan dalam memperjuangkan idealogi politiknya. Tidak ada pakatan kukuh dan tidak kelihatan penyatuan. Sungguhpun kemungkinan saya terlampau ekstreem dalam mengatakan mengenai Anwar Ibrahim sebagai satu individu tetapi hakikat perubahan harus di mulakan oleh beliau. Beliau adalah ikon yang di pupuk oleh rakyat yang mahu melihat perubahan. Impak beliau sebagai ikon adalah di bentuk, di gilap atas sokongan mereka yang memperjuangkan pembebasan beliau dan ini termasuk datang dari ahli PAS sendiri. Ikon ini diharap dapat memberi sinar dan kekuatan dalam memperjuangkan matlamat khususnya untuk menentang korupsi dan aliran demokrasi yang cacat yang di bentuk oleh kerajaan BN. Namun ikon yang di gilap, diharap dan dibentuk lebih rela menukar idelogi dunia dari tanah air sendiri.
Mungkin penafsiran saya daif tetapi saya yakin luahan
ini perlu di dengari dan perlu di mamah untuk kita bergerak
menentukan perubahan. |
|
|
|
Mungkin ramai yang telah mula mual dengan ceramah
dakwaan kosong mereka , kerana itu PAS dan secara tidak langsung PKR
kalah di Pangkalan Pasir. Mereka gagal membawa isu - gagal
membuktikan dakwaan menyebabkan kempen mereka hanya seperti pesta
mendengar lawak jenaka kepimpinan mereka. Mereka gagal membentuk
sesuatu yang utuh dan mereka bersandarkan ceramah untuk meraih undi.
Apa pun www.umno-reform.com
percaya - mungkin Ketua Dewan Pemuda PAS akan terus berdiam kerana
takut di saman dan Timbalan Ketua Penerangan AMPKR akan terus dengan
omongan beliau dengan harapan ada orang yang akan percaya. Mungkin
kekalahan Pangkalan Pasir juga memberi isyarat kepada golongan PAS
dan PKR bahawa sekiranya pun sengit pilihanraya umum akan datang -
Barisan Nasional tetap akan menang. |
|
Assalamualaikum wrt wbt ,
|
|
Namun bagi
www.umno-reform.com "
benarkah pelupusan aset tersebut di buat kepada Singapura? Kenapa
Singapura ? |
|
|
![]()
Sebenarnya persoalan kerja dan
tanggungjawab wakil rakyat harus di buat pemantauan yang rapi.
Mereka berkerja atau hanya berpolitik ? Mereka wakil rakyat atau
wakil kerajaan? Mereka harus peka - harus bertindak dengan pantas
bagi mengatasi masalah keluarga seperti Keluarga Rozihan dan Edah
dari Gombak ini. Mereka harus perihatin dan bukan hanya hadir semata
- mata kerana politik. Wakil rakyat dan anggota jemaah mereka harus
keluar dari kerusi empok pejabat - mencari - melihat dan terus
memperjuangkan nasib rakyat kawasan tersebut. |
|
Baru semalam saya membicarakan sedikit mengenai isu kemiskinan yang buat masa ini tertumpu kepada kemiskinan di Pangkalan Pasir timbul pula dalam rancangan TV3 " Bersama Mu" tangisan Keluarga Rozihan dan Edah dari Gombak, Selangor Maju 2005. Ibu kepada 5 orang anak itu manangis seraya berkata " kenapalah benci sangat orang kepada orang miskin ", sementara anak kecilnya menjawab soalan pengacara TV3, antara yang lama mereka tidak merasa adalah masakan daging. Kemiskinan di tahap kritikal ini berlaku di Gombak Selangor - tanah jajahan Dato Ahmad Bujang selaku Ketua Bahagian UMNO Gombak. Ini Gombak - kawasan yang sudah punyai bangunan - sudah punya internet dan sistem telekomunikasi moden - infrastruktur pembangunan canggih , malang di celah - celah kemodenan itu ada anak kecil yang hanya minum susu 1 bulan sekali - itupun tidak menentu. Sewaktu program itu di tayangkan baru kita lihat muncul Pegawai Kebajikan Masyarakat Gombak dalam urusan mendaftar dan memulakan bantuan. Keluarga tersebut sudah bertahun - tahun melarat dalam Malaysia khususnya di Selangor Negeri Maju pertama di Malaysia. Ini bukan soal politik - ini bukan soal menyokong pembangkang. Bagi mereka ini adalah soal kehidupan - soal anak - anak yang terpaksa melupakan persekolahan dan soal permakanan yang menghampiri kebuluran. Ini bukan persoalan indeks perniagaan negara yang semakin baik - semakin meningkat. Ini persoalan wakil rakyat yang lupa bertindak dan lupa kenapa mereka dilantik oleh rakyat. Sebenarnya persoalan kerja dan tanggungjawab wakil rakyat harus di buat pemantauan yang rapi. Mereka berkerja atau hanya berpolitik ? Mereka wakil rakyat atau wakil kerajaan? Mereka harus peka - harus bertindak dengan pantas bagi mengatasi masalah keluarga seperti Keluarga Rozihan dan Edah dari Gombak ini. Mereka harus perihatin dan bukan hanya hadir semata - mata kerana politik. Wakil rakyat dan anggota jemaah mereka harus keluar dari kerusi empok pejabat - mencari - melihat dan terus memperjuangkan nasib rakyat kawasan tersebut. Nasib baik ada TV3 yang akan cuba mendapatkan kerja sebagai seorang drebar untuk Rozihan. Ketua Bahagian tunggu laporan - laporan tidak kesampaian - rakyat bawahan di cerut kemiskinan. Bagi Datuk Seri Najib - Selangor Maju 2005, pembangunan wujud - benar di Pangkalan Pasir wujud kemiskinan tetapi Gombak dan merata - rata di negeri maju dan kota kosmopilitan - kemiskinan membelenggu rakyat.
|
|
Khairy Jamaluddin mungkin akan menikmati laba bernilai RM 36 juta - pelupusan pegangan aset Felda kepada Temasik dan DBS Singapura - dakwa PAS |
|
|
|
|
|
Saya agak terkilan membaca kenyataan Bernama - Najib sedih kerana kemiskinan tegar wujud di Pengkalan Pasir sedangkan kita lihat setiap hari ada sahaja keluarga yang memerlukan bantuan rakyat - menjadi pengemis moden mengharapkan bantuan melalui SMS dan pendapatannya di bahagi kepada dua - keuntungan bagi syarikat yang mengendalikan SMS dan selebihnya di salurkan kepada mereka pengemis moden tadi. Yang menghairankan kita adalah - bantuan dari rakyat, bukan dari kerajaan yang sepatutnya mewah dari sumber - sumber saman - sumber perolehan minyak - sumber cukai dan kemakmuran yang di gambarkan dalam indeks - indeks perdagangan. Najib seharusnya menonton siri - siri bantuan perubatan yang di minta dari rakyat. Mereka sedang bertarung nyawa terpaksa bertahan sehingga kutipan dari SMS cukup untuk membiayai kos perubatan mereka. Selami perasaan mereka yang kehilangan anak kecil kerana tidak terdaya mendapatkan bantuan perubatan. Sebenarnya untuk menceritakan isu ini akan mengambil masa yang panjang tetapi apa yang saya ingin sampaikan ialah dalam isu kemiskinan - hak untuk rakyat mendapatkan keperluan asas perlu di tanggung oleh kerajaan terlebih dahulu - kalau bukan negeri maka kerajaan pusat harus memastikan. Jangan menghukum mereka semata - mata kerana politik. Kalau memang benar terkilan melihat kemiskinan maka ambil tindakan sewajarnya - bukan hanya hadir sewaktu pilihanraya - teresak - esak melihat kemiskinan - menceritakan pembangunan - yang mungkin akan meningatkan lagi kos kehidupan yang tidak mampu di tanggung oleh rakyat. Saya juga tertanya - apakah takrif bagi situasi yang mana rakyat yang sepatutnya menikmati hak kemudahan asas tetapi di nafikan hak tersebut - kemiskinan atau kezaliman? Semoga BN berjaya dalam pilihanraya Pengkalan Pasir. ** Gambar dua anak kecil yang ketawa melihat rumah setinggan mereka di robohkan sewaktu bulan mulia - Syawal, yang pilu adalah ibu bapa mereka
|
|
Berikut adalah satu sepanduk yang kami nampak
terbentang di salah satu Masjid di Bangi. Di laporkan bahawa
penduduk kawasan tersebut meminta tetangga kawasan mereka untuk
memboikot 7 elevan dan premis - premis lain yang menjual arak.
Apakah sebenarnya wajar kita yang beragama Islam memboikot premis
seperti 7 Elevan yang turut menjual arak? Sekiranya wajar atas
nama Islam kenapa kesedaran perlu ada dengan pemaparan kain rentang
dan apakah ianya akan berjaya menghindar orang - orang Islam dari
menjadi pelanggan di 7 Elevan? Apa halnya pula Kementerian yang
meluluskan premis seperti 7 Elevan menjual arak dan sebagainya. Apa
pula halnya dengan mereka yang secara terbuka minum arak di kaki -
kaki lima Jalan Bukit Bintang. Sebenarnya persoalan wajar atau tidak
memboikot 7 Elevan kerana menjual arak perlu penelitian yang amat
rapi. Kita boleh berusaha untuk menyedarkan orang - orang
Islam mengenai isu penjualan arak tersebut tetapi setakat
memboikot dengan pameran kain rentang ini tidak akan menghasilkan
keputusan yang di harapkan. Apa pun ianya satu usaha dan kita
hormati pandangan penduduk - penduduk kawasan Bangi membentak dan
mengaturkan program boikot 7 Elevan kerana menjual arak. |
|
|
|
Antara yang diperjelaskan oleh beliau ialah LARANGAN
untuk mengenakan tindakan berikut terhadap tahanan atau banduan : |
|
|
|
|
|
![]() arkib Sang Kelembai KLIK SINI |
Sang Kelembai : Nampak cara petugas PAS berkempen macam
"samseng" Kampong Dusun |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
|
![]() |
|
|
|
||||||||||
| |||||||||||
|
Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah
tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan
hanya menghubungi editor1@umnoreform.com
, terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP | |||||||||||
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com