untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 03/08/2007 Sang Kelembai  

Melayu Merdeka - ada yang kata bahawa Melayu tidak akan merdeka selagi bersifat pelacur.Kita bincang sama - sama klik sini
 

Unfit To Lead
M. Bakri Musa (dikirim atas nama M.Bakri Musa)

This is a sobering thought, a definite damper on the current joyous mood in celebrating our 50th anniversary of Merdeka.

Fortunately, despite Malaysians short history, the nation is sufficiently rooted in democratic principles and practices that it could effect leadership change without resorting to unconstitutional means.

There is little to learn from other Third World countries, with their predilection for assassinations, military coups, and other unsavory methods, in getting rid of ineffective leaders.

Those who grab power are by nature ruthless and not likely to give it up willingly.

Consequently, the end result is invariably much worse. However, considering Abdullahs current sorry ineptness, such a scene is difficult to imagine for Malaysia. klik sini

 Wilayah Pembangunan Iskandar - Rahim Zain Klik sini

idea besar yang disokong oleh perancangan dan pelaksanaan yang berdaya tinggi dari seluruh dunia boleh memberi kejayaan. Dubai dan Abu Dabi adalah contoh yang Malaysia boleh atasi. Kerja seperti itu perlu kepada Pelaksana besar seperti yang pernah Negara lihat dari apa yang dibuat oleh Tun Dr Mahthir.  

Kontrak Sosial orang Melayu Rahim Zain klik sini

Di dalam keluhuran Perlembagaan dan kebijaksanaan pentadbiran Negaralah terletaknya jaminan yang hak-hak istimewa yang diberi oleh penjajah itu dapat dihidupkan bagi faedah orang Melayu. Hak istimewa yang kaku dalam Perlembagaan tidak ada nilai bagi orang Melayu.

Hak Orang Melayu,ambang 50 tahun merdeka klik sini

Tolak ansur itu  telah dipersetujui oleh semua dan Inggeris sendiri. Bahkan kaum-kaum pendatang yang datang dengan sendiri dan datang dibawa masuk oleh Inggeris untuk menjadi buruh ladang dan lombong menyambut baik persetujuan itu dan Perlembagaan. Mereka berduyun-duyun bersama orang Melayu sebagai rakyat Negara baru merayakan peristiwa perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

 

Kami menerima beberapa gambar yang mengatakan rumah ini terletak di 34 Bay view Australia - rumah siapa agaknya.

34 Bay View Australia mungkin ada relation dengan berita dari Malaysia Today suatu ketika dahulu klik sini

 

     

Bilal

Merdekakah Melayu? Melayu merdeka di bumi sendiri!
Masih lagi bermimpi?
Matahari sudah hampir di ufuk maghrib
Jawapan nyaris menutup mata, masih ghalib.

Merdekakah kita?
Kalau orang Melayu wajib merujuk  ‘rakan kongsi’ hendak bertanah santapan sendiri dan keluarga? Pelik!

Fahamkah kita apa itu Perlembagaan
Apakah kepimpinan UMNO sedar dan faham antara yang dibaca dan diungkap?
Melayu adalah pribumi nusantara Melayu
Melayu bukan mendatang,
Menempil, jauh sekali menumpang?

Melayu ada maruah, jatidiri
Tidak cukup tu,,,
UMNO menyuruh kita
pendamkan hasrat diri sendiri
belakangkan hukum ilahi, ketepi
suruhan nabi, ambil kiralah perasaan
utamakan sekali sensitivity
Ah Chong dan  Sami

Pulak daaaah!

Malaysia lebih hebat
Cemerlang, gemilang dan terbilang.
Britain ramai keturunan Asia warganya
Singapura asal usulnya Melayu punya.
Di sana tiada segan silu menghakis hak Melayu?

Pulak daaah!

Pulau Pinang kuasa rakan kongsi
Milik Melayu boleh dicari dan
Kita terus tercari-cari di mana mana dia
Betulkah keperluan kita diambil hirau?
Yet, Melayu angguk kata UMNO
Geleng, gelenglah kita
Sampai bila oh UMNO

Wahai Melayu!!

Kerosakan demi kerosakan milik kita
dek angkara UMNO Mahahthir separuh Melayu
Kini dia kembali bersuara,
tiada berasa salah atau malu,
Melayu mudah dan sudah lupa,

Peduli apa!!!

Pintarnya Mahathir UMNO bermain lidah
Bukan bercabang dua tetapi seribu
Kalu mahu mengisi dada dengan ilmu,
‘ganti bahasa Melayu pakai madah Inggeris !!

Melayu terus lupa

Mahathir lebih nyanyuk lagi lupa.
Ibnu Khaldun, Ibnu Sinar dan ribuan lagi
perintis ilmu, Islam
cemerlang gemilang dan terbilang!!

Melayu diperkosa maruah diri
biar biarlah, bukan sengaja
dia sudah mohon maafpun,
Mungkin juga – ya
Apakah  mengarang mencipta
tak pakai otak tanpa sengaja
tidak semena-mena nukilan
dan ciptaan menjadi nyata

Ajaib algi pelik!!

Malaysia Boleh!!.

1941 1948 1969
Tiada makna pun ‘iktibar  baut Melayu.
Kita diburu hingga tiada ketahuan di mana kuburan setengahnya.
Kita dihasak dan dimakihamun.
Belumpun kuasa ditangan
Belang mereka sudah nampak

Don’t sue me Saya tak ada duit!! -Muazim Subuh

 

Norazimah Mohd Nor di gelar Sri Kandi perjuangan reformasi, di tangkap sebanyak 9 kali dan merupakan wanita yang kukuh menuntut perubahan atau reformasi. Aktif dan akan menghadirkan diri pada setiap perhimpunan – demonstrasi menetapkan bahawa perjuangan ini adalah untuk membebaskan rakyat dari belenggu ketakutan yang menjadi penghalang kepada suara – suara kebenaran dan keadilan. Nora, amat popular di kalangan mereka yang terlibat dalam menuntut reformasi dan merupakan ikon pada setiap demonstrasi yang menuntut pembelaan suara dan hak rakyat. Dengan pengorbanan selama hampir 7 tahun, hari ini Nora meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Golongan mereka yang terbabit dalam perjuangan reformasi terkejut dan banyak yang mengirim SMS mengatakan www.umno-reform.com melakukan fitnah untuk terus memburukkan Parti Keadilan Rakyat  untuk politik UMNO. Hari ini, masa ini mungkin mereka yang mengirim SMS menghentam www.umno-reform.com akur dengan kebenaran berita bahawa Norazimah Mohd Nor, Sri Kandi perjuangan reformasi telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat untuk menyertai Parti Islam Se Malaysia PAS dengan satu matlamat, menurutnya untuk terus membela mereka yang ditindas oleh mana-mana pihak khususnya pihak berkuasa yang lupa pada rakyat.  

Mengapa dan kenapa? Bukankah beliau adalah aktivis reformasi, satu kumpulan pendesak yang terwujud apabila Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Bukankah itu perjuangan Nora Mohd Nor dalam menyertai Parti Keadilan Rakyat? Kenapa berundur sedangkan nama Nora adalah ikon dalam gerakan reformasi?

Nora, dalam soal balas mengatakan bahawa ; Benar, bahawa saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR kerana PKR yang terbit hasil dari tuntutan reformasi yakni Parti Keadilan Rakyat kini semakin meminggirkan perjuangan rakyat yang selama ini dilakukan secara agresif dan bersungguh-sungguh. Hari ini Parti Keadilan Rakyat hanya berfungsi sebagai satu parti politik acuan UMNO dan perjuangan agresif membela rakyat kini kendur. Hari ini PKR hanya parti dalam dewan-dewan perbincangan antara segelintir mereka yang dirujuk sebagai kronis Anwar Ibrahim. klik sini


Melayu mundur?
Uncle M

Sekarang mereka tidak perlu berperang secara fisikal. Mereka mengambil dan merampas negeri orang secara halus, melalui "usahasama" pembangunan perniagaan, melalui "economic trojan horse." Kecuali sekiranya mereka dapati sukar melakukannya, seperetimana yang dilakukan di Afghanistan, Palestin, Iraq, dan mungkin di tempat-tempat lain lagi.

Satu cara lagi ialah dengan menghakis budaya asal anak negeri atau decultrualisation. Tanpa disedari kita, sedekit demi sedikit, telah terasuk juga dengan racun penaklukan minda mereka sehinggakan apa yang dilakukan ke atas kita diterima tanpa melihat apa yang tersirat di dalam hati dan benak mereka. klik sini

 


Kiriman ini adalah untuk memberitahun www.umno-reform.com mengenai wujudnya laman web menghina Melayu. Laman Web tersebut turut memaparkan gambar yang menyatakan perasan marah mereka pada datuk Hishammuddin. www.umno-reform.com memaparkan link ini bukan untuk kita sama kita bertekak tetapi mengambil ikhtibar bahawa perkara sebegini - marah sebegini - tindakan sebegini tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali merugikan tanah air sendiri. Anda dinasihatkan menuju ke link tersebut atas risiko sendiri dan www.umno-reform.com tidak bertanggungjawab atas semua atrikel dalam blog tersebut. Berikut adalah link kepada laman web tesebut dan layari atas tanggungjawab sendiri. http://uncyclopedia.org/wiki/Malay

 

 


Komuniti Melayu Masjid India - mana sebenarnya UMNO?

Mengenai masyarakat, kita tertanya di mana UMNO sebenarnya. Kenduri arwah yang diadakan di Masjid India kerana kematian Arwah Pak Mat, seorang tua yang telah selama 9 tahun, hidup, makan dan tidur di Masjid India di adakan di Jalan Masjid India. Urusan kenduri arwah ini dilaksanakan oleh komuniti Masjid peniaga kecil di bawah kelolaan bekas reformis Norazimah yang telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan diberitakan menyertai PAS. Sebenarnya kita bukan mahu mempersoalkan mengenai politik dalam urusan seperti ini, tetapi UMNO sering tertinggi dalam soal – soal komuniti kemasyarakatan. Isu mengenai masalah Masjid India sering diketengahkan namun kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sering mengecewakan. Sampai bila UMNO mampu bertahan sekiranya rakyat terasa amat jauh dengan kepimpinan. Kalau mahu rasa dekat pun dalam soal – soal keramaian dan hiburan. Kita mahu juga melihat UMNO sebagai salah satu parti dominan dalam Kerajaan Barisan Nasional didukung oleh rakyat dari komuniti yang kurang berada.

Kami menerima beberapa keping gambar ini untuk menunjukkan perpaduan komuniti peniaga di Jalan Masjid India dalam aktiviti kemasyarakatan lantas menutup peniagaan mereka baru-baru ini untuk mengadakan kenduri arwah. Semangat ini perlu di pupuk tetapi mungkin kalangan kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan, khususnya Menteri Wilayah Persekutuan yang terlampau sibuk merasakan ini tidak perlu dan untuk hadir mendengar rintihan mereka mengenai kedudukan perniagaan mereka yang banyak berkait dengan polisi DBKL yang menekan dan tidak bertindak sewajarnya adalah tidak penting. Paling kita sedih adalah melihat mereka di pimpin oleh  Parti Islam Se Malaysia dalam soal-soal komuniti dan ini ada kalanya memberi pandangan yang bahawa UMNO tidak lagi signifikan di kalangan orang Melayu.   
 

 


BUKU MERAH HITAM 20 TUNTUTAN TERHADAP WPI DIISYTIHAR DOKUMEN UMUM Oleh Media ProWaris

Tanggal 15 Ogos 2007 adalah merupakan tarikh keramat perjuangan Melayu dan Islam Malaysia.   Tarikh itu menandakan tarikh pengumuman rasmi telah dibuat oleh Feriz Omar, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengishtiharkan 'Dokumen Merah Hitam' yang menyenaraikan 20 tuntutan Prowaris-MAPAN terhadap WPI dijadikan "Dokumen Umum". klik sini

 

Konvoi Malaysia Gemilang 50 Tahun Merdeka ‘2007' klik sini


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

03/09/2007 Tidakkah kita semua terfikir dalam kesibukan kita semua memperkatakan Malayan Union, kita tidak pernah bertanya kenapa British berdiam diri dengan sikap orang-orang Melayu yang berkumpul dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, kenapa British tidak menggunakan kuasanya untuk menyerang penunjuk perasaan sebaliknya seperti membenarkan ia berlaku. Itu sebab golongan tua berkata lebih baik kita berada di zaman British, sekurang-kurang British membenarkan semua orang tunjuk perasaan sama ada secara berkumpulan dan melibatkan semua parti politik, kesatuan sekerja dan petani tetapi hari ini ada masanya macam bukan sebuah negara yang Merdeka.
 klik sini

 


Merdeka - Melayu Merdeka

50 tahun kemerdekaan, ini perlu dilakar dengan segala kemeriahan. Malaysia sudah 50 tahun merdeka. Negara ini perlu dihiaskan dengan Jalur Gemilang tanda patriotisme. Patriotisme hari ini adalah lakaran hiasan yang dibuat pada kenderaan, bangunan dan pokok – pokok di sekitar negara. Kemerdekaan adalah laungan bebas dari penjajahan dan kita perlu merayakan kebebasan ini dengan bersungguh-sungguh.

Maka bulan ini berbagai-bagai rancangan diatur untuk bulan kemerdekaan ini. Konsert dan segala bentuk hiburan bakal disajikan untuk menyambut kemerdekaan. Kita semua bersyukur kerana di bawah kaki bangunan KLCC kemungkinan bakal ada konsert besar dan konsert ini akan dihadiri oleh majoriti kita golongan Melayu yang akan melonjak – lonjak dengan gemilang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

 

 

 

Melayu Merdeka, merdeka dari pegangan penjajah selama 50 tahun. Melayu kini bebas dan kemerdekaan. Melayu kini berjaya dengan pencapaian – pencapaian Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Benar, pencapaian Melayu begitu baik jika dibandingkan dengan Melayu tahun – tahun sebelum merdeka. Benar, pasti benar jika dibandingkan Melayu kini dengan Melayu dahulu, Melayu sebelum merdeka dengan Melayu selepas merdeka dan Melayu zaman silam dengan Melayu alaf baru. Mungkin statistik perbandingan itu tidak patut dilanjutkan dengan mengukur perbandingan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Ini kerana jika kita bandingkan maka kita tidak boleh membuat ulasan. Kita tidak boleh menyentuh sebarang isu sensitiviti membezakan pencapaian Melayu, kedudukan Melayu serta hak Melayu. Itu akan di sebut sebagai rasis oleh bangsa lain dan juga kerajaan kita yang didominasi oleh orang Melayu. Mengapa? Mungkin setelah menilai kedudukan Melayu berbanding dengan bangsa lain akan meletakkan kita dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Mungkin pencapaian Melayu hari ini adalah pencapaian kosmetik dan Melayu hari ini masih tersipu – sipu di bumi sendiri. Mungkin juga kalau ini dibentangkan maka terbongkar kepimpinan Melayu yang ada hari ini hanya mahu memimpin diri dan keluarga mereka sendiri dan bukan masyarakat Melayu secara total. Mungkin ini kegagalan yang ada dalam kita memerintah , kerana kuasa politik yang ada digunakan untuk memperoleh material untuk diri sahaja.

Melayu merdeka, apa sudah sampaikan masa kita orang Melayu mampu menyebut merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 ini? Adakah kita sudah merdeka, bebas dan berjaya. Adakah kita sudah dapat memerdekakan diri kita dari belenggu kesempitan ekonomi, pencapaian pendidikan yang tinggi dan mampu membebaskan Melayu dari kepompong kemiskinan. Adakah kita pesaing dalam pencapaian kemakmuran atau sekadar menumpang kejayaan yang lain. Mungkin kita Melayu terasa sudah mempunyai kekuatan tetapi kekuatan apa yang kita ada sekiranya pedagangan bukan dari kalangan kita. Kekuatan apa kalau harta dan tanah kawasan – kawasan utama masih kita sewa dan lebih memalukan ialah kita tidak mampu menyewa. Melayu sudah merdeka, sedangkan komposisi utama dalam pusat-pusat serenti, senarai nama yang hitam di bank – bank dan keciciran pelajaran yang terus wujud dalam zaman ini melibatkan Melayu diperintah oleh Melayu.

Kita panjangkan bicara ini, kita bicarakan mengenai merdeka khususnya mengenai Melayu merdeka, bebas jiwa, bebas berbicara, bebas menentukan arah atau kita masih lagi tersungkur di bumi Melayu ini. Kita bicarakan bentuk kemerdekaan yang telah kita capai atau sememangnya kita belum lagi merdeka dalam era penjajahan berbentuk baru.

Kita bicara sekali lagi, isu - isu yang pernah sebelum ini kita bicarakan. Adakah kita sebenarnya menumpang di tanah sendiri? Adakah perlu lagi kita membicarakan ketuanan Melayu sedangkan tuannya bukan kita. Kita kaji semula penjajahan minda, penjajahan ekonomi dan penjajahan budaya ke atas Melayu hari ini. Adakah MELAYU merdeka? Itu persoalannya klik sini

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com