 
|
|
 |
| |
|
yahoo messenger untuk menghantar mesej
ke Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com |
|
Forum
terbuka |
Maklum balas1|
Makumbalas |
Pendaftaran
E-Grup |
Permohonan
Email |
blog arahkita |
22/08/2006
Sang
Kelembai | arkib |
|
|
|
|
|
|
|
Temubual Farish A. Noor
dengan Ulama Indonesia Abu Bakar Bashir
Antara komen mengenai pemimpin Malaysia :
Dr Mahathir
The only Muslim leader who has some spirit left is your
former leader Mahathir Mohamad, who called for a boycott of
US and other Western currencies. He was right, when he said
that Muslim countries should abandon the US Dollar and trade
with their own currencies instead. Why should we use the
Dollar even when we trade among ourselves? Even though
Mahathir did not openly call for jihad, at least he said
something. This was the least we could have done.
Abdullah Hj Ahmad Badawi
As for Malaysia, you may be economically better off but your
leaders are weak. Badawi may come from a family of ulama but
his faith is weak and so is his spirit. How can Malaysia
sign a free trade agreement with America and Japan? Are
these not kafir countries? And America today is an enemy of
Muslim states and the supporter of Israel. In Islam that
makes America a kafir harbi (enemy) state, and we Muslims
are obliged to cut off all ties, diplomatic and economic
with such an enemy state.
Anwar Ibrahim
Anwar (Ibrahim) is also someone who does not understand
Islam well. How can he talk about dialogue with America and
the West? What dialogue? With murderers of Muslims? Anwar is
mistaken about his views on Westerners and Jews. The Jews
are cunning and cannot be trusted, as it states in the
Qur'an. At the moment the United States is just being the
donkey for
Israel, who is riding the USA. untuk membaca
keseluruhan temubual
klik sini
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Inilah yang berlaku kepada keluarga Fatimah Umar -
suaminya meninggal dunia sebaik sahaja mendapat berita yang rumahnya
akan di robohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Suaminya
Allahyarham Ismail AHMAD MENINGGAL DUNIA sebaik sahaja mendapat tahu
dari isterinya bahawa rumah mereka akan dirobohkan. Inilah
nasib Melayu yang berada dibawah kelolaan seorang wakil rakyat yang
lupa akan tanggungjawab. Adakah nasib mereka terbela - kenapa agak
susah untuk mengadakan perundingan yang memungkinkan kedua - dua
piahk akhirnya menyelesaikan perkara ini dengan baik. Menurut
jawatankuasa penduduk Hulu Kelang, sebelum ini janji MPAJ adalah
untuk menyiapkan rumah kos rendah terlebih dahulu sebelum mereka
diarah berpindah tetapi janji tinggal janji dan MPAJ mengambil
tindakan lebih buas dari binatang dalam menyelesaikan masalah Melayu.
Sekali lagi UR bertanya - apa guna ada wakil rakyat yang gagal
bertindak menyebelahi rakyat. UR menuntut semua NGO Melayu bangkit
mengambil ikhtibar dari insiden - insiden sebegini untuk sama
- sama mengambil ketetapan membantah tindakan MPAJ dan wakil rakyat
yang membiarkan nasib orang - orang Melayu tidak terbela.
Inilah dia wakil rakyat yang hanya hadir sewaktu pilihanraya tetapi
gagal menyelesaikan masalah Melayu dikawasan beliau.
|
|
|
|
Mahathir - the reason for
all this kok said... dalam arahkita
klik sini |
|
|
The younger generation needs their invaluable moderate guidance to
cultivate goodwill and racial tolerance. The last thing they need
instilled in them is bigotry and intolerance. It is an irony that
Mahathir has asked Pak Lah to resign as prime minister when the
latter has the people's mandate to run the government. And resign
for what?
klik sini |
|
|

Semua mereka yang prihatin - lawat segera dan
saksikan bagaimana Melayu Hulu Kelang dihina dan dibiarkan sengsara
oleh MPAJ dan wakil rakyat mereka. Mereka hidup dibawah khemah di
Hulu Kelang - kawasan berhadapan dengan Zoo Negara . SAKSIKAN !
Hantarkan bantahan anda kepada kami untuk kami salurkan kepada AHMAD
BUJANG dan MPAJ
Makumbalas
|
|
Digesa
hadir ke Hulu Kelang bersebelahan Zoo Negara melihat kesengsaraan
orang - orang Melayu yang hidup dalam khemah
Sehingga ke saat ini mereka dan keluarga mereka duduk
berkhemah setelah MPAJ mengambil keputusan untuk merobohkan rumah
mereka tanpa belas kasihan. Mereka BUKAN PENGEMIS atau Melayu
yang memperolehi hak - hak keistimewaan. Mereka adalah Melayu malang
yang wakil - wakil rakyat mereka buta melihat kesengsaraan yang
mereka lalui.
Mana dia wakil rakyat, mana dia orang - orang UMNO
yang memperjuangkan Melayu. Mereka terus terpinggir. Tanyakan kepada
mereka mengenai tanah - tanah lot di Ampang New Village yang berjaya
diperolehi oleh peneroka kota disana? UR
tidak mahu menimbulkan spekulasi tetapi wakil peneroka
kota ini memberitahu bahawa bukan sahaja tanah - tanah sedia ada di
Ampang New Village diberi tetapi ditambah kerana tidak cukup. Siapa
mereka yang memperolehi tanah tersebut, siapa yang memperjuangkan
nasib mereka. Manakala Melayu Hulu Kelang dengan walik kita Dato
Ahmad Bujang - menutup mata, setelah janji ditabur bersama - sama
pegawai MPAJ. Masyarakat Malaysia yang perihatin - lalu dan lihat
kehidupan mereka. UR meminta anda semua - yang perihatin untuk
menyelar tindakan MPAJ dan menyelar wakli rakyat mereka Dato Ahmad
Bujang yang tidak peka kepada nasib orang - orang Melayu disana. UR
telah mengirim SMS beberapa kali kepada Dato Ahmad Bujang untuk
memohon agar ini diselesaikan sebelum kita terpaksa mendedahkan
keburukan sikap beliau terhadap bangsa mereka sendiri. email kepada
kami bantahan anda tanda sokongan.
Makumbalas
|
|
|
|
Adakah
apa yang dikatakan oleh Khairy palsu
Adakah palsu apa yang diberitakan oleh Khairy
Jamaluddin mengenai tuntutan masyarakat Cina ya ng
seakan sinonim dengan kedudukan dan keadaan UMNO. Adakah ianya
secara kebetulan tetapi memang, sekiranya UMNO bergolak maka akan
ada sahaja tuntutan yang dibuat. Ini adalah hakikat yang sebenarnya
berlaku. Pada zaman perpecahan UMNO 1998, konflik antara Anwar
Ibrahim dan Tun Dr Mahathir, beberapa tuntutan telah dibuat oleh
Suqiu , satu gabungan yang diibaratkan sebagai " kumpulan yang
memperjuangkan hak Cina". Mereka membuat atas nama rayuan dan hari
ini kita cabar ahli - ahli UMNO untuk mengkaji sebanyak mana
tuntutan itu telah dilunaskan. Ini bukan kata - kata datang dari
UR ( umno-reform) tetapi ini
juga kata - kata yang datang dari Ketua Penerangan UMNO yang ada
sekarang ini dan beliau pernah menegaskan bahawa hakikat ini
sebenarnya berlaku. Kalau kita lihat, mungkin perlunasan desakan
dalam tahun 1998 oleh Suqiu adalah salah satu tindakan menghakis hak
- hak Melayu yang paling banyak berlaku berbanding dengan sebelum
ini.
klik sini
|
|
|
|
|
|
31 OGOS, KEMERDEKAAN ALA
PAK KADUK |
|
MELAYU OH MELAYU !
|
|
Tiba sahaja bulan OGOS akan ada kempen kibarkan bendera.
Hidup seperti terpaksa. Hati sedih, jiwa terkongkong dengan
karenah kerajaan dan kelembapan bertanggung-jawab, tapi
rakyat dipaksa untuk menyambut kemerdekaan. Saban hari media
meminta agar sambutan diraikan oleh rakyat dengan menaikkan
bendera. Jika 2 ke 5 tahun sebelum ini, terdapat ramai
pemilik kenderaan memasang bendera pada kereta mereka, namun
sekarang sudah berubah. Perbelanjaan perlu lebih berhemah
dan kerana itu RM10 untuk satu bendera, dikira membazir.
Untuk gantikan bendera, gantung kan seluar dalam yang
berjalur warnanya. Asalkan ada yang berkibar.klik
sini
|
|
Namun begitu,masih ada peristiwa penting yang
mungkin boleh dijadikan tonik oleh bangsa melayu jika mereka
ini mahu bangkit kerana sejarah membuktikan Melayu
juga bangsa yang berjaya. Bagaimana seketika dahulu ketika
Dato Onn Jaafar bangun memimpin bangsa melayu bersatu
menerusi 41 buah Persatuan Melayu menentang raja yang lupa
dunia hasil hasutan dan tawaran penjajah mahu
menyerahkan harta melayu kepada Inggeris.
Bangsa melayu yang
ketika itu bagai terdesak telah membuang segala
keraguan mereka terhadap sesama manusia dengan bersatu
menentang musuh dalam selimut dan juga musuh hakiki’
penjajah’ supaya bangsa kita dapat keluar daripada
penyeksaan dijajah dan hidup melarat di bumi kita
sendiri.
klik sini |
|
|
|
|
Hari
Kemerdekaan yang 31 Ogos 1957 mestilah diraikan sebagai Hari
Kebangsaan dan bagi menguatkan intergrasi kaum maka ada usaha
untuk menjadikan tarikh 8hb Februari, sempena Hari Jadi Tunku Abd
Rahman Putra sebagai Hari Perpaduan. Namun malang Hari Perpaduan ini
diraikan dua tahun sahaja dan kini sudah mati dan tidak hidup-hidup
lagi. Hari Kebangsaan lebih wajar dari Hari Kemerdekaan dan
selagi Kerajaan menjual produk Hari Kemerdekaan maka ini tidak
akan mengubah fikiran rakyat samada dia Melayu, China atau
India dan juga etnik di Sabah dan Serawak. Sebaliknya di Hari
Kebangsaan sepatutnya kita menunjukan kejayaan kita dalam
angin segar sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat, hidup dalam
aman dan makmur sebagai masyarakat berbagai kaum serta berbagai
kebudayaan dan bukan membawa nostalgia akan menyebutkan luka lama
masih berdarah.
Sehingga hari ini,terdapat banyak kesalahan pemahaman yang seolah -
olah diaturkan. Apabila kita menyebut Chin Peng, Komunis dan
sebagainya, sudah pasti kita merujuk kepada rakyat
berketurunan China, seolah-olah mereka dan keturunan bapak, datuk
atau nenek moyang mereka "makhluk perosak". Rancangan TV
khususnya TV 3 turut memaparkan program seolah - olah kemerdekaan
kita adalah perjuangan kita menentang komunis. Maka hasilnya
orang-orang keturunan Cina dikaitkan sebagai mereka yang tidak setia
kepada negara ini. Tetapi sekarang sudah terdapat banyak buku
biografi pemimpin Komunis Melayu seperti Rashid Mydin, Abdullah CD
dan lain-lain. Setengah dari mereka sudah menceritakan akan
kisah mereka naik haji ia itu menunaikan rukun Islam yang kelima.
Bolehkah kita menghasut rakyat lagi dengan mengatakan bahawa
Komunis tidak ada agama, anti Islam, malah semenjak robohnya dasar
tembok besar China Komunis, baru diketahui bahawa umat Islam
China lebih dari besar dari yang ada di Malaysia.
klik sini
|
|
|
 |
|
Kita semua - baik bangsa Melayu mahupun apa bangsa
sekali pun harus menerima bahawa hak keistimewaan orang -
orang Melayu adalah kompromi antara Melayu dan bangsa - bangsa
lain. Mengorbankan Tanah Melayu dengan memberi kerakyataan kepada
bangsa - bangsa lain adalah kompromi yang mewujudkan penciptaan hak
keistimewaan orang - orang Melayu. Ini perlu disedari dan ini
perlu dihormati. Orang - orang Melayu sanggup memberi kerakyatan
dengan mengorbankan tanah air dan sebagai balasan mereka diberi hak
keistimewaan. Ini pun bagi Tuanku Abdul Rahmah sesuatu kompromi yang
tidak separa kerana perolehan hak keistimewaan tidak juga menjamin
kedudukan Melayu untuk menjadi setaraf dengan kedudukan bangsa -
bangsa lain dari sudut ekonomi khasnya tetapi telah
memberi kedudukan separa antara Melayu dan bangsa - bangsa
lain dari sudut pemilikan negara ini. Ini menurut sesetengah pihak
adalah satu kompromi yang tidak seimbang. Kita sedar pada waktu itu
kedududkan ekonomi orang - orang Melayu adalah dalam keadaan
yang agak daif dan pemberian hak - hak keistimewaan tidak
menjamin kejayaan Melayu, tidak menjamin akan meningkatkan
taraf kehidupan Melayu dan tidak juga menunjukkan bahawa pengejaran
ekonomi itu adalah pada padang yang sama rata TETAPI disatu
pihak lain kompromi ini telah memberikan mereka kerakyatan yang
sudah terjamin, hak sebagai rakyat Malaysia juga terjamin dan
kehidupan mereka untuk memiliki kuasa ekonomi dan politik juga
terjamin. untuk membaca format biasa
klik sini
| untuk membaca dan menghantar komen
klik sini
|
|
|
|

Kami di
www.umno-reform.com mengucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Timbalan Presiden Prowaris Sdra Wan
Mohd Jauhari dan Nik Tasha Dato Nik Kamaruddin. Semoga ALLAH SWT
memberkati kalian berdua, dilimpahi rahmat dan dipermudahkan rezeki.
- anuar mohd nor |
|
|
|
Tindakan
mencemar imej Islam
Inilah konon - kononnya risalah yang disebarkan oleh penganut
agama Islam. Tindakan ini sebenarnya bagi kami adalah tindakan untuk
mencemar Islam agar kita terus dianggap sebagai bangsa yang ganas
dan bertindak melulu. Sungguhpun masyarakat Islam Malaysia agak
marah dengan tindakan beberapa orang dalam isu - isu yang melibatkan
sensitiviti agama tetapi melakukan tindakan seperti ini bukan budaya
rakyat Islam Malaysia dan ini hanya dilakukan untuk memburuk -
burukkan masyarakat Islam dan Islam itu sendiri di Malaysia.
Kita telah menyaksikan banyak tindakan yang menyebabkan masyarakat
Islam marah tetapi perlaksanaan hanya dibuat dengan protes dan
kempen tanda tangan.
Kami percaya risalah berbentuk ini akan sampai ke
media antarabangsa untuk terus melebel Islam sebagai satu agama yang
ganas dan sebagainya. Tindakan ini boleh mencacatkan kita sebagai
umat Islam Malaysia dan kami percaya usaha hanya untuk memanaskan
keadaan dan mencemar agama kita Islam.
Kami menggesa agar pihak polis segera
menyiasat isu ini dan memulakan siasatan
dengan mereka yang terlibat dalam membawa isu - isu Islam ke
mahkamah.
Kita juga lihat beberapa kontradiksi dalam ayat -
ayat yang digunakan seperti DI KEHENDAKI MATI tetapi akhirnya
sekiranya Jika terjumpa dia mati di tepi jalan BIARKAN SAHAJA ,
JANGAN TOLONG. Melihat ayat - ayat tersebut kita dapati beberapa
perkara perlu disiasat agar Islam tidak dianggap ganas di Malaysia.
Polis siasat segera dan seperti yang kami gesa mulakan siasatan
dengan kemungkinan usaha ini adalah usaha hanya untuk mencemarkan
Islam.
|
|
|
|
Amaran Khairy - keluar
dari UMNO |
|
Najib akan cabar Pak Lah? |
|
Alor
Star - Khairy memberi amaran bahawa tugas ahli UMNO adalah
untuk mempertahankan UMNO dan kepimpinan negara ini. Mereka
yang bertindak membangkang dalam UMNO harus keluar dari UMNO
dan menyertai pembangkang. Ini hanya menunjukkan kepimpinan
UMNO tidak boleh dibantah atau dibangkang walau dalam apa
keadaan sekali pun. Ini adalah ketetapan Khairy Jamaluddin,
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan ahli UMNO
yang paling cepat naik sungguhpun diberitakan bahawa
keahliannya baru mencecah 2 tahun. Khairy berkata
“Saya ingin beri amaran kepada mereka yang berniat jahat
supaya hentikan niat itu,” katanya kepada pemberita selepas
Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Jerlun di Wisma UMNO Bahagian Jerlun di sini, hari ini.
Khairy dalam kenyataan itu juga mengatakan bahawa percubaan
menjatuhkan kepimpinan adalah satu sabotaj kepada ekonomi
negara. Namun tindakan amaran dan gertakan ini adalah
satu usaha mengecilkan minda ahli - ahli UMNO dan
menguatkan apa yang dikatakan bahawa kepimpinan tidak boleh
ditentang dan budaya yang ada hari ini adalah jelas
penerusan budaya yang ada sewaktu zaman Dr Mahathir
memerintah.
klik sini |

|
Suara Keadilan edisi 3-16 Ogos dalam
artikel mereka bertajuk Najib sudah tidak sabar
tulisan Kim Quek percaya bahawa tidak mustahil
Najib akan menentang Pak Lah.
klik sini |
|
|
|
|
|
Perlukah kita balik kepada yang
asal? |
|
|
|
Proses ‘menginggeriskan’ nampaknya hampir sama dengan proses
‘penjepunan’ yang pernah ditimbulkan oleh penjajah Jepun di Tanah
Melayu pada ketika Jepun berkuasa di Tanah Melayu suatu ketika
dahulu. Saya sungguh tidak bersetuju dengan kaedah yang digunakan
untuk membolehkan para pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik
maka subjek sains dan matematik mestilah diajar dalam bahasa itu.
klik sini
|
|
|
|
|
|
|
|
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA
Teruskan menghantar pendapat mengenai erti
kemerdekaan kepada anda. Adakah kemerdekaan kali ini hanya satu
upacara pembaziran kerana ianya hanya dianggap sebagai satu perayaan
tanpa makna? Ada pendapat yang mengatakan kemerdekaan yang ada hanya
untuk menunjukkan kita bebas dari penjajah dan kini kita kembali
dijajah oleh kepimpinan yang ada? Perlukan kita menuntut kemerdekaan
kedua ?
Semua pendapat akan disiarkan minggu hadapan sempena Hari
Kemerdekaan Malaysia. Hantarkan kepada
editor1@umno-reform.com
atau
borang
Makumbalas . SMS 012-6544762 untuk menghantar pesanan ringkas
mengenai apa ertinya kemerdekaan kepada anda.
|
|
BAPA EKONOMI ILMU
|
|

|
|
Abdullah Hj
Ahmad Badawi |
|
Belum pun tamat tempoh Pak Lah menjadi Perdana
Menteri beliau telah di beri gelaran BAPA EKONOMI ILMU oleh Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis |
|
|
|
|
|
|
|
Blog arahkita mengupas artikel - artikel
tulisan Anuar Mohd Nor selaku editor1 laman umno-reform.com |
|

Melayu dalam bahaya 2006
|Melayu Perdana dan Melayu Hamba
|
Perjuangan bangsa Ketuanan Cina
2
|
Maka
yang tinggal | Hanya alasan |
Ketuanan Cina
|
Cara berbeza ARAH sama
|
Bak kata Melayu
|
Cabaran Pak Lah
|
Definisi Pak Lah 1
|
Definisi Pak Lah 2
|
Definisi Pak Lah 3
|
Masa
|
Elitis Pemilik
|
Lupa
|
Cerita2
|
Kemakmuran
Untuk memberi komen kepada setiap artikel tulisan
Anuar Mohd Nor sila
klik sini
|
|
Artikulis yang menyentuh secara spontan dan
sinis politik tanah air - kemas kini terakhir : 8 Ogos 2006 |
|
Bila
musang sudah ada dalam reban, sepatut ayam-ayam bertindak menghalau
musang kerana musang yang ada sekarang adalah "musang berbulu ayam".
Apa yang berlaku sekarang ialah bila Dr Mahathir Mohamad memberitahu
ada musang didalam reban, ayam-ayam dalam reban bukannya mahu
berwaspada tetapi ada pula ayam-ayam jaguhan ini mahu menunjukan
taji ajak berlawan dengan Dr Mahathir Mohamad seperti Mohd. Nazri
Aziz. Akhirnya musang amat gembira kerana yang mengenal dia, dihalau
dan dimaki hamun oleh ayam-ayam dalam remban, kerana ayam-ayam
tersebut semua ayam daging sahaja.baca seterusnya
klik sini
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 |
mei03 |
mei04 2006 |
june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 |
minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |