![]() |
|
|
|||||
|
Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606** Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com) |
|||||
| Pengumuman Khas - kerja - kerja penambahan ruang ( hosting capacity) untuk www.umno-reform.com sedang di jalankan. Berita baru dan kerja kemas kini akan tergendala selama 5 jam mulai esok Jumaat jam 9.00 pagi sehingga anggaran 3.00 petang. Harap maklum | |||||
|
|
Bila
"Reformasi" terpedaya |
www.arahkita.com
|
|||
|
|
|||||
|
Saya bukan si lebai malang di dalam politik tetapi sang kerdil seperti Hang
Nadim. Kerana saya memegang sifat Hang Nadim yang bercampur sifat derhaka Jebat - itulah maka saya jadi seperti hari
ini. Memang - lengkap perjuangan Ibrahim Ali - hari ini beliau juga sama seperti Anwar Ibrahim - orang yang di
zalimi. Beliau hari ini di ibaratkan kembar Anwar Ibrahim - perjuang - yang di zalimi - yang tidak di berikan Keadilan - yang di musnahkan kerana kekotoran politik UMNO
Kelantan. |
Pak
Lah - pemecatan Anwar tepat atas sebab disiplin Bernama melaporkan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim atas kesalahan disiplin, kata Abdullah Badawi. Perdana Menteri Malaysia turut menjelaskan bahawa kes - kes disiplin sukar dan tidak boleh di putuskan dalam mahkamah, menjawab pertanyaan wartawan yang meminta mengulas mengenai keputusan mahkamah yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim di fitnah oleh Buku 50 Dalil tulisan Khalid Jefri. Sungguhpun begitu www.umno-reform.com berpendapat jawapan Pak Lah tidak konklusif dan perlu lanjutan penerangan baik dari segi keputusan rasuah dan salah laku seks. Kita perlu lebih terbuka agar kelak " kenyataan Pak Lah penerus warisan Dr Mahathir tidak berulang. |
||||
|
Adakah
KEADILAN hanya merupakan parti yang lemas lalu mencapai apa jua termasuk
ranting untuk dipaut bagi terus hidup? Adakah KEADILAN kesinambungan UMNO
dalam politik Malaysia? Adakah pisang berhenti berbuah, dan adakah
YAHUDI akan berubah? ** pendapat pelayar dan bukan pendapat laman ini |
|
||||
|
|
|||||
|
|
|||||
|
|
www.umno-reform.com percaya bahawa ramai antara kita mungkin tersenyum sinis mendengar kerisauan Dr Mahathir mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa. Dr Mahathir yang memimpin dengan penuh kontroversi khususnya dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim, bersama percaya tuduhan salah laku moral beliau merupakan antara Perdana Menteri yang begitu rapat dengan ISA, hari ini menceritakan mengenai rasuah dan salah laku kuasa. Sebenarnya kekalutan di bawah kepimpinan beliau masih belum selesai khususnya bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan kes Anwar Ibrahim.
Apa kabar Gani Patail, apa kabar Musa Hassan,Azizan Abu Bakar dan
selainnya yang mungkin masih memimpin negara ini. Mungkin Rafidah Aziz
merupakan bukti kebersihan kepimpinan era Tun Mahathir. Ops kes jumpa duit
berguni dalam laci sudah selesai ke Tun Mahathir? |
||||
|
www.arahkita.com Pada 7/10/98 beliau telah di tahan, 14/10/98 beliau di tahan buat kali kedua dan seterusnya di tahan selama 2 kali lagi dan salah satu darinya adalah di bawah Akta ISA. Beliau enggan lagi nama beliau disiarkan kerana tidak mahu lagi di kaitkan dengan apa yang telah berlaku lagi. BACA segera - Pesanan beliau untuk Anwar Ibrahim : - Klik sini |
|||||
|
Bicara
dengan EXCO PEMUDA
ANGKATAN PEMUDA KEADILAN RAKYAT |
|||||
|
MCA terus menunjukkan ciri - ciri menolak perbuatan Datuk Hishammuddin. Perhimpunan Agung mereka juga menyaksikan kritikan terhadap perbuatan Hisham. Namun suatu yang bagi kami di www.umno-reform.com ingin berpesan, Keris itu adalah lambang perjuangan - keris itu juga pada lambang UMNO apa yang MCA takutkan sangat? Itu adalah Perhimpunan Agung UMNO - biarlah, lagi pun bukan keris ituter lerai dari sarungnya dan Hisham pula bukan berani mahu menggunakan keris itu.
|
|||||
|
Kemungkinan kalau di tanya maka Datuk Pirdaus akan menyatakan bahawa beliau tidak kesal menyertai UMNO. Namun apa yang jelas ialah seakan ada yang tidak kena sejak Datuk Pirdaus berada dalam kancah politik. Hari ini Datuk Pirdaus hanya memegang biro dalam Pergerakkan Pemuda UMNO - suatu masa dahulu memimpin ummah. Apakah tidak ada kekesalan dalam perkembangan kerjaya Datuk Pirdaus? Apakah tidak kelihatan bahawa beliau kehilangan kehormatan diri bila menyertai UMNO? Tidak kesalkah Datuk Pirdaus? Apa yang jelas ialah dari memimpin umat Islam - mengimamkan sembahyang kini beliau duduk di celah - celah jemaah sebagai seorang EXCO Pemuda UMNO. Kesiankan?
|
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Lim Keng Yeik kononnya kita sentiasa mengingatkan bangsa - bangsa lain mengenai kontrak sosial adalah tidak benar. Kali ini Ong Ka Ting pula berbicara. Perlu di tekankan di sini ialah peringatan kontrak sosial di beri kerana mereka sentiasa lupa. Setiap kali UMNO membicarakan mengenai kontrak sosial - adalah kerana bangsa lain khususnya Cina mempersoalkan kembali kontrak itu. Tahniah laman www.umno-reform.com untuk memperingati bangsa lain khususnya Cina dengan petikan kata - kata Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj. Ingat - tidak ada satu bangsa lain di dunia se - pemurah seperti Melayu yang kini dalam keadaan tertinggal di tanah mereka sendiri. |
Perang Pak Lah - Najib, mitos politik atau realiti Mengapa sentiasa kami di www.umno-reform.com di hujani dengan kenyataan bahawa Pak Lah sedang bergelut dengan Datuk Najib. Benarkah? Apakah memang ada perhubungan antara Anwar Ibrahim sehingga kem Najib agak gusar. Apakah Anwar Ibrahim akan kembali menyertai UMNO? Apa yang paling jelas ialah Najib dikatakan adalah seorang Timbalan Perdana Menteri yang begitu sopan - Buat lah Pak Lah - Buat lah, ini kerajaan Pak Lah. Buat lah yang terbaik. Demikian kata - kata Datuk Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO. Bukankah ini menunjukkan solidariti Datuk Najib terhadap Pak Lah. Apakah kemungkinan cerita itu mungkin ada kebenaran tetapi bukan kerana Pak Lah sedang bergelut dengan Najib. Mungkinkah Najib mempunyai musuh politik yang sedar kenaikkan Najib akan membicarakakan kehancuran politik mereka. Apa kata anda? |
|||
|
Menarik minggu ini - ATM di tindas? |
|||||
|
Angkatan Tentera Malaysia - di beritakan hampir 60%- 70% TENTERA berpangkat rendah hidup di bawah tahap kemiskinan? Apakah ini benar? Apakah institusi ini tempat kapitalis menekan tentera - tentera kita. Mereka sudah hilang keistimewaan sebagai barisan hadapan keselamatan negara. Patutkah gaji mereka yang sekitar RM 700.00 di jadikan ukuran bagi nyawa mereka. Mereka terus tertekan, KESUMA menjual beras kepada mereka lebih mahal dari pasaran Giant. Mereka di galakkan berhutang dengan semua kemudahan berhutang - faedah di kenakan pada hutang dan harga barangan pula mahal. Dahulu kita ada keistimewaan harga - PERNAMA memberi harga barang murah. Kini mereka terpaksa membayar segala - galanya sehingga ke KIWI kasut. Mereka takut pergi kursus kenaikan pangkat kerana mereka kena bayar. Apakah semua ini benar. Minggu ini dalam www.umno-reform.com |
|||||
|
|
Allahyarham Dato Onn Jaafar "Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu.Gambar - gambar yang ada di hadapan mata saya ialah apa yang disertai oleh orang - orang Melayu sendiri iaitu gambar yang menunjukkan pendirian orang Melayu dan gambar yang menunjukkan perbuatan orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar yang gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang Melayu. Perbezaan itu adalah perbezaan yang amat mustahak iaitu yang boleh
menentukan nasib orang - orang Melayu. Petikan
dari Warta Negara 3/8/1950 |
Petikan kata - kata Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj " ....orang - orang Melayu sedia memberi hak - hak munasabah dan patut kepada orang -orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak - hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang -orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak - hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali - kali mencegah atau menyekat bangsa -bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan, dan lagi sehingga sekarang hak - hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf di antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu" - Malaya Merdeka: 26/4/56
|
|||
|
Erti Kemerdekaan kiriman pelayar |
|
|||
|
Kenapa - kenapa Hari Merdeka hanya sebagai satu hari cuti sahaja. Sebenarnya berpuluh email ringkas yang turut menyatakan bahawa
KEMERDEKAAN HANYA SATU HARI CUTI. Klik
sini |
Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO.
Baca komen
spontan beliau. Apakata kalau mereka menjerit Hidup Cina dan Hidup
India? |
|||
|
|
||||
|
|
||||
|
|
||||
|
Pak Ungku seperti mana - mana intelektual lain menetapkan rasuah sebagai satu masalah kronik. Namun
seperti yang pernah dikatakan dahulu masalah kronik ini juga di tolak oleh orang yang melakukan rasuah. Ini menyukarkan - lebih - lebih lagi kalau rasuah itu dikaitkan dengan pemegang kuasa seperti yang ada sekarang ini.
|
||||
|
|
||||
|
|
||||
|
Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762 |
||||
![]() |
|
|
|
||||||||||
| |||||||||||
|
Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah
tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan
hanya menghubungi editor1@umnoreform.com
, terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP | |||||||||||
|
berita sebelum ini minggu
1 Ogos 05 | mingu
2 ogos 05 |
minggu 3 ogos | minggu4ogos05
| minggu1sept05
| sisipan
2 | sisipan3
| sisipan4
| sisipan 5 (februari ) |
sisipan 6 ( march) |
sisipan 7 |April
05 | Penafian editor |
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com