untuk SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita |  07/10/2007 Sang Kelembai 

 


 

Wawasan 2020 - majukah negara kita
Orang Kampung

Adakah kemajuan itu tiadanya rusuhan kaum di Negara ini? Adakah kemajuan itu rakyat berbilang kaum di  Negara ini masih rasa curiga dan mencurigai diantara satu sama lain? Adakah kemajuan itu tiada kemalangan berlaku di Negara ini? Adakah kemajuan itu harga barangan keperluan di Negara ini meningkat sehingga memeningkan kepala otak rakyat jelata? Adakah kemajuan itu bangsa melayu telah hilang kuasanya kepada bangsa lain? Adakah kemajuan itu bangunan runtuh, bocor, jalan raya runtuh, jambatan retak? Adakah kemajuan itu rakyat dihiburkan dengan berita-berita yang meloyakan, membosankan serta memeningkan kepala otak? Adakah kemajuan itu segala-galanya telah maju. klik sini

 

 

Berita Ringkas

Malek Hussein menang dalam tindakan mengenai penahanan beliau di bawah Akta  ISA . Menurut MalaysiaKini " Ex-ISA detainee Abdul Malek Hussin today won his legal suit against the government over his arrest and torture in 1998, and was awarded RM2.5 million in damages". Ini membuka lembaran baru untuk mereka yang telah dikenakan tindakan tahanan ISA. Ramai antara mereka  telah ditahan di bawah AKTA ISA sewaktu kebangkitan reformasi akibat pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan ini memungkinkan lebih banyak lagi tindakan akan di ambil atas penahanan mereka di bawah Akta ISA.
 

MELAYU - hilang ketuanan kini bertuan KLIK SINI ARAH KITA

Sang Kelembai: Berkata Muhammad S.A.W. “Barang siapa menguasai perkara kaum muslimin, lalu mempercayakan kepada seseorang, sementara dia tahu ada yang lebih baik daripada orang itu, dia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-nya dan kaum mukminin” Mungkin itu agaknya balasan Allah kepada Abdullah Hj Ahmad sehingga terpaksa ditidurkan selalu dan jarang masuk ke pejabat, sehingga semua rakyat menggagap dia sebagai Perdana Menteri Penglipur lara. Wa hal sebilangan Menteri macam Radhi Sheik Ahmad, Azmi Khalid, Nazri Aziz seperti dikatakan Umar ibn Khattab r.a. “Orang yang mendelegasikan kuasanya kepada seseorang hanya atas dasar suka atau hubung kerabat, sudah mengkhianati Allah dan Rasulnya dan kaum Musliminklik sini

 

 
 
TIDAK BENAR DI BELI RM 200,000.00

Isu yang telah di gembar gembur oleh www.antikhairy.blogspot.com pada awalnya tidak mahu saya jawab memandangkan ianya satu tuduhan liar dari kekunci komputer sahaja. Namun gesaan baik dari Email dan SMS yang bertalu-talu mahukan kepastian dari saya, sama ada benar saya atau laman web ini telah dibeli oleh Datuk Norza Zakaria. Jawapannya TIDAK BENAR baik mengenai saya di beli mahupun laman ini di taja oleh Datuk Norza. Saya ingin mengulas lebih lanjut lagi mengenai isu saya dengan Datuk Norza seperti yang tertera dalam laman anti Khairy dan mengenai beberapa isu lain. Namun masa agak terhad namun saya berjanji akan menjelaskannya selepas Hari Raya nanti. Satu kepastian adalah, saya tidak menerima RM 200,000 tersebut dan laman ini tidak ditaja. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pengunjung laman ini. Hubungi atau SMS saya : 012 6544762 untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan. Terima Kasih juga saya tujukan kepada Roslan SMS atas kenyataan beliau mengenai diri saya - Anuar Mohd Nor

 

SUN NEWS SMS

4/10 ACA gives PKR's Sivarasa and Sim 7 days to reveal source of damning video clip on the judiciary or face charges. Mungkin ini adalah untuk membantu siasatan tetapi yang agak menghairankan apa kena dengan ACA. Apa pun video itu jelas menunjukkan bahawa terdapat kepincangan dalam soal Jabatan Kehakiman Malaysia.
 

 

MELAYU - hilang ketuanan kini bertuan

Bukankah ini satu kebenaran. Kalau benar Melayu itu sudah tidak ada lagi apa relevannya UMNO dalam perjuangan politik orang Melayu? Kalau UMNO sendiri sudah menterjemah penggunaan Barisan Nasional dan Bangsa Malaysia apa guna mereka dalam mempertahankan semangat Melayu. Apa guna ketuanan Melayu dan apa guna bumiputera dalam definisi keistimewaan hak. Kalau benar Melayu tidak mahu lagi jadi Melayu mungkin perjuangan DAP lebih sempurna dengan falsafah Malaysian Malaysia. Ini mungkin menyebabkan mereka lebih relevan dari MCA, satu komponen parti yang kerap berselindung di sebalik kain UMNO. KLIK SINI ARAH KITA
 

 

Pembohongan fakta tragedi 8 September di Batu Burok
Mustafa cabar Idris, Ayob bersumpah cara Islam


PAS membuka cabaran bersumpah secara Islam di mana-mana tempat yang dipersetujui jika Umno dan polis berterusan membohongi rakyat berhubung dengan isu sebenar Tragedi 8 September lalu di Batu Burok.
Ini kerana, versi yang dibawa oleh pihak kerajaan berkaitan isu tembakan peluru hidup tersebut tidak benar serta bersifat bohong.Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Haji Mustafa Ali berkata demikian pada sidang medianya di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam.

Dalam kes tembakan peluru hidup oleh polis, dia (Umno) pakai versi yang sama dengan ketua polis. Orang (polis) ini hendak menyelamatkan orang perempuan dan kanak-kanak dan mempertahankan diri.
Saya hendak kata ini suatu pembohongan yang dibuat di depan-depan orang ramai itu tidak wajar. Saya telah jumpa dengan kedua-dua orang mangsa tembakan iaitu Suwandi dan Azman masing-masing kata tidak ada kena mengena pun dengan perempuan dan kanak-kanak yang tidak ada di tempat kejadian, jelasnya.
Katanya, kedua-dua mangsa terbabit tidak terlibat apa-apa cuma berdiri di situ dengan berlindung dari gas pemedih mata dan ditembak.

Kenyataan Menteri Besar dan Ketua Polis itu bohong sebab dia tidak siasat dan kalau dia siasat betul tidak macam itu, ujarnya.
Sebab itu, beliau menekankan dapat ditubuh satu Suruhanraya Diraja yang bebas agar penjelasan sebenar berhubung kejadian itu diselesaikan.

Menurut Dato Mustafa, jika Umno berterusan dengan versinya PAS mencabar kedua-dua itu untuk bersumpah. iaitu Idris dan ketua polis.

Jika dia berterusan dengan versi itu, saya cabar kedua-duanya untuk bersumpah iaitu Idris dengan Ketua Polis negeri ikut cara Islamlah.

Biar dia mempertahankan versi dia itu dan saya kata bohong versi dia itu. Saya akan beri versi saya. Kita minta Allah SWT tunjuklah siapa betul dan siapa salah, tegasnya.

Menurut beliau telah membuat siasatan dan semua sekali versi yang dibuat oleh Menteri Besar dan ketua polis itu tidak benar serta bersifat bohong.

Mustafa Ali
Pesuruhjaya PAS Terengganu.

 

 

Sang Kelembai "Bendera itu dibakar oleh Khairy Jamalludin atas nama Pemuda UMNO dan Amerika Syarikat sehingga kini tidak membuat bantahan atas pembakaran itu kepada Kerajaan Malaysia . Itu adalah cara Amerika Syarikat untuk melarikan isu dan melepaskan Khairy Jamalludin sebagai tali barut Amerika. Kalau Amerika Syarikat tidak kisah dengan pembakaran benderanya kerana niat sesuatu dan tidak seperti di Iraq, bila Saddam Hussein menjadikan bendera Amerika Syarikat sebagai pengelap tapak kasutnya, berbagai cara dilakukan Amerika Syarikat termasuk soal senjata kimia yang sehingga sekarang tidak pernah diumumkan telah ditemui setelah dia menakluki Iraq" klik sini
 

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
PEJABAT AGUNG
No. Pendaftaran 733 (Penang)
 
SIARAN MEDIA/ PRESS RELEASE
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199
 
 
Kes pendedahan klip video membabitkan
Ketua Hakim negara
 
PAS  memandang berat pendedahan klip video yang menunjukkan perbualan telefon antara peguam VK Lingam dengan seorang yang disyaki sebagai Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, Ketua Hakim Negara.
 
Dailog dalam klip video itu dimana Lingam dengan jelas membincangkan isu-isu perundangan dan politik serta jawatan-jawatan kehakiman dengan mengaitkan nama-nama dan jawatan-jawatan tertinggi politik dan korporat negara, sesungguhnya mendesak supaya satu penyiasatan segera dibuat bagi mengesahkan kesahihan rakaman itu. PAS  yakin dengan kemampuan teknologi semasa beserta kerjasama syarikat-syarikat telekom penyiasatan ini pasti  dapat dijalankan dengan segera dan tepat.
 
Walaupun kami menyokong agar penyiasatan segera dilakukan namun kami perhatikan dalam isu Timbalan Pendakwaraya Salahuddin Saidin dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, Salahuddin dilepaskan dari mengendalikan kes tersebut dalam tempoh kurang dari 24 jam hanya atas kenyataan Peguam Negara bahawa beliau dilihat bermain badminton dengan hakim yang membicarakan kes itu. Peguam Negara tidak pula mengemukakan bukti bagi mensahihkan dakwaan beliau itu.
 
PAS mendesak supaya sementara penyiasatan rapi dilakukan, demi memelihara maruah dan integriti institusi kehakiman, Ketua Hakim Negara perlulah digantung terlebih dahulu dari menjalankan tugasnya sehingga penyiasatan ini selesai.
 
Dalam hal yang sama PAS turut menyokong penuh tindakan Majlis Peguam Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri berhubung isu ini yag antara lain menuntut penubuhan sebuah Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat isu ini.
 
Tindakbalas kerajaan dalam isu ini penting demi memelihara imej negara bukan hanya dikalangan rakyat tempatan, lebih-lebih lagi dikalangan dunia antarabangsa.
 
 
 
24 SEPTEMBER 2007
 
DATO' KAMARUDIN BIN JAAFAR
SETIAUSAHA AGUNG PAS
 
 

Email di terima
amilbaik@yahoo.com.my
Mohd Jamil Bin Mohd Isa

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: isu orang melayu bertongkat atau tidak bukan lah suatu agenda penting dalam membentuk bangsa melayu kini.  masalah utamanya adalah sama ada isu bertongkat itu mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada negara atau tidak. hak keistemewaan orang melayu itu adalah telah termaktub dan jika ia diubah atau dipinda maka apa akan jadi kepada  bangsa melayu kita. Bertongkat memberikan hak yang keistimewaan kepada Bangsa melayu dan itu janganalh diperhanggat-hangatkan. sepatunya perkataan bertongkat itu perlu diubah kerana perkataan tersebut memberi erti yang Melayu itu  lemah. Sebaliknya melayu akan maju jika agenda ini tidak diprovokkan. untuk komen Maklum balas1

 

 

Warga Myanmar, Pengundi Hantu?

Jika mereka ditangkap atas kesalahan kecil, kalau orang tempatan, akan dikenakan tahanan reman 4 hari untuk siasatan, tapi bagi mereka orang Myanmar ini, hanyalah 4 jam tanpa siasatan...  Ini menyebabkan ramai penduduk Langkawi menganggap mereka adalah "anak emas" kerajaan...mereka mendapat menyewa rumah murah di Taman Nilam tanpa perlu membayar apa pun sedangkan semasa taman Nilam baru dibangunkan, warga tempatan terpaksa beratur sejak jam 6 pagi di pejabat daerah Kuah dan membayar RM10.00  Sedangkan selepas kebakaran di Bukit Malut kali pertama, warga myanmar ini tidak perlu membayar 1 sen pun untuk mendapatkan kemudahan tersebut.  serta borang perumahan kos rendah diberi secara percuma. klik sini

 


MELAHIRKAN PENCERAHAN MASA DEPAN UNIVERSITI

Jiwa muda dengan pengayaan minda yang benar-benar terisi dengan jiwa rakyat serta memahami kehendak keperluan akademik generasi muda adalah penerapan yang harus kita sematkan dalam diri pemimpin muda akademik yang mahu dilahirkan. Ketinggian falsafah serta keupayaan untuk membikin falsafah yang tersendiri adalah antara kata kunci kekuatan strategi mencari, menyaring atau membentuk kepimpinan muda akademik. Kita harapkan kepimpinan muda akademik ini yang akan lebih memahami hati nurani masyarakat, bersedia mendengar rintihan yang kesusahan serta cakna untuk memikirkan tentang pembangunan ummah yang holistik. Kepimpinan muda akademik perlu diangkat di kalangan rakan seangkatan lalu didukung oleh ummah kemudiannya. Proses latihan, pengisian dan pendidikan untuk melahirkan generasi seumpama pakej yang lengkap inilah yang perlukan masa dan kesabaran dalam mendepani cabaran dan dugaan. Namun kita perlu sedar dan insaf bahawa usaha ke arah perubahan, perubahan ke arah kebaikan itu akan membawa kepada kesempurnaan. Ini adalah tangga proses yang dalam pembikinan yang mahu kita bicarakan secara serius.klik sini

Penulis adalah :Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Jaringan Permikir Anak Muda ,Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA)
 

 

PENINDASAN DI KAMPUS IPTA : POLITIK ADALAH MOTIFNYA!

Maka. tidak perlulah Naib Canselor UPM yang bertaraf Profesor Datuk Dr untuk mengeluarkan satu kenyataan bodoh semata-mata untuk menjustifikasikan tindakan para �samseng bergaji� yang terdiri dari pegawai-pegawai keselamatan dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM menggeledah dan merampas komputer riba dan lain-lain peralatan peribadi milik seorang pelajar bernama Yee Yang Yang oleh kerana dari kenyataan itu sendiri terbongkar jelas bahawa ianya bermotifkan politik, selain ditambah alasan yang hingga sekarang masih belum dibuktikan, iaitulah kononnya pelajar terbabit menyimpan bahan-bahan pornografi di dalam komputernya. Di dalam satu kenyataan media bertarikh 17hb September 2007, Naib Canselor UPM menyatakan antara lain bahawa semasa Bahagian Keselamatan UPM menjalankan penggeledahan ke atas bilik yang didiami pelajar terbabit, mereka telah menemui sejumlah risala-risalah yang �dicetak oleh persatuan yang tidak berdaftar�, justeru ianya merupakan satu kesalahan di bawah Perkara 12 (1) Kaedah-Kaedah UPM (Tatatertib Pelajar-Pelajar).klik sini
 

 

"TERIMAKASIH DATO' ZAID" KATA FERIZ OMAR, PRESIDEN PROWARIS Oleh Media ProWaris

Feriz Omar yang ditemuramah oleh Media ProWaris itu berkata, " Saya berharap agar Dato' Zaid tidak salah faham mengenai isu ini kerana pengakuan penglibatan firma Zaid Ibrahim dalam penggubalan Akta WPI 664 sebenarnya adalah dari Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan bukannya tuduhan yang dibuat oleh ProWaris".

"Namun demikian, Dato' Zaid Ibrahim telahpun membantu ProWaris dalam "Jejak Audit" (Audit Trail) mengenai isu Akta WPI 664 yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan" katanya lagi.

Media ProWaris menghimbau pengalaman-pengalaman yang lalu di mana ProWaris sering berhadapan dengan kes salah faham sebegini. "Benar" kata Feriz. "ProWaris tidak pernah dan tidak akan mempolitikkan mana-mana isu, apatah lagi ditunggang oleh mana-mana pihak berkepentingan politik seperti yang dituduh oleh Dato' Zaid" kata beliau.

"Kalau seseorang itu membaca Dokumen Merah Hitam 20 Tuntutan ProWaris-Mapan Terhadap WPI, pasti dia akan benar-benar faham bahawa isu WPI ini dikupas secara profesional oleh ProWaris". Dokumen tersebut yang telah diisytihar sebagai Dokumen Awam sudah boleh dimuat turun melalui laman www.prowaris.org lebih sebulan yang lalu. klik sini
 

 

GERAKAN ANTI MENANTU PAK LAH

Laman Anti Khairy terbentuk - www.antikhairy.blogspot.com

Khairy Jamaluddin terus menjadi buruan sehingga akhirnya tertubuh laman web www.antikhairy.blogspot.com Siapa yang menubuhkan laman blog tersebut, pembangkang mungkin? Mungkin juga mereka dalam UMNO turut mempunyai kolaborasi dengan aktivis pembangkang yang turut mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Kenapa? Mungkin Khairy akan dilabel menjadi liabiliti dalam UMNO atau sebenarnya Khairy sudah menjadi liabiliti dalam UMNO.

Amat teruja untuk kita sama – sama melihat perkembangan blog ini. Adakah blog ini akan menjadi sama hebat dengan laman-laman popular pembangkang seperti mahazalim, mahafiraun, black14 dan pemantau sewaktu zaman reformasi hebat menentang Dr Mahathir.     

Hari ini Khairy Jamaluddin menjadi sasaran. Blog khusus di terbitkan untuk ini. Apakah terbongkar segala-galanya mengenai Khairy Jamaluddin. Adakah ini akan menjadi satu blog penting yang akan mencalarkan Khairy dalam politik tanah air ini.

Kita dimaklumkan, ada desas desus mengatakan bahawa Khairy Jamaluddin adalah tokoh yang  digeruni dan bukan dihormati. Apa mungkin ini benar dan mungkin ini adalah yang realiti sebenarnya. Apa pun ramai yang berpendapat bahawa Khairy Jamaluddin adalah antara ahli UMNO yang paling cepat naik berdasarkan hubungan beliau dengan Pak Lah.

 

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

17/09/2007 Supaya terpelihara Islam dari kepimpinan separuh munafik ini, orang-orang Melayu kena melupakan untuk mempertahankan UMNO dalam PRU akan datang. Tidak guna orang Melayu hanya menjadi tunggangan kepuasan nafsu Abdullah Hj Ahmad untuk dirinya dan keluarga. Bagi mendesak beliau meletak jawatan ialah mengalahkan UMNO dari terus berkuasa. Dan selepas kalah biarlah UMNO memilih pemimpin baru atau terus kekal dengan kebodohannya. Jadikan isu PRU 1969 dan 1999 sebagai kematangan politik secara demokrasi meminta Perdana Menteri meletakan jawatan atau berundur.

Sang Kelembai: Kalau pemimpin menyimpang, rakyat pun menyimpang mesti digunakan oleh Abdullah Hj Ahmad sebagai kayu pengukur. Bagaimana rasuah tidak bermaharajalela lela. Bila Abdullah Hj Ahmad hendak memenuhi selera bini barunya hendak mendengar Muzik Jazz, dia mengimport penyanyi dan kumpulan itu ke Seri Perdana. Soalnya sebelum ini tidak pernah dilakukan dan siapa yang membayar. Khabarnya ada taikun Cina yang membayarnya hampir setengah juta dan baruanya sudah dilantik menjadi Penasihat. Kawasan Ekonomi Koridor Utara. Kalau hendak jadi penasihat Koridor Timur pergi tanyalah Jeanne Abdullah dia hendak dengar muzik apa pula.. mungkin muzik Latin.
 
klik sini

 

INI SERIUS DAN PERLU DIBERI PERHATIAN :bukti video

 
Kenyataan Terbuka
19 September 2007
 
Tubuh Segera Suruhajaya Bebas siasat Konspirasi ke atas Anwar!
 
Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.
 
Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Ini mengukuhkan lagi kenyakinan bahawa apa yang berlaku ke atas Anwar merupakan satu konspirasi politik jahat menjatuh beliau.
 

Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.

 
Negara diambang krisis.
 
Menyingkap fakta mahkamah pada 18 Ogos 2005 yang lepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Hishamuddin Mohd Yunus membuat keputusan kes saman Anwar Ibrahim ke atas penulis buku '50 dalil' Khalid Jafri.
 
Keputusan kes ini menjadi perhatian media hampir di seluruh dunia, termasuk di negara jiran apabila hampir semua akhbar utama memberikan liputan di muka utama. Keadaan berbeza di Malaysia apabila rakyat hanya difokuskan mengenai jumlah RM4.5 juta yang di arahkan kepada Khalid untuk dibayar kepada Anwar, yang sebenarnya jumlah wang itu tidak penting.

Rakyat Malaysia perlu melihat keputusan kes ini dengan skop yang lebih besar. Paling penting sekali ialah intipati keputusan penghakiman bertulis hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus yang antaranya mengakui bahawa fakta buku tersebut merupakan fitnah semata mata dan turut mengakui bahawa wujud konspirasi hingga terbitnya buku tersebut dan menggunakan buku tersebut untuk menjatuhkan Anwar.
 
Maka kini terbukti buku yang selama ini dijadikan kitab rujukan membenarkan penyingkiran dan penyiksaan terhadap Anwar merupakan satu fitnah malah telah disahkan terdapatnya pakatan jahat dibelakang kewujudan buku ini.Terbukti fitnah, penyiksaan terhadap Anwar dirancang dan kekacauan dalam negara sehingga mengakibatkan kerugian yang tak ternilai mesti dicari penanggungjawabnya!
 
Segalanya telah terserlah kerana mahkamah telah membersihkan Anwar dari segala sabitan jahat. (dari sudut agama pertuduhan tersebut jelas pincang berdasarkan pendapat Yusof Qardawi). Bermula dengan 2 September 2004 Mahkamah Persekutuan telah membersihkan Anwar dari tuduhan liwat dan kini semuanya terbukti.
 
Mata rakyat seharusnya kini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi pengasas Islam Hadhari.
 
Apakah beliau benar benar berani berdepan dengan kebenaran?
 
Abdullah mendapat tempat kedudukan yang hari ini ialah hasil keadaan yang gawat dan kalut ketika kemuncak fitnah dan konspirasi itu belaku. Maksudnya walaupun mungkin beliau boleh menyatakan beliau tidak terlibat dalam mengganggotai "majlis konspirator" pada ketika itu tetapi beliau tidak boleh lari dari fakta bahawa beliau mendapat peluang menjadi Perdana Menteri hasil dari fitnah dan konspirasi yang berlaku. Maka Abdullah harus berani untuk mencari kebenaran.
 
Pendedahan terkini Anwar yang mendedahkan bagaimana (Tun) Mahathir, Vincent Tan dan VK Lingam terlibat dalam mempengaruhi keputusan perlu dilihat sebagai kemuncak pendedahan kecurangan ini. ia bukan pendedahan biasa ia dengan bukti bervideo.
 
Abdullah dan Islam hadhari akan dipandang tinggi jika beliau berani mengambil langkah mencari kebenaran.Ini bukan setakat permasalahan seorang ahli atau pimpinan parti yang dipecat. Ini merupakan maslahah negara apabila pemimpin no 2 dipecat dan mengakibatkan kerugian kepada negara dan rakyat.Untuk itu Abdullah seharusnya berjiwa besar untuk menasihatkan majlis raja V raja menubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas semua kemusnahan yang berlaku. Yang bersalah perlu diadili.
 
Badrul Hisham Shaharin
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat
 
 
 

 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07 | minggu2sept07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com