untuk SMS : 012-6544762

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas | Pendaftaran E-Grup | Permohonan Email | blog arahkita | 02/08/2007 Sang Kelembai  

 

klik sini untuk diskusi secara terbuka Raja Petra dan UMNO

UMNO dan Raja Petra

Hakikat seorang individu membuat tuduhan kepada organisasi menampakkan kejanggalan. Ini merujuk kepada tuduhan Raja Petra Kamaruddin terhadap UMNO sebagai pencetus dan penyebab ramai terkorban sewaktu 13 Mei 1969.  Namun mungkin cinta itu buta, buta segala-galanya maka yang merah nampaknya biru dan biru nampak bercahaya kerana kelabu titik akal dalam berbicara dan itulah yang wujud pada sesetengah komen yang terpapar dalam malaysia-today.net. Apa pun saya ucapkan terima kasih.

UMNO punca pembunuhan se waktu 13 Mei 1969, kata Raja Petra Kamaruddin yang sesungguhnya seorang blogger dan pengendali laman yang dedikasi terhadap bentuk perjuangannya. Namun persoalan yang timbul adalah UMNO - parti siapa kalau bukan parti yang disertai oleh Tunku Abdul Rahman, Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim. Siapa punca pembunuhan pada 13hb Mei 1969 – UMNO atau tuduhan kepada individu dalam UMNO yang memegang tunggak kepimpinan dalam UMNO pada masa itu, itu pun kalau benar UMNO terlibat.

Kalau UMNO memulakannya maka adakah wajar insiden seperti ini mahu dihidupkan semula? Adakah wajar kita membiarkan sekiranya ada pihak – pihak tertentu mahu menangguk di air keroh dengan isu perkauman khususnya dalam usaha mahu membangkitkan semula 13 Mei 1969 ini atas alasan dan matlamat tertentu?  

Buku Mei 13 oleh Dr. Kua Kia Soong itu juga menunjukkan bahawa UMNO dan kerajaan hari ini adalah lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru atas tuduhan dan tulisan oleh Kua Kia Soong. Ini adalah petanda baik tetapi setakat menuduh keseluruhan UMNO – mungkin keterlaluan. Kenapa tidak kita tuduh UMNO , Kesultanan dan Agung serta rakyat pada masa itu keseluruhan kerana tidak mengambil langkah wajar terhadap menghukum kerajaan pada waktu itu.

Saya tidak memperkecilkan Raja Petra tetapi janganlah sampai semua ini adalah niat dan arah tuju tertentu yang merugikan kita tetapi menguntungkan pihak tertentu.

 

 

Bagaimana hormatnya saya kepada Blogger Raja Petra Kamaruddin tetapi ini agak keterlaluan dan mungkin memberi implikasi yang buruk kepada dirinya !

Petikan dari Blog Raja Petra Kamaruddin:

Hey Umno! Yes, you, Umno! You, who accuse me of being seditious and who should be detained under the ISA. I, Raja Petra Bin Raja Kamarudin, is not only accusing you of being seditious, I am also accusing you, Umno, of being the cause of an unknown number of deaths suffered in the 13 May 1969 race riots.

Anuar Mohd Nor - laman arahkita pernah dilabel oleh beberapa laman web sebagai Dangerous Web Site yang membicarakan mengenai soal-soal rasis. Namun perbicaraan itu adalah sekitar bertukar-tukar pendapat dan tidak menuntut sebagai peningkatan semangat negatif dalam hubungan sesama kaum. Namun apa yang tertera dalam laman web malaysia-today.net - khususnya menuduh UMNO sebagai punca pembunuhan sewaktu 13 May 1969 adalah terlampau umum yang akhirnya mampu menaikkan tuduhan tambahan, keraguan lain dan khususnya akan menimbulkan kecurigaan dan kebencian antara kaum. Raja Petra harus membuat “specific allegation” kerana menuduh UMNO secara terbuka seakan menuduh parti dominasi Melayu yang akhirnya akan menimbulkan bukan sahaja kecurigaan malah kebencian terhadap Melayu.

 Ini benar-benar merisaukan saya, namun kalaulah wujud teori – teori terjadinya 13 Mei 1969 berlegar sekitar  perebutan kuasa dalam UMNO dan beberapa aspek desakan perubahan sosial, adakah tidak mungkin Raja Petra Kamaruddin juga menyarung “jersey” yang sama, dalam satu pasukan? (Fikirkan maksud ayat ini kalau perlu hubungi saya)  Saya harap tidak, sungguhpun ada syaitan yang membisikkan ini kepada saya perkara itu, nauzubillah. Kita perlu kendurkan semula perkara ini, rakyat perlu memainkan peranan penting untuk menolak racun-racun yang mahu ditaburkan, tidak kira oleh siapa. Jangan terpedaya dan jangan pula kita leka. Kita boleh berbicara, berhujah dan berceritalah mengenai potongan kek antara ras, hak keistimewaan dan apa sahaja dalam persekitaran perbincangan, tetapi tuduhan membunuh kaum tertentu, tuntutan darah dan sebagainya bukan satu perbincangan atau pendedahan kepincangan tetapi adalah satu sandaran berniat dan motif yang mungkin tidak baik. Fikirkan dan klik sini untuk diskusi secara terbuka dalam topik bagaimana memupuk kesejahteraan dan keharmonian antara kaum.
 

 

Negara Islam atau Negara Sekular klik sini

 

Email berikut yang kami terima memaklumkan 2 perkara, satu kiriman boss.lama@yahoo.com, berikut emailnya:

Tahniah! Rais buat keputusan bijak

Sebagai bekas penyokong dan pendokong Parti Semangat 46 yang telah  terkubur, tetapi masih menyanjung kepimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh  (Ku Li) dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saya amat berbangga dengan  keputusan drastik Dr Rais menarik diri dari pencalonan Malaysia untuk  bertanding sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

Strategi busuk dari Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang segera  dihidu oleh Dr Rais amat bertepatan sekali kerana budak-budak hingusan  itu ingin menamatkan riwayat politik Dr Rais dalam Malaysia yang  dilihat amat berpotensi untuk mencabar kepimpinan Bapa Mertua Khairy Jamaluddin yang sering tidur ketika bermesyuarat itu. Dengan menerima  jawatan tersebut dan seterusnya menang (dijangka Dr Rais mudah menang)  akan menamatkan karier politik Dr Rais dalam negara.

Saya sangat menyokong sebarang rancangan untuk menyatukan semula dua regu utama (Ku Li dan Dr Rais) untuk memimpin Umno dan seterusnya memimpin Malaysia. Kembalinya mereka berdua ke kancah utama politik negara dilihat mampu memulihkan semula kedudukan ekonomi negara dan kemajuan ekonomi Melayu.

Saya amat yakin kepimpinan Ku Li sebagai Perdana Menteri dan Dr Rais sebagai timbalannya akan membawa Melayu mencapai bukan sekadar 30% pegangan ekuiti dalam negara, bahkan sehingga ke tahap yang lebih daripada itu.

Saya juga turut yakin bahawa usaha Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menobatkan Ku Li sebagai Perdana Menteri akan kunjung tiba kerana barang diingat Dr Mahathir amat pintar mengatur strategi politik.

Tahniah Dr Rais di atas keputusan bijak saudara menarik diri dari pencalonan ke jawatan bodoh itu! - Dato kurnian Terengganu

dan satu lagi dari : johan mohamad <johan_4590@hotmail.com> berikut emailnya:

Shahidan Kassim akan hilang jawatan MB Perlis

Perlis akan menyaksikan pertukaran jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya umum tidak lama lagi. Jawatan yang sedang disandang oleh Shahidan Kassim itu akan terlepas ke tangan seseorang yang siapapun tidak akan jangkakan perlantikannya melainkan namanya sekarang masih menjadi rahsia dalam genggaman rapi Pak Lah dan pemimpin kepercayaannya yang berada di sekelilingnya. Shahidan akan dinasihatkan supaya bersara daripada politik dan seterusnya dikurniakan laluan mudah untuk diangkat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau yang telah diteliti profilnya oleh circle of Pak Lah dilihat mampu mengangkat kembali maruah bola sepak negara.  Dengan itu, Shahidan bolehlah melupakan mimpi indah untuk bertanding sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno tahun hadapan. - Orang penting Pak Lah

dan mungkinkah Shahidan Kassim dan Rais Yatim akan digugurkan oleh Pak Lah. Sama - sama kita tunggu.


 

WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR - rakyat dituntut bangkit

Kedaulatan  negara tercabar? Kita membenarkan tanah kita dijajah dengan model penjajahan terbaru? Kita hanya membiarkan tanpa pembelaan. Adakah WPI sebenarnya penjualan hak rakyat Malaysia dan merupakan satu keputusan kerajaan yang menguntungkan hanya beberapa kerat orang. Ada yang mengatakan bahawa rakyat Melayu harus bangkit menentang WPI seperti mana orang-orang Melayu menentang Malaysia Union. Mungkin WPI adalah satu contoh yang mana kita menjual hak kita untuk keuntungan orang tertentu. Mungkin sudah tiba masanya Prowaris mendedahkan secara keseluruhan 20 perkara dalam memorandum kepada Pak Lah

 

LAMAN PUNGUTAN SUARA RAKYAT TERHADAP WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Lawati Segera klik pada gambar

 
 


GERAKAN PROWARIS-MAPAN MEWAKILI RATUS RIBUAN BANGSA MELAYU YANG MAHUKAN POLISI-POLISI WPI DIPERKUKUHKAN
26 Julai 2007

Kemampuan PROWARIS dalam mengumpulkan fakta serta kupasan tuntutan mereka dalam masa yang begitu singkat, saya lebih tertarik dengan usaha mereka bergabung dengan Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN), sebuah gagasan yang mempunyai kekuatan ratus ribuan ahli-ahli pelbagai NGO Malaysia untuk berjuang bersama mereka.

Apabila NGO-NGO mula bergabung bersama PROWARIS, ini menunjukkan organisasi tersebut sudah mempunyai kekuatan dari aspek kepimpinan dan gerak-kerja yang berkesan. Melihatkan situasi NGO-NGO sudah bersatu, ia memberi kesempatan kepada pemimpin-pemimpin NGO untuk memimpin dan mempengaruhi pentadbiran negara seperti negara-negara maju di dunia.  Jika benar bahawa Ahli-Ahli Majlis Tertinggi GAPENA, Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), persatuan-persatuan silat bersetuju dan menyokong penuh kesemua tuntutan ProWaris itu, sudah pasti ia akan menyemarakkan semangat untuk memperkukuhkan polisi WPI di peringkat akar umbi.

Kita mulakan gerakan dengan ratus ribuan dahulu. Kita lipat gandakan kepada angka jutaan, dan kemudian puluh jutaan, demi nama Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja dan Negara.

Perjuangan Menentang WPI = Perjuangan Menentang Malayan Union?

RAIS SATIMIN
Penganalisis Perjuangan Melayu & Islam

 


www.arahkita.blogspot.com

Topik diskusi panas sepanjang Februari ini dalam arahkita


Yang Buruk dalam UMNO - REFORM 22/11/2006
klik sini

 

www.sangkelembai2006.blogspot.com

02/08/2007 Seperkara lagi yang perlu di ingat bahawa dalam keadaan mendukung jiwa mengampu jangan sampai terlupa asas yang sebenarnya Malaysia ini wujud. Tidak salah jika gambar-gambar pejuang kemerdekaan Malaya atau Malaysia dipasang bersama seperti Tun Tan Cheng Loke, Tun V. T Sambhantan dan ramai lagi supaya generasi warganegara Malaysia bukan Melayu dapat menghayati bulan kemerdekaan ini. Janganlah terlalu dipolitikkan kerana sejarah membuktikan bukan UMNO sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan, parti-parti lain pun terlibat sama seperti PKMM, IMP malah PKM-Parti Komunis Malaya pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan yang sangat terasa dalam bulan kemerdekaan ini sekeping gambar YDP Agung pertama tidak dipaparkan. klik sini

 


FERIZ OMAR DAN PROWARIS BERCAKAP KOSONG DAN BERMAIN WAYANG?

Sesungguhnya laporan laman web www.umno-reform.com , www.malaysiatoday.net dan www.prowaris.org yang memaparkan Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) mengeluarkan tuntutan terhadap WPI telah menutup dan mematahkan semua kemusykilan bahawa Presiden PROWARIS itu sebenarnya tidak bercakap kosong dan tidak bermain wayang, mereka benar-benar bermaksud dalam tindakan perjuangan mereka.

Sebenarnya kemusykilan kita terhadap perjuangan seperti PROWARIS ini adalah kerana terdapat terlalu ramai pemimpin Melayu yang begitu mudah menabur janji tetapi satu pun tidak dikotakan; begitu ramai pemimpin Melayu yang masih lagi berminat untuk mempromosikan diri dengan menjatuhkan pemimpin Melayu yang lain; dan ramai juga yang amat suka dengan permainan politik murahan untuk mencacat-celakan pemimpin-pemimpin Melayu melalui gosip serta fitnah. Sememangnya, stigma inilah yang melanda pemikiran teman-teman Maktab Melayu Kuala Kangsar yang seangkatan dengan saya yang senatiasa mempunyai 1001 kesangsian terhadap pemimpin-pemimpin Melayu hari ini.

Tetapi Pemimpin Tertinggi PROWARIS yang seorang ini bersama dengan apa yang dipanggil beliau sebagai "Kumpulan Profesional Melayu Muda Terpilih" telah membuktikan dengan ikhlas dan gigihnya menghasilkan Dokumen 20 Tuntutan PROWARIS-MAPAN Terhadap WPI dalam tempoh yang begitu singkat sekaligus menepati mengapa terjahan Feriz dibuat ke atas nendanya, Tun Musa mengenai isu WPI semasa Legasi Tun Razak tempohari.

"Kumpulan Profesional Melayu Muda Terpilih" ini dikatakan telah sanggup "berhempas-pulas dan bersengkang mata" menghasilkan suatu dokumen yang disandarkan kepada analisa terperinci dibentangkan secara profesional oleh ahli-ahli profesional Melayu daripada pelbagai bidang seperti pakar-pakar ekonomi, undang-undang, perbankan, akauntan, jurutera dan ramai lagi. Perkataan-perkataan ini dicedok bulat-bulat daripada kenyataan beliau dalam prowaris@yahoogroups.com .

Emosi yang berfaktakan hujah yang dikumpulkan oleh anak-anak Melayu muda ini seolah-olah menyampaikan pesanan kepada pemimpin sekarang untuk tidak memporak-perandakan Malaysia kerana jika tidak, generasi Melayu Muda yang mewarisi negara hanya mampu hidup di pinggiran dan terus ketinggalan.

Dengan arus pembangunan dan gaya hidup materialistik hari ini, ada juga yang benar-benar ingin berjuang seperti Zaman Sebelum Merdeka, ataupun mungkin kerana mereka sedar bahawa perjuangan terhadap WPI ini adalah sama seperti perjuangan menentang Malayan Union?

PERJUANGAN WPI = PERJUANGAN MALAYAN UNION ?



RAIS SATIMIN
Penganalisis Perjuangan Melayu & Islam
26 Julai 2007


Wilayah Pembangunan Iskandar - Pro Waris pertikai polisi dalam memelihara kesucian Agama Islam , hak kepentingan Bangsa Melayu dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara

Apabila ditanya mengenai mengapa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN dihimpunkan, Feriz menjawab "ProWaris-MAPAN tidak sama-sekali menolak pembangunan negara, namun setelah mengkaji segala dokumen berkaitan dengan WPI seperti Program Pembangunan Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Comprehensive Development Programme (CDP), Polisi-Polisi Hartanah dan Akta IRDA 664, ProWaris-MAPAN merasakan bahawa terdapat banyak polisi-polisi WPI yang boleh dipertikaikan dan perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian Agama Islam, hak kepentingan Bangsa Melayu dan yang lebih penting dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara kita". KLIK SINI
 


Prowaris bukan menghalang pembangunan tetapi mahukan pembangunan itu sejajar dengan kepentingan agama, bangsa dan negara kita dan bukan negara luar yang lain- Editor 1.

Sebenarnya dalam isu Wilayah Pembangunan Iskandar kami di fahamkan bahawa terdapat kelemahan- kelemahan yang perlu diselesaikan khususnya yang melibatkan kedaulatan negara. Pro Waris yang diterajui oleh Sdra Feriz Omar membawa kita menyedari hakikat sebenar WPI. Ini bukan soal jadi pembangkang, ini soal penyatuan dan membela nasib orang - orang Melayu dalam alaf yang mencabar ini. Saya secara peribadi memberi hormat pada Feriz Omar dan anggota Prowaris yang penuh dedikasi mahu mempertahankan agenda Melayu. Perjuangan Pro Waris perlu dilihat oleh generasi baru Malaysia kerana sehingga hari ini Prowaris yang sama nampak lebih telus dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara tanpa sekatan wadah politik - Syabas dari Anuar Mohd Nor
 

     

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com