|
Ayuh kita sama - sama membuat penilaian mereka yang sebenarnya
- perlu diubah dengan kes - kes yang bukan sahaja membelakangi
rakyat tetapi mengkhianati rakyat. Kita senaraikan sehingga
pilihanraya akan datang. Mereka adalah -
YANG BURUK DALAM SENARAI UMNO-REFORM lalukan
"tetikus" pada gambar untuk diskrisi nama
PENTING : BAHAGIAN INI AKAN
DIKEKALKAN SEHINGGA PILIHANRAYA AKAN DATANG UNTUK MEMBOLEHKAN KITA
MEMILIH WAKIL KITA KELAK
|
Signs of Stress -
newsweek |
|
|
| |
|
|
Why is former prime minister
Mahathir Mohamad taking swipes at his successor? It
may be because Malaysia's cozy consensus is
beginning to unravel.
Abdullah entered office by declaring
himself "the prime minister for all Malaysians." But
he's presided over a period of resurgent Malay
nationalism, shot through with Islamic overtones. At
a recent national meeting of Muslim preachers,
participants roundly condemned pluralism and called
for a government review of a policy that encourages
citizens to attend the festivals of other religious
and ethnic groups. "There's the misperception that
this is the land of moderate Islam," says Aloysius
Mowe, a Kuala Lumpur-based Islamic scholar. In May,
Muslim mobs broke up a forum being held on Penang
Island to discuss religious pluralism and
constitutional protection for minority religious
rights. Forum organizers said the message was clear:
attempts to equate other religions with Islam in
Malaysia will be met with violence. Malay
politicians routinely make veiled references to a
possible reprise of rioting if minority parties are
perceived to be gaining too much strength.
klik sini
|
|
Kenyataan Media
Perdana Menteri tidak komited bersih nama - GERAK
Siasat peyelewengan Pak Lah dan Mahathir - GERAK
Umno Kurang Senang, kata Najib |
| |
|
‘‘Keputusan
MT itu bukan menandakan kepimpinan parti takut untuk
mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir, cuma buat
masa ini parti tidak mahu mengambil sebarang
tindakan,’’ katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat MT UMNO, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri
menegaskan, ini tidak bermakna Dr. Mahathir kebal
daripada dikenakan sebarang tindakan jika melanggar
peraturan dan perlembagaan parti. Utusan Malaysia -
klik sini |
|
 |
KUALA LUMPUR: Brendan Pereira will end his
term of service as group editor of the New Straits Times on
Dec 31.
Pereira joined the NST in 2004 as executive editor. He has
been group editor for more than a year. The company said
deputy group editor Syed Nadzri Syed Harun would be
appointed group editor designate on Dec 1. He will assume
the post of group editor on Jan 1.
|
|

Lagi Skandal Zakaria
didedahkan oleh NST
klik sini |
| |
|
Ini hanya membuka pekung kepimpinan Melayu. |
|
|
|
Pendedahan
ini perlu - bukan untuk menjatuhkan Pak Lah, tetapi untuk
menceritakan bagaimana kehadiran segelintir kepimpinan
Melayu mengkhianati Melayu dan akhirnya Melayu tercicir dan
terpinggir. Inilah yang perlu kita Melayu dan kita dalam
UMNO fikir dan teliti. Adakah mereka layak dan adakah mereka
sepatutnya diganti dari terus mewakili Melayu sekadar untuk ditunggangi
, disedut keringat mereka dan akhirnya dicampak sebagai
Melayu hina dalam negara sendiri. Kita harus memulakan
langkah - langkah untuk mengenal pasti siapa antara kita
yang sepatutnya dipinggirkan dan siapa antara kita yang
sepatutnya hadir untuk membela Melayu. Apa pendapat anda
klik sini
|
Segala bentuk pendedahan cacat cela pemimpin yang
terhidang sejak Abdullah memerintah adalah satu pendedahan demi
kesedaran rakyat jelata. Kini lah masanya media dianggap SEDIKIT
longgar dan SEDIKIT berani untuk mendedahkan kelemahan, kebaculan
PBT, agensi kerajaan serta kepimpinan yang ada.
Sayangnya, masih ada yang bangang, apabila setiap pembongkaran SALAH
LAKU pemimpin di dedahkan, maka ada pula yang menyebelahi pemimpin
tersebut, sehinggakan pemimpin sendiri tidak sedar bahawa mereka
SALAH.
klik sini
|
PENDEDAHAN
Surat ini ditujukan khas kepada kepimpinan Parti Keadilan
Rakyat Malaysia oleh Ezam Mohd Nor bertarikh 18 Oktober
2006. Surat ini kirim melalui email dan modifikasi saiz
dibuat untuk siaran. Perpecahan dikatakan bermula dari
tindakan - tindakan kerakusan untuk menjawat jawatan penting
dalam parti oleh sesetengah pihak dan fitnah ke atas Ezam
Mohd Nor yang dikatakan memasang strategi untuk menajwat
jawatan penting dalam Keadilan. Ini penting untuk masa depan
politik dan peluang untuk menjadi calon bagi Keadilan dalam
pilihanraya akan datang.

baca surat tersebut dalam bentuk imbasan,.
klik sini
|
| |
|
Beberapa email yang kami terima
|
|
|
- Bahaya Di Sebalik Usaha Pemecatan
Tun Dr M Dari 3 GLC, Terutama Sekali Petronas
klik sini
- GERAK serah bukti Korupsi Mahathir
dan Abdullah
klik sini
- Akhirnya Ezam pergi jua
klik sini
|
| |
Lagi
malang buat Angkatan Muda Keadilan
Menurut satu email yang kami terima lewat
petang tadi, memaklumkan beberapa EXCO akan menuruti jejak
Ezam Mohd Nor dan meletakkan jawatan mereka. Berpandukan
kepada email tersebut dimaklumkan bahawa Timbalan Penerangan
Angkatan Muda yang kini dilantik menjadi Penolong Setiausaha
AMK yang merupakan tokoh reformasi akan turut meletakan
jawatan bagi mengikuti jejak Ezam untuk berada dalam GERAK.
Ini menurut email tersebut menyempitkan kehadiran tokoh -
tokoh reformasi dalam struktur parti. Dimaklumkan bahawa En
Badrul Hisham gagal dihubungi untuk komen dan tidak
menghadirkan diri sewaktu perlantikan En Shamsul Iskandar
Mat Akin sebagai pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan.
|
| |
 |
|
AJK UMNO Klang - kekalkan Datuk Zakaria
ahli Majlis |
|
Inilah yang mereka capai. Inilah UMNO. Mereka
akan menyokong - terus menyokong sungguhpun mereka tahu ini
adalah kesalahan dan kesalahan ini bukan disebabkan oleh
ketidaktahuan Datuk Zakaria - kesalahan ini adalah kerana
Dato Zakaria membelakangi peruntukan undang - undang
kerana memikirkan MPK adalah dibawah bidang kuasa beliau.
Datuk Zakaria bagi kami bukan sahaja harus dipecat dari MPK
malah jawatan dalam Bahagian UMNO perlu dikaji semula dan
kedudukan beliau sebagai ADUN tidak perlu dikekalkan pada
piliharaya akan datang.
Persoalannya adalah ini juga amalan menteri -
menteri yang ada? Sokong tidak kira betul atau salah. Ini
sebenarnya merugikan UMNO dan menyebabkan imej UMNO tercemar.
Kita lihat mereka yang menyokong terus Datuk Zakaria -
gambar dari Metro
|
|
TIME talks to former Malaysian leader Mahathir Mohamad -
click here
Malaysia's
former Prime Minister Mahathir Mohamad is 81 years old, but
he was as combative as ever when he met recently with TIME's
Hannah Beech and Baradan Kuppusamy in his plush office in
Malaysia's administrative capital, Putrajaya. They spoke of
his feud with his handpicked successor, Abdullah Ahmad
Badawi, his legacy, and why the developing world needs a
champion:
click here
if the original Time
link is not accessible
click here
|
|

Ezam pada sidang media - gambar dari
www.malaysiakini.com |
|
Perletakan jawatan adalah
perpecahan - menurut email yang kami terima |
|
Email yang diterima kemungkinan datang dari
ahli Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat dengan kenyataan "
jangan perbodohkan kami seperti mana pemimpinan UMNO
memperbodohkan ahli - ahlinya" Email ini merujuk kepada
kenyataan media Ezam Mohd Nor yang memberi alasan perletakan
jawatan adalah kerana mahu menyerahkan tampok kepimpinan
kepada mereka yang lebih muda dengan gaya yang baru. Itu
bukan sebabnya, kenapa tidak tunggu sehingga tamat tempoh
dan bertindak melepaskan jawatan dan bukan
meletakan jawatan - menurut email tersebut. Kita tahu
tetapi pemimpin mengambil sikap untuk tidak berterus terang
mengenai sengketa yang ada, tindakan mendahulukan kronis dan
sikap kacang lupakan kulit. Presiden gagal bertindak -
mengambil sikap tidak acuh dan tidak prihatin kepada senario
yang ada dan hari ini Ezam Mohd Nor dan beberapa kepimpinan
Angkatan muda meletak jawatan. Antara yang digariskan oleh
email tersebut adalah penghapusan tokoh - tokoh reformasi
dalam parti untuk membawa keadilan kepada satu organisasi "
total political entity" dengan menolak pengertian perjuangan
asal. |
Ini semua kerana sikap kronis dan Anwar Ibrahim hanya
pandai menasihati tetapi gagal melihat kiri dan kanan beliau. Kini
yang hadir dikelilingi beliau adalah mereka yang "menempek"
berselindung disebalik perjuangan orang lain dan mengaut keuntungan
dari pengorbanan mereka untuk perjuangan reformasi. Inilah punca
kenapa Angkatan Muda Keadilan

semakin lama semakin berjauhan dan inilah kerana
golongan mereka yang mengandar beban perjuangan reformasi semakin
tersisih dan semakin menyepi. Ini puncanya dan inilah sebabnya
sehingga ada yang kini terus menyepi. Untuk mereka ini Anwar dalam
kenyataan beliau mengatakan mereka sudah letih - walhal sebenarnya
mereka kecewa dengan Anwar Ibrahim sungguhpun tidak pernah menyesal
dengan perjuangan yang dilakukan demi agama dan bangsa.
Ezam kecewa dengan mainan politik Azmin merupakan
salah satu lagi sebab yang digariskan dalam email tersebut. Azmin
kini mengambil peranan sama sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan
Perdana Menteri. Azmin kini mencaturkan tempat dan Ezam kecewa.
Sungguhpun Ezam tidak menceritakan tetapi ramai ahli -ahli Angkatan
Muda tahu kedudukan Ezam dan Azmin. Masalah perang saraf Azmin
dengan menggunakan SMS kononnya Ezam mahukan tempat yang lebh tinggi
dalam parti adalah keterlaluan.
klik sini
|
UMNO Bahagian Kelang terus
sokong Datuk Zakaria |
|
Surat perletakan jawatan
EXCO AMK kami perolehi |
|
TV3
dalam laporannya memaklumkan bahawa Ketua Penerangan UMNO
Bahagian Kelang mengatakan bahawa mereka masih setia
dibelakang Dato Zakaria dan akan memaklumkan kepada UMNO
Negeri mengenai keputusan tersebut.
Ini benar - benar menunjukkan tahap sokongan
tidak berbelah bagi, sungguhpun kepada Ketua yang berlaku
curang dalam memimpin Majlis Perbandaran Kelang. Ini adalah
orang yang tahu mengenai prosedur tetapi membelakangi
prosedur sedangkan menetapkan prosedur ini kepada rakyat
lain. Sebenarnya ini bukan sahaja mencemar imej Majlis
Perbandaran Kelang tetapi juga Selangor sehingga
Sultan terpaksa masuk campur dan mendesak perletakan
jawatannya atas alasan memalukan Selangor. UMNO juga perlu
mengambil ikhtibar dengan keputusan Sultan Selangor kerana
Datuk Zakaria juga memalukan UMNO.
Zakaria dengan kes terbaru mengenai premis "Satay Shop"
menunjukkan bahawa beliau bukan tidak tahu peruntukan
perundangan tetapi mengambil tindakan membelakangi undang -
undang dengan bersandarkan kedudukan beliau dalam Majlis
tersebut.
|
Sungguhpun harakahdaily.net memaparkan bahawa En Azwanddin
Hamzah masih tersenarai dalam barisan kepimpinan Angkatan
Muda Keadilan Rakyat tetapi berikut adalah surat perletakan
jawatan EXCO tersebut. Kami dimaklumkan bahawa beliau
meletak jawatan lebih awal dari perletakan jawatan Ezam Mohd
Nor dan Faizal Sanusi
klik untuk paparan lebih besar
|
|
Petikan media dan komen |
|

Gambar dari The Star - penyokong
Zakaria dan ahli dari parti pembangkang bergaduh di hadapan
Istana Zakaria. Ada juga mereka dari UMNO menyokong
Zakaria selepas berbagai kesalahan termasuk memalukan UMNO
dan kerajaan Selangor? Bagi umno-reform, tidak payah
kita menyokong orang seperti Datuk Zakaria ini.
|
|
Umno leaders continue to chide Dr M over spat
klik sini
Di SUNGAI PETANI, Menteri Penerangan, Datuk
Seri Zainuddin Maidin mahu Dr Mahathir segera berhenti
daripada membuat pelbagai kritikan dan pendedahan yang hanya
akan memalukan bangsa Melayu.
Katanya, kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri
dikhuatiri hanya mendedahkan ‘pekung’ bangsa Melayu
kerana ada pihak khususnya media bukan Melayu memerhati
dengan menunggu pendedahan ‘siapa yang dapat itu dan ini’.
baca selanjutnya Berita Harian
klik sini
umno-reform -
Datuk Zainuddin Maidin - mendedahkan
pekung Melayu atau kepimpinan Melayu ? Nampak lebih kepada
pendedahan pekung kepimpinan Melayu. Tapi mungkin benar -
kerana Melayu memilih pemimpin yang gagal memegang amanah.
|
|
Pembelaan terhadap Pak Lah
- meludah ke langit |
|
|
|
Adakah mereka sebenarnya memperjuangkan nasib rakyat atau
nasib mereka sendiri. Kini mereka dalam kabinet Pak Lah,
melaung - laungkan slogan - kami menyokong Pak Lah biar
apapun kepincangan yang dilakukan oleh beliau seperti kami
menyokong Mahathir biarpun apa keburukan dan kejahatan yang
dilakukan. Adakah ini tidak memburukkan mereka sendiri?
Adakah ini tidak menunjukkan kualiti rendah kepimpinan UMNO
yang ada?
klik sini
|
|
|
|
Ezam Mohd Nor, Ketua Angkatan Muda
Keadilan Rakyat dan Faizal Sanusi Timbalan Ketua
Angkatan Muda Keadilan adalah mereka yang meletak jawatan
dalam sidang akhbar tadi. Sungguhpun begitu kami difahamkan
bahawa Azwanddin Hamzah salah seorang Exco Angkatan
Muda Keadilan telah lebih awal meletakan semua jawatan dalam
pada semua peringkat baik pusat mahupun bahagian dan
cawangan. Pihak
www.umno-reform.com akan berusaha mendapatkan kenyataan
media beliau berhubung dengan perletakan jawatan tersebut.
klik sini untuk membaca laporan dari harakahdaily.net
|
| |
|
Retak
Parti Keadilan Rakyat Malaysia di Aidil Fitri
|
|
|
|
Dua SMS diterima dan tarikh kedua - dua
tersebut adalah jemputan : Ke rumah terbuka Anwar Ibrahim
dan Dr Wan Azizah pada 29/10/2006 antara jam 2.30 petang
hingga 6.30 petang dan
SIDANG MEDIA PERLETAKAN JAWATAN EZAM MHD
NOR SEBAGAI KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
pada 29hb Okt 12.00 , Brickfields (sebelah
monorail KL Sentral atas Hong Leong Bank)
Apakah sebenarnya berlaku dalam Keadilan? Ini
adalah satu persoalan yang perlu dijawab? Ezam Mohd Nor
sememangnya sudah menetapkan tidak akan bertanding sebagai
Ketua Angkatan Muda pada pemilihan akan datang dan telah
menetapkan had umur bagi memegang jawatan Ketua Angkatan
Muda tetapi kini mengambil tindakan drastik untuk meletak
jawatan. Adakah benar terdapat spekulasi bahawa ada usaha
untuk mengucar kacirkan parti untuk membuka laluan bagi
menyertai UMNO dan ada usaha ke arah pembubaran PKRM atas
sebeb - sebab teknikal. Sumber yang kami terima juga
mengatakan bahawa perletakan jawatan ini adalah akibat
konflik yang timbul antara Ezam Mohd Nor dengan Azmin Ali
dan Anwar Ibrahim GAGAL menangani masalah yang
berlarutan dalam keadilan. Ahli - ahli Keadilan juga
dikatakan terumbang ambing dan ada laporan yang kami terima
bahawa ahli - ahli Parti yang berbangsa Melayu menolak
beberapa dasar Parti Keadilan Rakyat yang tidak akan
bertindak mempertahankan hak - hak keistimewaan orang
- orang Melayu. Menurut satu sumber - Parti Keadilan Rakyat
Malaysia kini diambang perpecahan akibat mainan politik yang
melampau sehingga pejuang - pejuang era Reformasi kini
mengundurkan diri dari terus menyertai Keadilan. Sumber juga
diterima bahawa beberapa nama besar dalam Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat yang turut berjuang sewaktu era
reformasi TELAH meletak jawatan.
|
| |
|
Kenapa saya kritik
Perdana Menteri adalah kenyataan media Dr Mahathir Mohamed
-
klik sini
|
|
|
JItu
sebab ada pepatah tua mengatakan "Setiap orang mampu membicarakan
mengenai cuaca, tetapi tak seorang pun yang mampu melakukan sesuatu
terhadapnya", begitulah Abdullah Hj Ahmad hanya berkata bahawa
serangan Dr Mahathir Mohamed pedih dan berbisa tetapi tidak mencari
penawarnya untuk menghilang pedih dan bisa tersebut. Begitu juga
jongos-jongos masyarakat kambingnya. Walau pun usaha sudah dibuat
menemukan mereka tetapi oleh kerana berdasarkan ego, kesombongan
yang ada pada Abdullah Hj Ahmad maka matlamat tidak akan kesampaian.
klik sini
|