Berita hangat mengenai UMNO, ahli, kepimpinan, berita panas & sensasi hantar mesej - taip UR  NEWS REG hantar ke 36606 *

Daftar untuk membaca taip UR NEWS REG hantarkan kepada 36606**  Klik Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no telefon anda adalah kata laluan) sila SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com



 

Salam, pihak www.umno-reform.com mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang melayari laman kami. www.umno-reform.com akan kembali aktif pada hari Isnin 07-11-2005 ( minggu hadapan ). Semoga semua pembaca akan terus bersama www.umno-reform.com

PEKIDA BUKAN MAFIA
malay_brotherhood@yahoo.com.my
Ahmad

Pesanan: Assalamualaikum.

Tahniah saya ucapkan kepada UMNO reform yang telah menjadi salah satu  lama web politik yang aktif.Saya amat berharap agar saudara editor meneruskan usaha murni dalam menjadi pengimbang dalam arena media  politik negara. Cuma saya agak terkilan oleh satu artikel UMNO reform yang melaporkan tentang PERKIDA. Saya berpendapat UMNO reform perlu mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum terus melabelkan PERKIDA sebagai pertubuhan haram. Ini adalah kerana pertubuhan itu adalah  pertubuhan yang telah didaftarkan. Usaha-usaha pertubuhan perkida seperti pengumpulan derma bagi yang memerlukan dan perniagaan untuk orang melayu perlu juga dinyatakan agar semua sedia maklum. PERKIDA  ialah pertubuhan yang cuba mengangkat martabat melayu dalam berpesatuan yang berteraskan kebajikan. Saya mempunyai ramai rakan yang meanggotai
PERKIDA dan mereka bukanlah MAFIA(pertubuhan jenayah)melayu seperti yang dinyatakan oleh UMNO reform.Ini kerana mereka tidak melakukan jenayah terancang seperti modus operandi sebuah organisasi MAFIA. PERKIDA adalah pertubuhan yang cuba untuk merapatkan hubungan orang melayu dalam semua cabang seperti pendidikan, ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan  agama. PERKIDA bukanlah sebuah secret society seperti kongsi gelap cina  ataupun yakuza jepun.  Saya amat berharap UMNO reform dapat menjelaskan perkara ini. jika pihak editor tidak keberatan siarkan e-mail dan komen saya.Saya  inginkan respon dari pihak editor dan juga pengunjung laman web UMNO reform. sekian terima kasih .~ editor memang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PEKIDA dan diharap wakil mereka dapat menghubugi editor pada talian 012-6544762 untuk maklumat lanjutan.

Kemelut GPMS - Kenyataan Media PAS

 

Kemelut GPMS : Luahan hati seorang ahli
 

Mengapa GPMS tidak bertindak sebagai sebuah badan yang membela terhadap isu Metematik dan Sains walaupun jelas gagal, sebaliknya menjadi pak turut kepada dasar yang ada. Kenapa tidak berani melanggar arus untuk memastikan pendidikan orang melayu terbela. Mengapa sekarang isu-isu terhadap pendidikan orang-orang melayu diberikan penekanan didalam agenda pertelingkahan jawatan dalam GPMS. Kenapa selama ini isu-isu sepertimana penyekatan Sekolah Agama Rakyat (SAR), GPMS dan mereka yang hendak bertarung didalam perebutan pertandingan ini berdiam diri terhadap isu tersebut.  KLIK SINI

Melihat kepada realiti semasa dan desakan akar umbi, rasanya telah tiba masa untuk Datuk Suhaimi Ibrahim mengundur diri dan memberikan peluang kepada barisan kepimpinan muda untuk mengambil alih tampuk pemerintahan GPMS sekaligus menamatkan segala konflik yang melanda GPMS. Saya yakin dan percaya Datuk Suhaimi cukup matang dan mampu berfikir dengan rasional. Justeru itu, langkah mengundurkan diri bukan hanya akan menamatkan konflik yang melanda malah beliau juga akan lebih dihormati dengan mengambil keputusan tersebut.
Klik Sini

 

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
www.pemudaumno_jelutong@hotmail.com
 
MEMORANDUM
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JELUTONG
KEPADA Y.A.B DATO SERI HAJI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI , PERDANA MENTERI MALAYSIA (
KLIK SINI)

Abdul Razak Abdul RahmanBerikut adalah Memorandum oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelutung - dikeluarkan oleh Ketua Pemuda, ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN. Perjuangan Melayu adalah tanpa kompromi - begitu kata - kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishammuddin Tun Hussein sewaktu berhujah mengenai isu kebangkitan Melayu sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2005, tetapi setakat ini bila isu penyingkiran peneroka kota - Melayu di Kg Sungai Udang serta Melayu di kota - kota dan hari ini di Jelutung, semua diam takut berbicara.Mujurlah ada segelintir Melayu yang sanggup berusaha menolak kepentingan diri untuk perjuangan demi masa depan Melayu. Tahniah Pemuda UMNO Jelutung - Tiada ada kompromi bila isu Melayu tercabar ~ editor1@umno-reform.com


 


Usaha www.umno-reform.com dalam mengkaji masalah Kesatuan Sekerja dan mencari punca desakan agar Mohd Zubir Bin Mohd Basri (DGTU) harus dipersalahkan sehingga kerajaan Malaysia di tuduh melakukan "union busting" hampir selesai. Kami telah menghubungi Datuk Rahman Bakar dan beberapa pertemuan di buat dengan wakil beliau, Nik Yahya dalam membincangkan mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Kami akan menghubungi Timbalan Menteri Sumber Manusia untuk memaklumkan beberapa perkara termasuk beberapa senario yang mampu meletakkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan yang berhasrat untuk menghapuskan kesatuan - tidak mengalakkan berkesatuan. Walau bagaimanapun isu ini akan kami sambung selepas Hari Raya - dimana beberapa pertemuan dengan pihak Kementerian akan di adakan. Apa pun UMNO -REFORM akan mendalami isu ini dan akan bertindak melapor apa yang kami ketemui. Kami menyokong penuh perjuangan pekerja dalam usaha mereka untuk memulihkan hak mereka.
 

Benarkah kerajaan menjalankan "UNION BUSTING"

Pekerja Ambank berpiket pada Hari Jumaat 21hb Oktober 2005 bagi membantah tindakan Am Bank yang dikatakan bukan sahaja menindas pekerja tetapi berusaha agar kesatuan sekerja bank mereka menuruti telunjuk mereka. Mereka menubuhkan kesatuan sekerja dalaman yang ditaja oleh mereka agar kesatuan itu lemah dan hanya menuruti kehendak kapitalis yang dikatakan mengambil untung bukan sahaja dari perniagaan yang dijalankan tetapi kepada keringat pekerja yang diperah dan dikerah. 

NUBE ( National Union Bank Employees) sebagai kesatuan sekerja peringkat nasional agak terkejut dengan tindakan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja - Kementerian Sumber Manusia yang turut mendaftar kesatuan dalaman sedangkan kesatuan sekerja peringkat nasional telah sedia ada. Menurut mereka Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja -   MOHD ZUBIR BIN MOHD BASRI telah cukup mempamerkan diri nya sebagai seorang yang "anti berkesatuan". www.umno-reform.com telah di hubungi dan hadir melihat bagaimana mereka sanggup hadir dalam bulan ramadan - berbuka puasa di hadapan AMBANK Jalan Raja Chulan untuk menyatakan hasrat mereka. Berbagai isu telah di terbitkan oleh NUBE dan beberapa kesatuan sekerja lain mengenai Mohd Zubir bin Mohd Basri menyebabkan kami telah menghubungi Datuk Rahman Bakar mengenai isu ini. Kami telah diberi ruang untuk bertemu beliau sebelum keluaran khas "union busting" yang dikatakan berlaku dalam pentadbiran kerajaan kita.

www.umno-reform.com akan mengulas dengan panjang lebar setelah kesempatan bertemu Datuk Rahman Bakar esok. Apa pun desakan agar AMBANK menutup kesatuan dalaman di teruskan memandangkan kesatuan peringkat nasional telah ada. Dimaklumkan juga - pekerja - pekerja AMBANK tidak seharusnya diugut sekiranya mereka memilih untuk memihak kepada NUBE atau kesatuan peringkat nasional. Pihak www.umno-reform.com turut juga menggesa agar usaha seperti "union - busting" ini tidak wujud dalam kita membicarakan isu - isu peningkatan modal insaniah.


Hikayat khairy Jamaluddin terbitan www.malaysia-today.net dan di terjemah oleh laman marhe@n 

Kami akan menggekalkan artikel Hikayat Khairy Jamaluddin sehingga habis edisi  Hikayat ini oleh www.malaysia-today.net. Di samping itu kami juga akan menyiarkan beberapa artikel mengenai Khairy dalam ruangan khas ini. Kami akan menyusun Hakiyat ini menurut episod yang akan memudahkan lagi pembacaan


Hikayat Khairy Jamaluddin 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |  Mampukah Khairy berdiam ? Klik sini ( keseluruhan)


Aduhai Melayu
- Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ? 

MALAYSIAN PLANTATION BERHAD -  syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan utama oleh syarikat Singapura. klik sini 

DAIMAN BERHAD - Lihat harta Daiman di Johor dan siapakah pemilik syarikat Daiman Berhad klik Sini

TALAM - Mana Melayu? Melayu ada hanya sekadar membantu menyenangkan permohonan - permohonan mereka - Klik sini

ECM LIBRA - dikatakan mahu memiliki FELDA Klik Sini

UNITED MALAYAN LAND BERHAD - UMLAND MILIK SIAPA? Singapura menjadi antara pemegang utama saham syarikat klik sini

 

Sang Kelembai


Apa nak jadi - itulah lagu SM Salim mengenai orang nak kahwin tetapi - Apa nak jadi dengan orang Melayu dan siapakah agak nya yang akan menyanyikan lagu itu untuk orang -orang Melayu.

Pantai Holding telah dimiliki oleh syarikat asing dan sebelum ini entah berapa jumlah syarikat GLC dikuasi oleh Singapura. Inilah yang dikatakan oleh Dato Musa Hitam satu masa dahulu jika kita tidak berwaspada maka neo - kolonialisma akan menjajah kita. Tertarik kita dengan komen Ketua Penerangan UMNO TS Mohamed Mohd Taib yang bimbang akan data kesihatan kepimpinan kita yang berubat di Pantai Hospital , tetapi dia tidak bimbang jika sistem komunikasi kita diketahui oleh pihak lain, dia tidak takut syarikat pelaburan kerajaan akan mengikut telunjuk Singapura kerana Pengarah Pelaburan Khazanah Holding adalah rakyat Singapura.Tidakkah Ketua Penerangan UMNO sedar bahawa sebagai pejuang orang Melayu Antarabangsa, bahawa orang - orang Melayu Singapura tertekan di Singapura tetapi di Malaysia , Singapura dengan sombongnya menguasai tanah, bank dan kepentingan lain.

Sang Kelembai: Pelik lihat sikap orang berpangkat dalam UMNO.

Sang Kelembai - pernah terbit dalam akhbar Watan sebagai segmen mengulas, mengkritik dan menyalurkan idea buat kepimpinan UMNO. Kolum beliau kita ada dalam laman web www.umno-reform.com dan kini mendapat sambutan yang luar biasa. 

Ikuti komen - komen beliau dan klik capaian di bawah untuk mengetahui apa kata beliau mengenai isu - isu semasa. 

Kritikan tajam - pedas - bernas ini di harap dapat membuka mata kita - melebarkan minda kita mengenai situasi kita dalam negara yang kaya aman lagi makmur. 

 
arkib :  KLIK SINI 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas




Berbincang mengenai topik politik sesama UMNO taip UR CHAT REG dan hantarkan ke 36606*


Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762


 

 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

Perkhidmatan SMS Berita dan lain - lain perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat -syarat. Anda boleh menamatkan segera dengan hanya menghubungi editor1@umnoreform.com , terus menghubungi 012-6544762 atau taip UR NEWS STOP 
* caj setiap SMS di hantar
** pendaftaran ini juga bermakna anda bersetuju untuk menerima SMS kiriman laman ini. Semua pendapat dan tulisan adalah untuk mereka yang mendaftar. Mereka tidak dibenarkan menyerah, mencetak dan menyalin dalam apa bentuk sekali pun. Sekiranya di lakukan mereka dipertanggungjawabkan. 

berita sebelum ini 

minggu1okt05 |minggu2okt05 | minggu3okt05 | minggu4okt05

minggu 1 Ogos 05 | mingu 2 ogos 05 | minggu 3 ogos | minggu4ogos05 | minggu1sept05 |minggu 2sept05 | minggu3sept05 | minggu4sept05
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05 | minggu 1 julai 05 | minggu 2 julai 05
minggu 3 julai 05 | minggu 4 Julai 05 | minggu3sept05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com