untuk SMS : 012-6544762

 

Forum terbuka | Maklum balas1| Maklumbalas 2 | Permohonan Email | blog arahkita | Sang Kelembai 

 
 

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU
rahimzain@hotmail.com

Kumpulan yang menamakan diri mereka sasterawan, budayawan, dan cendikiawan yang berkampung di Johor Bharu  baru-baru ini untuk berkongres sekali lagi mengulangi perbuatan ‘sia-sia’ yang bermusim sebagaimana sia-sianya perbuatan membuat resolusi-resolusi sebelum ini oleh mereka. Tidak adakah cara lain yang boleh dibuat bagi mencapai matlamat yang sama dengan segera? Salah satu dari pertubuhan yang menganjur kongres itu sudah beberapa kali mengisytiharkan resolusi dalam perkara bahasa dan budaya dan kehidupan orang Melayu tetapi tidak ada pemimpin besar Melayu yang peduli kepada mereka. Yang dikatakan ‘sia-sia’ itu hanya akan jadi tidak ‘sia-sia’ jika unsur ‘smart’ diambil kira dan dijadikan cara bertindak.         

Dan buat sekian lama masyarakat Melayu telah disesatkan secara didodoikan oleh mereka yang menulis dalam akhbar dan majalah dan yang muncul di radio dan TV mengikatkan jiwa sebahagian besar orang Melayu kepada dunia lama. Tiga atau empat generasi selepas merdeka didodoikan dengan puisi, pantun, sajak, lirik lagu, cerpen dan rencana di akhbar dan radio serta TV seolah-olah orang Melayu hidup tanpa jiran Cina, India dan kaum-kaum lain. Dalam lagu-lagu patriotik dan lain-lain perkara yang ditonjolkan sebagai cara hidup di Malaysia petugas-petugas propaganda membuat orang Melayu lupa daratan dan lupa tentang dunia Malaysia berbilang kaum. Surat khabar yang kononnya mahu memimpin minda rakyat tidak membuka minda rakyat. Sasterawan, budayawan serta cendekiawan yang cenderung bergerak dalam pertubuhan-pertubuhan sastera, budaya, pendidikan dan sosial semuanya  syok sendiri dengan pertubuhan tetapi tidak membimbing orang Melayu masuk mengenali dan menyesuaikan diri dalam dunia pelbagai kaum melalui medan budaya, sastera dan bidang-bidang ekonomi yang mereka terlibat.

Mereka sesama mereka yang bergerak dalam persatuan budaya, bahasa dan sastera mahu dilihat sebagi wira Melayu tetapi perkara-perkara penting yang menentukan maruah dan kepentingan orang Melayu tidak mendapat perhatian mereka secara serius. Di manakah mereka selama ini apabila agama orang Melayu, bahasa orang Melayu, huruf jawi orang Melayu, kuasa Raja Melayu dan banyak lagi yang menjadi perkara yang orang Melayu mahu kekalkan sebagai warisan telah dihakis. Perkara budaya hanya dilihat dari segi seni budaya dan hampir tidak ada di antara cendekiawan  dalam bidang budaya yang mahu melihat kepada budaya yang sedang dilebur dalam masyarakat Melayu dan masyarakat berbilang kaum dalam mana orang Melayu perlu mencari tempat yang selesa. Sekarang baru mereka menggelabah setelah PRU12. Kenapa? Apakah yang telah dibincangkan yang orang Melayu perlu diberi tahu? Kenapakah resolusi diserahkan kepada Sultan? Kenapakah resolusi tidak diserah kepada Perdana Menteri yang menjadi pemimpin Melayu utama yang berdaya memberi kesan kepada apa yang orang Melayu mahu jika apa yang orang Melayu mahu itu memang hak orang Melayu? Orang Melayu yang baru bangun dari tidur selama ini memang bermasalah dan masalah mereka perlu dibendung.

Kenapakah sasterawan Melayu, budayawan Melayu dan cendekiawan Melayu seolah-olah hilang punca dalam menghadapi masalah orang Melayu hari ini? Bolehkah rakyat Melayu percaya bahawa mereka tidak ada saluran untuk berjumpa dengan Pak Lah bagi menyampaikan perkara penting dan membincang isu-isu berkaitan dalam suasana muafakat? Tidakkah ada orang-orang ternama Melayu yang memimpin NGO-NGO yang berhimpun berkongres itu yang berdaya berhubung dengan pembesar-pembesar Negara kita bagi membincang perkara-perkara yang dibawa ke kongres? Jika itu pun tidak dapat dibuat oleh pemimpin-pemimpin NGO dari kalangan yang ada nama apakah yang boleh diharap akan berubah? Pernah mereka mencuba mendapat temu janji? Dan jika mereka telah mencuba berkali-kali tetapi tidak berjaya di manakah letaknya mutu sastera, budaya dan kecendekiawanan mereka dalam perkara ilmu untuk menjalin hubungan pemimpin dengan masyarakat. Di manakah apa yang dikatakan The art of the possible?

Tidakkah ada di antara yang ramai dalam pelbagai NGOs itu yang dapat menghubungi Perdana Menteri untuk membuka jalan bagi tujuan membincang perkara yang baik untuk orang Melayu secara keluarga. Dan di manakah pula kebijaksanaan para pemimpin yang tidak mahu memberi muka kepada sasterawan, budayawan dan cendekiawan Melayu jika mereka benar-benar mencerminkan hasrat rakyat? Tidakkah apa yang dinamakan kongres permuafakatan itu sebenarnya satu langkah yang menafikan adanya peluang bermuafakat. Di manakah orang Melayu pergi selepas ini? Dan adakah sedar semua yang terlibat dan yang tidak terlibat dengan kongres bahawa oleh kerana pemimpin-pemimpin besar  Melayu tidak dapat berbincang dengan ketua-ketua NGO maruah Melayu makin hilang. Mungkin jika PRU diadakan minggu depan lagi teruk maruah orang Melayu dibuatnya.

Tidak adakah sasterawan, budayawan dan cendekiawan yang berdaya dan mahu menulis dengan segala kepetahan berbahasa dan berfikir bagi menyatakan betapa takut, risau dan gelisahnya orang Melayu dalam menghadapi senario hanyut di tanah air sendiri supaya seluruh pucuk pimpinan dan semua anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ikut rasa takut risau dan gelisah dengan keadaan yang wujud dan mahu segera bertindak dengan betul bagi mengembalikan maruah kepimpinan Melayu bagi maksud menjaga maruah orang dan Bangsa Melayu? Orang surat khabar, radio dan TV tidak faham perkara maruah kepimpinan untuk mengembalikan maruah Bangsa Melayu. Mereka sudah rasa bahawa kepimpinan Melayu sekarang berada dalam keadaan baik dengan adanya keputusan  mengenai penubuhan suruhanjaya itu dan ini dan lain-lain keputusan pentadbiran. Bagaimana ceteknya profesional media Melayu yang telah melacurkan diri mereka.

Adalah tidak dinafikan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan kebelakangan ini  termasuk keputusan  mengenai penubuhan suruhanjaya itu dan ini dan lain-lain keputusan pentadbiran adalah baik. Tetapi dari segi politik Melayu apa yang dianggap baik oleh petugas-petugas media yang cacat itu belum tentu turut memberi faedah kepada orang Melayu.  Bolehkah itu mengembalikan rasa sedap duduk orang Melayu. Jika tidak apakah yang perlu dilakukan? Siapakah yang perlu melakukannya? Pastinya kerja mengangkat naik imej Bangsa Melayu memerlukan langkah yang bijak yang tidak dapat dicapai jika orang Melayu mengharap kepada pemimpin-pemimpin yang tidak lagi ada semangat juang agama bangsa dan tanah air, dan juga tidak bijak berpolitik Melayu. Siapa kata cabaran yang menghadapi orang Melayu tidak berat? Jika mereka yang rasa selesa hari ini tidak mahu meluang masa untuk memahami kedudukan domino dan bertindak mengelak dari berlakunya keruntuhan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mereka akan rasa pahit apabila masyarakat berbilang kaum mahu kepada pemimpin yang berminda cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kenapakah orang Melayu mesti menjadi pendesak sedangkan orang Melayu telah menempatkan pemimpin Melayu untuk mentadbir dan mengurus Negara? Di mana yang tak kenanya? Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin NGO Melayu yang berwibawa mempunyai saluran istimewa kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri  bagi menyalurkan perkara terpenting mengenai kehidupan orang Melayu, dan mungkin membincangkan isu-isu penting itu secara terhormat dalam keluarga Melayu.

 Kenapakah yang disebut-sebut terlibat dalam kongres itu berat kepada sasterawan, budayawan dan cendekiawan. Di manakah individu profesional Melayu di bidang-bidang lain. Tidakkah terdapat di kalangan mereka  gulungan yang pintar, bijak, dan berdaya fikir kelas pertama yang boleh meniup angina segar selain dari muka-muka lama yang sudah basi dengan buah fikiran dan mentaliti merayu dan mengeluh. Cara penyelesai masalah Melayu dengan berhimpun beramai-ramai membentang 15 kertas kerja adalah cara ketinggalan zaman. Di manakah suara dan pendapat pengamal ekonomi,  jurutera, industrialis,  pedagang, dan tenaga-tenaga Melayu  yang berjaya tinggi yang dapat memberi tenaga kepada suara orang Melayu? Cerdik pandai Melayu itu yang sudah berhijrah menghala pandangan ke hadapan secara positif dan progresif dan telah menerima realiti hidup dalam alam baru di bawah Perlembagaan Negara berbilang kaum berbanding dengan sasterawan, budayawan dan cendekiawan yang menggelabah bermusim sudah tentu membawa kemungkinan memberi kejayaan kepada program orang Melayu di milenium ini. Visi mereka lebih relevan dengan apa yang menunggu anak cucu kita. Kenapakah mereka tidak dikedepankan bagi membulatkan suara muafakat dengan sebenar supaya masyarakat Melayu dapat dibimbing secara seimbang. Sebenarnya orang Melayu mesti berhijrah dari kongkongan pemikiran yang dicorakkan oleh kalangan sasterawan, budayawan dan cendekiawan melalui akhbar majalah, radio dan TV. kecuali mereka itu sudah sedar dan mulai membimbing orang Melayu ke jalan yang betul keluar dari kepompong.  Sekian. Terima kasih. 

           

 

Laman Anti Khairy di "spam" oleh penyokong Khairy?
 "www.antikhairy.blogspot.com"

Laman Anti Khairy hari ini telah di “spam” dengan tulisan seperti berikut :

BAPAK ISA MAHATHIR DAN BUKAN KHAIRY. BLOG ANTI~KHAIRY DIBIAYAI MUKHRIZ, NAMPAK SANGGAT

Tuduhan di buat oleh mereka yang dipercayai penyokong Khairy bahawa laman blog anti khairy adalah tajaan Mukhriz Mahathir yang dikatakan akan menjadi pencabar kuat jawatan Ketuaa Pemuda UMNO.

Kenyataan “spam” di di letakkan di bawah sudut komen pada hampir semua artikel yang melibatkan kritikan terhadap Khairy Jamaluddin. Dimaklumkan bahawa laman blog antikhairy tersebut telah menyebabkan laman pro Khairy di bentuk. Sungguhpun begitu laman blog antikhairy menerima sambutan yang amat menggalakkan kalau dilihat dari sudut komen yang diterima. Dari komen-komen yang diterima kesimpulan mampu dibuat bahawa blog anti Khairy adalah blog yang terpopular di kalangan pembaca blog.

Kami juga dimaklumkan bahawa blog anti kahiry juga telah berperanan mengkritik sekutu-sekutu Khairy Jamaluddin dan mempunyai impak yang kuat terhadap Khairy Jamaluddin sendiri. Semada benar atau tidak laman ini di biayai oleh Dato Mukhriz Mahathir – itu hanya satu tuduhan yang mungkin mempunyai nilai perang saraf yang tinggi dan licik.

 

 
 

Dari blog Arah Kita

Blog www.arahkita.blogspot.com mengajak kita untuk berbincang secara telus apakah yang dapat membantu UMNO memulihkan keyakinan Melayu terhadap perjuangan parti beliau dan adakah Pakatan Rakyat sebenarnya menggadai hak Melayu? untuk komen klik sini

Kita perlu pegang perjuangan Ketuanan Melayu – memperjuangkan hak dan mempertahankan apa yang ada dan menuntut apa yang tiris kembali. Apa salah perjuangan ini? Klik sini

 

 

 

Kita sudah tiada masa

Lagu warisan atau dengan kata lirik awalnya anak kecil main api memang mempunyai pengertian yang cukup mendalam mengenai arah tuju dan nasib masa depan orang Melayu. Isu yang menitik beratkan nasib orang Melayu sering dipatahkan dengan alasan konon-kononnya itu agenda politik UMNO. Demarkasi dalam politik ini sering menjadi penghalang kepada penyatuan.

Kita sudah tiada masa seperti yang diungkapkan dalam lagu warisan itu jelas kalau diambil dari sudut situasi hari ini mempunyai petanda-petanda buruk mengenai nasib orang Melayu. Petanda awal telah digambar sekian lama dengan lumpuhnya pegangan ekonomi orang Melayu. Bangsa asing, kalau di baca dari statistik-statistik yang ada menunjukkan bahawa Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan bangsa lain dan ini amat memalukan-khusus kerana kita rakyat bumiputera tanah ini.

Melangkah dari pegangan ekonomi orang Melayu yang semakin terhakis kita kini berdepan dengan kuasa politik yang kini jelas sedang terancam. Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih dan permasalahan ini seakan tidak ada penghujungnya. Tuduhan yang paling senang adalah UMNO punca masalah kerana UMNO adalah peneraju perjuangan orang Melayu. Mungkin kebenarannya ada. Mungkin benar bahawa kepimpinan Melayu yang sudah “veteran” gagal melihat visi dan inspirasi baru orang Melayu. Interpretasi usang yang penuh di kangkangi batasan politik dan kehendak diri menjadi budaya yang melemahkan Melayu itu sendiri. Kepimpinan lama dengan ideologi lama angkuh dengan apa yang mahu dilihat dan bukan melihat apa yang benar-benar berlaku dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Malang ini semua “halal” dan dihalalkan oleh kita orang Melayu.

Kedudukan kita dengan mentaliti lama membenarkan kepimpinan kita melakukan hampir apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk zaman ini. Politik lama, metodologi usang dan persepsi pendek menjadikan UMNO itu tidak relevan dan Melayu itu sebagai penebus dosa kepimpinan – kepimpinan angkuh dan lapuk ini.

Kalau UMNO dengan kepimpinan mereka bersalah dan meleset dari memanifestasikan harapan orang Melayu maka mereka sewajarnya di tukar. Kepimpinan vokal peringkat bahagian dan cawangan perlu didengari bukan menyelangkup suara dan kehadiran mereka semata-mata tidak mahu melihat individu itu naik mencabar kuasa kepimpinan lapuk ini. Itu langkah awal dan itu langkah yang boleh menunjukkan isyarat pembaharuan yang boleh memberi talian hayat kepada Melayu. Apa pun masa kita sudah sehampir tiada. Mana Melayu akan berada 5 tahun akan datang sudah tidak nampak kabur.


 

 

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pemimpin Melayu, khususnya generasi muda, perlu meneruskan usaha ke arah permuafakatan bagi mempertahankan hak Melayu dan perbincangan antara Umno, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencapai hasrat itu perlu diteruskan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata ini adalah antara persetujuan yang dicapai berikutan perbincangannya secara tidak rasmi dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR Azmin Ali secara berasingan baru-baru ini.

"Kami bersetuju permuafakatan Melayu itu amat penting dalam menentukan arah bangun bangsa Melayu itu sendiri dan seharusnya melewati sempadan politik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Sabtu.

Norza berkata mereka juga bersetuju usaha itu perlu dilakukan walaupun sekecil mana langkah yang diambil, dan perlu mengambil iktibar peribahasa Melayu, berakit-rakit dahulu untuk bersenang kemudian.

"Kita bertatih sebelum berjalan dan kemudian berlari. Akhirnya, cita-cita permuafakatan Melayu itu pasti terlaksana," katanya.

Beliau berkata pertemuan berlangsung dalam suasana yang mesra dengan semangat persaudaraan yang tinggi walaupun mereka daripada parti yang berbeza.

Norza berkata menyedari mengenai cabaran dan rintangan yang akan dihadapi, mereka bersetuju satu pertemuan susulan akan diadakan melibatkan ketiga-tiga pemimpin untuk memperincikan lagi terma rujukan gagasan permuafakatan yang akan diwujudkan berasaskan persetujuan secara dasar yang dicapai dalam pertemuan yang telah diadakan.

"Dalam perbincangan yang diadakan secara informal itu, persetujuan turut dicapai bahawa permuafakatan Melayu itu perlu dibincang dan diusahakan pembentukannya dalam kerangka Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Beliau berkata pertemuan itu jelas menunjukkan keinginan tinggi pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk pembentukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang utuh, mantap, bermaruah serta dihormati.

-- BERNAMA
 

 

Gadai Hak Melayu

Tidak dapat dinafikan hanya 2 sahaja wadah politik yang mampu menetapkan Agenda Melayu, Parti Islam Se Malaysia dan UMNO. Penetapan Agenda Melayu ini perlu dan tidak boleh disangkal kepentingannya. Mereka yang menafikan usaha permuafakatan Melayu atau usaha membentuk agenda Melayu atau mempertahankan hak Melayu hanya mementingkan agenda politik mereka sendiri. Mereka secara tidak langsung membawa agenda yang merugikan Melayu.

Dalam pada itu UMNO adalah wadah Melayu. Hari ini wadah Melayu itu tercalar dan seolah-olah keyakinan terhadap UMNO sudah pudar. Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti dominannya nampak seakan tersungkur dan keadaan ini tidak menampakkan perubahan malah akan terus tenggelam. Ke mana UMNO selepas ini? Ke mana Melayu? Siapakah yang akan membela Melayu -  PAS atau PKR. Mungkin kita boleh hidang nasib bangsa kita pada DAP? Mungkin itulah yang Pakatan Rakyat mahu. Kesamarataan yang sebenarnya menggadai hak Melayu itu sendiri.

Tidak dapat juga kita nafikan bahawa UMNO telah melakukan berbagai-bagai kesalahan yang meletakkan mereka dalam keadaan kritikal sekarang ini. Ikhtiar dan usaha dikatakan sedang berlaku untuk membersihkan parti keramat orang Melayu itu. Namun usaha itu sehingga kini nampak tempang dan semakin cacat. Apa yang perlu dibuat untuk memulakan langkah meningkatkan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Apa yang perlu kita lakukan. Adakah kita sedar mengenai bentuk dan usaha Pakatan Rakyat dalam terus menguasai politik negara ini? Siapa dominan dalam Pakatan Rakyat ini?

Usaha Pakatan Rakyat amat mudah. Dapatkan sokongan Cina dan kaum lain. Untuk Melayu biarkan mereka berpecah dari sudut sokongan. Ini akan menjamin kemenangan Pakatan Rakyat. Mengenai hak dan usaha mempertahankan Melayu, itu agenda lain. Agenda utama adalah merebut kuasa. Pakatan Rakyat dalam usaha ini melancarkan Ketuanan Rakyat – satu konsep yang Anwar Ibrahim cipta dalam perjalanan ke Kg Baru. Konsep dan terminologi yang tidak dikira impak dan kesannya kepada Melayu.

Oleh sebab itulah orang yang pernah menjadi orang kanan Anwar Ibrahim – Ezam Mohd Nor meleraikan dirinya dari perjuangan palsu Anwar Ibrahim. Ezam Mohd Nor dalam kenyataan beliau baru-baru ini dalam tabloid Siasah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak pertahankan Melayu. Inilah yang perlu kita fikirkan kerana menyerahkan kepimpinan negara ini kepada Pakatan Rakyat amat meragukan kepada “survival” Melayu. Ezam Mohd Nor dapat di lihat sebagai menolak Anwar Ibrahim untuk menjadi kepimpinan negara ini kerana gagal mempertahankan hak atau lebih drastik lagi tidak mahu mempertahankan hak Melayu untuk “survival” politiknya sendiri. Mungkin ini sebenarnya wajah Anwar Ibrahim dan mungkin Ezam Mohd Nor tidak hipokrit dalam perjuangannya.  

Blog www.arahkita.blogspot.com mengajak kita untuk berbincang secara telus apakah yang dapat membantu UMNO memulihkan keyakinan Melayu terhadap perjuangan parti beliau dan adakah Pakatan Rakyat sebenarnya menggadai hak Melayu? untuk komen klik sini

 

 

www.umno-reform.com telah dimaklumkan bahawa terdapat sebuah buku bertajuk Jenayah Ahmad Zahid Hamidi sedang berteraburan di sekitar PWTC. Kami telah di maklumkan bahawa buku itu adalah buku mengenai Zahid Hamidi sungguhpun isu ini sebenarnya adalah isu lama yang telah di bangkitkan semula. Sepanjang pengetahuan kami Siasah pernah mengeluarkan berita tersebut.

Menurut pengirim email tersebut, buku itu adalah keterangan orang yang kena pukul dan dimaklumkan bahawa yang memukul beliau adalah Zaihid Hamidi.

Sekiranya buku itu benar-benar wujud sila maklumkan kepada kami dan kami ingin mendapatkan naskah buku tersebut untuk dimuatkan keseluruhan ceritanya dalam laman ini. Hubungi laman ini untuk memaklumkan sekiranya buku itu wujud.

Apa pun kita masih belum tahu kesahihan buku tersebut. Kami telah menghantar email kepada pengirim yang memaklumkan kepada kami mengenai buku tersebut dan memohon sesalinan buku tersebut.

 

 

Rasuah & Salah Guna Kuasa : Apakah harapan dari Pakatan Rakyat?
Tuesday, 29 April 2008
di petik dari www.malaysia-hariini.com
 

RASUAH & salah guna kuasa – Ini terma ciptaan dan kita percaya sudah pun menjadi buah mulut pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum tercipta Pakatan Rakyat lagipun isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi peluru untuk menembak bertubi-tubi kerajaan BN.

Hari ini percaya atau tidak lima negeri sudah dalam pentadbiran Pakatan Rakyat hampir 2 bulan. Banyak yang sudah kita dengar. Dalam menilai secara konstruktif kita yakin dan percaya bahawa ada positif dan ada yang kedengaran negatif tentang pentadbiran di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini kita dengar tentang hentaman hebat soal perilaku rakus Bekas MB Selangor tentang isu setinggan, rasuah dan salah guna kuasa. Hingga hari ini manakah fail dan dokumen jika benar terdapat rasuah dan salah guna kuasa yang dibuat. Di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pasti dapat mengeluarkan dokumen bukti perlakuan rasuah dan salah guna kuasa tersebut.

Ataupun sebenarnya hampir tidak ada salah laku rasuah yang dilakukan. Lazim untuk kita melihat pendedahan adalah akibat terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan, namun jika terlalu pasif gerakan pendedahan yang dilakukan maka seolah-olah harapan buat melihat pesalah rasuah dan salah guna kuasa di hukum adalah semakin malap?

Mungkin terlalu licik pimpinan yang lalu hingga tulang rasuah pun tidak dapat untuk dihidu dan dijumpai. Kita generasi baru ingin melihat keberkesanan idealisme di terjemah menjadi kata dan laksana kerana kita yakin bahawa perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.

Jika Anwar Ibrahim dengan laungan Lawan Tetap Lawan, sudah pasti dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa juga tetap komited dengan inti pati makna laungan tersebut.

Jika dahulu kesukaran mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu menjadi halangan, ternyata hari ini dengan ruang sebagai parti yang memerintah keempat negeri baru di tawan ini memudahkan akses untuk meneliti dan membongkar rahsia rasuah pemimpin terdahulu.

Adalah mengaibkan jika yang selalu bercakap soal kebenaran dan kini punyai ruang untuk membedah dan merawat penyakit rasuah dan salah guna kuasa dengan kuasa yang ada di tangan dilengah-lengahkan.

Ataupun isu rasuah dan salah guna kuasa secara berleluasa oleh kerajaan terdahulu hanya momokan fitnah pembangkang sebelum ini. Ini bukan tuduhan, tetapi sekadar perkongsian untuk beringat tatkala kuasa dalam genggaman buat merubah apa yang sebelum ini kita klasifikasikan sebagai yang mungkar.

Apakah bentuk makruf yang mahu di buat Pakatan Rakyat jika bukan dengan kita membawa yang makruf secara agresif dan secara optimum pelaksanaannya.

Jangan hanya tinggal harapan sahaja buat rakyat untuk melihat para penguasa yang rakus memakan rasuah terus bebas buat seolah-olah diri mereka dimaafkan. Peranan dan tanggungjawab ini perlu lebih dipukul oleh sang penguasa yang telah pun meletakkan diri mereka sebagai pejuang rakyat. Apakah makna pejuang rakyat jika akhirnya apabila berada pada tampuk sang penguasa masih lagi ragu-ragu lagi atau masih kabur untuk menerobos rahsia mungkar pemimpin sebelum ini.

Jika ia benar maka selidikilah dan menentukan bentuk pengajarannya. Jika tidak benar, adakah permohonan maaf itu perlu? Apakah setelah berdaulat maka lain yang dikata maka lain yang di kota? Soal amanah dan kepimpinan adalah urusan besar yang gunungpun tidak tertanggung bebanan ini.

Jangan hingga politik haiwan yang menentukan arah penujuan kita. Penyelesaian isu rasuah perlu lebih lantang untuk disuarakan apatah lagi dalam keadaan kerajaan pusat sudah beria menubuhkan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Jika tidak, harapan hanya tinggal harapan.

Nazree Yunus

http://minda-pemuda.blogspot.com/
 

 

PAKATAN RAKYAT MASIH MIMPI…
emel diterima

Keputusan pilihanraya ke 12 telah menyaksikan PAKATAN RAKYAT telah memperolehi kemenangan mutlak di 5 buah negeri ( KEDAH, PULAU PINANG, KELANTAN, PERAK dan SELANGOR). Apakah yang menyebabkan kemenangan yang begitu besar kepada PAKATAN RAKYAT sebenarnya ????….Pengundi atau BABI????…

Aku adalah pengundi tegal PAS di PULAU PINANG. Aku ingatkan dengan kemenangan PAKATAN RAKYAT, maka rakyat akan menikmati pelbagai janji-janji yang telah ditaburkan pada manifesto PKR, PAS dan DAP. Malangnya …bukan itu yang aku dan penyokong PAKATAN dapat…

Sebagai anak MELAYU jati PULAU PINANG….. aku sangkakan perubahan pemerintahan dari GERAKAN kepada DAP akan memberikan sedikit ruang bagi orang melayu di bumi mereka sendiri…… Tetapi .. dengan hanya 2 wakil orang melayu yang berada dalam barisan EXCO, apa yang boleh dilakukan oleh depa ooiiii. Jangan kata nak tambah bajet untuk orang melayu mengembangkan Islam ….. yang tengah berlaku la nih… peruntukkan 7 Juta bagi pengembangan Ugama ISLAM telah mula dibahagikan sama rata dengan agama-agama lain… demi menyahut kesamarataan. Apa dah jadi nihhhhhhhhh…. Kalau dulu GERAKAN tak boleh lakukan ini semua, tetapi LIM GUAN ENG … manusia yang penuh dengan putar belit macam bapanya… dengan amat mudah memperdayakan rakyat PULAU PINANG…. Aku tak boleh terima benda ni semua…. Dimana PAKATAN RAKYAT yang lain???… Tak kan menunggulkan diri jek… kemut takut jawatan terlepas… macam tu la bila kadok dah naik junjung…. Atau masih dalam mimpi.. tak percaya macam mana PAKATAN RAKYAT boleh menang PRU yang lalu. DAP terus dengan politik ala SINGAPURA nya…..

Belum apa-apa… hadiah seterusnya oleh kerajaan baru DAP kepada pengundi mereka ialah memansuhkan DEB (Dasar Ekonomi Baru)…. Bukankah ini satu-satunya senjata yang dimiliki oleh kaum Melayu dalam memastikan orang Melayu boleh duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Kalaula konsep "open tender".. ingat orang melayu leh masuk ka??….Tak yah nak bohong aku la….. setahu aku la… orang melayu nih Cuma pandai berpolitik…. Untuk berekonomi..minta maaf la …. Bila dah tak ADA DEB untuk pertahankan hak orang melayu…… masa itu… barulah nampak bagaimana niat jahat DAP dalam memastikan orang MELAYU merempat di negeri sendiri. Bagi aku… GERAKAN dan DAP tak ada beza apa pun. Agenda mereka sama… memastikan PULAU PINANG menjadi negara SINGAPURA kedua.

Lepas ni aku tatau lah apa nak jadi ngn orang MELAYU macam aku kat PULAU PINANG. Lepas satu – satu, LIM GUAN ENG nak buat bagi memastikan rakyat melayu terus dan terus terpinggir di negeri sendiri.

Aku tengok …. Apa jua keputusan oleh kerajaan negeri di bawah PAKATAN RAKYAT adalah tidak tepat sama sekali. Di PERAK… kemenangan PAKATAN RAKYAT disambut dengan penyerahan tanah dan perumahan Kampung Baru kepada kaum CINA. APAAA???… orang MELAYU miskin tak ada ka kat sana. Kalau nak jadi MB PERAK.. pas tu dok kena cucuk idung dengan EXCO DAP…….. aduh abis la MELAYU di PERAK.

Kerajaan SELANGOR lagi kelam kabut. Hadiah kemenangan kepada rakyat negeri SELANGOR adalah meluluskan Projek Penternakan BABI sebanyak RM 100 Juta. Mak ehhhhhh…. Bukan kecik belanja tuu….. Lepas nih kalau aku nak ke KLIA.. kena berhati-hati melalui kawasan pengeluar Babi yang terbesar di ASIA. Tahniah rakyat SELANGOR…. Itu ker manifesto PAKATAN RAKYAT????

Tak cukup dengan itu……MB membuat kenyataan tidak akan memberikan keutamaan kepada setingan-setingan. Mana boleh jadi macam nih…….. bukankah pengundi-pengundi yang memberikan kemenangan kepada calun PAKATAN RAKYAT….. sampai tukang ambil photo pun boleh menang.. bukan BABI…… Bukankah pembangunan rakyat, modal ehsan, masalah setingan, masalah kilang, masalah sosial, masalah kesesakan …. banjir menjadi agenda utama dalam mengisi kemenangan ini.???…. Aku nampak .. MB SELANGOR ini takut pada tuntutan DAP…. Nasibla… korang rakyat SELANGOR.

Berbalik kepada diri aku. Aku kini nampak…sejelasnya….. PAS tak boleh bersekongkol DAP….dulu ..kini ..dan selamanya….. Harap-harap PAS sedarlah bahawa bersekongkol dengan DAP akan merugikan ISLAM dan Melayu kini dan Selamanya

http://pedasberapi.wordpress.com/

 


Blogger - www.nnora75reform.blogspot.com ;
Baru sahaja melayari laman blog Norazimah "puteri reformasi" yang diberitakan baru di bentuk. KLIK SINI . Sesuatu yang menarik adalah komen beliau yang ingin saya muatkan buat kita fikirkan bersama :

"Tapi hari ini kita di siarkan dengan berita-berita kehebatan Dr Mahathir berbanding dengan Pak Lah. Bagi saya,pemerintah yang kurang zalim dan yang zalim sama saja. Asasnya mereka tetap zalim. Selagi mereka menindas rakyat terbanyak untuk kepentingan kroni mereka perlu kita lawan. Hanya ada satu perkataan untuk pemimpin yang lupa pada rakyat - "LAWAN"

www.umno-reform.com percaya semangat seperti ini perlu ada dalam UMNO sendiri bagi memastikan kita terus revelan
 


www.malaysia-hariini.com : satu yang amat menarik dalam laman ini adalah deklarasi bahawa Selangor dan Kedah akan bakal menjadi hub babi dunia. Dalam masa semua sebok memperkatakan mengenai hub halal, laman ini menuduh Pakatan Rakyat mementingkan hub babi. Mungkin ini adalah hub terbaru yang difikirkan sesuai oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi modal sokongan kaum lain.


Dari blog arahkita
 
 

 

Ketuanan Melayu with Responsibilities?
dipetik dari http://dongtalk.blogspot.com/2008/04/ketuanan-melayu-with-responsibilities.html

This is what one person by the name of Dr Syed Alwi wrote to RPK (Raja Petra Kamaruddin) sometime back and was subsequently posted by RPK at Malaysia Today. It received serious debate by bloggers irrespective of race and religion.
Can we blame Article 153 of the Constitution, the NEP and the slogan "ketuanan Melayu" for all the things that happen to the Malays and the Non-Malays in this country? Why can't we just respect each other. Why must we widen the racial divide? Are the Malays not responsible enough in letting all bad things happen to the non-Malays in this country? And is there at all any bad things happening to the non-malays? Are the non-Malays suffering from the policies of NEP and the slogan of Ketuanan Melayu? Dear friends of non-malay origin, lets live together harmoniously and be rest assured, we Malays know our responsibilities to our "Ugama, Bangsa dan Tanahair"


"Dear RPK and other Malaysians,
I find it very strange that political discourse in Malaysia today, revolves around Malay rights (Article 153), Ketuanan Melayu, NEP and so on.For one thing, rights always come with responsibilities. How many Malaysian Malays talk of the Malay responsibilities that accompany their much touted Ketuanan Melayu? It makes no sense to me to talk of rights without qualifying it with responsibilities. You want to be a Tuan? Then you must also shoulder the responsibility of being the Tuan. That's only fair and reasonable. And what might those responsibilities be? Here is a sample:1) The responsibility to maintain racial and religious harmony.2) The responsibility to maintain sustainable economic development for all3) The responsibility to pursue scientific and technological developmentand so on. But it seems to me that those who want to be Tuans have not fulfilled their responsibilities! So how to be a Tuan? I have been following Malaysian politics since the early nineties. Throughout this entire period - not even one Malaysian Malay leader raised the issue of Malay responsibilities that ought to come with Malay rights and the Ketuanan Melayu. Thats very telling of the Malaysian psyche. Its pretty damning!To talk of rights without responsibilities will only encourage people to take advantage of the situation. After all - who does not want freebies and unlimited social welfare in the form of the NEP? From tongkat to wheelchair and then finally - to the ambulance!Yes - keep Article 153 and the NEP. But balance it with Malay responsibilities. Only children have rights without responsibilities. To be a true Tuan, you also need to shoulder the Tuan's responsibility.

Best Regards
Dr Syed Alwi"
 

 

Ezam Mohd Nor SETUJU  Suruhanjaya Anti Rasuah

Pengerusi Gerak - Gerakan Anti Rasuah BERSETUJU dengan pembentukan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Mungkin sekiranya boleh  Ezam Mohd Nor sepatutnya memainkan peranan dalam membantu Suruhan Jaya tersebut untuk mencapai matlamat membasmi rasuah dengan lebih berkesan. Kita tidak mahu tuduhan melulu seperti komen Tn Hj Hadi Awang bahawa itu perubahan kosmetik. Sesuai dengan keadaan itu www.umno-reform.com mahu satu pertimbangan khusus di buat oleh Kerajaan BN untuk memberi peluang partisipasi NGO seperti GERAK dalam membantu untuk mencapai matlamat pembasmian rasuah.

Ini akan menunjukkan betapa serius kita dalam membasmi rasuah dan ini juga akan membidas tuduhan bahawa Suruhanjaya anti rasuah ini adalah perubahan kosmetik. Utusan Malaysia baru-baru ini mempaparkan sokongan beliau pada agenda rasuah.

 

Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu - Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu

 

Rustam Sani – ketepikan pesimisme!

Rustam A Sani, dalam komentar rencana mengenai permuafakatan Melayu menulis di www.klpos.com mengkritik usaha Datuk Norza Zakaria dalam isu permuafakatan Melayu dan mengklasifikasikan agenda itu sebagai agenda politik memperalatkan orang Melayu untuk kepentingan UMNO.

Satu artikel bertajuk Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu” sebenarnya mempunyai nilai perbincangan untuk kita sama-sama berdiskusi mengenai kebenaran hujah artikel tersebut dan perbandingan matlamat yang mahu dicapai oleh Datuk Norza Zakaria dalam penganjuran permuafakatan tersebut namun ia tersasar apabila penulis itu hanya mahu memberi konsentrasi emosi dengan berhujah bahawa Norza Zakaria adalah pengiring kepada Khairy Jamaluddin sebagai modal mengkritik soal dan anjuran permuafakatan.

Sebagai seorang yang dikatakan penganalisis politik tersohor, kesan ledakan emosi beliau itu hanya menunjukkan nilai analisa beliau yang tidak meluas dan akhirnya menunjukkan sikap yang kurang sempurna dalam membuat kritikan.

Kemungkinan analisa Rustam Sani itu hanya bertujuan untuk membantah tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS untuk bersetuju dengan agenda permuafakatan dengan UMNO kerana permuafakatan Melayu itu akan menjejas kedudukan PRK yang tidak mempunyai komposisi 100% Melayu malah dilihat sebagai terlalu akur dengan agenda bangsa lain untuk tujuan politik semata-mata.

Itu hipotesis yang mungkin tidak tersasar sekiranya kita lihat kedudukan komposisi ras dalam Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai ahli Melayu yang ramai sungguhpun nisbah ini tidak setara dengan kehadiran kepimpinan bukan Melayu dalam organisasinya khususnya di peringkat kepimpinan tertinggi.

Alasan menolak permuafakatan oleh Rustam Sani di selit dengan kritikan Norza Zakaria sebagai pengiring Khairy dan ini seolah-olah satu dosa untuk menganjurkan permuafakatan. Ini kurang berasas – sedang Anwar Ibrahim juga adalah seorang pengiring kepada Dr Mahathir suatu masa dahulu.

Alasan untuk menolak permuafakatan Melayu adalah satu usaha berbau ketakutan politik atau keresahan Parti Keadilan Rakyat kerana permuafakatan Melayu akan menolak Ketuanan Rakyat, satu idealisme oleh penasihat dan pemilik Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim untuk mengaburi kaum lain demi sokongan.

Apa pun Rustam Sani sebenarnya menulis untuk menolak sebarang usaha untuk memuafakatkan Melayu kerana ini akan menyulitkan usaha Parti Keadilan rakyat meletak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan datang. Ini harus di tolak dengan ketegasan sungguhpun sekali lagi dikatakan bahawa ia perlu penjelasan konkrit untuk permuafakatan Melayu.

Akhirnya – sukar Melayu sukar untuk mengadakan permuafakatan kerana kalangan Melayu kita sudah amat selesa menggadaikan hak kononnya atas nama keadilan.

 

 

Pertahankan hak Melayu – Ketuanan Melayu

Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.

Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya? KLIK SINI 
 

 

Email ini diterima : minta ahli UMNO menunjukkan kematangan dan mahu Ketua-ketua Cawangan dipanggil untuk memberi penjelasan yang jelas

enalija@yahoo.com.my
Zainal Abidin Bin Abdul Rani

Pesanan: Saya pemimpin nombor satu dalam cawangan, yang mana terpaksa dan bukan dipaksa menerajui cawangan dalam keadaan yang meruncing ketika ini.

Darah yang mengalir ditubuh ini dan selagi nyawa dikandung badan akan terus memperjuangkan UMNO parti keramat ini walaupun ada segelintir ahli yang mula berpaling tadah dengan melihat sikap pemimpin di atas yang tiada kesudahan untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO waktu kini.

Diharap lupakan sengketa sesama sendiri, fikirkan kami di bawah ini yang terpaksa berdepan dengan ahli-ahli yang mula goyah pendiriannya. Jemputlah kami ketua-ketua di cawangan untuk memberi penjelasan yang jelas atau rendahkan diri untuk turun ke cawangan-cawangan.

Jangan pula ahli-ahli kita mengiakan apa yang dikata pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO penuh dengan keangkuhan. Saya percaya rakyat masih sayangkan UMNO Parti Melayu yang membela bangsa Melayu, ini dapat didengar perbualan dikedai-kedai kopi. Saya percaya mereka akan kembali kepada UMNO jika kita terus menunjukkan kematangan politik seperti mana kehendak masa kini.

JANGAN DIRINTIH KEKECEWAAN, ATUR LANGKAH UNTUK MARA, BULAN PASTI GERHANA. KERIS KERAMAT UMNO TERUS DIPERASAP AGAR SEMANGAT KEKAL MEMBARA. SANG SAKA BANGSA MEGAH DIANGKASA. SAYA PASTI BERSAMA.Hidup UMNO Hidup MELAYU dinusantara. Wassalam
 

 

Semakin mantap Pakatan Rakyat, semakin tersisih UMNO

UMNO perlu lihat apa yang mereka sorok sebelum ini. Ini adalah perhimpunan di Ipoh, Perak pada 14April 2008. Ini adalah himpunan melebihi 70,000 orang anjuran Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO dan Barisan Nasional semakin terpaku melihat kehadiran rakyat yang terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sehingga hari ini apa yang jelas nampak ialah UMNO semakin tersisih.

Keadaan ini sekiranya berterusan PASTI akan meletakkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pembangkang setelah hampir 50 tahun berkuasa. Ini adalah akibat kepimpinan UMNO yang hanya mendengar laporan sekeliling mereka yang palsu. Sehingga sekarang mereka masih mendengar laporan palsu dari orang kanan mereka yang hanya tahu melagukan melodi untuk membuat kepimpinan khayal. Kita sering dengar kejahilan kepimpinan sebelum ini seperti Zainuddin Maidin - mengatakan orang tidak mendengar dan memperdulikan laporan Internat. Akhirnya dia sendiri tersungkur. Hari ini kita lihat pula kealpaan Ketua Penerangan UMNO dan kepimpinan lain yang masih bergantung pada sumber yang sama untuk mengetahui keadaan sebenar. Mungkin UMNO akan terus ditipu oleh lagu sama rentak baru yang akan membawa impak yang sama atau lebih buruk. Barisan Nasional hampir PASTI  sekiranya ini berterusan untuk menjadi Ketua Pembangkang

 

UMNO, PKR, Pas perlu muafakat pertahan hak Melayu

KUALA LUMPUR 13 April – Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, permuafakatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti itu perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan.

Menurut beliau, tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan mereka di negara ini ialah membabitkan agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan.

“Sudah tiba masanya pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti politik itu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

“Sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin ini akan mempertahankan hak orang Melayu dengan pendekatan yang sama,” kata Norza selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, dekat sini hari ini.

Norza yang juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu mahu orang Melayu mempertahankan ketiga-tiga perkara itu sebagai hak bangsa Melayu dengan mengetepikan perbezaan parti politik.

“Sebagai contoh, orang Cina mengetepikan soal perbezaan parti politik dalam menangani dan memperjuangkan isu sekolah Cina dan sepatutnya orang Melayu juga bersikap dan bertindak demikian,” tegasnya.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti hujung tahun ini, Norza berkata, beliau tidak akan bertanding merebut jawatan itu tetapi hanya akan mempertahankan kerusi MT.

Menurut beliau, masa ini lebih tepat untuk merawat hati-hati yang sudah luka dan mereka ingin melihat UMNO membuat perubahan dan menjadi sebuah parti yang tetap disanjung dari dahulu sehingga sekarang.

Dalam pada itu Norza mengingatkan supaya UMNO yang telah ‘tenat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu perlu menjalani proses pemulihan seperti orang sakit yang dimasukkan ke hospital.

Dalam perkara ini katanya, UMNO tidak boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, kerana sekiranya itu terjadi, maka perubahan atau pemulihan akan berjalan dengan lebih perlahan.

“Kita sepatutnya keluar daripada permainan tuduh-menuduh sebaliknya turun ke padang untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

“Kita tidak mahu adegan tuduh-menuduh ini menjadi show case untuk tontonan orang lain.

“Jika berlarutan saya khuatir satu hari nanti orang akan menganggap UMNO tidak relevan lagi,” jelasnya.

Menurut beliau, parti pembangkang semakin memperbaiki kedudukan mereka kerana kelemahan UMNO yang mempunyai masalah dalaman yang didedahkan kepada pengetahuan orang luar.

Pembangkang katanya, belajar daripada kelemahan dan masalah UMNO untuk mentadbir negara hari ini.

Norza berkata, “jika kita cepat tutup dan menyelesaikan semua masalah kita, maka lagi cepat kita akan bergerak walaupun yang telah kalah dalam pilihan raya lalu untuk terpaksa bekerja keras.” klik untuk komen

 

 

Targeting The Biggest Ass
M. Bakri Musa
From_Email: bakrimusa@juno.com

Johore UMNO leaders had apparently told Prime Minister Abdullah that he must have a succession plan that is "structured, smooth and speedy". This three "S" strategy missed targeting the biggest ass of all, Abdullah himself. The initiative had more to do with saving Abdullah's face than with solving the grave problems confronting the party.

If UMNO members and leaders were serious, they would focus on getting this harsh and unadulterated message straight to Abdullah: He is unfit to lead the party and country. He has clearly demonstrated this through his deeds (or lack of them) and words. The man is a habitual liar; he cannot separate fact from fiction and distinguish reality from fantasy.Abdullah's idea of taking responsibility for his party's electoral debacle is merely to utter that statement. He has no inkling of what it means to accept responsibility.

Abdullah's pleading that he is needed to "revive" the party is laughable and self serving. If he could not pilot his ship of state competently when it was calm, there is no hope that he would be any more capable when it is now stormy, and threatening to get even more so every day. Abdullah is the problem, and a very huge one at that. Consequently his moving out would be a big part of the solution. It would not solve everything of course, but it would remove a major impediment.

His "leadership" has been nothing more than endless sloganeering (Work with me, not for me!), like the leader caricatured in Shahnon Ahmad's short story, "Ungkapan" (Sloganeering). Having grown accustomed to the perks and trappings of his office, Abdullah will not leave voluntarily, much less gracefully. He has to be literally dragged out. Subtleties and hints will not work on this man. He is too dumb to read the signals. He is also insulated, surrounded by courtiers ever willing to spin bad news.


Only Three Exit Strategies

There are only three ways to get rid of Abdullah. One is for him to be successfully challenged as party leader in the upcoming UMNO General Assembly in December. Two, would be for a sufficient number of the ruling coalition members to vote with the opposition in a "no confidence" motion in Parliament. And three of course, would be through divine intervention, not inappropriate for a man who is never shy in parading his piety and religiosity.

Knowing the onerous obstacles placed in UMNO towards challengers, the first option is unlikely. Granted, Tengku Razaleigh � the only one to have come out publicly to challenge Abdullah � is a formidable challenger. More daunting however, is the cultural inertia of Malays, especially those in UMNO. They have yet to learn the essential lesson that challenges and competitions are healthy, not acts of treason or betrayal.

The second path is more realistic. The political resurgence of Anwar is real. Far from being the �Anwar who?� of a few years ago, he is now increasingly viewed not only as the de facto leader of the opposition (even though he is not yet in Parliament) but rightly as Prime Minister-in-waiting.

Anwar will be able to contest a parliamentary seat once his statutory prohibition ends on April 14, 2008. A vacant seat will surely come up soon as Malaysia has a good track record of MPs dying in office or getting caught in some scandalous acts and thus having to resign. More likely though would be for one of the current PKR MPs to resign, not to pave the way for Anwar (though that would be the convenient and acceptable excuse) but because the job is not as glamorous or challenging as it is made out to be. Many PKR MPs are successful, young and honest professionals; their �elevation� to the �Yang Berhormat� (Your Honorable) status cuts deeply into their income and career prospects.

As for divine intervention, that is beyond my purview. However many a leader had used �medical� reasons as a convenient face-saving cover for resigning. Abdullah could always blame his hemorrhoids or narcolepsy (a pathologic tendency to doze off).


Abdullah Is The Problem

When Abdullah assumed office nearly five years ago, I was one of the few who were not enthused about his leadership potential. My conclusion was based on reviewing his performance as a minister. I predicted then that by the time Abdullah leaves office, Malaysians would be counting their blessings if he had not screwed up the country too much, and that the best we could hope for was for him to maintain the status quo.

Alas, I was wrong. I had not counted on the maturity and resilience of Malaysians in overcoming Abdullah�s gross incompetence. Malaysians are also incredibly generous as demonstrated by their giving him a rousing endorsement in the 2004 election in the hope that it would give him the necessary boost and confidence to lead. Unfortunately that too could not override his basic ineptness.

In their collective wisdom, in this recent election Malaysians decided that it was not necessary to deal a crippling blow, only enough punch that would leave Abdullah and UMNO reeling, and in the process trigger an implosion in an already corrupt and dysfunctional organization.

Equally remarkable, Malaysians also demonstrated that they are capable of executing peaceful political change. There was not even a hint of civil disorder following Barisan�s loss of five states. Compare that to 1969 and the horror that followed when the ruling coalition lost only one state.

To be sure, had the election been conducted free and fair, with no stuffed postal ballots and with the use of indelible ink to prevent fraudulent voting, the ultimate message would have been delivered, and Abdullah and his ilk would have been kicked out.
Perhaps it was better this way. For had the Barisan Nasional been voted out, there would have been a dangerous political vacuum as none of the opposition parties could form a government. Their loose coalition, the Pakatan Rakyat (Citizens� Alliance) had yet to be ratified. Now having sensed that power is within their grasp, the opposition parties are ready and willing to sink their differences for a common cause.

Meanwhile UMNO and its coalition partners are galloping fast towards their collective demise. Their course is irreversible.Thankfully my earlier dire prediction on Abdullah was misplaced. Abdullah has not destroyed Malaysia, only UMNO and Barisan Nasional. Malaysians can all count their blessings for his legacy not being any worse.
 

 

BLACK 14 - dari perhimpunan perjuangan ke perhimpunan politik

Menyingkap sejarah – bagi mereka yang sering menyertai perhimpunan Black 14 diadakan pasti akan tahu risiko yang bakal dihadapi. Berdepan dengan risiko tangkapan dan akhirnya bergelar OKT, berdepan dengan belantan FRU dan kemungkinan berehat di Kemunting merupakan risiko pejuang-pejuang reformasi kala itu. Namun semua dilakukan demi perjuangan. Risiko adalah huraian kata-kata Anwar Ibrahim, jika takut dengan risiko jangan bicara tentang perjuangan.

Itulah kekeramatan Black 14. Itulah dedikasi perjuangan pada waktu itu. Antara yang terbabit dalam melancarkan Black 14 pasti senantiasa bersedia untuk diangkut bila-bila masa. Teringat pagi hening 17hb April 2004, sewaktu turun dengan Chegu Badrul (kini kepimpinan tertinggi Keadilan) dalam memulakan Hari Memperingati Kezaliman ke atas Anwar Ibrahim dari tangga Institut Kajian Dasar. Sambil ketawa masing-masing tahu bahawa risiko yang bakal masing-masing hadapi. Chegu Badrul akan mengetuai perhimpunan hari itu. Masing-masing telah tahu tugas dan masing-masing sedia untuk menggegar bumi Malaysia demi memperjuangkan REFORMASI.

Pada hari itu seperti perhimpunan-perhimpunan Black 14 yang lain, 14 orang di tahan. Tidak akan luput dalam ingatan pada tengah hari 17 April 2004 ketika kami memanjat truk sambil diiringi oleh laungan REFORMASI dari pejuang-pejuang yang berani ke hadapan dan mengambil risiko itu.

Mungkin kesedaran inilah yang telah mendewasakan rakyat negara ini dan mungkin ini juga yang memberi kesedaran kepada kepimpinan – tidak kira kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – bahawa pejuang-pejuang itu masih berkeliaran di jalanan bagi memastikan negara ini sentiasa meletakkan rakyat sebagai tuan dan bukan hamba.

Namun BLACK 14 sebenarnya telah berakhir selepas tahun 2004. BLACK 14 sudah tidak lagi ada makna sebagai satu perhimpunan REFORMASI. Tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007, BLACK 14 tidak lagi satu perhimpunan yang memperingati kezaliman khusus oleh Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim tetapi telah beralih menjadi satu perhimpunan politik.

Hari ini BLACK 14 adalah di dewan yang akan memuatkan kepimpinan-kepimpinan politik. BLACK 14 hari ini adalah agenda politik yang akan memperlihatkan orang politik timbul dan berada di saf hadapan dan berdiri bersebelahan dengan Anwar Ibrahim membohongi dengan mengatakan bahawa "AKULAH PEJUANG HEBAT" memegang slogan lawan tetap lawan dan kata-kata keramat, kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan. Ini adalah hakikat dan hakikat inilah yang menghilangkan perbezaan antara kepimpinan UMNO yang di kutuk sebelum ini dengan mereka yang menerajui Pakatan Rakyat.

BLACK 14 adalah sejarah dan pejuang yang menyertai BLACK 14, ditangkap dan berdepan dengan risiko dan kini hanya bidak-bidak dipapan catur. BLACK 14 – Dari perhimpunan perjuangan ke perhimpunan politik.      

 

 

Perubahan bukan perbalahan -UMNO untuk memenangi hati rakyat Malaysia.
email dari epitome2020 13hb April 2008

Gelanggang sudah dibuka. Percaturan merebut jawatan kini bermula. Pemimpin di peringkat akar umbi harus bijak membuat pertimbangan untuk membuat pencalonan. Buat pilihan mengikut pertimbangan yang waras dan berani. Amalkan demokrasi yang telus bukan tunduk pada arahan sesiapa.

Baru-baru ini kita dengar pemuda Perak dan NS beria-ia mencadangkan nama YB KJ untuk jawatan ketua pemuda. Kalau itu memang pilihan jitu mereka biarkanlah. KJ bebas untuk bertanding untuk apa-apa jawatan waima jawatan presiden sekalipun asalkan mendapat pencalonan yang cukup. Perwakilan akan membuat pilihan mereka sendiri mengikut citarasa masing-masing. Selama ini pun kita belum lihat KJ bertanding. Kita lihat saja siapa yang akan kena, samada KJ, Datuk Mukhriz atau Dr Khir.

Dalam hal KJ, saya tahu ramai yang tidak menyebelahi beliau. Sokongan yang diberikan kepada beliau pada pemilihan yang lepas, rata-rata adalah sokongan terpaksa. Kita lihat hari ini banyak kritikan terbuka dilakukan ke atas beliau. Kenapa? Beliau sangat rakus memegang jawatan dalam politik, korporat dan sukan. Dengan banyaknya jawatan beliau, banyaklah lagi tembelangnya akan dibuka. Besar periuk, banyaklah keraknya. Maka sebab itu saya mencadangkan agar kita jangan menghalang pencalonan beliau sebagai Ketua Pemuda. Kita sama-sama lihat KJ tersungkur.

Presiden baru yang harus kita pilih adalah Najib. Perubahan diperlukan bagi memulihkan UMNO. Najib mampu memenangi hati rakyat yang tercalar. Umum sedia maklum yang prestasi najib tidak boleh dipertikaikan walaupun reputasinya tercalar dengan cerita-cerita belakang yang tiada sahihnya, tetapi kita kenal beliau sebagai Najib. Itulah imej beliau yang tidak perlu diselindungkan lagi. Tidak separti Pak Lah dan Anwar yang berselindungkan imej ulama didipan sahaja.

Perubahan yang kita mahukan ini perlukan sokongan dari seluruh ahli dari akar umbi. Apa yang kita perlu adalah keberanian untuk bersuara. Segala hasrat rakyat perlu diketengahkan. Saya ingin membuka perbincangan ini dan memerlukan respon dari saudara-saudara. Sekian

epitome2020

 


ADUHAI UMNO DAN PEMIMPIN PEMUDA KU
Email dari : suhaimi_ibrahim@gmail.com

Sedih dan kecewa dengan gelagat pemimpin pemuda UMNO. Sehingga kini, revolusi perubahan sudah sepatutnya bermula. Apabila Dato' Hishamuddin melepaskan jawatan, ianya merupakan ISYARAT yang beliau mahu melihat era perubahan di kalangan pergerakan pemuda UMNO sendiri.

Tapi hasrat beliau dan ahli-ahli bawahan tidak didengar oleh pemimpin terutama sekali pemuda NS dan Perak!! Apabila dicadangkan KJ, apa sebabnya dan kerana menjadi Timbalan, maka secara automatik KJ layak menjawat Ketua Pemuda!

Sedih dan kecewa dikalangan keluhan orang melayu. Budak sombong dan berhidung belang layak mampu memgugat pemimpin pemuda umno kedua-dua negeri! Apa kriteria yang ada pada KJ sehingga membuat beliau terlalu istimewa! Petah bercakap ke? sehingga mampu mempergaruhi orangramai. Maaf, saya pernah mendengar ucapan beliau. Beliau layak dipanggil "penidato 13 mei" kerana ucapan beliau lebih banyak menghasut dan mengeji orang. Jika dibandingkan dengan pemimpin lain, seperti langit  dengan bumi!

Wahai pemimpin pemuda ku, lihat dan fikirkan, hanya kerana menantu PM, budak hingusan mesti dipertahankan daripada PARTI YANG KU SAYANGI SENDIRI. Pengorbanan dan penolakan seorang pemimpin adalah perkara biasa, maka - TOLAKKAN KJ TERUS DARI MEMIMPIN PEMUDA, JIKA KITA SEMUA INGIN MAJUKAN UMNO SENDIRI

 

 

Reformasi UMNO terus dituntut

Blog Azman Mohd Sah kini dibuka untuk memastikan Khairy Jamaluddin dinyahkan di Rembau. Capaian yang telah dikirim dengan tajuk laman adalah untuk melakukan reformasi dalam UMNO.

Tujuan reformasi dalam UMNO sehingga hari ini adalah bersekitar dengan nama Pak Lah dan Khairy Jamaluddin. Laman blog ini dengan gambar utama - Singkir Khairy menuntut agar Khairy di tolak dari Rembau.

Azman Mohd Sah adalah Pemuda UMNO Rembau yang mula-mula membantah Khairy Jamaluddin yang dikatakan gagal mengemudi Pemuda UMNO Rembau. Setakat ini laman yang baru dibentuk itu tegas menolak Khairy Jamaluddin dari Rembau.

 

 

blog gerakan antipas

Laman web gerakan anti pas mula di tubuhkan dengan slogan utama untuk memastikan Anwar Ibrahim bukan PM ke 6. Hari ini semakin ramai yang mula berkecimpung dalam memulakan blog masing-masing untuk tujuan tersendiri. Keadaan ini berlaku semenjak pengakuan dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional - bahawa kemerosotan mereka dalam PRU sebelum ini adalah kerana laman web.
 

 

KITA DALAM BAHAYA KALI KE-4

Dan berharap orang umno yang ikhlas segera menyingkirkan golongan munafik,fasik ,nifak ,cinta dunia takut mati yang masih ada lagi dalam umno, supaya UMNO bangkit kembali sebagai gagasan yang mengangkat martabat agama ketempat yang paling tinggi dan TUHAN akan terus meRAHMATI kita semua sebelum semua kita melangkah kealam akhirat dan meninggalkan semua yang kita sayang utuk dipertanggungjawabkan segala amalan kita dan ingatlah TUHAN TAU APA YANG KITA SEMBUNYIKAN DALAM HATI .klik sini
 

 
 


Badrul dicabar dedahkan siapa yang terlibat dalam UMNO untuk sabotaj UMNO

PRU 12 telah berlalu..operasi balas dendam bermula !!!


PRU 12 telah berlalu, semenjak semua maklum mengenai keputusan di P131 Rembau 'dia' seperti senyap dan beku. Banyak cerita yang sampai ke telinga antaranya dia baru tersedar majoriti pimpinan BN melihat sinis kepadanya kerana dia antara punca pencapaian buruk BN kali ini. Malah di NS pun takakan gugur sampai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen jika bukan dia bertanding di NS.

Ingatkan dia sudah berubah ternyata tidak. Berdasarkan makluman teman dalam Pemuda Umno dia sudah mula bergerak melobi malah merancang jika dia tidak pergi ke jawatan no. 1 pemuda, seharusnya jawatan itu ditandingi proksi dia.

Menurut satu makluman Azlan Zainal, presiden penaja Parti Mahasiswa Negara (PMN), memberitahu seorang pegawai polis berpangkat asisten supritenden datang bertemunya di kampus universiti itu minggu lalu. Pegawai polis yang memperkenalkan diri dari IPK Negeri Sembilan menghabiskan masa dua jam lebih menyoal siasat Azlan kerana penglibatanya dalam PRU ke 12 di Rembau.

Malah seorang teman mahasiswa Meor Isfandi Meor Azizan telah digantung pengajian dan seorang teman dari UIA akan dipanggil mengadap jawatankuasa Disiplin.

Saya juga telah dihubungi oleh anggota polis berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap saya sepanjang pilihanraya. Nampaknya operasi balas dendam telah bermula. Dia telah luka parah hampir lumpuh dikerjakan jentera rakyat. Kini dia hendak balas dendam.

cheGuBard secara peribadi tidak akan berganjak dan akan bertanggungjawab dengan semua kenyataan sepanjang kempen. Malah akan terus mengulangi kenyataan tersebut, 27 April ini pula sedang dirancang untuk melancarkan sebuah buku yang diberi tajuk Khabar Dari Rembau yang hampir siap. Buku ini akan merakamkan segala pendedahan yang dibuat semasa PRU 12 di Rembau.

Jika dia tidak berpuas hati jangan perkuda jentera kerajaan .... ayuh berdebat di pentas terbuka cabaran cheGubard masih belum berani disahut.

Mengulas kenyataan Abdullah mengenai Umno kalah kerana disabotaj dari dalam. Ya saya sokong dan setuju kenyataan itu.... saya bersedia mendedahkan .... saya bertanding di P131 Rembau... memang betul Umno disabotaj dari dalam dan kerana itu DUN Paroi kalah dan P131 juga kalah jika tidak melibatkan penipuan.saya tahu sapa orang orangnya...bukan takat ahli biasa ramai bertaraf pemimpin.....

baca lanjut http://chegubard.blogspot.com

 

 

Dilema Melayu?

Tidak dapat tidak, persoalan mengenai Melayu perlu ditanya. Mahu tidak mahu rakyat Malaysia sudah membuat keputusan pada PRU 12 lalu. Namun hari ini ada persoalan yang perlu dijawab dan perlu ditanya. Adakah PRU 12 itu merupakan kemenangan untuk orang Melayu? Adakah ini kemenangan bangsa Malaysia dan apa dia Malaysia Baru yang dikatakan oleh Presiden PAS dalam kenyataan media 1 April 2008 yang mempelawa wakil-wakil rakyat UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Persoalan selepas pilihan raya ini nampak semakin merunsingkan. Pertanyaan semakin membuak – semakin mendesak – semakin meragukan. Adakah ini kekalahan Melayu? Adakah PRU itu menunjukkan Melayu tewas dan Melayu hilang pegangan pendirian seperti pernah digambarkan oleh Dato Onn Jaafar sebelum ini.

Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950;

Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu.

Sebenarnya ini bukan satu persoalan lagi bahkan ini sebenarnya membentuk satu realiti Dilema Orang Melayu abad ini. Selepas PRU 12, persoalan pokok mengenai Dilema Melayu timbul. Apakah gambaran gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang Melayu akan melenyapkan kewujudan Melayu itu sendiri?  Apakah benar ada Malaysia Baru seperti sasaran Tn Hj Hadi  atau erti Melayu itu sendiri kekal statik dan tidak bermaya. Adakah sebenarnya Melayu MENANG DALAM PRU 12 INI?

Kekesalan

Ada gambaran yang menunjukkan kekesalan orang Melayu selepas PRU 12. Ada yang memberi kenyataan yang menarik untuk di ulas. Antara katanya, “ Benar UMNO telah bertindak untuk mengayakan segelintir mereka dan Pakatan Rakyat menggelar polisi bumiputera sebagai UMNO putera namun perkataan hikmat di situ adalah MENGAYAKAN. Kini dengan PRU 12 ada suara kesal kedengaran kerana takut kuasa yang ada – terlerai dan pegangan Melayu dari semua aspek semakin merosot dan ilustrasi yang tinggal adalah MEMISKINKAN Melayu.

Adakah ini realiti kecenderungan yang ada selepas PRU 12? Adakah ada kecenderungan bahawa setelah PRU 12 ini maka tertirisnya pegangan politik orang Melayu? Sudahlah ekonomi kita adalah di peringkat terendah adakah dengan kemenangan Pakatan Rakyat maka ada pembelaan oleh orang Cina terhadap Melayu di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan  Kuala Lumpur. Dengan lain perkataan - kalau dominasi kaum Cina dalam politik dan ekonomi wujud, apakah terbela kita orang Melayu. Ini bukan soalan rasis – ini soal keraguan – perlu diambil kira dan perlu diberi tumpuan serius.

Kepastian

Apa yang perlu adalah kepastian. Keraguan mula timbul dan keraguan ini perlu dijawab dengan tindakan dan bukan retorik sahaja. Kepastian perlu dibuat secara terbuka dan diusahakan dengan lebih serius lagi kerana kekeliruan dan keraguan akan menyebabkan gangguan dalam senario sosiopolitik negara ini. Namun yang penting adalah untuk orang Melayu sedar akan pegangan prinsip dan pendirian kita sebagai orang Melayu. Kita tidak mahu selepas pilihan raya ini, melangkau jauh sedikit dalam kalender pemerintahan Pakatan Rakyat, orang Melayu mula gelisah dan mempersoalkan kedudukan mereka. Sekira ini berlaku maka Delima Melayu 2008 akan menghambat keharmonian dan kemakmuran yang ada.

Adakah kemungkinan ini wujud? Sekiranya ada, pengenduran perlu dilakukan segera dan kita jangan terlampau ghairah memperkatakan mengenai Bangsa Malaysia tetapi isinya kosong tanpa kejituan. Melayu itu tetap Melayu, Cina tetap Cina dan begitu juga bangsa lain. Pengiraan tergopoh gapah dalam mengertikan Bangsa Malaysia akan hanya membentuk bangsa palsu yang akan menyulitkan keadaan. Adakah mungkin Melayu tersasar dalam memberi kesedaran pada kerajaan yang ada ini? Satu soalan yang perlu difikirkan dan adalah satu usaha penting untuk kerajaan negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat untuk memperjelaskan. Tanpa penjelasan itu maka Delima Melayu akan terus menghantui kita dan bangsa ini kemudiannya akan belayar tanpa keperibadian dan prinsip. Ini mampu menghapuskan kewujudan Melayu itu sendiri.

Teringat pada satu program anjuran Sekretariat  Melayu Muda - Adakah Melayu dalam Bahaya? Klik sini untuk komen

* terima kasih kerana membetulkan ejaan dilema oleh nakhoda Kudus

 

 

 

 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)


 

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch 


Email Login signup Password     

Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3 | March 4| april 01| april 02 | april 03 | april 04 | mei 01| mei 02 | mei03 | mei04 2006 | june 01| june 02 | june 03 | june04 | minggu1 julai 06 |minggu 2 Julai 06 | minggu 3 julai 06 | minggu 4julai 06 | Ogos | minggu 1ogos 06 | minggu 2 Ogos 06 | minggu 3 Ogos 06 | minggu 4 ogos 06 |minggu 1 sept 06 | minggu 2 sept 06 | minggu 3 sept06 | minggu 4 sept 06 | additional Sept 06 | additional Sept 06 | minggu 1 Okt 06 | minggu 2 Okt 06 | minggu 2 Okt 2006 | minggu 1 Nov 2006 | minggu 2 Nov 2006 | minggu 3 Nov 2006 | minggu 4nov 2006 | minggu akhir nov 2006 | minggu 1 Dec 06 | minggu2 Dec 06 | minggu 3 Dec 06 | minggu4 dis 06 | akhir 2006

 

minggu1_Januari | minggu2_jan07 | minggu3_jan07 | minggu4_jan07 | minggu 1feb2007 | minggu 2 Feb 07 | minggu 3 Feb 07 | minggu 4 Feb 07 | minggu1mac07 | minggu3mac07 | minggu4march07 | minggu3april07 | end april 07 | minggu2may07 | end of May| minggu1jun07 | minggu04jun07 | minggu1july07| minggu2july07 | minggu3july07 | minggu4july07 | minggu1ogos07 | minggu2ogos07 | minggu1sept07 | minggu2sept07 | minggu1okt07
| 10 Nov 2007 | minggu1dis07 | mingguakhirdec07 | minggu2Feb | endfeb2008 | march08 | end march2008 | 1weekapril08

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com